Showing posts with label Travelog. Show all posts
Showing posts with label Travelog. Show all posts

Saturday, January 30, 2010

Keindahan Bumi Malaya

Kalau kita kaki merantau...ini kerana kita mencari sesuatu yang diharapkan akan melengkapkan kehidupan kita yang sementara ini. Aku juga begitu.. ada masanya tidak sabar aku untuk menggalas beg untuk meninggalkan bumi Malaya menuju ke destinasi baru.!

Semalam sementara menunggu flight Anisa dan Sufi ke Langkawi, aku sempat membelek sebuah buku :"1000 places to Visit"

Tapi aku tahu...bumi Malaya jauh lebih indah dan menakjubkan!

......Hari ini aku ada appointment dengan En Aziz Yatim untuk mengikuti Program Bina Insan Guru pada jam 2.30 pm.......

......Hari ini aku harus menyiapkan semua borang-borang berkaitan program.......

huhuhuhuuuhu...penatnya!

Saturday, December 12, 2009

Penyokong biasa....









Pagi ni ada program pendaftaran pelajar siswazah baru bagi sesi semester 2 2009/2010. Kebetulan rakan baik aku, guru dari SMK Main Convent Ipoh, Cikgu Yang meneruskan perjuangannya dalam bidang Sarjana Biologi turut bergelar mahasistua di UPSI. Aku pun mengambil kesempatan ini untuk bersua muka selepas 2 tahun sepi tanpa berita. Sempatlah kami berborak sambil aku menjadi penyokong kepada rakan gaduh yang menjadi MC dalam penuh kesyahduan apabila asyik berderai airmatanya akibat serangan virus sore eyes!



Seusai majlis lewat jam tiga, aku menerima panggilan dari adinda mengingatkan aku mereka sudah dalam perjalanan dan menghampiri destinasi. Aku pun bergegas pulang dan terus memecut ke Simpang Pulai. Dan kami sekeluarga seperti biasa melakukan perkara-perkara ADHOC jeee...dan aku seperti biasa akan tetap menyokong sekiranya masa mengizinkan...Maka hari ini kami sekeluarga menghabiskan sepetang di Cameron Highlands...hehehehe! Malam minggu di Cameron Highlands memang menyeronokkan tambahan pula dengan kehadiran pasar malamnya yang penuh dengan pelbagai juadah yang sememangnya menjadi kegemaran kami sekeluarga..rasanya hanya di sini kami dapat menikmati udang goreng, ketam goreng, cendawan goreng dan pelbagai jenis sayuran yang digoreng...heheheheh! Mak seperti biasa tak akan lupa mendapatkan stoknya, teh yang pelbagai aroma!

 
 
Kali ni turn aku melayan anak-anak sedara...heheheh....paling cun ialah kasut Crocs yang sedondon warnanya! Ghega...boleh beli 10 pasang jika dibandingkan dengan harga originalnya..berbaloi-baloi..! Tapi bayar sendiri leeee....

Dan aku sampai di Tanjung Malim tepat tengah malam...ehhhh...pintu pagar kali ni telah ditutup...ada yang memerhati la tu...! Terima Kasih....

Tuesday, December 2, 2008

From Iran 20 Nov (Entry 5)

Sangkut dgn mamat Iran ? Ohhh tidak....tak nak aku !!!Malam ni aku dah nak ke Istanbul. So for these 3 days tak der la mail dari aku ehh....dalam train camner nak hantar mail.

From Iran 19 Nov (Entry 4)

Aku mail ko ni dari rumah Hamid, kawan Iran aku kat Yazd . jangan jeles.....Sementara mak dia tgh prepare dinner, aku bukak email kejap.Yazd ni the city of brick mud. Petang tadi Hamid, kawan2 dia & adik dan bapak dia bawak kitaorang view sunset kat desert. It was soooo amazing.....Kitaorg panjat bukit kat desert ni dan kebetulan ada orang main para gliding lagi. Best sangat2. Nanti ko tenguk la dlm gambar & movie kat kamera ko nih....Malam esok kitaorg naik train balik ke Tehran and after that naik Trans Asia ke Istanbul pulak. Aku memang teramat2 penat & lack of sleep, bnut enjoying every minute kat Iran ni. Ok dinner is ready. Aku nak makan nasi dgn kebab dgn gurmet sabzi....aku makan kan utk ko ekkk...

From Iran 16 Nov (Entry 2)

Salam,Lagi sejam setengah aku nak naik bas ke Shiraz, so melepak jap kat internet cafe nih.Hari nih round2 Imam Square, square terbesar di dunia selepas Tiananmen, Beijing. Sejuk giler time malam mcm nih. Angin kuat. Temp kat sini makin turun. Rasanya 1 degree kot. Bibir aku pun dah pecah2. Pedih. Kulit kering & menggelupas. Rashes dah naik. Gatal sangat2. Ni yg aku benci bila travel tempat sejuk. Lagi, aku tenguk masjid2 kat sini. memang fascinating ukiran & grafik yang dilukis pada tiles. Dari lantai sampai ke dinding hingga ke kubah, semuanya tiles & mirror. Cantik tak terkata2.
Hari ni dah 2X Iranian invite ke rumah diaorg tapi sebab tak cukup time, tak dapat nak pergi rumah diaorg. Pelik aku.....baru jumpa, sembang tak sampai 5 minit, diaorg dah ajak ke rumah.

From Iran 15 Nov (Entry 1)

Salam dari bumi Iran....Aku kat Esfahan sekarang, the most beautiful city in Iran. Naik train malam semalam, 8 jam. Train is comfortable. Malam esok ke Shiraz pulak, naik bas 7 jam perjalanan. So far everything has been very good. Iranians are great. They go out of their way to help me finding my way and so on. Sepanjang aku travel, aku tak pernah jumpa bangsa yg very kind hearted spt org Iran ni. Baik sungguh mereka. Semalam aku jalan2 sendiri kat Tehran, tak der guide dah. (1st day ari tu, ada awek Iran yg aku buat member since last 2 months bawak jalan2. Final night kat sini nanti nak gi dinner kat rumah dia pulak - Iranian style....jgn jeles beb). It's quite challenging, esp time nak lintas jalan. Kat sini tak der system langsung, traffic light buat perhiasan jer. It's suicide to cross the road. Kena berani. Klu tak, memang tak lepas. Bukan semua tempat ada underground tunnel. Semua jenis transportation aku dah naik - private taxi, shared taxi, metro, bas, train. Yg aku tak naik motorbike jer, sebab bukan public transportation {happy}. Sign boards mostly in farsi. Nasib baik la reti jawi, so boleh la kenal nama2 jalan {wink}
Memang hensem2 giler mamat kat sini. Yg pompuan pulak cun abis. Dah tu very trendy & fashionable. Walaupun diaorg pakai mostly hitam jer semua, tapi mcm2 style. Agaknya kalau tak kerana government diaorg tak galakkkan other colours selain black & grey, terus-terang aku rasa Paris pun kalah dgn Iran ni when it comes to fashion.
Aku kat sini rasa mcm artist pulak. Iranians suka betul datang tanya aku mcm2 soalan. Bila aku jalan ke mana2, mesti ada yg approach. Ajak bergambar laa....offer nak tunjuk jalan laa...ajak join their picnic laa (Iranians suka picnic kat taman sampai tengah2 malam)....Best betul. Sememangnya kat Iran ni kurang sgt tourist. Sebab tu diaorg mcm heran jer bila nampak tourist.
20 Nov nanti aku naik Trans Asia Express. Tiket tak amik lagi nih.
Ok, aku nak tidur daa....ngantuk dah ni (1.15am Msian time, tapi baru 8.45pm Iranian time).
From Yusof Anita to me