Monday, March 31, 2008


Tersungkur di lembah hina



LONDON: Dia dikenali sebagai kanak-kanak genius matematik dan mendapat tempat di Universiti Oxford ketika usianya baru 13 tahun.Tetapi kini, satu-satunya perkara diminati Sufiah Yusuf ialah pendapatan diperolehnya dengan menjual tubuh.Kisah kehidupan terkini Sufiah itu didedahkan dalam laporan edisi online News of the World keluaran semalam.Menurut laporan itu, bagi Sufiah, penyelesaian matematik hariannya kini hanyalah menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun (RM845).


Wanita berusia 23 tahun itu dianugerah kepintaran semula jadi dan menarik perhatian dunia kira-kira 10 tahun lalu dan sepatutnya kaya-raya ketika ini.


Tetapi minggu lalu, kata laporan itu, dia menanggalkan pakaiannya untuk wartawan akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di flet kos rendahnya.


Adakah anda sudah mahu memulakan setengah jam pertama?” tanya Sufiah sambil dia menari di atas katil dalam keadaan telanjang bulat.


Dia memberitahu kepada wartawan itu apa yang boleh dia lakukan jika tawaran seks itu diterima.Dengan menggunakan nama Shilpa Lee, bekas ‘bintang’ kanak-kanak itu mengiklankan khidmat seksnya di laman web pelacur dengan menggambarkannya sedia melayan pelanggan setiap hari dari dari jam 11 pagi hingga 8 malam.Sufiah turut menggambarkan dirinya ‘amat seksi dan pelajar pintar’ yang gemar kepada lelaki lebih tua.Seorang rakan lama yang melihat kejatuhannya sebagai kanak-kanak genius menyifatkan perkembangan


Sufiah, yang ibunya berasal dari Malaysia (Halimathon), sebagai amat memilukan.“Dengan kepintarannya, dia pasti boleh meraih pendapatan lumayan dengan pelbagai cara yang dimahukannya. Tetapi dia gagal mengawal hidupnya,” katanya.Laporan News of the World itu juga menyifatkan kehidupan tidak menyebelahi Sufiah. Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi terbaru yang menimpa hidupnya sejak kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang berprestij.Pendedahan akhbar itu berlaku serentak sewaktu bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.Sebenarnya, Farooq yang menjadi segala punca kepada masalah yang dihadapi Sufiah, malah sejak dia lulus matematik pada peringkat A-Level yang diperlukan untuk membolehkannya memasuki Oxford pada usia 12 tahun.Sufiah menjalani disiplin yang ketat diterapkan bapanya serta dipaksa bermain tenis bersungguh-sungguh.Rutin itu begitu berkesan hingga membolehkan Sufiah menduduki tempat kelapan senarai pemain wanita bawah 21 tahun.Tetapi selepas tiga tahun di Oxford, polis melancarkan gerakan besar-besaran untuk mencari Sufiah yang ketika itu berusia 15 tahun, selepas dia melarikan diri daripada keluarganya.Farooq bermati-matan mendakwa Sufiah diculik dan dipengaruhi satu pertubuhan yang berusaha mencari punca kepintarannya.Bagaimanapun, Sufiah menghantar e-mel kepada keluarganya dengan menyifatkan kehidupan bersama bapanya seperti ‘neraka’.Satu mesej yang dihantar kepada adiknya berbunyi: “Saya sudah tidak dapat menahan pencabulan fizikal dan emosi yang saya lalui selama 15 tahun. Anda tahu apa yang saya maksudkan.”Sufiah hilang dua minggu sebelum ditemui di sebuah kafe Internet di Bournemouth, tempat dia bekerja sebagai pelayan hotel.Dia enggan kembali semula kepada keluarganya, sebaliknya diletakkan di bawah jagaan khidmat kebajikan.Kemudian terbongkar kisah Farooq dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana terbabit dalam penipuan wang berjumlah 1.5 juta paun (RM9.75 juta). Sebelum itu, pada usia 19 tahun, dia pernah dihantar menjalani pemulihan akhlak kerana terbabit dalam penipuan berjumlah 100,000 paun (RM650,000).Selepas bebas daripada kawalan bapanya, Sufiah kembali ke Oxford untuk menamatkan pengajian tahun akhirnya dalam Ijazah Sarjana Matematik.Tetapi dia lebih pentingkan untuk menghiburkan dirinya dan gagal menamatkan kursus itu selepas berkenalan dengan peguam pelatih, Jonathan Marshall. Mereka berkahwin pada 2004 ketika Sufiah berusia 19 tahun dan Jonathan, 24. Namun, hubungan dengan keluarganya terus tegang.Walaupun diundang, ibu bapa Sufiah dan saudara kandungnya yang lain tidak hadir.Impiannya untuk hidup bahagia dengan Jonathan berkecai apabila mereka bercerai setahun kemudian.


Kini, wanita itu menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.Sufiah bertemu dengan wakil akhbar itu yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.Dengan membawa tiga telefon bimbit, dia ketawa dan berjenaka sambil memimpin ‘pelanggan’ ke apartmen kecilnya.Sebuah katil tersedia di ruang tamu. Sufiah memberitahu lelaki berkenaan, harganya 130 paun (RM845) sejam dan menawarkannya segelas air sebelum memasang muzik menerusi radio kecil murah dan dengan gementar, menanggalkan skirt serta baju-T.Sufiah kemudian melucutkan seluar dalamnya dan menari di atas katil. Dia memberitahu wartawan terbabit bahawa dia melakukan seks dengan kondom dan seks oral tanpa perlindungan.Selepas wartawan itu memberikan alasannya, Sufiah membuatnya terus bercakap dengan berkata, dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.


Pernah disifatkan ibu bapanya sebagai anak yang baik, Sufiah bekerja sendiri tanpa keselamatan atau perlindungan fizikal.Sufiah yang kelihatan girang tidak menunjukkan sebarang tanda kesedihan mengenai nasib bapanya yang mula menjalani hukuman penjara sehari sebelum itu.Farooq, 50, dihukum penjara 18 bulan oleh mahkamah di Conventry kerana meraba dua pelajar perempuan berusia 15 tahun.Mahkamah diberitahu bagaimana Farooq, Mei lalu, tiba di rumah seorang mangsanya itu untuk memberi tuisyen matematik.Dia mula berbisik pada telinga pelajar itu dan mencium rambut serta pipinya. Dia juga meraba payu dara pelajar itu sambil memujinya dengan berkata pelajar itu pintar dan cantik sebelum meletakkan tangannya pada paha pelajar berkenaan.Peguam Farooq, Tim Hannam berkata: “Selepas ini, dia tidak akan dibenarkan mengajar dan sebarang harapan untuk memperoleh pendapatan tinggi menerusi teknik pengajarannya yang diasaskannya hingga terbukti kejayaannya, sudah hancur. Reputasinya sudah musnah.”


Kini, jelas, si anak yang melarikan diri daripada teknik belajar yang ketat dan keras, sudah hampir musnah.Seorang rakannya berkata semalam: “Sufiah mengalami terlalu banyak tragedi dalam hidupnya.“Saya berharap dia mampu keluar daripada kehidupan dilaluinya ketika ini. Dia orang baik dan sepatutnya memperoleh satu kehidupan lebih baik daripada ini. Anugerah semula jadi yang dimilikinya membawa kecelakaan pada dirinya,” katanya.

Daily Mail UK

Newsoftheworld UK

My Comment:

Lama aku memikirkan bagaimana seorang kanak-kanak kecil yang pintar boleh dirosakkan jiwanya sehingga gagal memilih jalan yang baik sehingga memikirkan apa yang sedang dilakukannya adalah yang terbaik...

Selalunya pelajar yang sederhana pencapaian dalam pelajaran lebih stabil dalam kehidupan, seperti apa yang digalakkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. ~ bersederhanalah...

Mungkin konsep "streetwise" boleh diamalkan oleh anak-anak kita dan anak murid di sekolah...

Ketika di kantin, ustazah Fadillah terang-terang menyalahkan bapanya tetapi aku terfikir apa pula peranan ibunya, Puan Halimathon 51 tahun, seorang saintis yang sanggup mengeluarkan statement bahawa dia tiada lagi apa-apa hubungan dengan anaknya itu...

Permata untuk kita

Oleh Idris Musa idris@hmetro.com.my

AL-QURAN adalah kitab panduan bagi manusia, yang memberikan petunjuk, kerahmatan dan kebahagiaan, malah penawar jika menghadapi masalah dan gangguan jiwa.

AL-QURAN adalah kitab panduan bagi manusia, yang memberikan petunjuk, kerahmatan dan kebahagiaan, malah penawar jika menghadapi masalah dan gangguan jiwa."Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman." (Yunus: 57)

Tetapi sesetengah pihak bersikap acuh tidak acuh terhadap al-Quran, selain dibaca ketika solat, mereka membaca secara bermusim di majlis tertentu.Lebih mendukacitakan apabila ada kurang fasih membacanya dan tidak berminat mempelajarinya sehingga diri menjadi jauh daripada kitab suci itu.Sebagaimana tujuan penurunannya untuk memberikan cahaya kebenaran, kesejahteraan dan kegembiraan kepada manusia, sepatutnya al-Quran dimanfaatkan untuk mendapatkan kebaikan dan keredaan.
Al-Quran menjadi pedoman dalam pelbagai lapangan kehidupan, ayatnya dibaca dan dikaji, malah dijadikan doa.Tidak kurang memanfaatkan ayat al-Quran bagi tujuan perubatan dan rawatan.Tetapi bagaimana pula jika ia digunakan sebagai tangkal dalam amalan perbomohan bagi menganiayakan orang lain, apakah ia dibolehkan?
Penceramah bebas, Mohamad Fauzi Husin, berkata memang kelebihan ayat al-Quran ialah penawar (syifa) kepada segala masalah dan penyakit sebagaimana ditegaskan Allah."Justeru, ia diharuskan bagi tujuan mengubati penyakit. Itu pun kena ada iktikad kuasa menyembuh adalah daripada Allah.
"Tetapi menggunakan ayat al-Quran bagi tujuan yang jahat seperti mahu merosakkan kehidupan orang lain dan meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah diharamkan."Contohnya kita menyebut ayat tertentu dengan tujuan orang yang dimaksudkan akan dibenci, dihina dan keji orang lain adalah tidak dibolehkan.
"Perbuatan seperti ini bertentangan dengan anjuran Islam kepada umatnya supaya mengeratkan hubungan silaturahim, bantu membantu dan berkasih sayang.
"Kita juga tidak boleh membaca ayat tertentu daripada al-Quran untuk membuatkan seseorang perempuan supaya minat dan kasih kepada kita. "Walaupun ayat al-Quran yang dibaca betul, tujuannya salah.
Begitu juga membaca ayat al-Quran secara menyimpang seperti menambah perkataan lain atau membaca baris lain walaupun bagi tujuan kebaikan," katanya.
Al-Quran adalah mukjizat yang agung, membacanya adalah satu ibadat dan diberikan ganjaran pahala, malah terbukti khasiatnya sebagai penawar mujarab segala masalah, seperti untuk mengubati penyakit rohani, emosi, kecelaruan fikiran dan penyakit sosial yang melanda anak muda kebelakangan ini.
"Kami turunkan al-Quran sesuatu yang boleh menyembuhkan penyakit (hati) dan menjadi rahmat kepada orang yang beriman dan al-Quran itu tidak menambahkan orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (al-Isra': 82)
Kedudukan al-Quran sangat mulia dan sewajarnya ia dijaga daripada dicemari kemuliaannya. Justeru, penggunaannya untuk tujuan tertentu yang sudah tentu dibimbangi membawa kepada terhina dan tercemar kesuciannya, seperti pada tangkal perlu dijauhi.
Malah, menurut fatwa dikeluarkan Majlis Agama Islam Terengganu, sekiranya (perbuatan itu) tidak dapat dikawal dan membawa kepada terhina serta tercemar kesucian al-Quran boleh menjadi haram. Dari Ibnu Masud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik."Jawatankuasa fatwa itu juga berpendapat, penggunaan rajah dan huruf tertentu untuk melariskan perniagaan jika ia menjadi suatu kepercayaan yang boleh merosakkan akidah adalah haram.
Mohamad Fauzi yang juga Setiausaha Masjid Kuala Kangkung, Alor Star, Kedah, menegaskan ayat al-Quran tidak boleh digunakan bagi perkara yang kotor termasuk dalam ilmu hitam dan sihir kerana hukumnya dosa besar."Perbuatan seperti menyihir orang dan melakukan perbomohan dengan tujuan menganiayai orang dengan mencampuradukkan ayat al-Quran dalam jampi juga dilarang.
"Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariah, malah segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber yang asal seperti al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Sesiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak." (Riwayat Bukhari dan Muslim)Garis panduan yang dikeluarkan berdasar kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia juga ada menyatakan:"Amalan memuja jin dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan seseorang bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan. "Orang yang bersahabat dan menggunakan jin seperti tukang sihir dan tukang tenun adalah tergolong di dalam golongan orang yang bodoh dan menzalami diri sendiri." Ini dijelaskan oleh firman Allah S.W.T, yang bermaksud: "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendapatkan mudarat kepadamu. Jika engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)." (Yunus: 106)Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, malah jampi mentera dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam.
Menurut Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitab Fatawa al-Mu'asirah sesuatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan tiga syarat:
(1) Ia mesti didasarkan kepada Allah dan nama-nama-Nya,
(2) ia mestilah dituturkan dengan bahasa Arab dan kata-kata yang boleh difahami maknanya dan (
3) beriktikad ia tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah.

Inilah Kehidupan

Hujung minggu ni agak sibuk buat aku, tapi dalam kesibukan itu, sempat juga aku membawa mak dan bodyguard kami meringankan kepala ke Penang. Bukan apa, bila seminggu bekerja, perlu juga satu masa untuk meringankan kepala. So kami bertolak selepas maghrib, slow drive sebab hujan renyai-renyai. Kebetulan pula bodyguaard kami baru selesai mengawal tempat perlumbaan cup prix di Kamunting so dia pun keletihan. Dengar ceritanya ada pelumba perempuan burusia 16 tahun dan berjaya ke pusingan akhir untuk esok hari. Tahniah buat wanita yang semakin rancak berlumba pulak...at least kali ni secara halal.
Kali ni kami mengunakan feri untuk masuk ke Pulau Pinang. Memang bila membawa anak naik feri, ia akan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat mereka!Aku selalu juga naik feri masa belajar di M4P dulu-dulu.Aku suka sebab relaxing dan permandangannya lepas sejauh mata memandang. Memang ringan kepala. Sufi pun dalam takut-takut begitu teruja bila dapat melihat pelbagai kontena, crane dan kapal-kapal besar sepanjang perjalanan.
Kami terus ke Gurney Plaza untuk mendapatkan tiket wayang. Cadang nak tengok cerita "Akhirat" tapi rupanya tiada tayangan di GSC. So kami memilih untuk menonton "Deadly Ghost" filem dari Thai. bagi aku dari 5 bintang aku bagi 2 bintang sebab ceritanya boring dan tak takut pun! Tak ada hujung pangkal ceritanya...Tengok aksi Sufi kali pertama menonton cerita seram rate "U" memang gelak sakan! kebetulan aku memakai selendang panjang yang digunakan sebagai penganti baju sejuk dan Sufi berada di ribaan aku, sepanjang cerita tangannya tak lepas dari memegang selendang untuk menutup muka dan dalam takut tu sempat lagi tanya.."dah udah?"..so bila aku kata dah okay, tangannya terus lepaskan selendang untuk terus menonton...Dalam berani takut juga...dalam takut ada berani gak!
Sebenarnya sebelum masuk panggung, sempat lagi kami menjamu selera di Gurney Drive. Pilihan aku ialah rojak pasembor dan rojak buah. Kalau makan rojak buah di Pulau Pinang memang puas! Masa kami menjamu selera, sempat jugalah kami menjamu mata..apa yang dipandang...sepasang kekasih yang jelas si wanitanya itu "pon"! dan memandang manusia yang tamak selera. Untuk dua orang makan, sepinggan "baq" rojak pasembor diorder...kompom tak abis tapi bila dah selera membuak...
Habis tengok wayang dah hampir pukul 2 pagi. Slowly, aku pun menyusuri jalan-jalan dalam pulau untuk menuju ke Jambatan Pulau Pinang. Aku selesa memandu di kawasan Air Itam dan Jalan Perak dan walaupun macamana berbelit pun jalannya, signboard cukp banyak untuk membantu kita ke destinasi kita...Akhirnya sampai juga ke Jambatan dan sesak juga kali ni sebab sedang diupgradekan. Dari 3 lorong dah jadi satu lorong. Pelik sungguh, manusia di pulau ni tak pernah tidur sebab jambatan pun boleh jam dengan kereta. Akhirnya sampai rumah tepat pukul 3.26 am lepas hantar bodyguard kami balik!
Ahad pagi, nak buka mata pukul 6 punya lah berat...akhirnya bangun gak dan sambung balik sampai 8.22 am. Masa tu kena bangun gak sebab ada kenduri, nak selesaikan urusan-urusan dalam rumah! Biasalah hujung minggu. Masa aku ke kenduri, sempat aku melihat pasangan ibu bapa yang kelihatan lebih ranggi dan bergaya dari pasangan pengantin sendiri. Satu keadaan yang sangat suka aku pandang!
Itulah kehidupan seharian kita...

Friday, March 28, 2008

Contoh Surat Cerai




JOHOR BAHRU: Selepas isu cerai SMS heboh diperkatakan, kini muncul cerai pos laju apabila seorang anggota polis marin berpangkat koperal di Muar sanggup menceraikan isteri keduanya menerusi kaedah penghantaran surat.Dia menghantar sijil cerai melalui pos laju kepada rakan setugasnya, seorang pegawai polis marin di Ibu Pejabat Polis Marin Wilayah Selatan di Tampoi di sini, untuk diberikan kepada bekas isterinya itu.Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan wanita berkenaan kini kebingungan memikirkan masa depan dua anak lelaki mereka berusia 10 dan 12 tahun berikutan perkahwinan pasangan terbabit tidak didaftarkan di negara ini.Anggota polis marin berusia 45 tahun itu memperoleh sijil cerai daripada Majlis Agama Islam Narathiwat, Thailand, 2 Februari lalu, sebelum menggunakan pos laju untuk menghantarnya kepada pegawai terbabit pada 18 Februari lalu.
Menceritakan kisah dukanya itu, Teena Jasman, 46, berkata dia dihubungi pegawai berkenaan untuk mengambil sijil cerai di ibu pejabat polis marin di Tampoi.
“Bayangkan perasaan seorang isteri apabila mendapat sijil cerai dengan cara seperti itu. Hati saya remuk memikirkan masa depan anak...bagaimana nak menyara mereka dengan purata pendapatan RM500 sebulan upah mencuci pinggan.“Hanya kerja seperti itu yang mampu saya buat kerana tidak pernah bersekolah tapi saya tak mahu anak mengalami nasib sama. “Paling penting sekarang ialah untuk mendaftarkan semula perkahwinan dan perceraian kami di negara ini seperti dijanjikan bekas suami ketika kami berkahwin di Thailand 13 tahun lalu bagi membolehkan saya membuat tuntutan nafkah anak.“Saya sudah puas memujuknya mendaftarkan perkahwinan sejak kami masih suami isteri. Dia sentiasa berdegil dengan alasan tiada duit dan tiada masa,” katanya yang sudah membuat aduan di Jabatan Agama Johor (JAJ) dan Mahkamah Syariah tetapi dinasihatkan mendaftarkan dulu perkahwinan di negara ini untuk membolehkan tuntutan nafkah dibuat.Dakwa Teena, perkahwinannya kian retak selepas dia mendapat tahu bekas suami mendirikan rumah tangga secara senyap dengan wanita Indonesia di negara itu, tiga tahun lalu.“Semuanya bermula apabila saya ternampak resit kiriman wang ke Indonesia. Mengesyaki sesuatu, saya menghubungi nombor telefon yang tertera pada resit itu. Perempuan itu mengaku isteri ketiga kepada bekas suami saya,” katanya.Dia hanya sempat menikmati kebahagiaan untuk dua tahun pertama ketika menetap di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Selepas itu, berlaku perselisihan faham apabila berpindah ke Johor Bahru, 10 tahun lalu.Namun, Teena cuba menyelamatkan rumah tangga dengan mengikut suaminya berpindah ke Muar dua tahun lalu.Di situ, dia bekerja sebagai tukang kebun untuk menyara anak tetapi ternyata jodoh mereka sukar diselamatkan.“Selepas bersabar hampir dua tahun, akhirnya saya mengambil keputusan membawa anak tinggal berasingan di Pasir Gudang sejak Mei lalu kerana tidak tahan lagi dengan sikap bekas suami,” katanya.Teena berkata, dia mempunyai hubungan baik dengan madu pertama dan pernah memberi wang kepadanya.“Ini kerana dia mempunyai lima anak dengan bekas suami. Saya bertanggungjawab kerana berkongsi kasih dengan suami sama, lagipun dia dapat menerima saya.“Saya cukup sedih mengenangkan sikap bekas suami. Baru-baru ini anak sulung kami berkhatan dan dia menghubungi ayahnya menerusi SMS, tapi hanya dijawab baguslah. Malah, kali terakhir anak dapat merasa duit ayahnya sebelum Aidilfitri tahun lalu,” katanya.Teena berharap pihak berkuasa membantu menyelesaikan masalah status perkahwinan dan perceraiannya dengan menghubunginya di talian 019-6091879.
My Comment:
Masa nak kawin, berjela surat permohonan, mendayu-dayu ngayat!...bila dah dapat LAJU nya pos surat cerai...

Wednesday, March 26, 2008

Contoh Surat Permohonan...


Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
26 Mac 2008
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Intan Baizura binti Mohd Haris yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki
My Comment
Aku sebenarnya ntah berapa kali panjat tangga pejabat tanah untuk selesaikan urusan geran tanah aku yang dah masuk lebih 12 tahun nih...Itu belum lagi pasal tanah bapak aku yang masih belum ada geran walaupun dah duduk dari aku umur 16 tahun lagi..isk..isk..isk..

Dun you Dare...

Kah..Kah..Kah..

DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar
DUN yg paling panas , DUN Pedas.
DUN yg paling miskin . DUN Sekupang
DUN yg paling muda , DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah , DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang
DUN yg banyak hantu , DUN Pucong
DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.
DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang
DUN banyak air , DUN Ampangan
DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.
DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun
DUN paling bahaya , DUN Baling.
DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung
DUN ada binatang , DUN Kijang
DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk

Kedai Roti

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.
"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri
Akob.
"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya

"Awak minta tolong pada siapa...?".
"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".
"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.
"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".
" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.
"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

My Comment:

Pepagi lagi aku ke kedai roti di Simpang, belikan roti bengali kegemaran mak aku...

5 Minit di Giant

Awal pagi tadi aku ke Giant dekat rumah aku sementara menunggu cina repair dryer datang. Saja nak beli clorox dan penyapu plastik. Masa aku melilau, aku mendengar radio komuniti Giant. Satu isu yang berkait dengan entri aku " Hak Anda".
Dalam radio itu disebut bagaimana ramai pasangan yang bergaduh tetapi selepas berbaik, bila ditanya, mereka tidak berniat untuk menyakiti hati pasangan mereka. Bila dikaji ini adalah apa yang terjadi.
Si suami menganggap hari Sabtu ialah hari santai untuk mereka berehat, membaca surat khabar, menonton bola atau keluar bersama rakan mereka. Mereka merasakan keadaan ini wajar kerana mereka telah penat bekerja selama seminggu.
Si isteri menganggap hari minggu ialah hari di mana si suami akan membantu mereka menjada anak-anak supaya mereka boleh keluar shopping, atau berehat setelah seminggu menjaga anak-anak dan menyiapkan keperluan rumahtangga.
Kedua-duanya mempunyai sebab yang betul dan boleh diterima pakai. Tapi akhirnya pada pukul 4.32 petang, kedua-dua mereka bergaduh sambil menyalahkan pihak satu lagi kerana tidak memahami keperluan masing-masing...
Aku sedar keadaan ini sering berlaku sehingga membawa kepada pergaduhan besar yang mengugat kesejahteraan rumahtangga...
Lewat malam tadi, selepas pulang dari rumah rakan mak aku, sempatlah aku dan mak menonton rancangan "Vice Versa". Rancangan ini memaparkan konflik dalam rumahtangga yang benar-benar berlaku dalam kehidupan kita. Apa yang menarik dalam rancangan ini ialah ia cuba membuka ruang bagi pihak wanita dan pihak lelaki meluahkan apa yang benar-benar bermain dalam kepala mereka.
Rancangan ini membawa penonton menyelami kehidupan 3 pasangan suami isteri yang berbeza latar belakang dan pekerjaan. Mereka menyingkap punca permasaalahan agar kita yang berada di alam realiti dapat menjadikan kisah ini sebagai panduan dalam menangni masalah kita sendiri. Mungkin wajar bagi mereka yang sedang berhadapan dengan kemelut rumahtangga agar membuka minda sambil melihat satu-satu punca masaalah dan penyelesaiannya dari pelbagai sudut sebelum membuat kesimpulan siapa salah dan siapa betul.

Sebelum Terlupa

Ada 5 amalan yang boleh dilakukan untuk mempunyai daya ingatan yang hebat!

1. Jangan makan asam di waktu malam

2. Jangan makan telur yang belum dibasuh kulitnya

3. Jangan makan kepala ikan bila dekat nak exam

4. Jangan minum air yang ada semut

5. dah lupa daaa...

Tuesday, March 25, 2008

The Hidden Power of ~ Play

Bermain atau main-main sebenarnya membuka satu ruang dalam minda kita untuk mencuba tanpa ada penilaian dari sesiapapun. Tetapi kita sering kali membelakangkan kuasa "main-main" kerana kita terikat untuk mencapai tahap yang telah ditetapkan.(Tambah kalau ada ISO yang tinggi ~ kantoi!). Aku selalu beranggapan pelajar yang main-main adalah pelajar yang bijak dan sangat " street-wise" berbanding pelajar yang skema!
Ada banyak pencapaian dalam dunia sains yang tersadung secara bermain-main. Salah satu kisah yang menarik ialah bagaimana seorang pakar kanser bermain-main dengan bakteria yang di ambil dari mukus manusia dan diuji dengan cel kanser. Hasilnya sangat menakjubkan kerana kini kebanyakan cell kanser tidak lagi diuji dengan tikus sebaliknya ujian dijalankan ke atas bakteria yang berada dalam tubuh manusia. Malahan begitu juga seorang pakar robot yang bermain-main dengan cip yang diletakkan dalam robot semata-mata untuk membina body sensor. Akhirnya kini kita mempunyai banyak ciptaan yang menggunakan sistem touch screen, alarm sensor dan yang terkini cip-cip seperti MyKad.
Adakah permainan dalam kelas juga perlu dinilai? Seperti main bola kena ada score? Tak perlu kut! Dalam perniagaan juga banyak istilah main-main. Macam buat kek atau kuih yang sukar, apa salahnya kalau kita suka-suka je main-main dengan resepi dan akhirnya pasti banyak kuih yang dianggap sukar untuk disediakan tapi bagi yang main-main, tak lah sesusah mana pun kerana kita mengganggap ianya sekadar satu eksperimen main-main!
Dalam kelas, banyak elemen main-main yang boleh diterapkan. Umpamanya main-main dengan komputer. Aku kini giat bermain komputer dengan pelajar semata-mata untuk tidak menakutkan mereka dengan kesukaran memahami bahasa inggeris. Bayangkan kalau boleh register untuk gmail tapi tak tau baca dalam bahasa inggeris. Macamana tu? Tapi semalam, ramai pelajar yang sebelum ini tak tahu apa itu gmail akhirnya dengan main-main untuk mencipta username dan password, kini dah ada blog sendiri!

Hak Anda

Pada hari Ahad lepas, dalam pukul 7.30 pm, ntv7 siarkan sebuah rancangan bertajuk "Hak Anda". Aku rasa rancangan itu bagus untuk ditontoni oleh masyarakat kita kerana ia memaparkan hak-hak kita yang perlu diketahui. Tajuk minggu lepas sangat menarik iaitu hak ibu tunggal dan hak dalam penceraian. Aku sendiri terkejut bila rating penceraian yang begitu mendadak di Malaysia, berakhir tahun 2007, seramai 20 131 pasangan telah memfailkan penceraian ( keluarga Islam) ~ Merujuk Informasi Hal Ehwal Islam.
Dan aku mula menyedari bahawa ramai pasangan Islam yang tidak mengambil berat soal-soal membina keintiman dalam hubungan suami isteri. Aku sendiri hairan kenapa layanan semasa jadi girlfriend lain berbanding bila dah jadi isteri. Begitu juga semasa menjadi boyfriend dan bila dah jadi suami. Kenapa keakraban dan keintiman yang wujud semasa bercinta tidak dibawa bersama dalam bahtera perkahwinan. Salahkan jika si isteri dilayan macam melayan girlfriend? Atau salahkan jika suami itu diibaratkan seperti boyfriend.
Hairan aku bila memerhatikan pasangan yang ada diluar sana, masa belum bernikah, berkepit dan melekat lebih dari belangkas. Bila dah kawin, nak sentuh bahu pun malu....Apa daaa?

Picture Hoax ~ Gambar Nabi Adam

James Owenfor National Geographic News
December 14, 2007The National Geographic Society has not discovered ancient giant humans, despite rampant reports and pictures.The hoax began with a doctored photo and later found a receptive online audience—thanks perhaps to the image's unintended religious connotations.A digitally altered photograph created in 2002 shows a reclining giant surrounded by a wooden platform—with a shovel-wielding archaeologist thrown in for scale.By 2004 the "discovery" was being blogged and emailed all over the world—"Giant Skeleton Unearthed!"—and it's been enjoying a revival in 2007.The photo fakery might be obvious to most people. But the tall tale refuses to lie down even five years later, if a continuing flow of emails to National Geographic News are any indication. (The National Geographic Society owns National Geographic News.)The messages come from around the globe—Portugal, India, El Salvador, Malaysia, Africa, the Dominican Republic, Greece, Egypt, South Africa, Kenya. But they all ask the same question: Is it true?Perpetuating the MythHelping to fuel the story's recent resurgence are a smattering of media outlets that have reported the find as fact.An often cited March 2007 article in India's Hindu Voice monthly, for example, claimed that a National Geographic Society team, in collaboration with the Indian Army, had dug up a giant human skeleton in India."Recent exploration activity in the northern region of India uncovered a skeletal remains of a human of phenomenal size," the report read.The story went on to say the discovery was made by a "National Geographic Team (India Division) with support from the Indian Army since the area comes under jurisdiction of the Army."The account added that the team also found tablets with inscriptions that suggest the giant belonged to a race of superhumans that are mentioned in the Mahabharata, a Hindu epic poem from about 200 B.C."They were very tall, big and very powerful, such that they could put their arms around a tree trunk and uproot it," the report said, repeating claims that initially appeared in 2004.Voice editor P. Deivamuthu admitted to National Geographic News that his publication was taken in by the fake reports.The monthly, which is based in Mumbai (Bombay), published a retraction after readers alerted Deivamuthu to the hoax, he said."We are against spreading lies and canards," Deivamuthu added. "Moreover, our readers are a highly intellectual class and will not brook any nonsense."Other blog entries—such as a May 2007 posting on a site called Srini's Weblog—cite a report supposedly published in the Times of India on April 22, 2004. But a search of that newspaper's archive revealed no such article.Arabian GiantVariations of the giant photo hoax include alleged discovery of a 60- to 80-foot long (18- to 24-meter) human skeleton in Saudi Arabia. In one popular take, which likewise first surfaced in 2004, an oil-exploration team is said to have made the find.Here the skeleton is held up as evidence of giants mentioned in Islamic, rather than Hindu, scriptures.The DebunkersWeb sites dedicated to debunking urban legends and "netlore" picked up on the various giant hoaxes soon after they first appeared.California-based Snopes.com, for example, noted that the skeleton image had been lifted from Worth1000, which hosts photo-manipulation competitions.Titled "Giants," the skeleton-and-shoveler picture had won third place in a 2002 contest called "Archaeological Anomalies 2."The image's creator—an illustrator from Canada who goes by the screen name IronKite—told National Geographic News via email that he had had nothing to do with the subsequent hoax.He added that he wants to remain anonymous because some forums that debated whether the giant was genuine or not "were turning their entire argument into a religious one." It was argued, for instance, that the Saudi Arabian find was entirely consistent with the teachings of the Koran."This was about the same time that death threats and cash bounties were being issued against cartoonists and other industry professionals for doing things like depicting the Prophet Mohammed," IronKite wrote.How the Image Was MadeIronKite started with an aerial photo of a mastodon excavation in Hyde Park, New York, in 2000. He then digitally superimposed a human skeleton over the beast's remains.The later addition of a digging man presented the biggest technical challenge."If you look, he's holding a yellow-handled shovel, but there's nothing on the end," IronKite said."Originally, the spade end was there. But [it] looked like it was occupying the exact same space as the skeleton's temple, making the whole thing look fake."Now it looks like he's just holding a stick, and people don't notice. It's funny."IronKite also altered the color of the man's clothing to create a "uniform tie-in" with the white-shirted observer peering down from the wooden platform.The two figures work to exaggerate the scale of the skeleton, he added.IronKite said he's tickled that the picture—which took only about an hour and a half to create—has generated so much Internet attention."I laugh myself silly when some guy claims to know someone who was there, or even goes so far as to claim that he or she was there when they found the skeleton and took the picture," IronKite said."Sometimes people seem so desperate to believe in something that they lie to themselves, or exaggerate in order to make their own argument stronger."Wanting to BelieveDavid Mikkelson of Snopes.com said such hoaxes succeed when they seem to confirm something people are already inclined to believe, such as a prejudice, political viewpoint, or religious belief.A hoax also needs to be presented "in a framework that has the appearance of credibility," he said in an email.The "ancient giant" has both elements, according to Mikkelson."It appeals to both a religious and a secular vision of the world as different and more fantastic than mere science would lead us to believe," he said."Proof," Mikkelson added, "comes in the form of a fairly convincing image."For anyone who may have knowingly propagated the myth, Mikkelson added, the motivation "probably wasn't any different than the motivation for engaging in a game of ringing someone's doorbell and running away—because it's an easy way to have a laugh at someone else's expense."Alex Boese, "curator" of the virtual Museum of Hoaxes, said fake giants have a long history going back to the at least the 1700s.The recent hoax is reminiscent of the once famous Cardiff Giant myth, involving a ten-foot-tall (three-meter) stone figure dug up in 1869 in Cardiff, New York, Boese said.Many people believed the figure was a petrified man and claimed he was one of the giants mentioned in the Bible's Book of Genesis: "There were giants in the Earth in those days."Likewise, Boese said, the recent giant hoax "taps into people's desire for mystery and their desire to see concrete confirmation of religious legends."National Geographic News photo editor Sebastian John contributed to this report.http://news.nationalgeographic.com/news/2007/12/071214-giant-skeleton.html
my comment:
Terima kasih kepada cik/puan/encik/tuan Anonymous kerana membuka kesahihan cerita ini...
Memang bila dihalusi gambar itu, banyak kecacatan yang jelas seperti bagaimana lelaki yang memegang penyodok di hujung tengkorak tidak ada sodok nya!!

Monday, March 24, 2008

Kursus Asas Cendawan

Semalam satu kursus asas tani Cendawan berjaya dijalankan di Taiping. Kursus ini mendapat sokongan padu dari Jabatan Pertanian LMS, pihak TEKUN dan MARDI. Walaupun yang hadir hanya 16 orang tetapi ia merupakan satu sambutan yang menggalakkan. Aku berperanan sebagai Emcee, bidan terjun! Apa yang menariknya ialah, rakan aku menempah sijil pada rakan sejawat aku di sekolah sini, maka tadi waktu rehat sempatlah dia bertanya pasal kursus tu sebab nama aku tertera pada sijil yang sedang dicetak!
Pada mula aku akui aku agak was-was dengan perancangan kursus ini tetapi akhirnya aku juga bergerak sama laju kerana ini adalah satu cara dari banyak-banyak cara yang ada untuk membangunkan bumiputera yang sedang lena.
Ramai diantara yang hadir datang sejauh dari Kulim, Lunas dan ada seorang Cik Salina yang memandu jauh dari Georgetown, Pulau Pinang semata-mata untuk ilmu. Aku salut pada dia dan juga dua wanita yang amat menarik kisahnya kerana mereka sebenarnya bermadu! Aku tidak pula bertanya mana nombor satu dan mana nombor dua, cuma apa yang menarik bagi aku ialah keadaan mereka yang lebih kepada ingin mendapatkan ilmu dari bercakaran mendapatkan suami. Pakaian dan gaya mereka sedondon dan sering bercerita tentang apa yang mereka ingin capai dalam perniagaan ini. Aku cukup tertarik dengan cara suami mereka yang datang menghantar dan datang mengambil tanpa mengambil tahu atau bercampur gaul dengan ahli peserta lain mahupun dengan fasi yang duduk sebelah meja si suami dan dua kanak-kanak lelaki sambil menikmati makanan mereka. Semua keadaan dikawal penuh oleh kedua wanita ini melalui soalan-soalan yang ditanya, jelas menunjukkan bidang perusahaan cendawan ini adalah untuk mereka berdua.
Bila aku bersembang, jelas kelihatan bagaimana kak Z bercerita bahawa suaminya yang begitu bersemangat menghantar mereka untuk berkursus. Mereka sanggup datang dari Kulim dan ingin memulakan perniagaan cendawan secepat mungkin. Tambahan pula setelah mengetahui bahawa aku juga sedang mengusahakan perniagaan yang sama. Akhirnya sempatlah kami bertukar nombor telefon dan pasti satu rangkaian lagi di Kulim akan dibuka laluan melalui syarikat kami yang tak seberapa adanya!
Semasa kursus itu, aku juga berkenalan dengan Wani, pemegang ijazah engineering yang pernah bekerja di Johor tapi membuat keputusan untuk pulang ke Taiping kerana bapanya yang sedang tenat sakit. Beliau juga berminat dengan cendawan dan sudah disunting oleh MD kami untuk berkhidmat di syarikat yang tak seberapa adanya itu sebagai kerani cum ahli lembaga!
Menariknya ialah aku dan dia memang sekepala! Akhirnya setelah bergebang dan bersembang, tersemburlah idea-idea untuk membuat kursus-kursus lain. Antaranya ialah kursus asas agama, kursus asas mengaji, kursus suami isteri dan macam-macam idea yang belum lagi dihalusi dan diperkemaskan. Apa yang pentingnya ialah idea untuk tidak duduk sahaja.
Keadaan sedemikian memang aku suka sebab bagi aku masa 24 jam seharian perlu dipenuhi dengan aktiviti yang berisi dan bukan sekadar duduk depan tv semata-mata kerana masa berkuantiti tapi tidak berkualiti menunjukkan kita tidak menghargai masa yang ada...Wallahuallam!
So malam ni aku ada mesyuarat pukul 8.30 malam dengan Wani dan mungkin dengan ahli yang lain. Kumpulan kami sangat menarik kerana ia lebih kepada sering melengkapi dari mencari kekurangan. Keadaan ini mewujudkan tiada kebergantungan antara mana-mana pihak. Apa yang pentingnya semua memahami matlamat untuk membina rangkaian perniagaan yang pastinya dapat menjana pendapatan yang berterusan untuk sesiapa sahaja yang berminat.

HP Pavilion tx1200 Entertainment Notebook PC series


Overview
The HP Pavilion tx1200 Entertainment Notebook PC delivers a new personal mobile computing experience with a ‘twist & touch’ screen display. The innovative design enables consumers to enjoy the best entertainment and productivity experience.
Features
Featuring
genuine Windows Vista® Home Basic or Premium for superior digital entertainment and advanced features

Enjoy bright, sharp images and crisp video clips with the HP BrightScreen technology. 12.1-inch touchscreen display responds beautifully to pen input letting you glide from each application with utmost ease.

AMD Turion™ 64 X2 Dual Core Mobile technology boosts multi-media applications responsiveness for a more enjoyable entertainment experience. It accelerates current applications with HyperTransport™ Technology, for faster response and greater agility.

Protect your data with the built-in biometric scanner. Scan and register your fingerprint so only you may have access to the computer. Log on to email, banking or any password protected websites.

Launch QuickPlay for DVD, photo/video, music playback and navigate Windows Vista® multi-media applications as easily as using a TV remote. HP mini-remote store in ExpressCard slot for convenience.se
Seksinya hubby baru aku nih! Mengancam habis especially bab boleh pusing 180 degrees dan touch screen! Macam phone Nokla N95 pulak! Sanggup aku rabak jap bulan ni demi sebuah laptop camni nih...Apa pun kena tengok budget sebab pricenya agak pricy sikit! RM 3300. Atau tunggu ghega nya jatuh! Atau, tunggu "laptop" ni jatuh ke riba...

Redoxon





Redoxon Double Action is a powerful formula designed to help maintain your body's immune system.

A combination of essential nutrients:
Vitamin C
Works with the white blood cells to help maintain a healthy immune system
An antioxidant able to neutralise potentially damaging free radicals.
Needed in your diet every day because it cannot be stored in the body for any length of time.
Zinc
Help maintain a healthy immune system.
Is required to maintain healthy skin, the body's first line of defence.
Vitamin C + Zinc Double Action:
Helps protect against free radicals to promote healthy cells and tissues.
Both essential nutrients complement each other to support the body's immune defence.

Directions for useAdults:
Dissolve 1 tablet per day in a glass of water to make a delicious and refreshing orange drink.
Children 6-12 years old:
Half a tablet per day.Taking more than the recommended daily intake may be harmful.Regular usage is recommended due to the body's inability to store Vitamin C.

Redoxon Double Action Vitamin C and Zinc food supplement with sugar and sweeteners.

Food supplements should not be used as a substitute for a varied diet.

High Strength Vitamin C plus Zinc Nutritional InformationTypical Value Per tablet* RDAVitamin C 1000mg 1667%Zinc 10mg 67%RDA = Recommended Daily Allowance*Equivalent to adult daily dose

Ingredients: Vitamin C, citric acid, sodium hydrogen carbonate, bulking agent (isomalt), flavour enhancers (malic acid, sodium chloride), Colour (beta carotene), orange flavour, sodium carbonate, sweeteners (aspartame, acesulfame K), zinc citrate, tangerine flavour. Contains a source of phenylalanine Excessive consumption may produce laxative effects
My comment:
Sekarang ni musim hujan, ramai di antara kita akan mengidap demam selsema sehingga meleleh lah hingus...Aku susah nak demam tapi kalau aku demam, lembik berhari-hari dan selalunya disebabkan oleh asap rokok. Abah aku seorang perokok. Kesan ini sebenarnya telah dikenalpasti semasa aku berumur 13 tahun kerana aku selalu sangat lemah dan sakit dada sehingga aku kena jumpa specialist untuk mengenalpasti apa keadaan yang sebenarnya. Rupa-rupanya aku mengidap thalasemia iaitu sejenis penyakit kurang sel darah merah. Kekurangan sel darah merah akan menyebabkan aku pitam dan letih. Sebab tu kalau aku tak makan atau lapar, aku selalunya jadi baran!
Semenjak aku aktif di sekolah lagi aku mengamalkan Vitamin C (kena paksa dengan doktor sama!!) kerana vitamin ini sangat penting dalam peredaran darah. Malahan pengambilan vitamin C setiap hari akan menjadikan kulit kita lebih cantik (bukanlah aku ni cantik pun!) kerana ia mengandungi anti oksidan yang bertindak untuk menyingkir toksin dalam badan (cover line..). Vitamin C sangat baik bagi mereka yang merokok atau mereka yang hampir dengan perokok kerana kekurangan vitamin C dalam badan menyebabkan mereka akan sering selsema dan batuk. Aku juga minum susu sebab keperluan zinc dan asid folik yang sangat penting dalam penghasilan sel darah merah.
Akhirnya aku menemui Redoxon yang menjadi amalan aku sebab ia sesuai untuk orang yang tak suka makan ubat. Redoxon bertindak sebagai pencegah penyakit dan membina pertahanan badan dari selsema dan berbagai penyakit lain.

Friday, March 21, 2008

Yang Santai...

Hari ini aku melakukan sesuatu yang telah lama ingin aku lakukan...Pakai braces atau pendakap gigi!! Dah besar gajah baru dapat susun balik gigi yang tak cun! hahahah...yang hampeh nya ialah pukul 1 pm aku ada sessi dengan kumpulan Amanah Ikhtiar di Kampung. Nasib baik tempat mesyuarat mereka hanya di surau sebelah rumah...Dengan gigi beku, aku cuba juga bersuara dan bercerita...
"Kakak, Makcik, saya ni sebenarnya nak bagi tau tentang Persatuan Peladang dan kegunaan Jabatan Pertanian kepada semua. Dan bagaimana kita boleh tubuhkan KPW iaitu Kumpulan Pengembangan Wanita..."
"Kalau kak nak belajar buat sos boleh?..."Boleh!"
"Kalau kak nak buat Tauhu, boleh?"..."Boleh"...
Wah...seronok rupanya bila aku berjaya membuka minda makcik-makcik dan kakak-kakak di kampung aku!
Akhirnya sessi yang dijangka berlangsung hanya 20 minit melarat kepada hampir satu jam lebih..nyaris aku tak terlewat ke sekolah hari ni...
Sebenarnya banyak peluang yang terbuka kepada masyarakat kita kerana kerajaan yang ada bukan sahaja untuk memimpin tetapi juga berusaha membangunkan kita SEMUA! Peluang yang ada seringkali dikaut oleh orang lain dan kita selalu suka menyalahkan sesiapa sahaja tetapi bukan diri sendiri bila kita terlepas peluang...
Banyak kursus secara percuma ditawarkan oleh Jabatan Pertanian dan juga Persatuan Peladang. Begitu juga banyak dana dan bantuan modal yang disediakan untuk mereka yang berminat untuk memulakan pertanian atau perniagaan...Bila lagi?
Okay..selamat berhujung minggu...Esok, Sabtu aku akan ke Kampar..tengok rumah baru adik aku...ciss rupa-rupanya rumah PPRT pun dah jadi rumah sewa..RM 200 pula tu...
Hari Ahad, aku akan terlibat sebagai tenaga pengajar/ Fasi untuk Kursus Asas Cenndawan Tiram kelabu di Taiping bersama Bekas Pegawai Mardi, En Arif, seorang penyelidik dalam bidang cendawan selama 25 tahun....itulah hobi baru aku sekarang!
Caiyook!

Dari Mana KITA? dan ke Mana KITA?


Semalam aku berpeluang bertemu dengan Ustaz Faizol, pengeluar minyak merah Faizol..
Dia menunjukkan banyak gambar-gambar sejarah lampau yang pasti membuka minda kita untuk memikirkan semula keseimbangan kita dalam memenuhi tuntutan dunia dan akhirat. Sekeping gambar ini benar-benar memaku aku dalam keriuhan...Adakah ini fosil nabi Adam?

Wednesday, March 19, 2008

Hakim Manusia

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Orang yang suka beribadah
disangka riak
Orang yang relax
disangka malas
Orang yang pakai baju baru
disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk
disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak
disangka pelahap
Orang yang makan sikit
disangka diet
Orang yang baik
disangka buruk
Orang yang buruk
disangka baik
Orang yang suka senyum
disangka mengejek
Orang yang masam
disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah
disangka mengumpat
Orang yang diam
disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan
disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria
disangka membela
Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah
Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya
Mana kita tahu ...
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

menCARI atau menJADI?

“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.
“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?
Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?
Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.
Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?
Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
~
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan
MENCARI.
~
my comment:
Kealpaan kita sebenarnya terletak kepada menginginkan kesempurnaan. Untuk mencapai keinginan itu maka diletakkan pilihan ditangan sendiri...sama ada terus menJADI atau terus menCARI

Tuesday, March 18, 2008

Hampeh...

Laptop HP aku dah selamat! Screen pecah! Dan ghega screennya lebih dari RM2400...Aku tinggal nak buat baca talkin jerrr...
So hari ni pergi survey "hubby" baru! Fussshhh...mahalnya nak masuk meminang...tak ada yang kurang dari RM2500 untuk sebuah laptop HP. Rasa macam nak korban gaji bulan ni je! Macam boleh...Hak..hak..hak..
Kadang-kadang betul juga bila difikirkan apa yang mak aku bising-bisingkan, dia selalu pesan, lepas pakai simpan, jangan tinggal bersepah tapi biasalah bila dah jadi baru nyesal! Apa pun dalam masa terdekat, tak ada laptop pun masih hidup cuma banyak kerja yang terbengkalai terutama semua kerja-kerja clerical yang tersimpan termasuklah claim pindah yang kena buat lain...Hwwwaaaaahh!
So alternatif yang diberikan oleh doktor laptop aku ialah, tak payah buat bedah siasat tapi buat cantum semula bahagian mana yang boleh dipakai dan jadikan desk top. Perghhh...komform Sufi lepas ni main game tak lah sampai rebut dengan mak nya...Selalunya memang berebut dengan dia sebab ada game yang dia suka main...mak nya pula sibuk nak "bertenet" cari bahan dan rujukan untuk hobi terbaru!
Bab komputer ni, aku selalunya serah pada yang pakar kerana kepakaran aku bukan pada nak format, atau nak instal atau nak uninstall atau nak tambah-tambah RAM!! Bagi aku sebuah komputer, kegunaannya ialah menggunakan ia untuk menyelesaikan masalah!! Bab cari masalah, itu kena bagi kat doktor komputer! So aku memang suka bila dapat tahu ramai pakar kat sekolah aku yang fulamak, terror bab baikpulih komputer, ada gak yang cuba mengajar, tapi akhirnya aku sedar bahawa minat aku bukan pada apa ada dalam komputer tapi apa yang boleh aku gunakan dengan sebuah komputer!
Sekarang ni aku dengan tidak sabar menunggu jadual baru aku, apa yang aku tahu aku akan ajar 2 kelas Form 1 dan 2 kelas Form 2 untuk English. Kemudian aku ajar 4 kelas PJK...best ajar PJK sebab banyak benda yang boleh dibuka minda untuk para pelajar kat sini.
Paling best ialah aku dapat ajar blog design untuk pelajar di sini. Tambahan pula aku dapat tahu mereka memang minat dengan komputer. Banyak kegunaan komputer dalam kelas kalau cikgu rajin explore. Masa aku di TCS, kekangan utama ialah nak share 9 komputer yang ada internet line dengan 41 orang pelajar tapi jadi gak projek aku...Kat sini ada DUA lab yang masing-masing 20 biji komputer yang berarus tinggi...Kompom lepas ni boleh buat webquest dengan pelajar.
Satu hal yang aku selalu proaktif ialah, tak ada pelajar yang lemah atau "bodoh" cuma ,mereka tidak tahu. Our job as a teacher is to let them know...that's all.
Hari ini aku lontarkan soalan : Kenapa saya ke sekolah. Beri 20 sebab.
Ramai pelajar yang terdiam kerana mereka sendiri "TIDAK TAHU". Aku gunakan pendekatan "Makan", kenapa kita makan, maka ramai pelajar yang menjawab sebab "lapar". Soalan aku seterusnya adakah kerana lapar saja ke? Ramai di antara mereka yang memberi jawapan loyar buruk yang memang aku sentiasa terima pakai supaya mereka berpeluang meluahkan isi fikiran mereka.
Akhirnya ramai yang faham bahawa sekolah ialah sebuah dunia kecil yang serupa dengan dunia sebenar. Keadaan yang dilalui oleh pelajar adalah sama dengan keadaan yang dilalui oleh orang dewasa di tempat kerja ataupun semasa melalui kehidupan harian mereka. Untungnya pelajar ialah mereka mempunyai guru untuk menunjukkan arah kepada mereka supaya tidak sesat. Malangnya ramai guru sendiri "sesat" dalam dunia mereka sendiri!
...dan aku mula melihat lajunya sebatang pen berjalan memenuhi 20 sebab kenapa saya ke sekolah!
20 sebab kenapa aku ke sekolah?
wahai pembaca blog yang setia..cuba anda sendiri menjawabnya...mesti kacang je!
~Alahai sementara nak sampai laptop baru, berebutlah aku di sekolah dengan bebudak form 6 di makmal komputer!

New Line-up For Malaysia... ABDULLAH'S CABINET MINISTERS AND DEPUTY MINISTERS

(Bernama) -- Following is the list of Cabinet ministers and deputy ministers announced by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi today:

Prime Minister : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Deputy Prime Minister : Datuk Seri Najib Tun Razak

PRIME MINISTER'S DEPARTMENT Minister : Tan Sri Bernard Dompok Minister : Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Minister : Datuk Ahmad Zahid Hamidi Minister : Datuk Zaid Ibrahim (senator) Minister : Datuk Amirsham A Aziz (senator) Deputy : Datuk Johari Baharum Deputy : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator) Deputy : S K Devamany Deputy : Datuk Hasan Malek

HOME MINISTRY Minister : Datuk Seri Syed Hamid Albar Deputy : Datuk Chor Chee Heung Deputy : Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

FINANCE MINISTRY Minister : Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Minister II : Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Deputy : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Deputy : Datuk Kong Cho Ha

TRANSPORT MINISTRY Minister : Datuk Ong Tee Keat Deputy : Datuk Anifah Aman

WORKS MINISTRY Minister : Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed Deputy : Datuk Yong Khoon Seng

PLANTATION INDUSTRIES AND COMMODITIES Minister : Datuk Peter Chin Fah Kui Deputy : A Kohilan Pillay (senator)

ENERGY, WATER AND COMMUNICATIONS MINISTRY Minister : Datuk Shaziman Abu Mansor Deputy : Datuk Joseph Salang Gandum

INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY MINISTRY Minister : Tan Sri Muhyiddin Yassin Deputy : Datuk Liew Vui Keong Deputy : Datuk Jacob Dungau Sagan

AGRICULTURE AND AGRO-BASED INDUSTRY MINISTRY Minister : Datuk Mustapa Mohamed Deputy : Datuk Rohani Abdul Karim

DOMESTIC TRADE AND CONSUMER AFFAIRS MINISTRY Minister : Datuk Shahrir Abdul Samad Deputy : Jelaing anak Mersat

EDUCATION MINISTRY Minister : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Deputy : Datuk Dr Wee Ka Siong Deputy : Datuk Razali Ismail

INFORMATION MINISTRY Minister : Datuk Ahmad Shabery Cheek Deputy : Datuk Tan Lian Hoe

UNITY, CULTURE, ARTS AND HERITAGE MINISTRY Minister : Datuk Shafie Apdal Deputy : Teng Boon Soon

HUMAN RESOURCES MINISTRY Ministry : Datuk Dr. S Subramaniam Deputy : Datuk Noraini Ahmad

SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION MINISTRY Minister : Datuk Dr Maximus Ongkili Deputy : Fadillah Yusof

HOUSING AND LOCAL GOVERNMENT MINISTRY Minister : Datuk Ong Ka Chuan Deputy : Datuk Robert Lau Hoi Chew Deputy : Datuk Hamzah Zainudin

DEFENCE MINISTRY Minister : Datuk Seri Najib Tun Razak Deputy : Datuk Wira Abu Seman Yusop

RURAL AND REGIONAL DEVELOPMENT MINISTRY Minister : Tan Sri Muhammad Muhd Taib Deputy : Tan Sri Joseph Kurup Deputy : Joseph Entulu anak Belaun

FOREIGN MINISTRY Minister : Datuk Seri Dr Rais Yatim Deputy : Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

YOUTH AND SPORTS MINISTRY Minister : Datuk Ismail Sabri Yaakob Deputy : Wee Jeck Seng

HEALTH MINISTRY Minister : Datuk Liow Tiong Lai Deputy : Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

ENTREPRENEUR AND COOPERATIVES DEVELOPMENT MINISTRY Minister : Datuk Noh Omar Deputy : Datuk Saifuddin Abdullah

WOMEN, FAMILY AND COMMUNITY DEVELOPMENT MINISTRY Minister : Datuk Dr Ng Yen Yen Deputy : Noriah Kasnon

TOURISM MINISTRY Minister : Datuk Seri Azalina Othman Said Deputy : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

FEDERAL TERRITORIES MINISTRY Minister : Datuk Zulhasnan Rafique Deputy : Datuk M Saravanan

HIGHER EDUCATION MINISTRY Minister : Datuk Khaled Nordin Deputy : Datuk Dr Hou Kok Chung Deputy : Datuk Idris Haron

NATURAL RESOURCES AND ENVIRONMENT MINISTRY Minister : Datuk Douglas Uggah Embas Deputy : Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh

-- BERNAMA

Sunday, March 16, 2008

Bukit Larut


























































Kembali ke alam adalah satu nikmat yang tak terkata dan tercerita dengan apa jua ungkapan...

Pelbagai keadaan yang kita lalui selalunya disejukkan dengan permandangan yang jauh ke ufuk dan seringkali menjadikan kita lebih menghargai apa yang kita kecapi selama ini...
Kita adalah sebahagian dari alam dan alam adalah sebahagian dari kita...kenapa kita perlu menjauhi dan cuba menafikan apa yang membentuk diri kita yang satunya dilengkapkan dengan apa yang wujud dari sekeliling kita?
Menafi dan menidak kan apa yang melengkapi kehidupan kita akan menjadikan kita lebih alpa dan lupa pada siapa kita kembali...
Warna-warna kehidupan adalah warna-warna yang kita corakkan...
Warna-warna itu diserikan dengan pilihan yang berada ditangan kita sendiri
@secangkir kopi

Saturday, March 15, 2008

Pulau Pinang


















Lebih baik gambar-gambar menceritakan kehidupan dari kata-kata yang berkata-kata.

Thursday, March 13, 2008

Kehidupan

Isu politik tanahair masih lagi seperti pisang goreng panas, semua orang inginkan meluahkan emosi yang terbuku dan minda yang masih belum puas berbicara. Aku pula hanya membuat percaturan yang sesuai untuk hidangan kehidupan aku tanpa perlu mengambil pusing apa yang bakal dilakukan oleh ahli politik di Malaysia.

Bukan apa, aku rasa setiap orang ada peranan masing-masing dalam kehidupan ini. Mengapa perlu kita terus mempertikaikan peranan yang perlu dimainkan oleh orang lain sehingga kita lupa akan peranan kita sendiri. Selalunya bila kita sibuk menjaga kain orang lain, akhirnya jadilah senario pasar malam...macam-macam yang dihidang dan dijual, semuanya nak ditengok dan akhirnya kita sebagai pembeli, kelabu mata dan kabur poket...yang untung siapa?

Let the politician do their job. Let them decide what is best for the nation.

Fikirkan pula bagaimana kita perlu memainkan peranan kita sendiri sebaik mungkin agar tidak ada yang akan memandang dan berkata-kata...

Teringat cerita lawak zaman budak-budak...

" Meh beli la ...kain kak"

"Di sini pun ada..tebu kak"

Bila dipotong dan dikerat, jadilah dialog yang disahut-sahut ...."kain kak...tebu kak"

Hahahaha...ada yang faham kut?

Monday, March 10, 2008

Wonderful awards...


hmmm....semua nih?? biar betul! For the first time, I was awarded an award that consists of 5 exceptional drawings...Terkedu..Tao che...tao che...tao che...to Rizal

If I diminish you, I diminish myself


~Desmond Tutu~

One who inspired his classes with his energy, sense of humor and enthusiasm for living

@secangkir kopi



Saturday, March 8, 2008

Menjalankan Tanggungjawab!



Mengundi hak peribadi tapi kesannya pada satu nation! So sekarang kita bagi satu undi pada "dia" yang kita yakin mampu mengepalai kita....



Tempat aku mengundi...di saat aku melangkah..macam-macam bermain dalam kepala aku!!


Fuuuhhhh....selesai! ( yang jalan keluar tu bukan aku..hehehe)

This is an interesting conversation which I had with Anita...last nite:

YUSOF ANITA (3/9/2008 10:35:10 PM): sejak bila plak kau jadi penyokong dap nih ? ni patut kena buang kejer ni
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:35:26 PM): sejak BN tak amik berat pasal kita!
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:37:39 PM): sejak bila pulak.....tak boleh cakap mcm tu....tang naik gaji nak, bila diberi bonus, amik.....
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:38:23 PM): demokrasi tidak mengatakan kita mesti pilih parti tapi kita berhak memilih apa yang terbaik untuk diri kita!
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:39:09 PM): itu betul...tapi sebagai tanda bersyukur, pd pandapat aku laa....sebab kita government servant
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:39:52 PM): baiknya kau..tapi demokrasi is about check and balance! So bukan aku sahaja berkata but the whole nation is sending the message...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:40:16 PM): that it is high time for BN supaya berhati-hati...
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:41:22 PM): bukan soal baik ke tak....bagi aku ini soal prinsip...kalau aku laa...kalau tak suka kerajaan, jgn makan gaji dengan kerajaan, bukak bisnes sendiri puas hati...and after that terserahlah nak pilih siapa pun
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:41:42 PM): pasal tu aku bukak bisnes sendiri!
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:42:02 PM): tapi kau still kakitangan kerajaan, dont forget that
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:42:24 PM): makcik....ramai lagi yang bangkang BN tau...bukan aku sorang!
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:43:19 PM): itu aku tau...dan aku tak kata pemimpin BN tu semuanya bagus.......but it's just dat da fact dat we're government servants, so kita septutnyalah be loyal to government
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:43:57 PM): sapa kata i tak loyal but ini soal pilihan kita atau kita pilih?
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:44:22 PM): pilihan kita memang BN tapi kita pilih siapa yang mampu jaga kita...
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:44:42 PM): well, mengundi tu hak individu....cuma bila kau kaya kau pilih DAP....bagi aku, entahlah mungkin kau dah lupa sejarah 13 Mei kot
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:44:49 PM): kata
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:45:10 PM): aku tak lupa dan kita bagi BN lima tahun untuk merubah rencana ini...
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:46:16 PM): aku bukan nak pertikai kebebasan mengundi kau...tapi why DAP? Kalau pun nak bagi BN terjaga dari mimpi yg panjang, kan masih ada parti pembangkang lain yg terajunya org islam....kenapa mesti pilih parti yg terang2 anti islam?
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:46:46 PM): mana ada PAS kat kawasan aku...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:46:57 PM): hanya BN atau DAP dan calon semua cina n india
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:48:08 PM): kalau ikut hukum quran, kita wajib pilih pemimpin islam, tapi kalau dah tak ada, kalau aku jadi kau, then tak perlu undi, sebab di akhirat nanti kita akan disoal yg kita pilih sebagai pemimpin kita
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:48:27 PM): siapa yg kita pilih
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:48:49 PM): kalau aku pilih BN pun, still cina gak!
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:49:19 PM): sebab tu laa aku cakap.....kalau aku jadi kau, then aku tak pilih sapa2.......
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:49:36 PM): but i'm truly surprised laa bila kau pilih DAP, walaupun itu hak kau
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:50:01 PM): sebab bagi aku BN perlu bangun dan berubah..
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:51:17 PM): aku pun rasa macam tu juga.....tapi seandainya laaa keputusan pilihanraya semalam berpihak pada DAP, depa menang 2/3....agak2nya ada tak yg termenyesal
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:51:47 PM): bab tu tak mungkin..
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:51:56 PM): tapi bagus kalau kini mrk sedar ..
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:53:05 PM): pasal apa pulak tak mungkin ??? Semua kerusi yg BN letak calon, DAP pun ada calon juga....dan kalau ramai melayu yg sealiran dgn kau memangkah DAP semalam, apa yg aku cakap ni tak mustahil jadi kenyataan
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:54:04 PM): instict aku mengatakan bn tetap menag tapi tipis sebab johor, melaka kubu kuat mereka..kesilapan bn ialah terlalu fokus pada kelantan sehingga lupa negeri lain...
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:55:20 PM): itu adatlaa, sebab BN nak tawan Kelantan. Masa kempen PR je BN sebuk kat sana, all dis while bila pulak kita tak dapat pembangunan ? Tp bila jadi camni,yg ruginya adalah kita org melayu sendiri....
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:55:59 PM): cina satu hati pilih DAP, kita yg melayu dah berpecah 3, termasuk kau yg pilih DAP, dah pecah 4
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:56:03 PM): kita dah lama rugi..so biarlah kerugian ini menyedarkans emua pihak..
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:56:31 PM): aku bukan berpecah..aku nak wakil melayu naik bukan wakil cina walau dari mana parti seklaipun...
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:56:54 PM): yg wakil DAP kat tempat kau undi tu melayu ke
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:57:40 PM): tak...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:57:51 PM): tempat aku cina dan india...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 10:58:11 PM): so aku bagi kat dap untuk parlimen dan BN untuk DUN
YUSOF ANITA (3/9/2008 10:59:41 PM): wutever......benda pun dah lepas kan ??? fter dis, tenguklaa....apa saja kerajaan nak buat utk kepentingan org melayu tak kan mudah mcm dulu sebab dah ramai cina DAP dlm parlimen, so diaorg tak kan nak diam je...anak2 kita la nanti jadi mangsa
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:00:32 PM): maka dalam tempoh 5 tahun ni, orang melayu mesti kerja keras n jangan harap jalan mudah supaya mereka tahu menghargai apa yang mereka ada seperti cina dan india...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:00:44 PM): we need to buckle up..
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:01:53 PM): yeah.....itu betul sangat2....BN memang terkejut beruk bila menang 60% je kerusi parlimen, 2004 dulu menang 90%...itu yg buat BN over confident kot
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:02:35 PM): mereka overconfident!
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:03:29 PM): cuma aku rasa tak wajarlaa....especially pengundi kat urban areas, masa tempat depa belum maju, undi BN, bila dah maju & tak perlu nak bangun apa2 lagi, undi pembangkang.....semata2 terpedaya dgn janji nak turun harga minyak & turun harga barang...mana letak common sense ? Isu minya, is a global issue
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:03:57 PM): it is not about that, it is more of BN dah masuk comfort zone...
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:04:25 PM): itu silap BN, silap pengundi ialah tak guna otok, senang sangat makan janji pembangkang
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:04:28 PM): otak
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:04:43 PM): kau just imagine ya
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:04:59 PM): minyak kat msia ni baru rm1.92 per litre semua dah bising'
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:05:14 PM): minyak kat Laos berapa ? RM4.50 kalau tak silap aku
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:05:22 PM): kat India, RM5 per litre
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:05:34 PM): dengan kemiskinan depa, kau bayangkan betapa susahnya hidup diaorg
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:05:52 PM): kita yg so much mkora affordable, baru bayar rm1.92 dah kecoh satu negara
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:05:59 PM): more
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:06:19 PM): agreed but BN perlu lebih bijak menyusun strategi supaya mereka tidak terlalu menampakkan ketamakan mereka untuk kroni..itu masalahnya..
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:07:45 PM): kau rasa2laa....kalau pembangkang naik, depa tak utamakan kroni ke ? To me, humans r humans laa....dapat je kuasa, dah tentu apa2 hal kembungkan poket sendiri dan bagi keutamaan pada kroni sendiri, tak kira laa PAS ke, PKR ke DAP ke, sama je semua....sebab dia belum dpt kuasa dia kata laa BN kroni, tunggu la bila dia dpt kuasa
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:08:06 PM): so...kita pilih untuk jaga diri sendiri!
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:08:36 PM): sapa yg kita pilih yg akan tentukan nasib kita, anak kita & cucu cicit kita
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:09:44 PM): aku tak tau laa......bagi aku, kita ni, hidup selesa dah, nak buat apa take da risk pada sesuatu yg belum pasti ?? kalau miskin melarat tu, kot laa nak tukar angin
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:10:49 PM): bagi aku, inilaa pelajaran yg paling berguna bila aku compare negara aku dgn negara tempat aku visit, i always appreciate being malaysian and having a gud government
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:11:20 PM): pun agreed so kalau kita nak terbaik dari BN, mesti bagi mereka bangunkan jentera mereka dan kita sebagai pengundi akan menilai semula 5 tahun lagi...
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:12:29 PM): iyalah.....aku rasa BN pun dah bedah siasat sampai licin segala organ2 dalaman nak kenal pasti kelemahan, so hopefully we'll see positive changes laa after dis
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:12:52 PM): but frankly, aku teramat2 kesal bla DAP menang banyak kat Perak ni
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:13:59 PM): sebab ramai cina dah marah dgn BN
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:14:00 PM): kau bayangkan....dah keluar paper ari ni kononnya wakil PAS akan naik jadi MB Perak, dah dipersetujui bersama oleh DAP & PKR, tup2 berita tadi, DAP kata depa nak buat mesyurata tergempar untuk putuskan sapa aakan jadi MB Perak
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:14:12 PM): kita akan dapat MB cina!
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:14:30 PM): satu tamparan hebat pada penduduk perak terutama melayu!
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:14:38 PM): haa...tau pun
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:14:39 PM): maka melayu dah tak boleh layu!
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:15:25 PM): itu yg DAP nak bangkitkan tapi sebenarnya dalam perlembagaan dah kata, negeri yg ada sultan, MB mesti kena melayu, but since DAP menang banyak, now dia dah nak tunjuk taring
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:15:38 PM): sebab tu aku ckp....jangan sesekali lupa pd peristiwa 13 mei
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:15:43 PM): cina ni pantang diberi kuasa
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:15:58 PM): it is ok...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:16:13 PM): kadang-kadang bila dah tersadung baru nak terngadah!
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:16:19 PM): dulu tahun 1969 DAP baru menang sikit, tapi Karpal Singh dgn team dia berarak satu KL nak sembelih org melayu
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:16:29 PM): itu baru menang sikit dan itu tahun 1969 my frennn
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:17:25 PM): tenguklaa nanti......apa keputusan DAP....silap aribulan berulang balik 13 mei kat Perak ni, tapi jadi 13 mac laa
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:17:51 PM): kita dah semakin bijak berbicara menggunakan minda dari emosi...
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:18:25 PM): itu melayu....cina tak kan bagi chance punya...dia dah menang
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:19:17 PM): kita dah semakin maju dan sudah faham maksud MALAYSIAN!
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:19:35 PM): kalau cina still nak berkeras, kita ada perlembagaan..
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:20:22 PM): kita tu siapa ? definitely bukan DAP.....kalau DAP faham maksud malaysian, kenapa balik2 isu perkauman yg yg jadi modal utama depa bila berkempen ? Sengaja nak bangkitkan sentimen kaum
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:21:20 PM): kita melayu kena bijak mengawal emosi...supaya tidak mengikut cina dan bn kena susun strategi untuk satukan semua melayu bukan hanya di kalangan mereka sahaja..
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:22:29 PM): kalau DAP demand perlembagaan diubah, so dat depa dapat wakil cina jadi MB Perak, camna ?
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:23:01 PM): jgn lupa dia dah menang banyak kat Perak, so dia ada hak utk demand
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:23:21 PM): itu kena wait and see...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:23:30 PM): esok pagi kita akan tahu...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:23:46 PM): malam ni mereka meeting kat Penang!
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:24:36 PM): yes, wait n c....harap2 adalaa dlm kalangan DAP tu yg pakai otak sikit, kalau tak...tunggu je la bala sampai
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:25:18 PM): hahahahaha...aku rasa kalau kita dapat MB cina, kompom azlan dah kena suap! Azlan kan lawyer..hakim negara lagi...
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:25:52 PM): yg aku terkejut sangat, cos dah keluar paper mengatakan PKR & DAP setuju, wakil PAS yg jadi MB, tup2 depa kata nak meeting...tu bukan maknanya ada yg dah masuk jarum ke
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:26:41 PM): persoalannya, ini kali pertama berlaku dlm sejarah pilihanraya, DAP menang di sebuah negeri bersultan...dulu2 DAP menang kat Melaka, Penang, so tak laa jadi isu sangat
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:27:10 PM): kalau Ketua Menterinya cina
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:28:56 PM): kita masih majoriti walau tipis!
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:29:59 PM): sebab tu laa aku cakap tadi.....kira nasib baik kita menang majoriti walau tipis....kalau ramai melayu yg mcm kau pangkah DAP semalam, hahaha......
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:30:58 PM): si rudy yg baru balik melepak pun cakap kat aku dah ramai melayu yg menyesal tak pangkah BN semalam, kahkahkah
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:31:10 PM): dia ada kat sebelah aku nih
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:32:12 PM): well..
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:33:15 PM): maksud aku, melayu yg kat perak laa, cos tak sangka DAP menang besar kat sini
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:33:36 PM): jadi sekarang semua melayu dapat pengajaran kan?!
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:34:18 PM): iyalaa dapat pengajaran, tapi as I said, tuhan tu masih nak tolong, so lepas ni bukan BN saja kena beringat, melayu pun kena beringat sama
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:34:45 PM): bila undi melayu dah pecah 3 atau 4, yg untung tetap cina jugak
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:35:08 PM): dan yg bersorak pun tetap cina jugak
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:36:13 PM): kau bayangkan betapa panasnya hati aku bila si Sara Amelia cakap, kawan dia, cina Malaysia laa tapi dpt scholarship belajar kat S'pore, berjaga sampai 4 pagi sebab nak follow result election dan dia kata "It's well worth da time"
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:36:27 PM): for me toooo...
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:36:50 PM): apa maksudnya tu ? Dia happylaa pembangkang especially DAP menang banyak, kurang hajor punya cina, tak sedar diri sapa yg bagi dia scholar kalau bukan kerajaan !!!
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:37:25 PM): look..the malay and UMNO dah terlalu lama leka!\
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:37:54 PM): for me baik rugi sekarang dari kita rugi terus sebab kalau kita menang kali, 5 tahum lagi kita akan kalah terus!
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:37:59 PM): fikirkan pula...
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:38:39 PM): aku tau tuuu......aku setuju 100%, yg aku terkilan sangat cos Perak jatuh ke tgn DAP
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:38:56 PM): aku tak tau laa kau camna, may be kau happy cos kau pangkah DAP
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:38:57 PM): hari ini, tahun ini..tidak 5 tahun lagi...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:39:21 PM): sebab kalau kita tak radikal dalam membuat keputusan maka hasilnya tidak akan hebat!
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:41:01 PM): fikir jauh2 Cik Pah....kau ingat kalau DAP dapat Msia ni, anak cucu kita boleh belajar kat overseas ke ? Baikla dia hantar anak2 cina yg pencapaian akademik jauh lebih baik dari melayu, sebab kan kerajaan ni BN pimpin laa....merasa anak melayu belajar tinggi cos kita ada quota melayu, baik dlm msia atau luar msia...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:41:28 PM): look...kau nak melayu jadi bangsa subsidi ke?
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:42:05 PM): look......r u denying da fact dat memang melayu kalah dalam banyak aspek berbanding cina ?
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:42:27 PM): yes...
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:42:35 PM): kalau tak kerana subsidi yg kerajaan bagi tu kita ni pun entah2 tak kan jadi cikgu laa
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:42:49 PM): silap2 menoreh getah je
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:42:55 PM): hei...i deserve my 'A' in english k..
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:43:08 PM): kau tak faham maksud aku
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:44:02 PM): what i'm trying to say here is, kalau DAP menang, akan terhapuslaa hak isitimewa org melayu....sebab kan ada hak isitimewa tu laa, merasa anak melayu kita berjaya
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:44:32 PM): we, as teachers should be da 1st to realize dis fact
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:44:43 PM): kalau keluar result spm, sapa yg excel, melayu ke cina
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:44:58 PM): i faham..but anak melayu kena bangun sendiri dan jangan harap tingkat..
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:45:05 PM): tapi kenapa melayu yg penuh kat universiti2 kerajan, dan lebih banyak melayu dp t peluang belajar overseas
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:45:11 PM): cina sebab melayu harap subsidi...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:45:22 PM): aku tak mau melayu jadi bangsa subsidi...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:46:10 PM): aku selalu anggap melayu ni macam sleeping dragon..ada power tapi tak sedar!
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:46:57 PM): walau tak mau sekali pun....kenyataannya melayu memang susah nak beat cina lebih2 dalam akademik...why ??? cs cina kaya ada duit boleh bg yg terbaik utk education anak2 dia...kalau tak kerana subsidi ni....aku tak boleh imagine apa nasib org melayu...kau jgn lupa berapa ramai melayu yg miskin kat luar sana...compare dgn cina, berapa ramai cina yg miskin ? Boleh bilang dgn jari laa
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:47:41 PM): pasal tu malays yang dah kaya jangan tidur dan nak kayakan poket sendiri...semua kena reform minda...
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:48:53 PM): soalnya, yg akan jadi mangsa kerana tersilap memangkah ni, adalah melayu, lebih2 lagi melayu yg susah...menteri2 tu apa kesah, abis2 pun kalah kerusi, hilang kuasa je, duit tetap banyak juga...impak yg paling besar jatuh kat sapa ?
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:49:06 PM): kalau kau dah nampak tu semua, apa cara terbaik nak bagi malay bangun???
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:50:50 PM): melayu kena bersatu, dan berbalik kepada landasan islam, itu je caranya.....BN kena dengar sikit cakap org PAS sebab apa yg PAS cakap tu ada juga yg betul...kalu dulu, aku mmg tak sokong PAS tapi melihatkan kehebatan calon2 PAS pd pilihanraya tahun ni...ramai yg ada PhD atau ada Ir., so kena bekerjasama, itu yg terbaik
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:51:30 PM): but definitely bukan sokong DAP....sorrylaaa my fren
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:51:34 PM):
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:51:54 PM): hey..ko tak tanya 4 tahun dulu aku sokong siapa!!!
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:52:24 PM): sebenarnya aku selalu ikut perkembangan PKR
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:52:47 PM): so aku tahu strategu anwar untuk menag kerusi PM 5 tahun lagi!
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:53:07 PM): itu aku tak perlu tanya, yg lebih penting, aku rasa kau perlu pertimbangkan dgn terperinci siapa yg sepatutnya dipilih...kalau dlm Islam, dah tentu terang2 WAJIB KITA PILIH ORG ISLAM....
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:53:15 PM): malangnya tahun ni tak ada calon PKR langsung untuk Taiping dan dun aulong...
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:53:39 PM): hahaha.....kau sokong Anwar ke ? Sesumpah tu...bla2 masa boleh tukar warna
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:53:50 PM): if u get wut i mean
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:54:00 PM): hahahahahaha...itu aku tak kan lawan cuma bagi aku melayu perlu dibangunkan dari mimpi...
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:54:20 PM): setuju, setuju sangat
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:54:23 PM): thank you!
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:55:04 PM): aku tak nak mati nanti kena soal....sapa aku pilih sebagai pemimpin....org islam ke atau kafir laknatullah
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:55:18 PM): so biarlah kita dihentak dan dihenyak dek pembangkang 5 tahun ni supaya anak-anak kita akan berusaha lebih keras kerana mereka akan sedar peluang mereka semakin kecil dan mereka kena usaha 10 kali kuat dari cina atau india...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:55:31 PM): aku selalu baca jauh ke depan...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:56:28 PM): so tak bermakna aku bagi pada dap mengatakan aku nak dap ibarat kalau aku rotan anak aku tak bermakna aku nak bunuh anak aku...
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:57:20 PM): berusaha pun....kalau sosio ekonomi tak mengizinkan kerana kemiskinan yg membelenggu....nak tusyen tak mampu, nak beli workbook pun tak mampu, camna nak bersaing ? ikir2kan....kurang2nya ada juga BN bagi buku teks percum...org miskin tu jgn kata nak htr anak tusyen, jgn kata nak beli workbook, apa yg ada ??
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:57:23 PM): sebab tu nita, anak2 aku sekolah cina dan bila mereka besar mereka dihantar ke jeddah untuk mendalami al quran pula...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:58:43 PM): itu bagi yang tak mampu..maka mereka akan terus kata tak mampu...bagaimana pula yang mampu tapi macam nak mampus je aku tengok cara hidup mereka..anak2 hisap dadah..lepak merata-rata...perabis duit mak bapak tak tentu hala dan mak bapa pula layan sebab alasan mereka mampu dan sayangkan anak...itu otak kat mana?
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:58:49 PM): hey....i never question da ok....anak aku pun dulu sekolah cina juga....yg kita bahaskan sekarang, adalah kenapa mesti DAP jadi pihan kau......kalau kau pilih PAS or even PKR ke (hahaha) aku tak laa kesah sangat
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:59:04 PM): sebab PKR dan PAS tak ada..
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:59:10 PM): dan aku tetap akan mengundi...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/9/2008 11:59:24 PM): itu hak aku..cuma agenda aku ialah melayu mesti bangun...
YUSOF ANITA (3/9/2008 11:59:55 PM): ok laa.....memang mengundi tu hak individu...but anyway...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/10/2008 12:00:00 AM): kalau BN menang pun, taiping tetap di tangan cina...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/10/2008 12:00:09 AM): so UMNO tetap akan leka...
YUSOF ANITA (3/10/2008 12:00:18 AM): adakah aku satu2nya manusia yg mempertikaikan kau pangkah DAP ?
SHARIFAH CHE HASSAN (3/10/2008 12:00:25 AM): tidak!
YUSOF ANITA (3/10/2008 12:00:36 AM): how about org2 lain yg tau kau pangkah DAP...and wut did they say bout it
SHARIFAH CHE HASSAN (3/10/2008 12:00:45 AM): member pun tak terkata bila aku minta t-shirt dap!
SHARIFAH CHE HASSAN (3/10/2008 12:01:05 AM): hahahah..dia edar tshirt BN dan aku minta tshirt dap!...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/10/2008 12:01:34 AM): so bila semalam dap menang, itu sudah menunjukan aku sedar apa yang akan berlaku...dan dia tahu...
YUSOF ANITA (3/10/2008 12:01:37 AM): so maknanya bukanla sesuatu yg pelik bila aku ajak kau berbahas tentang perkara ni
SHARIFAH CHE HASSAN (3/10/2008 12:01:45 AM): nope!
SHARIFAH CHE HASSAN (3/10/2008 12:04:02 AM): so agenda aku panjang sebenarnya bukan berhenti setakat memangkah..
SHARIFAH CHE HASSAN (3/10/2008 12:04:32 AM): sekarang ni aku galakan melayu tanam cendawan untuk matikan toke cina yang tak kasi org tiru cara dia...
SHARIFAH CHE HASSAN (3/10/2008 12:04:46 AM): dan aku juga nak tubuhkan KPW dalam kampung aku...
YUSOF ANITA (3/10/2008 12:05:46 AM): itu agenda kau secara peribadi....tapi as teacher, septutnya agenda utama kau adalah brain wash anak2 didik melayu kau kat sekolah tuuu...aku dah tak ke sekolah, kalau tak, itu yg akan aku lakukan'
SHARIFAH CHE HASSAN (3/10/2008 12:07:34 AM): stail aku tak banyak cakap...aku buat jeee dan sekeliling akan nilai..
YUSOF ANITA (3/10/2008 12:07:44 AM): okey then...gud luck to u...gotta go now, dah midnite ni, rudy pun dah bising nak pakai internet
YUSOF ANITA (3/10/2008 12:08:32 AM): sorry kalau terkasar bahasa
SHARIFAH CHE HASSAN (3/10/2008 12:09:03 AM): hahahaha...it is not about kasar bahasa la..yang penting kita luah apa yang terbuku...no hard feeling la...
YUSOF ANITA (3/10/2008 12:09:25 AM): aku kan bersopan antun & berbudi bahasa
SHARIFAH CHE HASSAN (3/10/2008 12:09:37 AM): uweeekkk
YUSOF ANITA (3/10/2008 12:09:46 AM): hahahahah..
YUSOF ANITA (3/10/2008 12:09:54 AM): ok....rudy dah ngamuk2 ni
YUSOF ANITA (3/10/2008 12:10:03 AM): talk to u later
SHARIFAH CHE HASSAN (3/10/2008 12:10:04 AM): bye..
YUSOF ANITA (3/10/2008 12:10:10 AM): bye

~kena edit sikit-sikit supaya tidak menyinggung mereka sama ada yang hidup atau yang mati!