Sunday, December 30, 2007


Streamyx Sucks

Sorry la...bukan nak ngutuk! Tapi dulu ada la member aku tanya berapa kelajuan broadband digi pasal dia pakai celcom 3G (siap pakai huawei device). Aku jawab dengan muka sekupang... "laju macam streamyx wireless kat rumah!" Teringat mukanya...

Hakikat dan realitinya...streamyx ke celcom broadband atau digi broadband, kalau tak pakai...tarak guna juga!!!

Buat masa ni, aku melepak kat rumah mak aku kat Taiping sambil-sambil menghabiskan saki-baki cuti...berguna jua Digi...

Azam 2008

Tahun baru bakal menjelma...dan 2007 akan tinggal dalam kenangan. Bila aku mengimbau kembali, tahun ini banyak mencatat sejarah secara peribadi dan profesional. Banyak juga terselit kisah-kisah yang tak ingin aku ulang kembali...

So bermulalah agenda baru, azam baru, langkah baru.

Teringat perbualan aku dengan sheda sementara kancil aku dicuci...Kisah apa yang kita perlu, apa yang kita hendak dan apa yang kita idamkan.

Perlu, Hendak dan Idam...Bagaimana kita mengisi tahun 2008?

satu kisah terselit...

Aku membaca kisah ini berkali-kali sejak aku kecil lagi...Selalunya aku cuba memahami apa yang ada di balik yang tersurat...Mungkin kali ini aku jumpa apa jawapannya!


Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kini aku mengerti...

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita…

Adakah jika aku tidak memperoleh apa yang aku idamkan, bererti bahawa aku tidak mendapatkan segala yang aku inginkan ?

Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

Frust ek...?

Resam manusia tidak lari dari perasaan kecewa. Adakalanya begitu sukar untuk kita menerima kekecewaan itu sehingga kita terfikir untuk melakukan perkara perkara yang mungkin kita terfikir sewaktu kita di dalam keadaan normal.

Berikut adalah perkara perkara yang perlu kita buat untuk mengelakkan kita daripada terus mengalami trauma kecewa tertonggeng monggeng dan sukar menerima hakikat diri.

1. Dalam keadaan yang amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ke tempat yang ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanya kan mereka. “Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?”

2. Beli makanan banyak banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahan lama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku nota anda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat, spora dan sebagainya.

3. Jika kita rindukan detik detik waktu bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakan tabiat lama kita itu. Cepat cepat angkat telefon, dail sebarang nombor 103 Telekom Malaysia. Petugas petugas Telekom Malaysia bersedia melayan sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda di marahi. Bagitahu mereka yang anda baru di kecewakan dan memerlukan seorang untuk anda luahkan perasaan anda.

4. Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur, alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikan sebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin, perompak yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkap penjenayah !!!

5. Anda rindu mendapat email dari si dia? Bukak account email baru yang dekat dekat namanya macam email kekasih anda, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepada email anda yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia. Taraaaaa!!! Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembira mendapat email yang seolah olah dari dia.

6. Marah pada dia? Itu adalah normal ! Ambik bantal peluk anda. Pakaikan bantal peluk anda seperti anda ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil. Apabila anda telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hati anda. Luahkan segala galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlaku penderaan pada bantal kekabu anda. Sebarang luka luka dan lebam tidak di benarkan. Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakan pakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupun tekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lah bantal tersebut dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebut sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mainan dalaman anda.

7. Bukak tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih anda itu adalah orang jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kali ada adegan tembak menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama di depan tv. Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila cerita tersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan anda.

8. Jangan dengar lagu lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia. Anda masih di benarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu lagu yang anda benci seperti keroncong, lagu lagu melayu deli dan juga irama asli. Bayangkan anda sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga si dia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya. Serikan nyanyian anda dengan aksi aksi dan memek muka yang menjelekkan menandakan anda begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakan anda.

9. Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalau boleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek anda untuk di simpan di sana. Berilah kebenaran untuk nenek anda menggunakan apa yang dia rasa perlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek anda tidur dengan teddy bear tersebut. Anda pasti merasa satu melihat nenek anda gembira tidur berteman dan anda akan dapat melupakan si dia dengan pantas.

10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika anda di kecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua perkara yang anda lakukan dalam keadaan terbalik. Anda berjalan terbalik. Anda menekan pedal minyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur berbaring. Anda menyapu dalam keadaan terlentang dan sebagainya. Variasi kan pergerakkan anda. Ingat, setiap aksi yang anda lakukan memerlukan anda untuk belajar gaya baru. Anda pasti seronok dengan perkara baru yang anda lakukan ini. Dan dengan mudah anda akan dapat melupakan si dia dalam sekelip mata sahaja.

Selamat mencuba !

Sumber artikel: Kelab Kecewa

~ Just For Fun!


Hmmm...siapa yang tak pernah kecewa? Kadang-kadang orang yang paling kuat ketawanya, kalau didengari betul-betul..kosong jer bunyinya. Begitu juga kalau diperhatikan mata orang yang senyum lebar, kalau senyumnya tak sampai ke mata...pasti hatinya juga sedang merana. So? Falsafah aku pegang dari aku berumur 13 tahun...seperti kata seorang ahli Pandu Puteri yang akhirnya beralih arah menjadi Pengakap:~
"Selalu Sedia dan Senyun Selalu"

Friday, December 28, 2007

Cinta itu bahagia bukan terseksa

~ untuk mr johan halid!~

Aries (21 Mac - 20 April)

Orang Nya: Anak mak! Smart mamat. Intelligent (boleh la….)

Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya.

WARNING: Jika anda betol anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jangan lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan diworkshop baru baik.

Leo (24 Julai - 23 Ogos)

Orang nya: Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego.(kadang-kadang je ego). Pandai berkata-kata.

Tips utk memikat: Sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.

WARNING: Jangan.. saya ulangi.. JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.

Virgo (24 Ogos - 23 September)

Orang nya: Pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng’eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.

Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jangan banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng’eng.. kuat merajuk)

WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang ter “over welming”.. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.

Libra ( 24 September - 23 Oktober)

Orang nya: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan `last minute`. Seringkala kontrol diri depan perempuan.

Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky.. SO be urself.

WARNING: So bila nak date.. makai lah make-up yg sederhana.. tapi jangan lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem.

Scorpio ( 24 Oktober - 23 November)

Orang nya: Action serius, mudah cemburu, mood swing..

Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe! janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuan nya dengan orang lain.

WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio…(jangan kata tak kasi warning)

Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)

Orang nya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)

Tips utk memikat: Jangan pulak anda pun nak step kaya… nanti habis duit dikebas.

WARNING: TOLONG Jangan terpedaya dengan kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi…

Sagitarius ( 23 November - 21 December)

Orang nya: Fu.. yoh.. siapa dapat memang untung… Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan-jalan.. Sort of adventurous.

Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? Anything asal kan jangan membosan kan…

WARNING: Jangan “u plan.. i plan lah”..’confirm tak ada plan’.

Capricon ( 22 December - 20 Januari)

Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan ‘cinta’ pada anda.

Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jangan give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal

WARNING: Macam layang-layang putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jangan mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti…

Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)

Orang Nya: Pijak semut tak mati… Suka yang cantik dan menarik perhatian.

Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you.

WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu

Pisces (20 Februari - 20 Mac)

Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Mudah perasan. walaupon tak hensem..

Tips utk memikat: Senyum sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila-bila.

WARNING: Mungkin bakal jadi playboya.

Taurus (21 April - 21 Mei)

Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri. Suka Bantu orang lain.

Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real you…

WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang… kesian takde orang lain layan…

Gemini (22 Mei - 21 Jun)

Orang nya: Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jangan harap anda nak menang.. dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasan nya

Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua.

WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengan nya.. kalau dah tak tahan dengan mereka.. blah aje jangan banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer…..

Thanks Nurul...



Thursday, December 27, 2007

Menawan Isteri supaya Tertawan

SEBAGAI lelaki, pernahkah ego anda tercabar? Apatah lagi orang yang mencabar itu adalah insan paling rapat dengan anda iaitu isteri.

Bagi lelaki, adakalanya mereka sukar menelah isi hati wanita yang pernah menjadi kekasihnya dan kini muncul sebagai suri dalam hidup insan bernama suami.

Hakikatnya, mengenali hati wanita bukan payah kalau anda tahu ‘kuncinya’. Bahkan isteri bukan mendambakan yang hebat-hebat atau sesuatu yang bertaraf eksklusif semata-mata.

Cukup sekadar biasa saja, tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan dan rasa kasih yang mendalam oleh suami, pasti hatinya berbunga gembira.
Panduan berikut mungkin mampu menjadi amalan anda untuk isteri tercinta supaya keutuhan cinta terus bertahan lama. Jika anda mampu mendalaminya, pasti anda menjadi lelaki yang paling disanjungi isteri.
1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan ‘I love you’. Gunakan teknologi yang ada kini sepenuhnya. Sering menelefon atau menghantar e-mel untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.

Bagi wanita, walaupun hanya satu ungkapan atau ayat, ia sangat berharga dan rasa begitu bahagia menerimanya.

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stoking atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Apabila keluar daerah, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang anda sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumah tangga dan pendidik.

7. Berbincang dari semasa ke semasa, jangan ketepikan pendapat isteri. Berkongsi masalah dengan mereka, sekurang-kurangnya membuatkan mereka rasa penting dalam diri anda.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri jika dia bertentangan pendapat dengan orang lain, tetapi perlulah secara rasional. Sekiranya pendapat isteri salah, betulkan.

10. Urut isteri dari semasa ke semasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita serta masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang apabila di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh bila berjalan.

14. Apabila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Apabila makan di luar, jangan harapkan isteri saja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar apabila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri daripada orang lain di khalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda daripada anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi dan jam. Kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Apabila Aidilfitri tiba, jangan beri duit raya kepada anak-anak saja, tetapi beri juga kepada isteri.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutama daripada yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keprihatinan dan kasih sayang yang tidak ternilai kepada mereka.

23. Jangan ambil mudah perkara yang amat penting bagi wanita. Wanita cukup kuat mengingati tarikh penting contohnya hari ulang tahun. Sesekali, buatlah kejutan supaya mereka rasa lebih disayangi.

24. Jangan kedekut memberi pujian kerana mereka berhak menerima pujian.

25. Wanita juga ada ego terselit di celah kelembutan mereka. Apabila mereka rasa terancam atau tercabar, lahirlah sifat marah, cemburu dan cepat merajuk.

Masalah timbul bila mereka suka memendam perasaan dan ‘meletup’ suatu hari. Tetapi sebagai lelaki, usah sama-sama meletup. Cuba selesaikan masalah dalam keadaan terkawal dan fikir secara positif misalnya, mencari punca wanita cemburu atau marah.

Kisah 4 Batang Lilin


Ada 4 lilin yang menyala.

Sedikit demi sedikit habis meleleh.

Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Yang pertama berkata:
“Aku adalah Damai.”
“Namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!”

Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.
Yang kedua berkata:
“Aku adalah Iman.
“Sayang aku tak berguna lagi.”
“Manusia tak mau mengenaliku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.”
Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:
“Aku adalah Cinta
“Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.”
“Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.”
“Mereka saling membenci, malah membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.”

Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa terduga…

Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam.

Kerana takut akan kegelapan itu, si anak berkata:
“Eh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!”

Lalu si anak menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:

“Jangan takut,
Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:

” Akulah H A R A P A N

Dengan mata bersinar, si anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N yang ada dalam hati kita. Semoga ia dapat menjadi alat, seperti si anak tersebut yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!

My Comment: Sebagai pemberi dalam kehidupan kita sentiasa memahami konsep memberi yang terbaik dan terus memberi ibarat menjadi lilin. Dan apabila lilin itu padam dan tidak lagi menyala dan semuanya berada dalam kegelapan, barulah kehadiran sebatang lilin disedari malangnya hanya selepas ketiadaan si lilin yang sepi dan senyap...

Tuesday, December 25, 2007

Orang vs Orang-orang



Kebetulan beberapa hari lepas di Langkawi, kami sekeluarga melalui Laman padi. Ketika ini musim padi masak di bendang. jadi banyak orang-orang yang diletakkan di bendang untuk menghalau burung-burung dari datang mencuri padi.

Maaflah ya kalau analogi ku kali ini berlainan dari kebiasaan. Ketika aku melihat orang-orang yang terpacak di tengah laman padi, terbayang aku kepada sebuah perkahwinan yang diibaratkan seperti sebuah laman padi yang sedang lebat mengeluarkan hasil. Setiap laman padi akan ada orang yang mengerjakan laman padi itu dan ada orang-orang yang menjaga laman itu dari didatangi burung-burung larangan!



Persoalan saya...siapa yang menjadi orang dan siapa yang menjadi orang-orang?


Lebih Baik dari Kekasih...

Teman seperbicara...

Teman seperbicara adalah umpama,
Serinya mentari menyinari,
Syahdunya rembulan menerangi,
Alam kehidupan seorang teman,

Teman seperbicara,
Adalah rakan sekarya,
Dadanya penuh cita dan cinta,
Membangkit rindu dikala sayu,
Menghambat resah dikala gundah,
Teman seperbicara,
Teman sejiwa,

Teman seperbicara,
Murninya lebih dari kekasih,
Ikatannya kemas terikat mesra,
Janjinya setia,
Berbicara,
Bersama,
Walau sendu didada,
Walau titis dimata,

Teman seperbicara
Adalah tempat meluah rasa,
Disebalik bicara karya.

Dipinjam dari Sembang.Com




Monday, December 24, 2007

Love Your Life


Aku terpanggil untuk menyebut sesuatu yang tidak ramai yang mampu untuk sebut ...mungkin kerana merasakan hanya dirinya sahaja yang terasa sedemikian atau mungkin ia adalah perkara biasa dalaam kehidupan kita seharian.

Kalau dihalusi banyak persoalan yang timbul bila bercakap tentang perkara ini. Cuba kita tanya pada diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum bertanya kepada orang lain!

Berapa ramai di antara kita yang merasakan kita benar-benar dihargai dalam segala jua perbuatan atau tindakan yang dilakukan?

Berapa ramai diantara kita mengharapkan penghargaan dalam kehidupan kita?

Berapa ramai diantara kita yang kecewa sendiri apabila apa yang dilakukan oleh kita terasa seperti tidak dihargai?

Berapa ramai diantara kita yang menghargai apa yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita?

Dan satu situasi lain pula...

Berapa ramai diantara kita sekadar menelan sahaja segala harapan yang tersimpan di minda dan hati kerana tidak mampu menyebut apa yang ingin disebut?

Berapa ramai diantara kita yang mengharung kehidupan dan menghadap kehidupan seharian tanpa memikirkan diri sendiri tetapi terus memberi kepada orang lain sedangkan dirinya sendiri terabai?

Berapa ramai diantara kita ingin dihargai?

Aku mempunyai dua sahabat yang rapat denganku. Hari ini aku memperuntukan sedikit masa untuk berbual dengan mereka. Kedua-duanya menyebut satu perkataan yang sama...Penghargaan.

Kedua-duanya menyebut bagaimana mereka melakukan dan memberikan yang terbaik untuk yang tersayang namun begitu mereka tidak mendapt balik seperti mana yang mereka harapkan.

My Comment: Aku menyedari keadaan di mana kita sangat kurang menghargai orang di sekeliling. Selalu sangat kita mengharap kita dihargai dengan alasan kita sentiasa memberi yang terbaik untuk mereka yang kita sayangi...tapi diri kita sendiri... bagaimana? Siapa yang sedar apa yang kita lakukan? Adakah kita perlu melakukan lebih baik lagi...memberi yang lebih baik lagi dari apa yang telah kita berikan sehingga kita merasakan kita benar-benar dihargai? Keadaan ini berlaku bukan sahaja dikalangan orang dewasa tetapi bermula dari sekecil-kecil 2 tahun. Aku memerhati anak lelaki aku yang seorang itu...tersangatlah mudah, kalau kerapkali dia dipuji, pasti sekali perkara yang sama itu dilakukan semula berkali-kali dengan mudah sekali... Iktibarnya...begitulah juga kita yang dah dewasa ini tetapi ramai di sekeliling kita yang berat mulut untuk mengakui bahawa dia mendapat apa yang dia inginkan dari pasangan ataupun dari sekelilingnya dan memberikan perghargaan kepada insan istimewa itu... Teringat aku kepada seseorang yang selalu berkata.."Just bagi balik apa yang kau dapat sebagaimana aku berikan"

Maka segala-galanya berbalik semula kepada bagaimana kita melihat dan memahami diri kita dalam alam fana ( ke..maya) ini. Dan sebelum kita menyalahkan sekeliling, satu persoalan yang kita perlu jawab ialah bilakah kali terakhir kita menyebut yang kita menyayangi dan menghargai apa yang kita ada?

Re: Anita...Terima kasih berjuta-juta lemon! kerana telah membuat satu perancangan perjalanan yang banyak meninggalkan memori hebat dalam lipatan kenanganku. Terima kasih juga kerana menjadi seorang sahabat yang menyedarkan aku tentang segala kekurangan dan kelemahan diri aku...Really appreciate your email!!

Saturday, December 22, 2007

Mencari Cinta

Gambar ini diambil secara curi-curi menggunakan camera handphone "cokia" ketika mereka sedang sibuk melayan Sufi sambil makan tengahari. Apa yang istimewa tentang pasangan ini? Mereka ada "sesuatu" yang tidak ada pada semua pasangan.

Aku sendiri terfikir bagaimana nak mencari "sesuatu" itu...

Teringat aku kepada beberapa kisah yang pernah aku baca. Antara iktibar yang dapat aku jadikan panduan ialah beberapa perkara dalam membina hubungan yang kukuh dan bahagia. Antara yang penting ialah carilah pasangan yang kita suka berbicara kepadanya kerana itulah teman kita sehingga akhir tua nanti. Ini kerana menjalinkan hubungan dengan seseorang yang tidak dapat menerima buah fikiran dan memberikan lantunan dalam perbualan akan mematikan buah bicara dan akhirnya hubungan itu akan menjadi sesuatu yang membosankan bagi kedua-dua pihak.

Antara perkara lain ialah si isteri juga perlu tahu ada dua keperluan suami yang mesti menjadi "top priority" dalam menjaga hubungan. Ini akan menentukan kebahagiaan rumahtangga akan berlanjutan. Pertama ialah air tangan si isteri akan menjamin kesejahteraan perut suami! Kedua menjaga tempat tidur supaya ia menjamin kesejahteraan jiwa si suami.

Bagi suami pula, dia perlu bijak menyediakan ruang untuk si isteri supaya terasa dilayan seorang kekasih. Layanan istimewa seperti membawanya keluar berdating, tengok wayang dan sekali sekala bercuti berdua sangat penting. Malahan ruang untuk si isteri meluahkan segala yang terbungkam dalam hatinya juga perlu sentiasa disediakan.

Namun begitu ada faktor-faktor tertentu yang menentukan bagaimana hubungan ini boleh berjalan lancar. Pertama kedua pasangan itu mesti suka antara satu sama lain. Malahan mesti ada unsur meminati kelebihan yang ada pasangan masing-masing. Antara yang tidak kurang penting ialah pasangan itu mesti saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Apabila ketiga unsur ini digabungkan maka wujudlah perasaan cinta diantara keduanya.

Persoalannya, berapa ramai di antara pasangan yang ada, dapat menzahirkan semua ini? Satu pemerhatian yang menarik dapat aku lakukan ialah semua orang baik lelaki atau perempuan mempunyai impian yang sama, ingin dicintai sepenuh hati dan ingin mencintai sepenuh hati tetapi...bukan semua perempuan untuk semua lelaki dan sebaliknya. Maka bagaimana kita tahu yang manakah yang terpilih untuk menjadi pasangan kita?

Friday, December 21, 2007

Raya Alaf baru...


Dulu-dulu, semasa bulan Ramadhan, kita sering sibuk menunggu Malam Tujuh Likur, kebiasaannya rumah kita diterangi dek cahaya pelita sepanjang malam dan kanak-kanak akan berseronok bermain bunga api. Kelihatan pula orang tua-tua berjalan pulang dari masjid membawa saki baki more untuk dihabiskan sewaktu sahur nanti.

Dan bila masa berjalan, lampu-lampu pelita diganti dengan lampu elektrik yang silih berwarna-warni. Kanak-kanak lebih sibuk mengadap astro dan orang tua-tua laju dengan motor masing-masing, masjid pula kelihatan sepi selepas selesai terawih.

Sekarang pula, ramai yang berbunyi, raya pun tak macam raya, dah tak ada sambutan dan kemeriahan seprti zaman kanak-kanak mereka lagi. Tiada lagi ibu-ibu yang sibuk pada malam raya, bapa-bapa yang sibuk melayan anak bermain bunga api atau membantu si isteri memasang langsir. Suasana yang wujud ialah semua ahli keluarga bergelimpangan di depan TV, menukar chanel demi chanel nak tahu apa cerita menarik untuk ditonton pada cuti raya. Ada juga keluarga yang sibuk merancang untuk bercuti di kawasan peranginan atau ke luar negeri sepanjang cuti raya.

Itu raya puasa.

Kalau raya haji lagi canggih.

Kalau dulu, berbulan sebelum ketibaan raya haji, ramai yang sibuk mencari panggu untuk membuat sedekah qurban tapi kini boleh order melalui internet! Bila tiba hari untuk melakukan upacara qurban di masjid atau surau, lebih ramai yang datang mengambil kupon untuk mendapatkan daging dari yang datang membantu melapah lembu atau kerbau.

Makin banyak tradisi yang semakin dilupai dan semakin ramai generasi yang sudah tidak memahami apa ertinya qurban. Malahan amalan ziarah dan bertukar juadah sudah dianggap lapuk dan ketinggalan zaman. Maka wujudlah raya alaf baru...

~ MEH ramai-ramai kita menziarah BLOG rakan maya semperna raya nih!!! Tak membazir minyak, masa dan wang ringgit serta tak perlu penat menyediakan air dan juadah..duit raya pun tak payah! Jangan lupa meninggalkan ucapan dan bertanya khabar kerana kadang-kadang tuan punya blog tak online sebab dia sedang beraya di blog orang lain!

Faham kan? Jadi jangan ada yang komplen kenapa raya pun tak rasa macam raya sebab yang mewujudkan perasaan itu adalah kita sendiri. Kita juga yang perlu mengekalkan budaya dan tradisi raya supaya keindahan menyambut raya dirasai oleh anak-anak kita agar mereka dapat membawa nikmat itu untuk ke hadapan pula...


Kisah 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan


Peringatan buat Kita yang sering Alpa...


Oleh Fatimah Busu

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan
Satu kena rogol beramai-ramai
Tinggal lagi Sembilan.

“Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?”

“Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki … tiga empat orang “

“Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami.”

“Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri.”

“Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita.”

“Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?”

“Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital . Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?”

“Kenal abah “

“Berapa orang ?”

“Empat “

“Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?”

“Seorang saja yang lain tidak tahu.”

“Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report ! “

“Huuuuu dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! “

“Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!”

“Baju kita ini pun nampak pusat juga!”

“Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat.”

9 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta seks - video lucah di apartmen
Satu sempat dicekup pencegah maksiat
Tinggal lagi lapan.

“Hah! Padan muka si Saman tu megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!”

“Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji.”

“Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macam tu . Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang.”

“Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!”

“Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama.”

“Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!”

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Pergi ke konsert Jom Heboh
Satu hilang ikut jantan
Tinggal lagi tujuh.

“Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik … saya runsing sangat!”

“Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana lagi !”

“Esok saya nak pergi jumpa bomoh tentu bomoh tahu. “

“Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik .”

“Habis ?”

“Kikta tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah.”

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi GRO di Kelab Nilam
Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh
Tinggal lagi enam.

“Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!”

“Dunia sekarang memang kejam, puan anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?”

“Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik .”

“Dia kerja apa di KL, tu?”

“Katanya pegawai eksekutif syarikat .”

“Syarikat apa, puan?”

“Kalau tak silap syarikat import eksport katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar bosnya baik selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali.”

“Oh?”

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Berpesta arak dan karaoke di kota
Satu terus jadi pelacur
Tinggal lagi lima.

“Hei anak bertuah! Kautengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?”

“Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?”

“Kau cakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?”

“Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?”

“Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!”

“Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah? Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?”

“Dia tu bekerja, bukan?”

“Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?”

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap
Tinggal lagi empat.

“Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang Berhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica! Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa lagi untuk membebaskan anak kami.”

“Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil ! Lagipun dia ditahan di Jamaica… ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia.”

“Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena nyanya teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?”

“Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu.”

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Bercinta dengan Mat Hitam Uganda
Satu sudah murtad hendak kahwin
Tinggal lagi tiga.

“Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?”

“Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!”

“Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?”

“Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline.”

“Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!”

Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!”

“Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?”

“Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!”

“Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?”

“Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi.”

“Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?”

“Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!”

“Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?”

“Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu.”

Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!

“Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!”

“Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!”

“Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!”

“Ah, ada yang parah nampaknya satu lagi nampak okey .”

“Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?”

“Bawa kawan saya keluar, dulu saya okey. Saya boleh keluar sendiri.”

“Mari kita angkat dia ramai-ramai jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas rumput di sini.”

“Aaaarrrrgggg aaarrrrgggg ..”

“Masni.. Mas.. Mas mengucap mengucap Mas .”

“Aaarrrggg aaarrrggg .”

“Mengucap Mas ikut saya, mengucap … Laaa ilaaa haillallah Laaaa ilaaa haillallah .”

“Laaaa ilaaaa .”

“Kata, Laaa ilaaa haillallah Mas ! Kata, Laaa ila haillallah .”

“Laaa ilaaa .”

“Massss sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss sebut Laaa ilaaa haillallah.”

“Dia sudah tidak ada lagi dek “

“Masss sebut Laaa ilaaa haillallah Masss sebut”

“Dia dah tak ada, dek dah tak ada lagi !”

“Ah, Mas Mas mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss Laaa ilaaa,

tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan !”

“Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?”

“… Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)

“Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan ” (Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976, hal.238)

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Terjebak dengan kumpulan bohsia
Satu ditangkap bunuh bayinya
Tinggal lagi dua.

“Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap.”

“Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah .”

“Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia.”

“Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi.”

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu
Satu mati eksiden ketika lumba haram
Tinggal lagi satu.

“Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu ! “

“Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?”

“Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!”

“Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja. Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!”

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan
Sangat-sangat susah hati
Termenung-menung seorang diri
Bagai ayam mabuk tahi
Rasa hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati

“Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang Islam. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)

Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.

BIODATA: Dr Fatimah Busu

PENGARANG veteran wanita ini mewarnai dunia sastera tanah air sejak 41 tahun lalu dan pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM). Antara karyanya, Koleksi Cerpen Al-Isra (10 cerpen) membawa persoalan falsafah, politik, agama, unsur mitos dan lagenda dalam sastera Melayu tradisional dengan tanggapan baru. Kumpulan Cerpen Lambaian Tanah Hijau memuatkan 15 cerpen dengan tema kritik sosial dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Belanda, Tamil, Perancis, Mandarin, Jerman dan Vietnam. Kumpulan Puisi Apa Ada Di Sana (2003), Antologi

Cerpen Keajaiban Alam (2004) manakala novelnya, Ombak Bukan Biru (1977), Kepulangan (1980), Salam Maria (2004), The Missing Piece - Bahagian I (2005) dan The Missing Piece - Bahagian II (2006) turut

Wednesday, December 19, 2007

Eid-Adha Mubarak


20 SUNNAHS OF EID

On Eid day these things are Sunnah:

Cutting hair (cut your hair according to Sunnah and not according to the English styles).
Cutting Nails.
Having a bath.
Doing Miswaak (cleaning of teeth with a Miswaak, this is apart from Miswaak done during ablution).
Wear nice clothes, if new wear them, otherwise wear washed ones.
To put Ittar on.
Wearing a ring (whenever you wear a ring keep in mind that it should be not more than 4 grams, in weight of silver and wear only one ring. There should be only one stone in this ring. Don’t wear a ring without a stone. There is no limit for the weight of the stone. A ring made of any other metal another ring cannot be worn).
Offer Salaah-tul-Fajr in the Masjid in your area.
Before going to Eid-ul-Fitr Salaah, eating some dates - 3, 5, 7 or any amount. But they should be eaten in odd numbers. If dates are not available then eat something sweet. Even if nothing is eaten before the Salaah, it is not a sin but if nothing is eaten till Salaah-tul-Isha then he will be reprimanded.
To offer Eid prayer in Eid Gah.
To go walking to the Eid Gah.
There is no harm in going on any sort of transport, but it is better to walk and there is no harm in coming back on any sort of transport.
When going for Eid Salaah choose one path and when coming back come on from another path.
Giving Sadqa-e-Fitr (charity) before Eid Salaah (it is better to give it before Eid Salaah but if that’s not possible then give it after the Salaah).
Showing happiness.
Giving a lot of charity.
To go to the Eid Gah relaxed and dignified, with eyes kept down.
Congratulating each other.
After Eid Salaah shaking hands. It is better to embrace one another, like the usual custom of the Muslims, since it shows affection.(Alhadiqa-tul-Nadya, V2, P150 – Maswi, V2, P221)
While going for Eid-ul-Fitr Salaah, to say Takbeer quietly and while going for Eid-ul-Adha one should say the Takbeer loudly.
~Selamat Menyambut Hari Raya Adha~

Tuesday, December 18, 2007

Hari Terakhir

Salam,
Hari ini rasanya terlalu panjang kerana perjalanan bermula seawal 6.30 pagi mengikut private tour(bayaran seorang ialah 1600baths) untuk ke Floating Marking di Ranchaburi...Market terapung ni sangat menarik kerana separuh dari perniagannya dijalankan atas air tetapi aku rasa bisnes tak berapa bagus sangat walaupun ada ramai tourist. Banyak gerai yang ditutup dan lebih ramai tourist yang menjamu mata termasuklah aku!! Rasanya duit lebih banyak dihabiskan membeli buah sebagai kudapan.
Dari situ, kami menuju ke Royal Handicraft Centre untuk melihat hasil ukiran kayu yang sungguh unik dan menarik. Ukiran yang dibuat menyerupai suasana hutan yang begitu halus buatannya siap dengan detail pada pokok-pokok dan binatang sehinggakan kelihatan seolah hidup. Tapi kalau nak beli bawa balik...tak mampulah beb!
Kemudian kami menuju pula ke Tiger Temple, sebuah tempat khas membela harimau. Ada hampir 15 ekor harimau yang begitu jinak untuk dipegang tapi aku geli!! Pasal binatang ni, bukan aku tak suka cuma tak minat nak pegang-pegang...
Next destination ialah lunch sebab dah terlalu lapar!! Tour guide kami membawa kami ke Kanchanaburi untuk makan di gerai orang Islam tapi aku, Nita dan terutama Joan agak kurang selesa kerana geria itu agak kotor tetapi nak buat macamana kerana choice untuk makanan halal agak limited. Di Kancahanaburi ada dua tarikan utama, satu ialah bagi yang masih ingat sejarah The Bridge of Kwai River pasti tahu tentang kerahan tenaga buruh paksa untuk membina jambatan sepanhang 430 meter yang mengorbankan lebih dari 100 000 orang.
Tarikan kedua di sini ialah batu permata yang terkenal iaitu Kancahaburi Blue Sapphire...Tapi aku lebih tertarik kepada batu jade yang bergabung dengan batu ruby merah...memang unik warnanya!
Ketika ini kami bertiga dah keletihan dan tour tamat di sini tetapi perjalanan pulang mengambil masa dua jam untuk sampai ke Bangkok. Sebenarnya kami masih lagi nak shopping!! So kami ditinggalkan di Pratum Nam Area untuk mencari T-shirt. lepas tu kami menaiki bas menuju ke Phatpon area...tempat di mana ramai pondan menacari makan di sampaing tarian bogel!! Aku dan Nita sempat menjengah beberapa bar dan pub untuk melihat. Apa yang dipamerkan ialah beberapa perempuan yang memakai bikini menari di tiang! Rasanya tak apa kut kalau tak tengok!
Untuk balik ke Khaosan Road, kami naik bas. Cara ini sangat murah dan kami berpeluang melihat Bangkok di waktu malam. Banyak rupanya pasar malam yang boleh diterokai tapi kami dan dah betul-betul kaput walaupun masih banyak lagi baths dalam poket...
Esok kami kena naik bas pukul 4 am kerana flight ke KUL ialah pada jam 7.05 am dan jangka tiba 10.15 am. aku akan tunggu untuk flight ke Langkawi jan 12.50, Anita akan dijemput oleh suaminya dan Joan akan balik ke Ipoh dengan bas pukul 2 pm.
Rasa-rasanya sampai di Langkawi, mungkin aku akan stone untuk 2/3 hari!!
Bye...
Sharifah

Monday, December 17, 2007

Dah Lupa Hari ke berapa...

Sawadeekap....

Ketika entri ini dimasukkan, aku berada di Green House Guest House, Bangkok!! Pagi tadi kami bertiga telah mengikut Recreational Bangkok Biking Tour sejauh 25 km mengelilingi Bangkok dari kacamata penduduk tempatan. Guide kami, Yupin berumur 31 tahun dan dia membawa kami dari kawasan penduduk kelas satu sehinggalah ke kawasan "slump" (setinggan). Banyak kawasan yang sama seperti di Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa lebih 4 jam dan Joan 2 kali jatuh basikal so kena bergerak perlahan sedikit. Anita pula dah demam selsema dan dia dah mula cranky sampaikan pemandu teksi pun marah dengan dia...sebenarnya aku sendiri pun kurang selesa dengan sikapnya yang masih belum dapat nak sync langkah untuk 3 orang. Bila dia tanya aku marah ke..aku ngaku jerr, memang aku marah. Selepas bike tour, kami ambil teksi untuk ke Guest House, sekali lagi pemandu teksi tu marah dengan dia. Aku tidur, malas nak layan!

Selesai check in, aku ambil keputusan untuk keluar sendiri, suddenly Joan buat keputusan untuk keluar dengan aku! Plan aku memang nak balik lewat, so sebelum aku berjalan semnpatlah aku call Langkawi bersembang dengan Anisa, sounds macam boring jerr kat sanaa sebab tak orang nak layan berjalan! Siap suruh aku janji bawa dia ke expo pada malam raya..agaknya dah tak ada benda nak buat lah tu...dan sempat pula suruh aku beli inai!!!Penat berjalan jauh-jauh, itu yang dipesan dek anak dara kau sorang nih...kuang..kuang..kuang..

Kami berdua tak sempat nak masuk Grand Palace sebab tutup jam 3.30pm. Tempatnya memang grand maka sempat ambil gambar dari luar sahaja! Kemudian kami naik bas ke Pantip Plaza untuk repair camera, tapi aku dinasihatkan ke Sony Service Centre, jenuh la nak tunggy aku balik Ipoh. Mungkin guna method orthodox jerrr...jemur bawah matahari, hopefully jadi!

Dalam masa tu sempat lagi kami minta IT expert tu ajar guna Nero Smart..pelik betul, rasanya benda Allah tu dah duduk dalam laptop aku berzaman tapi tak pernah tergerak nak burn CD! Malas nak explore sebab ramai yang sentiasa sudi membantu!! Pantip Plaza tu exactly macam Low Yat Plaza kat KL...same-same but different sebab barang kat sini jauh murah dari Malaysia. Joan beli knapsack computer untuk hubby dia dengan harga 450baths jerr..aku beli card reader dalam harga 40baths jer, senang nak transfer gambar ke laptop aku..(bijak kan..tapi bila nak buat..entah!!)

Balik dari Plaza, kami berdua merayau sekitar Kheosan Road. Aku tau Nita mesti risau pasal kami berdua, tapi pasal aku masih bengang dengan perangai dia..apa dia buat? Well, sebenarnya halnya kecil jer tapi sebab dia tak dapat nak tolak ansur menyebabkan aku rimas! She okay tapi bila kita bergerak ramai, terpaksalah give and take sikit sebab ini holiday bukan Amazing Race, tambahan pula Joan sedang mengalami pre-menoupause symptoms, kenalah faham kalau dia slow, come on la she is 49 years old!! berbanding dengan aku yang baru ** old!!

So kami berdua rambu puas-puas!! Bila sampai di Guest House, tengok dia sedang tunggu kami kat coffee house, riuh dia bising risaukan kami berdua, aku buat pekak jer, terus pusing cerita pasal ke mana kami dah pergi hari nih!! Pas tu terus masuk bab nak dapatkan transport ke airport pada 19 hb...selesai itu, aku malas nak ke bilik, lepak kat cc!!

Conclusion aku sepanjang perjalanan ini, aku memang kena jadi pendamai!! Mungkin itulah hikmahnya sebab sebelum pergi aku ditegur panjang pasal perangai aku yang tak ambil kisah pasal perasaan orang lain! melihat Joan dan Anita, aku sedar bahawa kita kena selalu kena melihat di mata kita berada supaya kita dapat memudahkan keadaan untuk orang sekeliling...dan bantu apa yang boleh! namun begitu, maaf berkata..aku tak dapat nak suka semua orang dan sedang cuba untuk tidak membenci sesiapapun. Aku juga faham bahawa bukan semua orang akan sukakan kita dan mungkin ada yang bencikan kita....Anyway, it is not the end of the world sebab kita sentiasa boleh memilih untuk bersama dengan orang yang sukakan kita atau orang yang kita suka...

Kop Khun Kaa...
Sharifah

Hanya dalam Lipatan Kenangan

Evening to all,
Ketika entri ini ditulis, aku berada di dalam keretapi menuju ke Bangkok dari Nong Khai. Perjalanan bakal mengambil masa hampir 12 jam. Esok sesampai sahaja di stesyen keretapi Bangkok, kami akan mengikuti bike tour mengelilingi Bangkok.

Semalam…hmmm..banyak kejadian yang menarik berlaku sepanjang aktiviti berkayak. Sebelum berkayak, kami masih sempat meninjau morning market , Anita dan Joan masih sibuk mengambil gambar. Aku pula dah bertenggek di Internet café! Tak buat panggilan telefon kerana sim card Lao tak dapat digunakan dalam Nokia phone aku. IDD card tak jual, so aku free dari phone buat seketika walaupun teringat juga sekali-sekala pada anak-anak yang sedang bercuti di Langkawi.

Pukul 9 am van datang untuk membawa kami ke sungai, bila masuk dalam van..huh! tidak disangka Karen dan Grace, rakan dari Malaysia juga ada bersama so terasa macam di kampong sendiri pula sebab hanya bahasa melayu yang kedengaran di cuping telinga. Adala satu mamat dari Liverpool, England, mula-mula tu dia keras macam batang kayu..kalau dah biasa bersembang dengan orang British, korang akan tahu bhawa mereka ni jenis “cold”, tapi lepas expedisi berkayak…jadi member!!!

Apa yang menarik..hmmm…kami ingatkan expedisi hanya memakan masa dalam 2 jam sahaja tetapi ia menjadi “near-death experience for me and Joan”…apa tidaknya, akibat arus deras aku capsized 3 kali…(capsized: terbalik kayak). Anita pilih single kayak, Karen dan Grace tak pernah berkayak so mereka dengan guide! Aku dengan Joan.

Kali pertama capsized, aku dan Anita terjun dalam sungai nak test kedalaman air..tak dalam…(sebenarnya nak memenuhi tuntutan alam) !!! Tapi masalah timbul bila aku nak naik kayak, Joan tak bersedia, terbalik lah dia dalam air macam nangka busuk..Habis passport dan camera aku basah..Sampai hari ni camera masih jammed.

Kali kedua capsized sebab tersangkut kat batu kerana arus kuat dan ketika itu Joan yang mengawal kayak, dia tak dapat membawa kayak ke sebelah kiri sungai menyebabkan kayak tak dapat dikawal dan tumbang sekali lagi!

Kali ketiga capsized, aku dan Joan dah sama-sama keletihan, kayak di bawa arus deras dan akhirnya kami terbalik, Joan tersangkut pada ranting pokok dan aku berjaya berpaut pada kayak. So, usaha menyelamatkan Joan agak sukar kerana dia berada di bahagian arus deras dan guide terpaksa meredah air untuk sampai kepadanya. Ketika itu, aku dah selamat naik kayak dan terus ke tepi sungai. Selepas menunggu hampir 20 minit, Joan berjaya di bawa ke tebing sungai. Sungguh menakutkan ketika kejadian capsized yang ketiga kerana arus yang deras dan semua sudah keletihan. Tapi sebenarnya kami semua dah bersedia untuk capsized, maka kejadian itu tidaklah menakutkan sangat tapi mana tahu kan…ajal di tangan Tuhan. Alhamdulillah selamat dan sempat lagi gelak ketawa!

Perjalanan ekpedisi kayak ialah sejauh 25 km sepanjang sungai Nam Khan mengambil masa hampir 6 jam untuk selesai. Kami juga singgah di TadSe Waterfall untuk lunch. Selepas kayak, kami semua kesejukan dan kelaparan. Apa sahaja saki baki makanan yang tinggal dari lunch selamat dikendurikan dalam masa tak sampai 10 minit. Kami pula mengejar masa untuk menaiki bas ke Vientiane pukul 7.30 petang. Sebelum naik bas, sempat lagi kami buat last minit shopping di night market Luang Prabang..Dapat kami membeli sarung sutera buatan tangan yang sangat mahal di Malaysia dengan harga 7 USD sehelai.

Dalam bas sepanjang malam aku dan Anita tak dapat nak melelapkan mata kerana kerusi yang tidak selesa ditambah pula ada mamat membawa “rifle” (senapang) duduk sebelah Anita. Apa yang menarik tentang bas dari Luang Prabang ke Vientiane ini ialah ia sentiasa sesak sehinggakan ada penumpang yang duduk atas kerusi plastic di lorong menyebabkan kesesakan yang amat sangat. Jalannya lebih seperti jalan kampong yang berliku-liku dan berhabuk menyebab keadaan yang amat tidak selesa, ditambah pula badan yang lenguh dan sakit-sakit akibat berkayak.

Selain dari itu, tak ada R&R sepanjang perjalanan so kalau ada panggilan alam, buat je kat mana-mana di tepi semak!! Boleh tunggu giliran lagi!! Aku hanya menjadi pemerhati sahaja, kalau nak join sama rasa tak kuasa la! Perempuan Lao pakai sarung je, senang cerita!! Yang lelaki lagi senang, tak payah cerita. Anda bayangkan sendiri…

Setiba sahaja di Vientiane, kami terus ke Wonderlandl Guest House, cadang nya nak mandi dan keluar sewa basikal mengelilingi Vientiane tapi semua dah keletihan dan tertidur sehingga 12.30 tengahari. Selepas itu barulah kami merayau ke Taalat Soo (morning market) dan Wat sekitar pekan. Pukul 3.30pm kami check out, ambil bas menuju ke border Lao-Thailand. Itu pun sempat lagi shopping di Tesco Lotus di Nong Khai..Therapy wanita! Sampai ke train stesyen ngam-ngam!!

Kami bertiga sebenarnya dah keletihan dan kepenatan kerana mengusung beg hampir 20 kg ke merata-rata tempat…

Hopefully Bangkok akan sehebat pengalaman kami di Luang Prabang!
Goodbye Lao, Welcome Bangkok

Sharifah

Saturday, December 15, 2007

Hari Ketiga~Masih di Luang Prabang

Morning to all, kami bertiga masih lagi di Luang Prabang. Semalam kami dah cover morning market, kemudian ke Kuang Xi waterfall, perkampungan suku "Monk" dan sebelah malamnya kami berjalan dan bargain untuk cenderamata di Night market. Pasal bargain ni, memang best sebab kami kena bargain dalam 2 currency iaitu dalam USD dan Kips!! Tapi kami lebih suka bayar dalam USD kerana 1 USD bersamaan 95 800kip.

Antara benda yang dibeli ialah beberapa helai T-shirt...same-same but different!!, sarung lampu dari papier mache dan sarung sutera tenunan tangan. Buatan tangan mereka memang halus dan cantik. Kebetulan di Vanvisa Guesthouse, owner dia memang pandai buat tenunan sarung tapi terlalu mahal kerana designnya exclusive. Ada yang sampai mencecah 30USD.

Hari ni kami bertiga akan berkayak di Nuanang River sehingga petang dan mandi di waterfall. Sambil itu kami akan melawat perkampungan asli di sekitar kawasan sungai itu.

Melihat orang kampung ini, kadang-kadang aku terfikir bagaimana mereka menjual kehidupan mereka untuk mengutip beberapa ratus kip sahaja yang bersamaan hanya beberapa sen duit Malaysia. Rakyat Malaysia sangat selesa tapi masih lagi alpa dan lupa bahawa masih ramai manusia di luar sana yang hidupnya lebih teruk dari kais pagi, makan pagi...

Maaflah, Gambar tak dapat nak diuploadkan kerana internet kat sini slow. Charge menggunakan internet ialah 100kp perminit...cubalah kira mahal ke murah!!

Malam ni kami akan bertolak ke Vientiane menaiki bas 7.30pm dan dijangka sampai 6.30 am. kami ada seharian untuk melawat Vientiane dan 6.30 pm, kami akan menaiki keretapi menuju ke Bangkok. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 12 jam.

Kopchai,
sharifah

Thursday, December 13, 2007

Sudah berada di Luang Prabang, Laos, Hari Kedua

Morning to all, di sini sekarang 8.15 am (9.15 am di Malaysia). Gambar tak dapat nak upload lagi sebab berada di internet cafe. Perjalanan dari Vientiane ke Luang Prabang menaiki bas mengambil masa 11 jam (7.30 am-6.30 am).
Luang Prabang macam kat Taman Negara Pahang sebab tepi Sungai Mekong. Cantik tapi tourist selalu kena cekik macam pagi tadi semasa ambil tut-tut dari bas stesyen ke Vanvisa Guesthouse, sepatutnya charge hanya 2000kp, tapi kami bayar 10 000 kp seorang. Masa pergi morning market baru tahu yang tut-tut kat sini pun kena bargain macam kat Vientiane.
Hopefully, malam nanti dapat uploadkan gambar-gambar untuk tatatap semua!
Sabaidee..
sharifah che hassan

Hari Pertama


Di Pudu Raya, satu-satunya gambar yang berjaya diuploadkan!

Wednesday, December 12, 2007

Langkah Pertama

Perjalanan dari Ipoh bermula dari Medan Gopeng, naik bas jam 4.00pm. Lebuhraya tak berapa elok kerana pembaikan maka kami tiba di Pudu pada jam 7.00pm.Sepanjang perjalanan kami tiga orang punyalah bising berbincang kerana itulah kali pertam ketiga-tiga kami bertemu untuk berbincang pasal nak ke Vientiane dan Bangkok…kalau tak riuh ketika tu banyak juga perkara yang tidak dapat diselesaikan terutama tentang perjalanan dan currency! Bila dah puas membising, kami rupa-rupanya dah sampai. Kami terus bergegas ke Puduraya untuk mendapatkan tiket pulang. Joan akan pulang ke Ipoh dengan tiket jam 2.00 pm pada 19hb November. Anita pula akan ke Teluk Intan tetapi tiket bas ke Teluk Intan hanya akan dijual pada 13 November. Ketika itu hanya teringatkan Fauzi sebab kami semua tahu ramai adik-beradik kami yang akan pulang beraya pada 19hb tu. Aku pula akan terus terbang ke Langkawi dari LCCT jam 12.50pm selepas sampai dari Bangkok jam 10.15 am. Semasa dalam sibuk cari tiket, si Nita tanya aku…”dah buat sambal Jawa??”. Huh! Aku tak pernah perasan pun ada sambal jawa walaupun adik ipar aku orang Jawa!! So teringatlah member aku minta dia sms kan resepi…Nasib baik dia call dan bagi tau camna nak buat…Kemudian masalah kami ialah macamana nak cari bahan jam 9 malam..So kami turun satu bustop sebelum Pantai Hillpark, merayau cari kedai runcit…Dapatlah kedai Pakistan..dapatlah semua bahan yang disebut kecuali tempe!!!
Perjalanan memang memenatkan kerana di Puduraya hujan pulak mencurah-curah dan Joan pula nak cari bagpack baru kerana begnya macam tak selamat. So kami terus menuju ke Petaling Street kerana setahu aku memang di situ memang banyak. Tapi…memang tak original! So bargain punya bargain, Joan tak nak beli. Nak buat camna, bukan taste dia! So dari situ kami terus ke Putra LRT Central Market untuk ke Universiti Stesyen. Anita punya ek….sebab kami naik bas masuk melawat Universiti Malaya untuk ke Pantai Hillpark. Selepas beli barang-barang nak buat sambal Jawa, kami mendaki pula untuk ke rumah Makngah si Nita. Dengan basah kena hujan, menyandang bagpack , dan kelaparan…bila disambut dek bauan nasi ayam ..alamak Tuhan sahaja tahu nikmatnya..Selesai makan terus kami mengadap bagaimana nak buat sambal jawa!! Okay lah bila dah jadi bagi first-timer! Tapi bila sampai Vientiane..sambal tu memang umph..
Malam tadi tidur 2 am..sebab masih lagi membuat late research! Nasib baik ada laptop cabuk aku nih..konon-konon nak bangun 4 am supaya ada di LCCT awal tapi terjaga 4.35 am.Itu pun nasib baik Nita yang terjaga kalau tidak…huhuhuu terlepas lagilah nak keluar Malaysia! Jenuh kelam kabut bersiap. Nasib baik bila keluar pintu rumah terus dapat teksi ke KL Sentral. Kami terus naik bas 5.15 am. Jangan tanya macamana kami bergerak begitu laju. Memang terpaksa sebab LCCT sekarang memang sesak kerana peak season! Walaupun tiket ke Vientiane jam 9.05 am tapi sebab Air Asia nih tak ada nombor seat dan kami pula kekurangan tidur, niat di hati tu dapatlah kami membaring 3 seat! Tapi last sekali hanya dapat tidur-tidur ayam. Dalam plane, perut aku dan Nita dah berkeroncong so kami pun dah berkira-kira nak makam dalam plane jer…Hahahahaha..dua bowl mee magi dan seboltol spritzer..RM 18!! Boleh buat stok sebulan.
Masa kami check in baggage, kami dikejutkan pula dengan maklumat bahawa kami kena buat visa…Hish negara ASEAN tak payah pakai visa lah..So kami pun susun plan A,B,C..sampai Z sebab kalau kami boleh masuk keluar Laos – Thailand secara bebas, ok! Tapi kalau kami tak boleh jenuh gak! So dalam plane selepas perut kenyang, kami pun interview ( aku dan Nita) flight attendant ~ rupa-rupanya flight attendant Air Asia sempoi! Mereka tak turun plane pun sebab mendarat 20minit, mereka akan pusing balik ke KUL! So berbaik dengan pegawai bank dari Public Bank..FYI..di Vientiane dah ada Public Bank..Dia bagi tau tak payah visa!! Leganya sebab di situ kami dah jimat USD30. Sebut pasal currency, dalam beg aku sekarang ada 4 currency yang digunakan di Vientiane..RM, Thai Baths, Kip dan USD. Semuanya digunakan serentak bergantung pada kesesuaian. Yang penatnya bila guna Kips ( matawang Laos) sebab dia main ribu-ribu kips sahaja! Masuk tandas dah kena Kips 2000! Equal to 60 sen duit Malaysia! Penat sungguh nak kira sampai ratusan ribu. Bayangkan aku tukar USD60 aku dapat ½ juta Kip. Dan satu yang aku perasan, Laos dah makin mahal, lebih mahal dari Thailand.
Selepas selesai urusan check out, kami mencari jumbo tapi tak ada so 8 orang rakyat Malysia share satu van untuk ke Fountain (macam Bukit Bintang Malaysia ~ small scale la) sebab nak cari tempat simpan luggage. Nita dan Grace pergi merayau dan aku pula melepak dengan Joan dan Karen. Masak tu aku dah lapar maut dan aku Nampak gerai jual fresh juice hanya dengan 500kips ( dalam 30 sen jer). Hampir sejam melepas tepi jalan dengan beg-beg besar akhirnya mereka sampai dengan mula yang keletihan. Ada lah satu tempat yang sudi menyimpan beg kami! So gendonglah beg-beg yang 15 kilo seorang sejauh 500 meter pulak…Masa tu beg Joan buat hal…tali sandangnya putus! So terpaksa pula tukar plan. Aku dan Nita akan terus ke Nong Khai, Thailand untuk membeli tiket keretapi ke Bangkok untuk hari Ahad ni..Mula-mula plan nak sewa motor, USD 7 untuk sehari tapi minyak mahal di Laos, hampir RM 5 seliter..so sewa tut-tut..Perjalanan ke border sekejap je, dalam masa 35 minit dah sampai tapi queue untuk clear imegresen mengambil masa lebih sejam setengah. Macam orang bodoh menunggu kat line tu..aku pula terus-terang bukanlah seorang yang penyabar..dalam hati puntyalah menyumpahseranah..Pas clear macam Amazing Race Asia sebab punya nak kerja masa kerana kami belum lagi merayau Vientiane pun. Dari border laos ke border Thailand kena naik shuttle berbayar…jenuh! Bila sampai kat border Thail ke queue lagi for another 1 hour or so…huh! Bila selesai urusan beli tiket train (ada pula yang cerita tiket train dah habis sampai end of Disember pula ~ fening jadinya), satu lagi kerisauan bersarang di hati!! Akhirnya semua selesai dan sempat jugalah kami pusingpusing Vientiane dalam masa kecemasan kerana kami juga mengejar bas ke Luang Prabang jam 7.30pm.
Bayangkan Nita dah abis suara punya marah-marah kerana bila info tak jelas dan tak mencukupi, banyak perkara yang menjdi kelam kabut! Aku lebih kepada pendengar setia kerana pengalaman aku backpack banyak mengajar aku supaya sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan supaya minda kita bersedia menerima apa sahaja yang berlaku!
Sekarang ni dalam perjalanan dalam bas ke Luang Prabang. Perjalanan akan mengambil masa hampir 10 jam. Kami bertiga plan nak stone jer (Nita telan 3 biji motion pills) j sepanjang perjalanan kerana Luang Prabang ialah kawasan Tanah Tinggi, jalannya akan berliku-liku dan tak smooth. Besok bangun pagi confirm belakang cramped and jammed! Satu yang pasti ialah aku akan beli cd lagu Thai sebab lagunya syahdu and pergh…mendayu-dayu, ubat tidur free!
Sebenarnya dalam perjalanan ini banyak membuka hati aku untuk memahami diri aku sendiri kerana kesusahan komunikasi menyebakan aku berfikir pelbagai pendekatan untuk mendapatkan apa yang kita mahu. So esok hari baru, pengalaman baru!

Sebelum Segalanya Bermula

Perjalanan dari Ipoh bermula dari Medan Gopeng, naik bas jam 4.00pm. Lebuhraya tak berapa elok kerana pembaikan maka kami tiba di Pudu pada jam 7.00pm.Sepanjang perjalanan kami tiga orang punyalah bising berbincang kerana itulah kali pertam ketiga-tiga kami bertemu untuk berbincang pasal nak ke Vientiane dan Bangkok…kalau tak riuh ketika tu banyak juga perkara yang tidak dapat diselesaikan terutama tentang perjalanan dan currency! Bila dah puas membising, kami rupa-rupanya dah sampai. Kami terus bergegas ke Puduraya untuk mendapatkan tiket pulang. Joan akan pulang ke Ipoh dengan tiket jam 2.00 pm pada 19hb November. Anita pula akan ke Teluk Intan tetapi tiket bas ke Teluk Intan hanya akan dijual pada 13 November. Ketika itu hanya teringatkan Fauzi sebab kami semua tahu ramai adik-beradik kami yang akan pulang beraya pada 19hb tu. Aku pula akan terus terbang ke Langkawi dari LCCT jam 12.50pm selepas sampai dari Bangkok jam 10.15 am. Semasa dalam sibuk cari tiket, si Nita tanya aku…”dah buat sambal Jawa??”. Huh! Aku tak pernah perasan pun ada sambal jawa walaupun adik ipar aku orang Jawa!! So teringatlah member aku minta dia sms kan resepi…Nasib baik dia call dan bagi tau camna nak buat…Kemudian masalah kami ialah macamana nak cari bahan jam 9 malam..So kami turun satu bustop sebelum Pantai Hillpark, merayau cari kedai runcit…Dapatlah kedai Pakistan..dapatlah semua bahan yang disebut kecuali tempe!!!
Perjalanan memang memenatkan kerana di Puduraya hujan pulak mencurah-curah dan Joan pula nak cari bagpack baru kerana begnya macam tak selamat. So kami terus menuju ke Petaling Street kerana setahu aku memang di situ memang banyak. Tapi…memang tak original! So bargain punya bargain, Joan tak nak beli. Nak buat camna, bukan taste dia! So dari situ kami terus ke Putra LRT Central Market untuk ke Universiti Stesyen. Anita punya ek….sebab kami naik bas masuk melawat Universiti Malaya untuk ke Pantai Hillpark. Selepas beli barang-barang nak buat sambal Jawa, kami mendaki pula untuk ke rumah Makngah si Nita. Dengan basah kena hujan, menyandang bagpack , dan kelaparan…bila disambut dek bauan nasi ayam ..alamak Tuhan sahaja tahu nikmatnya..Selesai makan terus kami mengadap bagaimana nak buat sambal jawa!! Okay lah bila dah jadi bagi first-timer! Tapi bila sampai Vientiane..sambal tu memang umph..
Malam tadi tidur 2 am..sebab masih lagi membuat late research! Nasib baik ada laptop cabuk aku nih..konon-konon nak bangun 4 am supaya ada di LCCT awal tapi terjaga 4.35 am.Itu pun nasib baik Nita yang terjaga kalau tidak…huhuhuu terlepas lagilah nak keluar Malaysia! Jenuh kelam kabut bersiap. Nasib baik bila keluar pintu rumah terus dapat teksi ke KL Sentral. Kami terus naik bas 5.15 am. Jangan tanya macamana kami bergerak begitu laju. Memang terpaksa sebab LCCT sekarang memang sesak kerana peak season! Walaupun tiket ke Vientiane jam 9.05 am tapi sebab Air Asia nih tak ada nombor seat dan kami pula kekurangan tidur, niat di hati tu dapatlah kami membaring 3 seat! Tapi last sekali hanya dapat tidur-tidur ayam. Dalam plane, perut aku dan Nita dah berkeroncong so kami pun dah berkira-kira nak makam dalam plane jer…Hahahahaha..dua bowl mee magi dan seboltol spritzer..RM 18!! Boleh buat stok sebulan.
Masa kami check in baggage, kami dikejutkan pula dengan maklumat bahawa kami kena buat visa…Hish negara ASEAN tak payah pakai visa lah..So kami pun susun plan A,B,C..sampai Z sebab kalau kami boleh masuk keluar Laos – Thailand secara bebas, ok! Tapi kalau kami tak boleh jenuh gak! So dalam plane selepas perut kenyang, kami pun interview ( aku dan Nita) flight attendant ~ rupa-rupanya flight attendant Air Asia sempoi! Mereka tak turun plane pun sebab mendarat 20minit, mereka akan pusing balik ke KUL! So berbaik dengan pegawai bank dari Public Bank..FYI..di Vientiane dah ada Public Bank..Dia bagi tau tak payah visa!! Leganya sebab di situ kami dah jimat USD30. Sebut pasal currency, dalam beg aku sekarang ada 4 currency yang digunakan di Vientiane..RM, Thai Baths, Kip dan USD. Semuanya digunakan serentak bergantung pada kesesuaian. Yang penatnya bila guna Kips ( matawang Laos) sebab dia main ribu-ribu kips sahaja! Masuk tandas dah kena Kips 2000! Equal to 60 sen duit Malaysia! Penat sungguh nak kira sampai ratusan ribu. Bayangkan aku tukar USD60 aku dapat ½ juta Kip. Dan satu yang aku perasan, Laos dah makin mahal, lebih mahal dari Thailand.
Selepas selesai urusan check out, kami mencari jumbo tapi tak ada so 8 orang rakyat Malysia share satu van untuk ke Fountain (macam Bukit Bintang Malaysia ~ small scale la) sebab nak cari tempat simpan luggage. Nita dan Grace pergi merayau dan aku pula melepak dengan Joan dan Karen. Masak tu aku dah lapar maut dan aku Nampak gerai jual fresh juice hanya dengan 500kips ( dalam 30 sen jer). Hampir sejam melepas tepi jalan dengan beg-beg besar akhirnya mereka sampai dengan mula yang keletihan. Ada lah satu tempat yang sudi menyimpan beg kami! So gendonglah beg-beg yang 15 kilo seorang sejauh 500 meter pulak…Masa tu beg Joan buat hal…tali sandangnya putus! So terpaksa pula tukar plan. Aku dan Nita akan terus ke Nong Khai, Thailand untuk membeli tiket keretapi ke Bangkok untuk hari Ahad ni..Mula-mula plan nak sewa motor, USD 7 untuk sehari tapi minyak mahal di Laos, hampir RM 5 seliter..so sewa tut-tut..Perjalanan ke border sekejap je, dalam masa 35 minit dah sampai tapi queue untuk clear imegresen mengambil masa lebih sejam setengah. Macam orang bodoh menunggu kat line tu..aku pula terus-terang bukanlah seorang yang penyabar..dalam hati puntyalah menyumpahseranah..Pas clear macam Amazing Race Asia sebab punya nak kerja masa kerana kami belum lagi merayau Vientiane pun. Dari border laos ke border Thailand kena naik shuttle berbayar…jenuh! Bila sampai kat border Thail ke queue lagi for another 1 hour or so…huh! Bila selesai urusan beli tiket train (ada pula yang cerita tiket train dah habis sampai end of Disember pula ~ fening jadinya), satu lagi kerisauan bersarang di hati!! Akhirnya semua selesai dan sempat jugalah kami pusingpusing Vientiane dalam masa kecemasan kerana kami juga mengejar bas ke Luang Prabang jam 7.30pm.
Bayangkan Nita dah abis suara punya marah-marah kerana bila info tak jelas dan tak mencukupi, banyak perkara yang menjdi kelam kabut! Aku lebih kepada pendengar setia kerana pengalaman aku backpack banyak mengajar aku supaya sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan supaya minda kita bersedia menerima apa sahaja yang berlaku!
Sekarang ni dalam perjalanan dalam bas ke Luang Prabang. Perjalanan akan mengambil masa hampir 10 jam. Kami bertiga plan nak stone jer (Nita telan 3 biji motion pills) j sepanjang perjalanan kerana Luang Prabang ialah kawasan Tanah Tinggi, jalannya akan berliku-liku dan tak smooth. Besok bangun pagi confirm belakang cramped and jammed! Satu yang pasti ialah aku akan beli cd lagu Thai sebab lagunya syahdu and pergh…mendayu-dayu, ubat tidur free!
Sebenarnya dalam perjalanan ini banyak membuka hati aku untuk memahami diri aku sendiri kerana kesusahan komunikasi menyebakan aku berfikir pelbagai pendekatan untuk mendapatkan apa yang kita mahu. So esok hari baru, pengalaman baru!

Maka Ia Bakal Direalisasikan!

Today is the day my journey begins! Kami bertiga (aku, Nita dan Joan) akan naik bas ke KL pukul 4 pm nanti. Kemudian akan bermalam di rumah makcik Nita di Park Hill dekat UM. Esok pagi, kami akan amik train ke LCCT untuk boarding 9.30 am plane!

Yang pastinya aku akan fly terus dari LCCT ke Langkawi flight 12.50pm pada 19hb supaya sampai awal. Kalau amik bas confirm aku akan sangkut kat Kuala Kedah!

Apapun, pinjam ayat PakTeh...semoga selamat semasa pergi, semasa di sana dan semasa kembali!

Tuesday, December 11, 2007

Sedihnya Dunia Perguruan Kita...

Berita Harian

SAYA terbaca kenyataan Timbalan Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam Berita Harian pada 16 Julai lalu mengenai isu kerugian yang dialami guru melanjutkan pelajaran (DG41).

Dalam kenyataan itu pelbagai perkara disentuh beliau, namun berdasarkan kenyataannya ada beberapa perkara tidak tepat dan boleh menimbulkan persoalan. Antaranya:

Beliau menyatakan guru siswazah berpeluang menjawat jawatan Jusa C.

Persoalannya berapa banyak jawatan Jusa C dalam perkhidmatan pendidikan? Bagaimana guru siswazah yang ada di sekolah rendah? Bolehkah mereka menjadi pengetua cemerlang?

  • Guru siswazah boleh melanjut pelajaran sehingga ke peringkat PhD.

    Walaupun guru itu berkelulusan PhD, dia tidak mendapat apa-apa kenaikan gaji sekiranya dia terus berada di sekolah. Demikian juga guru yang berkelulusan sarjana. Gaji dibayar hanya berdasarkan ijazah pertama.

  • Guru berkelulusan PhD boleh diambil bertugas di institut pendidikan.

    Memang betul tetapi persoalannya ialah apakah gred yang ditawarkan? Saya ada membaca iklan jawatan kosong bagi jawatan pensyarah institut perguruan dan gred yang ditawarkan hanyalah gred DG41. Tajuk borang permohonan itu adalah ‘Permohonan Jawatan Pensyarah PPPS Gred DG41 Institut Perguruan Malaysia 2007’.

    Mengenai kenaikan gaji tahunan pula, beliau menyatakan kenaikan gaji tahunan PPPS lebih tinggi berbanding semua gred dalam PPPLD. Saya berpendapat beliau tidak membuat kajian terlebih dulu sebelum membuat kenyataan itu.

    Kenaikan gaji tahunan PPPLD DGA32 lebih tinggi berbanding PPPS. Contohnya, berdasarkan pelarasan gaji baru DGA32 P1T1 RM2,416.06, P1T2 RM2,514.37, kenaikan RM98.31, manakala DG41 P1T1 RM1,695.85, P1T2 RM1,786.30, kenaikan RM90.45. Persoalannya sekarang, siapa yang tidak dapat kejar siapa?

    GURU PRIHATIN,
    Pahang.


  • Pagi ni, aku membuka website yang dibina oleh guru-guru DG41 yang tidak berpuas hati dengan kenaikan gaji baru-baru ni. Menurut keratan akhbar yang aku baca pada 17 Julai 2007, terdapat 8 000 guru DG2941 yang terlibat dengan masalah teknikal isu kenaikan gaji

    Ini juga kerana minggu lepas aku dipanggil ke sekolah untuk menyerahkan surat-surat berkaitan kenaikan satu tangga gaji dalam DG 41. Naik pun ciput jer..dalam RM100, tapi kerani kat sekolah nak sedapkan hati 14 orang guru yang terlibat, dia baca kenaikan kami pada Julai 2008, so nampak macam RM 200 (bagi yang dah berada di P2). Mulanya teruja juga tapi bila aku tanya berapa beza dengan mereka yang dah berada di DGA32. Aku ketawa besar dalam hati! Kut mana kerajaan buat, DGA32 masih lagi ke depan dari DG41. Bayang kalau aku sudah berada di P#T** (bakal ke P#T**) pun tak boleh lawan member aku yang dapat offer DGA32 yang backdated 2 tahun!

    Dan bila aku membaca keluhan guru-guru yang penat-penat nak mendapatkan segulung ijazah sebelum lantikan DGA32, memang aku faham tapi kita mentimun!!

    Apa yang boleh guru DG2941 lakukan ialah lulus PTK sehingga P3, supaya lantikan ke Dg 44, tangga gajinya lebih tinggi dari lantikan biasa. Atau pun CABUT ke sektor lain yang offer gaji lebih lumayan dengan kepakaran yang ada.

    Isi hati aku pula lebih kepada, soal gaji memang penting, mana ada orang belajar penat-penat untuk gaji sikit...dan semua orang inginkan penghargaan. So mungkin suatu hari nanti akan ada pihak yang berjaya highlight isu kerana ini adalah kali kedua kumpulan DG41 dianaktirikan dalam isu kenaikan gaji.

    Persoalan aku, ke mana pergi guru-guru yang ada ijazah ini dalam Cuepecs atau NUTP? Kenapa mereka tidak perjuangkan habis-habisan seperti guru-guru yang tidak ada ijazah?
    Bukankah kita ada persatuan guru-guru ijazah? Apa mereka buat?

    Aku juga surf mencari surat pekeliling yang mengatakan guru-guru DG2941 yang sudah lebih 10 tahun berkhidmat akan dilantik ke DG44. Tapi member aku yang fresh graduate dan ngam-ngam 10 tahun mengajar sudah dapat lantikan DG44 awal tahun 2007. Entahlah..

    Banyak ketidakpuasan dalam bidang pendidikan sehinggakan ramai guru yang patah semangat untuk mengajar bersungguh-sungguh. Maka jangan salahkan guru jika ramai di antara mereka memilih jalan mudah untuk hidup.."sedikit" mewah dari DGA32 dengan buat tuisyen, perniagaan ataupun memilih untuk berhijrah ke padang yang lebih hijau...