Thursday, June 21, 2007

Session A: Active Concept Attainment

Bagaimana memaksima penggunaan daya ingatan pelajar. Banyak keadaan di mana pelajar lupa informasi yang disimpan...well semua orang tahu kan.
Sebenarnya informasi itu masih berada dalam minda kita. So apa yang perlu dilakukan ialah mencari cara bagaimana untuk mendapatkan kembali semua maklumat yang simpan dalam minda.
Cara:
1. Membentuk kaitan (membina connection) antara informasi dalam minda dgn keaadan yang sedang berlaku. (Memahami)

Maka Active Concept Attainment ialah cara inductive ialah membina kaitan melalui pemerhatian dan membina kaitan dari segi persamaan dan perbezaan.

Apa:
1. Mengikut Bruner ada 3 peringkat dalam membina konsep
a. Fokus
b. Membina dan berkongsi hipothesis
c. Aplikasi atau mengembangkan konsep

2. Mengikut Bloom's Taxanomy
a.Tahap Pemikiran: Analisis
b.Jenis Pemikiran: Induktif atau Deduktif ( di mana ia berlaku : semasa melakukan testers( contoh)

Cara:
1. Frayer Model: Teknik membantu pelajar untuk menganalisa dan membentuk konsep.Ia menggunakan Graphic Organizer utk merekod informasi yang berkaitan dengan konsep yang dibina.

Aktiviti membina Graphic Organizer menggunakan kertas: Lipat kertas kepada empat dan lipat di tengah.

2. Apakah fungsi guru?
Membentuk ruang pembelajaran berpusatkan pelajar
Boleh digunakan kerana pelajar dapat mendapatkan maklumat SENDIRI.

Reflektif:

Dalam Bahasa Inggeris, ada banyak topic yang boleh digunkan seperti mengajar idioms, suffixes, membina karangan,

Rujukan:
http://www.lcsc.edu/education/secondary/courses/OnCampusCourses/ED454/Lessons/OnCampus06Chapter5.pdf

Special Grant $5000

Ini ialah satu antara perkara yang diberi perhatian oleh semua fellows sebab peluang

Bila menulis proposal:

1. dapatkan seseorang yang belum membaca proposal untuk komen
2. Kesan: apakah kesan panjang, bagaimana project itu dapat diteruskan dan impak kepada mereka yang tidak berpeluang mengikuti program luar negara
3. Originality: Cross cultural approach (bawa RED TEAM- utk kritik positive dan negatif utk feedback)
4. Kekuatan project: Apakah kelemahan dan kekuatan project itu?
Detail...be very detail seolah-olah wang itu sudah ada ditangan
5. Realistik

Problems with School Dropout

Masalah keciciran sebenarnya berpunca dari pelajar yang hilang semangat dan tiada tindakan yang di ambil oleh pihak sekolah kerana mereka merasa bosan dan mempunyai wang di poket lebih menarik dari berada di sekolah.

GED: General Equavalency Degree ialah keadaan di mana pelajar dapat meneruskan kembali persekolahan dan mendapat sijil untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Apa yang boleh dilakukan ialah pelajar yang mengalami masalah keciciran ini diberi perhatian dan mendapat peluang dalam memperoleh pendidikan supaya mereka dapat menyumbang dalam masyarakat.

Mereka bukan BODOH tapi mereka berhadapan masalah dalam otak yang menyebabkan mereka tidak dapat menyerap pembelajaran pada kadar yang sama dgn pelajar normal

Masalah kini ialah bagaimana hendak mengenalpasti pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran dan menyediakan bahan utk pembelajaran mereka.

Buat masa sekarang pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran berada bersama pelajar normal tetapi dari kajian yang dilakukan mereka tidak mengganggu pembangunan pelajar normal TETAPI mereka banyak mendatangkan masalah ke atas diri mereka sendiri

Children with Special Education Needs

Menarik juga tajuk ni..

Menentukan keperluan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Ramai pelajar di dalam kelas di Malaysia di anggap bodoh tapi sebenarnya adalah pelajar yang mempunyai masalah penguasaan dalam pembelajaran kerana masalah saraf.

Amerika mempunyai kuasa yang unik dalam pendidikan. Ia tidak mempunyai kuasa pusat tapi bergantung kepada negeri masing2.Maka bagaimana sekolah menentukan hala tuju pembangunan pendidikan bagi pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran yang memyebabkan pencapaian pelajar ini berbeza dari satu negeri ke negeri.

Namun begitu ada persamaan yang jelas ialah masalah kemiskinan, masalah penguasaan bahasa pengantar, masalah populasi pelajar ini dalam sekolah menyebabkan masalah pembiayaan.Masalah lain ialah guru-guru yang terlatih bagi menghadapi masalah ini kerana belum ada lagi pusat yang fokus kepada masalah ini. Begitu juga masalah sumber yang dapat dibina sebagai support dan membina "next step" bagi membantu pelajar ini.Antaranya ialah sumber guru yang benar-benar berpengetahuan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, masalah pembelajaran ini hanya di fokus pada tahap sekolah rendah tapi tidak di sekolah menengah.

Perbezaan yang didapati di sesetengah negara, tiada penilaian yang setara, pakar-pakar linguistic, OT dan SP adalah lebih klinikal dari berpusatkan pendidikan.
Keperluan yang jelas ialah menentukan keperluan pelajar dan pencapaian dalam pembelajaran.

Fokus yang utama ialah membina penilaian yang saksama dan kurikulum yang benar-benar membantu pelajar ini untuk maju. Selain itu, Amerika makin menerima konsep kuasa berpusat yang menentukan keputusan dan pembiayaan.

So di manakah Malaysia di dalam peta pendidkan bagi pelajar yang bermasalah?

Wednesday, June 20, 2007

Kajian Tindakan

Farida meminati kelas yang lebih interaktif dan pelajar sangat menggemari aktiviti yang dibawa.Ibu bapa berpendapat bahawa tiada pengajaran yang berlaku dan mereka mula komplen kepada pihak pentadbiran.Apakah yang patut dilakukannya?



1. Penilaian berterusan tentang pencapaian pelajar
2. Menjemput ibu bapa pada hari perbentangan pelajar untuk melihat pembelajaran yg sudah berlaku
3. Mesti menjelaskan kepada semua pihak yang terlibat supaya mereka faham apa yang berlaku
4. Dokumentasi melalui video, catatan
5. Keep a low profile first, lihat respon orang sekeliling kerana mereka merasa takut dan agak negatif melihat perubahan yang berlaku.



Hanif

Beliau menggunakan komputer dalam kelas dan berjaya mendapatkan sponsor dari pihak luar. Tetapi ramai pihak dalam sekolah kurang senang. Apakah yang patut dilakukan oleh Hanif?


1. Letakkan diri dalam kedudukan pihak pentadbiran, apa kehendak mereka dan apa yang mereka mahu
2.

A Catalyst: Pemangkin Perubahan

Bagaimana kita dapat menjadi pemangkin perubahan dalam kelas?
1. Menulis journal setiap hari
2. Comparing and Contrasting
3. Soalan-soalan yang membangkitkan persoalan..Mengapa..kenapa..bagaimana..

Bagaimana dengan perubahan yang akan dilakukan dengan guru-guru lain?
1. Menggunakan Pusat kegiatan Guru dimana guru dapat bertukar idea
2. Membuka ruang dan peluang kepada guru tentang apa yang sedang berlaku dalam dunia.
3. Team project antara guru-guru dalam dan luar sekolah
4. Menggunakan integrated curriculum: guru membantu mengajar subject berlainan dgn kaedah yang sama
5. Bekerjasama dengan ibu bapa di mana melibatkan ibu bapa dalam project anak2 mereka
6. Mempamirkan hasil kerja pelajar di sekeliling sekolah.
7. Bincang dan bincang dan bincang dan bincang..get the ball rolling

A Catalyst for Change - Change Management Theory

Catalyst?
satu perkataan yang menarik kan..

Antara pedagogy yang menarik untuk digunakan dalam kelas

1. Cooperative learning
2. Project based learning
3. Technology in classroom
4. Meaningful Learning
5. Community partnership
6. Research Based Learning
7. Conflict resolution
8. Process drama
9. Peer sharing & teaching
10.Critical- high level thinking
11.Portfolio
12.Songs in sounding

Banyaknya idea tetapi bagaimana aku dapat memberi segala pengalaman ini kepada komuniti.

Harapan:
1. Aku harap dapat membawa lebih banyak aktiviti dalam classroom
2. Aku harap menjadikan pelajar-pelajar memahami bagaimana dan mengapa perkara berlaku sebagaimana ia berlaku
3. Aku berharap dapat berkerja dengan CDC untuk menggunakan pengalaman aku dan melahirkan guru berkualiti tinggi
4. Aku berharap dapat menggubah permikiran guru supaya menjadi lebih professional
5. Aku berharap dapat menggunakan teknologi dlm kelas
6. Aku berharap dapat mengaplikasi apa yang dipelajari

Kerisauan
1. Aku risau guru di sekolah akan menolak segala pembaharuan yang dibawa
2. Aku risau permohonan aku untuk bekerja dengan CDC akan ditolak
3. Aku risau kerana kekurangan pengalaman aku akan dianggap tidak lyak untuk menjadi pemangkin perubahan

What can you do right away? What can you do "down the road"?
1. In your classroom with students? Consider how you can make classes more interactive?

The activities will focus on student-centred and more movement in classroom

2. With lesson plans? Consider how you plan your lessons differently or develop innovative materials to supplement text books?

I will create a flow in my lesson plan where I will have a main theme work on the sub-topic. I will create a packet that the kids can keep. The activities will focus on student-centred and more movement in classroom

3. With your teachers' community? Consider which colleagues and what linkages exist for you to work teachers

I will work with teachers who are interested in learning what I have learn.

4.With parents of your students? Consider activities that already exist, or new ones that could be developed, for you to work with parents.

Apply an "Open-Door" policy for parents to be in my class and be part of the learning support.They should be able to discuss with me what and how they want their children to learn. I want them to be involved in the teaching and learning process just by helping their children with homeworks and be there when ever the children need them

5. With professional organizations? Consider training activities for sharing your experiences and knowledge.
I will apply to work with Curriculum Development Centre, with the school district and give talks on making a change in the classroom.

6. With your U.S. colleagues? Consider activities that you can create to continue working together virtually?
Tele-conference, share lesson planning, having combine research-based learning between students in U.S. and Malaysia

7.with your international colleagues? Consider joint projects you might do with your IEP colleagues in other countries.
I would love to do combine lesson plan and work on a virtual project based learning and virtual research based learning and have a tele-conference for the presentation.

Memandang Ke Belakang....



Banana Leaf Restaurant...Tempat yang menemukan aku dengan ramai rakan Malaysia

Ketika Ini

Secara dasarnya ini adalah apa yang berlaku:

1. Antara perbincangan menarik,

Pengajaran tidak perlu terikat kepada sukatan pelajaran, apa yang perlu ialah membuka ruang kepada anak didik menyedari tahap pengetahuan mereka dan menyedari apa yang mereka perlu ketahui.

Bagaimana kita dapat melahirkan guru yang berkualiti, mana yang lebih penting, melahirkan guru yang berpengetahuan tentang apa yang perlu diajar tetapi gagal menyampaikan pada pelajar, guru yang kurang berpengetahuan tetapi hebat dari segi pedagogi atau guru yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dan daya penyampaian yang hebat?

Ke mana kah arah kita?

2. Bagaimana kita sebagai pendidik dapat menyempurnakan pembelajaran anak didik kita supaya mereka menyedari bahawa pembelajaran ialah proses sepanjang hayat dan bukan setakat untuk mengutip berapa banyak A yang menjadi kebanggaan ibu bapa mereka?

3. Apakah fokus kita sebagai pendidik? Ujian, menghabiskan silibus, memberi peluang atau sekadar periuk nasi?

4. Apakah peranan ibu bapa dalam menentukan halatuju pendidikan anak-anak?

5. Bagaimana kita dapat membina network yang selari dalam pendidikan di mana pembelajaran berjalan secara kesinambungan yang berterusan dari peringkat tadika sehingga universiti?

6. Bagaimana kita dapat membina satu network yang berkait dalam pendidikan di mana ibu bapa, guru, pentadbiran, silibus, huraian, bahan pengajaran, bahan pembelajaran, ujian, peperiksaan adalah selari?

Hari ini

Banyak perkara yang berlaku pada hari ini yang perlukan reflective assessment yang betul-betul mendalam terutama dalam paradigma pendidikan. Ke manakah hala tuju pembangunan pendidikan di Malaysia.
Banyak perkara yang aku terfikir sepanjang mendengar satu demi satu presentation dari speaker antarabangsa. dan seperti biasa, aku pasti terasa semakin banyak perkara yang aku pelajari, semakin banyak yang aku tidak ketahui.

Adakah aku yang terpilih atau aku yang memilih untuk berada di sini?
Adakah agenda yang tersembunyi yang sudah tersusun untuk aku?
Kemanakah arah aku selepas ini?

Satu pandangan yang begitu jauh terbayang, sanggup kah aku meneruskan perjalanan ini?
Siapakah yang bakal menjadi teman seperjuangan aku, yang memahami perjuangan aku dalam hidup ini?

Satu pendapat yang jelas: Selagi kita tidak mengenalpasti punca masalah, kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah itu...

My Dream House?







Rumah yang kami bermalam di Ohio adalah kepunyaan makcik Jaime (Japanese guy kerakyatan Brazil)

Pertama kali aku menjejak kaki, terpaku kerana itulah rekabentuk yang sentiasa bermain dalam kepala aku, tergerak juga nak minta blueprint nya!!

Bilik aku bemalam bersama Ruby ialah the sunroom yang sebenarnya dijadikan ruang makan pagi kerana suasana yang terbuka dan berdinding cermin. Bayangkan kalau ada kolam ikan dan sambil menikmati makan pagi membaca suratkhabar...erhmmm.. dan bayangkan kalau di waktu malam, duduk bersama yang tersayang sambil melihat bintang-bintang.

Niagara Falls










Kenangan TIGA sahabat yang aku anggap lebih rapat dari adik beradik aku sendiri, seorang abang dan seorang adik.

Realiti terasa begitu jauh dan alangkah dunia kekal indah sebegini..

Maiden of the Mist boat ride...Pelangi terasa begitu dekat tapi pasti tak kan dapat disentuh.

Washington DC: Destinasi semakin hampir

Semalam aku tiba di Gallaudet Hotel. Kami bertolak dari International House, Philadelphia pada pukul 2.35pm, dijaangka tiba di DC jam 4pm tapi apa yang dirancang tak semestinya berlaku! Limousine Coach (Bas) pecah tayar dekat Delaware kerana terlampau banyak beg so tersangkut 2 jam tetapi pada ku ianya ialah "Happy Incident"! So sampai jam 8pm.
Setiba sahaja aku memang terus mendapatkan program packet, dinner dan terus menuju ke bilik. Fulamak saiz bilik 5 kali ganda bilik aku di International House..dengan king saiz bed!! Siap ambil long bath lagi!! Aku check around, tengok di floor aku ada gym..rasanya pasti akan mencuri masa utk exercise. Bayangkan 5 bulan di USA naik 6 kg.

Pada hujung minggu terakhir di Philly, aku bersama 6 rakan mengambil kesempatan ke Niagara Falls, one of the seven wonders of the world. Keindahan yang tak dapat di ucapkan.

Wednesday, June 13, 2007

My First Baseball Game in US




Terasa fulamak dapat tengok baseball game Philly vs Giants di Stadium, tapi hujan..Malas nak tunggu lama-lama sebab portfolio tak siap lagi...Antara gambar yang dirasakan..menarik juga!!

Sunday, June 10, 2007

Lupa nak cakap!!

Hari ni, sekarang ni nak gi lagi ke AC!! Shopping sebab tengah sale..Itulah perempuan!!

Atlantic City Jun 9 2007 (Saturday)





Dah lama nak ke AC, tapi tak ada masa..di sebabkan semua assignments dah diselesaikan dan ini adalah minggu terakhir, maka barulah kesempatan.
Menariknya perjalanan ini ialah, beli tiket $18 tapi, casino bayar $20. Hmmmm..galakan nak suruh orang berjudi!

So aku pun numpanglah main slot mesin..Dapat lah kutip $14. Tapi rasa tak buat dah kut.

Apa yang dipelajari?

Judi itu adalah mainan nafsu manusia, mendapatkan apa yang tidak pasti, macam kehidupan, kita selalu memperjudikan nasib dengan keputusan-keputusan yang dibuat, mengharapkan hasil yang dikutip itu berlipat ganda. Tapi sebenarnya mana ada jalan mudah dalam hidup ni.

Sapa ntah pernah kata: Rezeki bergantung pada 3 perkara, masa, tempat dan orang.

So kalau ada anak-anak didik aku yang sedang membaca ketika ini, pesanku, jangan memperjudikan hidup dengan keputusan yang singkat, ambil lah masa dan fikirkan segala kemungkinan, bacalah rentak keadaan ketika itu kerana perjalanan hidup masih jauh lagi...

Maaf lah..gambar tak upload lagi sebab busy berjalan!!!

Malaysia tetap dihati tapi dunia perlu diterokai supaya hidup bertambah asam dan garam, lemak dan manis, panas dan pedas. Tak kan nak makan karipap jer hari -hari..nak gak rasa pretzel tu camna, quesadilla tu mendenya, abis-abis pun nak gak rasa cheese steak dan hoaggies kan!!

Friday, June 8, 2007

Perjalanan yang hampir berakhir

Hari adalah hari yang paling sibuk sekali...bayangkan tidur pukul 4 am bangun pukul 5.30 am..Dah kira lewat sebab subuh pukul 4.45 am. Kalau terjaga pukul 6 am alamat tersasar lagi lah..

Hari ini jugalah nak diposkan kotak-kotak yang berisi apa tah bendanya...Itulah bahananya bila banyak persinggahan ..banyak yang dikutip tapi bila nak digunakan atau apa keperluannya...Belum tahu!

Final exam untuk Current Research and Curriculum design pun hari ni juga...Nasib badan la...Sempat juga study. satu yang menarik sistem pendidikan di US ialah kita payah nak lupa apa yang diajar sebab method yang digunakan berpusatkan kepada kita sebagai pelajar. Kalau dah buat mestilah ingat. Teringat review paper yang terpaksa dibuat semula lantaran ketiadaan buku teks dan menggunakan tajuk lain.. Tetap disemak dan dipulang bersama komen yang positif. Terasa bangga bila asyik dapat 10/10 bagi semua assignment. Objektif pembelajaran di sini mudah, gunakan apa cara sekali pun tak apa asalkan pelajar sentiasa merasa bangga dengan pencapaian mereka.
Pernah teringat kata-kata dua rakan yang berbeza tentang perkara yang sama:

"Kehebatan yang perlu diukir" dan " Kelemahan yang perlu diperbaiki" Sama tapi tidak serupa...

So sekarang membuat persediaan mental dan fizikal untuk presentation E-portfolio. Pasalnya nak buat dulu dari yang lain!!

Lepas ni merdeka!! Cadang nak keluar dinner dengan Ruby (rakan yang ditemui di persinggahan)saja nak sembang-sembang berisi!

Minggu depan 18 Jun, Adieu Philadelphia, Benveniedo Washington.

Bergelodak rasanya membayangkan saat tiba di KLIA 30 Jun...Menanti dan ditunggu.

Unleash The Freedom!