Wednesday, August 3, 2011

Kalam Ramadhan Rabu

Diam...

Bulan puasa ni, banyak yang bercakap tentang kesuciannya dan al fitri. Semua bercerita dan mempromosi keagungan Ramadhan Al- Mubarak. Malah ramai di antara kita yang bercuti untuk merai kehadiran Ramadhan.
Diam juga sehebat riuh rendah gegak gempita berbahasa. Ada di antara kita yang memilih untuk diam berkata-kata namun riuh perbuatannya.


Puasa...ertinya luas...bergantung pada persepsi tersendiri dan bagaimana kita memilih untuk menjalaninya.


Kalam Tinta Buta:: Diam ubi berisi...diam tin berkarat...diam manusia?

Tuesday, August 2, 2011

Kalam Ramadhan Selasa

Enggang di Kg Gajah!

Burung yang bertebaran di langit Kg Gajah yang benar-benar menangkap pandanganku selama ini ialah sekawan burung Enggang yang begitu riak berkicauan hampir setiap pagi di pohon machang berhampiran bilik guru atau di pepohon durian berhampiran kuarters yang aku diami.

Apa yang signifikannya si burung enggang ini padaku? Burung yang begitu sinonim dengan penduduk Sarawak yang mengangkat burung ini sebagai lambang kekuatan mereka. Bagaimana pula kisah burung Enggang di Kg Gajah? Terpinggir di luar kawasan mereka, menciak riuh untuk memberitahu akan kehadiran mereka yang dipandang sepi.

Aku tersentak dengan ciakan mereka yang begitu nyaring tapi terus senyap hilang ditelan pandangan sepi. Mengapa begitu? Mengapa ada di antara kita juga nyaring bersuara, gegak gempita mengayakan diri tapi akhirnya kaku dan sepi dipandang...?

~Kalam Tinta Buta~:  Kehebatan kita tidak diukur dengan ilmu di dada tapi amalan ilmu yang ada...

Monday, August 1, 2011

Kalam Ramadhan Isnin

Harapan...

Cahaya matahari pagi Ramadhan hari ini begitu terang bercahaya walaupun diselindung dengan jerebu. Begitu juga di antara kita dengan harapan yang digalang sepanjang Ramadhan yang hadir. Ada di antara kita sedang berperang dengan kelaparan, berharap sesuap nasi di penghujung hari. Ada pula di antara kita kedahagaan jiwa yang hauskan pengisian rohani, tercunggap-cunggap kekosongan. Ada juga di antara kita yang bertelegu mengharapkan kemaafan dari mereka yang disayangi.

Pre Sahur Sufi...terlentuk lena sambil makan...
Aku sekeluarga berhadapan dengan ujian yang menguji keinsafan dan keredhaan Ilahi di pagi Ramadhan ini. Anisa..masih lagi belajar untuk membawa diri dalam mengatur kehidupan, Sufi masih lagi merangkak mencari erti Puasa. Aku, masih lagi kegelapan dalam cahaya yang terang.


Semoga Ramadhan ini memberi erti tersendiri pada setiap insan yang menempuhnya dalam usaha mencari Lailatul Qadar...

Buat Suamiku, anak-anak, mak, abah, adik-adik, ibu mentua dan adik-adik ipar...Ramadhan yang menggamit memberi makna baru dalam sirna kebahagiaan kita menuju yang Satu. Ampunkan segala kesilapan dan kekhilafanku. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

 **Kata Kalam**

Jangan kau salahkan, orang merindu dengan kerinduannya, sehingga kau mampu menyelami jiwanya…

Tuesday, June 21, 2011

Jual rebung bayar denda

KANGAR: “Saya akan cuba mencari seberapa banyak rebung untuk dijual bagi menebus semula (membayar denda) kad pengenalan atau MyKad yang hilang sejak seminggu lalu,” kata seorang pemuda, Mohd Ridzuan Ahmad, 21, yang terpaksa pulang hampa selepas usaha keduanya mendapatkan pengecualian denda, gagal semalam. * macam pelik  dan tak logik betul!

Beliau bekerja mencari rebung, ditemani bapanya, Ahmad Salleh, 52, hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis di Bangunan Persekutuan di sini, memohon mendapatkan Mykad baru, sejak jam 8 pagi.

Dia kini hidup tanpa sebarang dokumen pengenalan diri akibat kehilangan Mykad untuk kali pertama kerana ketiadaan wang membayar denda dan terpaksa menanggung risiko jika ditahan pihak berkuasa.

Katanya, JPN memberi kelonggaran mengurangkan jumlah denda sebanyak RM60 berbanding RM100 yang ditetapkan bagi mengeluarkan Mykad baru tetapi jumlah itu besar dan tidak mampu dijelaskan akibat kemiskinan.

“Denda dikurangkan selepas saya dan bapa mendapat bantuan daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis (SUK) dan salah seorang penghulu di situ mengeluarkan surat kepada JPN supaya dikecualikan bayaran denda.

“Bagi kami, RM60 adalah besar dan saya bersama bapa hanya mempunyai wang untuk tambang bas dan minum untuk hadir berurusan kali kedua dengan JPN,” katanya yang menetap di Batu 18, Jalan Kangar-Padang Besar, berhampiran Sungai Chuchoh, dekat sini.


JPN menetapkan peraturan denda RM100 bagi kes kehilangan Mykad kali pertama, manakala bagi kehilangan kali kedua (RM200) dan untuk kali ketiga dan seterusnya, denda dikenakan ialah RM300.

Pengecualian denda kehilangan MyKad akan diberikan kepada sesiapa yang kehilangan dokumen itu akibat dirompak, diragut atau menjadi mangsa kejadian bencana alam dengan mengemukakan laporan polis. 

Maknanya: Kalau tak nak kena denda, pegi la balai polis buat report dengan alasan yang diterima oleh pihak JPN...
 

Mohd Ridzuan dan bapanya yang tidak memiliki kenderaan terpaksa berjalan kaki sejauh dua kilometer dari stesen bas di sini ke pejabat JPN sebelum pulang hampa kerana gagal mendapatkan pengecualian denda bagi mendapatkan MyKad baru.

“Saya dan bapa sudah membelanjakan RM20 untuk membayar tambang bas dan makan ketika hadir berurusan di JPN. Wang yang tinggal hanya cukup untuk tambang bas pulang ke rumah,” katanya.

Katanya, beliau sebelum ini diminta menjelaskan RM100 sebagai denda untuk menggantikan MyKad yang hilang ketika hadir bersama bapa di pejabat JPN, Jumaat lalu.

“Hari ini (semalam), saya ingat tidak dikenakan denda kerana mempunyai surat sokongan daripada SUK tetapi anggapan saya meleset dan tetap diminta menjelaskan denda walaupun jumlahnya dikurangkan kepada RM60 berbanding RM100 pada Jumaat lalu,” katanya.

Sementara itu, salah seorang pegawai JPN Perlis ketika ditemui selepas urusan Mohd Ridzuan berkata, pengecualian denda hanya kepada kes tertentu termasuk bencana alam dan yang lain dikenakan denda berdasarkan kekerapan kehilangan dokumen berkenaan.

Monday, June 20, 2011

Kembali Menapak dan Mengatur Langkah...

Antara tugasan yang amat mngujakan aku bagi tahun ini ialah selepas diberikan kepercayaan oleh Tuan Haji Mohd Yassin bin Mahamod, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris, JPN Perak untuk memberi ceramah kepada 30 orang guru cemerlang dan jurulatih utama tentang teknik berkesan dalam p&p Bahasa Inggeris  semasa cuti sekolah baru-baru ini. Bengkel yang menemukan aku dengan guru-guru yang begitu hebat dalam bidang mereka membuatkan aku terasa begitu kerdil.

Bertitik tolak dari situ, sekali lagi aku menerima surat arahan Mesyuarat Jawatankuasa Pemanduan Guru Cemerlang 2011. Pengalaman berada bersama-sama sekumpulan guru cemerlang dan pegawai-pegawai JPN, menjadi Think-thanker  untuk sama-sama melahirkan idea dan saranan untuk meningkatkan pencapaian PMR Negeri Perak adalah satu penghormatan untuk aku.

Menarik sekali kerana ini adalah kali pertama aku berpeluang bekerjasama dengan JPN Perak, sedangkan sebelum ini aku lebih banyak bekerja dengan JPN Selangor! Mungkin sudah sampai masanya menabur budi di laman sendiri dari meumpang lalu di laman orang!

 Kini aku sedang cuba membina link dengan British Council untuk memberi peluang kepada anak-anak murid aku menerima pendedahan kelas pertama agar mereka dapat bangun dan duduk sama tinggi dengan pelajar lain yang sama hebat dengan SABK MEDI! Moga-moga ada keberhasilan yang positif...

Saturday, May 28, 2011

Dalam kita mendidik

Ada satu kejadian yang menarik yang menimpa aku pada hari akhir sekolah. ketika itu aku sedang tenggelam dengan menyelesaikan kertas soalan, dalam perjalanan ke Kuala Kangsar dan kekecewaanku terhadap pelajar-pelajar yang menjadi ayam tambatan ku.

Wira kesayangan ku dikemekkan akibat melepas kegeraman apabila permintaan tidak dipernuhi. Alangkah bodohnya manusia yang begitu mudah menunding jari dan meletakkan kesalahan dan kelemahan diri sendiri pada orang lain. Aku sangat bersetuju dengan kata-kata Johan Khalid dalam bukunya "Orang Lain"..mereka yang suka menyalahkan orang lain ialah mereka yang tidak ingin berbuat sesuatu. Maksudnya mereka adalah manusia yang hanya bijak menunding jari tetapi masih di dalam lubuk kebodohan diri sendiri. Kekemekan kereta aku tidak  mencalar kesabaran tetapi menyentakkan aku bahawa manusia ini adalah golongan yang alpa, mungkin kerana sentiasa memikirkan diri mereka lebih sempurna.

Pengajaran yang aku dapat ialah kebodohan orang lain adalah hak milik orang lain bukan untuk aku! Tidak perlu kebodohan itu dikongsi dan tidak perlu aku menerima nasib yang sama.

Harapan aku, insan itu bangun dari kealpaan dan kebodohannya agar tidak lagi hanya menyatakan ketidakpuasan dengan menunding jari ke arah orang lain sehingga hilangnya hormat dan maruah diri hanya untuk membuktikan dirinya bodoh di mataku...

Wednesday, April 20, 2011

Sekolah ku Syurga ku

 Rasa-rasa kenal tak mamat berbaju purple tu?
 Pintu masuk SABK MEDI
 Suasana di hadapan bilik guru
Kantin SABK MEDI

Friday, April 1, 2011

Di hari ini...

Tanggal 1 April 2011..tanpa disedari telah 3 bulan SMKA Slim River tinggal dalam kenangan. Kehadiran mesej dari Hanis menyentakkan aku untuk tidak lagi leka dengan kenangan lalu. Langkah harus diteruskan, perjalanan harus diterokai untuk mencari penamat yang terbaik.

SABK MEDI...memang menarik. Aku belajar untuk kembali pada asalNYA, kembali mengatur langakh perlahan-lahan. Paling meariknya ialah aku belajar untuk menjadi semakin sabar dengan cabaran yang kuterima. Memang pemerintahan SABK dan SMKA jauh beza ibarat langit dan bumi. Masing-masing punya kekuatan dan kelemahan tersendiri. Namun aku menganggap semua ini adalah untuk membawa aku ke arah yang lebih baik dari sebelum ini.

Dari aspek tugasan, SMKA memberi aku kepuasan untuk mencipta letupan-letupan kejayaan dengan cara yang tersendiri tanpa terikat dengan arus perdana kerana tugas aku lebih kepada aspek penyelengaraan dan pengurusan pertengahan. Di sini, aku berada di arus perdana yang memerlukan aku kembali ke asalNYA! Aku harus membuka ilmu-ilmu yang ku asah kembali untuk memastikan kejayaan akademik anak-anak kita. Itu adalah cabaran yang amat mengujakan walaupun terasa lelahnya namun, kepuasan jelas terasa kerana aku melakukan demi anak-anak jati Islam. Demi agama dan bangsa...

Bergerak bersama barisan pentadbir yang masih lagi merangkak untuk mencipta kejayaan menyedarkan aku betapa beruntungnya aku dipilih untuk berada di sini. Ini kerana mereka memberi komitmen yang padu untuk memastikan kejayaan anak-anak yang dididik. Dengan majoriti 13 ustazah menguasai bilik guru dan hanya 4 ustaz benar-benar menguji kekuatan hati dan emosi aku untuk bersama-sama bekerja, bangun  senang dan susah bersama air mata duka dan suka.

Aku berharap aku mampu sekuat mereka yang berada di sini untuk terus melangkah memberikan yang terbaik demi kejayaan anak-anak. Aku memohon pada semua rakan sahabat handai yang punya kekuatan hebat untuk tampil membantu anak-anak kita di sini yang sangat memerlukan kita.

I was thinking of you..

Dear Hanis,
We met at a crossroad of our life...between choices that we have to choose..and the irony is with our separate ways, we met in the middle. How so unexpected! I still have a vague picture of you in 4 Al Khawarizmi and now you are among my former students in 4 Jabir at SMKA Slim River.

Things might be so opposite and different but believe me, you will learn lots of fabulous newbies while trudging the pavement of SMKA Slim River.  There is a lot of hidden treasures for you to discover. Take your time and hold back your breath and you will see rainbows within the heavy turbulent!

Believe me that you are the chosen one to be where you are. As the chosen one, you can choose how to draw the lines, where to start and when to stop. And trust me, you are in a good hand. Mama will take good care of you!

Send my love to 4 Jabir..they hold a special place in my heart and now you are there too...

p/s: someone post your blog piece in the teachers' room..hehhe..

Puan Sharifah

Hati kita tidak pernah sempurna...kita sentiasa kecundang dalam kelemahan penuh dengan hawa dan nafsu!

Wednesday, February 16, 2011

To all MY former SMKA Slim River students...

Assalamualaikum and a very good morning!

Hello everyone, greetings from Kg Gajah..

I miss all of you. Life is fabulous here but I am wishing that life can be the way I want it to be..

I see some of you are still using blog to share your new-found knowledge. Keep up the good job!


Puan Sharifah!

Ilusi

ILUSI...satu bayangan kehidupan yang sempurna, tanpa kecacatan. Itulah hakikat sebuah ilusi yang sering kita bina dalam minda kita dengan harapan ia boleh direalisasikan di alam nyata. Ramai dalam kalangan kita yang terperangkap dalam ilusi yang menuntut kesempurnaan, dengan memasang angan-angan agar segala keinginan kita dipenuhi dan terus dipenuhi. Tapi oleh siapa?

Selalunya, mereka yang terperangkap dalam ilusi kesempurnaan adalah mereka yang mempunyai nilai diri yang rendah kerana mereka takut untuk berdiri dengan kekuatan diri sendiri. Manusia  sebegini biasanya gagal menemui kelemahan diri sendiri tetapi cepat menunding ke arah kesalahan manusia lain kerana mereka takut mereka akan kehilangan kesempurnaan yang telah mereka cipta dengan bersandarkan ilusi semata-mata.

Saturday, January 1, 2011

Dalam Diam Ubi Berisi

Kedatangan aku di daerah yang sepi pada 11 Disember 2008, rupa-rupanya adalah kedatangan yang penuh erti. Pemergiaan aku pula ke daerah baru tanggal 31 Disember 2010 bakal menduga nilai diri dan kematangan aku.

Dulu kedatangan aku ke daerah sepi ini ditemani dengan kata-kata perangsang yang membangkitkan semangat juang. Kini aku melangkah pergi setelah perjuangan aku sampai ke penghujungnya. Kedatangan yang begitu memberangsangkan dan pemergian yang penuh dengan kesyahduan.

Kaki tetap melangkah dan kehidupan tetap diteruskan. Hati yang walang bukan penyekat untuk terus berbakti dan menabur budi. Dalam aku diam, aku belajar erti kemanusiaan dan kehidupan, semakin memahami nilai kasih sayang dan kemanusiaan, semakin menerima erti kehilangan dan permulaan sesuatu yang tidak pasti dihadapan. Jelas sekali aku belajar mengenali siapa aku dan menilai diriku dari kacamataku sendiri.

Kehidupan yang ditempuhi menjadikan aku lebih diam dan memerhati untuk memahami perbezaan dan persamaan antara manusia. Sifat dan sikap yang memberi nilai yang berbeza pada erti seorang insan. Ada yang kita sayang, kasih, hormat dan ada pula yang diketepikan dan dibenci. Namun aku belajar memahami bahawa perbezaan bukan pengukur kesalahan tetapi keunikan dan itulah nilai yang kita berikan pada seseorang. Manakala persamaan yang dilihat bukan pengukur kebenaran yang dibawa tetapi kelebihan yang mengikat kita untuk terus mengenali siapa dia di sebalik diri yang dipamerkan.

Segalanya itu aku peroleh di daerah yang sepi ini, bakal ku bawa ke daerah baru yang pasti mendamaikan hatiku.

Sabar

Dalam kehidupan kita sering menempuh pelbagai rencam dugaan. Ada kalanya kita dapat mengutip sedikit rezeki buat bekal perjalanan seterusnya.

Baik rencam dugaan ataupun sekelumit rezeki yang diberi dan diterima, kita belajar untuk pasrah dan menerima agar kita diberi kekuatan untuk terus melangkah. Sejauh mana pun kita bergerak, kita akan sentiasa dibekalkan dengan macam-macam ujian dan balasan sebagai tanda kita semakin jauh meninggalkan titik permulaan langkah pertama.

Adakalanya kita tersadung dan rebah, ada masanya kita bangun dan terus ke hadapan.

Permulaan 2011 diharapkan sebaik permulaan 1432H (6 Disember 2010). Langkah baru dengan azam baru untuk satu kehidupan baru. Segala rawan dan bahagia 2010 pasti menjadi kenangan dalam lipatan sejarah pengalaman kita.

Sabar adalah pengubat segala rasa di hati manakala di hati terletaknya segala rasa. Bagaimana kita membuai hati untuk terus sabar bergantung pula bagaimana kita memahami erti sabar yang sebenarnya. Ironi nya nilai sebuah sabar kerana selagi kita mencari erti kesabaran, selagi itulah kita terus diasak dengan pelbagai dugaan, ibarat kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Buat semua rakan taulan, sahabat handai, Selamat Tahun Baru 2011. Semoga langkah mendatang menjanjikan rezeki yang lebih baik dan kehidupan yang lebih membahagiakan! Kun fayakun...

Tuesday, December 7, 2010

Are you an Eraser or a Pencil


Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)


I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

This is for all parents out there.....

Hang in there!

Monday, October 4, 2010

Aku Kebosanan...

Ishkkkk.....bila sibuk..boring....bila dok saja bosan...hahhahha...tak pernah puas hati! Minggu ni memang full sikit agenda terancang....sekolah pulak samapai hari Sabtu. Dalam masa yang sama, mata dah menjeling tengok kalender, tinggal sebulan setengah je lagi nak bekerja...lepas tu yabedabedu.....cuti 6 minggu.

Aku kerisauan gak nih...thesis aku ntah di mana rupanya...asyik dok mengodak data je sejak sebulan kebelakangan ni. Cik Abang Asus pulak dah beberapa kali tersadai dan udah ke wad ICU...senazak aku juga leee....harapan aku nak grad bulan March 2011 tu macam kelam-kelam je.....adeehhhhh!

Tulun...tulun...tulun....(kata buah hati aku....hhehheheh!)

Tuesday, September 28, 2010

Sabar

Aiyoooohhh...sejak minggu lepas, kesabaran aku memang diuji sehingga ke tahan gaban...bermula dengan aplikasi talian untuk pengurusan data sehinggalah ke pengurusan hal peribadi. Memang sesuai dengan major course aku di universiti..hehehehe..management!

Pagi ni, buah hati aku buat hal...aduhai.. pepagi lagi Cik Mat Asus mengamuk..sebenarnya sejak semalam lagi aku cuba memujuk agar dia balik asal tapi takmau jugak..aku tension so dia pun tension jugak kut...akhirnya terpaksalah aku bubuh batu nesan untuk perisian2 sebelum ini dan menapak balik laaa...adussshhh...maka tersadailah Cik Mat Asus aku di BHL sehingga petang ni..

Moral yang aku pelajari ialah kalau aku marah, baik aku diam dan jangan tunjuk kan apa-apa..muka sadin je. Sebab bila aku marah, akan terkesan lah sekeliling aku..aduhai.....akibatnya Cik Mat Asus aku pun udah tension dan merajuk...huhhuhuu!

Wednesday, September 15, 2010

Langkah demi Langkah

Hari ini 15 September 2010. Pada tahun 2008, ketika ini, aku sedang sibuk mengisi permohonan ke UPSI untuk menyambung pengajian..dan hari ini selepas dua tahun, aku sedang berkira-kira untuk mengisi borang pertukaran untuk meninggalkan Tanjung Malim.

Selama dua tahun aku meneroka dunia baru di Tanjung Malim, pelbagai pengalaman menarik yang aku timba dan menjadi sebahagian pengalaman berharga dalam lipatan sejarah kehidupanku. Pelbagai rencam dan kerenah manusia yang aku temui, memberi aku ruang untuk ketawa, senyum dan juga menangis. Semuanya sangat berharga, tak dapat aku letakkan nilainya.

Pengalaman aku sebagai 'teacher' di Sekolah Agama membuatkan aku semakin menghargai nilai seorang guru, seorang insan yang mampu mengubah seorang manusia menjadi yang lebih baik dari semalam! Pengalaman aku sebagai seorang ibu kepada seorang anak gadis yang meningkat remaja, mengajar aku nilai keibuaan yang perlu bersedia dengan pelbagai perubahan tiba-tiba dalam diri seorang anak yang semakin membesar...

Aku sendiri semakin mengenal nilai hidup dan semakin bijak menilai kehidupan, banyak perkara yang aku hargai, nilai kasih sayang yang semakin aku sayangi, aku belajar menghargai dan mengkehendaki penghargaan dalam kehidupan aku sendiri. Dan yang paling pasti ialah aku semakin merasa bahagia dengan apa yang aku temui di dalam kehidupan ku.

Semoga percaturan ku seterusnya akan membawa aku ke arah sebuah kehidupan yang lebih baik...

Tuesday, August 31, 2010

Cuti...

Bermula hari Jumaat lepas..27 Ogos sehingga 31 Ogos aku bercuti sakan.. Balik Taiping has always been a refreshing balm to a nonetheless a well-scheduled life in Tanjong Malim.

Going out with love ones for late nite latte at Pelita, always makes me wishing to be in the cradle of  my own hometown..just a wishful wish..hehehe!

Monday, August 2, 2010

Program demi Program

SMK Agama Slim River merupakan sebuah sekolah yang mampu menyemai benih-benih manusia menjadi insan hebat dan Funstastic! Program demi program yang aku ikuti sepanjang tahun ini membuktikan dengan pengisian yang tepat dan bersesuaian dengan jiwa anak-anak remaja, tugas guru menjadi lebih mudah dan terancang. Namun begitu koordinasi yang mantap diperlukan dari semua stakeholder di sekolah bagi memastikan perjalanan seorang insan benar-benar menuju ke arah kemantapan dan memberi impak yang semaksima mungkin.


Program terbaru yang aku ikuti ialah Program Anak Angkat dan Motivasi UPSR benar-benar membuka mata, hati dan minda aku akan kekuatan yang dimiliki oleh anak-anak remaja ini.

Sesungguhnya aku bangga menjadi sebahagian dari diri mereka! Terima kasih...

Wednesday, July 14, 2010

Dalam Senyap...

Sekolah adalah satu tempat ilmu disebarkan dan guru-gurunya adalah mudir yang menentukan arah tuju pendidikan dan pembentukan anak-anak...sayangnya apabila dalam kalangan guru wujudnya pasukan-pasukan yang merasakan mereka hebat dalam mewarna-corak rentak dan pergerakan sekolah sehingga sanggup menjatuhkan rakan sejawat sendiri. Di mana kredibiliti seorang guru apabila dia sanggup menjaja kehebatan dirinya untuk mendapat sedikit penghargaan yang tidak bermakna. Apa pula yang bakal terjadi dengan nilai ilmu yang dicurahkan apabila ilmu itu djadikan kayu ukur untuk kejayaan peribadinya dalam usaha menjatuhkan yang lain demi sepatah dua kata-kata pujian?

Sekolah merupakan tong sampah untuk segala macama sampah sarap yang tidak dapat dicerna oleh institusi lain dalam usaha membangunkan masyarakat dan dalam masa yang sama sebagai guru, kuasa untuk menentukan nilai dan arah pendidikan semakin mengecil dan guru terus terkapai-kapai dalam usaha membentuk identitinya tersendiri. Bagaimana mampu seorang guru terus membakar dirinya semata-mata untuk memastikan kepuasan sekeliling?

Banggakah aku sebagai seorang guru?