Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Monday, April 26, 2010

Masa Untuk Menunaikan Janji..

HULU SELANGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), P Kamalanathan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor semalam sebagai satu peralihan besar sokongan rakyat kepada BN.
MENANG...Najib  bersama Muhyiddin  mengangkat tangan  Kamalanathan 
selepas diumumkan memenangi  pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 
di  Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu, malam tadi.
MENANG...Najib bersama Muhyiddin mengangkat tangan Kamalanathan selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu, malam tadi.
Pengerusi BN itu berkata, kemenangan itu membawa erti yang amat besar kepada BN kerana bertanding di negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

“Kemenangan calon BN Kamalanathan membawa erti yang amat besar kerana kalau kita lihat keputusan pada 2008 dan keputusan pada hari ini (semalam), sudah berlaku peralihan sokongan pada BN yang menghampiri 2,000 undi.

“Ini merupakan satu peralihan yang sangat besar ertinya sebab kita bertanding di sebuah negeri yang dikuasai parti (pakatan) pembangkang, kita berjaya menawan semula kawasan ini dalam sebuah negeri yang dikuasai (pakatan) pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan rasmi pilihan raya kecil kawasan itu di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta pemimpin parti komponen BN.

BNmerampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila Kamalanathan menewaskan peguam terkenal dan bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi pada pilihan raya kecil paling sengit sejak pilihan raya umum 2008.

Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC itu memperoleh 24,997 undi menewaskan Zaid, yang dipecat daripada Umno pada Disember 2008 kerana menghadiri perhimpunan parti pembangkang.

Bekas Anggota Parlimen Kota Bharu yang kemudiannya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerima 23,272 undi.

Sejumlah 731 undi rosak pada pilihan raya kecil yang menyaksikan 48,935 pengundi atau 75.87 peratus pemilih keluar mengundi hari ini. Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi.
Pada pilihan raya umum 2008 yang merupakan ‘tsunami politik’ bagi BN, Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel, yang juga Ahli Parlimen kawasan itu selama empat penggal, gagal mempertahankan kerusi apabila tewas dengan majoriti 198 undi kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR. Dr Zainal Abidin meninggal dunia pada 25 Mac lalu.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, kejayaan itu bererti bahawa penduduk di kawasan Hulu Selangor menolak cara parti pakatan pembangkang berpolitik.

“Maknanya, kalau mereka menabur fitnah atau membuat pembohongan, pengundi dah tau untuk buat penilaian atas apa yang benar dan apa yang batil,” katanya.

Beliau berkata, BN menerusi Kamalanathan sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor yang baru akan bekerja bersungguh-sungguh memenuhi amanah, harapan dan jangkaan rakyat selama ini.


“Ini satu amanah rakyat yang kita mesti pandang dengan serius, ambil berat dan mesti laksanakan bukan sahaja semua janji tetapi jangkaan dan harapan rakyat, kita mesti penuhi dalam semua aspek sama ada daripada segi pembangunan, kebajikan dan melayani kehendak pengundi dalam kawasan ini,” katanya. - Bernama

Thursday, July 30, 2009

Ilmu

Ini sesuatu yang aku pelajari sepanjang aku memerhati...

Bahasa adalah senjata utama dalam mengungguli ilmu. Apabila kita berbicara tentang penjajahan, selalunya kita terlepas pandang pada bahasa. Aku juga...

Lihat bagaimana rakyat Jepun membangunkan negaranya selepas Perang Dunia Kedua. Melalui bahasa. Bagaimana ini berlaku? Mereka berjaya menjajah Barat dengan mengalahkan kuasa besar ini melalui bahasa.

Senario ini jika diperhatikan juga berlaku dengan Korea Utara yang mengalahkan Barat dengan ciptaan kuasa nuklearnya. Semuanya berlaku dengan bahasa.

Bahasa adalah senjata yang paling kuat untuk menjajah bangsa. Perhatikan bagaimana Jepun dan Korea Utara membangun dengan menguasai ilmu barat melalui penguasaan bahasa. Mereka menguasai Bahasa Inggeris dan mempelajari kecanggihan pembangunan teknologi Barat dan kemudiannya mengunci teknologi itu dalam bahasa mereka sendiri. Sekiranya ada orang lain yang ingin mengetahui kehebatan teknologi itu, maka bahasa adalah kuncinya. Malah India turut mengambil langkah yang sama. Mumbai kini membangun sebagai hub untuk Bahasa Inggeris dan kemudiannya mereka yang mahir berbahasa Inggeris akan dihantar ke pelusuk dunia untuk mendalami ilmu teknologi terkini dan dibawa balik ke negara mereka lalu dialihbahasakan ke bahasa ibunda mereka. Teknik inilah yang dilakukan oleh Jepun, Korea Utara dan China.

Hakikat ini sememangnya disedari oleh bijak pandai di Malaysia tetapi konsep dan pemahaman tidak diterapkan terlebih dahulu sebelum mengimplementasikan apa-apa dasar/program. Maka rakyat ibarat berjalan tutup mata. Sayangnya!

Kita tunggu dan lihat dasar MBM dan MBI! Banyak mana pula duit rakyat akan dihabiskan dan banyak mana pula generasi muda ditikusputihkan...



Thursday, April 9, 2009

KPI ~ Key Performance Indicators

Semua sibuk mempamerkan line-up baru Najib tapi aku melihat bagaimana ketua Pemuda UMNO tidak memegang apa-apa portfolio...perbincangan dengan teman gaduh aku ialah, peranan Khairy Jamaluddin adalah untuk memantapkan lagi pembabitan PEMUDA Umno untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO. Dan bagaimana Timbalan Perdana Menteri, Muhiyuddin memegang portfolio Kementerian Pelajaran. Mungkinkah beliau bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7?

Tapi yang benar-benar menarik perhatian aku ialah penggunaan KPI untuk menilai/memantau prestasi setiap kementerian. Ini akan dilakukan oleh Koh Tsu Koon. Adakah hal ini menunjukkan kepentingan penilaian prestasi sebagai satu benchmark untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pemerintahan Barisan Nasional?

Kita tunggu 6 bulan lagi memandangkan KPI berada dibawah kendalian Koh Tsu Koon.

Sunday, January 18, 2009

Lawak...

Lawak atau aku salah tengok TV3 midnite News. Condollezza Rice salam tangan Menteri Luar Israel, Tzipi Livni. Apa yang aku faham ialah bagaimana begitu diplomasinya dan secara halusnya Rice mengatakan Israel dan US akan bekerjasama untuk menyekat kemasukan senjata haram kepada tentera Hamas dalam usaha untuk memberhentikan peperangan di Gaza. Adakah ini bermakna, Hamas tak boleh dapat senjata secara haram untuk mempertahan Palestin tetapi Israel boleh membunuh penduduk Gaza sesuka hati kerana mereka mempunyai sejata secara halal?! Ini yang ironinya...
Dan hari ni UMNO mencatat sejarah dalam lipatan politik negara apabila Kuala Terengganu jatuh ke tangan PAS sedangkan bila baca surat khabar atau dengar berita, seolah-olah confirm KT hak milik UMNO. Apa dah jadi? Ke mana penyokong UMNO? Kenapa UMNO semakin jauh dari hati pengundi? Malahan mereka yang dulunya adalah pengikut setia kini bertebaran dan tidak lagi ingin melibatkan diri dengan UMNO?
Kegagalan pihak media menjalankan tugas tanpa berat sebelah merupakan antara punca yang menyumbang kepada kekalahan ini. Bagi aku, media adalah satu-satunya sumber yang perlu mendidik masyarakat untuk membuat pilihan sendiri berdasarkan maklumat yang disebarkan. Surat khabar dan TV sepatutnya melaporkan cerita dari kedua-dua pihak seadilnyanya tanpa berat kepada mana-mana pihak atau menunjukkan sokongan pada sesiapapun. Keadan ini membuat pembaca atau masyarakat lebih terbuka dan mampu membuat keputusan. Malangnya media kita belum memiliki kematangan berbicara secara terbuka tanpa menunjukkan kasih tumpah pada siapa.
Akhirnya masyarakat akan retaliate (memberontak) untuk menentang dengan mengundi pihak yang dianaktirikan oleh media. Sekarang siapa yang tepuk dahi....
Betul kata GuruBashid, UMNO telah diberi 52 tahun untuk melobi rakyat dan berkempen demi mengekalkan kuasa mereka. Sudah sampai masanya mereka menerima bahawa yang diatas akan turun ke bawah dan sebaliknya.
Politik bukan kuasa tetapi cara...

Wednesday, August 27, 2008

Keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh




81% pengundi telah keluar mengundi...dan seperti dijangka oleh kebanyakan pihak, Parlimen Permatang Pauh masih milik Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan majoriti 15, 571 undi melebihi separuh dari undi yang di terima oleh Datuk Arif dari BN iaitu sebanyak 15, 524.