Thursday, October 9, 2008
Birthday Boy
Wednesday, October 8, 2008
Hati Seorang Wanita
Tuesday, October 7, 2008
This is life...
Why?
Sometimes life is not like what you expect it to be! Most of the time, it always went out of the usual track. There are days where things seem so perfect yet there are days, it goes haywire. So where should I put myself? Last time, my blue sleeping bag is my fortress. There was where I buried myself for the next few hours to come!
Now?
I learn to deal and face it with open arm and open eyes. Yet last night I just need to loose myself in a good sleep! So many things had happened and I need (more than than just wanting) to really look deep in my life and start arranging and reaaranging all my scattered plans!
Hopefully..
I'll be granted (keep wishing)!
Things will be as what I have planned.
Monday, October 6, 2008
Make over!
Hikmahnya:
Sunday, October 5, 2008
Memenuhi Undangan.
Dari Bumi Hijau kami bergerak ke Sg Batu pula...hehehehe...dalam nak balik awal sebab ada jemputan rumah terbuka di rumaah tokey kueteow, langsung makan malam di sini je!
Yang penting Anisa dan Sufi enjoy!
Saturday, October 4, 2008
Friday, October 3, 2008
Raya Ketiga


Raya Pertama

Malam, menghabiskan sisa-sisa tenaga merayau kat Tesco dengan Honey! Tertembung pulak dengan Kak Julie, Kak Tina, Kak Jah dan menantu hansomenya! Aku pula kelaparan...dah pukul 11 malam (perut dah berdondang sayang!!), mee kat Noodle Station punya lah sedap!
Thursday, October 2, 2008
Perjalananku
Aku beraya dengan cara yang sama bertahun-tahun. Melawat tok dan tokwan dan di port mereka, aku akan bertemu dengan pak-pak sedara dan mak-mak sedara.
Apa yang lainnya? Aku menghargai nilai kasih sayang. Aku melihat kasih sayang diberikan melimpah ruah dan percuma.
"Apa khabar" dan "Apa cerita"...silih berganti dengan mata yang memandang penuh memahami.
Aku rasa...sayang
Raya [kedua]
Perjalanan yang sama, ke rumah khusus, pak-pak sedara dan mak sedara.
Soalan yang aku simpan selama aku ingat
"Paktam, kenapa kita tak ada 'maklong' atau 'paklong'? Kenapa 'makngah' adalah mak sedara yang paling tua?"
aku dapat jawapannya dan aku senyum.
Perjalanan aku selesai.
Raya[ketiga]
sudah ada rangka dalam kepala, hanya menunggu pengesahan dan panggilan telefon di awal pagi...
Raya [keempat]
hari yang ditunggu-tunggu...aku gembira dan tersenyum!
Wednesday, October 1, 2008
Mencari Sinar
Monday, September 29, 2008
Hand of Hope


Kehilangan
Beberapa hari lepas aku menerima panggilan bertalu dari Ujang (sorry aku online dengan orang lain) lalu dikirimkan sms ringkas
"betul ke Encik Ariffin aka Pak Pin, pengetua maktab bainun meninggal kemalangan? Anaknya pandu kereta, mengantuk dan langgar belakang lori.."
Aku juga terkedu dengan sms tersebut. Itulah antara bapa yang sangat rapat dengan kami semasa di M4P. Teringat aku pada Anita, bapa saudaranya ialah Ramli Panjang aka Rampa (pensyarah yang acapkali berjaya membuatkan siang menjadi malam untuk ku!). Aku check dengan Anita minta tanya-tanyakan...
Ini balasan sms yang diterima pagi semalam (forward dari Rampa):
"Memang betul, yang meninggal tu Encik Ariffin, anaknya menggantuk, langgar belakang lori PLUS, Encik Ariffin putus leher. Bulan lepas, Tuan Haji Sulaiman meninggal dunia. Selasa lepas En Shuhaimy meninggal dunia.."
Kehilangan demi kehilangan mengingatkan aku mati tiada ketetapannya untuk kita. Janjinya tetap ada tapi entah bila akan dikota. Menunggu saat giliran tanpa tahu bila masanya. Bila dihitung dan dikenang dosa yang telah dilakukan terasa dekat pintu neraka. Apakan daya bila memikirkan aku hanya manusia biasa yang sentiasa alpa dengan perlakuan dan perbuatan.
Maaf dipinta buat semua rakan blogger...
Semoga ada kesempatan untuk bertemu di Bulan Ramadhan yang mendatang...
Selamat Menyambut Idul Fitr...dari saya!
Saturday, September 27, 2008
Vote For A Change
Just a heartbeat away...
I just close my eyes and I’m with you
And all that I so want to give you
It’s only a heart beat away
When I need loveI hold out my hand and I touch love
I never knew there was so much love
Keeping me warm night and day
Miles and miles of empty space in between us
A telephone can’t take the place of your smile
But you know I won’t be traveling forever
It’s cold out but hold out and do like I do
When I need you
I just close my eyes and I’m with you
And all that I so want to give you baby
It’s only a heart beat away
It’s not easy when the road is your driver
Honey that’s a heavy load that we bear
But you know I won’t be traveling a lifetime
It’s cold out so hold out and do like I do
When I need you
When I need love
I hold out my hands and I touch love
I never knew there was so much love
Keeping me warm night and day
When I need you
I close my eyes
I hold out my hand and I’ve got you darlin’
It’s only a heart beat away
Now listen
When I need you darlin’
I hold you, feel ya
Give it to me baby
And I miss ya baby
Just close my eyes and I’m with you
And I need you tonight
You know it’s only a heart beat away
~Rod Stewart~
Friday, September 26, 2008
Sepetang sebelum pulang ke sarang
Putus Kasih
Thursday, September 25, 2008
"Kehebatan yang perlu diukir" dan " Kelemahan yang perlu diperbaiki" Sama tapi tidak serupa...
Hero
Tuesday, September 23, 2008
And I don't Know!
Monday, September 22, 2008
International Educators Program~Malaysia
Sunday, September 21, 2008
Mencari Jalan Pulang
What a Hectic Day!

Saturday, September 20, 2008
Belum Ada Nama...

hehehe...udah dah! (buat yang memahami)
Friday, September 19, 2008
Pada Pagi Ini
.jpg)
Selepas 14 tahun, akhirnya barulah aku mendengar suaranya yang serak-serak mengancam! Rupa-rupanya dia bermastautin di Nibong Tebal, uish..dekat bebenor dengan Taiping!
So sesiapa yang nak melawat dan mengenali rakan seperjuangan yang memang kamcing dengan aku sebab dia ni ialah Exco Pelajar Luar dan aku pula Timbalannya, bolehlah melawat
http://bukulapan.multiply.com/guestbook
kadang-kadang kawan ketawa memang ramai, kawan menangis susah sekali..tapi banyak kali gak kami nangis sesama!
Thursday, September 18, 2008
Ni rupa ko ye!
Sunday, September 14, 2008
Siapa Sangka?

mengodek
"bang, apasala tak leh masuk you punya uhmmm?"...
"ala...bang tak tau nak buat camnerr ...yang mana ada semua dah diberikan..!"
"erhmmm....bang cuba ya...kalau idak tak leh la nak uhmm!"...
"bang, tak leh masuk juga la...macamana nih?"
"iye ke yang, nanti abang buat bagi boleh juga ye..!
"erhm..erhmm..."

MB Perak Umum BONUS

Saturday, September 13, 2008
Note RM100

Friday, September 12, 2008
Wednesday, September 10, 2008
Ihya Ramadhan 1429H
Monday, September 8, 2008
Mentekedarah..

Diambil dengan telefon Cokia...curi-curi pulak tu....!
Kebetulan sampai kut leghah 5 petang, pasar ramadhan di pantai nampak macam menarik untuk di singgah, kali pertama buat bulan puasa ni aku menyinggah di pasar ramadhan sebab di Taiping, bermula dari 1 Ramadhan sehinggalah saat entri ni ditulis, hujan masih lagi lebat!

Apa yang aku pilih untuk hawa posa aku...hmmm..favourite aku yang pertama...Ikan Terubuk Bakar cecah air asam..(cuma aku rasa air asam tangan aku lagi memecah air liur!)

Kemudian mata aku terpandang pula popiah yang nampak menarik cara persembahannya untuk pelanggan..cukup kreatif.. Popiah yang dibeli bukan yang dalam belanga besar tu tapi yang basah!
Ternampak pula kegemaran aku nombor satu...Acar buah! Hmmmm...ini memang mengecurkan nafsu makan aku! Kemudian aku terjumpa kegemaran Anisa, keropok popiah serunding kecil...apasalahnya kan?!
Berjinjinglah aku ke kereta, sambil berkira-kira untuk keluar dengan motor semula untuk mengambil ikan terubuk yang belum siap. Malas aku nak menunggu sebelah bahang panas!
Rupa-rupanya Kak Yah dan Abang Mansor memang dah berkira-kira nak ke Pasar ramadhan..aku pesan je supaya diambil ikan bakar aku tu...
Ilah pula sampai selang 5 minit dari aku, katanya dari rumah Pak Teh bercadang nak balik Ipoh tapi dipujuk Paknjangnya untuk berbuka sama..mulanya risau sebab akan keseorangan dalam perjalanan pulang, lalu disampuk dek aku dengan alasan aku juga akan ke Ipoh selepas berbuka..Hmmm jadi aje lah jawabnya!
Maka akhirnya kami berbuka dengan pelbagai juadah yang di beli oleh aku, Ilah, Abang Mansor termasuk kerabu yang dihantar oleh Tokngah dan mee goreng yang dimasak oleh Kak Imah! Kak Yah pula menyediakan hidangan istimewa pantai..Laksa Mee, yang aku lahap dengan bersambalkan acar limau...uisshh...sodap!
Selesai pusingan pertama, aku, Ilah dan Kak Yah mengadap pula ikan bakar...waahh..sendawa sakan lepas tu...ehehheheh! Itulah bila melayan Hawa Posa ye!
Akhirnya...

Alang-alang dia dah mengadap pc, aku pun turunkan ilmu asas, sebenarnya tujuan aku membina blog Anisa ialah untuk mengasah kemahiran Bahasa Melayu sebab fokusnya sekarang ialah pada Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris. Harapan aku sekurang-kurangnya melalui blog dia mempunyai alternatif lain untuk menanam minat terhadap Bahasa Melayu..
aku terbaca...
Tetapi kalau orang dewasa yang bergaduh, kenapa tidak ada sesiapa yang meleraikan mereka?
Dan apabila orang dewasa bergaduh, mereka tidak mengira tempat dan siapa yang berada di hadapan mereka...
Sedangkan berbalik pada teguran orang dewasa pada anak-anak bila menyentuh bab bergaduh dan bertelagah...macam bagus?
Kenapa orang dewasa banyak yang cakap tak serupa bikin dengan anak-anak sehingga tindakan dan perlakuan mereka seringkali memeningkan anak-anak kecil yang memerhati...?
Fikir-fikirkanlah..
Saturday, September 6, 2008
Bagaimana Membaca Dan Memahami Masyarakat
Kerana itulah jika seseorang pemimpin itu baik, bertaqwa dan bertanggungjawab terhadap Tuhan, agama dan bangsanya, dia akan menitikberatkan soal perkembangan pemuda-pemudi yang sedang membesar itu. Dia akan menganggap mereka adalah suatu aset yang penting. Andai tersilap dalam menjaganya, akibatnya akan punah dan rosaklah satu bangsa. Kesan negatif itu setidak-tidaknya akan berlanjutan untuk 100 tahun yang akan datang.Sebaliknya kalau pemimpin itu jahat, tidak bertaqwa, tidak takut Tuhan, tidak bertanggungjawab terhadap Tuhan, agama dan bangsanya, dia akan mengambil kesempatan ke atas aset penting ini untuk kepentingan peribadinya. Dia akan merancang satu sistem pendidikan yang membuatkan pemuda-pemudi itu rosak. Ini supaya apabila mereka rosak, hasilnya mereka tidak akan berfikiran panjang dan mudah diperalatkan untuk membuat kerja-kerja demi kepentingan peribadi pemimpin itu.
Memang terdapat pemimpin yang sanggup berbuat demikian demi kepentingan peribadinya. Pemuda dan pemudi yang telah rosak itu adalah ladangnya. Di situlah sumber kekayaan dan kesenangannya. Cuma hal ini tidak dapat dikesan kerana kerosakan itu sudah meluas di kalangan kebanyakan orang di waktu ini.Maka terkorbanlah agama dan bangsa selama beratus tahun. Sejak empayar Islam jatuh 700 tahun yang lalu, hingga kini masih belum ada bangsa atau negara Islam yang maju dan disegani kawan dan lawan. Umat Islam kini terhina di mana-mana bahkan di tanah air mereka sendiri. Mereka tidak dapat melepaskan diri dari menumpang musuh-musuh mereka sama ada dalam soal kehidupan, ilmu, ekonomi, teknologi dan lain-lain lagi. Begitulah keadaan umat Islam dan sehingga hari ini keadaan itu masih belum pulih lagi.
Sebab itu pemimpin yang takutkan Tuhan dan bertaqwa kepada Allah, dia sangat menjaga aset ini walaupun dia terpaksa berkorban, tiada masa rehat bahkan sentiasa memimpin ketika sakit sekalipun. Pemuda-pemudi adalah pelapis pemimpin dan generasi yang sedia ada. Rosak mereka ini bererti tidak akan ada pemimpin dan generasi pelapis.Tetapi tidak ramai bahkan boleh dibilang jari umat Islam yang berfikiran begini. Hari ini kebanyakan umat Islam hendak jadi pemimpin kerana di situ ada kepentingan peribadi. Tidak mengapa kalau rakyat hancur dan jadi alat demi kepentingan mereka. Kerosakan dan keruntuhan akhlak para pemuda dan pemudi bangsa tidak menjadi kebimbangan mereka demi menjayakan agenda peribadi mereka. Begitulah cara berfikir kebanyakan umat Islam hari ini.
Thursday, September 4, 2008
Wednesday, September 3, 2008
Teruja nya Aku!
Hari Posa pertama aku dan rakyat jelata aku menyerang Aulong tanpa memberitahu...bawa lauk sendiri tapi terlupa bawa nasi...kesian bebudak sebab nasi tak cukup!
Hari ni, cadang nak masak pasta bolognese jer kat anak dara aku, dah tiga hari berturut-turut makan nasi, abah pula telefon masa dalam kelas, tanya nak berbuka di Aulong..rezeki jangan di tolak...Tapi pasta tu macam kena buat gak...
Hmmm, semalam selepas selesai berbuka, sambil melayan Honey dan Shida kisah aku ke Thailand, Anisa tiba-tiba bertanya macamana nak buat blog macam aku buat, dia nak masukkan gambar-gambar dia...Wah, TERUJANYA aku! Sebab aku tak pernah bercakap apa-apa cuma aku selalu tunjukkan pada dia gambar-gambar yang dah dimasukkan ke dalam blog aku..Soalan dia yang menarik..
"Mak, camner nak buat macam mak punya 'Secangkir Kopi'?"....
Berdepan dengan anak gadis yang seperti Anisa yang membesar dalam dunia IT dan pendedahan yang jauh berbeza dari apa yang aku alami semasa seumur dengannya menjadikan aku kadang-kadang terkedu takut tersalah didik...
Tuesday, September 2, 2008
Down the Memory Lane...
Gambar Kawen Yami ngan Linda..dah 10 tahun mereka kawin, ada anak 2 orang! Mak n abah aku ada nombor Yami, nanti aku dapatkan untuk ko ek! Boleh la ko ke Seberang Takir, Terengganu! Dia tu classmate ko, jangan tak contact!
Ini la gambar yang bagi aku ketawa berdekah-dekah! Tapi bila dikenang...indahnya zaman muda kan! Masa gambar-gambar ni diambil, merupakan hari terakhir praktikum di SK Sg Gelugor, P.Pinang...Aku pula baru belajar pakai tudung dan baju kurung! Memang aku suka bergaya kalau ke sekolah, sampai ke hari ni! Nazimah dengar cerita dah jadi penolong kanan di SK Methodist Pokok Asam, dekat tapi aku tak pernah sempat ke rumah dia! Dia lagilah rapat dengan aku. Dari Darjah satu sampai maktab satu kelas!
Baru-baru ni masa exam speaking component, aku jadi examiner untuk Jamil! Dia pun dah banyak uban, stay kat sekolah rendah gak! Isteri dia ngajar di SMK St George, Taiping.
Ko, Bashah...masih macam tu lagi ke?

Gambar ni masa kita semua ke MPSAH, Jitra untuk pertandingan permainan...banyak kenangan menarik...masa ni dapat usha minah and mamat maktab lain...walau gefren and bofren dah ramai keliling pinggang...hidup muda sekali jer!
Confirm ko masih ingat kat abang kesayangan aku...si Husni, dia kawen dengan junior, ustazah yang lawa tu...sekarang dia kat Perlis, belum ada rezeki anak lagi. Tapi aku pun dah lama tak dengar cerita pasal dia. Aku rapat dengan mak dia, cikgu aku kat TMGS...raya ni kena melawat lah...itulah mak kesayangan aku sampai ke hari ni...!

Aku letak gambar ni sebab ko mesti ingat kat mamat sebelah kiri pakai cermin mata, aku dah lupa nama dia...sapa dia? Aku rasa dia pun satu kelas dengan ko kan? Yang tersengih sambil babai tu, Ariffah, aku masih lagi baik dengan dia..dan Asmah sekali. Kami bertiga memang rapat sampai ke hari ni..Ariffah dan Asmah, dah abis buat masters, aku tengah perosah mereka buat PhD...heheheh! Senang aku nanti!
Oh! Ko ingat Norehan, budak muzik? dia ngajar di SK Simpang! Aku jumpa dia masa aku hantar anak dara aku ke sekolah agama kat situ...lama juga bercerita kisah-kisah lama..Dia buat kaunseling sekarang...dah naik Dg32! tak berubah langsung...masih riuh dan gamat macam dulu!
Ko tau Bashah, bila aku tengok gambar-gambar kita zaman maktab, aku memang tak ada rupa pompuan langsung kan! Buas sungguh! Teringat motor kapcai aku...ko nak tau sapa pakai moto tu...AAW 2910...cikgu kat sekolah aku, tapi sampai hari ni aku tak berani cerita kat dia yang motor tu aku dah lenjan puas masa kat maktab! Kecik nye dunia ni...Kemudian, abah aku tukarkan dengan motor Yamaha 100 pasal dia risau aku asyik ulang alik dari Taiping ke Maktab! Masa aku nak masuk Universiti, abah aku tukarkan moto aku ke Yamaha SRE, aku guna merata moto tu..pernah sekali aku dengan Ariffah ke Cameron Highland berdua dengan motor je! tengah hujan lebat...dan moto tu meragam sebab tiub minyak bocor...Nasib baik ada pomen yang repair masa kami di Tanjung Malim!. Terus abah aku terus kasi kereta..hahahaha! Aku dgn Ariffah banyak kenangan berjalan merata-rata...Tapi lepas kawen terus jadi Professional Homemaker cum cikgu sekolah!










