Monday, July 28, 2008

SMK Simpang


SMK Simpang menyambut Ulangtahun ke 25 pada 26 Julai 2008! Kelas aku (1A1) telah diberi penghormatan untuk mengadakan persembahan di hadapan orang besar dari Kementerian Pelajaran.

Latihan intensif bermula 3 minggu sebelum sambutan. Aku kagum dengan mereka kerana aku akui bahawa mereka memang lemah dalam Bahasa Inggeris kerana tidak ada pendedahan yang banyak masa di sekolah rendah menyebabkan tahap keyakinan mereka sangat rendah...tapi aku yakin bahawa mereka mampu memberikan yang terbaik!

Beberapa hari sebelum persembahan, mereka menerima baju batik yang ditempah khas oleh pihak sekolah sebagai pembakar semangat untuk mereka melakukan yang terbaik! Aku pun dapat sepasang baju batik dengan corak yang sama sebagai tanda aku adalah penyokong mereka no 1.

Latihan diadakan di mana-mana ruang yang tersedia. Keadaan ini pada mulanya menjadikan mereka malu dan segan tapi akhirnya mereka membina keyakinan kerana mereka mula merasa nikmat "memberi yang terbaik".


Kali pertama mereka membuat latihan di atas pentas! Pendedahan demi pendedahan diberikan oleh Cikgu Elly tentang bagaimana lenggok choral speaking melalui video pertandingan Choral Speaking Peringkat Kebangsaan 2005. Dari situ, pelajar aku mencedok dan meniru mimik muka dan membina keyakinan untuk berhadapan dengan penonton yang rata-rata masih belum pernah melihat atau mendengar persembahan choral speaking.


Full dress rehearsal yang sebenarnya mengagumkan aku sebab walau ramai yang tidak yakin bahawa mereka tidak akan bersedia untuk membuat persembahan tapi akhirnya aku tahu mereka akan berjaya!

Latihan memanaskan suara pelajar lelaki sebelum persembahan diadakan di tapak roll call sessi petang. Nampak jelas keyakinan diri yang sudah mula terserlah yang membuatkan aku tersenyum walaupun mereka tahu Puan Sharifah ialah guru yang serius! Aku serius??? Biar betul...

A pat on the back for a job well done!

Friday, July 25, 2008

WHAT IS MARRIAGE???

1. Marriage is not a word. It's a sentence (a life sentence).

2. Marriage is love. Love is blind. Therefore marriage is an institution for the blind.

3. Marriage is an institution in which a man loses his Bachelor's Degree and the woman gets her masters.

4. Marriage is a three-ring circus: engagement ring, wedding ring and suffering.

5. Married life is full of excitement and frustration: In the first year of marriage, the man speaks and the woman listens. In the second year, the woman speaks and the man listens.In the third year, they both speak and the neighbour listens.

6. Getting married is very much like going to a restaurant with friends.You order what you want, and when you see what the other person has, you wish you had ordered that instead.

7. There was this man who muttered a few words in the church and found himself married. A year later he muttered something in his sleep and found himself divorced.

8. A happy marriage is a matter of giving and taking; the husband gives and the wife takes.

9. Son: How much does it cost to get married, Dad? Father: I don't know son, I'm still paying for it.

10. Son: Is it true Dad? I heard that in ancient China, a man doesn't know his wife until he marries her. Father: That happens everywhere, son, everywhere.

11. Love is one long sweet dream, and marriage is the alarm clock.

12. They say that when a man holds a woman's hand before marriage, it is love; after marriage it is self-defense.

13. When a newly married man looks happy, we know why. But when a 10-year married man looks happy, we wonder why.

14. There was this lover who said that he would go through hell for her. They got married, and his prediction came true.

16. When a man steals your wife, there is no better revenge than to let him keep her.

17. Eighty percent of married men cheat in America, the rest cheat in Europe.

18. After marriage, husband and wife become two sides of a coin. They just can't face each other, but they still stay together.

19. Marriage is man and a woman become one. The trouble starts when they try to decide which one.

20. Before marriage, a man yearns for the woman he loves. After the marriage the "y" becomes silent.21. I married Miss right; I just didn't know her first name was Always.

22. It's not true that married men live longer than single men, it only seems longer.

23. Losing a wife can be hard. In my case, it was almost impossible.

24. A man was complaining to a friend: I HAD IT ALL-MONEY, A BEAUTIFUL HOUSE, THE LOVE OF A BEAUTIFUL WOMAN, THEN POW! IT WAS ALL GONE. WHAT HAPPENED, asked his friend. He says MY WIFE FOUND OUT.

25. WIFE: Let's go out and have some fun tonight. HUSBAND: OK, but if you get home before I do, leave the hallway lights on.

26. At a cocktail party, one woman said to another: AREN'T YOU WEARING YOUR RING ON THE WRONG FINGER? The other replied, YES, I, AM. I MARRIED THE WRONG MAN.

27. Man is incomplete until he gets married, then he is finished.

28. It doesn't matter how often a married man changes his job, he still ends up with! the same boss.

29. A man inserted an ad in the paper - WIFE WANTED. The next day he received a hundred of letters and they all said the same thing - YOU CAN HAVE MINE.

30. When a man opens the door of his car for his wife, you can be sure of one thing - either the car is new or the wife is.

Friday, July 18, 2008

Pesta Air VS Pesta Kerja

Balai Polis Simpang pada jam 6.45pm

Simpang,hari ni bermandikan hujan yang cukup sinonim dengan "nestled amist the wet town of Taiping". Cuma yang bestnya ialah hujan kali ini membersihkan bukan sahaja luar kawasan rumah tapi termasuk dalam rumah!...Terima kasih hujan rahmat sebab sesiapa yang segan nak bersih rumah, nampak gayanya hari nilah masanya untuk membuat Gotong Royong Perdana...

Aku pula seperti biasa cool je dalam kalut sebab nak meraih simpati...tapi...waaaargh!!! jantung aku jangan ditanyalah bagaimana rasanya sebab aku baru sangat pindah ke rumah dengan semua kelengkapan baru yang kira habis jugalah sebelah tangan! Sabar...dan terus sabar!
Lewat petang tadi kebanyakan guru di sekolah mula kalut sebab ada ramai guru sessi pagi datang untuk bertugas dan mereka memberitahu bahawa beberapa kawasan di Simpang sudah mula dinaiki air..aku pula..heheheh..relax je sebab memikirkan kawasan rumah aku tu tinggi
Tapi bila aku tengok Balai Polis Simpang dinaiki air melebihi satu kaki, aku dah mula panik. Bila aku buat U-turn dan melihat kawasan rumah aku sudah dilimpahi air...masyaallah...innalillah dah semua barang-barang dalam rumah aku.
Aku pun call la kawan-kawan, meraih simpati sambil mendapatkan ketenangan bahawa ini dugaan je...
Sebenarnya dalam kepala aku dah risau bila tengok kedai fotostat yang sudah mula kelam kabut, confirm bahan aku sangkut...dan seperti yang dijangkakan, mereka tidak dapat menyiapkan bahan tersebut sebab mereka lebih sibuk untuk selamatkan mesin mereka. Bahan-bahan tu pula nak digunakan untuk Ceramah Muet Kertas 4 di SMK Raja Shahriman, Beruas esok pagi pukul 8.30 am...Nampak gayanya aku kena fotostat semua di Beruas sebelum ke sekolah. Dan yang paling best, aku tak tau sekolah tu kat mana. Esoklah dalam kereta baru fikir. Apapun paling penting sekali ialah RUMAH KU kekal SYURGA ku sebab air tak masuk.
Leganya!

Depan Makmal Komputer pukul 6.15 pm tempat anak murid aku berlatih Choral Speaking untuk Sambutan Jubli Perak SMK SIMPANG. Bunyi macam Datuk Alimuddin nak rasmikan. Pada masa yang sama aku terlibat sebagai urus setia untuk Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Perak di SERATAS, kerat dua la nampak gayanya!

Depan Bilik Guru pada jam 6.30pm, air di padang dah macam tasik, bergenang dan berkocak...

Jalan utama sebelum ke Lorong Tembusu, rumah aku pada jam 6.50pm. Rupa-rupanya rumah di kawasan dalam taman mengalami kebanjiran air yang teruk. Harap-harap adalah bantuan derma kilat dari Nizar atau DAP! Masa ni la kalau nak tunjuk perihatin ke tidak..


Permandangan depan lorong nak ke rumah aku...Menurut budak Cina tu, rumah lorong ni tak ada yang dimasuki air..leganya aku!





Kira-kira 20 minit menunggu, belum ada apa-apa perubahan, maka aku terus ke Kg Boyan ambil Sufii bila mengetahui bahawa kakak masih di rumah pengasuhnya dan rumah mereka di naiki air. Pastinya aku tak dapat buat apa-apa selagi air belum surut.

Dalam pukul 7.30pm lepas aku dah ambil Sufi, air dah mula surut tapi aku masih lagi kerisauan memikirkan air yang bergenang dan barang-barang dalam rumah tu.
Pukul 8 malam, aku masih lagi menanti dalam kereta untuk air surut. Takut juga kereta sangkut. Menambahkan masalah lagi. SO sabar!


Botol yang tersadai di pagar rumah aku...Cit ada juga jenama nih!
Bila pagar rumah dibuka jam 8.15 malam...wah leganya bila tengok lantai rumah kering. Tapi kesian pula bila tengok jiran di seberang sana sibuk berGotong Royong Perdana. Sekali imbas macam nak raya pulak!

Friday, July 11, 2008

Neraca Nafsu dan Akal

<Wanita>:~ ego hanya dinaikkan apabila ego tercalar dan merasakan dirinya terkucil dari arus landasan dan tidak bersedia menerima situasi yang diluar keinginannya.

<Lelaki>:~ ego naik jika harapan dan keinginannya dimanipulasi.

Neraca Nafsu dan Akal
Keadaan ini merujuk kepada 9 akal dalam diri seorang lelaki dan 9 nafsu yang beraja dalam jiwa seorang wanita. Pertembungan antara akal dan nafsu seringkali melahirkan suasana yang menjadi 1 akal dalam wanita dan 1 nafsu yang beraja dalam jiwa lelaki berkocak dan bertentang sehingga berlaku letusan emosi yang membuak di mana akhirnya kedua-dua hati lelaki dan wanita itu sendiri terluka dan tersentuh!
Keadaan ini seringkali mewujudkan perbezaan di antara seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadi penentu dalam membentuk kesaksamaan dalam pemikiran dan pemahaman tentang diri masing-masing.
Jika wujud keadaan seorang wanita itu berjaya menyamakan 1 akal yang dikurniakan setaraf dengan 9 akal yang ada dalam diri seorang lelaki maka wanita itu dikatakan mencabar ego kelelakian itu.
Jika wujud pula keadaan seorang lelaki yang berjaya menyamakan 1 nafsu yang dikurniakan setaraf dengan 9 nafsu yang beraja dalam diri seorang wanita maka lelaki itu dikatakan sudah kehilangan kelakiannya.
Maka bagaimana mampu kita meletakkan satu neraca yang dapat mengukur tahap nafsu dan tahap akal yang bersesuaian untuk melahirkan persefahaman yang melahirkan satu hubungan yang sihat antara lelaki dan wanita?
PakNgah?
Anonymous?
4334?
Azlan?
Arsaili?
RestnRelax?
dan sesiapa sahaja yang berjaya mengupas keadaan ini dengan minda yang terbuka?

Loss of Program Associate Alice Swanson


Hari Rabu kelmarin masa aku sendiri pun tak berapa sihat, aku menerima email dari Joyce menyatakan salah seorang dari IREX program associate mereka telah mengalami kemalangan basikal dan meninggal pada usia 22 tahun...


Kadang-kadang banyak perkara yang berlaku adalah diluar jangkaan. Itulah agaknya yang menyebabkan aku cuba mencapai apa yang aku ingin capai dalam hidup ini sebelum mati menjemput aku. Dan bila aku melihat kembali apa jua matlamat dan cita-cita yang aku inginkan itu, aku sentiasa menyerahkan hasil akhirnya pada tangan yang Esa kerana kemampuan aku hanyalah pada memulakan langkah ke arah apa yang aku rancang tapi Yang Esa jua yang bakal menentukan adakah usaha aku itu cukup untuk aku mendapat apa yang aku idamkan...

Monday, July 7, 2008

Antara bacaan yang aku simpan...


Satu panduan berumahtangga.

Bagaimana Bagi Mengekalkan Keintiman dengan Pasangan Walaupun TanpaMelakukan Hubungan Seksual
Dalam hubungan suami isteri, persoalan seks adalah amat penting. Kepuasan dalam kehidupan seks menentukan rasa puas hati terutamanya kepada lelaki. Namun begitu harus difahami bahawa rasa puas hati dan kepuasan seks ini tidak berhubung kait dengan kekerapan membuat hubungan seks. Perkara paling penting dalam memuaskan kedua belah pihak adalah apa yang dikatakan sebagai keintiman. Dalam kata lain faktor seks hanyalah salah satu faktor kepada kepuasan rumah tangga, dan faktor yang paling penting adalah mewujudkan suasana keintiman. Pasangan yang intim adalah mereka yang berasa hubungan di antara mereka adalah erat dan rapat.
Satu persoalan timbul, tidak adakah hubungan kait di antara intim dan seks?
Ya, memang ada kaitan cuma mengikut kajian pak ar psikologi seks bukanlah faktor wajib dalam keintiman. Maksudnya, sepasang suami isteri yang kurang melakukan seks boleh menjadi lebih intim daripada mereka yang kerap melakukan seks.
Namun begitu dalam situasi lain, aktiviti seks yang berkualiti dapat meninggikan lagi keintiman yang sedia ada. Ertinya, pasangan yang sedia intim apabila menikmati hubungan seks yang baik, mereka menjadi lebih intim lagi. Seks yang berkualiti adalah seks yang dilakukan dengan rasa rela, bersungguh-sungguh dan saling memuaskan. Ia tidak semestinya dilakukan dengan mengambil waktu yang panjang serta diiringi orgasma yang tinggi ataupun berkali-kali.
Berbalik kepada persoalan intim tadi, bagaimana sebenarnya mewujudkan keintiman tanpa melakukan hubungan seksual. Ini disebabkan pandangan terdahulu sudah dinafikan dengan pernyataan bahawa faktor intim dan faktor seks adalah berbeza cuma mereka lengkap melengkapi sahaja.
Sebelum kita pergi kepada bagaimana mewujudkan keintiman kita melihat bagaimana kita hendak mengukur darjah keintiman.
Kayu Ukur Keintiman

Perhubungan suami isteri yang memuaskan adalah perkara yang penting dalam sesebuah rumah tangga. Bagaimanakah kita mahu mengukur darjah kepuasan ataupun keintiman itu?
Keintiman boleh diukur dengan beberapa cara. Salah satu caranya dengan melihat beberapa aspek dalam perhubungan rumahtangga.
Aspek pertama ialah apakah perhubungan suami isteri sekarang ini memenuhi apa yang kita harapkan? Ini sebenarnya persoalan pokok dalam berumahtangga. Sebelum kita berumah tangga pelbagai perkara indah sudah kita gagaskan dalam kehidupan tersebut. Kesemuanya indah-indah belaka. Sibakal isteri mengharapkan pasangannya nanti dapat menjadi suami yang paling romantik di dunia. Manakala si bakal suami mempunyai harapan agar si isteri dapat menjadi sahabatnya dalam apa jua keadaan. Namun begitu pernahkah pengharapan-pengharapan ini dibincangkan bersama ataupun masing-masing hanya tinggal mengharap sahaja? Si isteri berharap sisuami tahu apa yang dia harapkan dan begitu juga sebaliknya.
Mengikut kajian, pengharapan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis:-
Pertama - Pengharapan kepada pasangan.
Kedua - Pengharapan kepada perhubungan.
Kita mungkin mengharapkan pasangan yang kita kahwini menjadi seorang yang setia, melayani kita dengan lemah lembut dan kita mahukan pasangan yang bertanggungjawab dalam melayari bahtera rumah tangga. Apabila segala harapan ini dipenuhi, kita berasa puas hati dan bahagia.
Reaksi kecewa dalam perhubungan suami isteri berlaku apabila pasangannya tidak memenuhi harapan yang ingin dipenuhi. Situasi ini selalu berlaku dalam suasana masyarakat kita sekarang. Namun begitu tidak ramai di kalangan kita yang bertanya kepada pasangannya mengenai harapannya terhadap kita, begitu juga kita pula tidak pula memberitahu harapan kita kepadanya. Masih belum terlambat bagi memulakan sesuatu yang baik. Pergilah kepada pasangan kita dan mulakan bicara mengenai pengharapan bersama. Pintu bahagia sentiasa bersedia bagi dibuka oleh semua.
Pengharapan jenis kedua meletakkan kita berharap agar pasangan kita ini sentiasa mesra, saling kasih mengasihi, hormat menghormati dan masing-masing ingin sentiasa bersama dalam apa sahaja keadaan. Kita juga mengharapkan agar pasangan kita sentiasa memberitahu apa yang difikirkan dan dirancangnya sebelum melakukan sebarang keputusan.
Walaupun keintiman, kepuasan dan kebahagiaan sangat dipengaruhi oleh sejauh mana kedua-dua pasangan suami isteri menikmati apa yang mereka harapkan, namun kebanyakan orang tidak pernah bertanya kepada pasangan mereka perkara-perkara yang mereka harapkan. Ingatlah semakin banyak kita mendapat apa yang diharapkan, semakin tinggi kepuasan yang kita nikmati. Semakin kurang mendapat apa yang diharapkan, semakin mendalam rasa tidak puas hati yang kita alami.
Aspek kedua dalam keintiman perhubungan ialah sama ada kedua-dua belah pihak memahami hati sanubari masing-masing. Sepasang suami isteri berasa intim apabila mereka berasa pasangannya tahu dan faham hati sanubarinya. Pasangan yang intim banyak berkongsi fikiran, perasaan, keyakinan, fantasi, angan-angan, minat, tujuan dan latar belakang.
Cuba kita fikirkan sama ada kita ini adalah pasangan yang memahami fikiran pasangan kita ataupun tidak?
Salah satu tanda sepasang suami isteri memahami hati sanubari masing-masing ialah apabila kita bercakap dengan pasangan kita seperti bercakap dengan dua orang yang mempunyai satu kepala. Kita bersetuju dan saling sokong menyokong pandangan masing-masing. Salah satu faktor yang menyukarkan kita memahami pemikiran dan sanubari orang lain ialah perbezaan juang pengetahuan dan pendidikan. Sebagai contoh, adalah sukar bagi seorang yang berkelulusan sekolah menengah memahami pemikiran seseorang yang mempunyai ijazah doktor falsafah terutamanya mengenai angan-angan, impian dan fantasinya.
Aspek keintiman yang ketiga ialah sama ada kita dengan pasangan kita saling mengambil berat di antara satu sama lain. Pasangan yang intim sentiasa mengambil berat berkenaan diri dan perasaan satu sama lain. Ramai pasangan suami isteri menyangka pasangan mereka boleh membaca apa yang ada dalam kepala mereka, jadi mereka tidak perlu memberitahunya. Sangkaan ini adalah seratus peratus salah disebabkan pasangan kita tidak mungkin tahu apa yang ada dalam kepala kita.
Ini menyebabkan pasangan kita mengagak-agak sahaja apa yang dia patut buat, ataupun tidak bagi memuaskan kita. Akibatnya apabila agakannya salah, kita berasa pasangan tidak mengambil berat mengenai diri kita dan ini membuat kita berasa tidak puas hati dan tidak bahagia.
Aspek keempat keintiman ialah saling percaya mempercayai. Di sini kedua-dua pihak saling mempercayai akan cinta dan kesetiaan masing-masing. Kita dan pasangan kita juga saling harap-mengharapkan dan kita mempunyai tekad dan komitmen bersama bagi terus saling cinta-mencintai hingga akhir hayat.
Berdasarkan ciri-ciri di atas, jelaslah bahawa bukan semua perkahwinan menikmati keintiman, kepuasan dan kebahagiaan. Malah tidak semua pasangan suami isteri kekal tidak bercerai merupakan pasangan intim, puas dan bahagia. Pengharapan suami isteri tidak pernah betul-betul serupa, tetapi tidak dinafikan ada jenis-jenis harapan biasanya serupa antara suami isteri.
Kedua-dua pengharapan iaitu pengharapan kepada pasangan dan perhubungan sangat penting. Maka setiap pasangan kekasih ataupun suami isteri harus belajar bagaimana teknik-teknik mencipta keintiman agar sama-sama menikmati rasa kepuasan di dalam perhubungan cinta mahupun perkahwinan.

Mewujudkan Keintiman Perhubungan yang intim adalah apabila kita merasakan diri kita difahami dan diterima oleh pasangan kita. Begitu juga kita percaya bahawa pasangan kita juga boleh menerima dan terbuka bagi menghadapi kekurangan dan kelebihan kita. Keintiman boleh jadi melibatkan intelektual, emosi dan fizikal.
Keintiman adalah apabila kita mendengar dengan baik apa sahaja yang dikatakan oleh pasangan kita, bertukar-tukar pandangan serta idea, berkongsi perasaan antara satu sama lain tanpa sebarang ketakutan dan juga cuba memahami mengapa kita serta pasangan kita melakukan apa yang dilakukan.

Perkara yang paling penting dalam mewujudkan keintiman adalah cara berkomunikasi dengan pasangan kita. Kita boleh berkomunikasi dengan perkataan, perbuatan, riak muka dan sentuhan. Kajian menunjukkan bahawa kualiti perhubungan amat berkadar langsung dengan teknik kita berkomunikasi dengan pasangan kita. Namun begitu ini bukanlah bermaksud kita harus selalu duduk bersama dan bercakap mengenai perhubungan. Ia bermaksud yang kita harus bercakap perkara yang sepatutnya. Kita tidak takut untuk mengeluarkan apa yang kita benar-benar fikirkan dan rasakan serta pasangan kita juga seharusnya berbuat begitu.
Mari kita sama-sama mencuba teknik-teknik di bawah bagi meningkatkan lagi teknik berkomunikasi dalam perhubungan kita :
a) Memperbaiki imej diri kita
Komunikasi amat dipengaruhi oleh imej diri kita. Penampilan diri, pendidikan, pencapaian, profesion dan kesihatan, kesemuanya adalah sebahagian daripada imej diri kita. Apabila kita mempunyai imej diri yang rendah, kita menjadi malu bagi menampilkan diri kita. Kita mungkinberasa bahawa pasangan kita amat kritikal terhadap kita walaupun sebenarnya tidak. Kita harus belajar menghadapi ketakutan estim diri yang rendah. Imej diri yang baik banyak membantu kita dan pasangan kita menghantar dan menerima mesej komunikasi yang lebih tepat.
b) Berlatih Teknik Mendengar
Aktif Mendengar adalah lebih penting daripada bercakap. Kebanyakan kita tergolong dalam kumpulan pendengar yang tidak baik. Bukannya bermaksud kita ini pekak atau tulis tetapi kita selalu tidak memberi peluang pasangan kita bercakap terlebih dahulu dan kemudian baru kita bercakap. Perkara ini harus diberi perhatian oleh setiap pasangan. Kepentingan belajar mendengar dahulu dan kemudian bercakap perlu dipandang serius bagi memantapkan perhubungan serta keintiman. Kita perlu tunjukkan bahawa kita mengambil perhatian kepada apa yang difikirkan dan dilakukan oleh pasangan kita. Cuba fahami apa yang pasangan kita rasakan dan jangan membuat tanggapan bahawa kita sudah tahu apa yang mereka rasakan.
c) Jangan Bergantung Kepada Bacaan Minda kita.
Cubaan bagi membaca fikiran pasangan kita dan mengharapkan pasangan kita boleh membaca apa yang kita fikirkan adalah satu tindakan yang salah. Ini boleh menyebabkan kekecewaan kepada kedua-dua pasangan. Sebagai contoh, apabila pasangan kita bercerita mengenai rumah rakannya yang mahal dan sahabatnya mendapat kenaikan pangkat. Kita mungkin berasa bahawa dia ingin mengkritik kita tidak dapat gaji yang lumayan ataupun kerja yang hebat. Apabila keadaan ini berulang kali berlaku, kita merasakan bahawa kita tidak dapat menyatakan sesuatu tanpa menyinggung perasaan pasangan kita dan diri kita. Kemudian kita cuba agar tidak bercakap diantara satu sama lain bagi mengelakkan pertengkaran dan pergaduhan.
Selepas itu masing-masing berasa tersinggung dengan kedinginan perhubungan itu. Masing-masing merasakan bahawa senyap itu adalah satu hukuman kepada . Kita seharusnya bertanya dan mengenal pasti apa sebenarnya dimaksudkan oleh pasangan kita dan bukannya membuat tanggapan melulu. Kesombongan dan kekerasan hati selalunya menimbulkan banyak masalah dalam mewujudkan komunikasi yang jujur di antara pasangan suami isteri. Kita banyak menganggap pasangan kita faham tanpa memberitahunya apa-apa.Beritahu pasangan kita apa yang kita fikirkan dan rasa, kemahuan dan kehendak. Apabila kita mendapati diri kita selalu berkata di dalam hati "Dia seharusnya tahu apa yang aku kehendaki" ataupun "Aku tidak sepatutnya memberitahu dia mengenai perkara ini", maka kita perlu belajar memperbaiki teknik komunikasi rumah tangga kita.
d) Belajar Bercakap Mengenai Diri Kita.
Kita mungkin tidak tahu bagaimana caranya bagi berkata apa yang kita ingin katakan bagi memastikan pasangan kita memahami apa yang kita rasa. Jadi mulakan daripada saat ini, belajar bercakap mengenai diri kita. Gunakan bahasa saya. Sebagai contoh saya rasa, saya ingin ,saya hendak. Ini membantu diri meluahkan perasaan kita dan memberitahu apakan sebenarnya kita rasa dalam bahasa yang tidak menjadi ancaman kepada pasangan kita.
e) Menghormati dan Memberi Sokongan Kepada Pasangan
Apabila kita menghormati satu sama lain, kita cuba tidak memanggil pasangan kita dengan panggilan nama dan menggunakan panggilan yang lebih mesra seperti "Sayang! Darling! Manja!". Selalu menggunakan perkataan menunjukkan perasaan seperti "terima kasih, tolonglah" dan sebagainya.
f) Sentuhan Bererti.
Sentuhan adalah perkara yang amat disukai oleh manusia. Ia boleh dalam keadaan yang ghairah dan tidak. Urut, meletakkan tangan di bahu dan mandi bersama adalah contoh-contoh sentuhan yang membawa kepada keintiman.
g) Pasangan Kita adalah Yang Paling Utama.
Kita harus cuba mengenal pasti apa yang penting bagi pasangan kita. Jangan pula menganggap apa yang memenuhi kehendak kita juga memenuhi kehendak pasangan kita. Bertanyalah apa yang menyebabkan pasangan kita merasakan dia disayangi. Jangan ambil perkara sayang ini secara sambil lewa. Cuba kita buat panggilan mengejut yang tak disangka, makan malam yang istimewa, bunga dan hadiah menyatakan sebagai tanda kasih kita pada pasangan kita. Ideanya adalah berkomunikasi dengan pasangan walaupun si dia tidak berada berdekatan.
h) Berkongsi Perkara Besar dan Kecil.
Kita perlu berkongsi dengan pasangan kita apa sahaja tidak kira besar mahupun kecil. Kongsikan impian kita dan ketakutan kita. Ceritakan kisah lampau yang mempengaruhi diri kita dalam kehidupan sekarang. Bercakap mengenai perkara sedih dan lucu yang berlaku seharian. Bersedia mengetawakan diri kita, tumpukan kepada cerita-cerita lawak yang tidakmengenakan orang laun tetapi menyebabkan kita ketawa bersama.
i) Berlaku Jujur.
Pastikan bahawa pasangan kita berasa selamat bagi berlaku jujur dan terbuka bagi meluahkan perasaan serta idea mereka. Nyatakan apa yang kita fikirkan dan bersedia untuk menerima pandangan pasangan kita walaupun ia berbeza. Walaupun ia berbeza daripada sudut perasaan dan boleh menyebabkan kita marah. Cuba tapis segala percakapan kita agar tidak menyakitkan hati dan menyebabkan pasangan kita berasa tersinggung. Berhati-hati dalam menyatakan sesuatu maklumat. Sasaran kita adalah berkomunikasi di samping mewujudkan suasana positif dan perhubungan yang penuh kasih sayang.
j) Uruskan Konflik dengan Bijaksana.
"Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"Perhubungan yang baik tidak akan menjadi benar-benar intim sehingga kita mengetahui apayang difikirkan oleh pasangan kita. Ini bermakna kita seharusnya mengeluarkan segala kesedihan dan perbezaan pandangan ke depan secara terbuka dan tidak terseksa dalam "kesenyapan". Bercakaplah dan cuba mencari apa yang silap. Kemudian berbincang dan membuat keputusan bersama. Ini adalah satu petanda perhubungan yang intim dan sihat.
Suami dan isteri seharusnya sentiasa berkomunikasi mengenai apa sahaja. Perkara yang berat mahupun yang ringan. Dalam perhubungan rumah tangga seharusnya perkara-perkara melibatkan seks ini diperbincangkan secara terbuka. Apabila kita berselindung mengenai sesuatu perkara penting terutamanya mengenai seks ini ia akan menjadi duri dalam daging kepada rumah tangga. Seks adalah keinginan bersama dan bukannya keinginan lelaki sahajaataupun perempuan sahaja. Apabila salah seorang mempunyai masalah seharusnya seorang lagi prihatin dan peka. Apabila kita tidak berkomunikasi dengan baik mengenai perkara ini, ia menyebabkan satu pihak merasa tidak puas hati ke atas perkara yang dia tidak ketahui.
Persoalan rumah tangga bukannya boleh dipelajari dengan ilham dan fikiran kita sahaja. Ia perlu dikaji dan dipelajari berlandaskan ilmu dan agama. Jika suami isteri berilmu, kehidupan berumah tangga pasti harmoni serta keintiman berkekalan daripada saat menyatakan "Aku cinta padamu" yang pertama hingga ke akhir hayat.

Mengapa memilih Jalan Keluar?

Menurut Presiden Peguam Syariee Malaysia (PGSM), Zainur Rijal Abu Bakar berkata punca kebanyakan pasangan yang bercerai adalah kerana mereka gagal memahami dengan jelas hak dan tanggung jawab dalam perkahwinan, gagal berkomunikasi dengan baik dalam menyelesaikan masalah rumah tangga walaupun mereka telah lama bercinta.
Akhirnya berpisah dipilih sebagai jalan untuk meleraikan ikatan yang telah dibina.Perkahwinan itu sendiri disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia dengan cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Kebahagiaan sering terpancar di wajah pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Tatkala itu semua perkara yang berlaku merupakan peristiwa yang indah-indah belaka. Suami sangat menyantuni dan menghormati isteri dan begitu juga sebaliknya. Segala cabaran dan dugaan diharungi bersama-sama dan berjanji akan hidup semati.Tidak dinafikan bahawa sesebuah perkahwinan itu akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hidup.

Adakalanya pasangan suami isteri bertelagah pendapat, bertengkar, bermasam muka, tidak bertegur sapa malah ada yang sanggup memukul isterinya. Anak-anak pula mula tidak mendapat perhatian dan kasih-sayang daripada ibu bapa. Akhirnya pelajaran anak-anak merosot dan sikap mereka menjadi lebih agresif.Apabila sudah tidak sefahaman, penceraian menjadi jalan pilihan. Isteri sudah tidak tahan tinggal bersama suami. Suami pula seolah-olah lupa tanggung jawab sebagai ketua keluarga.

Apa yang pasti perkahwinan yang suatu ketika dahulu dibina atas dasar cinta terlerai begitu sahaja akibat perasaan benci dan marah. Persoalannya, adakah cukup cinta sahaja kukuh untuk mempertahankan sebuah perkahwinan?

Hampir setiap hari Jabatan Agama Islam dikunjungi oleh pasangan-pasangan yang bermasalah dan berhasrat untuk bercerai. Mahkamah Syariah pula tidak sunyi dengan permohonan penceraian oleh pasangan-pasangan. Pendek kata Majlis Sulh pun tidak mampu mendamaikan hati kedua-dua pihak.

Dalam tempoh setahun sahaja ratusan kes penceraian dilaporkan di seluruh negeri di Malaysia. Apakah punca-punca yang mendorong kepada penceraian mereka? Bagaimana pula tuntutan yang dibuat oleh isteri-isteri selepas penceraian?

~ Pastinya apa yang disebut Zainul Rijal Abu Bakar memang patut dijadikan panduan kepada pasangan di luar sana. Aku rasa panduan itu bukan sahaja sesuai digunapakai dalam perkahwinan semata-mata tetapi juga dalam pergaulan seharian kita kerana apabila kita berjaya memahami dan berkomunikasi dengan baik, banyak masalah kehidupan dapat diselesaikan tanpa ada yang merasa kecewa atau terkucil...

Kawin dan Cerai

2 cerai, 14 kahwin tiap sejam
JOHOR BAHRU 9 Jun - Dalam tempoh sejam, lebih daripada dua perceraian dan 14 perkahwinan melibatkan pasangan beragama Islam berlaku di seluruh negara.Bagi tempoh sehari pula, lebih daripada 56 perceraian dan 359 perkahwinan berlaku di negara ini.Berdasarkan statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), angka itu adalah purata bilangan perceraian dan perkahwinan yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.
Jumlah perceraian sepanjang tahun lalu adalah sebanyak 20,529 manakala perkahwinan pula sebanyak 131,086, kedua-duanya meningkat berbanding 2006.Selangor mencatatkan bilangan perceraian tertinggi iaitu sebanyak 3,722 diikuti Kelantan (2,257), Kedah (2,188), Johor (1,931), Perak (1,551) dan Terengganu (1,537).Pahang mencatatkan sebanyak 1,502 perceraian, Kuala Lumpur (1,141), Sabah (924), Pulau Pinang (917), Sarawak (910), Negeri Sembilan (907), Melaka (758), Perlis (247) dan Labuan (37).
Sementara itu, Kedah mencatatkan bilangan perkahwinan tertinggi iaitu sebanyak 20,889 diikuti Kelantan (17,201), Selangor (14,817), Johor (13,241) dan Perak (11,446).Sabah merekodkan sebanyak 9,941 bilangan perkahwinan, Pahang (9,519), Terengganu (8,953), Sarawak (5,393), Negeri Sembilan (5,151), Pulau Pinang (4,458), Melaka (3,559), Kuala Lumpur (3,538), Perlis (2,484) dan Labuan (486).
Dalam pada itu, bilangan perceraian yang dilaporkan di seluruh negara pada 2006 adalah sebanyak 19,463 manakala perkahwinan sebanyak 114,812.Kesemua negeri kecuali Perlis, Perak, Kuala Lumpur, Pahang dan Sarawak mencatatkan peningkatan bilangan perceraian manakala hanya Kuala Lumpur dan Sarawak merekodkan penurunan bilangan perkahwinan
~ aku sembang dengan kawan aku pasal jumlah penceraian yang begitu tinggi dan soalannya ialah berapa pula jumlah perkahwinan. Tadi aku baca entri PakNgah pasal pendatang hantar RM 15.5 juta keluar negara...so terfikir juga nak cari berapa jumlah orang kawin dan cerai tahun lepas. Apa yang aku lihat ialah dalam ramai yang ghairah untuk berkahwin, masih ramai juga yang belum cekap melayari bahtera perkahwinan mereka...Tergerak juga aku untuk mencari punca penceraian yang mengikut nisbah setiap 7 perkahwinan satu pasangan pasti bercerai, boleh dianggap tinggi juga tu...

Relax la!

Boyfriend aku yang semakin hari semakin hansome!!

Hari ni mission aku ialah menyiapkan skrip Choral Speaking aku. Tapi pasal aku puasa hari ni...malasnya nak buat apa-apa. Lepak kat mini office aku sambil diganggu oleh boyfriend hansome aku pasal dia asyik nak pasang dvd yang baru dia jumpa dalam kotak-kotak yang masih berselerak keliling rumah!!!
Hari ni aku melawat semua walk of wisdom aku...lama tak tinggalkan komen so hari ni aku pergi jumpa Arsaili yang rasanya ada di Terengganu, Yanglerni yang baru balik umrah, baca puisi Cikgu Bashid, baca puisi Maslino...tengok entri malu-malu Rozita, kereta Mazda model baru ~ Estina 323 (ye ke?) di blog Azlan and rupa-rupanya De Linn dah ke Poli Jitra ~ Minah ni ke UUM Sintok rerupanya bukan ke Poli Jitra (Tahniah DeLinn & Thank you Ayu for the info)...Jo Bangla pula tengah frust..hish..asyik frust je mamat nih! Sambil tu aku kena habis basuhkan baju. Hari Jumaat kelmarin barulah washine machine aku dapat berfungsi sesempurnanya!!! As usual..dasar pemalas, aku usaha carikan dryer sebab tak nak sidai baju...
Semalam tetamu pertama datang berdatang ke rumah aku...Honey, mak dia and niece dia yang begitu prim and proper yang 360* lain dari anak-anak aku yang gaban mengadap spagetti bolognese aku! Dapatlah aku guna set pinggan mangkuk baru yang dibeli dengan Honey. Seronok juga melayan tetamu yang datang walaupun rumah masih berselerak dan berhabuk dek kerja plumbing dan pasang railing curtain! Ada ramai orang lain yang sebelum ni datang tapi tak sempat nak menjamu mereka...Next time la kut. Dah lama jugak aku tak meraikan orang...
Dah berminggu memikirkan idea untuk skrip aku tapi belum datang mood! Agaknya kerja yang bertimbun sama kut...itupun ada 4 file yang belum dikemaskini...belum termasuk kena kerja hari Sabtu ni untuk Ujian PTP...
Satu kelegaan untuk aku ialah jadual waktu baru yang diterima pada hari Selasa. Waktu ngajar aku dah kurang dari 28 waktu ke 26 waktu. Dapatlah aku bernafas sikit...Tapi sayang kelas PJ aku yang diambil balik...
Okay.. sambung kerja!

Sunday, July 6, 2008

Memahami dan Menerima (2)

Konsep memahami dan menerima ini aku mula faham bila aku duduk bersama Honey pada suatu petang beberapa minggu lepas di Taiping Lake Garden dengan anak-anak aku berkeliaran di padang.
Hari ini sekali lagi aku berdepan dengan keadaan di mana aku perlu memahami sekaligus menerima hakikat yang sukar aku faham dan terima. Akhirnya aku menghabiskan masa dengan kawan aku yang sentiasa menyokong aku dalam apa jua keadaan.
Aku semakin mengenali diri aku sendiri, meneroka kelemahan dan kekuatan aku. Kehadiran kawan aku membantu aku menampakkan keadaan yang aku tidak nampak, menjelaskan yang kabur padaku...
Selalunya kita hanya mampu menerima apa jua keadaan tanpa benar-benar memahami kenapa ia berlaku. Ada pula keadaan di mana kita mampu memahami apa yang sedang berlaku tetapi kita tidak mahu menerima hakikat bahawa ia sedang berlaku ke atas diri kita.
Apabila berlaku keadaan kita mampu menerima tapi tidak memahami atau keadaan di mana kita memahami tapi sukar menerima maka kita selalunya akan mencari escapism...
Ada yang memilih escapism yang positif dengan berserah diri pada Tuhan dan menganggap keadaan yang sedang ditempuh adalah ujian semata-mata. Ada juga yang memilih escapism yang negatif dan menganggap apa yang berlaku adalah kesalahan seseorang dan kita akan mencari kambing hitam untuk dipersalahkan...ada juga menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu berdepan dengan keadaan tersebut. Malahan ada di antara kita yang akhirnya akan mematikan apa jua perasaan agar tidak merasa terkucil, kecewa atau marah dengan apa yang berlaku...
Di mana aku?

Fadhilat Bulan Islam

MUHARAM
safar Rabiul AWAL
rabiul AKHIR Jamadil AWAL
Jamadil Akhir Rejab sya'ban ramadhan zulkaedah ZULHIJJAH

MUHARAM


Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa 'Asyura)
Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakan amalan bersedekah kepada fakir miskin.
Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga.
Mengusap kepala anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka.
Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat.
Siapa yang berbuat baik kepada anak yatim pada hari itu maka seolah-olah ia telah berlaku baik kepada semua anak yatim.
Sesiapa yang menziarahi orang sakit pada hari itu maka seolah-olah ia telah menziarahi semua orang-orang yang sedang sakit.
Sesiapa yang mandi dan membersihkan dirinya pada hari itu maka nescaya ia tidak akan jaguh sakit pada tahun itu kecuali mati.
Sesiapa yang memberi minum pada hari itu maka ia akan diberi oleh Allah seteguk minuman pada hari kiamat kelak dan dengan seteguk air itu ia tidak akan haus untuk selama-lamanya.
Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta kepadanya selama hidupnya.

SAFAR
RABIUL AWWAL
RABIUL AKHIR
JAMADIL AWWAL
JAMADIL AKKHIR

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardu yang seperti biasa

REJAB
Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.
Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap:
Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


SYA'BAN

(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)
9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)
11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)
12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.
13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit.
Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini.
Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.
Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.
Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.
Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini.
Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.
Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru:
Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya.
Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:
(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)
18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.
Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.

Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.
Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan beristiqhfar
Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.
Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:
1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.
3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.
Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.
Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.
Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.
3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.
Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:
i. Menenangkan hati:
Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:
Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.
Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.
iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.
iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:
Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.
Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.
ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas.
Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa.
Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.
Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda:
Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.
(Hadis riwayat an-Nasaie)
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban

Adapun kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
Di Malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”
Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban
Nisfu Sya‘ban ialah hari ke lima belas daripada bulan Sya‘ban. Malam Nisfu Sya‘ban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi‘in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi‘in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma‘dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nisfu Sya‘ban. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.
Para tabi‘in tersebut menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan dua cara:
1. Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
2. Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan membaca Al-Qur'an seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi‘in itu.
Amalan-Amalan Bid‘ah Dalam Bulan Sya‘ban
Dalam keghairahan kita menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban itu dengan berbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara bid‘ah.
Di antara perkara bid‘ah itu ialah bersembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang ini sebenarnya tiada tersabit dalam ajaran Islam. Imam an-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar telah menafikan adanya sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban kerana suatu sembahyang itu disyariatkan cukup dengan sandarannya sama ada dari nash Al-Qur'an atau pun hadis.

~ Pengetahuan untuk diriku yang jahil dan masih mencari...

Why "Blink" matters?


Blink: The Power of Thinking Without Thinking by Malcolm Gladwell.


Teori ini aku bincang bersama Ajib semalam masa YM dengan dia dari pukul 12.30am sampai 5.30am. Dah lama aku tak chat dengan member aku ni. Dia kerja di Philly di US dan berasal dari PJ. Kebetulan masa yang berbeza 12 jam menyebabkan kena cari masa yang betul-betul ngam!


Excerpt:


sharifahch (7/6/2008 5:24:44 AM): when do u know it is the right moment?

Ajib` (7/6/2008 5:25:35 AM): i'll know when it's right moment for me .. but not for anyone else
Ajib` (7/6/2008 5:26:03 AM): you pernah dengar concept .. blink ... the power of thinking without thinking?

sharifahch (7/6/2008 5:26:10 AM): yep!

sharifahch (7/6/2008 5:26:30 AM): it just pop up..

sharifahch (7/6/2008 5:26:49 AM): and there everything falls into places!

Ajib` (7/6/2008 5:26:57 AM): so right now i just prepare myself with all the know how .. so when the times comes .. i know what to do .. without even thinking about it

sharifahch (7/6/2008 5:27:24 AM): guys always do that...

sharifahch (7/6/2008 5:27:39 AM): pompuan nak kepastian...bila...bagaimana...kenapa...

sharifahch (7/6/2008 5:27:42 AM): hahahhahaha

Ajib` (7/6/2008 5:27:48 AM): and without talking ... hahaha

sharifahch (7/6/2008 5:27:54 AM): hahahaha!

sharifahch (7/6/2008 5:27:58 AM): true tooo!


Apa yang menarik tentang teori ini ialah bagaimana kita mengadaptasikan penggunaannya dalam kehidupan biasa kita. Ajib melihat teori ini dari pandangan beliau sebagai lelaki. Aku pula melihat teori ini sebagai seorang yang memandang tanpa membuat apa-apa persepsi!


Teori ini mengatakan bagaimana kita membina persepsi dan menggunakan ia untuk membuat keputusan. Kebolehan kognitif menggunakan maklumat untuk membuat keputusan untuk kita membantu kita memahami banyak perkara. Kebolehan ini menggunakan masa yang singkat tanpa berfikir panjang tetapi kita perlu mempunyai banyak maklumat dan pengalaman sebelum membuat apa-apa keputusan. Dengan berfikir tanpa berfikir panjang, kita selalunya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih mudah dan cepat. Kebolehan ini sememangnya ada pada kita tetapi aku rasa kaum Adam lebih cepat sebab mereka mempunyai 10 akal berbanding kaum Hawa yang satu. Kaum Adam membuat keputusan biasanya 10 kali lebih cepat dan tepat dari kaum Hawa...


Antara cara untuk berfikir tanpa berfikir adalah dengan bergaul dengan mereka yang berbeza pemikiran dengan kita kerana kita tidak nampak apa yang mereka nampak dan mereka tidak nampak apa yang kita nampak.


Selalunya kalau kita menggunakan teori ini ada yang berpendapat kita membuat keputusan terburu-buru, sebenarnya tidak sebab sebelum kita membuat keputusan banyak perkara yang yang perlu diambil perhatian seperti matlamat, fokus, keperluan dan kehendak yang ingin kita penuhi. Maka apabila kita dapat memenuhi semua perkara ini, barulah kita akan membuat keputusan, Ketika itu bila masanya tiba keputusan akan berlaku dengan berfikir tanpa berfikir!


Ada masanya kita bertafakur dan mengambil masa untuk membuat satu-satu keputusan tetapi secara tidak sedar kita sudahpun membuat keputusan yang kita inginkan dan masa itu hanyalah untuk kita menyakinkan diri bahawa keputusan yang diambil itu tepat dan bersesuaian dengan keperluan semasa.


Masaalah utama kita ialah kita tidak yakin dengan keputusan yang kita ambil menyebabkan keyakinan dari keputusan itu tidak dapat disalurkan kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Apabila kita yakin dengan keputusan kita, orang lain tidak akan cuba untuk mengubah keputusan kita kerana keyakinan kita terserlah...Malangnya ramai di antara kita tidak berani membuat keputusan kerana takut dipersalahkan...


Tepuk minda urut dada....



Saturday, July 5, 2008

Penilaian Tahap Profisiensi "Speaking Component"

Hari ini adalah hari pertama ujian PTP "Speaking Component" bagi negeri Perak. Aku bertindak sebagai ketua pusat dan ketua pemeriksa buat kali pertama! Format penilaian sama seperti MUET yang dijalankan bersama pelajar tingkatan 6 dan mereka yang sedang menghabiskan ijazah pertama di universiti.
Pada peringkat mula agak gugup juga memandangkan ramai calon yang hadir nampak hebat dan bersedia, dan aku pula seperti biasa macam kelam kabut je! Sempat gak aku sms member aku.."Aku nervous sama macam yang nak ambil exam!"...lepas tu handphone kena off la!
Sepanjang 5 jam mengendalikan PTP pagi tadi aku terpaksa mengatakan bahawa aku benar-benar kecewa dengan tahap pencapaian guru yang mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris...Terlalu ramai yang tidak mampu berkomunikasi dengan penuh keyakinan dan menggunakan kosakata yang bertepatan dengan maksud yang ingin disampaikan. Keadaan itu menyebabkan aku dan rakan pemeriksa menjadi bosan dan mengantuk sehingga adakalanya kami juga turut serta dalam perbincangan mereka untuk memanaskan suasana sekaligus memberi idea untuk guru-guru itu terus bercakap.
Cuba bayangkan keadaan itu di dalam kelas apabila tahap keyakinan guru sangat rendah untuk menyampaikan maklumat dalam Bahasa Inggeris. Pasti sekali para pelajar turut merasa bosan dan hilang minat terhadap mata pelajaran yang diajar.
Pihak Kementerian Pelajaran telah melakukan tindakan yang bertepatan tetapi terlalu lewat untuk memperbaiki kelemahan yang telah lama berlaku. Apapun sekurang-kurangnya kini banyak pihak telah mula menyedari kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan di sekolah kita.
Walaupun ramai yang mengatakan BISP yang diberikan kepada guru-guru untuk meningkatkan kebolehan diri mereka dalam Bahasa Inggeris tetapi masih ramai guru yang menganggap perkara itu tidak penting. Malangnya anak-anak kita juga yang menjadi mangsa. Bayangkan anak-anak kita 15 tahun lagi apabila mereka memahami tetapi tidak mampu bertutur dengan fasih dek kesilapan dari awal lagi.
Cadangan aku ialah setiap guru yang perlu mengajar Matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris perlulah diberi latihan dan menduduki ujian setiap tahun untuk melayakkan mereka menerima BISP. Sekiranya mereka tidak lulus, elaun itu tidak wajar diberikan kepada guru tersebut kerana ia adalah satu pembaziran wang rakyat. Biarlah mereka pakar dalam bidang yang mereka ceburi bukan semata-mata main tangkap muat. Sekurang-kurangnya biarlah Bahasa Inggeris SPM mereka C3 atau C4. Dan sepatutnya mereka mengikuti interview terlebih dahulu sebelum mengajar matapelajaran kritikal ini supaya mereka membina tahap keyakinan awal sebelum masuk ke kelas dan memusnahkan harapan anak-anak murid mereka.
Ramai di antara kita masih belum mampu mengakui kelemahan diri dan mengaku bahawa kita memerlukan bantuan...

Thursday, July 3, 2008

Apa ko nak?

Semalam aku diasak dengan satu soalan selama ini aku elak dari menjawab....bukan kerana aku tiada jawapan tapi sebab aku tak tahu bagaimana nak menjawab.

Pernahkah kita benar-benar bertanya pada diri sendiri apa yang kita nak selama ini? Atau kita masih mencari-cari apa yang kita nak? Bukan mudah sebenarnya untuk menyenaraikan apa yang kita nak satu -persatu...Lebih mudah sebenarnya untuk kita memenuhi kehendak orang.

Mungkinkah jika kita menyatakan apa yang kita nak, kita tidak lagi memberi apa yang orang lain nak? Atau jika kita meminta apa yang kita nak, kita terpaksa mengorbankan apa yang kita ada...bukan mudah tu.

Dan pastinya ramai yang akan menjawab" win some, loose some!" tapi bagaimana pula untuk kita "gain more"? Tamak kah jika kita nak sesuatu yang lebih baik dari semalam?

Hari ini aku menonton "KungFu Panda" dengan Sufi. Aku suka sebaris ayat yang menjadi klimaks kepada cerita tersebut:

"To make something special you just have to believe it's
special. There is no special ingredients."


Maka dalam kehidupan dan pada persoalan "Apa ko nak?"

Aku ingin mengetahui cara bagaimana menjadikan sesuatu yang biasa kepada luar biasa, sesuatu yang tidak bermakna kepada sesuatu yang istimewa!

Kepada kawan baik aku yang sentiasa menganggap aku selalu bersembunyi dalam selimut...

Aku menghargai perhubungan yang kita ada...cuma aku tak tahu bagaimana untuk menyebut apa yang aku nak. Yang aku tahu sekarang ialah aku minta maaf.

Kepada kawan baik aku yang sentiasa menganggap aku selalu terbang terlalu tinggi dari yang lain...

Aku memerlukan ruang untuk aku menjadi diri aku sendiri tapi tidak bermakna aku memiliki seluruh ruang itu untuk diri aku semata-mata tapi aku tak tahu bagaimana untuk menjemput orang lain masuk ke dalam ruang itu...

Kepada kawan baik aku yang sentiasa menganggap aku sentiasa menjadi juri dengan keputusan yang salah...

Kesalahan yang aku lakukan itu adalah peluang untuk mereka mengenali aku hanya sebagai manusia biasa-biasa sahaja dan sentiasa mencari ruang untuk memperbaiki diri.

Terima kasih buat semua sahabat yang aku miliki....