Showing posts with label book. Show all posts
Showing posts with label book. Show all posts

Monday, October 12, 2009

Mencari Lubuk...


Koleksi master copy bahan-bahan yang sukar ditemui di Malaya...tetapi terselit gak buku-buku yang aku nak...hehehehe! Rezeki...

Jangan sia-siakan masa...hehehehe. Hari ni aku ke merayap lagi dengan rakan seperjuangan yang sabar melayan karenah aku yang tengah gila baban sikit dua tiga hari ni!...mencari buku-buku yang memang sukar ditemui di pasaran. Akhirnya kaki aku merayau dari Jalan TAR ke UPM dan ke beberapa kedai photostat sehinggalah ke kedai yang "khas" untuk buku-buku yang sukar diperoleh dalam pasaran di seantero Malaya...Antara pengalaman menarik ialah bagaimana "rayapan" aku yang bermula sejak Jumaat lepas menemukan aku dengan seseorang yang cukup hebat...sehingga aku tertanya-tanya, kawan ke aku atau sekadar kenalan memandangkan beliau duduk di tingkat 11 di Kementerian Kewangan dalam opis yang 4 kali ganda bilik tidur aku...heheheeh! 

Maka hari ni bertimpuh dan bersimpuhlah aku bersama habuk berterbangan hanya untuk mendapatkan beberapa buah buku yang sememangnya berharga untuk sepanjang pengajian aku. Apatahlagi setelah penat aku merayap dari sebuah ke sebuah kedai buku sehingga ke UPM...

hehehehe....kalau tak terjah, main langgar dan pecahkan ruyung...mana nak dapat beb! Memang berbaloi-baloi...

Wednesday, August 27, 2008

Buku Lagi....!


Aku ni memang gila nak kaya! Bulan ni pilihan aku ialah buku bertajuk "The Certain Way To Life's Riches" hasil tulisan Dr Peter Yee. Tapi paling best, kali ni aku dapat buku ni free...ada sugardaddy sponsor...hahahahah!
Apa yang menarik pasal buku ni? Masa aku selak-menyelak.. memang buku ini bercerita tentang kekayaan duniawi, tetapi aku tertarik dengan pendekatan minda yang digunakan untuk menguasai kehidupan mengikut kehendak diri kita. Buku ini juga menyentuh tentang daya pemikiran positif dan bagaimana kita membina rangkaian insan yang pastinya berguna untuk kita jadikan sebagai pengerak dalam kita mencapai apa yang kita idamkan.
Tapi idea "NOTHING is SOMETHING~ How to create "Something" out of "Nothing", membuatkan aku bersila di lantai Kedai Popular! Rasanya idea ini telah aku temui dalam beberapa buku yang pernah aku selak sebelum ini tetapi kali ini Dr Yee membuka rahsia bagaimana dia menggunakan ideanya untuk mencipta kekayaan.
Sugardaddy aku gelak tengok aku keluarkan duit plastik aku bila aku nak bayar buku-buku aku.Hari ni dia berlagak sebab dalam poket dia ada 18K...cuma yang tak bestnye, dia belanja aku dengan bodyguard aku makan capati dengan teh tarik je...isk..isk..isk..
Bodyguard aku pulak dah ngendeng tanya mana aku dapat sugardaddy yang "tall, dark and hansome" macam hero dalam buku Mills and Boon yang selalu jadi teman tidur masa aku tengah muda dulu...Mana boleh cerita!