Sunday, September 30, 2007

Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan batu di Negeri Sendiri...Yang mana-mana pun Sama!!

Tiba-tiba teringat semasa tamat latihan perguruan pada tahun 1993, posting bermula 1 November, pelik tapi benar kerana tahun tu rasanya sessi persekolahan mula bulan November...pasal banjir.

Batch guru pelatih sessi 1991/1993 adalah group pertama buat set induksi dalam maktab sebaik sahaja tamat latihan sebelum posting. Masa ni belu tahu lagi posting ke mana. Aku dan Ariffah memang dah plan nak mengajar di Sabah ataubSarawak sebab pada tahun 1992, kami ke Tambunan mengikuti Jambori Kebangsaan di Tambunan. Maka pengalaman hampir sebulan di sana memang membuka mata kami tentang peluang nak buat duit dan berjalan jauh merantau ke tempat orang...

Rupa-rupanya ramai senior kat sana buat kerja sampingan yang pelik-pelik!! Ada yang bela kerbau, tanam cili dan yang biasanya ialah buat tuisyen. Aku dan Ariffah lebih kepada nak travel ke Filipina dan seanteronya!!! Pasal duit kami tak kisah sangat sebenar (mungkin FAMA sentiasa ada untuk membantu?)

Tup-tup borang kami kena reject sebab tahun itu Bahagian Pendidikan Guru bercadang menghantar lebih ramai guru Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu. Bila Tutor kami mengembalikan borang kami, semua kawan kelas terpingga-pingga..hahahahah sebenarnya tak ada siapa pun yang tahu pasal plan kami tu, kononnya nak surprisekan semua orang!!

Masa tu dah masuk bulan Oktober, time-time ni la...maka terpaksalah kami isikan borang baru, seingat aku, negeri yang aku minta ialah Kedah dan Penang sebab ketika itu aku masih terlibat dengan Persatuan Kenu Pulau Pinang dan kami ada banyak aktiviti berkenu selain mendaki gunung.

Lagi satu kejutan yang aku terima bila senarai posting keluar...Memang aku punya bengang kerana pelajar yang paling 'brutal' balik duduk celah ketiak mak!! Aku kena posted di SK Kampung Tua, Semanggol yang hanya 30 minit dari rumah aku..cis..kantoi plan aku!

Aku punyalah merengkam jiwa ketika itu...sebab dari 28 pelajar PSR PI hanya 4 balik kampung sendiri termasuk aku dan semua pakai kabel, 14 ditempatkan di Terengganu, 7 di Johor, selebih berselerak di Semenanjung sama ada ikut suami atau isteri.

Bila selesai induksi, aku contact best friend masa di SMK Raja Chulan si Halim, minta dia bawa aku ke JPN Perak untuk mohon pertukaran ke Terengganu. Teringat lagi kisah bila disoal oleh pegawai di JPN.."awak nak ke mana di Terengganu?"...selamba jer aku jawab "erhm..ke Pulau Perhentian atau Pulau Redang" Aku rasa memang dia terkejut beruk sebab soalan dia yang selanjutnya membayangkan tak ada perempuan yang nak ke sana..." Awak nak ikut suami ke?" Hahaha.."tak lah encik, saya belum kawin, tak teringat pun pasal nak kawin!"

Bila aku dapat surat, mak dan abah punyalah mengamuk...Rupa-rupanya abah yang buat kir-kira supaya aku balik ke Perak dan bila aku buat pertukaran ke Terengganu, abah memang tak mengaku anak...punyalah sedih!

Masa aku nak ke Terengganu, duit dalam poket ada berapa ratus jer, itu pun tumpang Queenie, Nor Azlina,mereka kena posted ke Kuala Berang, aku ke Kuala Besut. Mak hanya hanya sampai ke depan jalan sahaja. Muka abah langsung tak nampak. Teringat mak menyua RM50 buat belanja.

Sepanjang perjalanan ke Terengganu memang terasa nak menitik air mata, tapi aku kuatkan semangat sebab ada sebab mengapa aku memilih untuk ke sana, selain dari teman aku ramai di sana, sebenarnya mudah nak masuk universiti kalau mengajar di tempat orang.

Bila sampai di Kuala Besut, tak tahu nak ke mana, teringat naik teksi mencari sekolah, bila sampai sahaja, aku terus ke rumah sebelah sekolah, petang tu aku di hantar ke rumah Cik Rokiah. hampir setahun juga aku tinggal di situ, dan dalam tempoh itu, 3 bulan pertama meamng aku langsung tak dapat bercakap dengan mak atau abah sehinggalah mak kemalangan tersimbah kuah mee kari sehingga dimasukkan ke hospital hampir seminggu. Ketika itu aku pulang ke Taiping selepas hampir 6 bulan berada di Kuala Besut.

Ketika aku di Taiping, aku jelaskan kepada abah punca kenapa aku tak mahu berada di taiping ketika itu...barulah dia faham dan mula menerima...

Maka aku mengajar di Besut selama 3 tahun 7 bulan 19 hari sebelum aku ke UPM menyambung ijazah dalam B.ed TESL...

Nak Untung ke Tidak??



Say it Out Loud Guys!!

Saja masa melilau dalam internet buang masa (aik..dah pandai buang masa!!) sementara tunggu budak-budak siap..cadang nak ke Tesco shopping barang buat kuih raya.
Terjumpa lah kedai ubat ni...

10 Petua Menghadapi Peperiksaan

Sebagai guru, pasti sekali keputusan peperiksaan pelajar menjadi kayu pengukur kepada pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam kelas.

Tahun ini adalah kali pertama dapat berehat selepas beberapa tahun berhempas pulas mengadap pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5...

Kepada REMAJA terutama pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pasti berdebar-debar menunggu tarikh penentu.

Justeru, Pakar Motivasi dan Pemilik MAP Training & Consultancy Sdn Bhd, Dr Tengku Asmadi Tengku Ahmad, memberi panduan apa yang perlu dilakukan bagi mengelak kekusutan di saat akhir.

1. Jangan panik

Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

2. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat

Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

3. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)

Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.

4. Banyakkan pembelajaran secara output learning

Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

5. Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi

Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.

6. Nota ringkas

Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.

7. Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya

Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

8. Pemakanan berkhasiat dan seimbang

Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

9. Kawal emosi

Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

10. Banyakkan berdoa dan bersolat

Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Tahniah kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan...kerana anda telah berjaya melalui antara fasa yang paling sukar sebagai manusia bergelar PELAJAR.

Pesan Buat Adek (2) Cinta Ibarat Menunggu Bas


Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,"Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Saturday, September 29, 2007

Buat Pengetahuan Semua Muslim

Penting ! kod makanan yg mengandungi B.A.B.I.

11:33 AM, 2007-Jul-7
.. 0 comments .. Link
Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja
sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan
(POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat
semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke
pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih
dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan
Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan
tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui
pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan
istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan
dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya,
saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut,
dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik
tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam
bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA
TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh
Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik
tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia
temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah,
pilihan utama untuk daging adalah daging babi.
Penternakan babi sangat banyak di negara-negara
tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi
mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi
dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah
dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah
lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah:
Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan
(secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan
yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk
membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi.
Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak
tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan
lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka
membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata

itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas
sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu
negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang
mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk
makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi
dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada
kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah
selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang
masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga
menimbulkan defisit perdagangan bagi negara
pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia
Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang
menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru
senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan
benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu
berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga
bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan
karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru
tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut
harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum
digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut
tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan
Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan
daging), maka tentera - tentera tersebut menolak
berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (
civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan
kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam
kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang
yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an
mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang
dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka
jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak
sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak
tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan
ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh
karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang
masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah
kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan
mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara
Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa
mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi
bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara
orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan
dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di
banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta
gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut,
makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa
multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk
makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di
konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil
pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara
Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak
terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit
masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan
seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk
memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan
kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod
E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut
ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka
hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod
tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214,
E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336,
E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436,
E440,E470, E471, E472, E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492,
E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam
untuk mengikuti
syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini
kepada
saudara kita.

Chef De Amor (2)

Hari ini seawal pukul 7 aku sudah menuju ke Kuala Lumpur menghadiri mesyuarat alumni International Educators Program di MACEE. Sesampai sahaja di meeting room, semua dah ada kecuali Shanti. Mesyuarat berkisar tentang worshop/seminar yang akan diadakan di 6 region seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. State Department of US telah memberi grant sebanyak USD25000 kepada kami bertujuh melalui MACEE. USD5000 akan ditolak untuk perbelanjaan dan bakinya akan digunakan untuk workshop tersebut. Ada juga cadangan untuk digunakan oleh kami bertujuh untuk menghadiri conference di Malaysia atas alasan mempromosi IEP. Tamat sahaja mesyuarat aku terus sahaja menghantar abang aku si Ooi ke Legend Hotel di PWTC. Rupa-rupanya kawan turun dari Genting Highland menghadiri mensyuarat Cluster School.

Aku pun terus zoom balik ke Ipoh. Rasanya bila aku sampai di Tapah, Sheda call bertanyakan di mana aku berada, rupa-rupanya dia dgn mak dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk berjmpa dengan aku....Laaa..masa tanya minggu lepas, buat bodoh jer...Tup-tup jadi!

Mulanya aku agak teruja juga tapi memikirkan Sufi dan Adlin yang tidak sihat, aku terus membatalkan...selain dari itu aku kena siapkan sample 3 jenis kuih raya yang dah confirm dapat untuk Jabatan Orang Asli. Dalam masa yang sama teringatkan Sasaran Kerja Tahunan untuk borang Prestasi pulak....Busy! Oops..dan kertas soalan Bahasa Inggeris Tingkatan satu, Tingkatan dua dan PJK tingkatan satu yang perlu disusun dan stapler (walaupun anak dah tolong staplekan) kena dikira, susun, label! Nampak gaya kasut raya si Aisyah, KIV lagi la!

Macam nak bagi makan satu batalion!

Kemudian kakak( Anisa) telefon, "Mak, kakak dah buat kek, kek coklat dan kek Pisang.Petang ni tak payah beli kuih. Senang je akak buat.Nanti mak balik tengok..."
Terkedu aku mendengarnya!!! Tapi firasat aku mengatakan ini mesti resepi guna microwave. Tak sabar gak aku nak merasa. Yang keluar dari mulut hanyalah.."Congratulations, nanti balik mak tengok, mak tengah drive ni sayang!"

Friday, September 28, 2007

Like Wise, Life is Never Fair

Talking about life, we always aim to have the very best of everything. We live in a rat-race world where everyone will be climbing the ladder to reach the highest peak. But then what happen when once we are up there?

We always question about things that we never have. We complained the the government is not giving enough salary to us, we claimed that bonus SHOULD be given to us as an appreciation of what we have done for the country. We will never stop asking for more.

Have we ever stop asking and complaining but start giving out, lend a hand where it is needed? When was the last time we went out of our way just to give something out of nothing?

Life is never fair, we never get what we have been asking, but we always been given things that we never ask for! Funny eh?

Human being is an opportunist, we always look for a loophole in any situations that we are in so that we will be able to find an opportunity to benefit our own self. And when we are unable to find the opportunity, we will immediately blame others for our misfortune!

Hmmm....I always wonder are we born this situation or do we choose to be this way?

Street wise versus Brain wise

Professor dan Pendayung Sampan

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.


Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pegnalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm... Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.


"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.

"Ya"

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."

Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun.

Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilang 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story

Alam hidup ini IQ yang tinggi beleum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak adakena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna - Mahatma Gandhi -



Pengorbanan itu Indah

"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya
daun hijau."Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku.
Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil."Tentu.. tentu..
dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit
dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya
sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."

"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.Setelah
makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun hijau yang telah
merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat
mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan
pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun
tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan
sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.Tidak lama berselang ketika musim
panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia
jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Moral: Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri. Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh. Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan. Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi

Isu Poligamous: Persoalan Wanita dari Pandangan seorang lelaki...




BUKAN PENDAPAT DARI PEMILIK BLOG INI!

Bertambah menarik jika dibaca 48 komen yang telah diberi

Aku baru membaca email daripada seorang kenalan blogger yang bernama El-Misha Atsushi El Misha Omar tentang persoalan poligami dan tanggapan buruk oleh sister Hadhari El-Sister in Islam.

Izinkan hujjah aku tidak bersandarkan nas-nas dalil Al-Quran, Qias, ijtihad mahupun apa-apa mengenai Agama Islam.
Izinkan hujjah aku mengikut logik dan pandangan otak negatif aku.

Aku tidak bersandarkan Islam dalam hujjah aku kerna hujjah dalam Islam telahpun wujud dalam blog-blog Igama. Ustaz-Mustaz pun boleh direfer begitu juga terdapat beribu-ribu para-cerdik-pandai igama dalam hal ini, baik cerdek-pandai kerajaan mahupun cerdik-pandai bukan Kerajaan (pemberontak). Persoalan poligamous ini telahpun jelas. Kita boleh mengambil junjungan yang sangat dikasihi iaitu Nabi Muhammad SAW sebagai contoh-montoh hakiki mahupun maknawi.

Untuk menjawab hal ini, sila ikut rule aku. Jika tidak, berpandulah saja daripada pandangan Ustaz-Mustaz baik ustaz mustaz UMNO, abim, PAS mahpun Al-Arqam. Boleh juga refer pada pencerama-penceramah Bebas. he..he.he.

Yang paling bangsat sekali adalah:
1. Cerdik-pandai Kerajaan seolah2 condong pada desakan2 Barat supaya tidak mempromosikan poligamous ini. Seolah2 poligamous ini sebagai suatu entiti yang hina, tidak berperikemanusiaan.
2. Yang aku nampak, pembesar-pembesar kerajaan ini jugalah yang rata-rata banyak mengamalkan poligamous baik yang senang dilihat mahupun yang ghaib dalam ertikata 'yang tak nampak' mahupun yang sorok-sorok.
3. Yang amat melahanatkan sekali tidak kira artis, mahupun golongan anti-poligami agak keterlaluan mempromosikan cerai-berai daripada mempraktikkan poligami. Akibatnya, yang merana adalah wanita juga kerna terdapat sesetengah sang lelaki gagal untuk memberikan tuntutan nafkah selepas cerai mahupun mengendalikan soal hak penjagaan anak.

Nampaknya tindak-tanduk anti-poligamous ini menjerut leher mereka sendiri. He..he.he..

Mengikut perkiraan aku, sisters in Islam adalah suatu badan yang agak memutarbelitkan agama Islam itu sendiri. Mereka hanya melihat poligami ini hanya dari suatu sudut iaitu sudut nafsu wanita itu sendiri. Nafsu itu dikenali sebagai sifat cemburu. Itu saja yang mereka nampak. Dari segi positif mereka tidak dapat melihat. Hati mereka sudah gelap. Fikiran dan mata hati telahpun tertutup.

Untuk mengaburi mata bagi menutupi sifat cemburu tersebut mereka cuba kaitkan poligami ini dgn
1. Ketidak adilan rumahtangga
2. Keganasan rumahtangga

Padahal mereka tidak pernah menyatakan kebaikan poligami itu. Sedangkan yang mengamalkan poligami itu sendiri adalah Rasul mereka sendiri. Nabi, seorang insan yang mulia. Utusan tuhan. JIka mereka melahanatkan poligami beerti mereka telah melahanatkan suatu contoh yang baik Amanah daripada Allah SWT. Jadi dalam soal ini, keimanan dan Aqidah mereka terletak di mana ya?

Mengikut perkiraan aku la.. jika diberi pilihan kepada sisters in Islam sama ada untuk vote for
1. mencontohi RAsulullah
2. mencontohi Bush/Bill Clinton.

For sure mereka akan pilih no. 2. he..he..he. Hak asasi Kemanusiaan kononya. Biarkan saja mereka.

Pada firasat aku untuk menyalahkan poligami semata-semata kerana ia menyebabkan ketidakadilan dalam rumahtangga adalah suatu yang maha tidak adil. Justifikasi aku begini. Jika kita pandang dari segi keburukan, memang sesuatu cadangan itu tidak kemana. contoh:

Aku boleh juga menyatakan bahawa Internet adalah sesuatu teknologi yang membawa keburukan dan bawa padah pada umat manusia. Kerna terdapat banyak poison-letters, fitnah, gambar lucah di dalamnya.
Oleh kerana itu JANGAN GUNAKAN INTERNET. Mudah saja konklusi yang aku buat bukan? Begitu juga konklusi-mudah yang dibuat oleh sisters in Islam untuk menjahanamkan reputasi poligami. Oleh kerana ditakuti poligami ini membawa kepada ketidakadilan dalam rumahtangga maka JANGAN BERPOLIGAMI. HARAMKAN POLIGAMI. Biarlah suami-suami mereka menabur benih mereka thdp wanita pujaan mereka di hotel mahupun di dalam kereta saja. he..he.he..

Pada aku, senang saja iaitu poligami ini hanya untuk MEREKA YANG MAMPU sahaja. Mampu dlm ertikata untuk berlaku adil-saksama baik dari segi dzahir mahupun batin. Jika tidak mampu TIDAK USAHLAH BERPOLIGAMI.
he..he.he.


Aku kini akan menghakimi poligami ini mengikut saraf otak aku tanpa berpandukan nas2 dalil naqli. dalil2 Naqli aku tolak ke tepi. Kini Ikut logik aku saja.

Brain-Processing will begin shortly

Begin!!!

Aku sudah dapat hasilnya....

Aku menghakimi bahawa Poligami, dalam sesuatu hal keadaan, adalah sesuatu yang fitrah, normal, sesuatu yang sihat lagi menyihatkan. Aku tidak Bias. Ini adalah soal fitrah kemanusiaan sejagat.

Akal aku berkata seperti di bawah:

Sifat jantan/kelakian dalam sesuatu ciptaan Allah SWT memang ditakdirkan begitu (konsep takdir). Jantan/kelakian memiliki sifat dominan iaitu.. jika mereka melihat sesuatu yang menarik perhatian, hati mereka terus berdetik untuk memilikinya. Tidak kiralah sama ada barang mahupun wanita pujaan.

Sifat berkehendakkan lebih daripada seorang wanita ini bukan hanya terdapat pada manusia, malah juga pada haiwan. (Aku tidak bermaksud bahawa manusia ini hendaklah jadi seperti haiwan/binatang. cuma contoh sahaja)

Aku ambil contoh seperti berikut:

Dahulu, arwah nenek penulis pernah memiliki seekor kucing jantan perkasa (dominan yang normal) dan seekor kucing jantan pasif (tidak dominan. lemah).

Kucing jantan dominan bersikap seperti berikut:
1. Selalu lesap. Merantau jauh terlalu aktif dan kuat bergaduh, berani dan sang-penakhluk.
2. memperlihatkan sifat dominan yang suka pancut merata-rata
3. mempunyai rupa yang agak macho. Sekali pandang seperti harimau jantan. Bermuka kembang, berleher pendek, berjambang, bermisai dan berjanggut.
4. berbadan berat, keras dan liat
5. Terlalu jarang terkena penyakit.
6. Bunyi mengiau kuat yang terlalu mampu memikat si-betina. Sekali mengiau, kucing betina yang lain terus mengeliat-ngeliat.
7. Mempunyai banyak pasangan, bini, gundik serta betina simpanan

Kucing penakut/ tidak-dominan adalah seperti yang berikut:
1. Lemah, penakut, nampak kucing jantan lain, tercirit2 dan lari lintang pukang
2. Gagal untuk memikat sebarang betina. Silap haribulan mengamalkan homosexual seperti kaldai.
3. Senang dihinggapi penyakit.

Jika kita soal kucing betina, kucing jantan yang mana satukah yang menjadi pilihan. Sudah tentu kucing betina akan mengimpikan kucing dominan yang mempunyai sifat-sifat dominan tersebut.
Begitu juga dengan wanita/perempuan. Sudah tentu mereka menginginkan lelaki yang dominan, sempurna sifat lelakinya yang membolehkan si-lelaki itu memuaskan dzahir dan batinnya.

Jadi aku nak tegaskan di sini bahawa, jika terdapat sang-suami yang boleh terpikat dengan wanita lain, maka janganlah pelik. Anggap itu adalah normal. Tahniah! Suami anda mempunyai sifat normal dan dominan. Cuma dia tidak mampu dan masih berfikiran waras dengan masih terus mengamalkan ajaran Islam dengan menjauhi larangannya. (he..he..he..)

Rasululah adalah suatu contoh lelaki dominan. Walaupun RAsulullah adalah suatu yang patut dicontohi, tetapi sahabat2 yang terdekat masih ramai yang tidak mengamalkan poligami. Ini adalah suatu contoh yang ajaib. Begitu juga dengan alim-ulamak di seluruh dunia termasuk para-para muslihin, ustaz-mustaz. Cuba listkan berapa kerat antara mereka yang mengamalkan poligamous?

Dalam Al-Quran terdapat suatu surah yang berkeratan seperti berikut:

"Jagalah isteri-isteri kamu.... "

isteri-isteri ini menunjukkan kata-plural, jamak. Dalam konteks al-Quran telahpun menunjukkan bahawa sifat lelaki dalam Islam secara default mempunyai isteri lebih daripada seorang. dan... oleh kerana ketidakmampuan, maka hal ini terabai dan tidak dilaksanakan.

Dan jika lelaki Islam itu menuruti ajaran Islam secara jujur, maka sebelum mereka berfikir untuk berkahwin lebih daripada seorang, hendaklah mereka menyoal diri masing2 sama ada boleh berlaku jujur atau tidak. JIka tidak mampu berlaku jujur, maka jangan amalkan poligamous ini.

Oleh yang demikian, persoalan oleh sisters In Islam tentang ketidakadilan dalam soal poligami dalam Islam seharusnya tidak timbul. Orang yang tidak berlaku jujur dan gagal untuk bertindak adil semasa melakukan poligami adalah tergolong dalam golongan mereka-mereka yang GAGAL MEMPRAKTIKKAN ISLAM. Dalam ertikata lain mereka ini adalah orang yang tidak mengikut landasan syariat yang betul. Maka, oleh itu, SISTER IN ISLAM tidak sewajarnya menyalahkan Islam itu sendiri yang menghalalkan poligamous. Jika Sister in Islam terus-menerus menjahanamkan reputasi poligami yang dihalalkan oleh syariah maka jadilah mereka tergolong dalam golongan yang sesat lagi menyesatkan. he..he.he...


Sebagai kesimpulannya aku berharap supaya teman-teman bloggers lelaki hendaklah mempunyai sifat dominan sesuai dengan fitrah muslim sejati. Oleh itu aku mendoakan supaya teman2 seperti, El-Zamir, El-Azim, El-Rastom, El-Aku, El-Anak-Bumi, El-Myself, El-Chinteng dan nama2 yang gagal aku nyatakan di sini, jika tidak keberatan, dan sangat mampu, carilah isteri lebih daripada seorang kerana ia adalah Halal dari segi syarak. Tambahan lagi, ia adalah sesuatu yang 'sedap', lezat lagi berkhasiat. Tapi kalau tidak mampu, baik tidak usah. Dan tergolonglah anda dalam golongan manusia-manusia yang tidak berkemampuan. (he..he..he.). Walau bagaimanapun aku berharap supaya El-Azim dan El-Rastom mempraktikkan sunnah Rasulullah secara total dan full-throttle. (he..he..he..)

Hidup sunnah!!! Hidup Takdir!!!

Aku juga berharap agar manusia-manusia wanita-Muslimah seperti di bawah:
1. El-Mazween
2. El-Leeds El Malique
3. El-Misa Atsushi
4. El-Ustazah berdua. El-Putih dan El-Zalisa
5. El-Nuraina / El-RAfflesia merah
6. etc. terlalu banyak untuk dinyatakan termasuk anynomous-bloggers

ini agar mereka mempunyai atau bakal memperoleh Lelaki sejati yang dominan. Kalau boleh, hendaklah kamu semua bakal dimadukan oleh suami kamu iaitu seorang lelaki sejati yang dominan.

Kepada Leeds, Misa, mazween, hidup bermadu ini adalah sesuatu yang sihat. Penuh dengan persaingan yang positif. Aku doakan kamu (he..he..he.). Galakkan suami anda. InsyaAllah...InsyaAllah.

Dalam hal ekonomi, persaingan sengit sesuatu organisasi dengan organisasi yang lain adalah sesuatu yang sihat lagi menyihatkan. Maka hasilnya seluruh organisasi itu akan bertambah mantap dengan menghasilkan product yang kompetitf lagi berkualiti dan mampu memuaskan hati pengguna.

Begitu juga dengan kaedah perkahwinan poligami dan bermadu. Isteri-isteri hendaklah bersaing antara satu sama lain supaya dapat melayan suami mereka dengan sebaik-baiknya. Performance masing-masing hendaklah dijaga supaya mereka dapat memberikan layanan semaksima pada suami yang seorang itu.

he..he....he...

sekian, terima kasih


Komen Pemilik Blog:

Memang aku akui apa yang lelaki itu katakan ada lojiknya namun oleh kerana aku ini perempuan maka aku pasti akan menyokong wanita jua, walaupun begitu aku lebih suka meletakkan diri aku di atas pagar kerana dengan cara ini aku dapat melihat kedua keadaan dengan lebih jelas supaya aku dapat menggunakan empathy aku untuk memahami kedua pihak!

Aku tidak terikat dengan pemikiran Melayu sebab itu pada aku, poligami adalah satu entiti yang diberikan kepada lelaki dalam menyelesaikan masalah batin mereka. Sebagai wanita, aku mempunyai 9 nafsu yang pelbagai ragam maka aku tak heran dengan hal2 batin ni sangat!

Tetapi, lelaki hanya memiliki 1 saluran nafsu mereka, maka sukar bagi mereka untuk mencari jalan penyelesaian jika Allah tidak membuka saluran kepada mereka.

Kita memang terikat dengan pemilikan, apa yang ada ditangan kita dianggapkan sebagai hak mutlak kita, sedangkan semuanya adalah pinjaman semata-mata. Kalau semua yang ada ditangan kita adalah hak, maka disitulah kita bakal tersungkur dengan keegoan kita.

Suami atau isteri adalah "Anugerah" bukannya hak yang menjadi milik kita selamanya kerana sampai masanya ia akan diambil oleh pemiliknya yang ESA. Namun aku sedar tidak ramai wanita yang berani mengakui bahawa poligami adalah juga satu "blessing in disguise" kepada mereka kerana atas alasan bahawa Suami itu Hak AKU!

Aku telah melihat ramai pasangan yang berpoligami secara senyap dan gelap kerana takut dipersendakan oleh masyarakat. Mengapakah mereka menjadi mangsa kepada kisah "Bapa,Anak dan Keldai"?

Kenapa mereka menjadi penakut kepada penyelesaian masalah mereka sendiri? Mengapa mereka masih terikut dengan apa yang diperkatakan oleh masyarakat sedangkan apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang diterima pakai dalam Islam sendiri. Hanya kerana masalah pembudayaan maka, jatuh tersungkur lelaki yang dikatakan Pemimpin dalam Islam!

Pada para wanita pula, sering melihat poligami dari sudut negatif dan sering mengempar-gemburkan kisah yang menyayat hati kaum wanita lain sedangkan kalau mereka sendiri faham kesulitan dan kepayahan yang dialami oleh kaum mereka sendiri, banyak masalah sosial yang dapat dibendung dan diselesaikan jika kita faham bahawa setiap penyakit ada ubatnya..

Memang benar Melayu masih leka dan alpa dalam kehidupan yang sementara ini. Masih ramai yang gagal mencernakan apa yang ada di sebalik isu POLIGAMI.

Dan bukankah keadaan menjadi lebih mudah jika kita menganggap apa yang ada ditangan kita adalah pinjaman semata dan ia akan pergi bila-bila masa supaya kita tidak mengongkong apa yang ada pada kita?

Pengalaman yang aku lalui selama ini mengajar aku supaya sentiasa bersedia sama ada dimadukan atau bermadu atau diceraikan. Maka perasaan aku lebih lapang dan lega kerana aku tidak terikat dengan persoalan bila dan bagaimana!

Komen??

Thursday, September 27, 2007

Semakin Hampir

Aku selalunya sangat excited bila merancang birthday celebration untuk ahli keluargaku. Selalunya simple yet sweet!

Terkenang semasa menyambut birthday Aisyah tahun ini. Semasa harijadinya aku berasa di US lagi. Teringat kata-katanya sebelum aku ke US tempohari.
" Mak.. tahu ni Aisyah nak surprise party kat rumah Paklang, mak kena beli kek dan present tapi jangan bagi tahu kat Aisyah yang mak buat birthday party kat Aisyah!"

Sedih sungguh sebab aku tak ada bersama pada hari jadinya ke 8 ~20 Jun. Ketika itu aku berada di Niagara Falls, USA. Dikenangkan kembali memang dia terasa akan ketiadaanku itu.

Sekembalinya aku ke Malaysia, perkara yang pertama dilakukan memang merancang nak sambut birthday dia di Restoren FattyCrab. Tapi aku memang keletihan. Maka dibuat kecil-kecilan keesookan paginya.

Rasanya masa hari raya ni memang ada surprise untuk semua orang pada 15 Oktober sebab rupa-rupanya ramai yang bakal menyambut hari istimewa!

Ulang tahun perkahwinan Emak dan Abah yang ke 38(6 Oktober 1969)
Hari Lahir Ahmad Danish Sufi yang ke 2 (9 Oktober 2005)
Hari Lahir Aleeya
Hari Lahir Shariani Ibrahim (sepupu kesayangan aku)

Fulamak...ada lagi list yang belum dimasukkan..

Tempayan Yang Retak


Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, ”Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.”

“Kenapa?” tanya si tukang air, “Kenapa kamu merasa malu?”

“Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi.” kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata,

“Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan.”

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retakmemerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu,

“Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias Rumahnya seindah sekarang.”

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita.

Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.

Wednesday, September 26, 2007


Di keheningan malam.....
Saat nur qadar menjenguk sanubari insan,
Bersemi kerinduan pada Ilahi,
Di keheningan malam.....
Saat nur qadar menjenguk sanubari insan,
Bersemi kerinduan pada Ilahi,
Membara mengisi ruang cakerawala,
Rintihan keinsafan memamah kesyahduan malam,
Menghiasi tabir munajat kelebihan seribu bulan.

Ramadhan.....
Kepergianmu menyimpan seribu satu kepiluan,
Deraian airmata keimanan,
Hanyut dalam harapan cahaya Ilahi,

Seketika.....
Kesyahduan berganti biasan sinar kemenangan,
Syawal memancarkan sinar kegembiraan,
Aidil Fitri membina prasasti kemaafan,
Menghiasi taman-taman silaturrahim.

Wahai teman-temanku
Sepanjang perjuangan menyalur inspirasi ummah,
Tersimpan memori pahit dan kenangan manis,
Tersandung onak kealfaan,
Tergores naluri keinsanan,
Hanya titipan kemaafan kami kirimkan.

Ikhlas...

Sharifah, Anisa, Aisyah, Adlin, Sufi


Have a nice day and good laugh....

Just read.

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur . Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru. Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil
sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya
"dicuri" ....

Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she. You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land. My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three. So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me. So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times. Safe walk..
Tijah

oh......macamni rupanya bunyi orang kg putus cinta dalam bahasa english.....tijah tu bukan awak ke.....???

Komen: Rasa-rasanya surat ini pernah digunakan sebagai set induction semasa mengajar kelas 5 Jasmine tahun lepas untuk menulis surat tidak formal!

Tuesday, September 25, 2007

Upside-down Pineapple Cake

Resepi yang dicari...

Kek Nenas

Confirm raya ni kek ini akan dibuat...
Bab memasak ni aku bukan la terror sangat...lagi terror merasa!!! Dah tu nak buat camna...besar dalam kedai makan.

Tapi rasanya kalau setakat nak kenyangkan perut dan tak loyakan tekak...kira boleh lah!

Bulan puasa ni sebenarnya yang seronok ialah mengadap rezeki ramai-ramai. Setakat sorang dua..boring! Buat penat masak. Malangnya aku tak berapa minat ke Pasar Ramadhan, bukan apa nak bersesak dengan ramai orang, memang aku malas dan nanti dalam hati akan berkata.." Eleh..mak aku masak lagi sedap!" Biasanya bila bulan puasa, aku dengan mak mesti buat acar buah, itu favourite family! Itu belum masuk dengan Daging Masak Kicap Berkerisik. Kecur air liur. Sebenarnya dalam keluarga kena ada makanan "niche" supaya bila ada yang mengunjung, itulah yang dicari.

Bagi keluarga aku bila raya, mesti ada lemang, favourite aku lemang jagung! Rendang yang mesti disediakan adalah Rendang Tok dan Rendang Pedas Ayam.

Rendang Tok memang dicari oleh sesiapa sahaja yang berkunjung ke Aulong Lama sebab sekarang ni tak ramai yang tahu nak membuatnya!

Pelangi Kehidupan...

eizzah: cikgu,how to enjoy this live?(correction: life)

Alamak sayang...nak enjoy life ni bergantung pada tuan punya diri beb!!!

Saya masih berpegang pada cogan kata Pandu Puteri "Senyum Selalu" dan "Selalu Bersedia"

Tak tahu kenapa tetapi rasanya itu lah saya pegang sampai ke hari ini!! Biarpun berapa berat masalah yang melanda, saya tetap mengukir senyum di bibir!!! Malahan ada yang mengatakan senyuman itulah "the fountain of youth" yang dicari selama ini...Betul ke tidak, wallahualam!

Tapi yang jelas ialah apabila kita sentiasa senyum, banyak masalah seperti terlerai sendiri, kalau ada yang nak marah, tak jadi nak marah! Kalau ada yang nak nangis, boleh jadi tersengih pulak! Itulah penangan bila selalu senyum!

Pada saya, mungkin bila kita belajar mengenal diri, di mana kelebihan dan kekuatan diri kita, pastinya kita menjadi lebih yakin maka dari situ kita tidak risau melakukan apa sahaja...so kita tanpa disedari menjadikan hidup lebih berseri.

~Live life to its fullest~

Rumah Yang Senget


24 Sep 07, 02:39
adek: cikgu, kenapa setiap wanita mesti berfikiran negatif tentang suami lain.Kita seolah-olah membelakangkan tuhan.Saya rasa lebih baik benarkan suami kita kahwin drpd buat maksiat.Lagipun kalau kita melarang dia kita juga yang berdosa.Oleh itu pandanglah poligami dari sudut positif.

Hi adek: Saya nak menjawab, saya bukanlah orang yang layak maka saya buat sedikit online research...Mungkin ini dapat menjawab persoalan adek...

1,001 KEMUSYKILAN

Oleh: DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR (Akademi Pengajian Islam)

Hak dan tanggungjawab isteri

SOALAN: Saya seorang isteri yang bermadu sejak 10 tahun yang lalu. Suami saya seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan yang beroperasi 24 jam. Giliran bermalam bersama saya selalunya berlaku pada hari suami bertugas syif malam.

Ketika giliran bersama madu saya pula dia bekerja syif siang. Batin saya sungguh menderita kerana tidak pernah bertemu suami di waktu malam. Sebagai seorang isteri yang normal dan berusia 35 tahun, saya memerlukan hak untuk bersama, tetapi suami saya buat tidak faham hasrat saya.

Soalan saya, apa hukum suami yang tidak memberi hak isteri untuk bersama. Apakah dikira adil dengan hanya memberi waktu siang sahaja untuk giliran saya, sedangkan kepada isteri keduanya diberi giliran waktu siang dan malam. - ROHAYA, Bukit Kuching.

JAWAPAN: Merujuk kemusykilan puan tentang hak mendapat layanan kebatinan di malam hari, saya ingin tegaskan, hubungan sulit yang tidak sempurna memang suatu masalah dalam rumah tangga yang perlu diselesaikan dengan baik, tetapi masalah ini adalah ekoran daripada kecintaan yang lesu dan tidak bertenaga.

Suatu hakikat yang tidak dinafikan, hubungan sulit antara suami isteri tidak pernah dipandang kecil oleh Islam, justeru itu, suami yang berbilang isteri hendaklah menentukan giliran antara isteri dengan adil. Jika gagal dibimbangi perjalanannya tempang ketika di akhirat nanti. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mempunyai berbilang isteri, dia tidak berlaku adil terhadap mereka, akan dibangkit pada hari akhirat dalam keadaan senget.

Al-Quran menyentuh kerukunan hidup berpasangan adalah suatu nikmat anugerah Allah yang sangat dihargai, iaitu dalam ayat 21 surah al-Rum yang membawa terjemahan: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya bahawa Ia menciptakan untuk kamu pasang-pasangan hidup dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya.

Ayat ini menjelaskan, ketenangan hati dan kemesraan hidup dengan pasangan, merupakan nikmat yang sangat besar dan tujuan utama perkahwinan didirikan, kerana apalah ertinya bersuami atau beristeri jika hidup sentiasa keruh, kehendak batin tidak terlayan dengan sempurna.

Justeru hubungan sulit menentukan kebahagiaan suami isteri, maka Islam menjadikannya sebagai amalan yang ada pahala padanya. Dalam sebuah hadis yang panjang, diriwayat Muslim daripada Abu Zar Al-Ghifari r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah kegiatan seks itu diberi pahala, sedangkan ia dilakukan semata-mata kerana nafsu? Sabda baginda lagi: Bukankah menjadi dosa jika dilakukannya pada jalan haram? Begitu juga ada pahala, kerana ia melakukannya pada jalan yang halal.

Seperti yang saya katakan, masalah puan tidak bermula di sini, tetapi berpunca daripada masalah-masalah lain yang tidak dinyatakan di sini. Oleh itu suka saya nyatakan bahawa insan dalam syariat Islam, sama ada lelaki mahupun wanita adalah makhluk yang memikul beban tugas pada masa yang sama juga mempunyai hak atas segala tanggungjawab yang disempurnakan.

Ajaran Islam berbeza dengan budaya yang diamal dalam masyarakat Barat. Mereka selalu bertanya: Apa hak yang patut saya peroleh? Sebaliknya Islam mengajar umatnya supaya bertanya: Apa kewajipan saya yang saya belum penuhi, kemudian baru beralih kepada hak yang patut saya peroleh? Memang majikan dituntut membayar upah, tetapi setelah kerja sempurna dijalankan. Sabda Nabi: Bayarlah upah kepada pekerja sebelum kering keringatnya.

Hak seseorang manusia pada hakikatnya suatu kewajipan yang ditanggung orang lain. Sebagai contoh, hak anak-anak mendapatkan kasih sayang ibu bapa, pada masa yang sama ia adalah tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya. Anak-anak seolah-olah berhutang kasih sayang pada kedua-dua ibu bapanya, kerana mereka bertanggungjawab mentaati ibu bapanya, terutama setelah mereka uzur atau lanjut usia.

Hubungan antara suami isteri adalah dibuat melalui suatu kontrak yang membabitkan sama-sama mempunyai hak dan tanggungjawab secara timbal balas. Setiap tanggungjawab yang disempurnakan, sepatutnya dibayar dengan hak yang dinikmati. Dengan kata lain, suami dan isteri, masing-masing mempunyai hak mengambil dan memberi. Tiada hak yang diambil dengan percuma, tanpa tanggungjawab yang diberi.

Pada hemat saya, poligami bukan punca sebenar berlakunya salah faham antara puan dengan suami, bukan juga masalah syif malam atau siang yang tidak digilirkan dengan saksama, sehingga menjejaskan kerukunan rumah tangga dan kedamaian waktu malam yang sepi, tetapi poligami itu sendiri berpunca daripada pembinaan rumah tangga di atas tapak yang tidak sempurna, mudah runtuh atau rumah dibina tanpa mengikut pelan yang dirancang dengan teratur. Selanjutnya rumah itu didiami tanpa peraturan keselamatan yang cukup.

Walaupun puan tidak menyatakan dengan terperinci latar belakang suami dan keluarga puan, saya hampir berpendapat rumah tangga yang puan bina selama ini, tidak betul asas dan struktur pembinaannya. Puan dan suami tidak pula segera membetulkan kesilapan itu sehingga rumah menjadi condong dan hampir tumbang. Suami puan lebih suka membina rumah kedua apabila disedari rumah pertamanya hampir tumbang menimpa kepalanya sendiri.

Dalam sesetengah keadaan, pilihan seperti yang dibuat suami puan itu lebih tidak bernasib, kerana tindakan seumpama itu belum tentu menyelamatkan dirinya. Banyak kes menunjukkan rumah keduanya juga mudah runtuh dan benar-benar menimpa kepalanya, akhirnya dia terpaksa kembali ke rumah pertama dengan penuh penyesalan.

Bagaimanapun puan tidak harus menunggu keruntuhan rumah suami yang kedua ini untuk menyelamatkan rumah puan, kerana ada juga kemungkinan ia tidak runtuh, hanya senget-senget sahaja, sama juga dengan rumah puan sendiri.

Sebenarnya rumah yang dibina di atas tapak yang tidak kukuh memang tidak selesa didiami. Apa pun permasalahannya, rumah kini terbina, baik buruk pun itulah rumah puan. Puan hanya perlu menerima kenyataan yang ada, serahkan sahaja kepada takdir, bersabar dan atasi masalah dengan bijaksana, berbekalkan iman dan takwa pada Allah.

Justeru usia pun masih muda, kira-kira 35 tahun, puan masih berpeluang memperbaikinya dengan syarat struktur yang ada ditukar dengan struktur yang baru. Rundingkan masalah itu dengan suami puan secara bijaksana dan terbuka, tanpa dipengaruhi emosi. Kita ikuti apa kata Syeikh Muhammad al-Ghazali yang menulis struktur asas bagi pembinaan rumah tangga bahagia, katanya:

Sesebuah rumah hendaklah dibina di atas tiga struktur asas, iaitu: al-sakinah (ketenangan), al-mawaddah (kemesraan) dan al-tarahum (timbang rasa). Asas pertama ketenangan, ia membawa maksud hendaklah suami isteri berpuas hati dengan pasangannya, mereka seharusnya tidak berminat dengan yang lain. Puan sepatutnya tahu apa yang disukai suami puan, sediakan keperluan yang disukainya terlebih dahulu, sebelum meminta sesuatu daripadanya. Kedua, kemesraan pula membawa erti suka dan duka secara bersama. Ketiga, timbang rasa pula lebih banyak merujuk kepada akhlak yang mulia, serta tahu bersyukur atas nikmat yang diperoleh.

Sesebuah rumah yang berjaya didirikan di atas tiga struktur ini merupakan keluarga yang paling bahagia, bahkan inilah keluarga yang mampu mengatasi segala cabaran hidup dan ibu bapa yang bakal melahirkan zuriat yang sihat dan keberkatan yang berpanjangan.

Harta benda dan kemewahan hidup tidak pernah menjamin kebahagiaan yang dicari-cari, kadang-kadang hidup di sebuah rumah usang, pasangan lebih mampu mengukir senyum yang berterusan. Perhatikan sebuah hadis riwayat Sa'd ibn Abu Waqqas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara yang membahagiakan: Isteri yang setia, kenderaan yang senang ditunggangi dan kediaman yang selesa.

Seseorang yang ada niat mendirikan rumah tangga, hendaklah berhati-hati mencari pasangan yang ada padanya ciri-ciri yang disebutkan dalam hadis di atas. Pada saya lelaki dan perempuan sama sahaja, bahkan perempuan lebih perlu berhati-hati dalam memilih bakal suaminya.

Perlu diingat, kalangan lelaki ada juga yang hanya berfikir tentang haknya, tetapi lupakan tanggungjawab. Selalunya orang ini sombong atau besar diri, tidak sudi melihat keperluan pada pihak lain. Rumah tangga Islam perlu didirikan di atas hak dan tanggungjawab bersama, mengikut kaedah yang dinyatakan dalam al-Quran, iaitu isteri-isteri mempunyai hak yang sama, seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka. Dalam pada itu orang lelaki mempunyai satu darjah kelebihan, (al-Baqarah: 228). Satu darjah kelebihan yang dimaksudkan ialah menjadi ketua keluarga, atau pengerusi dalam persyarikatan hidup.

Menjadi isteri memerlukan kelayakan yang cukup. Wanita yang berhati batu, tidak pandai memujuk suami, sering menuntut hak dan mengada-adakan masalah, tetapi gagal menunaikan tanggungjawab, tidak layak menjadi suri rumah, apalagi menjadi ibu kepada anak-anak yang bakal menyambung zuriat. Kelayakan yang serupa juga hendaklah dikatakan kepada lelaki yang berminat menjadi suami.

Suatu kisah yang cukup menarik diriwayat Abu Sa'id al-Khudri r.a katanya: Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin. Sabda Nabi kepada gadis itu: Patuhilah kehendak bapamu. Jawab gadis: Saya tidak akan kahwin sehingga Rasulullah menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai isteri. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Jika suamimu berkudis, lalu engkau rawat kudisnya dengan mulutmu, maka perbuatan itu tidak wajar dianggap sebagai keterlaluan. Jawab gadis: Demi Allah, kalau begitu tugas isteri, aku tidak akan kahwin selama-lamanya. Sabda Nabi kepada bapanya: Jangan engkau paksa dia kahwin. Biarlah dia membuat keputusan sendiri - (Qadaya al-Mar'ah, halaman 128).

Sebenarnya apa yang dikatakan kepada isteri terhadap suami, itulah juga dikatakan kepada lelaki terhadap isterinya. Jika ada suami yang berasa jijik merawat kudis-kudis isterinya, atau isteri hanya di waktu sihat sahaja, maka lebih baik bagi lelaki ini berpuasa sahaja, sesuai dengan nasihat Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang tidak mampu kahwin, hendaklah ia berpuasa, kerana puasa menjadi pengikat nafsunya. Wallahualam.


Demi Masa

Demi Masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh

Gunakan Kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh

Terima kasih Eleena...

Sama kah kita?

Januari

- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------


Februari

- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan. <>- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

------------ --------- --------- --------- --------- ----


Mac

- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan
.

------------ --------- --------- --------- --------- -----


April

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -


Mei

- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control).

- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

------------ --------- --------- --------- --------- -


Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hat i pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

------------ --------- --------- --------- --------- --


Julai

- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Su ka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

------------ --------- --------- --------- --------- -


Ogos

- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

------------ --------- --------- --------- --------- --


September

- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

------------ --------- --------- --------- --------- ------


Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

------------ --------- --------- --------- --------- -


November

- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak d egil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

------------ --------- --------- --------- --------- ---


Disember

- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.


Racun Untuk Terus Hidup


Seorang pemuda berjumpa seorang Tuan Guru yang bijaksana untuk mendapatkan nasihat, “Guru, saya sudah bosan hidup. Sudah jenuh betul. Rumahtangga saya berantakan. Usaha saya tidak berhasil. Apa pun yang saya lakukan selalu gagal. Saya ingin mati.”

Tuan Guru tersenyum sambil mengusap-usap jambang putihnyanya, “Oh, kamu sakit.”

“Tidak guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya jenuh dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati.”

Seolah-olah tidak mendengar alasannya, Tuan Guru berkata, “Kamu sakit. Dan penyakitmu itu dikenali sebagai alahan hidup.. Ya, kamu alergik terhadap kehidupan.”

Sang guru memang benar. Banyak sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan.

Hidup ini berjalan terus. Sungai kehidupan mengalir terus, tetapi kita menginginkan status-quo. Kita berhenti di suatu tempat, kita tidak mahu ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit. Keengganan kita, penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Yang namanya usaha, pasti ada pasang surutnya. Dalam hal berumahtangga, perselisihan-perselisihan kecil itu memang lumrah dan asam garam berkeluarga.

Persahabatan pun tidak selalunya kekal abadi. Jadi, apa yang kekal dan abadi dalam hidup ini? Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.

“Penyakitmu itu boleh disembuhkan, asal engkau ingin sembuh dan bersedia mengikut petunjukku.” demikian kata sang guru.

“Tidak Guru, tidak. Saya sudah betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak ingin hidup.” Pemuda itu menolak tawaran sang guru.

“Jadi engkau tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati?”

“Ya, memang saya sudah bosan hidup.”

“Baiklah, kalau begitu pagi esok engkau akan mati. Ambillah botol ubat ini. Setengah botol diminum malam ini, setengah botol lagi diminum pukul 6 pagi esok. Engkau akan mati dengan tenangnya pada pukul 8 malam.”

Pemuda itu pula menjadi bingung. Setiap guru yang ditemuinya selama ini cuba memberikannya semangat untuk hidup. Yang satu ini aneh. Malah guru ini menawarkan racun. Tetapi, disebabkan pemuda itu benar-benar putus asa dengan kehidupannya, dia menerimanya dengan senang hati.

Sebaik sahaja sampai ke rumah, dia segera menghabiskan setengah botol racun yang disebut “ubat” oleh guru itu. Dan, dia mula merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini. Begitu relaks, begitu santai! Tinggal sehari semalam lagi sebelum dia mati. Bermakna dia akan bebas dari segala macam masalah tidak lama lagi.

Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam di luar bersama keluarganya di sebuah restoran Jepun. Sesuatu yang sudah lama dia tidak lakukan selama beberapa tahun kebelakangan ini. Kerana mengenangkan ia akan menjadi malam terakhirnya, dia ingin meninggalkan kenangan manis untuk anak isterinya. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya santai dan seisi keluarga terhibur!

Sebelum tidur, dia mencium bibir isterinya dan membisikkan kata-kata romantis di cupingnya, “Sayang, aku mencintaimu.” Kerana malam itu adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis!

Esoknya bangun tidur, dia membuka jendela kamar dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Lantas dia tergoda untuk berjogging sambil menikmati pagi yang indah . Pulang ke rumah setengah jam kemudian, dia melihat isterinya masih lena. Mungkin diuliti mimpi indah, fikirnya.

Tanpa mengejutkannya, dia masuk dapur dan membuat dua cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Disebabkan pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis!

Si isteri pun berasa aneh sekali, “Sayang, apa yang terjadi hari ini? Selama ini, mungkin saya ada berbuat salah. Maafkan saya, bang.”

Di pejabat, pemuda itu menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Stafnya pun kehairanan.

“Hari ini, Boss kita macam pelik je, kan?”

Dan sikap mereka pun turut berubah. Mereka menjadi lembut hati dan bekerja bersungguh-sungguh dan mengikut segala arahannya. Kerana siang itu adalah siang terakhir, pemuda itu ingin meninggalkan kenangan manis!

Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih bertimbang rasa serta menghargai pendapat-pendapat yang berbeza, tidak seperti sebelumnya.

Tiba-tiba hidup menjadi sungguh indah. Dia mula menghargai dan menikmatinya.

Pulang ke rumah pukul lima petang, isteri tercinta siap menunggunya di pintu depan dengan senyuman yang manis sekali. Kali ini isteri yang terlebih dahulu memberikan ciuman kepadanya, “Abang, sekali lagi saya meminta maaf, kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang.”

Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, “Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan disebabkan oleh perangai dan kenakalan kami.”

Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia terdetik untuk membatalkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum petang semalam?

Pemuda itu kembali menemui gurunya. Melihat wajah pemuda itu, sang Guru dapat mengetahui apa yang telah terjadi.

“Buang saja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, Apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila masa sahaja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jenuh, tidak akan bosan. Kau akan berasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan.”

Pemuda itu sungguh gembira dan tersedar akan kesilapannya selama ini dalam mengemudi hidup. Dia lantas mengucapkan terima kasih dan menyalami Sang Guru, lalu pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Dia masih mengalir terus. Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP!