Monday, May 25, 2009

Alhamdulillah...

Orang kata selepas kepahitan, akan datang kemanisan! Hmm...aku semakin percaya dengan keadaan itu!

Bulan ini adalah bulan yang mencabar buat aku. Bermula dengan kesibukan kerja di tahap gaban, kemudian beberapa kejadian yang benar-benar diluar jangka sehingga mengugat emosi aku! Walaupun menyenget juga bahu aku memikulnya, sehingga ada masanya aku menangis di hadapanNYA.

Akhirnya satu persatu tabir hijab dibuka untuk aku kembali tersenyum! Sesungguhnya pengajaran yang aku dapat ialah, YAKINLAH bahawa setiap kesusahan diiringi dengan kemenangan yang sangat manis!

Hari ini keputusan Peperiksaan M. ED Sarjana Pendidikan UPSI telah diumumkan. Tahniah buat semua! Aku...takla seterer mereka yang sememangnya hebat!

Membuka Ruang Baru

Di sini, aku diberi peluang meneroka dunia website yang memang canggih. Walaupun aku tak dapat duduk dan berguru dengan pakar Website tahap MASTER, Sifoo Mahfuz, tapi sedikit sebanyak aku mula mengutip apa jua yang mampu disuanya. Hari ini, aku berpeluang "dilantik" menjadi author di ruang maya SMKA Slim River.

Sekarang, aku sedang merayau dalam laptop ni untuk mencari artikel yang menarik untuk dimuatnaik dalam laman web rasmi sekolah!

Thursday, May 21, 2009

Guru...

Hari ini adalah Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak di Dewan Bandaran Teluk Intan.

Seperti biasa ini adalah masanya berjumpa dengan top people dan to straighten my bearing! Antara orang yang paling aku suka ialah Encik Majid b Yusof, sekarang merupakan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah di JPN (sekalung tahniah untuk beliau kerana dianugerahkan Pingat Penghormatan Guru), aku suka bila dia berucap dan bercakap, banyak isi tapi ramai yang suka buat-buat tak faham walaupun apa yang diperkatakannya memang benar. Hari ni, isu kami ialah bagaimana membuka minda SMKA dari aspek liberation. "Liberated Malays but pure Muslims"...

Dia sendiri berharap agar pelajar-pelajar SMK Agama bersikap lebih terbuka dan tidak jumud kerana mereka adalah pelajar-pelajar yang pintar dan mampu menjana Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-benar "dynamic global player". Aku faham kehendaknya kerana aku faham situasi yang sedang aku tempuh di SMK Agama.

Rakan gaduh aku seringkali mengingatkan aku bahawa ada sesuatu yang akan aku temui di SMK Agama, rasanya aku sedang menuju ke arah "itu" tapi couldn't put my finger yet! Namun begitu, sebelum aku keluar dari situ, pasti sekali akan aku tinggalkan impak seperti mana yang aku lakukan di SMK Simpang sehingga pelajar dengan penuh keyakinan akan berkata" Cher, rasanya Bahasa Inggeris boleh dapat A walaupun Cher dah tak ada!"...

Fokus aku sekarang ialah bagaimana untuk membina budaya Liberated Malays but Pure Muslims...hanya dengan menggunakan Bahasa Inggeris! Mampukah aku?

Oops..aku dapat tengok Dr. Zamry in person...Suka stail dia! Sempoi, down to Earth dan he is trying so hard to be "saya pun macam awak juga!"

p/s 1: gambar-gambar takde! Sebab kena cari camera baru...Dah jumpa yang berkenan di hati tapi poket tengah kempis!

p/s 2: Tahniah kepada Nor Farhanah Asri (2J) ~ Johan menengah rendah kategori Esei Bahasa Melayu dan Ismai Anas ~ Naib Johan Menengah Rendah, juga kategori yang sama! Kiranya SMK Agama Slim River hari ni memang hebat sebab 2 pelajar dan seorang guru naik pentas! Teringat apa Dr Zamry kata kat aku.."ni guru-guru hebat berbahas la ya?!" Aku angguk je...heheheh!

p/s 3: Terima Kasih kepada Tuan Hj Sirujuddin aka Pak Uda @ Penolong Kanan Pentadbiran SMK Agama Slim River dan Tuan Haji Mat Noh (PPD Batang Padang) kerana menjadi penyokong di atas kejayaan anak-anak buahnya!

Tuesday, May 19, 2009

When Malaysians are considered STUPID!

Orang Malaysia ni agaknya orang yang suka berlagak pandai! Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhir jatuh ke tanah juga!
Justify Full
Senario ini berlaku di mana-mana...

Apa yang aku perhatikan ialah isu kebijaksanaan masyarakat Malaysia. Mungkin kita ni tak boleh ada orang lain yang lebih pandai dari kita dan kita sentiasa merasakan kita dah tahu semua.

Sekarang ni, pergolakan politik di Perak meninggalkan impak yang besar kepada perjalanan politik Malaysia. Begitu juga dengan isu kemasukan pekerja asing yang berlambak-lambak.

Dua keadaan ini kalau dikupas sebenarnya benar-benar menunjukkan, how stupid Malaysian actually are!

Meh kita lihat senario politik di Malaysia. Apa yang jelas ialah kita tidak pernah belajar dari sejarah malah kita selalu mengenepikan iktibar dari sejarah. Kita mudah mengikut perasaan. Akhirnya kita memalukan diri sendiri. Kejadian dalam Dewan Rakyat ketika PKR "bertempur" dengan Barisan Nasional menunjukkan tahap kematangan kita berpolitik. Setelah 50 tahun merdeka kita masih lagi dijajah dengan "aku yang tahu segala-galanya dan semua orang mesti tahu apa yang aku tahu".

"Kebijaksanaan" Menteri Luar, Datuk Anifah Aman membuka pekung di dada di hadapan Setiausaha Negara US, Hillary Clinton mengenai tawaran Anwar untuk berpaling tadah pasti mengundang pelbagai spekulasi selepas ini. Walaupun jawapannya sekadar menjawab persoalan dari wartawan namun apabila dia bercerita masalah yang sepatutnya diselesaikan di negara sendiri, jelas menunjuk tahap profesionalisme politik Malaysia!

"Kebijaksanaan" kerajaan Malaysia membuka pintu hanya kepada pekerja asing untuk melakukan kerja buruh mengundang pula satu senario yang menarik di Malaysia kerana pekerjaan yang sepatutnya dimiliki oleh penduduk Malaysia kini menjadi milik warganegara Myanmar, Indonesia, Filipina, Bangladesh, Vietnam, Thailand, India. You name all and Malaysia have all TAPI sayangnya kita hanya mempunyai kepakaran kelas tiga. Dasar buka pintu Malaysia hanya untuk mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik. Persoalannya kenapa orang Malaysia tidak menggalakkan kemasukan pakar-pakar yang benar-benar dapat memberi input dari ilmu pengetahuan bertaraf kelas pertama malah pengiktirafan tidak diberikan kepada rakyat Malaysia yang memiliki kepakaran dan akhirnya mereka memilih untuk berhijrah ke luar negeri.

Apa yang paling ajaib ialah dalam dunia pendidikan, guru-guru yang tidak memiliki ijazah diberi pengiktirafan dari aspek gaji yang lebih lumayan berbanding guru-guru yang memiliki master (langsung tak laku kat sekolah!)

Kesimpulan aku ialah di Malaysia, menjadi STUPID lebih bagus dari pandai!!! Hahahahaha....


Sunday, May 17, 2009

Tahniah buat 5 Khaldun boys!

Sometimes, a different approach will bring out a different outcome! They have done and showed me that English is never a serious lesson though it is a hectic one for them. Believe me, they still have fun!

These boys are for sure will be exceptional engineers! They have the talent and the ability to make it.

My approach towards them is done in a very simple yet vigorous. They are learning English in a very much a hands-on style. Today they learn English in Mighty Minds in Ipoh Parade, Ipoh...hmmm...a good attempt. One of the teams was so near to be in semi final. Sayang beb! Then we all watched "Star Trek"! Hahahaha....fun eh?! The irony...SMK Methodist Tg Malim is Perak Champ!

Last week 5 Khaldun were busy finishing NIE Mag Inc. The only Form Fifther taking part and at the same time they are also handling SIR (Spell it Right) for school level.The week before last week they were briefed on their English Drama. Title dah ada..tinggal finalizing on the script! The best part, I am working with boys after 5 consecutive years working with only girls...What an opportunity! And SMKA Slim is taking part in English Dram for the first time.

Me...heheheh...just doing my job!

Terima Kasih!

Belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua sifu aku dari saat pertama aku menjejak kaki ke sekolah...Masih aku teringat ketika aku berusia 5 tahun, aku dihantar ke Tadika Anne bersebelahan SRK Convent Kota Taiping, ada seorang guru lelaki Sikh yang seringkali bercakap dengan aku dalam bahasa Inggeris. Walaupun aku tak tahu namanya tetapi dari situ aku minat dengan sekolah...

Dari saat itu, aku tak pernah meninggalkan dunia persekolahan sehingga ke hari ini. Kehidupan aku bergelumang dengan buku dan ilmu. Hanya itu. Terfikir juga untuk mencuba profesion lain tapi ilmu dan sekolah sudah menjadi sebati dengan diri aku!

Terima kasih kepada Puan Kandasamy, Puan Lim, Puan Zaharah, Miss Foo, Mr Ong! (ni semua guru-guru hebat dari aku Darjah Satu hingga Darjah Enam ~ SRK Treacher Methodist 1979-1984) dan Puan Fahiza, Mr Chiew, Puan Rohani, En Salleh, En Kanapathy ( guru-guru SMJK Treacher Methodist Tpg1985-1989)

Thank you for inspiring me to be who I am today! A toast to all Teachers out there...


Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu

Menu istimewa tahun ini ialah Mee Kari Ketam! Teringat kat mak...hehehehe! Tambah pula 3 ibu menyambutnya di rumah aku. Paling bestnya ialah, aku plan something simple tapi jadi macam jamuan pulak...

Bagi aku Hari Ibu wajib di sambut oleh semua yang bergelar ibu dan tak salah kalau mereka menjadikan hari ini satu hari yang istimewa di rumah mereka tanpa menantikan siapa yang akan memulakan. Memang aku akui ramai ibu ingin diraikan tetapi lebih baik mereka yang memulakan keraian itu. Tak rugi jika mereka meraikan yang tersayang dari menyimpan perasaan kerana tidak diraikan!

Sejak aku menjadi ibu 12 tahun yang lalu, Hari Ibu tidak dijadikan keraian dan tidak dibesar-besarkan pun. Ada kalanya isi rumah aku tidak menyedari pun kehadiran hari tersebut namun aku selalunya akan masak masakan yang special untuk menandakan bahawa hari itu adalah sesuatu yang istimewa buat diri aku. Dan dari kecil anak-anak dididik agar memberi kad yang dibuat sendiri supaya mereka menyedari kepentingan menghargai mereka yang disayangi. Pada tahun ini, Anisa berpeluang memberi hadiah kepada 3 ibu. Budget cuma RM10 untuk seorang. Aku tak pula terlibat dengan urusan pembelian hadiah. So aku sendiri tak tahu apa yang aku terima. Tapi kesan pada Anisa ialah dia belajar memahami erti sayang kepada ibu walaupun bukan ibunya sendiri. Dan dia memang suka bagi hadiah! Tahun lepas, aku mendapat hadiah sebotol beras berwarna-warni yang dibuat sendiri. It's the thought that counts!

Segalanya ku terima...


Kita sering tertarik pada mereka yang serupa. Itulah Hukum Tarikan yang menjadi intipati dalam buku The Secret.

Akhirnya aku menjumpai buku ini "Quranic Law of Attraction" yang menjelaskan Hukum Tarikan dari sudut Islam. Mengikut hukum ini, setiap tindakan ada tindakbalas. Keadaan itu berlaku dalam semua keadaan tanpa membezakan apa jua amalan kita.

Segala harapan dan keinginan kita sebenarnya boleh dipenuhi sekiranya kita meletakkan fokus yang tinggi terhadapnya. Caranya memang mudah. FIKIRKAN BOLEH!

Apabila kita memahami makna Hukum Tarikan ini, kita dapat merasakan kehidupan ini mudah.

Dulu aku sendiri agak pesimis dengan keadaan sekeliling kerana terbiasa melakukan segalanya sendirian tetapi apabila aku belajar untuk menerima ketentuan yang telah ditetapkan, kelegaan memenuhi ruang kehidupanku.

Pengaturan alam semesta berada di tanganNYA. Apabila kita semakin pasrah dan berserah kepadaNYA, segala-galanya menjadi lebih jelas dan kita semakin memahami perkara-perkara yang sebelum ini kelihatan kabur dan buntu.

Senyumlah dan terimalah segala-galanya dengan hati yang terbuka. Pasti apa yang kita inginkan akan datang kepada kita.

Saturday, May 9, 2009

Genovia...

Sometimes you make reason for reasons that you don't even understand!

Hidup ni memang pelik. Ada masanya kita merasakan kita telah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan, pastinya kita berasa lega dan puas. Tetapi kalau kita merasakan sebaliknya. Kenapa?

Friday, May 8, 2009

Ke mana aku...



Anak-anak melepas geram di Pantai Segari. Ini kali pertama Sufi mandi laut...Kata orang utara, habis hitam meletit!


Ex student Raja Shahriman. Mereka tengah tunggu panggilan ke Matrikulasi. Gayanya macam dapat keputusan cemerlang. Tahniah!


Down the Memory Lane 17 years ago! Untuk mereka yang telah mengikuti Pelayaran KLD Tunas Samudera Siri 56/92, bila nak buat reunion? Setakat ni aku dah jumpa Jose, kebetulan isterinya belajar sama kat UPSI, masih lagi in contact dengan Wan Kamaruzaman (pengerusi Teknik Sukan Perak) dan Amin (Ketua Jabatan Unit Sukan di UPSI ~ tengah cuti belajar buat PhD di UPM). Mereka yang lain MIA (missing in Action!). Dan rasanya ada seorang dah meninggal dunia (Al-Fatihah), 3 tahun selepas pelayaran akibat kencing manis pada usia 24 tahun. Tinggal cuma 23 orang je...

Layanan atas KLD Tunas Samudera masih lagi exclusive untuk ex-crew apabila dibawa melawat dalam kapal! Banyak kenangan manis tinggal dalam kapal untuk 10 hari. Dengarnya mereka akan belayar ke Langkawi mulai 23 Mei dan membawa pegawai pendidikan menggunakan siri 254/2009.


Add Image

Sekitar Pameran TLDM yang berlangsung pada 25 dan 26 April yang lalu...

Monday, May 4, 2009

Kira ego dia...EGO ko?

Salah satu cabaran ditempat kerja, ada orang yang ngam dengan kita, ada yang dalam diam tak ngam dengan kita. Ada ke orang camni? Ada.

Ada orang, tetiba tak layan kita, tak sambut tangan kita bila kita salam dia dan tak nengok muka kita langsung time kita bertembung. Bila Anda mengalami situasi camni, hadapilah ia dengan tenang.

Fikiran kena baik sepanjang masa, supaya kita berada dalam situasi yang baik-baik juga sepanjang masa, selama Anda berada di tempat kerja Anda sekarang.

Mungkin Anda tak tahu. Fikiran kita, hati kita dan minda kita, sepanjang masa berdoa.

Apa yang kita fikirkan selalu, ibarat kita berdoa minta ia dimunculkan pada kita. Apa yang kita selalu cakap dalam hati, ibarat kita minta supaya apa yang kita cakapkan itu didatangkan pada kita. Apa yang kita ulang-ulangkan di minda, apa yang kita ingat selalu, bayangkan selalu, ibarat kita berdoa supaya ia dijelmakan dalam kehidupan kita.

Saranan supaya bersangka baik pada sesiapa saja bukan sekadar saranan. fikiran, percakapan dan perbuatan kita memberi kesan tersendiri. Kita buat baik pada orang, orang buat baik pada kita juga.

Sebaliknya, bila kita jahat pada orang, otomatiknya orang akan jahat ngan kita juga. Jika kita berfikiran buruk pada orang, orang akan berfikiran buruk pada kita lantas membangkitkan komunikasi negatif antara kedua belah pihak, Anda dan dia.

Jangan cepat bersangka buruk bila orang buat tak layan denagn Anda. Gunakan reverse saikologi. Anggaplah dia mahu Anda tunjukkan pada dia kerajinan Anda, semangat kerja Anda dan kemahiran Anda. Itu lebih baik dari bersangka buruk tetiba.

Mungkin hari ni dia tak layan Anda. Esok-esok, mana tahu, dia sendiri yang datang tegur Anda.

Sesetengah orang suka menilai orang lain dulu, dengan menguji dia. Anda kena terima hakikat memang ada orang camni. Dia test try dulu, tengok OK ke tidak, baik hati ke tidak.

Untuk kekal bersemangat, kekal berfikiran positif, bersangka baiklah dalam apa saja situasi, apa saja keadaan dalam apa jua ketika.

Dipinjam dari...imotivasi


Sunday, May 3, 2009

Wajah Hati...


Di sebalik kisah sehelai kain Pua Kumbu sebenar terselit pengajaran untuk aku. Kisah yang mengingatkan erti nilai kasih sayang, perlindungan dan pengorbanan. Akhirnya aku menyedari bahawa hanya yang benar-benar menghayati akan memahami pemberian sehelai kain pua kumbu ini.

Alkisahnya kain ini biasanya digunakan oleh golongan bangsawan dalam kaum Iban dan ia diberikan oleh pihak lelaki kepada gadis pilihannya sebagai tanda perkahwinan. Kain ini menjadi simbol bahawa sebagaimana sukarnya untuk menenun sehelai kain ini, begitu lah juga nilai seorang gadis kepada lelaki tersebut. Kain ini dipakai pada hari perkahwinan untuk menunjukkan nilai penghargaan si gadis kepada lelaki tersebut.

Walaupun kisah ini ringkas namun nilai disebaliknya melambang cinta yang abadi seabadi kain pua yang diberikan.

Kisah kain ini hampir sama dengan kisah 'cadar cinta' orang Ireland. Mereka mempunyai sehelai kain patchwork yang diletakkan diatas katil sebagai lapik tidur dan ini menjadi simbol kepada cinta yang dibawa hingga ke akhir hayat dan hanya dikongsi oleh dua insan bergelar suami isteri.

Mungkin tidak salah sekiranya kita memulakan tradisi kita sendiri dalam keluarga kita. Banyak yang boleh dilakukan untuk menjadikan setiap ahli dalam keluarga kita untuk mempunyai 'sense of belonging'. Tradisi yang tidak mungkin ditemui di mana-mana keluarga. Pernah aku berjumpa dengan sebuah keluarga yang menjadikan sambutan Hari Raya mereka begitu indah dan menusuk kalbu. Semua ahli keluarga akan menunaikan solat subuh bersama-sama dan bermaafan sebelum menikmati hidangan pagi dan ke masjid. Memang sesungguhnya keluarga ini akrab dan begitu kuat ikatannya.

Pernah juga aku bertemu dengan keluarga yang tidak pernah melupakan bertukar-tukar hadiah di hari jadi ahli keluarga. Menariknya ialah akhirnya semua orang mendapat sesuatu dari semua!!

Aku merasai bahawa kita semakin mengambil mudah nilai kasih sayang, pengorbanan dan cinta dalam keluarga walaupun peluang diberikan kepada kita berkali-kali. Adakah hanya apabila yang tersayang tidak lagi bertahta di mata, tika itu baru kita sedar?

Wallahuallam...mungkin ramai yang lebih tahu...

Aku sekadar mengetuk kepala aku sendiri sebab terlupa...sungguh aku terlupa..! Sorry Abah.