Selamat kembali ke sekolah!
Anisa ke SMK Methodist..dia jelas keseronokan memulakan perjalanan baru. Tambahan pula dia berjaya ditempatkan di kelas yang agak selesa untuk bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam usaha mendapatkan ilmu. Sesungguhnya memulakan kehidupan di sekolah menengah menjanjikan senario yang lebih hebat cabaran dan begitu juga dengan ganjarannya. Aku hanya menggunakan pendekatan menanam keyakinan dalam diri Anisa untuk terus melakukan yang terbaik. Sesuatu yang pasti ialah dengan ketinggiannya, pasti menjanjikan peluang untuk aktif dalam aktiviti sukan dan meneroka unit kokurikulum yang mendatangkan kelebihan untuknya.
Sufi ke Tadika ABIM dan pepagi lagi tidak sabar untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang telah ditinggalkan selama lebih sebulan. Lebih kurang pukul satu selepas Anisa ke sekolah, Sufi berpeluang mengikut aku ke sekolah memandangkan jadual aku masih lagi kosong kerana pelajar tingkatan 2 dan 4 perlu melalui proses streaming. Dia sibuk bercerita tentang semua bestfriends..yang tak datang dan yang baru...heheheh...tetiba dia berkongsi sesuatu..
'Ma..Sufi malas nak tulis ABC laaa...'
aduhai....macamana tu?! Sesi bersoal jawab dalam kereta dari Tadikanya ke sekolah aku membuka ruang untuk melihat di mana kemalasannya..apa yang pasti ialah dia memang jenis cepat bosan apabila diarah membuat perkara yang sama berulang-ulang..
Aku pula...tidak sabar untuk melihat komputer baru untuk makmal komputer. Malangnya akibat ketiadaan penyelaras makmal dan juruteknik, maka tanggungjawab menguruskan makmal itu diserahkan kepada Ust Zainol yang juga memegang tanggungjawab sebagai Guru Kanan Pendidikan Islam. Aku hanya membantu untuk mendapat ilmu tapi yang paling penting, aku dah ada opis kat makmal tu untuk membuka ruang untuk pengurusan data! (Dalam kepala sedang merangka AJK Pengurusan Data dan Maklumat Sekolah). Akhirnya, untuk menyelesaikan masalah dan memudahkan pergerakan, kami berdua mencari pakar dari SK Slim River (En. Hairi) untuk mendapatkan crash course bagaimana melupuskan 21 buah komputer lama. Itu tugasan aku leerrr, menjinjing le aku fail ICT dan laptop data balik ke rumah. Asus aku pulak masuk workshop dua tiga hari sebab OSnya dah ter update service pack 2 yang menyebabkan habis desktop pencong (skewed!) Rupa-rupanya OSnya tak boleh diupdate..kena stay pakai service pack 1 Adusssshhhh...
Jadual kerja aku dan Ust Zainol esok pula, kami berdua akan test satu-persatu komputer yang ada sebelum diserahkan kepada unit-unit yang berminat untuk memilikinya!
Tahun ini aku akan menggunakan pendekatan baru dalam menguruskan buku rekod. Selamat tinggal buku rekod yang perlu ditulis tangan. Tahun 2009, aku hanya memerhati je, setakat pemerhatian aku, hanya Cikgu Zul, guru kanan Sains dan Cikgu Mahfuz, penyelaras ICT yang menggunakan file menggantikan buku rekod. Nampak gaya tahun ni aku pula menyusul langkah mereka.
Apabila aku membelek buku takwim, aku paling senyum melihat tugasan yang dipertanggungjawabkan...perghhhh...best! Penolong Setiausaha Program Kecemerlangan Akademik. Best tuhhh...banyak program yang boleh aku rancang dan jalankan. Setahun aku bertenang di sekolah itu, maka 2010 menjanjikan banyak ruang untuk diteroka. Tambah pula jadual aku hanya 15 waktu seminggu yang tertumpu pada 2 kelas pelajar Tingkatan 2 dan satu kelas Tingkatan 4 menjanjikan kepelbagaian teknik boleh dibuat, direka dan dipadukan untuk memberi yang terbaik. Dalam masa yang sama, aku juga berdebar menantikan keputusan SPM kerana tahun 2009, aku berpeluang menguji skill aku mendidik pelajar Tingkatan 5. Itu benchmark aku untuk pendekatan seterusnya...
Dalam masa yang sama aku telah memohon Grant US State Department sebagaimana yang telah aku lakukan untuk aktiviti Program Pembangunan Komuiti yang dijalankan dengan JPN Perak/Selangor/Kementerian Pelajaran. Keputusan akan keluar bulan depan. Dapat je...akan ada projek yang bakal dibuat dengan Pakar Kaunseling UPSI untuk sekolah-sekolah sekitar Batang Padang!
Manakala19 Januari sehingga 22 Januari 2010, Teachers as Intellectual Leaders in Schools and Community akan dijalankan, di mana bakal dirasmi oleh VC UPSI, Dato' Aminah Ayob dan Majlis Penutup bakal dihadiri oleh Pengarah Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato' Zulkifli...Terima kasih kepada Pengarah Projek dan semua AJK kerana berusaha merealisasikan Program ini.
Secara keseluruhannya, aku memang teruja menanti 2010 bermula...Permulaan yang baik pasti menjanjikan pulangan yang hebat!