Tuesday, August 25, 2009

Yang Tersirat...

Di bawah ini disertakan satu kisah yang menarik, kiriman seorang
kawan untuk dikongsi bersama.

Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.
Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya.

Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat
ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.
Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, temyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.
Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama,yaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli
selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya,
" Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau
menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?
Tuhan pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada
waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan
menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"

Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

Pelajaran pertama adalah:

Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan- Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.

Pelajaran kedua adalah:

Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pelajaran ketiga adalah:

Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Pelajaran keempat adalah:

Siapa yang tahu maksud Allah?

Wallahu'alam.

Hasil Karya: HambaAllah

Sunday, August 23, 2009

Irritable Male Syndrome (IMS)

Pernah tak anda melalui keadaan di mana lelaki dalam hidup anda atau sekeliling anda tiba-tiba menunjukkan sindrom yang sama macam PMS (Pre Menstrual Syndrome)...?

Sebenarnya lelaki juga ada masalah yang sama seperti perempuan...Hahaha...mereka pun selalu gak sengugut..sikit-sikit pun nak sensitif! Kena pula yang anak bongsu (manja meleleh macam gheeblend)...hahahahaa...lagi jenuh! Cuit sikit dan melantun naik ke bumbung!

Ketika mereka mengalami IMS, maka kita kaum pompuan kena cool! Banyakkan muka sadin! Kalau boleh buat muka seposen lagi baguih. Bukan apa, kalau dilayan...walamak silap hari bulan mau tak bercakap, alih-alih bercakar pulak!

Antara punca penyebab IMS:

1..STRESSSSS....selalunya dikaitkan dengan Stress yang KRONIK!
2..Masalah kewangan
3..Perubahan hormon testeron
4..Masalah fizikal dan spiritual!


Antara simptom mereka ialah:

Terdapat empat peringkat:

Pertama: Hypersensitive
Kedua: Anxiety (Kerisauan)
Ketiga: Kekecewaan (Frustation)
Keempat: Anger (Kemarahan)~ ini adalah simptom yang sangat kerap berlaku, letusan emosi sebegini biasanya adalah tahap kritikal yang selalunya berakhir dengan pertengkaran.

Antara keadaan yang dilalui:

1. Merajuk
2. Melenting
3. Marah-marah
4. Pening
5. Keletihan
6. Berleter (hehehe...penat telinga woi!)

Bagaimana mengatasi:

Stay cool dan relax. Macamana bila kita orang perempuan kena PMS, selalunya banyak berehat! Aku pula selalunya cari Cadbury. Coklat menaikkan hormon serotonin yang meredakan sindrom PMS...sebab ia mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan!

Sebab tu lelaki yang memahami, selalunya suka menghadiahkan coklat kepada perempuan yang disayanginya! Maka sekarang orang pompuan pun boleh buat camtu!

Lain pada itu, kembali kepada agama...itulah ketenangan abadi!!!

Selamat berbuka: Ari ni cuma berbuka dengan nasi arab dan ayam masak merah stail orang Perak..bertukar pula dengan bihun tomyam yang yum..yum dari rumah no 9! heheeheh..penuh meja!

urghhhh..tak sanggup aku!

sanggup ke bela ulat dalam hidung?? urghhh....ini kes mamat bela ulat resdung dengan kasi makan belacan...

Mereka yang ada resdung kenalah benar-benar memilih makanan dan mengamalkan perubatan yang konsisten agar tidak senasib dengan mamat nih!

Apapun aku tak sanggup nak tengok video ni sebab aku cepat membayangkan yang pelik-pelik...

Happy watching!

Saturday, August 22, 2009

Semakin memahami...Terima kasih!

SKETSA MEJA DAN KERUSI DI SUATU PAGI.....

"Oii...ko tak paham2 ke?", kata kerusi tu sambil diangkat2 kedua2 kaki depan, mengoyang2kan badan.

"Ermmm...faham sangat. Aku bukan apa kerusi, ko adalah partner aku", kata meja pada masa tu di dalam bilik yang baru dimasukinya dgn penuh kompiden. Sebab meja juga dok mencari kerusi yg sesuai....

"Cuba ko tengok, dah rezeki ko masuk dlm bilik ni....cuma ada ko dengan katil jer, ermmm memang sesuai", sambung meja lagi sambil sandarkan dirinya di tepi sinding mencari lokasi sesuai utk dirinya.

"Apa yang ko sibuk?. Sesuai apa!. Salah ke kerusi partner dengan katil?" tanya kerusi lagi....

Terkedu kejap meja utk berkata-kata. Otaknya berputar, mencari mana-mana arah lagi utk berbual dgn kerusi.

"Aku tak kata salah. Ada ke aku kata salah?. Ko pandai2 je kata... Heheh...Ko je yg rasa camtu, sebab aku yang mula tanya kat ko..Ko rasa mcm aku ganggu ko..Hahahhah", ketawa meja sambil masih mengalih2kan badannya mencari ruang dan peluang utk merapati kerusi. Kerusi mula memandang keluar...sambil melihat kerusi dan meja lain bergerak beriringan di luar sana melalui cermin tingkap....

"Erm...maap la, mungkin sebelum ni, katil pun dah tak cakap apa2 ngan ko. Dia dah syiok dok di penjuru bilik ni. Jangan la ko marah kat aku pulak", sambung meja lagi utk 'perangat' kerusi lagi.

Meja tahu banyak perabut2 di luar bilik itu melihat bahawa antara kerusi dan katil tu ngam jer...Semua tu jelas kelihatan sebegitu kerana kerusi yang mencorakwarnakan agar situasi tu kelihatan sebegitu. Meja paham.

"Kerusi...kerusi..Ko ni aku nampak mcm rimas je. Ko marah kat aku ke?", tanya meja lagi.

Meja nampak bahawa kerusi mula memandang tepat ke arah meja dgn serius. Kerusi mula mengoyang2kan kakinya semula. Cuma meja tak dapat mengagak2 apa yang ada dalam kepala hotak kerusi. Maklum le mereka baru saling kenal-mengenali antara satu sama lain.

"Aku dah selesa la cam ni! Ikut suka hati aku la!, Apa salahnya aku partner ngan katil dlm bilik ni?. Bukannya perabut lain tahu. Diaorang memang nampak kami partner yg mantap.", balas kerusi lagi. Meja merasai bahawa dia semakin emmahami tentang

"Sapa yg kata tak sesuai? Cuba ko tengok kat luar sana. Banyak kerusi bersiar2 ngan meja. Saling memahami, saling memerlukan.", meja makin merapati kerusi sambil menunjukkan arah perabut2 lain yang beriringan di luar sana melalui tingkap cermin. Meja tahu, kerusi juga ingin seiringan seperti itu.... Cuma kerusi ni dah terbiasa berpartner ngan kerusi. Kena pulak dari dulu dia brada dalm bilik tu.

"Jom kita keluar ke sana?, Kat sana ada grand sale ler", ajak meja.
"Ala.. aku tahu kat sana ada grand sale..Aku pun selalu ke sana sorang2", kata kerusi sambil tunjukkan ke arah grandsale tu.

Kerusi seronok bercerita kat meja. Meja faham. Kerusi jarang bercerita ttg apa yg dilakukannya..kerana katil selalunya dok buat kerjanya sendiri kat hujung bilik. Nak diajak ke tepi tingkap utk tengok dunia luar cukup la payah. Dia dah selesa dgn kedudukan dia dipenjuru bilik.

Meja asyik dok tanya-tanya tentang grandsale tu. Kerusi semakin rancak bercerita. satu persatu...Meja makin kenali kerusi. Meja dapat merasai kerusi itu hebat. Boleh dijongket2 ke depan dan belakang. Warnanya menarik. Springnya kuat. Bentuk potongan kerusi tu memang mantap. Meja memahami bahawa katil tak nampak bagaimana nak membentuk dan menyusun dgn apa yg ada ikut situasi dan keadaan perabut. Katil pula dok harap kerusi tu bergerak2 tetapi dlm bilik tu saja.

Meja faham. Kerusi tu kalu bergerak kat luar..perghhh...gerun org nengok...designnya limited. Warnanya guna cat 5k...silau beb. Tapi sayang byk habuk2 yg mula lekat pada badannya. Maklum le, kerusi pun dah malas nak ngelap badannya sendiri. Letih dah la. Mungkin juga kut sbb kalu nengokkan pada keadaan katil, mcm x reti2 dan tak paham2 apa yg ada pada kerusi tu. Yang katil tahu, harapkan kerusi saja dok datang kepadanya. Mungkin juga dgn saiz katil tu membuatkan dirinya berat utk bergerak2. Mungkin dia selesa dgn kedudukannya yg paling besar dlm bilik tu.

Meja memandang kerusi lagi. Meja tak jemu2 memerhati pada kerusi tu. Meja nampak banyak habuk yang dah melekat pada badan kerusi..Malahan meja juga nampak warna asal kerusi tu. Meja tahu, kerusi juga tahu bahawa cat pada badannya sememangnya berkilat. Kerusi dah tak peduli semua tu walaupun habuk2 masih melekat pada badannya.

"Letih la, byk habuk kat badan. Dah lama melekat kat badan ni. Tapi aku tak kisah.", keluar juga keluhan dari mulut kerusi. Meja senyum tanda paham.

Masa terus berlalu. Saat berganti minit. Minit berganti jam. Jam berganti hari. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Beberapa bulan dah berlalu. Hubungan meja dan kerusi semakin mesra.

Mereka mula merasai lengkap melengkapi. Mereka saling faham memahami antara hakikat dan realiti. Mereka ingin bergerak ke luar. Memerhati dan merasai bergandingan di dunia nyata. Bukannya dalam bilik semata2....Masanya semakin hampir untuk mereka seperti sepasang pasangan yg lengkap melengkapi keranan kerusi faham meja dan meja faham kerusi.

"Ermmm...ini le kerusi yg aku cari selama ini", kata hati meja.
"Ermmm...ini le meja yg aku cari selama ini", kata hati kerusi.

Suatu hari, meja cuba mengelap habuk2 yang ada pada badan kerusi. Ini kerana meja merasai dan memahami bahawa sudah tiba masanya meja mencuci habuk2 degil yg dah sebati pada badan kerusi. Dilapkan kain putih lembab pada badan kerusi.

"Oiii...ko buat apa meja?. Yang ko lap habuk tu buat apa?. Aku dah selesa la camni",
"Ala...aku nak lap badan ko nih. Bukannya aku nak buang habuk. Aku cuma nak tengok warna cat pada badan ko nih." sambung meja bila dijerkah oleh kerusi kerana cuba mengelap badannya yang memeang berhabuk

Kerusi tahu badannya berhabuk. Dia memang tak suka. Cuma tak tahu mcm mana nak buang habuk kerana dah lali. Pernah juga cuba kerusi membuang habuk sendiri tetapi katil cuma memerhati dan tak mampu nak membantu. Kerusi faham.

"Ko jgn la marah kat aku. Aku nak tengok warna cat kat badan ko nih...Aku tahu cat ko mmg kualiti.", pujuk meja lagi. Meja juga paham bahawa kerusi juga inginkan ada org membantu ut mengelapkan badannya. Dah lama kerusi uruskan dirinya sendiri hinggakan semua keputusan tentang dirinya, semuanya dibuat sendiri.Dah tiba masanya utk meja membantu meyinarkan kembali cat pada badan kerusi.

"Oii...ko buat apa agi meja?. Yang ko lap aku ni apa hal?", kata kerusi walaupun dia sendiri berasa selesa kerana ada juga yang sudi mengelapkan badannya. Meja paham kenapa kerusi berkata mcm tu. Maklum le dah lama terbiasa dengan keadaan mencuci sendiri dan mengurus diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Meja amat paham apa yg dialami kerusi selama ini.

Meja yakin...akan tiba masanya, akan tiba waktunya, akan tiba saatnya untuk kerusi bersedia habuk-habut dibadannya itu dilapkan. Meja juga yakin bahawa kerusi mahu badannya dicuci cuma....

Kerusi kekok ada org sudi menemaninya untuk mencuci habuk-habuk itu bersama-sama. Bersama-sama menggilap badannya utk menampakkan cat yang bersinar. Kerusi mahu bergerak dengan cat yang bersinar dan seiring dengan meja menikmati suasana ceria diluar. Kerusi mahu berada di semua lokasi dgn semantapnya. Meja paham semuanya kerana meja inginkan kerusi itu sentiasa bersama dengannya agar sokong mneyokong.
Meja berharap agar kerusi tidak jemu mendengar ajakan meja utk mencuci habuk-habuk itu. Meja juga berharap agar kerusi dapat membantu meja untuk mencuci habuk-habuk dibadan meja.

Hanya masa menentukan mereka. Hanya Allah sahaja yg tahu kedudukan mereka di masa hadapan. Harapan meja ialah berikan kekuatan pada dirinya untuk sentiasa mengajak dan kerusi tidak jemu2 dan diberi kakuatan pada dirinya untuk terbuka hatinya menerima ajakan...Wallahualam.

Friday, August 21, 2009

Dan Ramadhan tiba lagi...

Kali ini kami sekeluarga menyambut Ramadhan di tempat baru, dalam suasana baru (sebab sebok belajau!)...

Walaupun cuti sekolah tapi kali ni memang tak cuti memandangkan kakak akan menduduki UPSR dalam beberapa minggu lagi. Aku pula ada resolusi baru! Siapkan proposal...Hari Rabu kelmarin dah dapat surat supervisor..cewaahh...macam semangat sikit (sikit je!)

Tapi dalam banyak-banyak, rasanya tahun ni ada satu resolusi yang pasti akan aku usahakan sampai jadi!

Selamat Berpuasa seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita....

That's Life!

Video ni tak ada kena mengena dengan sesiapapun tetapi yang ingin aku sentuh ialah bagaimana kita mampu menerima apa jua...

Bukan mudah menjadi perempuan, menjadi isteri, janda, balu, isteri tua, isteri muda...semuanya memerlukan ketabahan dan kekuatan.

Hari ini aku berjumpa dgn seorang ibu kepada 4 anak lelaki dan isteri kepada seorang ustaz. Sesungguhnya aku amat tertarik dengan wataknya yang begitu terbuka dan tidak berselindung. Dia mempamerkan dirinya dan berjaya menjual kekuatan dirinya sebagai seorang surirumah yang berjaya.

Dan aku mempunyai idola aku tersendiri yang merupakan isteri kedua. Seorang yang very cool and calm...yang bestnya...dia ni macam cornetto...explosive tapi so cooling! Tak pernah terhentak dengan apa jua yang berlaku walaupun hidup bermadu dan dicaci nista...Isteri seorang pensyarah yang memang bijak memainkan peranannya sebagai isteri kedua...

Juga aku kenal janda yang tabah, gigih melalui hidup. Mottonya simple...bila kita berjaya mentertawakan takdir hidup kita, maka kita berjaya menguasai hidup! Dan memang betul, berapa ramai di antara kita yang mampu ketawa di saat awan gelap bertahta...

Paling hebat antara semua tetap ibu ku sendiri!...hanya aku yang tahu kenapa...

So tak salah kalau kita ketawa walaupun kepada diri sendiri...

Sekali lagi...video ni bukan untuk sesiapa! Sekadar untuk menyedarkan kita bahawa...life is not a serius matter! Laugh at it and have fun with it...

Thursday, August 20, 2009

Gula... oh... gula!

Alahai! Puasa dah dekat tapi bekalan gula masih menjadi satu masalah yang sepatutnya tidak. Aku melilau mencari di kedai-kedai runcit sekeliling Tg Malim tapi tak ada. Heran gak?!

Perihal gula di negara kita ni memang satu kes yang aneh...kita ada ladang gula, kilang gula tapi gula tak ada di pasaran... Berita kelmarin memuatkan kisah 300 beg gula disorok di Bukit Beruntung untuk di hantar ke kilang membuat kordial. Laaaa...apahal sampai macam tu? Paling aneh ialah setiap kali nak puasa, masalah yang sama. Adakah ini taktik pengeluar untuk memaksa kerajaan menaikkan harga? Kalau ya, untuk apa? Keuntungan dengan menindas?

Maknanya kenalah kurangkan manis dalam minuman lebihkan dalam senyuman. Mungkin itu baru mengembalikan kesedapan dalam kehidupan...

Wednesday, August 19, 2009

Sepi Yang Terusik


3 kali cubaan untuk memasukkan jarum! Bukan mudah menguruskan kanak-kanak...

Pada mulanya sepi bercuti macam best je! Tapi bosannya duduk di rumah memang terasa. Bila Sufi pula menerima tempias aku, kelam kabut jugak aku dibuatnya. Kadang-kadang soal kesihatan tak boleh dipandang remeh, dimudahkan , okay namun begitu bergantung kepada situasi yang ditempuh.

Alkisahnya dah 3 hari Sufi demam dan keadaannya memang menjadikan aku sentiasa berwaspada. Dari demam, melarat kepada lelah dan cirit-birit juga muntah-muntah. Lalu malam semalam, aku mengambil keputusan ke wad kecemasan di Hospital Slim River. Terlalu ramai orang...Rimas dan risau aku dibuatnya!

Keputusan awal memang wajar Sufi dimasukkan ke dalam wad kerana seharian cirit-birit dan muntah-muntah. Namun tindakan memasukkan air membantu mengurangkan dehydration yang dialami. Akhirnya selepas lebih 4 jam kami berselimut di wad kecemasan barulah dibenarkan pulang! Leganya...

Hari ni seharian di rumah sekadar monitor Sufi. Alhamdulillah, semakin lincah menandakan dah semakin sihat!

Friday, August 14, 2009

Humble Confident

Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita.
Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.
Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.
Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…
  1. Tulus
  2. Rendah diri
  3. Setia
  4. Berfikiran positif
  5. Perwatakan ceria
  6. Bertanggungjawab
  7. Percaya kepada diri sendiri
  8. Pemaaf
  9. Mudah berkira
  10. Empati
Tulus

Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.
Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.
Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.
Rendah diri

Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.
Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.
Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.
Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?
Setia

Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.
Berfikiran positif

Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.
Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.
Berperwatakan ceria

Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).
Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.
Bertanggungjawab

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.
Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.
Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.
Percaya kepada diri sendiri

Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.
Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.
Pemaaf

Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.
Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.
Mudah berkira

Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.
Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.
Empati

Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.
Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.
Kesimpulan

10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!
Wallahu a’lam.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

apa kataku...

Penerokaan mengenal diri bukanlah sesuatu yang sukar tetapi kita seringkali berselindung di sebalik EGO. Mungkin kerana kita takut menerima hakikat bahawa sesuatu kekuatan yang sangka kita miliki rupa-rupanya antara sebab mengapa kita gagal membentuk diri menjadi orang yang lebih baik dari semalam.

Seringkali kita berperang dengan kata dan kehendak hati...antara nafsu dan keimanan dalam menuntut kesempurnaan!

Thursday, August 13, 2009

Kenapa Diam?

Minggu ni aku cuti seminggu! Kuarantinkan diri di rumah sendiri sebab lebih 2 minggu berdepan dengan pelajar-pelajar yang sakit di sekolah. Begitu juga dengan tempat-tempat yang dikunjungi sejak kebelakangan ini.

Memandangkan mereka yang meninggal dunia (sehingga entri ini, dah 54 kematian) mempunyai masalah kesihatan yang mempercepatkan serangan H1N1, jadi lebih baik aku mengambil langkah berjaga-jaga.

Alhamdulillah, laporan darah aku menunjukkan tidak ada apa-apa! Sihat Walafiat..

Hargailah masa yang ada dan mereka yang paling disayangi!...mana tau bila kita akan pergi, Takziah buat keluarga Ustaz Asri dari Kumpulan Rabbani...

Sunday, August 9, 2009

Malas atau Mencari?

Sejak akhir-akhir ni aku menjadi malas dan hanya melihat apa yang mudah sahaja...ibarat pengisian blog, hanya cut, paste and edit je dari kantung email. Yang penting ada!

Kenapa begitu?

Apa yang aku cari? Dan aku jumpa ini!

W.S. Rendra


Seringkali aku berkata,
Ketika semua orang memuji milikku
Bahwa sesungguhnya ini

hanyalah titipan (pinjaman)

Bahwa mobilku hanyalah titipan-Nya
Bahwa rumahku hanyalah titipan-Nya
Bahwa hartaku hanyalah titipan-Nya
Bahwa putraku hanyalah titipan-Nya

Tetapi, mengapa aku tak pernah bertanya : mengapa Dia menitipkan padaku ???
Untuk apa Dia menitipkan ini padaku ???
Dan kalau bukan milikku, apa yang harus kulakukan untuk milik-Nya itu ???
Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milikku ?
Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali oleh-Nya ?
Ketika diminta kembali, kusebut itu sebagai musibah
Kusebut itu sebagai ujian, kusebut itu sebagai petaka
Kusebut itu sebagai panggilan apa saja untuk melukiskan kalau itu adalah derita
Ketika aku berdoa, kuminta titipan yang cocok dengan hawa nafsuku
Aku ingin lebih banyak harta, ingin lebih banyak mobil,
lebih banyak popularitas, dan
kutolak sakit, kutolak kemiskinan, seolah semua
"derita" adalah hukum bagiku
Seolah keadilan dan kasih-Nya harus berjalan seperti matematika :
aku rajin beribadah, maka selayaknyalah derita menjauh
dariku, dan nikmat dunia kerap menghampiriku.
Kuperlakukan Dia seolah mitra dagang, dan bukan kekasih
Kuminta Dia membalas "perlakuan baikku", dan menolak keputusan-Nya yang tak sesuai keinginanku
Gusti, padahal tiap hari kuucapkan, hidup dan matiku hanya untuk beribadah.
"Ketika langit dan bumi bersatu, bencana dan keberuntungan sama saja".....


tapi kenapa aku masih lagi belum memahami dan terus alpa...?



Sedarkah kita?

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."

Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dandari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis.Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangkudengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?" Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahankepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya. "

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan. Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan. Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.

Just because the past is painful, Doesn't mean the future will be. So never let events from the past, Change the events for future, or You will be miserable forever..

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

Saturday, August 8, 2009

Cinta?

Based on True Story..

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa,
setelah isterinya melahirkan anak ke empat ..... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga sia ng hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons),
Pak S
uyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakuka n pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.


Dan
Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata: 'Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.'

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....


'Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan
mengizinkannya.. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,' ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali
tidak diduga oleh anak-anaknya.


'Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di samp ingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian...' Sejenak kerongkongannya tersekat...

'Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun.
Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?
<>Kalian menginginkan bapak bahagia ....
Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain ........
bagaimana dengan ibumu yg masih sakit?


Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...
Merekapun meli hat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya
Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada Pak S
uyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mamp u berbuat apa-apa?


Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah
Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ....
Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana
Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada
Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin
hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .


Kisah yang wajar kita teladani.

Siapa Anda?

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Okay..kali ini selidik pula personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiri pun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah kamu melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.

23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah


MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL (Warna Kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan.. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?


Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!


Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyinta i si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih


Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru Kehijauan (Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!

Friday, August 7, 2009

Outbreak OR Take A Break?

Hari Rabu, pukul 10.10 pm


Pukul 10.20 malam
Pukul 10.40 malam Ini pesakitnya..

Pukul 11.00 malam... Tukang drebar dan mamat enter frame!

Pengalaman aku melalui penangan wabak H1N1 di SMK Agama Slim River.

Kelas malam yang sentiasa ceria dan gamat aku bertukar menjadi satu suasana yang berbeza apabila dua pelajarnya telah diarahkan pulang akibat demam selsema yang melampau. Ada seorang lagi pelajar yang juga mengidap demam selsema tetapi masih belum membuat saringan H1N1. Setelah aku berikan kerja kepada pelajar, terus dibawa pelajar berkenaan ke Hospital Slim River. Minggu sebelumnya aku juga telah membawa seramai 24 orang pelajar ke Poliklinik akibat demam dan selsema. Tapi minggu ni, demam di kalangan menjadi-jadi.

Malam itu menjadi titik tolak kepada keputusan sekolah untuk membenarkan pelajar balik rumah lebih awal apabila pelajar yang demam selsema meningkat secara mendadak sehingga seramai 197 orang pelajar diarahkan pulang. Wabak ini bermula dari lawatan ke Cameron Highlands pada hari Ahad sebelumnya.

Hari ini sekolah menjadi lenggang dan semua pelajar tidak sabar untuk pulang ke rumah masing-masing.

Antara maklumat yang aku kumpul setakat ini, seramai 2 pelajar UPSI sedang kronik diserang H1N1 dan wad di hospital semakin dipenuhi oleh pesakit-pesakit H1N1. Hospital Slim River kini hanya mampu menerima kes-kes kronik sahaja dan sesiapa yang demam, selsema dinasihati berehat di rumah sahaja.


Wednesday, August 5, 2009

Happy Birthday

Hari Jadi lagi...hmmm yang nak disambut pun belum sambut...ada lagi?!

Pepagi bila aku menjengah ke ICTLab sibuk semua mengerumuni si Put (Pakar ICT). Rupa-rupanya dia tengah sibuk menconvertkan hari lahir Kristian kepada hari lahir Islam...kan lebih afdal!

Maka aku dilahirkan pada 19 Ramadan 1392 (19.9.1392 - Friday baby)...Alahai...insyaallah hidup aku diberkatiNYA sebab dilahirkan dibulan yang paling mulia disisiNYA...

Bulan dan Sikap anda dilahirkan mengikut kajian Dr. Fadzhilah Kamsah:

JANUARI

bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
cukup sayang pd kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran social
cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI

berfikiran abstrak
sukakan benda yang reality dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpesonality yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pd segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
merealisasikan impiannya
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pd benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
sgt pemalu dan pemendam rasa
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sgt peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalalm bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
jgn terlalu moody.


APRIL

sgt aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sgt menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi perhatian
sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
org
sgt berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sgt cemburu dan terlalu cemburu


MEI

kekerasan hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa
diberitahu
bahagiantelinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN

berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan krn sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangaiidea @mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dgn segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
org yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah
kawan saya.

JULAI

Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kawal tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS

suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yg tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar utk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER

sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi panda bercakap
sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
kerja yg dilakukansangat sempurna
sangat sensitif ygtidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik


OKTOBER

suka sembang
suka org yg sayang padanya
suka ambil jln tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihatdari perspektifnya sendiri
tidak sukaterima pandangan orglain
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandaibercakap
emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain
suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat


NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
taksuka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dgn org
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yg berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Tuesday, August 4, 2009

How difficult can you be?



Do not give up in life because there are
lot of difficulties.
Difficulties in your life do not come to destroy you;

But to help you realize your hidden potential.

Let difficulties know that you are difficult.


apa aku rasa..?!


hmmm... ada orang mengatakan aku tak berani menempuh dan merempuh kesusahan. Adakalanya memang benar sebab ada perkara yang terpaksa dielak untuk menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih berserabut...

Adakalanya aku merasa seolah-olah aku adalah insan yang paling kuat untuk menempuh apa jua cabaran dan menempa kejayaan...

Adakalanya aku merasakan aku tiada kekuatan untuk merempuh lagi...itulah masanya aku hanya berehat!

Mahkota Untuk Ayah


“Ayah, maafkan Udin. Andai Udin tahu hasrat ayah. Andai Udin tahu impian ayah. Andai Udin tahu rahsia hati ayah. Udin takkan bantah cakap ayah. Udin akan mengaji Quran sungguh-sungguh dengan Ustaz Naim. Udin akan tunaikan impian ayah kala ayah masih disisi,” sayu kedengaran suara Ustaz Saifuddin.

Jiwanya dibentur gundah. Dia baru usai menghadiahkan bacaan Yassin buat ayah. Ustaz Saifuddin mengusap-usap lembut batu nisan. Seakan-akan dia membelai kepala ayah. Raut wajahnya terpampang rasa terkilan.

“ Udin buka kelas Al-Quran untuk orang-orang tua sekarang. Udin mengajar sepenuh masa di situ. Ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik datang mengaji. Seronok Udin tengok semangat mereka. Bersungguh-sungguh benar mereka mahu belajar Al-Quran. Kalau ayah ada…,”

Udin tidak dapat meneruskan bicara. Kerongkongnya terasa perit. Air yang bertakung di tubir mata sudah lama berjujuhan.

“Ayah, semalam Udin mimpi. Udin lihat ayah dipakaikan mahkota yang sinarnya terang benderang. Lebih bercahaya dari sinar matahari. Wajah ayah berseri-seri. Ayah pandang Udin. Ayah senyum. Tak pernah Udin tengok ayah senyum semanis itu. Kalau boleh, waktu itu Udin tidak mahu celikkan mata. Biarlah Udin terus pejam dan menikmati senyuman ayah. Adakah ayah sudah ampunkan Udin? Ayah, Udin rindukan ayah,” Ustaz Saifuddin menyeka air mata yang kian tidak terbendung.


************ ********* ********* ********* *******

Wajah Udin berkerut menahan sakit. Rasa tidak puas hati menyembur-nyembur dari anak matanya. Dikerling betis yang kini berbalar. Kesan-kesan merah tampak jelas. Air mata ditahan. Tidak dibenarkan walaupun setitis gugur. Menangis ertinya lemah. Ayah tidak adil. Kenapa dia sahaja yang selalu kena marah. Kenapa dia sahaja yang selalu dirotan. Ayah memang tidak sayangkan dia. Ayah hanya sayangkan Kak Sarah.

Dia menjeling tajam ke arah Kak Sarah. Geram membuncah di hati melihat muka selamba Kak Sarah yang seolah-olah mengejek-ejeknya. Kak Sarah memang sengaja hendak kenakan dia. Kak Sarah memang gatal mulut. Kak Sarah tidak patut memaklumkan ayah tentang hal dia mandi di sungai hujung kampung sekaligus tidak menghadiri kelas agama. Kak Sarah memang menyibuk.

Muqaddam dan papan rehal di atas meja diregut kasar. Kakinya sengaja dihentak-hentak ketika berjalan. Berdetap-detup bunyi papan lantai dipijak.

“ Nanti!” Kak Sarah menahannya.

“Apa lagi!” sergah Udin. Mukanya merona merah.

“Tak mahu pakai kopiahkah?” Kak Sarah berlembut. Cuba menyiram api kemarahan adiknya.

Cepat-cepat Udin merabut kopiah lusuh di tangan Kak Sarah. Ternyata Kak Sarah gagal menyejukkan hati Udin. Udin lemas selalu dileteri ayah. Ayah selalu membanding-bandingk an dirinya dengan Kak Sarah. Ayah selalu memuji-muji Kak Sarah. Memang dia tidak nafikan Kak Sarah punya banyak kelebihan berbanding dirinya. Darjah tiga Kak Sarah sudah khatam Al-Quran. Setiap tahun Kak Sarah naik ke pentas menerima anugerah pelajar cemerlang.

Dengan keputusan yang memberangsangkan dalam UPSR Kak Sarah dapat melanjutkan pelajar di sebuah sekolah menengah sains. Memang Kak Sarah menjadi kebanggaan ayah dan emak. Sebaliknya, Udin masih membaca Muqaddam walaupun kini sudah berusia sepuluh tahun. Namanya kerap juga dipanggil waktu perhimpunan kerana tidak siap tugasan yang diberi oleh guru ataupun ponteng kelas.

Dia lebih suka menghabiskan sepanjang petang memancing ikan atau mandi sungai di hujung kampungnya daripada menghadiri kelas agama. Kadang-kadang dia berbasikal hingga ke kampung seberang semata-mata mahu bermain bola sepak. Pada malam hari, budak-budak lain terkocoh-kocoh pergi mengaji di rumah Ustaz Naim, Udin bersama-sama dua tiga rakannya yang lain seronok berlumba basikal di atas ban.

Ayah rungsing memikirkan tentang anak jantannya yang seorang ini. Degilnya bukan sedikit. Puas Udin dirotan dan dihukum oleh ayah. Pernah ayah mengikat Udin pada batang pokok rambutan di belakang rumah kerana ponteng kelas mengaji. Habis badan Udin merah-merah digigit kerengga. Pernah juga Udin dikurung di luar rumah kerana pulang dari bermain lewat petang. Namun, insafnya hanya bertahan beberapa hari sahaja. Kemudian Udin kembali dengan sikap bebalnya.

Lantaran itu, Udin acapkali dimarahi dan dileteri ayah. Tiada hari yang dilalui Udin tanpa bebelan dan jalur-jalur merah pada tubuh kecilnya. Mujur ada emak. Emaknyalah yang selalu mempertahankannya apabila dia dimarahi ayah. Ketika ayah mengangkat rotan, Udin cepat-cepat berlindung di belakang emaknya.

“ Esok kita akan bertolak selepas subuh. Pakaian dan barang-barang keperluan dah siap dikemas Udin?” suara garau ayah mengejutkan Udin. Lamunannya terganggu. Raut wajah ayu Fatimah, anak Haji Hussain yang bermain-main dalam anak matanya sebentar tadi pecah berkecai.

“ Sudah ayah,” Udin gugup. Matanya disapa sayu.

Esok Udin akan berpisah dengan Fatimah. Udin akan dihantar melanjutkan pelajar di sebuah pondok di Kelantan. Keputusan UPSR yang corot menyebabkan dia tidak berjaya menempatkan diri di mana-mana sekolah menengah berasrama penuh mahupun sekolah menengah sains. Ayah mengambil keputusan menghantar Udin mendalami ilmu agama. Itu memang impian ayahnya selama ini. Ayah tidak mahu Udin bergaul lagi dengan rakan-rakan yang biadap tingkahnya.

Pada mulanya Udin berasa tertekan amat. Udin terkongkong dengan pelbagai peraturan dan pantang larang sepanjang berada di pondok. Kebebasan bermain dan merayau-rayau bersama rakan-rakan yang pernah dinikmati suatu masa dulu tidak dapat dilaksanakan lagi kini. Setiap hari, Udin perlu menghadap Al-Quran. Bukan sekadar membaca, menghafal malah! Udin juga perlu mengulit pelbagai kitab-kitab tebal seperti Fathul Muin, Riyadhus Salihin dan Ihya Ulumuddin.

Segala kerja rumah harian seperti membasuh, melipat dan menyeterika baju terpaksa dilakukan sendiri. Udin agak ketinggalan berbanding sahabat-sahabat lain kerana Udin masih merangkak-rangkak membaca Al-Quran. Lantaran itu, dia tidak dapat menghantar banyak hafalan baru sewaktu tasmi dengan ustaz. Penguasaan bahasa arabnya juga lemah.

Pernah disuarakan pada ayahnya untuk berhenti belajar di pondok dan menyambung saja pengajian di sekolah menengah biasa. Namun ayah tidak ambil pusing. Mahu tidak mahu, Udin cuba menyesuaikan diri. Dia cium tangan, pipi dan dahi panas ayah seperti biasa pagi Jumaat itu sebelum bertolak pulang ke pondok selepas menghabiskan cuti beberapa hari di rumah.

Ketika usai solat asar petang hari yang sama, mudir madrasah, Ustaz Syukri tergesa-gesa berjumpanya. Dia terjelepuk longlai mendengar berita pemergian ayah. Petang itu juga dia pulang semula ke kampung halamannya. Bagai mimpi. Sabtu keesokan hari Udin mencium pipi dan dahi sejuk ayah yang tidak lagi bernyawa.

Kata emak ayah meninggal ketika menanti waktu asar menjelang. Tiba-tiba sahaja jantungnya gagal berfungsi.Wajahnya masih dibasahi titisan air wudhuk kala malaikat maut bertandang. Udin harapan ayah. Udin sandaran ayah. Suatu hari nanti, apabila Udin sudah pandai mengaji dan mahir ilmu Al-Quran ,ayah mahu belajar dengan Udin. Ayah tidak tahu baca Quran. Ibu hendak ajarkan dia tidak mahu. Ayah hendak Udin yang ajarkan dia.

Setiap hari dia panjatkan doa agar Allah lembutkan hati Udin dan mudahkan Udin belajar Quran. Ayah malu untuk berguru dengan Ustaz Naim. Katanya sudah senja sangat untuk berguru lagi. Bicara ibu beberapa hari selepas ayah dikebumikan bersimpongang di indera dengar Udin. Tiada air mata yang tumpah kala itu. Bukan Udin tidak sedih. Bukan Udin tidak tersentuh. Cuma segala-galanya berlaku tanpa diduga.

“Orang yang membaca Al-Quran sedangkan dia mahir melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Quran,tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat lidahnya yakni dia belum lancar, dia akan mendapat dua pahala. Hadis ini diriwayat oleh Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al-Hujjaj bin Muslim Al-Qusyaiy An-Nisabury dalam dua kitab Shahih mereka,” Ustaz Syukri menyejukkan hati Udin tika Udin mengadu kesukarannya membaca Al-Quran apatah lagi menghafalnya.

“ Ustaz, bagaimana mungkin saya lakukan untuk membantu ayah yang tidak mengenal huruf-huruf Quran jauh sekali membacanya?” udin melontar pertanyaan yang terbuku dalam hatinya. Ustaz Syukri mengelus-elus janggutnya yang kian memutih. Air mukanya tenang. Hati pasti akan damai memandang kejernihan wajahnya.

“ Udin ajarlah ayah. Di sini Udin belajar sungguh-sungguh ilmu Quran. Kemudian bila pulang ke kampung Udin kenalkan ayah dengan Kalamullah ini. Ingat, sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya. Orang tua ini selalunya ego. Dia segan nak pergi belajar dengan orang lain. Tentu dia malu. Mungkin dia akan lebih selesa jika yang mengajarnya itu darah dagingnya sendiri,” Ustaz Syukri menepuk-nepuk lembut belakang badan Udin.

“Tapi ayah Udin sudah tiada lagi...”Udin bersuara. Perlahan.Dia menekur hamparan hijau yangdijadikan alas duduk. Angin yang menyembung dari ruang tingkap bertiup kasar menampar-nampar tubuh Udin. Angin seperti mengutuk Udin kerana dosa-dosa lampau pada ayah. Sedih mengasak-ngasak sukma.

“Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini,” Ustaz Syukri memetik kembali hadis riwayat Abu Dawud yang pernah dibaca sewaktu dalam kelas Al-Quran.

Ketika itu mereka sedang menekuni kitab At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran karangan Imam Nawawi. Udin tertegun. Udin menyeka air matanya. Wajah Ustaz Syukri direnung. Ada semangat menyelinap dalam lipatan hatinya. Biar dia masih bertatih membaca Kalam Allah. Biar dia tidak hebat seperti Kak Sarah dalam pelajaran. Biar sahabat-sahabat jauh meninggalkannya di belakang. Dia tidak akan putus asa.Dia akan mendalami bersungguh-sunggguh ilmu Quran dan mengamalkannya.

Dia mahu hadiahkan ayah mahkota itu. Dia mahu ayah miliki mahkota itu dan menghuni syurga Ilahi walau ayah tidak pernah menyelak lembaran Quran apatah lagi membacanya. Angin kembali berpuput mesra. Seolah-olah memujuk udin. Seolah-olah merestui impiannya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

aku rasalah...

Selalunya kita lebih mengutamakan kebolehan anak-anak untuk mengenal huruf rumi dan kita amat berbangga bila anak-anak boleh membaca buku seawal umur mereka. Ada pula yang sanggup berhabisan masa semata-mata untuk mengajar ABC kepada anak-anak berbanding berhempas pulas untuk memastikan anak-anak khatam Al-Quran seawal mungkin. Malahan kita mengenepikan hal anak-anak untuk mengenal jawi dan Al-Quran sehinggalah mereka mula bersekolah.

Itu belum lagi mengambil kira untuk anak-anak perempuan yang baligh ketika usia 12 atau 13 tahun. Akhirnya kemahiran membaca Al-Quran menjadi yang terakhir sedangkan itu yang utama.

Hal ini selalu digaduhkan kerana aku tidak mahu mengenalkan ABC kepada Sufi walaupun aku tahu dia mampu kerana aku lebih ingin dia mengenal Alif, Ba, Ta. Angan-angan aku seperti namanya kerana aku idamkan untuk mempunyai seorang "SUFI" dalam rumahku sendiri!

Salah kah?