Friday, January 18, 2013
Wednesday, January 16, 2013
Ini benar-benar luahan perasaan...
Aduhai, aku mengajar di sekolah menengah agama yang hanya mempunyai 25 org guru termasuk pentakbir dan hanya mempunyai 111 orang pelajar. Bebanan guru memanglah berkali ganda jika dibandingkan dengan guru di sekolah besar. Purata seorang guru akan memegang 3 jawatan penting di sekolah, tidak terkecuali apa-apa pun. Pada cuti sekolah yang lalu, aku dan suami telah menjayakan projek ketiga untuk pelajar-pelajar ini dan projek inilah yang paling best! Program Wataniah: Al amin
Aku cuba, sedaya upaya untuk melaksanakan setiap tanggungjawab. Aku rasa kebanyakan guru di situ juga begitu. Janganlah komplen...kita kerja kerana agama, bangsa dan negara. Pastinya ada ganjaran kita, tak banyak, sikit. Yang penting kita happy dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah. Pastinya best bila dilakukan berjemaah.
Aku cuba, sedaya upaya untuk melaksanakan setiap tanggungjawab. Aku rasa kebanyakan guru di situ juga begitu. Janganlah komplen...kita kerja kerana agama, bangsa dan negara. Pastinya ada ganjaran kita, tak banyak, sikit. Yang penting kita happy dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah. Pastinya best bila dilakukan berjemaah.
I love you, Stupid
![]() |
Bacaan Minda...! |
Biasalah di hujung minggu selalunya aku akan berkeliaran di sekitar popular, tambah-tambah musim persekolahan sudah bermula. Novel ini adalah best seller bagi bulan Januari di Popular, apalagi...rembatlah! Bermula tatapan pertama pada 3 Januari, aku berjaya menamatkan leisure marathon aku di KKIK Kubang Semang pada 14 Januari. Well, ada insiden (more of an accident that nearly cost 2 lives) yang menyebabkan aku terpaksa bermalam di hospital 5 bintang di Kepala Batas. Ada hikmahnya sebab selepas itu boss memenuhi permintaan aku dengan kadar superjet segera!
Berbalik pada ILUS...satu pembacaan yang sememangnya menekankan mata hati dan mata akal. Dan aku seperti biasa pasti terpana dengan olahan cerita yang santai tetapi benar-benar membuka minda. Kisah kehidupan yang digarap dengan gaya yang menyentuh hati dengan halus dan jiwa disentap bersama kesedaran betapa kerdilnya kita menumpang di dunia ini. Tak rugi jika dibuatkan koleksi...