Sunday, July 6, 2008

Fadhilat Bulan Islam

MUHARAM
safar Rabiul AWAL
rabiul AKHIR Jamadil AWAL
Jamadil Akhir Rejab sya'ban ramadhan zulkaedah ZULHIJJAH

MUHARAM


Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa 'Asyura)
Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakan amalan bersedekah kepada fakir miskin.
Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga.
Mengusap kepala anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka.
Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat.
Siapa yang berbuat baik kepada anak yatim pada hari itu maka seolah-olah ia telah berlaku baik kepada semua anak yatim.
Sesiapa yang menziarahi orang sakit pada hari itu maka seolah-olah ia telah menziarahi semua orang-orang yang sedang sakit.
Sesiapa yang mandi dan membersihkan dirinya pada hari itu maka nescaya ia tidak akan jaguh sakit pada tahun itu kecuali mati.
Sesiapa yang memberi minum pada hari itu maka ia akan diberi oleh Allah seteguk minuman pada hari kiamat kelak dan dengan seteguk air itu ia tidak akan haus untuk selama-lamanya.
Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta kepadanya selama hidupnya.

SAFAR
RABIUL AWWAL
RABIUL AKHIR
JAMADIL AWWAL
JAMADIL AKKHIR

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardu yang seperti biasa

REJAB
Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.
Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap:
Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


SYA'BAN

(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.
5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
7. Sabda Rasullullah s.a.w: Dinamakan Sya`ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Sya`ban.(Al-hadis).
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)
9. Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)
11. Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala` Aku a`fiatkannya. Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)
12. Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.
13. Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit.
Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malan ini.
Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.
Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.
Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.
Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini.
Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.
Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru:
Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.
14. Barangsiapa membaca,
(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

15. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

16. Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya.
Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:
(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)
18. Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".
(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).
19. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.
Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.

Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah bi baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.
Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
2. Bertaubat dan beristiqhfar
Taubat ialah pembersihan rohani kerana taubat itu menjadi tuntutan dalam agama supaya setiap diri individu yang sememangnya tidak ma‘shum ini melakukan taubat pada setiap masa dan ketika. Tegasnya hukum taubat itu adalah wajib dari segi syara‘. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah yang dikatakan taubat nasuha.
Taubat nasuha tidak akan tercapai tanpa mendatangkan terlebih dahulu syarat-syarat yang ditentukan. Umpamanya jika dosa itu antara hamba dengan Tuhan:
1. Hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Hendaklah dia benar-benar menyesali dan merasa dukacita atas perbuatan maksiatnya itu.
3. Hendaklah dia berjanji dan berazam untuk tidak akan kembali mengulangi melakukannya.
Manakala jika dosa itu bersangkut paut dengan hak orang lain, maka selain syarat-syarat sebagaimana yang disebutkan di atas, ditambah lagi satu syarat iaitu hendaklah membersihkan dirinya daripada hak orang itu atau orang yang melakukan dosa itu memohon maaf kepada orang berkenaan.
Selain daripada itu, peranan taubat itu sendiri tidak terhenti setakat membersihkan diri daripada segala dosa dan maksiat. Lebih daripada itu ia juga merupakan suatu cara untuk kita sentiasa berlindung diri kepada Allah subhanahu wa Ta‘ala memohon keberkatan ketika kita memulakan dan membuat sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan mengharapkan kurnia, taufiq serta diselamatkan daripada ditimpa musibah, kesusahan, kesulitan dan sebagainya.
Adapun istighfar itu pula ialah pernyataan memohon ampun kepada Allah daripada semua dosa. Lafaz istighfar itu di antaranya ialah bererti: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”.
3. Memperbanyak zikir dan berdoa
Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Allah dan membersihkanNya dari sifat-sifat yang tidak layak untukNya.
Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan hadis yang memerintahkan agar manusia mengambil berat tentang zikir. Banyak faedah yang diperolehi hasil daripada berzikir. Antaranya ialah:
i. Menenangkan hati:
Ini bersesuaian dengan janji Allah Subhanahu wa Ta‘ala bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.
ii. Kawalan Diri dan Perlindungan Malaikat:
Seseorang itu merasa terkawal kerana Allah sentiasa menyertainya di mana sahaja dia berada. Akibatnya paling minima dia takut hendak berbuat maksiat dan bersedia pula untuk melakukan ketaatan.
Bahkan dia juga mendapat kawalan sepenuhnya daripada malaikat. Bagi orang yang sekadar duduk di majlis zikir sekalipun tidak bersama berzikir akan mendapat juga rahmat Allah dan kawalan malaikat.
iii. Terpelihara Daripada Godaan dan Pujukan Syaitan.
iv. Meningkatkan Rasa Kecintaan Kepada Allah:
Untuk meningkatkan kecintaan kepada Allah, mestilah memahami dan menghayati bacaan tasbih, doa dan istighfar yang diucapkan itu.
Antara keistemewaan amalan zikir itu pula ialah:
i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa walaupun sedang melakukan pekerjaan tanpa terikat dengan waktu. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, tidur, berdiri dan baring.
ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar. Walau bagaimanapun makruh berzikir secara lisan ketika berada di dalam tandas.
Begitu juga dengan perkara doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa.
Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan cara merendahkan diri dan tawadhu‘ kepadaNya.
Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda:
Maksudnya: “Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.
(Hadis riwayat an-Nasaie)
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban

Adapun kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
Di Malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”
Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban
Nisfu Sya‘ban ialah hari ke lima belas daripada bulan Sya‘ban. Malam Nisfu Sya‘ban merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu‘az bin Jabal Radhiallahu ‘anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi‘in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi‘in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma‘dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nisfu Sya‘ban. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.
Para tabi‘in tersebut menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan dua cara:
1. Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.
2. Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.
Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan membaca Al-Qur'an seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi‘in itu.
Amalan-Amalan Bid‘ah Dalam Bulan Sya‘ban
Dalam keghairahan kita menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban itu dengan berbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara bid‘ah.
Di antara perkara bid‘ah itu ialah bersembahyang sunat Nisfu Sya‘ban. Sembahyang ini sebenarnya tiada tersabit dalam ajaran Islam. Imam an-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar telah menafikan adanya sembahyang sunat Nisfu Sya‘ban kerana suatu sembahyang itu disyariatkan cukup dengan sandarannya sama ada dari nash Al-Qur'an atau pun hadis.

~ Pengetahuan untuk diriku yang jahil dan masih mencari...

Why "Blink" matters?


Blink: The Power of Thinking Without Thinking by Malcolm Gladwell.


Teori ini aku bincang bersama Ajib semalam masa YM dengan dia dari pukul 12.30am sampai 5.30am. Dah lama aku tak chat dengan member aku ni. Dia kerja di Philly di US dan berasal dari PJ. Kebetulan masa yang berbeza 12 jam menyebabkan kena cari masa yang betul-betul ngam!


Excerpt:


sharifahch (7/6/2008 5:24:44 AM): when do u know it is the right moment?

Ajib` (7/6/2008 5:25:35 AM): i'll know when it's right moment for me .. but not for anyone else
Ajib` (7/6/2008 5:26:03 AM): you pernah dengar concept .. blink ... the power of thinking without thinking?

sharifahch (7/6/2008 5:26:10 AM): yep!

sharifahch (7/6/2008 5:26:30 AM): it just pop up..

sharifahch (7/6/2008 5:26:49 AM): and there everything falls into places!

Ajib` (7/6/2008 5:26:57 AM): so right now i just prepare myself with all the know how .. so when the times comes .. i know what to do .. without even thinking about it

sharifahch (7/6/2008 5:27:24 AM): guys always do that...

sharifahch (7/6/2008 5:27:39 AM): pompuan nak kepastian...bila...bagaimana...kenapa...

sharifahch (7/6/2008 5:27:42 AM): hahahhahaha

Ajib` (7/6/2008 5:27:48 AM): and without talking ... hahaha

sharifahch (7/6/2008 5:27:54 AM): hahahaha!

sharifahch (7/6/2008 5:27:58 AM): true tooo!


Apa yang menarik tentang teori ini ialah bagaimana kita mengadaptasikan penggunaannya dalam kehidupan biasa kita. Ajib melihat teori ini dari pandangan beliau sebagai lelaki. Aku pula melihat teori ini sebagai seorang yang memandang tanpa membuat apa-apa persepsi!


Teori ini mengatakan bagaimana kita membina persepsi dan menggunakan ia untuk membuat keputusan. Kebolehan kognitif menggunakan maklumat untuk membuat keputusan untuk kita membantu kita memahami banyak perkara. Kebolehan ini menggunakan masa yang singkat tanpa berfikir panjang tetapi kita perlu mempunyai banyak maklumat dan pengalaman sebelum membuat apa-apa keputusan. Dengan berfikir tanpa berfikir panjang, kita selalunya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih mudah dan cepat. Kebolehan ini sememangnya ada pada kita tetapi aku rasa kaum Adam lebih cepat sebab mereka mempunyai 10 akal berbanding kaum Hawa yang satu. Kaum Adam membuat keputusan biasanya 10 kali lebih cepat dan tepat dari kaum Hawa...


Antara cara untuk berfikir tanpa berfikir adalah dengan bergaul dengan mereka yang berbeza pemikiran dengan kita kerana kita tidak nampak apa yang mereka nampak dan mereka tidak nampak apa yang kita nampak.


Selalunya kalau kita menggunakan teori ini ada yang berpendapat kita membuat keputusan terburu-buru, sebenarnya tidak sebab sebelum kita membuat keputusan banyak perkara yang yang perlu diambil perhatian seperti matlamat, fokus, keperluan dan kehendak yang ingin kita penuhi. Maka apabila kita dapat memenuhi semua perkara ini, barulah kita akan membuat keputusan, Ketika itu bila masanya tiba keputusan akan berlaku dengan berfikir tanpa berfikir!


Ada masanya kita bertafakur dan mengambil masa untuk membuat satu-satu keputusan tetapi secara tidak sedar kita sudahpun membuat keputusan yang kita inginkan dan masa itu hanyalah untuk kita menyakinkan diri bahawa keputusan yang diambil itu tepat dan bersesuaian dengan keperluan semasa.


Masaalah utama kita ialah kita tidak yakin dengan keputusan yang kita ambil menyebabkan keyakinan dari keputusan itu tidak dapat disalurkan kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Apabila kita yakin dengan keputusan kita, orang lain tidak akan cuba untuk mengubah keputusan kita kerana keyakinan kita terserlah...Malangnya ramai di antara kita tidak berani membuat keputusan kerana takut dipersalahkan...


Tepuk minda urut dada....



Saturday, July 5, 2008

Penilaian Tahap Profisiensi "Speaking Component"

Hari ini adalah hari pertama ujian PTP "Speaking Component" bagi negeri Perak. Aku bertindak sebagai ketua pusat dan ketua pemeriksa buat kali pertama! Format penilaian sama seperti MUET yang dijalankan bersama pelajar tingkatan 6 dan mereka yang sedang menghabiskan ijazah pertama di universiti.
Pada peringkat mula agak gugup juga memandangkan ramai calon yang hadir nampak hebat dan bersedia, dan aku pula seperti biasa macam kelam kabut je! Sempat gak aku sms member aku.."Aku nervous sama macam yang nak ambil exam!"...lepas tu handphone kena off la!
Sepanjang 5 jam mengendalikan PTP pagi tadi aku terpaksa mengatakan bahawa aku benar-benar kecewa dengan tahap pencapaian guru yang mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris...Terlalu ramai yang tidak mampu berkomunikasi dengan penuh keyakinan dan menggunakan kosakata yang bertepatan dengan maksud yang ingin disampaikan. Keadaan itu menyebabkan aku dan rakan pemeriksa menjadi bosan dan mengantuk sehingga adakalanya kami juga turut serta dalam perbincangan mereka untuk memanaskan suasana sekaligus memberi idea untuk guru-guru itu terus bercakap.
Cuba bayangkan keadaan itu di dalam kelas apabila tahap keyakinan guru sangat rendah untuk menyampaikan maklumat dalam Bahasa Inggeris. Pasti sekali para pelajar turut merasa bosan dan hilang minat terhadap mata pelajaran yang diajar.
Pihak Kementerian Pelajaran telah melakukan tindakan yang bertepatan tetapi terlalu lewat untuk memperbaiki kelemahan yang telah lama berlaku. Apapun sekurang-kurangnya kini banyak pihak telah mula menyedari kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan di sekolah kita.
Walaupun ramai yang mengatakan BISP yang diberikan kepada guru-guru untuk meningkatkan kebolehan diri mereka dalam Bahasa Inggeris tetapi masih ramai guru yang menganggap perkara itu tidak penting. Malangnya anak-anak kita juga yang menjadi mangsa. Bayangkan anak-anak kita 15 tahun lagi apabila mereka memahami tetapi tidak mampu bertutur dengan fasih dek kesilapan dari awal lagi.
Cadangan aku ialah setiap guru yang perlu mengajar Matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris perlulah diberi latihan dan menduduki ujian setiap tahun untuk melayakkan mereka menerima BISP. Sekiranya mereka tidak lulus, elaun itu tidak wajar diberikan kepada guru tersebut kerana ia adalah satu pembaziran wang rakyat. Biarlah mereka pakar dalam bidang yang mereka ceburi bukan semata-mata main tangkap muat. Sekurang-kurangnya biarlah Bahasa Inggeris SPM mereka C3 atau C4. Dan sepatutnya mereka mengikuti interview terlebih dahulu sebelum mengajar matapelajaran kritikal ini supaya mereka membina tahap keyakinan awal sebelum masuk ke kelas dan memusnahkan harapan anak-anak murid mereka.
Ramai di antara kita masih belum mampu mengakui kelemahan diri dan mengaku bahawa kita memerlukan bantuan...

Thursday, July 3, 2008

Apa ko nak?

Semalam aku diasak dengan satu soalan selama ini aku elak dari menjawab....bukan kerana aku tiada jawapan tapi sebab aku tak tahu bagaimana nak menjawab.

Pernahkah kita benar-benar bertanya pada diri sendiri apa yang kita nak selama ini? Atau kita masih mencari-cari apa yang kita nak? Bukan mudah sebenarnya untuk menyenaraikan apa yang kita nak satu -persatu...Lebih mudah sebenarnya untuk kita memenuhi kehendak orang.

Mungkinkah jika kita menyatakan apa yang kita nak, kita tidak lagi memberi apa yang orang lain nak? Atau jika kita meminta apa yang kita nak, kita terpaksa mengorbankan apa yang kita ada...bukan mudah tu.

Dan pastinya ramai yang akan menjawab" win some, loose some!" tapi bagaimana pula untuk kita "gain more"? Tamak kah jika kita nak sesuatu yang lebih baik dari semalam?

Hari ini aku menonton "KungFu Panda" dengan Sufi. Aku suka sebaris ayat yang menjadi klimaks kepada cerita tersebut:

"To make something special you just have to believe it's
special. There is no special ingredients."


Maka dalam kehidupan dan pada persoalan "Apa ko nak?"

Aku ingin mengetahui cara bagaimana menjadikan sesuatu yang biasa kepada luar biasa, sesuatu yang tidak bermakna kepada sesuatu yang istimewa!

Kepada kawan baik aku yang sentiasa menganggap aku selalu bersembunyi dalam selimut...

Aku menghargai perhubungan yang kita ada...cuma aku tak tahu bagaimana untuk menyebut apa yang aku nak. Yang aku tahu sekarang ialah aku minta maaf.

Kepada kawan baik aku yang sentiasa menganggap aku selalu terbang terlalu tinggi dari yang lain...

Aku memerlukan ruang untuk aku menjadi diri aku sendiri tapi tidak bermakna aku memiliki seluruh ruang itu untuk diri aku semata-mata tapi aku tak tahu bagaimana untuk menjemput orang lain masuk ke dalam ruang itu...

Kepada kawan baik aku yang sentiasa menganggap aku sentiasa menjadi juri dengan keputusan yang salah...

Kesalahan yang aku lakukan itu adalah peluang untuk mereka mengenali aku hanya sebagai manusia biasa-biasa sahaja dan sentiasa mencari ruang untuk memperbaiki diri.

Terima kasih buat semua sahabat yang aku miliki....

Sunday, June 29, 2008

Berminat?

Aku dapat maklumat ni dari rakan aku...dan aku sebarkan untuk sesiapa sahaja yang berminat!

http://www.moe.gov.my/galeri_awam/pemberitahuan/2008/2008_BTMK_100_2400_5207.pdf

Jika ada di antara guru sekolah yang tidak ada masters tapi berminat untuk menjadi pensyarah maktab bolehlah merujuk pada link ini sebab ada sekolah yang tak paparkan pekeliling ni di sekolah. Atas alasan apa aku tak tahu.

Friday, June 27, 2008

The Roller Coaster Ride ~ LMS English Drama Competition





Projek aku untuk 4 tahun lagi...sebagaimana projek choral speaking dan English Debate. Kepuasan aku bukan pada piala yang dijulang tetapi pada peluang yang telah dibuka untuk pelajar-pelajar ini.
Bermula seawal Tingkatan Satu, aku menggunakan pendekatan eksplorasi diri supaya pelajar ini mempunyai peluang mengenalpasti sejauh mana kekuatan yang ada dalam diri mereka.
Dalam mendidik aku suka menitik beratkan 3 aspek utama iaitu body, mind and soul. Apabila kita mampu memenuhi kehendak 3 aspek ini dalam seorang manusia maka ketika itu kita telah berjaya menghasilkan "wholesome global player".
Pendidikan dalam bilik darjah semata-mata tidak membuka ruang sepenuhnya untuk pelajar meneroka dunia mereka seluas-luasnya kerana mereka disekat dengan suasana terancang yang tidak authentic. Maka tidak salah jika kita memberikan sedikit kuasa kepada para pelajar untuk menentukan apa, bagaimana dan kenapa mereka ingin belajar.
Menjadi guru adalah untuk menjadi sumber inspirasi...
Seronok aku mendengar pelajar-pelajar aku bercerita tentang perasaan mereka yang bercelaru dan gemuruh sehingga mereka terasa seperti satu letusan emosi yang membuak-buak kerana ketakutan berada di atas pentas. Tapi selepas selesai, mereka datang kepadaku dengan wajah yang puas kerana mereka telah menaiki "roller coaster"...

They have to go through the tunnel!

Semalam aku menghadiri Taklimat Penilaian Profisiensi di SK Wira Jaya Ipoh untuk menjadi pemeriksa speaking session peperiksaan guru PPSMI yang mengajar Sains dan Matematik. Teringat aku malam sebelumnya aku bersms dengan rakan aku yang mengajar Matematik. Antara smsnya yang menarik untuk direnung ialah...
~"Penat-penat dijalankan akhirnya kena mansuh pulak. Tempiasnya semua terasa."
~"Sebenarnya kerajaan nak memansuhkan PPSMI. Inilah caranya dengan meletakkan kesalahan pada guru kerana tidak menguasai English. Akhirnya cikgu B.I pun tak dapat BISP gak"
Kemelut yang dihadapi oleh guru sebenarnya lebih berselirat dari yang dibayangkan oleh media. Ramai juga kawan-kawan aku mula melompat dari sekolah ke Jabatan lain kerana birokrasi dan ketidakadilan dalam pembahagian tugas mahupun penilaian anugerah RM1000 kepada guru. Malahan isu DG2941 pun belum nampak hitam putih atau hujung pangkal.

Wednesday, June 25, 2008

Tangis Syukur

Kau…

Sulam rindu
Dengan madah-madah cinta yang terindah
Kau bikinku terleka
Serahkan semua jiwa


Kau..

Telah berjanji
Dengan kata-kata sumpah yang sempurna


Kau..

Bikin kuterlupa
Langsung tak terjaga-jaga
Pabila sampai saat getir

Barula aku tahu
Padamu aku bukan penting
Hanyalah perhiasanmu


Kau hanya arah
Dalam waktu singkat dan sekelip mata
Pohon demi cinta kita
Satu masa dulu pernah redup ranap tiba tiba

Bukti kau mampu…

Tangisku bukan pilu
Tangisku bukan kesal
Tangisku tangis insan….
Tangisku bukan sendu

Tangisku bukan sesal
Tangisku tangis syukur
nurul
Aku sedang menonton cerita jangan tidur lagi, isu janda dan penkid dibawa ke kaca tv. Apa yang menarik ialah apabila Nurul berecakap tentang isu memilih pasangan, memang betul, wanita yang sepatutnya memilih bukannya menunggu dipilih! Tapi untuk masuk meminang lelaki tu dah lebih la pulak walaupun kita semua tahu kisah Siti Khadijah...Masalah utama lelaki sekarang ialah hanya kerana mereka memikirkan mereka adalah species terancam maka mereka ingat saham mereka tinggi melambung. Hakikatnya wanita sekarang lebih memilih untuk kekal seorang dari tersiksa dengan karenah lelaki yang mengimpikan seorang "maid" dan "sex appeaser" yang hanya dibayar beberapa ribu untuk the next 40 years to come... Aku sendiri kadang-kadang meluat tengok perangai lelaki yang konon..."saya tak ada ego..." tapi hakikatnya ego yang diusung di atas kepalanya lebih besar dari tembok china...Dan ada pula lelaki yang kononnya macam bagus mengajar dan mengatur hidup wanita dan akhirnya merepek-repek yang si wanita itu sudah mula bergantung dan menjadi clingy...Lorrr...sapala la suruh ko atur hidup dia dari awal? Sendiri cari penat atas alasan kerna cinta...akhirnya kepenatan dan mula membebel...Ada pula yang takut dengan wanita yang lantang bersuara sehingga sanggup mengatakan malangnya lelaki yang memilih wanita itu...Padahal, dia sendiri sebagai lelaki gagal untuk menguasai keadaan dan menyediakan ruang untuk wanita itu bersandar... Lelaki sekarang memang mengecewakan! Agaknya sebab tu golongan penkid semakin diminati oleh gadis-gadis cantik bergaya.

Tuesday, June 24, 2008

Tidak Sebagai Suri


Mencari kekayaan bukan semata-mata untuk duit ringgit atau material...

The Science of Getting Rich adalah antara buku untuk meningkatkan diri yang sudah lama berada di pasaran sejak tahun 1910! Kebetulan hari ni aku dan Sufi menghabiskan masa di TESCO mencari barang keperluan kebun aku. Ternampak buku-buku mark down price yang macam tidak berusik. Aku dan buku adalah sepasang kekasih gelap yang sentiasa cerah!!! Teringat aku ada satu kali tu kawan-kawan aku keluar dengan aku, apa aku buat..hehehehe..cari buku cerita, masuk McDonald, duduk diam-diam...senyap je dengan kekasih gelap aku! Pernah sekali rahsia handbag besar aku terbongkar....aku menyorokkan kekasih gelap aku untuk dibawa ke mana-mana. Mana boleh tinggal beb!

Buku The Science of Getting Rich pernah aku jumpa di Border Philly masa aku keluar dengan seorang guru dari Constitution High School. Masa tu aku belek tapi tak terfikir nak beli. Nampaknya di Malaysia lagi murah! Hanya RM 6.98 je.

Apa yang menarik tentang buku kecil ini ialah bagaimana kita mencapai apa yang kita inginkan, bukan semata-mata kekayaan semata-mata tetapi apa jua yang kita idamkan. Buku ini memberikan pendekatan bagaimana menggunakan idea kemudian apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah yang datang. Apa yang paling penting ialah memahami bahawa kita hanya dapat mencapai apa yang kita inginkan melalui mencipta keadaan dan situasi bukannya menganggap masalah yang kita hadapi sebagai satu persaingan yang akhirnya menjatuhkan kita.

Paling menarik sekali pendekatan dalam buku ini ialah bagaimana kita membawa orang lain bersama-sama kita dalam mencapai impian kita dengan membentuk keadaan dan situasi bahawa impian kita bukanlah impian kita semata-mata tetapi impian semua orang!

Dari sudut pandangan aku sebagai seorang wanita, buku ini menyedarkan aku erti suri yang sebenarnya. Aku selalu membayangkan keadaan-keadaan wanita dulu yang sekadar menjadi suri di dapur, hidup mendambakan diri pada suami dan anak-anak, tapi kini aku rasa suri membawa makna wanita yang mampu menangani masalah yang datang dari pelbagai sudut tak kiralah sama ada masalah emosi atau untuk menguji kekuatan mereka. Satu yang aku faham wanita kini sudah mula mengorak langkah belajar memahami dan menerima bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Cuma cara dan kaedah yang betul perlu dikenalpasti dari apa jua sumber!

Maka aku rasa aku memang tak sesuai duduk kat dapur je...hehehe...

Aku GEMUK


Aku jumpa kawan sekolah Nur Hasni yang sama-sama dari darjah satu sampai form 5. Adaka patut, the only thing yang dia ingat pasal aku ialah aku ni asyik gaduh dengan Audra Nilani Arthur...Tapi memang aku tak boleh bertemu dengan Audra. Kami sekelas dari darjah 4A sampai 6A masa di TMGS rendah. Nasib baik la masa sekolah menengah, Audra masuk SRT dan aku masuk aliran Perdagangan...Kalau tidak mesti meletup TMGS tu!! Last kali aku dengar Audra ke Singapore...dan aku rasa ramai juga terkejut bila dapat tau aku jadi cikgu...pasal tak ada tokoh langsung kut!
Rupa-rupanya Nur Hasni ialah kakak ipar Honey. kami bertemu di restoren masa nak ambil mak Honey balik sama ke Taiping. What a small world!!!




Sepanjang aku di Behrang untuk menjadi Hakim Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Perak. Tapi the best part ialah aku dapat jadi Speaker Dewan....Aku rasa 4334 sanggup belanja aku dinner malam tu sambil layan kepala aku just untuk jadikan aku bidan terbang dia!


Muka aku punya la POYO...(full of yourself) tapi sebenarnya punyalah gabra gila sebab aku dapat the best view of the house...Muka Ketua Sektor depan aku! hahahah...Woii...semua orang tengok aku!


Self Realization ~ kata Honey!


Banyak perkara yang aku pelajari dan semakin menyedari kelemahan diri sendiri! Paling aku buka minda ialah apabila hanya dengan statement "aku gemuk", ia membuka laluan untuk aku memandang sekitar aku dengan lebih luas!
Hanya kerana aku begitu taksub untuk menambahkan berat badan, rupa-rupanya impian aku itu menimbulkan "kegusaran" di kalangan mereka di sekeliling aku!
Aku hanya meyebut..."woi, aku gemukla"...dengan ingatan pada kata-kata babysitter anak aku yang sudah lama tidak melihat aku, menegur aku sudah mula bulat kembali!
Rakan sebelah aku pula membalas "kalau ko tu gemuk...kami ni apa...anak gajah?"...
Eehheh...ada ke aku kata dia gemuk?


Friday, June 20, 2008

motivasi

Hari ni, Tuan Pengetua bercakap tentang nilai sebuah motivasi..."drive force"! Tidak ada manusia yang tidak ada motivasi tetapi bagaimana mereka menggunakan skala motivasi untuk akan menampakkan sama ada mereka pandai atau tidak menggunakan motivasi yang ada dalam diri mereka.


Menurut beliau, seorang pelajar mungkin mempunyai 90% motivasi untuk bermain dan 10% motivasi untuk belajar. Maka bagaimana kita sebagai guru mengubah skala motivasi tersebut.


Hari ini aku berdepan dengan beliau untuk memohon kebenaran untuk pelajar menyertai pertandingan Drama Bahasa Inggeris peringkat Daerah LMS. Ini adalah kali pertama pelajar diberi peluang melibatkan diri dalam satu projek yang dianggap besar dan cukup sukar untuk dikendalikan ( dipetik dari kata-kata PK Koku SMK Tarcisian Convent ketika pasukan drama menarik diri dari pertandingan pada tahun 2007 kerana aku ke US). Sukarkah?


Aku bersetuju dengan kata-kata pengetua aku itu sebab untuk menggubah skala motivasi pelajar, kita perlu mempunyai titik tolak untuk memulakan langkah pertama. Dan memang betul bukan mudah untuk menjadi "trendsetter". Guru yang benar-benar memahami kerjaya keguruan sebenarnya ialah seorang "catalyst" dan "trensetter"!


Bagi aku secara peribadi, aku telah memulakan titik tolak untuk mengubah skala motivasi pelajar aku walaupun dengan permulaan yang sangat-sangat perlahan....sekurang-kurangnya kini aku sudah mempunyai pasukan debat bahasa inggeris, pasukan choral speaking dan pasukan drama! Walaupun akan makan tahun untuk mereka berdiri sama gah dengan sekolah mission atau premier yang telah lama mempunyai tapak tetapi aku sentiasa berpegang pada prinsip segala-galanya bermula dari langkah pertama. Dan bermula dari mereka, harapan aku ialah pelajar ini akan menjadi catalyst dan trensetter di kalangan rakan mereka pula.

Wednesday, June 18, 2008

By David Wygant Special to Yahoo! Personals Updated: Jun 17, 2008


When you first look at a man and a woman, you are able to notice the subtle differences between the sexes. It is when the two sexes communicate with each other, however, that the differences become truly glaring. This is because one is speaking "he talk" while the other is speaking "she talk."
Where this difference really becomes a problem is when you are in a relationship, and you need to know how to combine "he talk" and "she talk" into "we talk." So I feel like it's my job as a man and as a dating coach to help women learn how to understand "he talk" (or "man talk" as I like to call it), so that they won't need to hire a translator to understand what men are saying.
Women want men to express their feelings. They complain, "Why can't he just say he loves me?" or, "I wish he would just compliment me more."
What you need to pay attention to and realize, though, is that men do tell you they love you and compliment you... they just do it using their own language. Men, in fact, sometimes don't use words at all when they are communicating with you.
This will help you understand men's verbal and non-verbal language.
Sometimes it's not what men say, but it's their actions that are significant.
Sometimes it's not what men say, but it's their actions that are significant. It is necessary for women to learn to interpret men's roundabout way of communicating with them.
Here are 10 things that men say and do, and what they really mean:
1. He starts talking about how crazy all his single friends lives are, and then he tells you that he doesn't miss it at all. What most women will think if they hear this, is that he misses those days. This is not true. He says this because he is looking for confirmation that you feel exactly the same way. He also wants to communicate that he's ready to take the relationship to the next level.
2. Since you recently took him to your family's house for dinner, he can't stop talking about how much fun he had with your brother. What he means here is that he really likes your family, and wouldn't mind being a part of your family.
3. He teases you about things like how clumsy you are or about how you put smiley faces in every one of your emails. What he's really telling you when he does this is that he really likes you a lot. Remember that men are just giant boys... we tease the ones we love and ignore the ones we don't.
4. A man tells you he needs his space. So what does this mean to you? It means that you need to ignore him and not call him. Men love the chase. By not calling him, he'll start calling you and wondering what happened.
5. A man says that he really wants you to meet his parents. What does this mean in man talk? He's telling you that you are his girlfriend, and that he is ready to take it to the next level by getting you involved with his family. This brings us right to the next bit of man talk.
6. When a man calls you and says, "I want you to meet my friends on Friday night," this is as big as meeting his parents. He's introducing you to his pack. It means that he thinks you are attractive and sexy, and he wants to show you off to his friends.
7. After sleeping over at his house several times, he tells you that the next time you sleep over you should bring some things to make you feel more comfortable and a change of clothing. In man talk, that is basically telling you that he's wondering what it would be like to live with you. He also wants your things around.
8. You have plans with him on a Sunday, and you find out that he passed up floor seats to his favorite basketball team to keep those plans with you. What does that tell you in man talk? It tells you that he's hooked... and that you are his girlfriend.
9. He is watching one of your favorite shows on a night you're not together, and he calls you afterwards to talk about it. In man talk, what does this mean? By doing this, he's telling you that he pays attention to you, and he's interested in learning more about you and sharing more things with you. Men generally do not choose to watch "Project Runway" on their own. If we're watching your TV shows, we really like you.
10. He tells you, "I've cleaned today." What this means in man talk is, "I spent the day doing something I dislike more than anything." You need to realize that when a man says this to you, he really likes you. To most men, cleaning the house is just about the worst way he can spend a day.
Once you understand the hidden language and actions of man talk, you'll become far more secure in your dating and relationships.
Once you understand the hidden language and actions of man talk, you'll become far more secure in your dating and relationships. So the next time you go over to your man's house and he looks at you and says, "I cleaned today," you'll know that he really meant to say, "I must really like you, because I can ignore my mess most of the time."
Dating Coach, Blogger and Author David Wygant has been featured on more than 2,000 radio and television shows including Dateline, CBS Good Morning, and MTV. Get more sex and dating tips on David's interactive blog at davidwygant.com
Search for Singles Near You

Pantun Minyak

Re: 4334 ....Lawren Yong emailed me this!

"Pantun Minyak" vs Orang Naik Minyak...

Ari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami
Memang dari dulu kami sokong sampai lani
Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi
Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki
Pak Lah habag tak boleh buat apa semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka
Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat
Nie dok nampak macam nak telan kederat
Dok nampak kami yang nak melarat
Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
Tapi kalau macam nie punya sarat
Darah rakyat pun boleh sejat
Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
Tu...yang lima tahun sekali tu....sapa bagi??
Tiap kali naik harga, dok banding sini sana
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga
Brunai tak leh kira depa punya minyak berlambak tak terkira
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa
Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
Nak tunjuk, kami la kaya
Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa
Kunun dok habag petronas hak rakyat semua
Pakailah minyak petronas, nanti untung dapat kat kita
Nie, nak tanya la....tiap tahun untung beribu juta
Rakyat dapat apa ????? kudis buta....
Hari nie petrol naik, tahan la lagi
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
depa pun sama tumbas naik sekali
Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap
Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie
Dah tak larat nak tanggung cukai
Sini cukai, sana cukai
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai
Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai
Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
Dapat tender pun tak payah susah susah
Kami rakyat bukan macam tu
Malah la nie pun dah ada rebus siput babi dgan batu
Sedih sungguh ohhhh negara ku
Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu
Dah sampai masa Pak Lah ingat
Selesai masalah rakyat cepat cepat
Nanti kot rakyat naik meluat
satu undi pun Pak Lah tak dapat
Cukup la sampai di sini
Tobat dah...aku tak mengundi BN kali nie
Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani
Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi...

Tuesday, June 17, 2008

MiCasa (2)


Pagi ni Anisa kalut betul sebab dia ada banyak benda kat sekolah barunya. Aku rasa dia lebih selesa di Sin Min berbanding di Poi Lam kerana di sini konsep pembelajarannya lebih berpusat pada aktiviti berbanding akademik. Tambahan pula guru besarnya Mr. Ong seorang yang berfikiran terbuka dan memandang pendidikan sebagai satu proses yang mengambil masa yang panjang tanpa paksaan ke atas para pelajarnya.
Minggu lepas pada hari Khamis, sibuk si Anisa bercerita tentang NTV7 datang ke sekolah untuk buat rakaman tentang persatuan orang buta. Masa aku menjemput dia balik, seronok dia menunjukkan hasil kraftangan yang telah dihasilkan oleh mereka.
Cuma sekarang aku pula dalam proses untuk menyusun perjalanan kami bertiga dari sini...
Sufi semakin bijak dan ceria tapi being "teribble three"...selalu bergaduh dengan Anisa. Dah mula kerap dapat "free spanking" dari aku. Pandai mengadu domba pula tu...
Hujung minggu ni aku mungkin ke Behrang menjadi Hakim untuk Debat Bahasa Inggeris Peringkat Negeri, hujung minggu depan ke Kampar juga menjadi Hakim tapi istimewanya ialah Hakim untuk Syarahan Bahasa Melayu SRJK (T) dan SRJK (C) Peringkat negeri Perak...Terima kasih pada Cikgu Bashid yang membuka peluang untuk aku meneroka alam Bahasa Melayu pula!
Paling aku pening sekarang ialah untuk menyusun transport untuk Anisa balik dari sekolah pukul 3 pm dan terus ke sekolah agama rakyat dari 3 pm hingga 6 pm. Buat masa sekarang belum ada yang sudi mengambil dan menghantar sebab masa yang tidak sesuai...Alhamdulillah, dia pun sudah belajar menjadi tabah kerana sanggup miss lunch dan kepenatan berada di sekolah dari jam 7 am hingga 6 pm...

Monday, June 16, 2008

Rezeki

Beberapa hari ni, aku banyak dapat rezeki free! Mungkin hadiah masuk rumah kut. Hari Sabtu bawa budak-budak ke Kolam Air Panas di Batu 8, Trong dengan Honey dan mak dia sekali... singgahlah kat semua kedai jual Bahulu Panas, tiba-tiba aku terbau macang! Aku tanya kat tokey kedai tu...tup-tup bila aku nak bayar untuk Bahulu tu, disuanya seplastik buah macang. Katanya buah tu tak berapa elok, diberinya kat aku free! Bukanlah buruk pun cuma kecut sebab mungkin panas kut! Hahaha...kalah orang mengidam!
Masa kat Kolam tu mak Honey pesan nanti balik singgah Pasar Changkat Jering, dia nak cari ikan masin....maka kami semua pun singgahlah, tapi agak lewat dah lebih kurang pukul 1o.40pm. Apa nak ada dah time tu!! Budak-budak sibuk nak air, aku pun tala ke gerai jual air. Masa beli air tu, makcik tu sua pula seplastik kuih-muih kepada Adlun. "Amiklah...baki tak habis"..katanya. Terkejut Adlin. Anisa pula ikut Aisyah beli air kelapa di gerai sebelah. Tiba-tiba Anisa datang dekat aku pegang polistren, aku tengok muka dia, "Pakcik tu bagi..." Rupa-rupanya dia dapat bihun goreng.
Ingatkan aku nak singgah di Restoren Yala pekena bihun goreng mereka yang memang famous tu tapi tutup pula, so aku pun hala balik ke Aulong. Adlin pula naik dengan Honey, jadi aku singgah tepi jalan nak amik dia, dah kami semua diajak supper. Perjalanan diteruskan ke kedai mak aku je. Bila sampai, tengok tokey kedai tengah melayan anak dara 8 bulan makan. Sufi pun dengan selamba terus duduk sebelah anak dara tu menumpang disuap makan sekali!
Di kedai tu memang dah ada meja khas untuk keluarga aku sebab betul-betul depan TV. Anak-anak aku terus je mengadap cerekarama dengan kuih dan bihun free di tangan. Honey, mak dia dan aku cari open air table je. Mereka order nasi goreng, belum dinner la tu. Aku petangnya dah makan dengan budak-budak di Lake Garden. Dengan Honey juga tu! Rasanya dia pun makan dah! Lapar agaknya...Aku minum air tembikai, 2 gelas pula tu. Terasa panas sungguh sebab tak hujan. Bila nak bayar, mak Honey belanja! Rasanya hari Jumaat masa kami dinner kat PPD LMS pun dia belanja juga! Tapi kali ni dia pun terkejut...dapat diskaun! Sebenarnya Mek Yah si tokey kedai tak pernah kira duit air bila kami sekeluarga makan di situ! Kira itu pun port aku bila pokai hujung bulan!
Hari Ahad, aku ke Tesco dgn budak-budak cari barang dapur untuk rumah. Adlin dah lama mengidam nak makan KokoCrunch Duo. Tapi Anisa pilih Koko Crunch biasa sebab lebih jimat. Lepas selesai bayar, aku tengok-tengok bil, bukan apa, kadang-kadang cashier silap punch ghega! Sah aku tengok ghega sikat Anisa tersalah ghega. dari RM 2.90 jadi RM 6.90. Woi RM4 tu....so patah balik la aku ke kaunter cashier tapi dia suruh aku ke kaunter pelanggan. Bila aku sampai di sana, sementara tunggu duit aku di refund, adalah perempuan cina amik hadiah. Rupa-rupanya setiap pembelian Koko Crunch atau Honey Star kotak econo, dapat Koko Crunch Duo free! Aku pun tumpang sekali la sebab memang layak! Konfirm senyum Adlin lepas ni.
Tapi sebenarnya aku tunggu duit aku tu lama...lebih 20 minit. Budak-budak 4 orang tu aku tinggalkan dekat Playland. Bila dah lama sangat, aku tulis mesej kat kaunter minta diaorang call aku je bila dah settle. Bila aku melilau cari budak-budak tu tak ada. Aku terus ke parking lot, pun tak ada. Aku naik balik ke kaunter pelanggan. Tengok hal aku dah siap. Aku amik duit lepas tu dengan muka selamba.."dik, anak akak 4 orang tu hilang....akak dah cari sampai ke parking lot tapi tak ada..." Pucat muka budak tu! Terus dia panggil pak guard. Pak guard tu pulak risau. Agaknya memikirkan kes Sharlinie yang tak selesai lagi la tu... dia walkie-talkie guard yang lain. Aku pula pusing satu round. Rupa-rupanya mereka tengah bersidai kat kedai buku Grolier main komputer dan tengah bersembang dengan salelady dan saleman kat situ. Aku terus ajak mereka keluar dan menghala ke kaunter pelanggan. Masa pak guard tu pesan supaya hati-hati, Aisyah jawab.."mana ada kami hilang, kami memang tunggu mak kat situ, mak yang lama sangat..kami main komputer dulu..." Waaaarh....modal insan in making! Terkesima semua orang yang mendengar....
Moral Value:
Mana ada rezeki free! Semua ada balasannya...

Sunday, June 15, 2008

Surviving Cancer

Dedicated to my close friend~ Sharifah Rashidah

Teringat aku pada tahun 2005, aku keguguran anak keempat dan telah ditemui beberapa ketul cyst dalam uterus aku. Ketika itu gelap jugalah dunia aku. Sokongan dari doktor pakar dan sahabat telah mengangkat aku ke tahap yang pastinya lebih baik. Enam bulan selepas itu aku mengandung semula. Alhamdulillah satu-satunya waris kuat dilahirkan.
Iktibar yang aku kutip sepanjang perjalanan ini ialah, jangan sesekali menyerah kalah. Apa yang harus dilakukan ialah terus melangkah ke hadapan dan berdepan dengan segala onak dan duri.
Tahun 2007 juga merupa tahun yang paling mencabar untuk diri aku kerana buat pertama kali aku meninggalkan keluarga dan anak-anak untuk membuat beberapa keputusan penting dalam hidup aku. Dan kini di saat ini aku merasakan Allah sentiasa dekat dengan aku dan sentiasa melangkah bersama-sama aku.
Beberapa hari lepas, aku keluar minum dengan Honey, dia memberikan aku hasil tulisannya yang begitu impressive! Terselit sebuah kisah yang turut menyentuh aku sebagaimana ia telah menyentuh Honey...
Begini kisahnya..
Seorang lelaki berjalan di atas pasir di persisiran pantai dan jelas kelihatan sepasang tapak kaki yang sentiasa mengikutinya ke mana sahaja. Tetapi apabila lelaki itu melalui denai dan tanah semakin keras, didapati tapak kaki itu sudah tidak kelihatan lagi...
Lelaki itu bertanya kepada tuhan, kenapa begitu? Kenapa di waktu senang, di tanah yang lembut dan halus dia dapat melihat tapak kaki itu tetapi bila dia melalui tanah yang keras dan denai yang sukar dan apabila dia terpaksa memanjat bukit yang tinggi, tapak kaki itu tidak lagi kelihatan...
Jawapan dari Tuhan cukup menyentuh lelaki itu dan menyedarkan dia dari kealpaannya...Kata Tuhan, semasa di pantai, DIA sentiasa bersama lelaki itu melangkah bersama-sama tetapi apabila lelaki itu mula melalui jalan yang sukar, tapak kaki itu tidak lagi kelihatan kerana Tuhan telah mengangkat lelaki itu tinggi untuk terus melangkah ke hadapan...
Begitu juga dalam kehidupan...semasa senang, kita memikirkan tapak kaki yang kita nampak itu adalah tapak kaki kita sendiri dan kita lupa dengan siapa kita berjalan. Tetapi bila tapak kaki itu mula hilang dan kehidupan menjadi semakin payah dan sukar, barulah kita mencari Tuhan sedangkan ketika itu Tuhan sentiasa bersama kita, memberi kekuatan untuk kita terus kehadapan...
Aku pasrah kini dan menyerah pada yang ESA....
Thanks Honey...
and Sharifah Rashidah...you are a survivor!

Award Lagi...


my favourite picture!




Hari ni ialah Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama. Sekali lagi debaters dijemput sebagai penerima award.

Peluang untuk melaram...

Apa yang menarik ialah aku sudah melihat perlaksanaan majlis yang sama dari peringkat zon, negeri dan daerah. Harapan kami sepasukan ialah untuk berada di kebangsaan tahun depan.

Dapat jugalah kami menjual muka pada wartawan....so tunggu je lah nak keluar kat Tamil Nesan atau Nanyang Siang Pau....

Thursday, June 12, 2008

Dengar Dengan Mata, Lihat Dengan Hati

Dalam sebuah kisah, seorang profesor psikologi daripada jerman datang ke Amerika dan tinggal bersebelahan dengan seorang penulis. Mereka bertemu ketika sarapan pagi dan secara kebetulan duduk semeja. Entah bagaimana, penulis tersebut menceritakan tentang masalahnya dan profesor tersebut memeberikan sepenuh perhatian mendengar ceritanya.
Sepuluh tahun kemudian, profesor itu telah menghanatr sepucuk surat kepada penulis terbabit bertujuan untuk memohon derma untuk membangunkan klinik kebajikannya di Jerman. Penulios tersebut memberi maklum-balas yang memberangsangkan, disertakan cek yang bernilai 10,000USD. Katanya di dalam surat tersebut, bahawa apa yang dilakukan oleh profesor itu telah menghalangnya daripada meneruskan niatnya untuk membunuh diri. Kini perniagaannya semakin berkembang dan hasil tulisannya menjadi best seller.
Apa yang memeranjatkan ialah, ketika profesor tersebut membalas surat kepada si penulis, kandungan surat itu menyatakan bahawa ketika penulis bercerita tentang masalah dirinya, profesor tidak memahami bahasa inggeris. Apa yang dilakukan hanya mendengar rintihan hati penulis tersebut.
Komen aku:
Aku mengenali diri aku sebagai seorang yang petah bercerita dan berkata-kata...apabila aku perlu membawa peranan sebagai pendengar, aku akui kemahiran itu memang agak rendah dalam diri aku! Iktibar dari kisah ini sangat mudah, kita tidak perlu menjadi seorang yang hebat untuk menjadi pendengar yang hebat...cukup sekadar kita mendengar dan terus mendengar...

Sunday, June 8, 2008

Hanya Sekeping Hati


Aku membaca journal seseorang yang aku sayangi hari ini.


Kisahnya tentang seorang gadis yang memiliki sebuah hati. Hati ini semakin membesar setiap hari dan dia mencari lelaki yang dapat mengambil hatinya yang semakin membesar itu. Malangnya setiap lelaki yang ditemui akan menolak atau melarikan diri dari hati tersebut. Akhirnya hati itu semakin mengecil dan terus mengecil...


Kehidupan seorang wanita ialah mengenai bagaimana dia menjaga hatinya dan kemudian menyerahkan hatinya kepada penjaga yang terpilih. Bukan mudah untuk memahami hati seorang wanita dan benar-benar menyelami apa yang tersimpan jauh di lubuk hatinya itu.


Ramai lelaki tersepit di antara memahami tetapi tidak dapat menerima atau menerima tetapi tidak memahami.


Seharian hari ini aku duduk bersama seseorang cuba memahami dan menerima keadaan mengapa hati seorang wanita akan membesar dan membesar tetapi selepas ditolak ia semakin mengecil dan terus mengecil...
Hari ini aku juga mengenal diri aku sendiri...
Terkedu juga aku seketika bila tiba-tiba aku menyedari bagaimana aku cuba membetulkan banyak keadaan sedangkan lebih baik jika aku belajar menerima sahaja...

Sirih Bertepuk Pinang Menari


Adat istiadat Melayu memang tinggi nilainya. Tetapi apa yang aku ingin paparkan ialah keadaan yang berlaku semasa Majlis Bertukar Hantaran semasa di MakNjang Tebuk Yan siang tadi. Terselit dicelah-celah hantaran ialah sirih junjung dari pihak perempuan dan tepak sirih dari pihak lelaki.
Selesai menyarung cincin, maka bertukar-tukarlah kedua belah pihak segala mak neka hantaran yang telah disediakan dan akhirnya bertukar tanganlah tepak sirih dari pihak lelaki. Maka di pihak perempuan, apabila menerima tepak sirih, ingin dibalas dengan sirih junjung tetapi kerana pihak lelaki inginkan kembali tepak sirih yang telah dihantar, maka pihak perempuan terkial-kial juga untuk membalas beras dan wang yang disimpan dalam tepak tersebut. Malahan ada juga beberapa gulungan rokok daun, seulas sirih pinang. Akhirnya semua orang yang ada di dapur menyumbangkan pengalaman yang ada. Maka dimasukkan gula, garam, beras pulut dan wang RM5 sebagai balasan kepada beras, RM5.25.
Rasa-rasanya makin ramai yang tidak faham kehalusan adat dan istiadat dalam Majlis Pertunangan. Nilai sebuah tepak dan sirih junjung kini lebih sebagai dekorasi dari melambangkan cinta sebagai ikatan dua hati menjadi satu jiwa...

Saturday, June 7, 2008

Mengorak Langkah


Moist Chocolate Cake yang sudah digubah siap dan dijadikan hantaran. Hasil tangan pertama dari Kak Yah! Aku mengekor je sebab kebetulan pada hari kami nak keluar cari microwave, MakNjang dari Tebuk Yan yang alkisah suatu masa dulu tinggal di penjuru dapur rumah Kak Yah datang memanggil untuk majlis pertunangan anak gadisnya dengan orang Bota. Dengan aku sekali diulang jemput tapi sebenarnya aku terlupa sehingga diingatkan oleh Kak Yah...pergi je la dengan muka seposen sebab pakai T-shirt dan cargo pants!
Seronok tengok Kak Yah begitu beria-ria promosi cendawannya dengan menjemput saudara-mara dan rakan taulan untuk ke Pasar Tani pada sabtu minggu ketiga kelak...

Pasar Tani Pertama




Pasar Tani yang pertama telah berjaya dianjurkan oleh FAMA di Pantai Remis. Jelas terujanya wajah-wajah mereka yang kali pertama membuka meja di Pasar Tani ini! Aku hadir sebagai pembakar semangat jer! Dengar cerita cendawan sold out! Begitu juga chocolate cake yang dibuat. Paling best sekali ialah pihak FAMA sudah bersetuju untuk membuat promosi makan cendawan pada hari Sabtu minggu ketiga. Maka, rumah cendawan di Pantai dan Taiping akan bergabung tenaga untuk menyediakan cendawan segar dan beg cendawan yang sedia mengeluarkan hasil untuk dijual. Promosi percuma jangan disia-siakan!


Friday, June 6, 2008

Pilihan di tangan kita...

Ramai yang mula bersungut tentang kenaikan harga minyak yang pastinya akan melarat kepada kenaikan harga barangan lain. Walaupun subsidi diberi kepada pengguna kenderaan antara RM150 sehingga RM650 secara tunai bagi mereka yang memperbaharui cukai jalan di pejabat pos secara sendiri tapi masih banyak lagi alternatif yang perlu kita lihat sebelum terus meloncat!
Antara pilihan yang paling menarik ialah menukar enjin kereta yang menggunakan petrol kepada NGV~ natural gas vehicle. Kos kit penukaran hanyalah sekitar RM 2900 dan mungkin lebih murah dari itu bergantung kepada cc enjin. Harga seliter gas asli ialah RM0.68 sen. Tak salah kalau kita mula bertanya pada mekanik kereta. Dah banyak SUV yang mula beralih kepada alternatif ini.
Setahu aku, masalah kenaikan minyak dan barangan harian adalah masalah global, maka ada baiknya kita "glocal" kan masalah ini dengan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan keadaan di negara kita sendiri. Mungkin sudah sampai masanya kita mula mengenepikan sikap pentingkan diri sendiri dan belajar menerima hakikat bahawa semua masalah perlu dikongsi dan bukan semata-mata memikirkan ia adalah masalah kerajaan dan pemimpin semata-mata. Walaupun kita pengguna, mereka juga pengguna seperti kita...dan walaupun kita membayar cukai, mereka juga pembayar cukai seperti kita cuma kerja mereka sebenarnya lebih lagi dari kita kerana dalam memikirkan masalah mereka sendiri, mereka juga perlu memikirkan masalah kita sebagai rakyat.
Masalah utama kita ialah kita selalu menganggap masalah orang adalah masalah orang bukannya masalah bersama. Kita seringkali melarikan diri kita dari masalah dengan menyalahkan orang lain dan menyerahkan masalah itu kepada orang lain dengan harapan masalah itu selesai sendiri.
Ramai juga diantara kita yang menjadikan alasan bahawa kita tidak layak untuk membuat keputusan kerana kita bukan pembuat keputusan sedangkan secara kolektif bila ada keputusan dari semua orang barulah satu kata putus dapat dibuat.
We are the 100TH MONKEY.

Berkongsi

Masya Allah...

Satu keadaan yang aku rasa sukar untuk ditangani ialah mengajar anak-anak untuk berkongsi. Mungkin kerana aku tidak mempunyai pengalaman itu! Memang payah apabila sejak kecil aku sendiri dididik untuk mencari sendiri apa yang aku inginkan tanpa mengharapkan dari orang lain.
Dan aku pula memang dah terbiasa dengan keadaan memiliki dan menjaga apa yang aku ada sehingga sukar untuk aku memberi barang-barang aku pada orang lain walau adik aku sendiri!
Maka...apabila sampai ke anak-anak aku sendiri, mereka secara automatik melihat cara aku sehingga menyebabkan mereka menjadi indipendent dan tidak bergantung pada orang lain. Setiap cara ada pro dan cons. Pasti sekali ada ruang untuk fine tuning. And nobody's perfect!
Pagi ini, Alin sudah kehabisan t-shirt dan dia main sapu je Anisa punya, dah terjerit-jerit pagi hari si kakak kerana marahkan si adik! Itu belum masuk bab towel lagi...aku pula memang bab towel sharing ni kurang sikit sebab hygiene kut! Dah berapa helai towel asyik masuk washing machine kerana anak-anak aku main sapu je tanpa mengira siapa punya.
Dalam satu hal, memang mereka diajar jangan main ambik sembarangan je tapi dalam satu hal pula, walamak kena juga tahu bila nak berkongsi...Bendanya kecil tapi impaknya maksima!
Hahahah...anak-anak!!!

Thursday, June 5, 2008

Dunia Baru

Rezeki hari ni banyak untuk Anisa sebab hari ni baru aku bergerak ke Ipoh untuk menguruskan pertukarannya dari SRJK(C) Poi Lam ke Taiping. Setelah aku berbincang dan veto (biasalah kalau maknya cikgu)...aku merasakan dia akan lebih selesa di SRK Simpang yang hanya walking distance dari rumah.
Mengikut prosedur yang ditetapkan, pelajar dari aliran SRJK yang ingin bertukar ke SK/SRK perlu mendapat kelulusan dari Kementerian Pelajaran. Proses ini akan mengambil masa lebih kurang sebulan sebelum kelulusan dikeluarkan.
Maka selepas aku bersembang dengan kerani sekolah Poi Lam, akhirnya aku mendapat salinan untuk dibawa ke SRK Simpang. Malangnya dokumen aku tidak lengkap menyebabkan esok aku kena ke Ipoh sekali lagi. Walaubagaimanapun, tanpa dokumen di tangan, aku terus ke SRK Simpang dari Ipoh dengan harapan untuk berjumpa dengan Guru Besar.
Itu yang dikatakan rezeki. Masa aku melilau mencari jalan masuk ke sekolah, itu aku ternampak kelibat seorang lelaki berbaju batik yang mengusung kotak-kotak. Dan akhirnya, bila aku jumpa jalan masuk, aku bertembung dengan lelaki yang sama tapi kali ni dia sudah menyusur keluar dari sekolah menaiki Kancil. Aku sempat menahan beliau dan bertanya sama ada boleh atau tidak Anisa ditumpangkan di sekolah itu mulai hari Isnin. Dengan tidak banyak bersoal jawab, lelaki itu hanya meminta salinan permohonan pertukaran dari sekolah lama untuk diproses oleh kerani sekolah ini. Akhirnya aku bertanya soalan cepumas! Sah beliau ialah Guru Besar sekolah tersebut. Langkah kanan aku!
Dari maklumat yang telah aku kutip, Kelas POL boleh diikuti bagi pelajar Melayu yang berminat. So aku berharap sangat di sekolah barunya ada disediakan kelas ini supaya Bahasa Mandarin yang telah dikuasai itu dapat diasah terus supaya tidak hilang.
Masalah utama bagi pelajar transisi biasanya ialah Bahasa Melayu, yang aku akui memang Anisa lemah...selalu fail! Tetapi kini dia tidak dibebani oleh Pemahaman Bahasa Cina, Penulisan Bahasa Cina, Maths in Mandarin dan Science in Mandarin. Dia hanya perlu menumpu pada Bahasa Melayu sahaja untuk meningkatkan kemahiran penulisan dan pemahamannya.

Hijab

Mencari...
Aku mula mencari erti diri aku sendiri bila aku berjalan di 2nd Street di Philadelphia pada 3 Mei 2007. Tarikh itu adalah hari pertama Musim Panas di sana. Ketika itu aku berjalan seorang diri dengan menaiki bas No 21 menuju ke jalan yang sangat terkenal di musim panas kerana jualan-jualan murah.
Mencari diri sendiri, ibarat mencari Tuhan. Aku selalu terasa hilang dalam ramai. Teringat aku perasaan aku ketika itu apabila dalam keriuhan dan kebisingan manusia-manusia kulit putih dan hitam riuh menyambut kehadiran Summer; aku terpaku memandang bayangan aku sendiri di cermin...Itukah wajah Sharifah yang hampir 5 bulan meninggalkan bumi Malaysia? Seorang perempuan yang sanggup meninggalkan segala-galanya di Malaysia semata-mata mencari halatuju dan matlamat hidupnya.
Satu perasaan halus yang menusuk kalbu aku kerana ketika itu aku sudah merancang segala-galanya untuk hilang dalam ramai manusia. Dengan kebebasan, wang dan cara yang sudah ada di tangan, aku sudah menghalusi setiap langkah yang bakal aku atur untuk menghilangkan jejak aku.
Perasaan halus itu akhirnya mengetuk pintu hati aku untuk mencari jalan pulang...
Aneh bila aku memikirkan kekuasaan Allah dalam menyusunatur semua perancangan manusia yang hanya dapat dilaksanakan apabila segala-galanya sampai pada masa yang ditentuNya...
Aku bersyukur...

I'm Excited

Hari Sabtu ni, sekali lagi aku berpeluang ke Pasar Tani! Rasanya aku dah meninggalkan kerjaya aku sebagai peniaga pasar malam dan pasar tani ni sejak aku ke US! Syioknya! Cuma kali ni aku bergabung tenaga dengan beberapa orang yang rapat dengan aku.
Kenapa aku suka...sebab aku boleh bermain satu permainan! Permainan untuk mengeluarkan wang dari poket pembeli! Satu permainan yang sangat menguntungkan dan dalam masa yang sama mengasah minda aku untuk sentiasa mencari jalan menarik tangan pembeli untuk leka menarik wang keluar dari saku tanpa mereka sedari dan bagaimana untuk aku membentuk persepsi bahawa barangan yang mereka beli sangat berbaloi dengan nilai wang yang dikeluarkan!
Keseronokan permainan ini membentuk aku menjadi manipulator keadaan di mana aku dapat belajar membaca sejauh mana "mangsa" aku dibelit, dililit dan akhirnya terikat tanpa jalan keluar!
Itulah kuasa kehebatan minda yang kalau dapat diasah dan digunakan seratus peratus! Malangnya kita hanya menggunakan lebih kurang 10 peratus dari kehebatan yang Allah telah kurniakan untuk kita!

MiCasa

Akhirnya aku menemui rumah idamanku! Maaf, tak ada gambar yang diambil tapi "keterujaan" aku memang errhmmm...tak terbayang dengan kata-kata!
Setelah seminggu lebih melilau sekitar Taiping mencari rumah, sama ada sesuai untuk dibeli atau disewa, akhirnya rezeki aku terletak hampir dengan sekolah aku! Rumah teres 3 bilik dengan dapur yang luas cukup untuk mereka cipta gaya yang aku inginkan. Setakat ini aku baru beli kain langsir yang belum tahu bila nak berjahit! Barang-barang elektrik dan sebuah katil. Semuanya belum lagi sampai sebab aku asyik sibuk dengan benda lain!
Dan dalam itu, aku berkesempatan berkenalan dengan seorang motivator cum businessman cum ustaz cum ex-pensyarah cum pemilik 17 syarikat cum a very humble man! Hanya kerana transaksi membeli barangan secondhand di kedainya! Apa yang menarik ialah ramai yang memberitahu aku sebelum ini, tuannya seorang yang sombong dan sukar didekati...Tetapi setelah aku mengenalinya dari kacamata aku sendiri, lain pula jadinya!
Perkenalan yang membuka peluang untuk perniagaan baru. Dan peluang itu aku serahkan kepada seorang yang sangat aku percaya akan berjaya melaksanakan apa yang aku plan dalam kepala.
Percayakah anda kalau aku katakan daun kelapa sawit kini sangat bernilai? Dan kini daun kelapa sawit yang siap diproses telah mula mendapat pasaran sehingga ke Arab Saudi, ke Bahrain dan ke Gold Coast, Australia...Percayalah!
Maka kepada tuan-tuan punya ladang kelapa sawit, rugi kalau daun-daun itu dibakar sahaja apabila kini sudah ada peluang menukarkan ia kepada nilai ringgit!

Sub sidi VS Sub Con

Sejak akhir ni, aku agak sibuk menyusun atur langkah aku dalam membina pelbagai cara dan kaedah untuk meningkatkan bukan sahaja perniagaan aku malahan juga bagaimana untuk memantapkan lagi langkah aku dalam kehidupan.
Bila bercakap tentang kaedah dan langkah untuk aku mengubah atur langkah aku, banyak kali juga aku tersadung. Sebab? Rasanya aku memang dikenali sebagai seorang yang angkuh dan dalam masa yang sama ada yang mengenali aku sebagai seorang yang peramah.
Kenapa jadi sebegitu?
Mungkin kerana kerapkali kali aku berdepan dengan kelompok manusia "Subsidi" dan "SubCon" menyebabkan aku membawa split personaliti sehingga sukar untuk ramai yang dapat mendekati aku!
Kelompok Subsidi merupakan golongan yang akan melihat aku sebagai seorang yang angkuh dan sombong malahan juga bongkak! Sebab?
Golongan ini adalah golongan yang seringkali menganggap mereka adalah golongan yang wajar dibantu, ditongkatkan, disuap dan akhirnya meletakkan aku dalam keadaan "melepaskan anjing tersepit". Seringkali aku cuba mengelak dari berdepan dengan golongan ini kerana sikap mereka selalu menyebabkan aku jadi kepala angin.
Kelompok SubCon selalunya menjadikan aku seorang pendengar setia dengan senyuman sentiasa terukir di bibir kerana golongan ini adalah golongan yang selalu membuka peluang untuk memajukan diri mereka sekaligus menarik aku bersama dengan mereka!
Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa SubCon...
Sebab golongan ini adalah golongan yang selalunya tidak segan membuka peluang untuk memajukan diri sendiri dan seringkali membuka ruang untuk kita sendiri bangun dan "ayuh bergerak"...
maka...Tepuk lah tangan menarilah mengikut rentak yang dipilih...Tari direntak mengikut alun berirama...