Tuesday, December 22, 2009

Antara Dua...

kadang-kadang dalam hidup kita ini, kita di datangkan dengan dua pilihan. Seorang yang serba serbi nampak gah di mata semua orang tetapi tidak dari pandangan kita. Dan seorang yang cukup kita selesa dengan kehadirannya, yang dapat menghiburkan hati kita saat kita sedih, sanggup bersabar dengan kerenah kita dan kehadirannya cukup membuatkan kita terusik...

si A dalam perjalanan

Si A sedang dalam perjalanan. Lama dah perjalanan dia. Dari satu destinasi ke destinasi dia mula kenal tentang kehidupan. Masih dalam ingatannya lagi bila dalam satu destinasi, dia mula kenal huruf ABC, nombor 123, mula kenal kawan dan mula kenal alam remaja. Ah, dia merasakan kehidupannya sangat bermakna bila dapat mengenali semuanya ini dalam perjalanannya.

Si A masih dalam perjalanan. Dia berjalan sambil memerhatikan ragam manusia di sisi nya, di hadapannya, di tepinya dan di belakangnya. Dia masih memerhatikan. Masih mentafsir setiap apa yang berlaku di sekelilingnya. Benarlah kata-kata seorang ulama', manusia yang bijak adalah manusia yang membetulkan kekurangan diri melalui kesalahan orang lain.

Si A teruskan perjalanannya. Tidak puas memerhati, ada kala, dia turut terhenti dan bertanya kepada si pelaku. "Kenapa engkau buat macam tu?" Setelah lama masa mendengar masalah si pelaku, lalu jiwanya gundah merasakan setiap yang diceritakan itu benar. Dia turut menyalahkan si pesalah. Namun, dia bertuah kerana perjalanan yang jauh itu menjadikan dia banyak berfikir. "Aku tidak boleh mengikut kata sebelah pihak sahaja, aku kene tanya pada pesalah itu juga, mungkin ada yang aku tak tahu. ". Untuk tindakan bijak, si A mesti bertanya agar dia tidak turut bergelumang dalam dosa berburuk sangka. Lalu benarlah apa yang dia sangka, rupanya ada cerita lain di sebalik itu. "Ah, mujur pengalaman sudah mengajar aku untuk bertindak mengikut rasional"

Si A tidak jemu dengan perjalanannya. Dia merasakan perjalanannya sangat mengujakan. Lalu dia tidak sabar untuk memulakan langkahnya semula setelah berhenti seketika memikirkan masalah yang dihadapi. Dia masih memerhatikan manusia berpusu-pusu berlari, tapi terhenti lama di satu tempat. Setelah lama manusia itu terhenti, barulah dia meneruskan perjalanan. Teringat satu pesanan sahabatnya, dalam perjuangan, jangan cepat-cepat marak apinya, takut nanti bila sudah habis minyak tanahnya, apinya akan malap sebelum tiba masanya. Berbeza dengan api yang sederhana, tapi terang dan cahayanya masih bertahan lama. Lauk pun tak cepat hangus, malah lebih sedap pulak dari api yang marak tadi yang hanya masak di luar tapi mentah di dalam. Ah, bahagianya ada pengalaman ini.

Si A tidak pernah mengalah, dia tetap bersemangat dengan perjalanannya. Masih teriang-iang di hati dan di kepalanya untuk menyerahkan kayu api yang dia cari ini untuk TUANnya. Dia rasa bahagia dalam mencari kayu apinya itu kerana dengan kayu apinya itulah dia dapat berjasa pada TUANnya. Dapat masakkan untuk TUANnya, malah dapat menggembirakan TUANnya. Tapi, dia melihat seorang manusia itu, mengutip kayu api yang basah untuk TUANnya. "Ish, sebagai seorang hamba, adakah wajar dia melakukan sedemikian. Kan seolah-olah tidak ikhlas nampaknya. Semoga kayu api aku semuanya dalam keadaan yang baik". Gurrrrrr. Bunyi guruh menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja. Belum pun sempat si A hendak mencari tempat berteduh, kayu api nya telah basah kerana hujan turun. "Astagfirullah, macam mana dengan kayu aku ini" Lalu dia terfikir apa yang dia telah sangka-sangkakan pada seorang hamba tadi. Lalu dia beristigfar. Tidak sepatutnya dia menyangka bukan kerana sebuah hadis qudsi telah menyatakan bahawa ikhlas itu adalah rahsiaKU. Astagfirullah. Namun dia masih meneruskan perjalanan, tanpa disedari, cahaya matahari yang menyinar terang telah mengeringkan kayu apinya. "Mudah-mudahan kayu api ku ini akan terus dalam keadaan terpelihara sehingga aku sampai bertemu dengan TUANku.

Si A menerima pelajaran dari apa yang berlaku tadi. Lalu, dia semakin berhati-hati. Tiba-tiba dia terjumpa dengan seorang lelaki tua yang dalam keadaan dhaif, yang tidak punya apa-apa. Lalu dia menghulurkan bantuan. Dia terhenti sebentar dan mendengar kisah lelaki tua itu. Dia kata, dia sesat, dia ingin mencari jalan pulangnya tapi tidak bertemu. Lalu si A merasakan simpati. "Apa kata pakcik ikut sama dalam perjalanan saya, mana tahu, pakcik akan ingat sambil mengikut saya nanti" Lelaki tua itu berasa gembira sekali lalu dia mengikut si A dalam perjalanannya. Dalam perjalanan dia mengajarkan tentang kegunaan kayu api, dan apa yang boleh dibuat kayu api. Dia juga memberi sedikit kayu api untuk menghangatkan badan pakcik itu. Lelaki itu berasa bersyukur sangat lalu dia sangat berhajat untuk memberikan satu kunci rumah kepada si A. Pada mulanya si A keberatan tetapi setelah dipujuk-pujuk lalu dia menerima. "Engkau akan bertemu dengan sebuah rumah dalam perjalanan engkau nanti. Masuklah dan segala isi di dalamnya adalah milik engkau" Begitulah pakcik itu berkata. Di suatu hentian, pakcik itu berkata, "Pakcik dah ingat tempat ini, pakcik minta diri dahululah ye, satu hari nanti kita pasti akan bertemu semula. Semoga selamat dalam perjalanan" Lalu si A melambai-lambai tangan kepada pakcik itu tanda perpisahan.



Si A masih meneruskan perjalanan. Sambil dia tercari-cari alamat rumah yang dia katakan. Apakah isi di dalamnya?. Tiba-tiba, dia terhenti pada sebuah rumah agam yang besar. "Betul ini alamatnya. Tak ku sangka pakcik tadi kaya rupanya." Lalu si A mengetuk pintu, dan keluarlah seorang wanita yang cantik bak bidadari. "Siapakah tuan hamba ini dan atas urusan apakah tuan hamba bertandang ke rumah ayah hamba?". Lalu si A menyatakan peristiwa yang menimpanya. Wanita itu mendengar dengan khusyuk sambil ditemani dayang-dayangnya. Dan wanita itu tersenyum lalu si A terpaku dan melopong dengan keayuan bidadari dunia itu. "Benarlah cerita yang tuan hamba nyatakan dan hamba bersedia untuk memenuhi keperluan separuh tuan hamba. Lelaki yang tuan hamba bertemu itu telah mewasiatkan bahawa akan ada satu lelaki datang memegang kunci itu yang dia katakan bahawa lelaki itulah pembimbing hamba. Hamba harap tuan hamba sudi menerima hamba sebagai isteri tuan." Lalu terkejut mendengar perkataan wanita itu, dia meminta izin pada wanita itu untuk mengutus surat pada TUANnya agar mengizinkan dia untuk beristeri. "Harap tuan puteri dapat menerima permintaan hamba ini kerana hamba ini milik TUANku, dan hamba perlu menunggu surat balasan dariNYA". Lalu si A berutuslah surat pada TUANnya. Selang beberapa lama, dia mendapat surat balasan yang menyatakan bahwa dia dibenarkan untuk beristeri. Lalu, berlakulah ijab dan qobul. Si A bertambah gembira kerana ada pembantu di sampingnya dan isterinya juga telah mencukupkan keperluannya untuk memenuhi permintaan TUANnya di dalam surat itu agar membawa kayu api yang lebih banyak.

"Sayangku, aku ingin meneruskan perjalananku. Lalu aku ingin membawa adinda turut serta dalam perjalanan bertemu TUANku. Sudi kiranya bidadari ku hadir bersama bertemu dengan TUANku?". Lalu, satu senyuman yang sangat indah terukir di wajah isterinya, "Bukankah kedudukan isteri di sisi suaminya sentiasa? Dan aku akan sentiasa menurut kata kekanda" Lalu, bermulalah perjalanan sepasang suami isteri menuju ke tempat yang ingin dituju oleh suaminya. Dalam perjalanan, banyak suka duka yang mereka lalui. Sambil berjalan, mereka melihat pasangan-pasangan lain. Ada isterinya membentak-bentak mengheret suaminya ke jalan yang salah, lalu tersesat di dalam hutan, ada juga suaminya yang mabuk, lalu terhuyung hayang mengarahkan isterinya ke arah yang salah, dan ada juga kelihatan sepasang suami isteri yang kehadirannya menggamit masalahnya kepada pasangan yang lain. "Itulah kehidupan berumah tangga wahai isteriku. Dan aku ingin membawa engkau selamat sehingga bertemu TUAN kita di hujung jalan nanti. Aku harap agar engkau tidaklah mengikut contoh-contoh yang telah engkau lihat tadi." Si A berpesan pada isterinya lalu disambut oleh isterinya dengan jawapan, "Sesungguhnya kehidupanku dan perjalananku adalah untuk berbakti padamu, wahai suamiku" Lalu, mereka berpegangan tangan dan berjalan seiring bersama-sama.

"Aku luka, wahai isteriku. Pergilah bertemu dengan TUAN kita dan sampaikan pesananku yang aku akan sampai lewat" Dalam perjalanan, si A telah tercedera kerana tercucuk duri tajam yang berbisa dan dia terpaksa berhenti. "Tidak, aku tidak mahu meninggalkanmu, aku akan sentiasa di sisi engkau dan aku akan berusaha untuk mencari penawarnya" Lalu, menitis air mata si A kerana sesungguhnya dia memiliki isteri bukan sahaja bidadari dunia malah mempunyai keluhuran budi. Si A menyentuh wajah isterinya lalu dia tersenyum. Sepanjang si A dalam kesakitan, isterinya lah yang bertungkus lumus mencari penawarnya. Tidak sesekali pun terniat di hati si isteri untuk meninggalkan suaminya. Maka, segala usahanya telah membuahkan hasil, lalu, si A sembuh dan berupaya untuk meneruskan perjalanan. "Terima kasih isteriku"

"Makanan kita hampir habis. Takpalah, kita berteduh di sini dahulu dan kita bercucuk tanam. Boleh kiranya hasil tanaman kita nanti kita persembahkan pada TUAN kita nanti. Wah, banyaknya yang ingin kita persembahkan, kayu api, makanan, malah hasil tanaman. " Mereka berdua membina rumah, dan bercucuk tanam. Mereka melakukannya dengan penuh kasih sayang walaupun ada tanamannya itu mempunyai duri namun mereka masih memberikan kasih sayang kepada setiap tanaman tanpa mengurangkan sedikit pun. Namun setiap tanamannya mempunyai sukatan yang berbeza-beza dalam menggunakan air dan baja, lalu dengan kesesuaian tanaman itu, dia meletakkan secukupnya bagi setiap tanaman. Akhirnya menjadilah tanaman mereka. " Wah, bekalan kita sudah mencukupi, rasanya, elok kita memulakn perjalanan kita." Lalu, bermulalah perjalanan mereka semula sambil membawa hasil tanaman mereka dan kayu api. Tetapi perjalanan mereka tidak hanya dengan berjalan kaki sahaja. Mereka sudah mula membawa kenderaan bagi mengangkat semua hasil tanaman, kayu api dan semua bekalannya.

"Ah, isteriku, kita sudah hampir ke rumah TUAN kita. Aku harap agar TUAN kita akan gembira menerima apa yang kita bawa, dan semoga atas rahmatNYA, DIA sudi membenarkan kita berada di taman terindahNYA. " Dan mereka teruskan perjalanan dan tetap meneruskan perjalanan. Dan sesungguhnya penilaian TUANnya itu hanya mereka sahaja yang ketahui. Setelah apa yang mereka tempuh, semoga setiap surat-surat yang diutuskan dalam perjalanan mereka, TUAN mereka dapat menilainya dengan sebaiknya.

THE END

************ ********* ******
Begitulah yang ingin aku gambarkan perjalana kehidupan kita. Seperti pesan Rasulullah, kita umpama musafir, bila kita berhenti berehat, maka itulah dunia. Dan setelah penat hilang, kita akan teruskan perjalanan kita sehingga bertemu dengan Pemilik hati-hati, Allah swt.

Aku gambarkan si A itu adalah seorang manusia yang berusaha mencari amal ibadat (Kayu api). Dalam pencariannya, dia menemukan berbagai dan bermacam perangai manusia. Lalu dengan kebijaksanaan dia, dia bermuhasabah agar dia menjadi semakin baik. Dia berada dalam sangkaan manusia, dia berada dalam masalah manusia, dia juga diuji dengan keihklasan ibadat manusia. Lalu dipaparkan mengenai hadis qudsi bahawa ikhlas itu rahsia Allah. Biarlah kayu apinya basah sekalipun, namun atas bantuan cahaya matahari, kayu apinya tetap akan berguna buat dia. Tidak usahlah kita pertikaikan apa yang sekeliling kita lakukan kerana penilaian DIA adalah di luar sangkaan kita.

Kita selalu sahaja memikirkan tentang manusia-manusia sehingga di dalam pemikiran mereka bahawa diri sendirilah yang terbaik. Aku selalu mendengar kisah-kisah manusia yang sering kali mengandai-andaikan dan menimbang-nimbang amal ibadat sedangkan mereka tidak teringat khabar berita mengenai keikhlasan itu adalah rahsiaNYA dan hanya DIA sahaja yang berhak menilai dan memberi ganjaran sesuai dengan tingkatan iman masing-masing. Kita harus yakin, kayu api kita akan kering dan berguna untuk kita, maka, beramallah seikhlasnya dan berusahalah mencari keikhlasan itu.Moga Allah mendengar rintihan kita setiap hari.

Sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki tua dan membantu lelaki tersebut mencari jalan. Dialah amal jariah si A. Dan tidak tersangka-sangka dia menerima hadiah yang sangat istimewa, seorang peneman yang setia di sisinya lantaran dari amal jariahnya yang ikhlas membantu manusia. Dia tidak pernah mengimpikan tetapi perjalanan hidupnya lah yang telah menemukan mereka lalu pertemuan itu mendapat berkah dari TUAN (ALLAH) apabila dia berutus surat (Istikharah) . Lelaki itu tidak berani berbuat sebarang tindakan tanpa pengetahuan dan pandangan dari TUANnya. Ah, indah sungguh perjalanan ini jika aturannya mengikut acuan yang telah ditentukan oleh Allah.

Kita sering lupa, destinasi hidup kita. Kita juga sering sahaja terkeliru tujuan hidup kita. Benar, ku selalu mendengar kisah-kisah manusia yang matlamatnya" aku ingin berkahwin dengan si polan bin si polan", "aku ingin meminang si pulanah binti si pulan". Malahan, ada juga yang menjadikan perkahwinan itulah satu tujuan hidupnya. Sebenarnya, jodoh itu adalah satu pemberian Allah dalam pencarian kita. Dia akan hadir, sama ada cepat atau lambat, bergantunglah pada Allah. Apa yang menjadi matlamat kita adalah menyembah Allah sesuai dengan firman Allah dalam surah al- an'am yang bermaksud "Dan Aku  tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku ". Beramallah, dan buatlah amal jariah, dan DIA akan mudahkan pertemuan kita dengan jodoh kita. Matlamat kita adalah bertemu dengan Allah swt beserta membawa amal kita untuk membantu kita. Berusahalah. Berusahalah...

Juga, dalam perjalanan itulah, dia telah bercucuk tanam menghasilkan tanaman yang bagus sekali. Itulah anak-anak mereka yang mengiringi mereka untuk bertemu Tuhan sekalian alam. Dan sesungguhnya, anak yang soleh akan memberikan kegembiraan pada kita di akhirat nanti. Pengalaman yang banyak menjadikan ianya tukaran kepada kita sebagai kenderaan yang memudahkan kita untuk bertemu dengan TUAN kita. Yalah, bila pengalaman telah pun banyak, mana mungkin kita akan tertipu dengan tipuan duniawi. Moga kita menerima kenderaan itu secepatnya agar mudahkan kita meniti perjalanan yang sangat berliku ini.

Ya, wahai sahabatku, kita dalam perjalanan dan sampai satu saat nanti, kita akan bertemu di sana, bertemu TUAN kita, dan sedarlah kita semua adalah dalam pangkat hamba-hambaNYA sahaja. Tidak perlulah bermegah-megah sehingga lupa, kita ini hanya taraf hamba yang tidak memilik apa-apa pun. Dan semuanya adalah pinjaman yang DIA berikan untuk mencari kayu api kita. DIA hadirkan segala-gala yang di sekeliling kita adalah untuk kita memahami hakikat kehidupan kita, hakikat kita di dunia ini sebagai hamba yang mencari-cari. Buatlah salah sebanyak manapun, tetapi akhirnya kita tetap akan pulang ke pangkuan Ilahi. Bertaubatlah sebelum kita dipanggil, sesungguhnya ku nukilkan falsafah kehidupan ini untuk aku serta mengajak sahabat-sahabat merenung kembali, untuk apa kita berada di dunia ini...

Berusahalah dalam perjalanan kita ini. Mudah-mudahan TUAN kita akan menerima kayu api, makanan dan hasil tanaman kita. Dan janganlah berputus asa, sesungguhnya DIA sentiasa berada dalam sangkaan kita.


Thursday, December 17, 2009

Gila Kerja atau Kerja Gila??

Cuti sekolah...tapi tak sehari pun aku cuti sekolah....hehehehe....aku dah masuk zon gila kerja kerja gila kut!

Memang best!

Malam ni tengah practice teknik trading yang baru! Menyambil pula mencari idea untuk grant proposal baru. Hidup mesti ada matlamat ek?!

Prof Omar mencetuskan satu pemikiran baru untuk aku. Rupa-rupa setiap grant yang diterima mempunyai nilai dalam agenda profesionalisme dan akademik. So, sementara peluang ada...meh kita rebut dan berkongsi!

Tuesday, December 15, 2009

Congrates Preema Yin Ranee...

Check it out guys....Tarcisian made it....


Aku baru dapat tengok music video Preema Yin! Akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya...Kalau korang ingat, ini adalah top student SPM 2005 okay!! (9A1)...One of my many favourite hockey players yang bagi kita menang 2nd place peringkat daerah (for first time)!Sir Chris mesti bangga punya!!!

Tahniah untuk Tarcisian Angels!!

Saturday, December 12, 2009

Penyokong biasa....









Pagi ni ada program pendaftaran pelajar siswazah baru bagi sesi semester 2 2009/2010. Kebetulan rakan baik aku, guru dari SMK Main Convent Ipoh, Cikgu Yang meneruskan perjuangannya dalam bidang Sarjana Biologi turut bergelar mahasistua di UPSI. Aku pun mengambil kesempatan ini untuk bersua muka selepas 2 tahun sepi tanpa berita. Sempatlah kami berborak sambil aku menjadi penyokong kepada rakan gaduh yang menjadi MC dalam penuh kesyahduan apabila asyik berderai airmatanya akibat serangan virus sore eyes!



Seusai majlis lewat jam tiga, aku menerima panggilan dari adinda mengingatkan aku mereka sudah dalam perjalanan dan menghampiri destinasi. Aku pun bergegas pulang dan terus memecut ke Simpang Pulai. Dan kami sekeluarga seperti biasa melakukan perkara-perkara ADHOC jeee...dan aku seperti biasa akan tetap menyokong sekiranya masa mengizinkan...Maka hari ini kami sekeluarga menghabiskan sepetang di Cameron Highlands...hehehehe! Malam minggu di Cameron Highlands memang menyeronokkan tambahan pula dengan kehadiran pasar malamnya yang penuh dengan pelbagai juadah yang sememangnya menjadi kegemaran kami sekeluarga..rasanya hanya di sini kami dapat menikmati udang goreng, ketam goreng, cendawan goreng dan pelbagai jenis sayuran yang digoreng...heheheheh! Mak seperti biasa tak akan lupa mendapatkan stoknya, teh yang pelbagai aroma!

 
 
Kali ni turn aku melayan anak-anak sedara...heheheh....paling cun ialah kasut Crocs yang sedondon warnanya! Ghega...boleh beli 10 pasang jika dibandingkan dengan harga originalnya..berbaloi-baloi..! Tapi bayar sendiri leeee....

Dan aku sampai di Tanjung Malim tepat tengah malam...ehhhh...pintu pagar kali ni telah ditutup...ada yang memerhati la tu...! Terima Kasih....

Thursday, December 10, 2009

Jeling-menjeling...!

Orang kata sekeping gambar menceritakan seribu kisah...

Tapi gambar nan sekeping ni hanya menceritakan satu kisah je! Sekadar untuk aku menjeling memerhatikan ke mana arah dan sejauh mana kemaraan mengejar masa dan wang.



Monitor LCD Flatron LG 20" W2043S dibeli hanya dengan harga RM15 je walaupun harga sebenarnya ialah RM435 yang ditawar dari harga sebenarnya RM460. Itulah hasil keringat aku selama dua hari untuk mencapai keuntungan sebanyak USD120! Lepas ni, boleh kumpul lagi, mana tau ada rezeki untuk mencari sebuah cpu pulak..

Itu agaknya yang dikatakan sambil menyelam..minum air, sambil bekerja..bermain-main!

Monday, December 7, 2009

To be Followed!

Dalam dunia pengurusan, ada dua aspek kepemimpinan yang menjadi teras dalam urustadbir sesebuah organisasi iaitu..."code of a follower" dan "code of a leader".

Kalau nak jadi follower aka pengikut kenalah pandai mengikut apa yang dilakukan oleh leader aka boss...barulah kita mengikut "code of a follower"

Dan kalau nak jadi leader aka bos, kena lah berani untuk pengikutnya mengikut setiap ragam dan rentaknya. Ini ada aspek yang sukar kerana leader sentiasa memilih siapa yang layak menjadi pengikutnya kerana pengikutnya ada penyokong yang bakal memastikan kejayaannya.

Bagaimana pula ada leader yang diikuti tetapi bukan kerana untuk menjadi penyokongnya tetapi sekadar membuatkan leader itu terasa "to be followed!"...mesti penat melayan...apatah lagi nak dibuang, mungkinkah dia ni seorang pengikut yang mungkin menyokong kejayaan leader atau dia hanya seorang pengikut yang sekadar mengikut untuk memerhati apa yang leader ini lakukan dan dimimik kan semula? Mesti menjengkelkan....tetapi sanggupkan leader menerima keadaan ini?

Sebab itu terdapat pula satu lagi konsep dalam kepemimpinan yang dipanggil "work with people". Konsep ini menekankan tiada bos dan pengikut tetapi lebih kepada berkongsi idea dan cara bekerja. Ada masanya bos menjadi pengikut dan ada masanya pengikut menjadi bos. Keadaan ini memang memerlukan kedua pihak mengenepikan ego dan bermula dari zero. Sanggupkan leader menerima keadaan ini pula?

so...fikir-fikirkan lah sebab kita semua pemimpin dengan latar belakang yang berbeza. Kalau kita asyik hanya dengan cara kita, ego kita, rasanya apa yang akan jadi? Berapa ramai di antara kita yang sanggup sebu muka dipanggil bodoh oleh bos kita? Dan berapa ramai pula yang sanggup menerajui situasi yang memerlukan kita lebih dari bos?

Pandangan?

Tuesday, December 1, 2009

Perbincangan yang menarik...

Adakah kita memerlukan perubahan? Cuma lihat sekeliling sebelum menjawab pertanyaan tersebut.

Siapa pula yang menggalas amanah sebagai tukang "check and balance" dalam kehidupan kita hari ini?

Bagaimana pula kemampuan kita untuk mengekalkan "the goodness within ourself"?

Sesungguhnya berhijrah bukan bermakna kita berubah dan tidak semestinya kita berubah ke arah kebaikan. Ada masanya kita perlu kekal dengan apa yang ada tetapi bergerak seiring dengan penghijrahan yang perlu dilakukan.

Ini satu perkara yang aku belajar memahami bila aku mengambil keputusan untuk bertukar ke Tanjung Malim. Memang aku melalui suasana yang berbeza dan baru, namun begitu banyak perkara yang aku cuba kekalkan agar aku kekal sebagai "AKU"...

Proses untuk berubah belum tentu untuk kebaikan kerana banyak perkara yang baik yang berlaku sebelum ini masih perlu diperbaiki. Aku tidak mahu mencari kelemahan tetapi sesungguh aku sedang belajar meningkatkan diri tanpa mengubah apa-apa sebab aku tidak mampu mengubah diri aku dan pastinya aku tidak punya kekuatan memohon hati yang baru kerana aku sangat sayang dengan apa yang aku ada sekarang!

Boleh ke gitu???

Teringat aku pada satu perbincangan menarik dengan seseorang pada bulan Mac 2007, dia bercerita tentang mencari cebisan puzzle yang terakhir untuk melengkapkan kehidupan. Banyak perkara yang dibincangkan untuk menentukan cebisan puzzle itu.

Akhirnya, aku terfikir bahawa mungkin cebisan puzzle itu sudah ada di celah-celah puzzle yang ada dan hanya perlu disusun dan diolah semula untuk melihat hasil terakhir!

Monday, November 30, 2009

Translator

Zaman UPM dulu kala, selalunya aku mengambil upah translatekan journal-journal students buat pocket money (yang selalunya menjadi tambang balik kampung!)..sekarang aku translate journal untuk thesis aku sendiri pulak!! Berapa bayaran yang wajar aku kenakan nih?! Kalau dulu satu journal tidak melebihi 5 mukasurat, upahnya ialah RM 15. Sekarang ni kena naikkan ghega dah...

Tapi bila tengok journal yang bertimbun-timbun...takkan la aku nak berhutang dengan diri aku sendiri pulak??? Atau aku belikan sesuatu yang diri aku dok idamkan dah lama...Amacam?? menarik gak idea tu...heheheh!!

Permudahkan Cara...





Dah beberapa hari aku mula explore Zotero, software yang memudahkan proses muat turun journal dari internet. Sebelum ini, aku menggunakan EndNote tetapi sebabkan ada masalah teknikal, EndNote tak dapat nak muat turun secara direct journal-journal yang dijumpai dalam internet.

Walaupun Zotero tidaklah sehebat EndNote tetapi ia memang memudahkan aku dari menaip setiap journal dalam isi perut EndNote, malah aku boleh muat turun seberapa banyak journal atau artikel atau apa sahaja yang berkaitan dengan tajuk aku dalam tempoh kurang seminit...

Kaedah penggunaan Zotero dan EndNote tidak banyak beza tetapi kelebihan utama EndNote ialah semua journal yang telah dikutip disimpan dalam folder yang memudahkan penyimpanan dan pemindahan dari satu komputer ke komputer lain berbanding Zotero yang menyimpan journal dalam internet.

Semangat ku Tiba-tiba Dihembus Kembali

Heheh....hari ni  semangat aku yang semakin longlai tetiba terasa dihembus kembali..hangat dan menusuk kalbu!

Sekali sekali kena sebegini! Terasa disayangi dan dihargai...Kalau orang lelaki perlu dijaga dan dibuai egonya, perempuan pula nak dilentok dan diayat-ayat cinta juga!!

Hari ini, aku dimanjai dek tiga pahlawan ganteng UPSI dengan ayat-ayat yang menusuk kalbu! Tak rugi aku balik lewat dinihari semata-mata untuk Research Training Program. Terima kasih pada hero aku yang tolong daftarkan....Itu je kut hadiah hari jadi aku....!!!Cuma sayang sekali aku tak dapat nak bercinta dengan hero SPSS pada hari Rabu sebab ada tugas yang perlu didahulukan!

Sewajarnya sudah sampai masanya UPSI mula mengendalikan program sebegini dengan lebih terancang dan bertakwin agar pelajar-pelajarnya dapat mengatur masa bersesuaian dengan jadual masing-masing. Ramai di antara pelajar separuh masa yang mempunyai komitmen lain yang perlu diberikan perhatian juga...Tapi aku tetap akan mengambil peluang yang ada walaupun bertukar pula nama hari ni jadi "Rahimah" dek Prof Nek Kamal...Layan jelahhhh....

Berjalan Malam

Memang seronok berjalan malam, slow drive sambil kepala merewang memikirkan macam-macam dan merencanakan pelbagai cerita tapi kalau tersangkut dalam jam melarat-larat...tak terlayan jugak! Sejak pagi lagi aku dah mula mengikut perkembangan traffic bila merancang nak balik ke Tanjung Malim. Bukan apa, dah beberapa kali bersesak dengan kereta yang berkejar ke destinasi masing-masing.

Malam ni aku terkantoi! Perjalanan dari Tol Changkat Jering dah tersangkut. Biasanya dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar hanya mengambil masa 20 minit tapi malam ni, mengambil masa 3 jam. Akhirnya aku exit ke Kuala Kangsar dan ikut jalan lama sehingga ke Jusco Ipoh. Itu pun beremba dengan lori simen dan berderet-deret kereta yang juga memikirkan perkara yang sama.

Dan malam ni....aku sampai di Tanjung Malim pada pukul 2 pagi...Adehhh....Penat tapi ada beberapa kerja-kerja yang terkantoi dan perlu dilunas dengan kadar segera akibat bercuti raya...nampaknya tak tidur lah....Mana cuti aku....!!!

Thursday, November 26, 2009

ALZA

Cun...



Harga memang menarik sehebat mpv ini! Tapi setiap outlet hanya dapat 40 unit sahaja untuk tempahan bagi bulan Disember dan Januari...Kalau lewat alamatnya kena tunggu antaraMac hingga Jun tahun depan.

Aku merayau-rayau ke Ipoh..ada projek lain tapi dah ternampak maka tersinggahlah! Mak dah macam caior je hatinya sebab dia dah lama berkira-kira untuk menukar Perdananya. Tapi akhir, konklusinya ialah tunggu bila mpv ni ada di atas jalan dalam baru tau di mana kelemahan dan kekuatannya! Sememangnya mak udah tangkap lentok sama model premium putih...perghhhh...cun!

Wednesday, November 25, 2009

Penangannya!

Adush...panas..panas!

Aku ingatkan dapatlah aku relax-relax sambil cuti-cuti Malaysia bersama ahli keluarga tersayang bila dah selesai tugas sebelum cuti kelmarin....heheheh...idak rupanya! Tanpa mengira raya atau tidak, amanah yang digalas perlu terus dilaksanakan..

2 Disember, tengah cuti tu...tapi hehehe...tetap kena kerja! Dan panggilan mautnya dari Al-Mudir sendiri! Tidak bisa tidak...

Begitulah senario yang dihadapi oleh guru-guru data. Walaupun waktu mengajar dikurangkan kepada 12 waktu tetapi tugasnya melarat sehingga ke musim cuti dan aku sendiri tak pernah lekang dari kekasih jiwa si abang Asus ku...Tak boleh tertinggal kerana sering ada sahaja data yang perlu diupdatekan.

Apa yang pasti ialah, guru-guru data di SMK Agama dan SABK bertanggungjawab kepada 2 jabatan yang berlainan iaitu Unit Sekolah di Jabatan Pelajaran dan Bahagian Pendidikan Islam di Jabatan Pelajaran dan Bahagian Pendidikan Islam di Kementerian Pelajaran. Semua kerja ada 2 bos! Sebelum ini, aku menganggap mereka yang menjadi guru data dah penat dah berhadapan dengan PPD masing-masing tetapi rupa-rupanya mereka yang menjadi guru data di SMKA dan SABK lagi hebat amanah yang digalas..

Maka kini apabila aku juga menyelusuri denai yang sama...perghh...onak dan durinya mengajar aku erti SABAR melayan bos-bos walaupun pada hari terakhir sekolah dan dalam cuti sekolah....Sabar jelah..

Aku tau satu je....hehehe...aku sangat beruntung sebab ada Sifu yang mantap...Thanks Ust Zainol, yang sentiasa SABAR melayan panggilan telefon aku tak kira di mana jua dia berada...heheh...(merata-rata pulak tu...!)

Selamat Bercuti kepada semua guru-guru seantero Malaya dan Selamat Menyambut Kehadiran 
10 Zulhijjah walaupun ramai mungkin menyambutnya dalam air bah...

Semoga kehidupan sentiasa aman dan damai...Ibarat kata-kata seseorang :: Biarpun penat menghadapi badai, yang penting ialah kita tahu bagaimana untuk menari dalam hujan!::

Tuesday, November 24, 2009

Kalaulah hari ini Hari Terakhir

Insaf seketika...


Kalaulah hari ini hari terakhir, apa yang boleh dilakukan?



Monday, November 23, 2009

2012

Click at the title to see the preview and to listen to the theme song by Adam Lambert.

Semalam aku dan Sufi merayau ke KLCC, saja merehatkan badan dan minda yang telah dihenyak sepanjang tahun 2009 bersama-sama beberapa teman rapat. Akhirnya aku berkesempatan menonton 2012, antara movie terhebat untuk tahun 2009.

Filem ini membawa tema yang hampir sama dengan "The Day After Tommorow" namun begitu bagi aku filem-filem sebegini memang bagus untuk pencernaan minda anak-anak yang perlu mengetahui betapa dunia semakin menghampiri penghujungnya.

Visual effects memang hebat...memang scary dan mouth gapping! Ternganga gak aku seketika! Terutama effects Tsunami...pergh...memang best layan kepala!

Soalan aku kepada Sufi..

"So kalau kita jahat, tak solat apa jadi?"

"Bumi pecah!" agaknya teringat cerita 2012

"Kalau kita tak jaga Bumi, macamana?"

"Nanti Bumi keluar api!" memang 2012 ada kesannya yang mendalam bagi budak berumur 4 tahun...

Lepas tu aku pulak kena layan soalan-soalan powernya dan kesimpulan si mamat ni di akhir cerita ialah..

" Tak apa ma...nanti Bumi OK!"..

Adeehhhh!

Saturday, November 21, 2009

Mencipta Persepsi



Mencintai seseorang kerana kesempurnaan bakal mengundang ketidaksempurnaan dalam perhubungan...

Ramai di antara kita begitu mudah mencipta persepsi mengikut acuan yang kita inginkan. Meletak sebuah pengharapan kepada satu ilusi yang menutup kebenaran yang nyata. Malah ada yang membina persepsi bahawa kesempurnaan lengkap sebagai satu pakej. Namun akhirnya persepsi ini kecundang apabila kesempurnaan yang diingini hanyalah sebuah ilusi yang akhirnya membutakan mata.

Pandanglah cinta dengan mata hati dan cintailah ketidaksempurnaan agar kesempurnaan bisa tercipta.

Persepsi hanya sebuah ilusi yang membelenggu kebenaran antara kaca dan permata! Kita seringkali tertipu dengan kerdipan kaca yang datang berkelip seketika dan kehilangan silau cahaya sebutir permata. Akhirnya kita kecundang dalam mengimpikan kesempurnaan...

Hayatilah cinta, nikmatilah sayang, raikan kasih...terimalah seadanya kerana kesempurnaan seringkali tersembunyi di sebalik kecelaan sebuah ketidaksempurnaan!

Friday, November 20, 2009

48,171

A large number but is it really meaningful?

Hari ini, semuanya bercerita tentang keputusan UPSR, berkongsi kisah anak-anak, suka duka anak-anak yang kali pertama menduduki ujian besar sepanjang persekolahan.

Semuanya berdiskusi secara ilmiah dan secara retorik tentang angka yang begitu besar, namun bagi guru-guru yang mengajar di sekolah menengah selalu berdepan dengan masalah ini dan seringkali hairan dengan realiti yang berlaku...ABM (Apa, Bagaimana dan Mengapa!!)

48, 171: Adakah ini hanya angka yang diberikan tetapi adakah ia bakal menjadi kayu pengukur kepada kemampuan kita melahirkan modal insan yang "berkualiti"...

Adakah nombor itu hanya satu klise untuk memberikan gambaran bahawa kita sudah ok?

Sedangkan guru-guru yang telah @ pernah mengajar di sekolah rendah dan kini mengajar di sekolah menengah sering kali cuba mencari pertalian antara pencapaian UPSR dan PMR kerana...dari 48, 171 pelajar yang mendapat 5 A, hanya separuh sahaja yang bakal cemerlang PMR.

26,378(PMR 2008) orang pelajar mendapat A bagi semua mata pelajar menunjukkan bahawa kita kehilangan separuh dari mereka yang telah cemerlang semasa UPSR. Apa telah jadi kepada mereka? Malah di antara 26, 378 pelajar tersebut, ramai di antara mereka mendapat pencapaian sederhana semasa UPSR.

SMKA Slim River juga berhadapan masalah yang sama...171 pelajar Tingkatan Satu sekarang, purata adalah pelajar 5A dan 4A tetapi hanya 20% sahaja yang bakal cemerlang dalam PMR..Mengapa?

Begitu jugalah masalah yang dihadapi di MRSM, SBP dan lain-lain sekolah menengah cemerlang...Bilakah kita menemui formula bagi masalah ini? Jangan menyalahkan atau mencari kesalahan sesiapapun, sama ada ibu bapa atau pendidik atau anak-anak itu tetapi carilah penyelesaian kepada keadaan ini dari ia terus berlarutan. Manakala ibu bapa yang memiliki anak-anak yang cemerlang di peringkat awal tersenyum lebar penuh kebanggaan di atas kejayaan kecil anak ini, hati-hati kerana apabila anak ini berdepan dengan PMR dan SPM, ia bukan lagi satu perkara enteng...

Kita ada ramai guru-guru hebat di sekolah menengah, malah ramai yang memiliki ijazah sarjana dan PhD...tetapi mengapa masalah ini masih gagal diatasi?

Hari Terakhir

Hari ni hari terakhir untuk 2009. Dalam tempoh 7 minggu lagi, kita bakal memasuki 2010. Aduhai...cepatnya masa berjalan. Persiapan untuk Anisa ke sekolah menengah telah diselesaikan. Senang apabila keputusan dari perbincangan keluarga telah diambil, maka rencana terus dilaksanakan...Cuti sekolah ini, tinggal nak polish bacaan Al Quran sahaja memandangkan dia masih lagi lemah tajwid. Memandangkan UPSI ada menyediakan Kem Bestari dan Solat (Besta), pada 22-24 November, aku mengambil peluang menjadikan ia sebagai hadiah hari jadinya yang ke 12. Alhamdulillah sedang diusahakan...

Seingat aku, pada tahun 2007, aku membuat resolusi untuk mencapai apa yang dicitakan dalam tempoh 5 tahun, telah berlalu 2 tahun...erhmmm...pantasnya masa meninggalkan kita! Alhamdulillah, sekurang-kurangnya beberapa perkara yang dirancang menjadi kenyataan. Banyak juga halangan juga yang telah ditempuh namun Insyaallah...sentiasa ada bantuan secara langsung dan tidak langsung! Nampak gaya hidup ni sentiasa memakan budi!

Apa pula yang menanti aku sepanjang tahun 2010?

Thursday, November 19, 2009

Another good news!

today is my day!

Another good news...Alhamdulillah.  Kertas kerja aku telah diterima!

Secara rasminya keputusan grant dari US telah diumumkan di sini atas nama Wan Shah! Sekalung TAHNIAH kepada Malaysia kerana dua permohonan telah berjaya di terima menunjukkan kita memang bagus.  8 negara dari yang memohon telah terpilih dan Malaysia sapu dua grant! Masa untuk bekerja keras sudah bermula dan aku juga sedang berkira-kira untuk membuat projek kedua! Kali ni mungkin mohon guna nama sendiri. Terasa macam dah ada keyakinan. Sebelum ni menumpang orang lain je!

Setelah macam-macam dugaan dan musibah....akhirnya ada cahaya di hujung sana...Terima kasih kepada penyandar dan penyokong!

Alhamdulillah

Phone aku tertinggal di rumah... dan aku pula sibuk menyelesaikan tugasan di sekolah sebelum sekolah berakhir, terutama menguruskan kertas peperiksaan pelajar dan tugasan musim cuti sebelum pulang ke kampung masing-masing! Dalam masa yang sama, hati aku berdebar-debar, ada dua perkara penting hari ni!!

Anak-anak teruna aku di dewan sedang berperang dengan kertas Bahasa Inggeris, yang sangat ditakuti mereka...dan dalam masa yang sama aku tertunggu juga apa yang digapai oleh anak sulung aku untuk UPSRnya.

Aku menunggu pada pukul 2 untuk mengetahui keadaan kertas Satu SPM Bahasa Inggeris. Alhamdulillah, seperti dijangkakan...soalan-soalan jangkaan aku menepati sasaran dan formula yang diberikan digunakan sepenuhnya. Sekarang mereka sedang berperang dengan kertas Dua tapi aku yakin mereka mampu!

Akhirnya aku bergegas balik seusai semua urusan sekolah. Sampai di rumah,

"Akak call mak tadi, tak dapat!"

Aku diam je, suka tengok responnya yang sedang belajar menarik perhatian aku!

"hmm..akak tolong check phone mak ke?!"

"a'a...abah sms tadi tanya!"

Aku diam je...menunggu!

"Ini keputusan akak..!"

Alhamdulillah... sesungguhnya berkat doa dan usahanya membuahkan hasil. Sememangnya pencapaiannya melebihi jangakauan aku sendiri. Dan pasti keputusan UPSR ini akan menanam semangat untuk berusaha lebih kuat untuk PMR. Kelebihan yang ada pada dirinya memang bakal dimanafaat sepenuhnya di SMK Methodist tahun hadapan. Oleh kerana dia sudah kembali ke aliran biasa, maka lebih mudah untuk memastikan kekuatannya diukir sepenuhnya!

Memandangkan dia mengambil 7 mata pelajaran, leganya aku bila dia mampu lulus 6 mata pelajaran! Yang tidak mampu dibawa adalah penulisan Bahasa Cina...laluan sukar kalau berlatar belakangkan Melayu sepenuhnya!

Tahniah dari Mak, Abah dan adik-adik!

Wednesday, November 18, 2009

Sejenak Berfikir

Radikal kah aku?

Terlalu open minded kah aku?

Aku bersembang lama dengan best friend aku, journalist dari The Star yang datang ke sekolah untuk menghantar voucer pizza hut semperna NIE Mag Pizza Hut 2009. Alhamdulillah 156 orang pelajar mengambil bahagian untuk tahun ini walaupun hanya dalam tempoh 2 minggu.

Selalunya banyak perkara yang dibincang dan didebat...sekadar untuk memahami dan mengerti kenapa berlakunya sesuatu keadaan...

Dalam banyak-banyak isu ialah bagaimana kita belajar untuk melihat kekuatan seseorang berbanding mencari kesalahan.

Budaya ini masih kurang dalam masyarakat Malaysia sebab aku sering kali dianggap tidak sesuai bermastautin di Malaysia..hehehehe!

Mungkin ramai yang tak bersetuju dengan pendapat aku tetapi  terpulang kepada kehendak diri sendiri. Berdirilah dengan pendapat dan pemikiran sendiri..

Bagaimana kita belajar tidak menyalahkan sesuatu dan belajar menerima bahawa semua manusia melakukan kesilapan dan tidak salah untuk silap. Belajar dari kesilapan dan perbetulkan. Cuma dalam masyarakat kita, terlalu cepat untuk menyalahkan seseorang dan mencari kambing hitam untuk disembelihkan sehingga timbul keadaan yang tidak selesa.

Masih ada di antara kita yang tidak mampu meluahkan apa yang terbuku dalam hati tetapi melepaskan geram ibarat "Marahkan nyamuk, bakar kelambu"...Itulah hebatnya budaya kita dengan yang tersirat sehingga apa yang tersurat gagal disampaikan dengan sempurna.

Lama kami berbincang tentang kegagalan...Kenapa Malaysia yang hebat, kaya dengan sumber asli, mempunyai tenaga kerja yang berkualiti tinggi tapi masih gagal menyaingi Singapura dan kini Thailand semakin hebat di persada dunia. Bayangkan 20 tahun lalu matawang RM lebih tinggi dari Dollar Singapore tetapi di awal 90an, kita semakin jauh ketinggalan. Sekarang matawang Bath  semakin meningkat dan kita masih lagi terkial-kial. Terbaru, Thaksin menjadi penasihat ekonomi Kemboja, dan pastinya dalam tempoh 15 tahun, negara kecil ini akan menyaingi Malaysia.

Persoalannya, kenapa kita masih gagal?

Aku sendiri berhadapan dengan insiden sebegini dalam kehidupan. Peluang demi peluang dicari untuk meningkatkan diri tetapi akhirnya aku belajar satu perkara. Di Malaysia, adalah budaya biasa untuk menyalahkan...semuanya buruk dan tidak betul. Perkara yang baik dan betul tidak disebut, disimpan sebagai petanda bahawa anda berada di landasan yang betul! Pemahaman aku ialah...kita akan sentiasa memperbesarkan perkara yang salah sehinggakan akhirnya kita sentiasa merasakan apa yang bakal dilakukan atau yang telah dilakukan akan ada yang salah. Semua orang ingin betulkan orang lain sehingga  terlepas pandang pada kebaikan dan kekuatan yang ada dalam diri seseorang. Kenapa kita tidak pernah memberi peluang untuk seseorang itu bangun dengan kekuatan dan mengenepikan kelemahannya agar kelemahan itu dibaiki oleh kekuatan yang wujud dalam dirinya. Mengukir kehebatan bermakna mengukir kekuatan dengan mencungkil bakat tetapi kalau kelemahan yang dijadikan panduan dalam usaha meningkatkan kuasa diri seseorang, akhirnya pasti dia akan patah...

Mungkin lebih mudah memandang semua orang baik walaupun beliau ialah seorang pencuri, atau pembunuh sebab mesti ada sebab berlakunya keburukan sebegitu dalam hidupnya.

Musibah selalu diapit oleh dua kemudahan...kejahatan selalu diapit oleh dua kebaikan...yang mana satu ingin dipandang?

gedebuk-gedebak lagi...

Baru selesai hantar anak-anak murid ke dewan peperiksaan SPM pagi ni dengan iringan doa dan peluk cium, dah dapat info (yang aku ketinggalan...!), esok UPSR akan diumumkan. Gedebuk gedebak lagi....

Inilah musim ibu bapa mandi tak basah, makan tak kenyang memikirkan haluan masa depan anak-anak. Bohong la kalau mak bapak langsung tak kisah...busuk-busuk pun semuanya mengharapkan kejayaan cemerlang!

Bila berbincang sesama kaum ibu, ramai yang agak kecewa dengan pencapaian prestasi pelajar di daerah Batang Padang walaupun ramai ibu bapanya adalah yang hebat-hebat. Aneh sekali walaupun ibu bapanya berlatar belakangkan tahap pendidikan tinggi namun pencapaian anak-anak masih lagi di takuk yang hanya sederhana.

Begitu juga senario di sekolah ini yang puratanya ibu bapa adalah mereka yang hebat-hebat berpangkat dr, dato dan ada yg profesor! Tapi keputusan peperiksaan seringkali tidak mencerminkan ibu bapa mereka..

Pendapat aku?!:: mudah je...berbalik la pada diri kita semasa kecil..mungkin di situ wujudnya cermin untuk anak-anak kita sendiri. Kita sendiri ketika kecil pencapaiannya sederhana tetapi meningkat sedikit demi sedikit apabila kita semakin matang dan memahami setiap tindakan kita.

Untuk anak-anak aku sendiri pun, rasanya tidak meletakkan harapan yang tinggi sekadar berharap mereka berada di landasan yang betul, melakukan perkara yang wajar dengan didikan yang diberikan. Kalau betul asuhan maka betul la langkahnya nanti. Mengimpikan sesuatu yang hebat untuk anak mungkin memaksanya melakukan sesuatu yang tidak dinginkan...Learning should be FUN through doing things that they WANT!

Tuesday, November 17, 2009

Tahniah

Akhirnya adik bongsu aku telah diterima untuk sambung belajar. Bukan mudah bila dah dewasa dan punya tanggungjawab pada keluarga namun pegangan aku dari dulu..hanya pelajaran sahaja yang mampu mengubah hidup dan jangan berhenti belajar!

Laluannya memang masih jauh tapi insyaallah pasti rezeki dah menanti. Hanya perlu pandai menyelongkar sikit je...yang penting sekeliling yang sentiasa menyokong dan terus menjadi penyandar!

Tahniah sekali lagi sebab tak give up....

SPM..sudah bermula!

Aduhai...musim SPM pula melanda dan aku sendiri terasa tempiasnya bila 14 anak didik sulung aku di SMKA Slim River bakal menduduki peperiksaan esok.

Satu yang menarik tentang sekolah ini ialah sessi Restu Ilmu yang mendekatkan anak murid dan ibu bapa guru. Dan aku terlepas (atas alasan yang tidak dapat dielakkan!)..maka hari ni aku menjadi tumpuan anak-anak di sekolah yang menuntut agar aku menghalalkan ilmu yang ditabur dan seperti biasa respon aku ialah, aku sentiasa mendoakan agar semua dapat straight A! kalau tak dapat mesti pelik...hehehehe!

Dan formula Bahasa Inggeris yang diturunkan kepada 5 Khaldun, pasti dipraktikkan memandangkan mereka hanya mempunyai peluang dalam SPM sahaja untuk score dalam Bahasa Inggeris. Di sinilah pengetahuan dan pemahaman mereka sepanjang persekolahan benar-benar teruji. Heheheeh...bukan payah nak score dalam Bahasa Inggeris dan bukannya payah untuk mereka mahir dalam bahasa asing itu...Cuma perlukan sedikit usaha dan formula yang sesuai...

Selamat menduduki peperiksaan...SPM bukan penghujung segala tetapi penghujung  kepada permulaan kehidupan duniawi!

Mesyuarat Terakhir

Streaming atau tidak?

Banyak pro dan kontra. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Ada yang akur dan ada menentang.

Apa kelebihannya jika pelajar-pelajar dibanding bezakan berasingan?

Apa pula kelebihan menyamarata pelajar dengan harapan kemajuan mereka dipacu oleh keinginan kendiri untuk berjaya.

Bagaimana pula dengan runtunan nafsu perasaan yang mengimpinkan kelas yang terbaik?

Apa pun semuanya masih lagi satu dillema!

Monday, November 16, 2009

The Farmer FLASH - Play Free Games Online at Y8.com

The Farmer FLASH - Play Free Games Online at Y8.com

Hmmm...Lu fikirla sendiri!

Entri ini dikutip dalam kantung emel aku! Menarik untuk diamati sekaligus mungkin untuk di fikir-fikirkan oleh mereka yang berkenaan...Aku tidak berpihak di mana-mana, sekadar menambah perencah untuk melazatkan minda yang sedap berfikir mengapa begitu ya?!


Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. ..

Segala puji-pujian ke hadrat Allah subhanahu wata’ala, kepada-Nya kita menyembah. Salam serta selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

Entry ini saya masukkan selepas saya membacanya artikel bertajuk Lelaki Melayu 'Layu'? di egrup yang saya sertai dan bila saya cari penulis asal, saya dapati artikel dipetik dari blog MazidulAkmal.... promote sikit blog abang Mazidul, hero SlimRiver... :)

Secara peribadi, saya sangat setuju, lelaki Melayu banyak kekurangannya. Antara yang boleh disenaraikan di sini :

  1. kurang bertanggungjawab (tidak memenuhi nafkah zahir dan batin)
  2. kurang pengetahuan ilmu dunia dan akhirat (adeh… macamana nak jadi pemimpin nih?!)
  3. kurang romatik atau gentleman
  4. tidak bersifat penyayang
  5. tidak sabar
  6. kurang pandai melayan/mengambil hati/memujuk pasangan
  7. berlagak pandai (walhal bodoh dan sombong pulak tu)
  8. lebih pandai mengambil kesempatan (take things for granted)
  9. amat sukar meluahkan perasaan kasih (especially pada isteri, tetapi tidak pada temanita/matair)
  10. kurang berpegang teguh pada kata-katanya (cakap tak serupa bikin)
  11. lebih suka mungkir janji (ciri-ciri munafik ni weh!)
  12. gemar berbohong/ngelat/ tipu (ciri-ciri munafik juga)
  13. kurang memberi sokongan pada pasangan
  14. kurang pendengaran/ pemahaman (masuk telinga kiri keluar telinga kanan)
  15. kurang prihatin
  16. lebih cemburu
  17. lebih EGO
  18. panas baran atau tidak mampu menahan marah
  19. cepat kalut
  20. cerewet
  21. tidak jujur
  22. berat ‘pungkok’ a.k.a. takut reput tulang
  23. tidak mempunyai matlamat/fokus hidup
  24. lebih suka membuang masa melepak
  25. lebih suka buang duit beli rokok, aksesori kereta/motor dan lain-lain
  26. tidak kreatif atau bermasalah dalam komunikasi seperti suka berahsia, sukar berkongsi masalah atau sukar dibawa berbincang
  27. tidak tahu menabung atau tiada perancangan kewangan yang kukuh (parah nih!)

Waaahhh… jika lihat senarai, banyak betul kekurangan lelaki Melayu ini, ya! Maka, memang wajarlah kenyataan lelaki Melayu ini, ‘layu’. Hik.. hik.. No hard feeling kepada pembaca lelaki, khususnya lelaki Melayu. Bukan saya yang memulakan subjek ini. Jika ada dalam senarai di atas yang terkena batang hidung sendiri, ambil iktibar dan betulkan sikap kalian. Akuilah hakikat bahawa tiada manusia yang sempurna, tetapi ini tidak bermakna kalian mempunyai tiket unutk terus kenal dalam ketidak-sempurnaan. Ambillah peluang perbetulkan diri, jadikan ia pemangkin bagi kalian mencari titik kesempurnaan semaksimum mungkin. Usahakanlah menaikkan saham lelaki Melayu. Bukankah lelaki Melayu pantang dicabar? Anggaplah check list di atas satu cabaran untuk kalian meng‘up-grade’kan kualiti diri dan berubah menjadi seorang individu yang lebih dihormati.

Nampak sangat seolah-olah saya ni berat sebelah, tapi jangan salah faham. Sebenarnya, setiap individu ditetapkan oleh kebiasaan mereka yang unik dan tidak boleh dipencilkan secara khusus atau dipisah-pisahkan mengikut bangsa atau kewarga-negaraan. Jika sudah perangai seperti syaitan, tidak kira Melayu atau apa bangsa pun, macam itulah perangainya. Jika kita terlalu fokus pada senarai yang negatif tentang lelaki Melayu, tentu kita boleh pandang sebelah mata atau buat-buat tak nampak senarai yang positif tentang mereka pula. Tak bolehlah begitu, kan? Memang tidak kurang hebatnya kaum lelaki berbangsa Melayu, dan kehebatannya terpulang kepada individu yang benar-benar mahu memahami dan mencari kehebatan lelaki Melayu.

Saya amat bersimpati terhadap sebilangan wanita yang memandang rendah terhadap kaum lelaki Melayu sehingga memilih jejaka berbangsa asing sebagai pasangan hidup. Malah, ada yang mencebik, “Aaah, lelaki Melayu, apa yang ada pada mereka?” Amat menyedihkan, apabila wanita Melayu itu akhirnya hampa dengan lelaki asing yang disangkakan lebih baik daripada lelaki Melayu. Namun, amatlah tidak adil jika kita membuat kesimpulan hanya wanita-wanita ini perlu disalahkan kerana tersalah buat pilihan, tetapi kaum lelaki umumnya, tidak kira apa bangsanya, sepatutnya turut dipersalahkan. Masih ramai yang mengahwini lelaki asing dan hidup bahagia, tidak kurang juga yang bernikah dengan lelaki Melayu menemui neraka dunia.

Mengapa masyarakat, khususnya Melayu begitu mudah menunding jari ke arah kaum wanita sahaja apabila terdapat permasalahan dalam rumahtangga? Jika pasangan lelaki tidak melaksanakan tanggungjawab, gagal pula melindungi keluarga dan tidak dapat memberikan kebahagiaan, selalunya si isteri juga yang dipersalahkan kerana dikatakan “dia sendiri yang telah membuat pilihan itu”. Bukankah ini satu sikap negatif dan tidak akan mengubah atau membaiki keadaan sesiapa pun?

Seharusnya, lelaki Melayu (dalam perlembagaan negara, Melayu itu Islam) sebagai ketua keluarga yang mempunyai kedudukan lebih mulia dan tinggi daripada wanita, sepatutnya kaum lelaki lebih peka dalam hal-hal yang membimbing isteri (dan anak-anak) ke arah kebahagiaan. Ini amat jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin (pelindung) bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (Surah an-Nisaa’, ayat 34). Perhatikan perkataan yang sengaja saya ‘bold’kan.

Persoalan penting yang patut difokuskan dalam artikel asal ialah, apakah ciri-ciri yang ada pada lelaki Melayu yang seharusnya dijadikan idaman setiap wanita Melayu? Saya percaya, setiap lelaki mengimpikan untuk menjadi suami idaman bagi seorang isteri. Namun, untuk menjadi suami idaman bukanlah semudah yang disangkakan. Seorang suami perlu memenuhi beberapa kriteria untuk melayakkan dia menyandang status suami idaman. Senarai di bawah bukan khusus untuk suami sahaja, malah isteri juga boleh cuba terapkan dalam kehidupan seharian. Boleh juga dibuat panduan untuk mengingatkan pasangan yang tidak berkesempatan membaca entry ini.

Berikut disenaraikan beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan. :
  1. Patuhi semua hak Allah SWT, berusahalah mentaati segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
  2. Bersyukur terhadap segala nikmat kurniaan Allah.
  3. Melakukan solat berjemaah di masjid/surau atau bersama keluarga.
  4. Bersedekah kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.
  5. Menepati setiap janji yang dibuat.
  6. Berusaha menambah ilmu yang ada dan mewujudkan suasana belajar di dalam rumah.
  7. Sentiasa memainkan peranan sebagai suami – ketua keluarga, sahabat, penasihat, kekasih, pendengar, pendidik.
  8. Memanggil isteri dengan panggilan manja yang disukainya.
  9. Memberi hadiah pada hari-hari istimewa buat isteri.
  10. Memahami karenah isteri dan banyak bersabar.
  11. Memahami kehendak dan pengharapan isteri tanpa perlu disebut-sebut oleh isteri (lu pikirlah sendiri...)
  12. Bergurau senda dengan isteri.
  13. Sentiasa berhubung dengan isteri tanpa mengira tempat dan masa.
  14. Mendidik isteri secara berhikmah dan penuh kasih sayang.
  15. Memaafkan isteri dan orang lain setiap malam sebelum tidur.
  16. Mendoakan isteri setiap masa.
  17. Melakukan kerja-kerja rumahtangga bagi membantu meringankan beban isteri, tetapi tidak menjadi suami yang di‘queen-controlled’.
  18. Memandang isteri dengan lemah lembut, senyuman dan kata-kata yang manis.
  19. Sentiasa mengamalkan makan bersama isteri apabila ada kesempatan.
  20. Melakukan riadah bersama isteri dan sekali-sekala mandi bersama.
  21. Sentiasa memberi kata-kata positif sebagai perangsang kepada isteri
  22. Menjauhi perbuatan bertegang leher dengan isteri, sebaliknya mengalahlah bagi perkara yang harus.
  23. Menjadikan al-Quransebagai teman dan mengajak isteri untuk bersama-sama membaca dan menghayati isi kandungan al-Quran
  24. Segala masalah yang brelaku dalam rumahtangga diselesaikan secara bersama.
  25. Mengadu kepada Allah dalam menghadapi masalah, ketakutan dan kesakitan.
  26. Sentiasa mengamalkan solat sunat Dhuha.
  27. Menjauhi perasaan buruk sangka terhadap isteri kerana sangkaan itu satu doa.
  28. Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan.
  29. Bergaul dengan orang yang baik-baik dan berilmu.
  30. Sentiasa melakukan taubat, istighfar, bersedekah, meminta maaf dan memaafkan orang lain.
  31. Mengawal diri daripada melakukan sebarang dosa. Dosa kecil yang diulang-ulang (berterusan melakukannya) akan manjadi dosa besar. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.
  32. Tidak membenarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga.

Malangnya, hari ini kita dapat lihat, kebanyakkan lelaki Melayu muslim menganggap posisi mereka sebagai satu tuntutan hak, bersikap terlalu ego dan pantang pula ditegur. Kaum lelaki Melayu muslim hendaklah lebih peka dengan sunnah junjungan kita, Rasulullah SAW yang amat lemah-lembut dan lebih romantis. Sebaliknya lelaki asing lebih mendahului dan menerapkan sifat lemah lembut dan romantis Rasulullah SAW dalam melayan pasangan mereka dan inilah yang menarik perhatian wanita Melayu mendampingi mereka. Jika lelaki Melayu muslim benar-benar beriman dan mahu mengikut jejak Rasulullah, sudah pasti wanita Melayu tergila-gilakan lelaki Melayu juga dan sudah tentulah rumahtangga aman bahagia, dapat mengecap kebahagiaan dunia dan akhirat, insya Allah!

Thursday, November 12, 2009

Luahan Hati Seorang Guru

Assalamualaikum,

Saya terbitkan komen pilihan oleh Puan EJ yang merupakan isteri kepada seorang guru. Untuk memudahkan pembacaan saya terpaksa tukarkan beberapa ejaan SMS beliau kepada ejaan baku. Yang asalnya ada di dalam ruangan komen artikel ini. Ada juga cadangan untuk menerbitkan satu entry khas untuk membincangkan masalah guru. Silakan.

"Saya suka baca artikel and comment doktor tentang tajuk ni.. sebab saya juga adalah isteri kepada seorang guru sekolah. Suami saya lepasan KPLI.

Terima Kasih doktor sebab tolong mendefend kan mereka yang bergelar guru.

1st time posting husband saya 6 bulan tertangguh tak dapat gaji. Bukan nak tunjuk merungut kat sini ek just nak share. Suami saya tak mrungut..sebab dia jenis sabar, tak banyak songeh.

Keluar rumah kul 6.30 am , biasanya pukul 5 baru balik ..paling lewat pukul 7 pm. Sebab meeting, latihan rumah sukan, latihan badan beruniform, latihan itulah inilah...

Weekend dalam sebulan wajib 2-3 kali sabtu ada aktiviti sekolah. Maulud nabi, gotong royong, belum lagi ada yang ada aktiviti adhoc..

Menanda kertas peperiksaan tidak dibenarkan dibuat di sekolah. Kena buat kat rumah. Belum lagi mereka dibebankan dengan tugas2 pengkeranian dan dokumentasi serta laporan. Tu pun kena buat kat rumah. Kalau jabatan lain seorang pegawai mesti ada kerani. Tak pun 3 pegawai berkongsi satu kerani. Kat sekolah guru dah lah kena mengajar, buat persediaan lagi pastu kena jadik kerani lagi. Belum lagi tugas sampingan, guru stor, guru perpustakan, penyelaras tingkatan, guru ko-kurikulum, guru bola sepak. Rehat hanya waktu makan dan solat. Tu pun kadang terkocoh kocoh mengejarkan kelas nak mula, nak meeting.

So please jangan kata guru kerja dia mengajar jer yer...banyak lagi tugas dia yang terbeban dalam seharian. Dari celik mata sampai tutup mata...tu pun tidor lewat sampai lewat malam sebab siapkan kerja. Kang tak hantar laporan kan dicop guru bermasalah lak. Kalau time cuti sekolah tu lah betul-betul waktu mereka berehat. Kasi lah mereka ruang bernafas, lihat lah perkara ini dari sudut positif. Kadang- kadang pun waktu cuti tu pun mereka sibuk, bukan boleh rehat (bak kata org makan gaji buta) kena jaga periksa PMR, SPM, STPM. Pastu kena tanda kertas lak. Kadang-kadang kena attend kursus. Sudahnya cuti tu tinggal begitu saja, serupa macam tak cuti.

Saya dan suami cuma manusia biasa. Ada tanggunjawab dan peranan sebagai masyarakat, anak, ibu bapa, dan sebagai suami isteri. Suami kalau sebelum matahari terbit dah keluar rumah dan pulang bila matahari dah nak tenggelam nak bermasyarakat apa nya. Kat rumah lak.. sebelah malam sibuk lah nak siapkan kerja sekolah. Bila lak masa utk anak dan keluarga? Sebagai isteri saya bersabar jer..walaupun kadangkala sedikit terkilan. Suami tidaklah tiap hari mengadap kerja sekolah jer, pepandailah dia manage, cuma kalau ada perkara yg urgent ni yang terpaksa lah di stay up. Kasihan tengok dia..

Saya memang menetapkan every month mesti balik kampung menjenguk orang tua selagi masih ada..itulah masa untuk menghargai mereka selagi masih ada peluang.

Saya agak terkilan, sebab kadang kala nak blik sebulan sekali pun payah..disebabkan suami perlu komitmen kepada sekolah pada petang jumaat dan hari sabtu.

Ramai yg di luar sana suka memperlekehkan tugas sebagai guru. Kalau ibu bapa sendiri dah tak hormat guru inikan pula anak murid. Cuma saya nasihatkan sebelum komen tugas orang, cermin diri sendiri dulu. Adakah sebagai ibu bapa kita sudah melaksanakan tugas dan amanah sebaiknya?

Kita cek tak buku anak2? apa ada dlm beg anak kita? buat atau tidak homework yg guru berikan. Ke mana lepas pulang sekolah? ada kita buat spot cek kat pusat tuisyen? Mungkin ada yg kata.. "eh mesti lah cek.. semak home work diorang.." Mungkin tu masa darjah 1, 2, 3. Bila tingkatan 1, 2.. mereka sudah lupa rutin tu semua.

Tahun lalu suami saya bercerita, seorang ibu berbangsa india, telah datang ke sekolah mencari suami saya. Sebab anak dia kata cikgu rotan, jadi tangan bengkak tak boleh nak tulis atau buat homework. Naif sungguh ibu ini, datang sekolah marah2. Husband saya tanya, makan boleh tak? boleh dia jawab. Eh boleh pulak.. kalau nak tulis tak boleh ini kan pula makan. Sah-sahlah menipu kan. Husband saya cakap, dah bertahun dia merotan budak2 nakal. Memanglah sakit, tapi diorang realise mistake diorang. Tidaklah jadik kes macam satu ni. Itu sebagai contoh paling simple ibu2 moden sekarang. Murid india tu memang terkenal kenakalannya di sekolah. Kat rumah dia baik lah tu, sebab mak dia tak tau. So husband saya pun story lah kisah si anak murid pada ibunya sendiri. Dah jadi sesi kaunseling lak.. terus
berderai air mata si ibu mengenangkan perangai anaknya. Si ibu kurang beri perhatian pada anak, so di sekolah dia memberontak. Siapa yang susah..guru gak kan.

Saya nak menjawab tentang membandingkan tugas lain yang lebih mencabar seperti jurutera, arkitek dan lain-lain. Perlu diingat setiap kerja itu mempunyai cabaran nya sendiri. Saya ceritakan hal sebenar teman saya sendiri. Dia adalah seorang jurutera. Bekerja di bawah sykt JEPUN (well known how they working). Dek tak larat bebanan kerja yg melampau, terpaksa overtime jer so dia decide mohon KPLI. Setelah dia jadi guru, dia rasa kesal sangat sebab lebih baik dia kerja dengan mesin dan komputer daripada berhadapan dengan kerenah anak-anak murid. Tak semua orang boleh jadik guru. Jangan perlekehkan mereka.

Seperti Dr. azwan nyatakan, profession perguruan merupakan profession paling ramai. Dah tentulah bila dah ramai tu macam2 ragamnya. Sebab bila mereka ramai, bila bersuara banyak lagi yang bersuara. Sebab tu nampak macam golongan ini banyak komplen. Cuba kalau jawatan lain ramai macam guru dah tentu sama juga halnya.

Pegawai PTD tak perlu diserap di dalam jabatan pendidikan. Cukup2 lah pegawai yang ada sekarang. Kalau nak jugak sila ambil mereka dari kalangan guru secara kenaikan pangkat. Bila orang luar yang tak ada pengalaman bidang perguruan dia akan menganggu sistem pengurusan, sebab kurang arif dengan budaya kerja bidang perguruan.

Saya juga tidak menolak bila terjadinya guru2 yang bermasalah seperti ponteng, memukul anak murid secara emosional, tidak datang mengajar, datang lewat. Bagi saya itu adalah masalah individu di mana boleh terjadi pada sesiapa saja apa pun profession mereka. Takan tak pernah dengar kes kecuaian doktor (doktor azwan jangan terasa tau!)? engineer buat design jambatan retak? Berapa ramai antara kalian perasaan yg paper ada keluarkan notis kepada mereka2 di jabatan kerajaan yang tidak datang kerja ada masalah displin. Mereka tak ramai.. so tak berapa nampak sangat lah kan.

Menjawab persoalan utama artikel Dr Azwan. Sebagai sebuah kementerian seharusnya mereka mengetengahkan formula-formula untuk pnyelesaian isu-isu yang dibangkitkan... Untuk situasi win-win. Tuntutan NUTP tu rasanya dah makan bertahun-tahun lamanya. Thats why NUTP sekarang makin agresif... sebab dah bosan kementerian buat dek jer.. Mereka yang diluar sana yang mengatakan guru asyik menyalak (ya Allah hinanya guru, patutlah anak murid banyak kurang ajar sekarang ni.. sebab mak bapak pun tak terajar) pernah kah anda tanya mereka apa masalah nya..sebenar2nya sehingga mengundang ketidak puas hatian. Contohnya lah.. seorang ibu ada dua anak, seorang dilayan bagai anak emas yang seorang lagi ala kadar jer. Mestilah yg sorang lagi sedih bila ibu tadi berlaku tidak adil. Seolah-olah diketepikan, tidak disayangi.

Tidak ada isu politik dalam ini. Guru tak ambik pusing pun tentang gosip2 beliau seperti dinyatakan. Guru2 sibuk mengajar disekolah. Tetapi kredebiliti Dato' HTHO ini sebagai menteri pelajaran diragui. Jawapan demi jawapan dari beliau mencerminkan rapuhnya pengurusan beliau sebagai Menteri Pelajaran.

Itu belum cerita bab makmal komputer terbengkalai, terbaru bumbung dewan sekolah mana entah runtuh.. Ni salah siapa ni? kementeriaan? JKR? Kontraktor? 3 tahun lalu saya ada buat lawatan ke sekolah menegah di daerah Kota Tinggi. Sekolah tu agak cantik ..tapi jauh sikit dari bandar. Di hujung bangunan saya terlihat timbunan pasir. So saya ringan mulut bertanya, nak buat building lagi ker? Entahlah.. dengar kata nak buat makmal komputer, dah bertahun tapi pasir je yang sampai. Geleng kepala saya dibuatnya bila dengarkan jawapan itu....

Kementerian Pelajaran harus lah buat satu anjakan paradigma, melihat masalah guru dengan lebih telus. Mengubah mana2 pengurusan yang sesuai. Mengkaji semula pelarasan gaji, agar tiada guru yang tertindas. Menilai semula pemberian kola kepada guru di luar bandar. Terutama yang jauh diceruk kampung, di mana nak ke pekan terdekat pun lebih kurang 60-70km. Kasihan mereka..pergi balik jer dah berapa duit minyak.

Alamak panjang pula celoteh saya kali ini. Maaf Dr. Azwan. Ini hanya luahan hati seorang isteri kepada seorang suami yang bergelar guru. "

Terima kasih Puan EJ. Guru lelaki Islam seperti suami Puan EJ mempunyai tugas lebih berat daripada guru wanita. Mereka sangat kurang di dalam bidang perguruan. Kadang-kadang terpaksa menjadi guru dispilin, ditugaskan untuk menjadi imam atau ketua program agama, mengetuai projek-projek sekolah, mengetuai program sukan dan sebagainya.
Apa yang Puan EJ luahkan ada benarnya dan diharapkan jika ada pegawai kementerian yang membacanya, diharap ia boleh menyumbang kepada memperbaik lagi organisasi Kementerian Pelajaran yang sudah sedia ada.

Wallahu Alam,
dari http://drazwan.blogspot.com

::Pendapat aku pulak::

bukan mudah nak jadikan anak orang jadi orang!

Kenapa ya?!

Ini bukan kali pertama aku di asak dengan soalan yang sama..kenapa hantar anak-anak ke sekolah cina?

Hmm...nak pendek kan cerita, aku cari shortcut!

Bermula dari anak pertama, Anisa!

Dia dikesan mengidap disleksia pada usia 4 tahun apabila dia masih tidak dapat mengenal huruf yang ditunjukkan dan peningkatan kognitif agak lambat berbanding dari adik-adiknya yang lain. Semasa aku belajar di UPM, prof Shameem banyak membuka minda aku agar explore tentang sistem persekolahan di Malaysia. Semasa itu Anisa baru dua tahun lebih..dan aku pula sarat mengandung dengan anak kedua. Mulalah aku merancang ke mana nak ditempatkan anak-anak bila mereka mula bersekolah!

Dan aku pun mula explore...dan aku banyak bersandar pada pengalaman sebagai guru sekolah rendah sebelum ke UPM. Walaupun singkat tetapi cukup aku memahami perbezaan antara SRK dan SJKC.

Kelebihan di SRJKC ialah komitmen pada pembangunan kognitif pelajar. Sistemnya yang menitik beratkan disiplin dalam pembelajaran membuktikan ramai pelajar Cina yang berjaya dalam pelajaran dan juga kehidupan mereka.

Apabila Anisa dikesan dengan disleksia, aku terpaksa menerima hakikat bahawa ia akan meninggalkan kesan sampingan iaitu dia juga tergolong dalam 'slow learner', lambat memahami apa yang dipelajari. Aku masih berkira-kira sama ada untuk ke SRJKC atau SRK. Akhirnya melalui pembacaan dan mengutip pengalaman guru-guru yang mengajar di SRJKC dan SRK aku membuat keputusan untuk menghantarnya ke SRJKC walaupun pada awalnya mendapat tentangan kerana kerisauan tentang pendidikan agama. (Pelajar beragama Islam mendapat perhatian khusus dari guru agama sebab tidak ramai!)

Memang pada peringkat awal, dia berhadapan dengan masalah bahasa, makanan dan pembelajaran. Laluan itu memang sangat sukar buatnya walaupun dia dihantar ke Tadika Cina (satu kewajipan sebelum ke SRJKC). Beberapa kali aku menitis air mata melihat dia menangis akibat tidak memahami apa yang diajar oleh guru-gurunya. Kemudian aku dipanggil oleh guru kelasnya semasa dia di Darjah Satu, aku dinasihati agar menukarkan Anisa ke SRK kerana setelah 6 bulan Anisa masih belum boleh menguasai Bahasa Mandarin. Lalu dijelaskan kepada gurunya bahawa Anisa ada disleksia dan dia slow learner. Adush!! gurunya tidak pernah mendengar apa itu disleksia...tetapi komitmen guru itu membuahkan hasil apabila dalam tempoh 3 bulan seterusnya Anisa sudah mampu membaca perkataan mudah dan mula memahami Bahasa Mandarin.

Anisa berjaya membaca dengan lancar ketika dia di Darjah Empat (Aku mencabarnya dengan hadiah vcd High School Musical jika dia berjaya dalam Bahasa Melayu, masa tu aku tinggalkan dia selama 6 bulan apabila berkursus) Satu kelegaan buatku! Biarlah dia lambat tetapi dia berjaya. Satu perkara yang aku sentiasa bangga dengannya ialah dalam kelemahannya itu, akhirnya dia berjaya menguasai Bahasa Mandarin dengan fasih dan mampu bertutur dengan lancar.

Di situ, aku sangat menghargai komitmen guru-guru di SRJKC terhadap anakku yang sorang ni.

Sebenarnya tidak ada yang kurang dengan SRK tetapi aku menerima nasihat dari seorang guru besar semasa di UPM, katanya disleksia adalah berkaitan dengan abjad rumi (a,b,c,d) tetapi tidak dalam perkataan yang berasaskan karektor seperti Jawi atau Bahasa Mandarin.

Dari situ aku membuat keputusan untuk meletakkan Anisa di SRJKC. Alhamdulillah dia kini sudah hampir menamatkan Al-Quran dan berjaya menguasai Bahasa Mandarin. Walaupun pencapaiannya tidak sehebat adik-adiknya yang lain yang juga bersekolah Cina tetapi bagi aku itu adalah satu kejayaan yang cemerlang!

Bukan mudah untuk mendidik anak-anak yang slow learner sebab pemahaman mereka bukan seperti kanak-kanak normal. Mereka memang tidak mampu membuat penaakulan dan tidak dapat memahami apa yang tersirat dari yang tersurat. Malahan mereka cepat marah sebab kecewa tidak dapat melakukan apa yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak lain sebab mereka mempunyai darah gemuruh yang sangat tinggi. Selalunya mereka adalah sangat pendiam dan sangat bangga dengan pencapaian mereka walaupun sekecil manapun. Namun begitu mereka juga sangat pelupa. Selalu tidak dapat mengingati apa yang dipelajari atau di mana mereka meletak barang-barang mereka. Cuma satu yang aku tak dapat nak marah ialah dia tidak pernah minta benda-benda, kalau adik-adiknya sibuk nak itu dan ini, dia tidak!

Satu keadaan yang pasti ialah kena banyak sabar (dan aku kadang-kadang gagal sebab seringkali terbandingkan dia dengan adik-adiknya). Adusshh!

Dan sekarang projek terbaru aku dengan dia ialah membetulkan kembali teknik penulisannya. Walaupun diberikan perhatian dari kecil tetapi memang tulisannya tidak aa peningkatan. Aku berharap menggunakan alasan perubahan sekolah rendah ke menengah akan membuatnya memberi perhatian lebih kepada penulisannya. So belajarlah dia menulis dengan adiknya yang berumur 4 tahun! Bukan apa, penatlah bila kita sebagai guru bila membaca karya pelajar dengan tulisan yang buruk. Mungkin kelas teknik penulisan perlu diperkenalkan kembali di tahap awal persekolahan dan diberikan penekanan yang serius!

Projek keduanya akan bermula pada 22 November (hadiah hari jadinya yang ke 12..spesel sikit sebab dah besar!!) dah dibincang dan memang nampak keterujaannya..Aku sendiri pun tak sabar...heheheeh...!





Sunday, November 8, 2009

Yaumul Sakinah...

Apabila semuanya berakhir...

Hari ni, aku mengambil seharian merayau-rayau menghabiskan masa dengan anak-anak meredakan perasaan yang membuak-buak...bukan marah tapi lebih untuk belajar perbezaan antara manusia..

Akhirnya aku membuat kesimpulan tersendiri, ibarat kata seorang bijaksana, manusia ini seperti jari-jari di tangan sendiri, tidak ada yang sama dan serupa tetapi setiap satu mempunyai kelebihannya dan kepentingannya yang tersendiri.

Kadang-kadang kita akan kalah dengan sikap orang sekeliling dan ada masanya kita berasa kitalah yang hebat menangani keadaan. Namun aku tetap bepegang pada satu, hasil diakhir keadaan itu, adakah ia akan berpihak kepada aku atau ia akan berpihak kepada pihak satu lagi. Bersediakan kita untuk membiarkan ia berpihak kepada pihak satu lagi?

Hari Sabtu yang lalu, AJK Kelab Guru yang terdiri dari guru-guru baru di SMKA Slim River berusaha merealisasikan Hari Keluarga aka Yaumul Sakinah! Penat tak terkata apatah kalau kena handle hadiah. Nasib aku malang sebab berkursus dari Isnin sehingga Rabu. Hari Khamis pula menyelesaikan urusan Pendaftaran Anisa ke Tingkatan Satu. Hari Jumaat pula sibuk menyiapkan minit mesyuarat JPMS dan laporan EMIS ke PPD. Dalam masa yang sama urusan Hari Keluarga dibantu oleh AJK lain yang memang mantap tapi bila tiba harinya, yang tinggal hanya beberapa orang je.Jenuh beb! Terkial-kial semua orang. Namun aku pasti semuanya berhasrat untuk memberikan yang terbaik. Kesian aku tengok pengerusi dan naib pengerusi serta beberapa AJK (termasuk aku!!) terkejar sana sini memastikan semuanya berjalan lancar sebelum, semasa dan selepas. Mak aku lagi brutal...dia kata nampak 3 orang je yang bekerja!!! hehehehe...

Sayangnya bila semuanya telah berakhir dan barulah pahat berbunyi.

Persoalan dalam kepala aku ialah kenapa lebih ramai yang hanya bijak menuturkan yang negatif tanpa memikirkan apa yang telah diberikan dan apa yang telah diterima? Kenapa tidak melihat kepada kenapa berlakunya satu-satu keadaan tanpa melihat pada kelemahan terlebih dahulu. Pasti akan ada hati yang terkucil dan tercabar, itu belum lagi yang tercalar.

Aku sentiasa memegang iktibar pada kejadian di subuh hari semasa Latihan Membina Semangat di zaman maktab bila emosi didera sehingga mengamuk dan ada yang kecundang emosi akibat keletihan dan kepenatan, hanya dengan kejadian satu-satunya kasut yang kering dicuri oleh AJK untuk melihat tahap kesabaran peserta. Ketika itu aku kalah kerana aku tidak tahu dan tidak memahami. Tetapi kini aku rasa aku banyak menurunkan pengalaman itu kepada ramai orang dalam diam, dalam bising dan pastinya dalam bodoh!...Teringat aku pada sepotong ayat yang aku sebut berulang kali sehingga ditanya oleh kawan aku semasa aku merayau mencari kedai menjual monitor komputer di Petaling Jaya...

He who can keep a secret can never tell a lie...

 Berapa ramai di antara kita mampu menyimpan rahsia tanpa berbohong?

Thursday, November 5, 2009

Dah remaja dah anak dara aku...


Hari ni, aku agak kelam kabut ke sekolah, tak lewat cuma ada kerja yang kena selesaikan selepas beberapa hari outstation. Bila aku menempuh Politeknik tetiba,

"mak, hari ni sekolah cuti.." anak dara aku bersuara..

"aik, kenapa?"..aku pula kebinggungan kerana tidak ada apa-apa makluman tentang cuti sekolah..

"hari ni kena pegi daftar tingkatan satu.."..jelas Anisa satu persatu. "Mak datang amik ya?"..mintanya lagi!

"Okay tapi kena tunggu mak, lambat sikitla, mak kena ke sekolah dulu, nanti tunggu depan sekolah, ok?" balas aku..panjang lebar!

Terus aku memecut ke sekolah dulu, punch in, kemudian mengadap PK Hem, ada mesyuarat di SMKAK, hari Isnin ni...sejak akhir-akhir ni banyak outstation. Anak-anak aku pun dah mula berbunyi, boring sebab aku kerap sibuk! Terkejut juga PK Hem, bila aku minta kebenaran untuk keluar ke sekolah anak, tambah bila dijelaskan tentang tentang pendaftaran Tingkatan Satu...menyengih je aku!

Sesampai je di depan SRJK (C) Chung Sin, aku terus mencari kelibat si Anisa, relax je dia dengan file peribadinya,

" ke mana?" soal aku.

"Methodist!"...sengihnya..

Pada awal, ada ura-ura dia kena ke SMK Khir Jo, tapi akhirnya ke SMK Methodist pula. Mana-mana pun okay, yang penting anak aku mula memahami perbezaan antara sekolah rendah dan menengah.
Agaknya kami ni memang awal...belum ramai lagi ibu bapa yang mendaftar, tapi ada beberapa muka yang aku kenali...antaranya Dr Ong, pensyarah Rekabentuk Penyelidikan Sem lepas..anaknya juga ke tingkatan satu di Sekolah Methodist.

Bagi aku yang menarik ialah aku dan anak dara aku mencipta susur galur yang sama...Aku juga dari SMK Treacher Methodist di Taiping dan dia di SMK Methodist Tg Malim. Tapi komen anisa yang membuat aku tersenyum...

"lama mana akak nak sekolah di sini, mak pun bukan akan duduk lama kat sini...!" Mungkin dia teringatkan perbincangan kami anak-beranak tempohari.

"Tak apa akak, yang penting akak enjoy sekolah kat sini, banyak benda yang akak dapat belajar kat sini...Masa depan, lain kira!"

Nampak gaya, Anisa semakin memahami tuntutan tugas aku yang banyak menuntut perubahan dan pergerakan.

Banyak perkara disebut tentang perbezaan sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara berbezanya seorang kanak-kanak dan seorang remaja.

Dah besar dah anak aku! Abis je, kami terus balik ke sekolah aku, untuk bersarapan..sempat aku mengintai peluang baru dengan pegawai BPI tentang peruntukan yang bakal diberikan kepada sekolah melalui UPSI.

Tapi komen pengetua membuatkan aku tersengih macam kerang busuk....

"Tapi awak kan akan....?!" komennya..




Friday, October 30, 2009

Cinta...

"Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu ia boleh dirasai dalam hati..."


Sekadar renungan...


Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak

"dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati......
 
Hakikatnya: Berapa ramai di antara kita mendapat kalungan anugerah atau menerima kurnia berharga namun kita lebih banyak mempersoalkan apa untungnya memiliki anugerah dan mengagungkan kurnia itu jika tidak ditimbal balas kembali dengan apa yang kita hajati...
 
Akhirnya kita kecundang di persada nafsu yang mematahkan kekuatan dalam diri kita hanya kerana kita gagal merasa dan menikmati apa yang ada!
 
Kita adalah insan yang sentiasa menerima tetapi kita seringkali alpa dan gagal menjaga penerimaan sehinggakan yang sentiasa memberi tidak lagi sudi berkongsi dan tatkala itu kita mula mempersoalkan kehebatan diri kita kerana kita mampu menerima hanya yang hebat-hebat...kita gah bersuara hanya kerana apa yang telah kita miliki tetapi yang sebenarnya kita gagal menyelami isi hati kita sendiri dan mempersoalkan kewajaran mengapa kita menerima pemberian yang sedemikian...
 
Hargailah sepenuh hati apa yang kita terima...dan berikan yang terbaik walaupun itu bukan yang terbaik di mata yang menerima!
 
 

For Undergrads...

Dear All,
We are pleased to announce the 2010 Global Undergraduate Exchange Program http://www.macee.org.my/05_14_content.htmlThe Global UGRAD program provides scholarships for one semester or one academic year of U.S. study in a non-degree program. This program is funded by U.S. Department of State. The goal of this program is to provide a diverse group of emerging student leaders, from non-elite and under-represented groups with a substantive exchange experience at a U.S. College or University.

Kindly dissiminate this infomation to potential candidates. Application deadline is November 30, 2009. Please feel free to contact me should you have any inquiry.



regards,

Kalis



Kalis

Kaliswary M. Subramaniam

Fulbright Program Officer for Malaysian Programs/

Testing Admin.Asst.

Malaysian-American Commission On Educational Exchange

18th Floor Menara Yayasan Tun Razak

200, Jalan Bukit Bintang 50200 Kuala Lumpur

Tel : 603-2166 8878 ext 24

Fax : 603-2166 1878

kalis@macee.org.my


 
:: open to all undergrads from all walk of life within 24 year of living only!!! Rugi tak pegi sebab aku dah melalui pengalaman itu...hebat dan memantapkan ketabahan diri sebagai guru dan pasti menyedarkan diri ini bahawa banyak lagi perkara lain selain diri kita sendiri!!



Washington DC, 2007 first IEP group from 14 countries (56 participants) with 7 from Malaysia...and proud to be the only Malay..!

Thursday, October 29, 2009

Stretching my back..just for awhile!

Leganya! Akhirnya hari ini, aku telah berjaya menyiapkan assignment terakhir. Tinggal nak print je! Esok pepagi boleh antar lah kut. Hari Sabtu nampak gaya kena bersilat dalam rumah..kemas-kemas apa yang patut! Hari Ahad  yabedabedu...dapat buat jungle tracking dgn anak-anak! Satu hari suntuk di Instun bersama-sama student SMKA! Boleh ke idak..well, budak2 tu kena la kuatkan semangat nak meredah belukar! Yang bagusnya aku dapat hero Melayu terakhir...heheheeh...

Tak sabar pulak nak bergelumang dengan pacat dan embun basah...! Tak ramai dah orang yang suka aktiviti outdoor..lebih ramai yang suka terperap di rumah atau setakat merayap di shopping complex..abis hebat pun outting ke panggng wayang!!!

Tuesday, October 27, 2009

Pegawai kerap bertukar jejaskan pendidikan


SAYA ingin menyatakan pandangan mengenai pencapaian pendidikan di Daerah Batang Padang tercorot berbanding daerah lain di Perak. Sejak 2004 pegawai Pejabat Pelajaran Daerah sering bertukar, malah pernah tiga kali tiada pegawai.

Sejak 2004 tiada pegawai memegang jawatan lebih dua tahun dan paling singkat dua bulan itu Razali Ismail (16 Januari -16 Mac 2008).

Tidak hairanlah, pendidikan di daerah Batang Padang tidak berkembang. Kewujudan Pejabat Pelajaran Daerah bertujuan meningkat dan mengupayakan sekolah.

Jika pegawai sering bertukar bagaimanakah dia hendak merealisasikan dasar pendidikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah, pengurusan dan kepemimpinan seperti yang tercatat dalam misi Pejabat Pelajaran Daerah.

Maka terjerit penolong pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang menjaga segala hal akademik. Kadangkala mereka menyalahkan guru besar yang kononnya tidak komited atau enggan berubah.

Jangan terus menuding jari kepada kepemimpinan sekolah jika pegawai Pejabat Pelajaran Daerah tidak pernah teguh dan mantap.

Amat penting pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang juga mampu berkomunikasi sebaiknya dengan guru besar dan pengetua. Mereka harus menunjukkan keterampilan diri yang baik dan berilmu untuk dicontohi. Kepintaran emosi (EQ) juga perlu diberi perhatian.

Saya meminta Kementerian Pelajaran memantau keterampilan, ilmu dan etika pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah dan ketuanya diberi peluang merancang dan membangunkan pendidikan dengan lebih mantap.



ADUKA

Batang Padang,

Perak.



pada hari Isnin aku menerima sms dari GB SKTM (Cikgu Kadir) supaya membaca komennya di Berita Harian...terlupa pula sehinggalah aku melawat blog PakNgah yang sentiasa peka dengan Perkembangan di Perak...Terima kasih walaupun pemantauan secara online je!!
 
Sememangnya isu pentadbiran dalam institusi pendidikan masih lagi tidak ada perubahan..banyak perkara yang berbolak balik bertindan balas sehinggakan ramai guru yang bosan beralih arah ke KPT atau Kementerian lain yang mampu memberi peluang yang lebih baik dalam perjalanan karier mereka.
 
Adakah ini disebabkan guru tidak mampu menjadi pemimpin dan pentadbir? atau kerana mereka tidak diberikan kepercayaan untuk mentadbir mengikut acuan mereka sendiri? atau mereka menjadi ibarat kisah si bapa dengan keldainya?
 
Mungkin kerana itu, aku memang fanatik sikit bab mengubah dunia, walaupun dunia ku sendiri! Jangan lama-lama dok dalam comfort zone..nanti lemau dan lunyai jadinya!!!
 
Projek aku, dengan rakan-rakan seperjuangan sudah membuahkan hasil apabila mendapat feedback yang sangat mantap dari pihak IREX. So sekarang bagaimana kami mampu mengerakkan pihak-pihak yang terlibat untuk menjayakan program kami yang pasti kecil tetapi bermakna buat pihak pentadbiran...sehingga banyak nama besar di sebut-sebut!
 
Berani kah kami untuk bertahan dengan segala macam cabaran yang mungkin melemahkan semangat untuk membangunkan Batang Padang dan Perak semestinya?

Semakan Keputusan PTK Ogos 2009

Di mana anda kini? Masih di takuk yang sama?

Meh kita semak sama-sama di sini:


 
Tahniah buat yang berjaya...yang belum puas...boleh mula mendaftar selepas 2 November (Tunggu le Guru Data gi meeting dulu..!)