Monday, December 10, 2007
Ucapan yang Amat bernilai buat ku...
Satu ucapan hari jadi yang aku terima dan kepada tuan yang mengucapkannya....
Maaf ya kerana tak check YM...
Paklong...
Kadang-kadang untuk mendekatkan diri kita dengan orang lain bukanlah susah tapi nak bagi orang dekat dengan kita tu yang susah!!
Kadang-kadang kita rasa kita sukakan seseorang tapi kita tak tahu sama ada dia suka atau tidak kat kita!!!
So.., lebih mudah jika kita kita menyukai semua orang dari mengharapkan orang untuk menyukai kita...
Alhamdulillah...

Dalam masa yang sama, aku membuka kembali skype dan YM, mencari kembali nostalgia yang tersimpan di situ. Banyak perbualan aku dengan rakan-rakan yang membuka mata aku bahawa beruntungnya aku mempunyai ramai rakan taulan yang sentiasa menyokong segala yang aku lakukan.
Kadang-kadang aku selalu menganggap betapa sepinya hidup ini tetapi sebenarnya kesepian itu penuh dengan keriuhan kasih sayang yang tidak disebut tetapi kelihatan hanya pada mata hati.
Aku sebenarnya seorang insan yang beruntung dan terpilih dari saat aku dilahirkan lagi kerana kehidupan yang aku lalui sentiasa mengangkat aku kepada seorang manusia yang lebih baik dari semalam. Aku berjaya melakukan dan mencapai perkara-perkara yang masih lagi menjadi perkiraan dan percaturan bila dan bagaimana bagi orang lain.
Kesyukuran yang aku panjatkan sebenarnya tidak terucap dengan kata-kata kerana terlalu banyak yang aku dapat
Akhirnya...
Anyway satu pengakuan la!!
Aku sebenarnya lebih suka duduk di rumah aku sendiri sekarang sebab banyak perkara yang dapat aku susun dan lihat semula supaya kedepan aku tak menyesal...
Namun begitu pemergian aku bukan untuk selama-lamanya kan!!!
19hb aku akan terus ke Langkawi pula untuk seminggu. Disana aku akan plan cuti raya yang paling best untuk anak-anak aku. Baru adil sebab aku tak dapat bawa mereka kali ini. Dah 10 tahun aku nak buat 'Island Hopping" dengan anak-anak aku dan tidur di chalet supaya mereka boleh mandi laut sepuas-puasnya. Teringin nak menjadi pelancong di kampung halaman sendiri!
hargailah hidup anda sehingga ke nafas yang terakhir...depangkan tangan dan lihatlah segala keindahan dengan mata hati sendiri. Semua keburukan dan kecelakaan sebenarnya membawa hikmah yang tidak ternilai! Hidup hanya seketika..mati jua akhirnya. Berbuatlah baik pada yang ada, damaikan yang bertelagah...sejukkan yang kepanasan, bahagiakan mereka yang kesunyian dan sentiasa berikan yang terbaik kepada semua.sharifah che hassan...
Waaa...Sunyi Hidup tanpa Kanak-kanak Riang!!
Tika dan saat ini, aku sedang melepak di rumah Sheda. Semalam sesampai sahaja di Taiping, aku call sheda, rupa-rupanya dia dgn mak sedang makan kat plaza MPT. Aku pun hadap ke sana. Sempat gak aku order bihun sup dengan teh "O" panas! Biasalah kalau 3 pompuan jumpa-jumpa...kutuk-kutuk..puji-puji...ngata-ngata...gelak-gelak!! Pas mak bergegas gi restoran dia. Rupa-rupanya dia belum masak! Aku kalau nak tolong pun..tolong teman nyembang jer tapi pasal sheda dok asyik memilih kristal kat plaza tu, lepak la aku kat situ. On the way nak balik, dia amik kunci wira dari aku! Alamak lupa nak cakap yang aku tak pakai auto lock dah. Menjerit sakan la wira aku tu..Hampir 30 minit mengagau, akhirnya datanglah mamat cina mencabut wayar alarm. Diam sat tapi enjin keta tak leh start juga...akhir gunakan pendekatan mudah...tolak jer keta tu dalam hujan! Jangan risau..bukan aku yang tolak!!!!
Merayau la pula kami berdua dalam hujan tu cari kedai assesori kereta sebab alarmnya masih berdetik walau tak menjerit! Manala ada kedai yang buka pukul 8 malam so kami pun menuju ke rumah member sheda yang keja engineer (bujang lagi beb). So dia buka kepala bateri dan pasang balik tapi tak jadi. Kemudian mamat tu masuk dalam keta dan bunyi berdetik tu terus senyap. Dia kata..."apasal tak tekan button hitam nih"...??????..."huh???" Rupa-rupanya ada satu lagi magic button kat bawah stering tu yang aku dah lupa!! Cit!!!
Alasan aku...heheheh..aku drive kancil jerr...
Balik rumah sheda, relax and lepak jap tunggu mak mai sebab nak pekena teh tarik....balik rumah pukul 11pm...tengok astro sambil masuk blog ke satu blog ke satu blog!! Sampai terlena!
Maafkan Ayah...
Jam sudahpun menunjukkan pukul 11.00 malam ketika Mansur duduk merebahkan diri di ruang tamu rumahnya. Dalam fikiran Mansur tentu isteri dan anaknya Mira sudah tidur nyenyak.
Tapi kenapa pintu bilik Mira masih terbuka? Mansur terpegun sebentar berdiri di depan pintu bilik Mira. Rupa rupanya Mira tertidur di meja belajarnya. Ditangan kanannya masih memegang pensil seolah olah baru selesai menulis sesuatu di dalam diarinya dan disisinya pula ada segelas kopi yang sudah pun sejuk.
Mansur terus mengangkat Mira ketempat tidurnya. Selepas itu dia mengemas meja belajar Mira yang berselerakkan dengan buku buku. Sebelum Mansur menutup diari Mira, dia ingin melihat apa yang ditulis oleh Mira itu.
Mansur termenung sejenak bercampur sedih selepas membaca diari tersebut kerana apa yang tertulis didalamnya, semua ceritanya berkisar tentang diri Mansur. Dan yang paling menyentuh hatinya ialah tulisan Mira ditiga lembaran terakhir diari itu.
Di lembaran pertama Mira menulis : "Hari ini ayah tidak jadi menemaniku ke Pesta Buku, mungkin ayah terlalu sibuk dengan pekerjaannya. Aku amat faham dengan kesibukanmu ayah."
Tiba tiba Mansur teringat beberapa minggu yang lalu Mira memang ada mengajaknya ke Pesta Buku tersebut. Dia sendiri telah berjanji dengan Mira yang dia akan mengambil cuti untuk menemani Mira memandangkan sekarang ialah musim cuti sekolah penggal yang pertama.
"Ayah, minggu depan ada apa apa program tak?" Mira bertanya sewaktu Mansur baru hendak melangkahkan kaki untuk ke pejabat pada pagi itu.
Mansur tidak menjawab pertanyaan Mira itu sebaliknya bertanya semula kepada anaknya itu,”Ada apa sayang?"
"Kalau Ayah tak ada apa apa, boleh tak Ayah temankan Mira ke Pesta Buku minggu depan?" tanya Mira lagi.
"Insyaallah Mira, kalau tak ada apa apa hal Ayah akan ambil cuti tahunan ayah untuk temankan Mira,ok. ” Mansur memberikan jawapan seolah olah sekadar untuk melegakan hati anaknya itu.
"Terima kasih, ayah," sambut Mira dengan wajah yang sangat gembira sambil mencium pipi Mansur.
Mansur hanya tersenyum melihat tingkah laku anaknya itu yang begitu manja dengannya.
Di lembaran kedua Mira menulis lagi : "Hari ini sekali lagi ayah tidak jadi menemaniku ke kedai komputer, kerana aku hendak membeli dakwat printer aku yang sudah habis. Banyak projek sekolah aku yang mesti dihabiskan dalam masa beberapa hari ini. Sebenarnya aku sudahpun mengajak Ibu, tapi kan bagus kalau Ayah dapat ikut sekali. Tapi..... lagi-lagi ayah sibuk".
Sekali lagi Mansur teringat yang anaknya itu memang pernah mengajaknya pergi ke kedai komputer itu bersama sama ibunya.
Mansur sudah faham benar dengan kerenah Mira kalau hendakkan sesuatu mesti dia akan bertanya seperti ini, "Ayah petang nanti sibuk tak atau Ayah ada apa apa program tak petang nanti?"
Kata kata lembut yang keluar dari mulut anaknya itu membuatkan Mansur tidak dapat memberikan jawapan ‘TIDAK’, walaupun kadang kadang dia memang benar benar sibuk.
Di lembaran terakhir Mira menulis : "Hari ini dan untuk kesekian kalinya Ayah telah mengecewakan aku lagi kerana masih tidak dapat menemaniku ke pasar malam di tempat ku .
Pagi tadi aku mengajak Ayah ke pasar malam di tempat kami kerana hari ini adalah hari terakhir pasar malam itu. Aku sudahpun berjanji dengan Pak Man, penjual anak patung di pasar malam tersebut, yang aku akan membeli anak patung yang ditawarkan petang tadi sewaktu Pak Man lalu depan rumahku. Aku katakan pada Pak Man yang malam ini aku akan pergi bersama Ayah dan Ibu ke pasar malam dan aku akan membeli anak patung itu.
Tapi kerana Ayah masih belum balik lagi tentu Pak Man sudah pun menjualnya pada orang lain.
Pak Man, maafkan Mira ye!. Besok pagi pagi Mira akan tunggu Pak Man depan rumah Mira dan minta maaf pada Pak Man kerana Mira tak dapat pergi ke pasar malam semalam. Kali ini Mira yang akan minta maaf dulu sebab Mira yang berjanji, selalunya Pak Man yang terlebih dulu minta maaf bila Pak Man tengok Mira sudah menunggu di depan rumah menanti suratkhabar yang Mira pesan itu.
Pak Man selalu cakap,”maafkan Pak Man, Mira, hari ini Pak Man terlambat,” padahal sebenarnya Pak Man tak lambat pun cuma aku yang terlalu cepat menunggu.
“Pak Man tak mau kecewakan Mira kerana Mira sudah berpesan pada Pak Man yang kalau boleh hantar suratkhabar cepat cepat sebelum Mira pergi ke sekolah.
Tiba tiba aku teringatkan Ayah aku. Aku amat sedih sekali kerana selama ini belum pernah sekali pun Ayah minta maaf padaku, bila Ayah tidak dapat melayan kehendakku kerana mungkin Ayah menganggap yang anaknya ini masih kecil, tentu tak tau apa itu perasaan sedih, kecewa atau kecil hati.
Aaa…ah. Aku tak nak bersangka buruk pada Ayah walaupun sebenarnya aku sangat kecewa dengan sikap Ayah tapi aku tidak ingin menyimpan kekecewaan itu didalam hatiku. Bahkan hatiku selalu terbuka untuk memaafkan ayah.
Tiba tiba hati Mansur menjadi hiba dan sayu lalu dia menangis bila membaca tulisan Mira yang terakhir itu.
Mansur mendekati Mira, anaknya di tempat tidurnya. Dia merenung wajah Mira sambil mengusap usap rambutnya.
Dengan linangan air mata Mansur berbisik ke telinga Mira,”Mira anakku sayang, maafkan ayah nak, Mira memang mempunyai hati emas. Ayah memang tidak pernah minta maaf pada Mira atas janji-janji yang tidak pernah Ayah penuhi padamu, nak. Dan Ayah selalu menganggap yang Mira sudah melupakannya, sebab setiap pagi Ayah tengok wajah Mira begitu ceria dan selalu tersenyum.”
“Tapi Ayah silap, itu cuma lakonanmu semata dan yang pasti Mira masih tetap menyimpan dan masih mengingatinya dalam tulisan tulisanmu ini.”
“Entah sudah berapa banyak kekecewaan yang ada didalam hatimu nak, seandainya Mira masih lagi tidak dapat memaafkan Ayah.”
SAJAK TERBAIK SINGAPURA - SIKAP MANUSIA JAHIL.
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela
Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah
Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya
Mana kita tahu ...
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya
Sunday, December 9, 2007
EEEeeeeeeee.....Bosannya
Kalau aku tak keluar melancong, dua projek dapat aku selesaikan dalam tempoh terdekat ni. Satu projek buat duit for the next six months dan satu lagi projek tulus dan ikhlas nak mempersadakan pendidikan di Tanah Malaya...sama ada "didik ikan" ke atau didik orang aku tak tahu sebab kadang-kadang aku maleh berurusan dengan orang-orang besar di BPG atau di PPK nih. Ari tu masa aku pergi ke KL jumpa dengan Alimuddin dan Asariah pasal projek nak buat workshop dengan guru-guru seantero Tanah Malaya, si Asariah kata dia nak buat workshop tu dengan lecturer di Maktab dulu tapi sampai ke ari nih hampeh! For sure esok (Isnin) aku kena call Macee tanya apa dah jadi sebab kalau tak dicall...for sure senyap. Geng-geng aku hanya email tanya tapi nak arap mereka nak uruskan...sorrylah...sapa nak abiskan bil telefon! HAhahahaha....dah tak jadi ikhlas ek!
Kadang-kadang aku fikir baik aku jadi orang biasa....yang luar biasa! Mak aku punya restoren pun tunggu masa nak diambil alih, aku jer dok melopong kat Ipoh! Malahan tapak rumah aku kat Taiping tu pun terbungkang gitu jer sebab tak tahu bila boleh balik start buat...silap ari bulan aku tanam cendawan jer kat situ...Idea bagus gak tu. Tambah pula cuaca kat Taipin sejuk sentiasa.
Semalam antor kanak-kanak riang 4 orang tu balik Langkawi. Manusia punyalah ramai kat jeti dan dalam feri...aku nih kalau tempat ramai orang, sesak nafas pasal bau manusia ni bukan nya wangi sangat pun nak dihidu!!! Perjalanan satu hari suntuk. Sampai rumah kat pukul 12 tengah malam. Penat tak terkata tapi as usual blogging tetap tak tinggal. Sunyi sepi rasa rumah bila tak ada suara kanak-kanak. Gitu agaknya rasa bagi pasangan yang tak ada anak ye...BOOOOSSAAAANNNN.....
Rasa-rasa sat-sat lagi aku cunggit pula ke Taiping kut. Sebab dah lama tak balik menjenguk mak aku sejak cuti sekolah. Harap bergayut kat telefon pun tak sama. Macam nak bermalam di sana. Boleh pekena tosai (bukanlah kegemaran aku) sebab mak n sheda suka makan itu!! Aku biasanya suka minum susu lembu kat kedai mamak tu. Tapi kadang-kadang tosai pekena dengan kari kambing dia pun sedap juga. Tambah pula time cuaca sejuk-sejuk gini!
Tadi aku sempat masuk ke website KPM....wahhh biasiswa masters kuar 17 Disember. Confirmed. Tahun lepas aku mohon tapi tak beria-ria sebab aku dah sibuk nak ke US. Dan kalau aku dapat interview nak balik macamana? Tahun ni kena buat betul-betul sebab kena sambung balik le masters yang terbengkalai sekerat jalan dulu!!! Masa tu muda sangat kut so tak pandai nak bahagikan masa dengan study, anak, kerja, rumahtangga dan komitmen lain. Macam lah right now dah pandai?!
Okay..nak chow balik Taiping...dah 4.30pm, sampai around 5.30pm, mak mesti dah siap masak kat restoren, boleh call sheda ajak kuar sekali. Malam ni banyak nak dibincang dengan mak dan sheda. Rasanya dah sampai masanya aku buat keputusan!
Transparent

Bila difikirkan semula aku sendiri menemui ramai pemilik blog yang mempunyai rentak pemikiran yang hampir sama iaitu mereka juga mencari ruang dan peluang untuk diterima dalam kehidupan walaupun sekadar di kehidupan maya! Semalam aku menonton cerita orang putih lakonan Nicholas Cage. Ada satu dialog yang dapat aku kaitkan dengan pemilik-pemilik blog.
Watak A: " Awak tinggal di blok Utara. Aku kenal semua penghuni di situ tapi aku tak pernah tengok engkau..."
Nicholas Cage: "Aku tinggal di blok Utara dan ada 160 penghuni di situ dan mungkin aku tidak mahu mengenali 159 penghuni lain..."
Adakah kita membawa 2 watak dalam kehidupan ini? Di blog kita mempunyai group manusia yang sealiran tetapi tidak wujud di dunia nyata manakala apabila kita bergerak di dunia nyata, kita hanyalah wajah-wajah yang tidak dikenali?
Kita selalu mencari recognition dan kita seringkali terbabas dari landasan kerana ketiadaan seseorang yang memahami dan mengenali isi hati dan budi bicara kita yang sebenar-benarnya. Dan selalunya penulis blog ini adalah manusia yang sukar dikenali dan difahami kerana mereka bukanlah manusia yang pandai "menyebut". Maka isi hati dan luahan mereka disampaikan melalui ketukan alphabets yang situlis satu-satu...
Namun begitu kita masih lagi memiliki 60% dari saham diri kita dan hanya 40% terjual di pasaran maya. Apa yang aku fikirkan ialah bagaimana 40% itu dijual? Apakah pengisian yang ada dalam 40% itu? Dan bagaimana kita menjual 40% itu? Laku tak? atau masih lagi tersusun atas rak , atau dibelek dan dikelebek tapi tidak dibeli?
Terima kasih abah Muizz kerana membuatkan aku terfikir kembali apa. kenapa dan bagaimana aku menjual!
Annoying
Sambil tu aku suka cari apa yang contradicting dengan buku ni untuk dijadikan sempadan dan ikutan atau sekadar mencari kelainan...apa yang aku temui ialah...
Dedicated to Younger Readers (From Rod’s book on A SHORT COURSE IN GOOD MANNERS for Middle School and All other Humans)
Seven Habits of Highly Annoying Adults..(with due respect to Covey)
I will not apologize for adults who treat you with less than good manners, but I will try to articulate a few things that I know annoy younger people about some adults. When dealing with annoying adults, be patient. It might be your opportunity to better equip the adult concerned to understand people who are younger. Keep in mind it is only a matter of time before you will find yourself committing many of the same atrocities toward young people who are, at this point of course, yet to be born.
1. I know you find it annoying when adults try to sound younger than they are. When adults employ your colloquialisms, they are frequently at least a generation or three off, and almost always get the meaning quite wrong. It jars, I know. If you’ve not met it already, you will meet it somewhere in the next handful of years. When I hear it I can hardly disguise my cringe, and so I can only imagine what it does to you. Please, be patient. When I visited Korea this past summer, even my bumbling attempts at “hello” in Korean were appreciated. In fact they were much appreciated. I’d suggest you do the “Korean thing” and accept that at least the adult is trying (no pun intended) to identify with you in some, albeit odd, manner. I’d suggest you mask your amusement and respond with openness and grace. When an adult says, and it is usually quite loudly I’ve noticed, “WAY KHOOL; NO WAY. YES WAY. Oh Grooooovy! Let’s sit around and hang-out and gas, HUH!” in an attempt to “relate” to you, a little bow and a smile from you will go a long way to bridge the gap, which is clearly wider than three or four football fields.
2. I know you find it annoying when adults change their voices – usually into a higher-pitch with an added singsong lilt – in order to talk to you. This is somewhat the equivalent of a waiter asking a sixteen year old if he or she wants a kid’s menu or “carding” your mother or father – although some parents might enjoy that. I do not know the reasons some adults do this but I’d suggest you resist all impulses to kick the offender in the shins and then run in the other direction. Talking to you as if you were a newborn puppy is certainly bad manners. Kicking the offender in the shins, while offering you a brief moment of joy, would not solve the problem. A simple, “It is difficult for me to understand you when you sing to me in a baby voice. Will you please assume your normal voice and vocabulary,” will probably assist both parties.
3. I know you find it annoying when adults don’t take your emotional (your feelings) life very seriously. I have heard adults say things like, “She thinks she’s in love at 14!” and similarly insensitive things. While your love at 14 might not be fully developed (as I hope it will be when you are 40) you are apparently feeling feelings that feel like love to you. These feelings are the feelings of love of which you are capable at this time of your life. Yes. I’d suggest that you are as much in love as you might ever be at 14. Enjoy it. It is sad that some adults do not take your love very seriously. My only hope is that you will not close down when it comes to talking about such matters simply because on occasion your feelings were discounted. Again, do the gracious thing. Teach the adults around you about just how authentic your emotional life really is. Be careful. All the adults closest to you will have little doubt about the volatility and the strength of your emotions. Itis this very volatility that helps adults feel that all of your feelings cannot possibly always be completely valid or accurate. Learning to govern your behavior and your emotions is both possible and necessary if you are going to be a successful adult. Learn to do both now while you have a lot of “room” to get it right (and wrong).
4. I know you find it annoying when some adults treat you as if you are much younger than you are. Perhaps it is a direct result of wanting to be much younger than they really are. Be patient. Resist the urge to employ your best baby talk or to dribble or urinate on the spot. Being treated like a baby does not mean you get to act like one. A simple, “Please don’t pat my head or squeeze my cheeks or coo at me – I am not a hamster,” will usually do the trick.
5. I know you find it annoying when some adults talk about you as if you are invisible – or at least as if you cannot hear or understand what they are saying about you, and so every private matter of your life is paraded for all the known world to hear while you are standing right in the midst of the discussion feeling as if you are looking in on yourself. The flipside of this is the adult who is suddenly silent when you enter a room and so it is clear you were the topic of conversation or the conversation was about something you are considered too young or too sensitive to understand. Another strand of this virus is the adult who spells words or suddenly switches to Spanish phrases in the belief you will therefore be shielded from whatever it is you are not supposed to hear. Be polite. Little is ever gained by being as poorly mannered in your response to the ignorance of others.
6. I know you find it annoying when some adults turn everything into a race. “Is your grade the highest in the class, the school, the city, the universe?” asks your favorite uncle about your Math score. Before you hit reply he goes on with, “Did you know I have the fastest, and biggest, and most economical car on the block and I was a full partner with my company before your dad graduated from middle school and I own the fastest and most efficient coffee bean grinder in my apartment building which is by the way the largest and tallest one in the largest city in Texas which is by the way the biggest state in the world.” And when you mention that Alaska cut in half is bigger than Texas he tells you not to be a competitive smarty-pants. Be kind to adults who regard life as one big and endless egg-and-spoon race. You might be the first. Enough said.
7. I know you find it annoying when some adults habitually comment on how much you have grown (or changed) since the last time they saw you. First, it is probably true. You are, as you know, growing at a phenomenal rate and while the day to day changes are not quite so noticeable to you, when Aunt Betty drives in annually from Toledo for Thanksgiving, be patient when she sings the same “My how you have grown,” song because you have grown and it gives her a lot of joy to notice and to say she notices. Being patient with an aunt who loves to point out how you have grown or changed – the benefits will be more helpful to you than resisting her joy.
For your copy of A SHORT COURSE IN GOOD MANNERS by Rod E. Smith delivered to your door go to www.toughplace.blogspot.com
Camna kita nak jadikan anak-anak kita matang dan mampu menjadi manusia terisi apabila kita sering memperkecilkan kemampuan mereka!
Aku pernah menyebut tentang ruang kesilapan yang perlu ada dalam setiap diri seseorang supaya keadaan sekeliling tidak menjadi rigid dan terlalu berfokus. Kadang-kadang perkara yang betul dilakukan dengan betul sentiasa tidak membuka ruang untuk kita exlore ruang baru yang boleh mencambah dan mencapah minda. Kerana pendapat aku nih, pernah seorang rakan baik aku membebel dek sikap aku yang seoalah-olah tidak ambil port dengan kesilapan yang telah dilakukan dengan alasan aku akan sentiasa melakukan kesilapan tanpa membetulkan kesilapan lalu. Katanya aku tidak akan memperbaiki diri aku jika terlalu kerap membuat silap.
Adakah semua kesilapan itu salah? Banyak kebetulan dihasilkan melalui kesilapan yang dikatakan salah itu! Personally aku merasakan tak ada benda yang salah cuma perbezaan pendapat dan pandangan menyebabkan kita selalu menyalahkan apa yang berlaku!
MagicalCommunication

Mencipta komunikasi dalam seharian memerlukan kreativiti dari segi menyebut dan menyampaikan apa yang tersimpan dalam hati dan minda.
Ramai di antara kita gagal menyampaikan hasrat yang terbungkam dalam hati kerana gagal menemui ayat atau perkataan yang benar-benar menepati hajat yang tersimpan.
Keadaan ini akhirnya menyebabkan kita menyebut apa yang berlainan dengan apa yang sebenarnya yang ingin kita sampaikan.
Kenapa ini berlaku jika kita didedahkan dengan cara berkata-kata dan diajar bercakap seumur 0 bulan lagi!!!
Kadang-kadang berlaku keadaan bahasa badan lebih menyebut apa yang tidak tersebut. Juga berlaku keadaan lirikan mata atau goyangan tangan membantu kita menyampaikan apa yang perlu disampaikan. Cuma kita seringkali terlupa pada bakat yang ada dalam diri kita untuk membantu kita mengerti apa yang perlu disampaikan dan bagaiman perlu kita menyampaikannya!
Kegagalan kita menyebut menyebabkan keadaan menjadi lebih kusut dan akhirnya kita terpaksa mengorbankan apa yang telah kita ada di tangan dek kerana sebutan-sebutan yang menjadi duri dan racun yang akhirnya tumbuh menjadi onak dalam sekam...
Something to Ponder Upon
Gerak hati adalah sesuatu yang sangat banyak membantu kita dalam melihat perkara-perkara yang kita tidak nampak. Kadang-kadang tanpa kita sedari gerak hati juga membuatkan kita menerima sesuatu takdir dengan hati yang terbuka kerana kita menerima hakikat bahawa itulah ketentuannya.
Aku suka dengan ayat penulis ni ~ sometimes intellect get skewed by irrational logic.
Kebenaran kata-kata ini ternyata berlaku dalam kehidupan kita apabila acapkali kita memberikan pendapat yang tidak rasional yang memang tidak menunjukkan kebijaksaan kita kerana kita mengambil mudah apa yang berlaku dan tidak memandang satu-satu maalah it dari pelbagai sudut.
End of the world ~ Tidak bermaksud itulah penghujung dunia buat kita jua. kadang-kadang kita terlalu mengharapkan orang supaya memahami kehendak dan keperluan kita tanpa memikirkan atau memahami kehendak dan keperluan orang lain. Adakah kita kian menjadi manusia-manusia yang mementingkan diri dan tiada empathy dalam vocabulary kehidupan kita?
Bukan mudah untuk kita memahami kewujudan insan lain kerana kita selalu merasakan yang kitalah yang terbaik atau tercorot, kitalah telah memberikan yang terbaik atau tidak , kitalah yang mengalami peristiwa-peristiwa terhebat dan terburuk. Kadang-kadang kita memikirkan kita berada di puncak dunia atau di bawah sekali.
Apapun...selalunya ia mesti tentang kita dan tidak tentang orang lain. Kita sering mempersoalkan tentang hak kita tanpa memikirkan hak orang lain...
Saturday, December 8, 2007
Sentiasa Tersenyum dan Sentiasa Bersedia
Puncanya ialah visa dia sorang tak terlepas. Walamak apahal pulak. Rupa-rupanya Imigresen buat silap...tarikh renew pasport 5 September 2007 dan tarikh mati 11 Oktober 2007. Aku dah set dalam kepala, tak jadi pergi dah pasal tarikh issue tiket ialah pada 7 Disember , 24 jam sebelum flight. Disebabkan tak ada visa, tiket kami kena release. So terpaksalah buat setting baru. Masa ni aku memang dah mengamuk walaupun senyum dan rambu jer.
Kemudian petang ni dapat tahu tarikh yang available hanya pada hari Isnin atau Selasa dan tarikh balik dah full sampai ujung tahun. Meloncat lagi si Anita. Ntah banyak mana bil telefon aku bulan ni pulak!!!
Akhirnya aku kautim dengan madam di agensi tu sendiri supaya dapatkan tarikh pada hari Ahad 9 hb dan cuba dapatkan tarikh balik pada 18hb, 2 hari sebelum raya sebab kena turn balik Langkawi.
Disebabkan masalah ni, budget semua lari semua terpaksa buat perancangan emergency, kut-kut tak dapat balik mengikut jadual. Antara alternatif yang diambil ialah menggunakan route Delhi - Hong Kong atau Delhi - Bangkok.
Pada aku, ia menguji kekuatan dan kesabaran kita dalam menangani masalah dan disinilah kita perlu bijak mainkan peranan supaya kita dapat apa yang kita nak dan semua kehendak orang dapat dipenuhi.
Dipinjam dari Blog Abah Muizz ~ Thank you for lending without permission!!
Dear IT Support,
Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.
In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0.
And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.
What can I do?
Signed,
Desperate Housewife
Reply:
Dear Desperate Housewife,
First keep in mind:
Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an operating system.
Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0.
If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.
But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5 or Late Night Teh Tarik 6.1.
Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly. wav files.
Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.
In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly.
You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9.
Good Luck,
IT Support
Friday, December 7, 2007
Untuk Rozita

Resepi nih aku post kat hang! Pasal kalau dak confirm aku lupa...So nanti dah buat post comment!
Daging Masak Hitam
Bahan yang diperlukan:
1 kilo daging
10-15 tangkai cabai kering
~ goreng tanpa minyak sampai garing tapi jangan hitam so api kena kecil dan jangan berhenti kacau!
satu sudu makan bunga lada hitam
satu sudu makan bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kecil kayu manis
3 biji buah pelaga
~ goreng/ kacau tanpa minyak sampai naik bau wangi, api kecil.
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
~ goreng/kacau tanpa minyak sampai garing tapi jangan lama sangat sebab cepat hangit, api kecil.
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 cm halia
1 bungkus kerisik (150 gm)
1/4 cawan kicap
gula
garam
air asam
Minyak untuk menumis
Cara:
Semua bahan yang telah digoreng dimasukkan ke dalam blender dengan bawang merah, bawang putih dan halia.
Sediakan kuali, masukkan minyak, masukkan bahan yang sudah dikisar.
Masukkan daging, renehkan sehingga pecah minyak.
Masukkan kicap, bila mendidih, masukkan kerisik, air asam, gula dan garam.
Persediaan: 20 minit
Memasak: 20 minit
Makan dengan nasi briani..pergh!! Sedap, buat pula jelatah timun dan nenas!! Kalau ada acar buah lagi ngam...
Rasa macam resepi yang kasi kat Kak Yah tu mcam tak lengkap jer...asyik diganggu dek si Bangla!
Teknik Mendidik dan Memahami Jiwa Anak ~ Ismaiza Ismail
Buku ini dibeli semasa aku sarat mengandungkan Adlin~ kira-kira 8 tahun. Tak sangka dalam sibuk mengemas rak buku aku yang dah terlalu sarat itu terjumpa balik buku ni. Itulah bila dah terlampau banyak buku yang dibaca kadang-kadang terlupa pada sesetengah pengetahuan yang tersimpul rapat dalam minda.Apa yang menarik dalam buku ini ialah bagaimana menguasai emosi anak-anak dan menjadikan mereka lebih stabil dari segi pengurusan emosi.
Anak-anak aku memang jenis yang didedahkan dengan pelbagai ruang dan peluang untuk menjadikan mereka mudah membawa diri jika ke mana-mana. Tetapi ada pelbagai faktor yang juga mempengaruhi tumbesaran dan kestabilan emosi mereka. Dan masing-masing ada "trait" tersendiri yang hadir bersama mereka sejak lahir lagi.
Bagi aku, didikan anak-anak lebih berpusat kepada pemikiran yang kritis dan analatikal..macam aku gak! Mereka perlu bijak membuat keputusan dalam memenuhi keperluan mereka. Apatah lagi setiap anak adalah berbeza-beza pembawaan diri mereka.
Bukan mudah mendidik anak-anak apatah lagi kalau kedua ibu dan bapa gagal memahami peranan mereka dalam membentuk anak-anak. Sukar bagi anak-anak mendapat asas dalam memahami diri mereka sendiri apabila si ibu dan bapa sering bertelagah pendapat dalam mendidik anak-anak. Ini kerana ibu bapa adalah role model yang menjadi panduan kepada tindak tanduk yang bakal dibawa oleh anak-anak di kemudian hari. Aku rasa ramai ibu bapa berhadapan dengan masalah ini apatah lagi jika tidak ada extended family yang dapat membantu mereka dalam menangani masalah mendidik anak-anak.
Aku sendiri mengakui kesukaran mendidik anak-anak untuk menjadi lebih stabil dari segi emosi, kuat jiwa dan doa aku semoga mereka mampu membezakan apa yang baik dan buruk, apa yang perlu dan apa yang tidak. Bak kata orang tua-tua, setandan kelapa, bukan semuanya menjadi, setandan pisang bukan semuanya masak.
Mungkin sebab itu ramai pasangan kini merasakan lebih baik mempunyai anak yang sedikit ( selalu dalam 3 orang atau kurang) kerana lebih mudah untuk mereka mendidik dari mempunyai anak yang "menderu" tapi semuanya "hampeh"!
Thursday, December 6, 2007
Kura-kura Terbang!
Saya mengambil cerita arnab dan kura-kura ini sebagai motivasi diri. Pengajaran yang saya ambil...
1. kesabaran
2. Jangan tinggi diri dan bongkak dengan kelebihan yang ada
3. Fokus pada matlamat yang hendak dicapai
4. Buat berterusan jangan mudah putus asa
Hari ini aku bersembang dengan seseorang tentang konsep kura-kura, dibayangkan kura-kura itu perempuan dan bagaimana sabarnya perempuan dalam menyelesaikan tugas-tugas yang dilakukan. Arnab pula digambarkan sebagai lelaki kerana ramai lelaki yang begitu bersemangat pada awalnya dengan pelbagai rancangan yang ingin dilakukan tetapi akhirnya pancit tersungkur di saat akhir!
Dalam pada itu, dirungkai pula bagaimana seseorang yang senyap tetapi pantas menyelesaikan tugas dan seseorang yang riuh rendah tapi gagal menyempurnakan apa yang diamanahkan... Maka berlakulah perbandingan diantara si ibu ayam dan si ibu kura-kura. Kalau ibu ayam nak bertelur bising satu kampung tapi yang keluar hanya sebiji berbanding dengan si ibu kura-kura, senyap sahaja mengorak langkah ke pantai di kegelapan malam yang sunyi dan sepi tapi beribu-ribu telur dihasilkan dalam satu malam.
Aku pula memandang macam ni pula...
Kalau riuh dan mengeluarkan hasil sepadan dengan keriuhannya..bagaimana?
Kisah Si Kodok
Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahwa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.
Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.
Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, “Apa kau tidak mendengar teriakan kami?”. Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahwa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.
Renungan :
Kekuatan hidup dan mati ada di lidah. Kekuatan kata-kata yang diberikan pada seseorang yang sedang “jatuh” justeru dapat membuat orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hari-hari.
Kata-kata buruk yang diberikan pada seseorang yang sedang “jatuh” dapat membunuh mereka. Hati hatilah dengan apa yang akan diucapkan. Suarakan ‘kata-kata kehidupan’ kepada mereka yang sedang menjauh dari jalur hidupnya. Kadang-kadang memang sulit dimengerti bahwa ‘kata-kata kehidupan’ itu dapat membuat kita berfikir dan melangkah jauh dari yang kita perkirakan.
Semua orang dapat mengeluarkan ‘kata-kata kehidupan’ untuk membuat rakan dan teman atau bahkan kepada yang tidak kenal sekalipun untuk membuatnya bangkit dari keputus-asaanya, kejatuhannya, ataupun kemalangannya.
Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat kekuatan bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh.
ANUMERTA
ANUMERTA...bererti "kaca di tapak kaki" yang mempunyai makna pada diri seseorang. Jika didalami maksudnya, kaca adalah arca atau imej diri kita sendiri dan daripada situlah kita mampu menilai kemampuan dan destinasi kehidupan kita.
Aku pernah berbincang dengan seorang rakan tentang maksud cermin diri, bagaimana kita dapat melihat diri kita sendiri dalam seseorang "sejiwa" dengan kita. Tak banyak bezanya dengan cermin kaki, cermin diri, atau anumerta!
Hasil dari perbincangan dengan rakan itu menyedarkan aku bahawa diri kita mampu menjadi arca kepada seseorang jika kita dapat menzahirkan apa yang sebelum ini tersembunyi atau disembunyikan dari pandangan mata ramai. Masalahnya adakah arca itu dapat ditemui oleh semua orang, adakah ia bergantung kepada nasib atau ada ketentuan yang telah ditetapkan? Bagi aku nasib atau takdir sememangnya berada dalam tangan kita sendiri kerana hanya kita sendiri mampu mencipta kehebatan dalam diri kita. Itulah ketentuannya!
20 Perkara yang membuatkan Wanita BENCI Lelaki...
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
