Thursday, May 24, 2012

Esok Sambutan Hari Guru di DMW2....

Tapi hari ni...

RESPON Orang yang TAK PUAS HATI :
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.
HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI GEMBAR GEMBURKAN!!
 gaji guru naik 2012
Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE.. buat garisan padang… buat persiapan padang… buat kertas kerja… jadi PBSM tengah padang… bila murid kalah, cikgu x pandai ajar…. kalau menang.. budak tu pandai main…
Time budak nak bertanding apa2 acara… cikgu jd JURULATIH, kalau KALAH, cikgu kene kritik… cikgu x pandai ajar…
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. Cikgu jadi PENUKANG.. Cikgu jadi Wayar-men.. budak tersalah ketuk… Cikgu kene marah… cikgu x pandai jaga…
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN.. kalau tak cukup… cikgu dulukan duit.. bila cikgu minta dari parent… Mak bapa cakap, cikgu ni asyik minta duit….
Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan utk murid).. cikgu jd PELAYAN.. kalau murid tak dapat RMT…. kata cikgu pilih kasih tak bagi murid tu makan….
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR.. bila da tolong, kata cikgu punca anak murid sakit…
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. cikgu kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena jaga makan minum murid… bukan sorg murid jer…
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI.. cikgu cat kelas… suruh murid? habis kene baju murid… esok dapat teguran dari parent… ape cikgu ajar ni???
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER.. kalau sumbang, kata cikgu tak pandai buat persembahan…
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU.. yang rosakkan kerusi anak siapa??
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI.. bagi tau ibu bapa.. jawapan.. anak saya mmg macam tu….
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF.. nak hukum budak.. esok dapat saman dari parent.. bila bagi tau parent… parent cakap tak per… budak2…
Time budak wat persembahan… cikgu jd PHOTOGRAPHER… yg ajar budak persembahan.. cikgu juga… kalau terbaik… kata budak berbakat… kalau tak elok.. kata cikgu x reti ajar… cikgu lagi…
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA.. cikgu jadi pak guard siang dan malam… untuk pastikan anak murid sedap tidur… cikgu mata cengkung.. orang cakap.. mmg kerja cikgu…
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM… bila naik kan harga sikit.. kata cikgu nak kaut untung atas angin.. tp sebenarnya nak kumpul dana sekolah…
Time hari Guru… cikgu jd PENYANYI.. Sambut hari guru sendiri… jadi badut depan murid… murid hanya gelak pada hari guru…. sapa yg d sambut sebenarnya??
Time gotong royong sekolah… cikgu jd TUKANG KEBUN… nak pastikan sekolah dalam keadaan baik agar murid – murid selesa… tapi bila murid kene gigit nyamuk sikit.. orang datang cakap cikgu tak jaga kebersihan…
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM.. bila anak tak solat.. tanya murid.. kenapa tak sembahyang… parent sendiri tak sembahyang…tapi bila tanya orang, org cakap, cikgu tak ajar di sekolah…
Time parent amek lambat… cikgu jd BABY SITTER… bila tinggal, org salahkan cikgu tak bertanggungjawab.. tapi bila tunggu, dan tanya kenapa lambat… banyak urusan di pejabat….
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH.. bila hukum sikit… esok dapat surat saman dari parent… sbb jentik anak dia…
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS.. kereta siapa?? kereta cikgu… minyak duit siapa?? duit cikgu….
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK.. berpanas semata – mata nak bagi murid merasa aktiviti…
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK.. cikgu jadi badut… bila salah sikit… esok masuk muka hadapan berita… kata cikgu tak pandai jaga murid… tak nampak cikgu yang jadi pelawak tadi…
Baru 24 kerja jer.. NAK senaraikan lagi ke???? bukan baca pown… apa kerja korang???? cuba bagi tau skit??? Selain jaga anak???
* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya !! I Love My Teacher icon smile Saya tetap sayang cikgu saya…. siapa kamu kalau bukan jasa cikgu kamu dan keredhaan ilahi…
Di atas tu bukan saya yang tulis. Cuma saya suka membacanya, lalu teringin pula kongsikannya dengan anda. Post ini diambil daripada salah satu komuniti page di Facebook yakni Komuniti Tumpang Lalu pada asalnya dan saya terbitkan semula di sini tanpa sebarang suntingan. Terlebih awal, saya ucapkan Selamat Hari Guru 2012 kepada semua insan bergelar guru yang pernah mendidik saya daripada sekolah rendah, menengah, IPT dan IPTS. Jasamu dikenang. Terima kasih.


Sumber Asal: Gaji Guru Naik 2012: Ada Yang Pertikai.. - Julmazli Dot Com