Monday, December 29, 2008

Buku Lagi...! (2)

Kegilaan aku ketika boring ialah membaca. Dan syurga aku ialah bila aku bersila di lantai perpustakaan. Sebab tu bila aku mendaftar di UPSI, perkara pertama yang aku ambil port ialah librarynya! Hebat dan menarik. Sistem OPAC dan WebOPAC memang sistem yang telah didedahkan kepadaku semasa aku belajar di Drexel tahun lepas. Maka bila aku menghadiri sessi penggunaan library pada 17 Disember di UPSI, aku buat refresh pada ilmu yang dah ada. Bagus juga sebab dah berkarat pun!

Sebenarnya aku masih lagi menggunakan minda lama. Pilih buku secara online tak puas! Kena kelebek, selak-selak, buka pelan-pelan....tengok bahagian yang menarik...baru aku pinjam atau beli!

Pilihan aku untuk bulan ni ialah buku "Aisyah ~ Ummul Mukminin".




Banyak yang aku pelajari dan jadikan panduan terutama tentang kehebatan Nabi Muhammad dalam menangani isteri-isterinya dan juga ketinggian akhlak serta kesabaran yang dipamerkan selama kehidupannya.

Part yang paling aku suka ialah kisah Aisyah yang benar-benar menampakkan kemampuan "wanita di belakang lelaki"... Bagaimana dia menjadi pasangan yang melengkapi peranan Nabi sebagai lelaki, pemimpin dan pendakwah Islam. Malahan selepas wafatnya Nabi, Aisyah masih lagi mengamalkan kehidupan seolah-olah dia masih lagi bersama Nabi yang membayangkan kecintaannya yang tinggi terhadap apa yang dilakukan Nabi semasa hidup.

Bagi aku, walaupun kita tidak dapat menandingi kehebatan mereka tetapi mereka adalah role model yang patut kita jadikan panduan dan ikutan. Memanglah kita tidak pernah lepas dari melakukan dosa tetapi itu tidak menutup peluang untuk kita terus mencari pahala! Wallahuallam...



Pilihan aku yang kedua ialah novel terbaru Aisya Sofea, "Selagi Ada Dia". Aku jatuh cinta dengan watak lelaki yang digarap ala-ala lelaki idaman Malaya! heheheh....dan ungkapan yang paling aku suka dari heroin ialah~"Angan-angankan percuma, tak kena sesen pun!". Memang betul sebab dari angan-angan, ia menjadi impian seterusnya menjadi kekuatan dan akhirnya pembakar semangat untuk terus melangkah.


Alahai...sekali sekala kita kena gak berangan walaupun dalam realitinya, ia hanya impian yang tidak kesampaian...Motto aku senang je! "Take it easy, just do it and don't give up"

Sibuknyer!

Dalam tempoh 10 hari ni, aku benar-benar sibuk. Cuti kali ini banyak perkara yang aku lakukan. Paling menarik ialah aku suka pada surprises! Kejutan demi kejutan aku dapat dan nikmati...
Bermula dari permohonan ke UPSI sehinggalah keputusan untuk berhijrah ke Tanjung Malim. Semuanya diluar jangkaan orang sekeliling. Aku pula jenis payah nak buka mulut bercerita. Celoteh aku selalunya lebih kepada cerita kosong. Bila aku bercerita bab sambung belajar dan berpindah...mak, abah dan adik-adik aku semua terdiam. Setuju pun tidak bangkang pun tidak. Dan aku pula jenis tak bertanya atau berkata banyak. Kalau dah tetap keputusan dalam tangan aku, jangan harap aku nak berubah atau bergenjak.
Maka bila boss besar aku beri green light untuk berpindah, masa tu juga aku isi borang tukar. Sayangnya PSO di PPD asyik keluar mesyuarat menyebabkan laluan aku agak sukar walaupun boss ok! Akhirnya aku buat keputusan untuk bertindak sendiri. Buat keputusan sendiri dan ambil tindakan sendiri agar aku yang menguasai keadaan dan menentukan semua tindakan.
Akhirnya dalam penat jerih aku ke PPD LMS, ke JPN Perak, ke PPD Batang Padang, ke Slim River membuahkan hasil. Sayangnya buah belum cukup ranum menyebabkan aku masih menunggu buah tak gugur. Harap sangat sebelum buka sekolah aku boleh confirmkan tarikh pertukaran aku ke SMKA Slim River. Hoping for 1 January. Kalau dapat, walamak...dunia ana yang punya!
Dah la memang aku ni jenis tak tahan sabar. Keadaan menunggu ni selalu membuatkan aku hilang sabar! Jadi aku isi masa aku dengan kelebek kereta aku (itule buah hati pengarang jantung aku!). Aku berhabisan masa juga upgrading kereta aku agar seselesa yang mengikut spesifikasi jiwa aku yang sentiasa menuntut kesempurnaan...(Ewaahhh...macam bagus!) Bukan tu je, aku siap riki library Universiti Malaya..(jumpa JINGGO!) kemudian aku melawat alma mater aku (UPM) dan akhirnya aku pun dah tahu macamana nak ke UKM. Setiap universiti yang aku riki, semuanya ada kelebihan tersendiri. Masa di UM, aku jumpa pensyarah stats ~ Encik Norjoharee yang merupakan best friend dengan Dr Ong Eng Tek, pensyarah stats di UPSi. Mereka berdua ni sama-sama berkhidmat di UPSI suatu masa dahulu. Dari En Norjo, aku dapat platform untuk mulakan research thesis aku. Bermula dari tajuk sehinggalan ke kaedah kajian. Dari situ aku ke UPM, yang juga ada kelebihan tersendiri. Apa yang menariknya di UPM ialah sejak dulu lagi kemudahan photostats thesis yang ada di Main Library atau Pusat Sumber Fakulti memang dibenarkan. Ini memudahkan tindakan seterus aku. Jadi sekarang ialah mencari masa yang sesuai untuk aku ke UKM pula untuk melihat apa-apa yang boleh aku "hargai" sepanjang aku bergelar "mahasitua".
Semalam dan hari ni pulak aku memenuhi jemputan kenduri kawin rakan taulan mak dan abah aku. Tertembung dengan cikgu aku masa di TMGS yang juga sepupu abah...Asyik dia berceloteh dan bercerita, dan bila aku bagitau dia aku jadi penghuni UPSI, gelak sakan juga bila dengar komen dia..
"Hang ni Shipah, kecik-kecik dulu kat sekolah asyik main...tup-tup lani dia yang rajin pulak sambung belajar...tak habis-habis pulak tu..!" Pot-petnya sambil menyuap nasi ke mulut
"Alaaa..cik Ani, biasalah...hidayah dah dibuka...hijrah..hijrah!!" Selamba badak je aku jawab...
Dan petangnya aku bawak mak dan budak-budak ke Sua Rasa TV9 di Dataran Ipoh. Huh! Tak best dan tak kena jiwa aku langsung. Si Nisa nak tengok Six Sense dengan Aizat pun aku tak layan. Hujan pulak tu, so kami semua merewang di Ipoh Parade je! Nasib baik ada sale walaupun aku tak beli apa-apa pun! Nisa pun dah jadi macam aku, asyik cari buku je tapi genrenya berbeza dengan aku...Dia cari komik cina. Aku dulu cari English Romance! So untuk dia dapatlah aku belikan beberapa komik cina di Novel Hut kat Ipoh Parade yang memang tempat aku lepak cari buku-buku terbaru dengan harga second-hand. Tak sempat pula aku cari buku untuk study aku...lain kali kot! Sufi macam biasalah...buas dan bising! Tengah syiok belajar mengarah dan meminta. Dah ada ego pulak tu..
Pagi esok, awal-awal lagi aku ada date dengan Mr. William, tukar ekzos dan silencer wira untuk pick up dan jimat minyak. Apa pun yang penting ialah kereta aku sihat dan aku bahagia...heheheeh.

Saturday, December 27, 2008

Hijrah

Sama tapi tidak serupa...

Semalam aku menonton Cerekarama sambil tangan sibuk menyimpan barang-barang dalam kotak..sambil-menyambil!!

Seronok cerita tu. Pasal benda yang sama tapi tak serupa. Istilah "Muslim" dipandang dari dua sudut berbeza. Satu sudut melihat kepada kesolehan sebuah keluarga yang benar-benar melakukan ibadah tak kira siang dan malam tapi tidak berakhlak. Satu sudut lagi melihat kepada sebuah keluarga yang mengamalkan nilai akhlak yang mulia tapi tidak beramal. Tetapi perbezaan yang jelas ialah maksud "alim" bukan terletak pada amalan ibadat semata-mata dan "nilai akhlak" tidak terletak kepada kasih sayang dan kemurahan wang ringgit sahaja.

Kisah ini membuka minda aku untuk mencari jalan menggabungkan nilai amalan dan nilai akhlak yang tinggi agar aku dapat memahami dan mengerti apa itu "Muslim" sebenar...

Tuesday, December 16, 2008

Susurmasa

Kunjung mengunjung memang membawa berkat. Bila ada peluang, jangan ditolak. Maka bila aku diajak ke rumah Timbalan Dekan Upsi, aku pasti tak nak lepaskan peluang. Apa yang aku jumpa?

"Susurmasa" ~ sebuah buku tentang seni ada di atas meja kopi tuan rumah yang memang mempunyai citarasa tinggi terhadap seni dan budaya kehidupan tetapi yang benar-benar menangkap minda aku ialah frasa "Pi mai pi mai tang tu" yang aku jumpa dalam buku itu.

Persoalan tentang kenapa harus kita dok tang tu je, kenapa tidak kita pi mai pi mai? Begitu juga bagaimana kita harus belajar mencari persamaan dalam setiap perbezaan yang kita tempuhi. Bukan soal payah atau susah atau bagaimana mampu kita melakukannya tetapi apa yang telah kita lakukan untuk berada di mana kita telah berada di hari ini.

Apa yang mampu kita lakukan untuk memahami sesuatu yang luar biasa dari perkara yang biasa-biasa? Itulah kesenian dalam kehidupan....

Toksah la dok tang tu saja, mesti pi mai pi mai jugak...Kenapa?

Kita perlu berubah. Perlu membentuk suasana luar biasa yang mencungkil kehebatan kita dari sudut yang jauh berbeza dari siapa kita yang sebenarnya.

Lihatlah pada imaginasi atas imaginasi yang menjelmakan bentuk dari ruang halimunan....

Kita adalah manusia biasa yang kerap bermain dengan persepsi yang seringkali meletakkan kita pada landasan yang belum tentu benar. Mengapa begitu?

Last Word on English

Inikah sebab Matematik dan Sains pakai bahasa Inggeris?
Ini mungkin bukan sebab sebenar, tetapi hanya Husin teka-teka.

Semasa Dr Mahathir mentadbir dia meminati bidang IT dan komunikasi dan dibina Multimedia Super Corridor (MSC) sebagai sebuah tempat yang dibina infrastuktur komunikasi yang hebat untuk membolehkan syarikat-syarikat dunia guna sebagai pusat kajian, operasi dan lain-lain.

Tatakala sedang merancang MSC ini, dia dapati kebanyakkan kertaskerja rasmi dalam bahasa Melayu menggunakan bahasa Inggeris. Akhirnya disuruh terjemahlah dalam bahasa rasmi, Bahasa Melayu (ikut perlembagaan ni).

Perancang-perancang MSC ni gopoh gapahlah terpaksa tanya sana sini. Bila ditanya Dewan Bahasa Pustaka, tak dapat-dapat istilahnya. Nak kena panggil mesyuarat dan panggil pakar-pakar. Peliknya salah seorang perancang yang terlibat dipanggil ke Mesyuarat DBP pulak.

Mereka pun berusaha dengan bertanya Institiut Penterjemahan Negara, mereka hanya bisingkan tak cukup peruntukkan untuk terjemah buku-buku ilmiah.

Perancang-perancang ini tak ada masa. Lalu mereka terjemah sendiri akhirnya dan dalam kurungan ditulis istilah Inggerisnya.

Apabila kertaskerja itu siap, CEO itu datang sendiri untuk menyerahkan kepada Dr Mahathir. Tercengang dan terkejut dia baca kertaskerja itu.

Mana tak. Tengok istilah-istilah yang diguna semasa itu:
Hardware = perkakasan keras
Software = perkakasan lembut
Joystick = batang gembira
Plug and play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan
Ada satu ayat itu, berbunyi berikut:


Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan.
Terperanjat Dr Mahathir melihat ayat itu. Lebih kurang semasa itu ada seorang ahli Parlimen PAS kata dia tengok filem lucah dengan cucunya.

Inikan pula ada laporan berbunyi lucah. Dia mengangkat matanya. Dengan jelingan yang tajam, dia bertanya mengenai para itu.

CEO itu menjawab, "Dalam bahasa Inggeris, ia sepatutnya berbunyi, "That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Parah ...

Akhbar dahulu laporkan ramai diplomat kita tak tahu bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris.

Husin ingat ini menjadi sebab terpaksa guna bahasa Inggeris untuk subjek Matematik dan Sains.

Salahnya siapa?

Ada salahkan Dr Mahathir. ... Ada salahkan guru-guru bahasa Inggeris tak cekap. Ada salahkan DBP. Ada salahkan lambat sangat penterjemahan buku-buku teks ke dalam Bahasa Inggeris. ... Ada salahkan globalisasi. Ada salahkan persaingan yang terlalu sengit menyebabkan terpaksa. ... Hingga ada salahkan Bill Clinton dan John Major.

Diri sendiri yang tak kuasai Bahasa Melayu dengan baik tak disalahkan.

Walaupun kadang-kadang ada benda terlepas, nasib baik Dr Mahathir teliti. Kalau zaman Dolah, apa jadi akhirnya.
Dipetik dpd :

Wednesday, December 10, 2008

Daging Korban

Pada hari raya pertama aku terima sekilo daging korban...terfikir nak buat apa? Hari ni Unit SPI di Jabatan Pelajaran Perak korbankan 2 ekor. Tak pasti pulak lembu atau kerbau, rasa macam kerbau. Berkilo-kilo daging dilapah...aku juga ditawarkan sekilo..Dalam lembut, aku menolak memikirkan apa aku nak buat dengan daging tu?
Teringat aku zaman arwah opah masih hidup. Dia rajin buat korban dan dagingnya akan dibahagikan dengan penduduk kampung. Tugas aku ialah menghantar daging-daging yang dah siap dilapah dan ditimbang ke rumah-rumah yang ditetapkan. Kebiasaannya rumah-rumah yang aku kunjungi sangat daif dan tidak se gah rumah putih yang diduduki oleh opah sekeluarga. Dari situ aku belajar satu perkara yang aku pegang sehingga hari ini.Kalau dulu aku besar dengan memberi korban, bermakna aku tidak layak menerima daging korban.Itu pesan arwah opah aku pada aku...Tak taulah cucu dia yang lain pun dengar juga.
Sehingga ke hari ini, aku malu untuk menerima daging korban sebab rasanya masih ramai mereka diluar sana yang lebih memerlukan sedekah korban kita. Latihan itu akhirnya sebati dalam diri aku bahawa kita mesti perlu bersedia berkorban dan tidak mengharapkan pengorbanan dari orang lain...
Daging korban itu melambangkan pengorbanan yang perlu kita lakukan dalam kehidupan. Seperti persoalan Cikgu Bashid...Kalau Ismail Ibrahim adalah Ismailnya, siapakan Ismail kita?

Ismail aku...

Aku termalu sendiri. Apa tidaknya, apabila terlalu sibuk dan tenggelam dalam masalah sendiri, aku disedarkan bahawa ada lagi orang lain yang lebih teruk dan lebih bermasalah dari masalah yang aku hadapi.
Semalam aku ke PPD LMS. Dalam aku bertelepon menceritakan kepeningan aku pada sahabat aku yang terpaksa menjadi pendengar setia aku sejak beberapa hari ni, tetiba bahu aku ditepuk dan aku disapa,
Eh, Sharifah kan?
Aku macam biasa tengok muka iras-iras perempuan cina, tapi pakai tudung. Rupa-rupanya kami satu sekolah di TMGS dari Tingkatan Satu sampailah ke Tingkatan Lima. Bayangkan dah hampir 20 puluh tahun tak jumpa. Cuma dalam ghalit kami bercerita, langsung aku terlupa untuk ambik gambar...Mungkin kerana kisah kehidupannya yang menyentakkan aku bahawa betapa untungnya kehidupan yang sedang aku lalui..
Suhaima? Ema..ek??? Ko buat apa sekarang nih?
Aku tengah uruskan anak aku bertukar dari Dr Burhanuddin ke Convent Kota atau Kg Jambu. Dia dapat 3A je..takleh ke mana-mana. Masalahnya aku duduk di Pokok Assam. Nak ke SMDB tu jauh sangat. Ko cikgu ke?
A'a..aku tengah cuba nak tukar ke Tanjung Malim, sambung belajar...Ko buat apa la ni??
Aku keja kat Bangunan MPT, ala sapu-sapu sampah, cuci tandas je...
Uish! Biar betul? (Setakat ni, kawan-kawan lama yang aku jumpa semuanya kerja hebat-hebat belaka!!)
La..ko ni, dulu aku keja ka zoo Taiping, gaji bagus sikit RM600 tapi sekarang dapat RM450. Malam aku cuci pinggan, dapatlah RM15 buat belanja anak-anak aku.
Anak ko berapa orang?
6 orang. Ada sorang di SERATAS tahun depan Ting 5, 2 orang lagi di SMK Taman Tasik, Tingkatan 3 dan 4. Yang lain sekolah rendah lagi...
Laki ko keja apa?
Tu la..aku nih dah 2 tahun gantung tak bertali. Laki aku kerja kat Pasar Mini Sin Wai Huat kat Simpang... Dah tak larat naik turun mahkamah..Dia dah cerai aku tapi nak rujuk kena denda dengan mahkamah. La ni dia dah kawin dengan pompuan Indon kat sempadan..
Dalam sembang-sembang tu, sempatlah aku makan pagi dengan dia...Terkedu aku bila dia ceritakan kisah hidupnya. Betapa untungnya aku...
Bayangkan kerja setakat tukang sapu dengan gaji RM450, anak 6 orang, suami gantung tak bertali, tak ada nafkah anak-anak pulak tu...harapkan semata-mata dengan belas ikhsan adik beradik..
Akhirnya kami berpisah lepas aku menghantarnya ke "kedai jel" (jenuh aku fikir kedai apa tu!) Dia kata nak letak barang (pun aku tertanya-tanya barang?? mengaru gak kepala aku yang tak gatal ni!). Bila aku sampai ke tempat yang dituju barulah aku tau, apanya kedai jel...heheheh..bengap juga aku nih!!
Bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada kerana ramai lagi yang tak seuntung apa yang kita miliki...
Dan kerana kisah dia, aku sedang berusaha untuk menghilangkan sikap bakhil dan belajar lebih mudah memberi tanpa mempersoalkan apa yang bakal aku terima! Terima kasih juga pada Yusri...

Wednesday, December 3, 2008

Road Not Taken


Rempuh atau U-turn?

aku pening dan aku bungkam.

Akhirnya habis semua orang aku kacau minta melayan aku..Terima kasih semua!

Aku telah terima ini pada 2 Disember...







Cuma kini berlaku beberapa jangkaan yang diluar jangkaan.
Setelah setahun menunggu dengan penuh sabar agar kontrak setahun bersama Kementerian Pelajaran tamat kerana kursus ke luar negeri tahun lepas, aku berkira-kira untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana. Beberapa pilihan telah aku pertimbangkan dan pada peringkat awalnya aku lebih selesa untuk menyambung di Michigan University dalam bidang Technical Education (hampir sama seperti Pengurusan Pendidikan). Sebenarnya aku sudah mendapat tempat dan tajaan untuk ke sana pada Julai yang lalu. Ada beberapa tempat lain yang turut menjadi pilihan aku iaitu sama ada ke German atau ke UK. Malahan ada juga pilihan ke Jepun.
Namun begitu, dalam masa yang sama aku sedang melalui fasa yang sangat kritikal dalam hidup aku menyebabkan aku perlu memilih sama ada untuk keluarga atau karier. Malahan selepas itu, satu tawaran untuk berkhidmat di Kementerian Pelajaran di bawah Unit International Affair juga amat menarik untuk dipertimbangkan. Begitu juga peluang sebagai Pegawai Bahasa di PPD Kinta Selatan. Sekali lagi aku perlu memilih.
Lalu aku beralih kepada solat istikharah dan solat hajat dan tahajud yang banyak menenang sekaligus membantu aku membuat keputusan. Akhirnya aku memilih untuk menyambung di peringkat tempatan sahaja dan mengenepikan lain-lain peluang. Pilihan yang ada ialah sama ada aku ke USM atau ke UPSI. Memandangkan ramai teman rapat aku yang pernah belajar di UPSI mengatakan kos dan sistemnya yang lebih fleksibel, aku memilih untuk ke UPSI. Selain dari itu, aku juga cuba membina rangkaian teman-teman yang berada di sekitar Tanjung Malim dan yang sewaktu dengannya.
Dan semalam aku menerima surat tawaran rasmi dari UPSI. Inilah ketikanya masalah sebenar timbul. Aku rasa untuk belajar di luar negeri tak seteruk belajar di tempat sendiri....
Sekarang aku sedang berkira-kira untuk memohon pertukaran ke Tanjung Malim untuk memudahkan urusan persekolahan Anisa dan urusan belajar aku. Cuma kekosongan yang ditawarkan ialah di Slim River dan Trolak. Sekali lagi kami bertiga perlu bersedia untuk keluar dari zon selesa dan memulakan kehidupan baru selepas 8 bulan di berkampung di laman sendiri.
Kekangan yang aku hadapi jika berulang dari Taiping ialah
1. Mode B: Aku perlu bersedia untuk bergerak sendiri apabila 2 sahabat aku rupa-rupanya mempunyai keadaan yang berbeza dengan aku. Jangkaan aku bahawa kami bertiga akan membuat Mode B tidak lagi berlaku kerana si A mendapat tawaran biasiswa, maka kelasnya tidak sama dengan aku. Kemudian si R pula memilih membuat Mode A kerana tidak mahu terikat dengan disertasi, pun dengan kemungkinan dalam tempoh 2 tahun itu, tidak akan bersama dengan aku kerana berlainan Mode.
2. Hari Jumaat: Aku mengajar di sessi petang, menyebabkan aku terkejar-kejar antara mengurus Anisa kerana Jumaat adalah hari yang paling sibuk untuknya kerana hari itu dia ada kelas tambahan, kelas komputer dan ko kurikulum.
3. 340km pergi balik: Aku perlu berulang-alik sejauh itu setiap minggu dengan membawa Anisa dan Sufi setiap minggu sambil aku perlu menyusun kelas tambahan untuk Anisa yang akan menduduki UPSR tahun 2009 dan seorang pengasuh untuk Sufi yang perlu bersedia menjaganya dari jam 3pm hingga 11 mlm pada hari Jumaat dan 8am hingga 6 pm pada hari Sabtu.
4. Rumah: Untuk bermalam di hotel dengan 2 orang anak memang tak praktikal langsung! Jadi sekarang aku perlu memikirkan untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa untuk 3 orang. Satu perbelanjaan tambahan!

Aku sedang memikirkan untuk U-turn je! Tak perlu mendaftar di UPSI dan tahun depan memikirkan untuk terus sambung ke luar negara. Cuti-cuti ni memang sesuai kalau aku fokus untuk ambil Toefl exam je.
Tapi hari ini tawaran Hadiah Latihan Persekutuan 2009 telah dikeluarkan. Aku telah mengisinya dengan harapan aku akan dapat cuti belajar. Tetapi dalam masa yang sama aku juga perlu bersedia jika aku tidak mendapat tawaran biasiswa tersebut...

Tuesday, December 2, 2008

Home Sweet Home 2 Dis (Entry 9)

Salam.....Finally, I am now back to my home sweet home Perkara pertama yg aku buat setibanya aku di rumah adalah mencari baby kesayangan aku, siapa lagi kalau bukan si Kabu. Panggil punya panggil, cari punya cari.....batang hidung pun tak nampak. Lepas 2 minit baru aku nampak dia berlari2 dari luar rumah menuju ke arah aku. Apa lagi.....aku terkam dia, aku peluk dia, aku cium dia, aku gomol dia cukup2. Ishhhh....ganasnyer Tapi itu laa.....lepas rindu habis2an. Maklum, 3 minggu tak jumpa dan paling frust sebab masa aku nak mula travel dulu, aku tak dapat say goodbye pada dia sebab dia menghilangkan diri for more than 24 hours. Kata anak sulung aku, lebih semimnggu si Kabu mengiau2 sekuat hati (macam kucing hilang anak) di tengah2 malam di depan pintu bilik aku. Kesian dia. Dia cari aku la tuu....Mujur aku ada tinggalkan rakaman klip video aku bercakap pada dia. Itu la yg anak aku mainkan pada dia setiap hari. Anak aku kata, dia concentrate sungguh mendengar suara aku. Lebih kurang 10 hari juga la anak aku kena buat camtu, sampai la Kabu pun dah boring. Semasa aku menaip ni, Kabu tengah duduk atas riba aku .Okey...sambungan dari citer aku yg terakhir ari tu....Sarah & bapak dia dtg fetch aku kat Imam Khomeini Square. Rumah dia jauh gak, dlm 30 minit drive. Kami disambut oleh mak dia (aku dah jumpa masa mula2 sampai Tehran dulu). Rumah dia teres 2 tingkat, tapi rumah2 kat sini, tingkat bawah dan tingkat atas adalah satu rumah yg lengkap. Meaning satu family boleh duduk tingkat bawah, dan satu family lagi boleh duduk tingkat atas. So, datuk & nenek Sarah ni duduk tingkat bawah, dan family dia kat tingkat atas. Kebanyakan Iranian memang mcm tu....sebab mereka sgt mementingkan hubungan kekeluargaan. Mula2 kami dijamu dgn buah2an (timun kecil - baby cucumber, pun tergolong sbg fruit kat sini), pistachios, dan beberapa jenis kekacang yg lain. Makan itu jer pun dah kenyang. Lebih kurang 8.30pm, kami dinner. Mak dia sediakan 7 jenis dishes, termasuk gurmet sabzi, kebab ayam, burger kentang + minced beef, salad, sejenis appetizer yg dibuat dari wholemeal, sejenis yogurt dan satu lagi yg aku tak reti nak explain, dan saffron rice. Semuanya sedap. Entah berapa jam mak dia bertapa kat dapur utk menyediakan dish2 tu semua, tak tau laa. Kami semua kekenyangan. Lepas tu kami ke komputer Sarah utk tgk gambar2 percutian keluarga dia & gambar2 private party dia & kawan2 pompuan university dia. Naik terbeliak mata aku tgk gambar2 yg semuanya berpakaian seksi meksi....padahal kalau kat luar semuanya bertutup litup. Glamer habis, mengalahkan celebrity. Satu lagi kejutan aku dapat adalah bila Sarah ni mainkan lagu Scorpions (fav band aku). Rupa2nya dia pun peminat fanatik Scorpions, dan Metallica jugak. Siap sebut nama sorang2 band members Metallica. Fuhhh.....memang terkejut aku. Lepas tu, mak dia panggil untuk minum kopi dan makan kek pulak.....Sampai 10.30pm. bapak dia hantar kitaorg yg dah mcm ular sawa kenyang ni balik ke hostel. Nx day, aku terlambat bangun, so by the time kitaorg sampai ke Tochal, dah pukul 10am. On the way, hati berkira2....ada ke rezeki nak main ski ni....tapi mujur ski slope dibuka pada hari tu. Kitaorg pergi sewa boot & equipments (USD17) dan beli tiket masuk USD15. Yg seksanya, kitaorg kena menapak dari ofis tpt sewa peralatan tu hingga ke gondola (cable car yg membawa kitaorg naik ke atas) dgn memakai siap2 boot ski yg sapa yg pernah pakai, tau la seksanya nak berjalan, dah mcm robot. Berat pulak tu....rasanya sepasang boot dlm 5 - 6kg. Dah tu boot tu memang ketat (tak boleh longgar, dangerous), dan bila berjalan, boot tu akan menekan tulang tibia (tulang kering daa). Sakit....Kena pulak kandar peralatan ski lagi, Naik gondola pulak kena tukar 3 kali utk sampai ke ski slope yg mempunyai ketinggian 3965m dari aras laut. Makin tinggi, makin banyak snow dan semakin sejuk. On the way, kami nampak beberapa skiers yg turun dan kami dimaklumkan bahawa cuaca tak baik. Alamak.....duit dah keluar banyak, tak kira laa....kita org naik juga sampai atas. Terkejutnya bila sampai ke atas, sedang berlaku minor snow storm. Angin punya la kuat smpai rasa nak melayang. Visibility very low, dlm 10 meter je. Camner nak ski ni ? Redah jer la....Dlm terhoyong-hayang tu, masukkan juga boot dlm ski dan dgn tak nampak ke mana hala dituju, aku pun meluncur. Rupa2nya aku dah turun satu slope yg curam. Hahaha....apa lagi.....tergolek2 la jatuh. Nak berdiri punya la seksa. Skiers yg lain tak dapat nak tolong sebab cuaca buruk, lagipun camner diaorg nak stop dan tolong aku sebab itu tpt yg curam, bila diaorg lalu sebelah aku, sure terus meluncur laju. Terkial2 aku cuba nak berdiri, dan baru nak stablekan diri, dah tergelincir balik, jatuh lagi. Masa tu aku dah sejuk giler (temp minus 25 ke minus 30) sebab snow dah masuk dlm sweater & glove aku. Anak aku & kwn aku entah ke mana. Tak nampak langsung sebab visiblity tinggal 3 - 5 meter jer. Suasana dah jadi 'whiteout' situation. Langsung tak nampak apa2 melainkan putih seputih2nya. Rasa mcm kat alam lain pun ada. Sorang skier suruh aku tanggalkan ski dan mendaki semula 150 meter ke atas sebab memang no way aku boleh turun lagi (masih jauh utk sampai ke swing chair). Dlm kesejukan dgn angin serta snow yg menggila, aku tanggalkan ski aku & kandar sambil mendaki ke atas. Tuhan saja la yg tau camner aku rasa. Menyesal pun ada. Tangan aku dah numb smpai tak boleh rasa apa2. Bayangkan nak mendaki 150 meter ke atas dgn melawan angin kencang dan membawa ski serta memakai boot yg berat. Rasa mcm dah tak mampu nak bergerak. Tapi aku tau, kalau aku tak kuatkan semangat, I will be frozed to death. Tak ada siapa2 yg boleh tolong aku melainkan diri aku sendiri. So aku menapak selangkah demi selangkah. Aku tak nampak ke mana haluan aku. Nasib baik utk seketika (dlm 5 saat) kabus berkurangan dan aku nampak kabin tempat skier berehat. So, aku gagahkan diri utk sampai ke kabin tu. Bila sampai, berpinar mata aku & tak boleh nak adjust dgn cahaya malap dlm kabin tu. Aku tau kat situ ada heater, so aku letak tangan aku kat heater yg sepatutnya panas (tapi tangan aku yg kebas tak rasa apa2 langsung). Lebih kurang 10 minit barulah mata aku boleh adjust dgn suasana dlm kabin tu. Sorang skier dari Korea cakap muka aku merah menyala (bila sejuk pun muka merah gak, bukan time panas jer). Aku pening sikit sebab 'whiteout' situation tu. Pada masa ni, aku terkenang camner la DP Sharifah Mazlina menawan Artik & Antartik seorang diri & betapa hebatnya pendaki2 Everest...Really admire them. Bila pening dah reda, aku keluar dari kabin. Aku ski balik. Tapi tak berani nak pergi jauh2, main2 kat situ jer, sebab aku tau kat situ ground nyer rata. Kawan aku pun ada kat situ rupanya, tapi anak aku dah tak tau ke mana. Aku risau sgt takut dia ditimpa masalah. Macamana nak mencari dlm keadaan yg tak nampak apa2 melainkan putih semata2. Aku cumpa mampu berdoa. Selang 15 minit, aku nampak samar2 kelibat mcm anak aku. Bila aku panggil, memang betul dia. Dgn snow cap dah terbang entah ke mana, dia pun tengah menggigil2 kesejukan....tapi rupa2nya dia tgh having the best time of his life !!! Aku risau bagai nak giler, rupanya dia ikut satu team expert Iranian skiers & dalam 'whiteout' situation tu diaorg ajar dia teknik2 ski. Lega hati aku. Ski slope ditutup jam 2pm sebab cuaca semakin buruk. Conclusionnya, aku dapatla ski sikit tapi anak aku siap compete dgn 'kawan2' dia yg lebih dewasa, dan dpt nombor 2, dari 6 org yg compete . Dia siap boleh terbang dari ketinggian 2 meter dan landing tanpa terjatuh. Hebat juga anak aku ni. Itu baru dapat peluang ski once in a blue moon. Agak2nya kalau ari2 ski, boleh masuk winter olympic kot Habis ski, kitaorg singgah bazar sekali lagi (semalam, semua kedai tutup). Ingat nak cari souvenir tapi tak ada langsung. Walaupun bazar tu besar, tapi balik2 jumpa kedai jual kitchenware, jual pistachios, jual carpet. Langsung tak nampak souvenir. Sorang tokey kedai bgtau kat situ memang tak der souvenir, klu nak, kena pergi Istanbul Street. Naik la metro, cari Istanbul St, tapi rupa2nya tempat ni jual barang2 antik . Teruk betul !!! Menyesal aku tak beli souvenir masa kat Esfahan ( time tu malas nak bawa barang banyak2 sebab banyak tempat nak travel lagi). In the end, jumpa la satu kedai handicraft kat situ yg harga barang2nya memang mahal. Aku beli la juga sebatang pen yg ada corak bermotifkan Iranian USD15, tiles 6" X 6" yg ada ukiran (USD12) dan beg handphone (USD8). Lepas tu balik ke hostel sebab anak aku dah mengamuk penat (mana tak penat, baru lepas main ski, merayap pulak berjam2).Semalam, aku bangun dgn badan yg terasa panas & tekak yg terasa perit. Sah....aku dah demam. Hari ni dah nak fly balik. Nak buat camner, demam2 pun kena la usung beg2 berat. Check out 10am. Flight Tehran - Kuwait 1.30pm. Kat Kuwait transit 9 jam. Apply VOA (aku & anak aku dicharge KWD3 (RM39) each, tapi kawan aku kena KWD6 - RM78) dan naik bas 501 menuju ke town. Kuwait city sebuah bandar yg tersusun rapi (mcm Singapore), kemas, cantik, bersih, tapi tak la besar sangat. Deretan kereta2 mewah memenuhi jalan, semuanya besar2 belaka. Yg naik bas cuma pekerja2 (India, Pakistan, Bangla, Indon, Philippine) & kitaorg . Sampai terminal bas, rupanya ada banyak souk (mcm bazar) dan barang2 yg dijual murah2 belaka. Menyesal pulak tak banyak tukar duit, sebab tak plan pun nak shopping sebab ingatkan everything is expensive in Kuwait. Rezeki kitaorg termasuk ke kawasan shopping utk golongan pekerja2 ni dan kebanyakan barangan datang dari India, China atau Kuwait sendiri. Dapat la aku beli jubah utk mak aku (murah jer...RM30, tapi cantik), snow cap & muffler utk aku (RM10) dan sedang aku berkira2 nak beli tak satu winter coat yg elegant (mcm yg model2 pakai), anak aku pulak offer...kalau aku berkenan, dia akan belikan utk aku sebagai bday present aku yg coming soon ni. Best betul....Sambar la...tak sampai RM50 harganya. Memang cantik dan murah. Kat sini juga aku jumpa key chain Kuwait & Iran (kat Iran tak der...kat sini pulak ada ) Time balik ke airport, angin kencang & temp drop, sejuk sangat aku rasa...lagipun aku kan demam. Sampai airport, demam aku semakin teruk. Org pulak punya la ramai....pekerja2 ni la semua nak balik bercuti. Jenuh aku nak mencari semua tempat & settlekan semua urusan (nak harap kawan aku, dia pun tak berapa reti). Finally, selesai. Flight delay 35 minit. 12.20am depart. Semua seat occupied dgn Indon maid sebab flight ni stopover kat KL dan lepas tu ke Jakarta. Aku dah tensyen sebab aku tau sgt maid2 Indon ni akan bersembang & buat bising sepanjang perjalanan selagi tak landing (dah beberapa kali aku terkena situasi ni), sedangkan aku perlu tidur utk recover demam aku. So, apa lagi, telan la sebiji motion sickness pill & hanyut terus. Meal sampai pun aku tak sentuh (menyesal pulak ). Flight Kuwait - KL 8 jam, tapi disebabkan time difference, aku selamat landing pada jam 1.15pm. Sebelum tu sempat berborak dgn steward Kuwait airlines yg hensem giler & bg info kat dia yg nak scuba diving kat Sipadan. Selesai urusan passport control & bagage reclaim, aku board bas balik ke Ipoh. Berpeluh2 dlm bas walaupun aircond dipasang kuat. Baru la tersedar panasnyer Malaysia ni. . Finally, 6pm sampai la aku ke rumah. Syukur alhamdulillah.Ini la entri terakhir aku utk thread ni. Kesimpulannya, travel kali ni banyak memberikan aku pengetahuan serta menimbulkan keinsafan dalam diri aku. Ada juga aku muhasabah diri dan merenung kembali kelemahan2 yg ada dalam diri aku. Kalau ada rezeki, teringin nak ke Iran lagi sebab banyak lagi destinasi lain yg menarik yg belum aku cover spt Kish Island, Bandar Abbas, Gilan & Mashhad. Turkey pun banyak tempat lain yg menrik selain Istanbul (lupa nak citer....aku banyak kali jumpa melayu kat Istanbul yg travel ikut pakej, tapi punyala berlagak....senyum pun tak nak ).So...until nx time....no more travelling until I complete my thesis (rasa2nya lepas balik dari India bulan 2 dulu pun aku cakap camtu jugak kan, tapi lepas gak smpai ke Iran, Turki & Kuwait.

Back to Tehran 28 Nov (Entry 8)

Iya ker....Thanks for the compliments. Tak per, aku tak kesah klu ko nak masukkan dlm blog ko. Sebenarnya aku tulis citer aku dlm petfinder forum...dan aku copy paste hantar kat ko. Pasal blog tu tenguk la bila2 aku free nanti....Memang berhajat juga.
Aku balik ari Ahad ni. Sampai Msia Isnin, 1 Dec, agak2 smpai rumah dlm kul 6pm (klu flight tak delay). Aku ada beli souvenir kat ko.....mesti ko suka...Mahal gak barang2 kat sini.
Ok...c u..babye...
Nita
Okey...ni citer terbaru... Setelah 40 jam di dalam bas, aku selamat sampai di Tehran semula. Penat juga dalam bas lama2 walaupun bas tu banyak kali stop utk toilet & refreshment. Sebabnya, setiap kali bas stop, semua org disuruh turun. Tgh sedap tidur pun kena turun juga. Bila turun jer....mula la nak masuk toilet. Setiap kali masuk toilet, kena plak bayar 1 Lira (RM2.30) seorang.
View dlm bas cantik juga, tapi tak boleh lawan view sepanjang dlm keretapi hari tu. Agaknya sebab tu la train fare almost 3 kali ganda (USD70) compare to bus fare (USD25). Aku sikit pun tak menyesal bayar mahal2 utk naik train tu. Walaupun lambat (melebihi 3 hari compare to bus yg tak sampai 2 hari) but the money spent is well worth the experience. Yg bagusnya, naik bas dari Istanbul ke Tehran ni, boleh nampak snow cap Mount Ararat yg begitu dekat....lebih kurang 400m saja kaki Mount Ararat tu dari tepi highway. Highway kat sini tak berapa even...tinggi rendah sampai rasa mcm naik ferry, bukan naik bas.
Masa kat border Turki - Iran, officer (yg lain, bukan yg ari tu sebab route bas dgn keretapi tak sama) kat imigresen tu buat hal juga. Tapi tak la teruk sangat, may be sebab kitaorg dah nak exit, bukan nak enter Turki. Mcm2 gak soalan dia tanya.....siap scan passport lagi. Tapi kali ni kitaorg dah pandai.....Grace dan anak aku (yg passport issue tahun 2005), jalan di depan dan aku selang beberapa org di belakang. Kalau aku di depan, tentu problem mcm hari tu sebab security passport aku tak sama dgn diaorg punya.
Sampai hotel pagi tadi, terus masak nasi dan lepas mandi, zzzzzzz...mengantuk cos tak cukup tidur. Bangun tidur, staff kat hotel ni pulak jamu nasi gurmet sabzi yg dimakan dalam sejenis roti yg dipanggil lavash. Sedap.....Staff kat hotel ni dah mesra dgn kami sebab dah kali ketiga stay kat sini. Kejap lagi nak pergi bazar....tapi hari ni Jumaat, cuti, so most of the shops closed. Esok nak pergi ski kat Tochal, so tak der masa lain lagi nak pergi. Maam ni aku dinner kat rumah Sarah.....so aku makankan utk korang yer...

Salam dari Istanbul 26 Nov (Entry 7)

Salam utk semua...Betul Nık...memang menyuspenkan perıstıwa ıtu. Anyway akak jadıkan sebagaı sebahagıan darı pahıt manıs dalam backpackıng.Arı nı pagı2 dah bangun.....beza waktu Turkı & Malaysıa 6 jam.....so 6.30 pagı kat sını meanıng 12.30pm kat Msıa. After breakfast (ıncluded ın the hotel rate - EUR 18 per nıte sebab low season), kıtaorg terus serbu Blue Mosque. Cantık tu memang la cantık...tapı bagı aku cantık lagı masjıd Shah Ceragh kat Shıraz, Iran. Lepas tu postıng2 depan Aya Sofıya. Petang baru plan nak vısıt. Yg bagusnya hotel yg aku stay nı (Star Holıday) memang very strategıc locatııon. Dah la murah, selesa, lobby cantık dgn TV besar, ada kıtchen boleh masak & semua attractıon wıthın walkıng dıstance jer. Blue Mosque tu kıra laung darı hotel pun boleh dengar. Dekat sangat. Then aku terus menapak ke Emınonu. Sepanjang jalan banyak bıstro, taverna & kedaı2 jual candy & bakery yg dıhıas cantık. Sememangnya Istanbul memang cantık & bersıh. Communıcatıon pun senang. Betul cakap ko Imann, I really love Istanbul. Senang sangat nak cari arah. Tak payah bukak map pun sebab tanya jer local, sure mereka tau dırectıon tempat yg aku nak tuju. Sampaı Emınonu, terus belı tıket untuk Bosphorus Cruıse, 1 jam setengah. 10 Lıra per person. Cruıse nı melaluı Golden Horn ke Selat Bosphorus hıngga hampır ke Black Sea. Sepanjang pelayaran boleh nampak bangunan2 cantık serta apartment2 sepanjang tepı pantaı. Very ınterestıng. Aku turun kat Sarıyer. Ronda2. Then naık bas ke Kabatas. Perjalanan almost 1 hour sebab agak jauh or may be bas tu berpusıng2 dıtambah jln jam (tambang 1.4 Lıra). Kat sını naık la apa transport pun (kecualı teksı), tambangnya 1.4 Lıra tak kıra dıstance. Sampaı Kabatas, change naık funıkuler metro ke Taksım. (Semua transport aku dah naık kat Istanbul nı - fast ferry, cıty boat, tram, metro, funıkuler, bas). Taksım memang cantık dan ramaı sgt pelancong & local yg duduk bersıdaı2. Aku menapak darı Taksım melaluı Istıklal Cadessı hıngga sampaı Galata Tower. Yg bagusnya bıla aku pılıh route nı, sepanjang jalan, aku menurun bukıt (plan asal the other way round...mana la aku nak tau yg tempat tu berbukıt). Tak naık tower tu sebab feesnya 10 Lıra....Lagıpun ada member yg bgtau ıt's not worth ıt. Then dekat2 Galata Brıdge yg semalam kıtaorg dah ronda (teramat ramaı org yg memancıng kat sını sampaı nampak mcm pesta memancıng), kıtaorg ternampak wet market.. Macam2 ıkan ada kat sını dan murah2 harganya...walau pun dah convert ke RM, rasanya lebıh murah ıkan kat sını berbandıng Msıa. Ada pulak satu cafe kat sıtu yg jual fısh sandwıch so aku pun try la...ıkan fresh yg dah dıbuang tulang dıgrıll dan dısumbat dlm rotı yg dıcampur bawang, salad & daun pudına. Perah asam lımau sıkıt. MMMMM....sedap gıler. 3 Lıra each. Sebelum nı asık makan kebab jer...2 Lıra (RM4.60) utk kebab ayam dan 3 Lıra (RM6.90) utk kebab dagıng. Lepas tu aku naık tram balık ke Sultanahmet sebab nak vısıt Aya Sofıya tapı tak sempat sebab dah tutup. Masa nı ada satu kejadıan yg sungguh mengharukan berlaku. Kat luar pagar Aya Sofıya tu ada la sekor kucıng tuxedo(kat Istanbul nı banyak stray cat) berdırı kat tembok. Aku gı la kat dıa & gosok2 badan dıa. Tıba2 dıa datang dan terus cıum pıpı aku dan nak panjat atas bahu aku. Seolah2 mıntak aku jadı tuan dıa. Ala....kesıannya aku tenguk. Kucıng aku kat rumah pun tak manja mcm tu. Banyak kalı dıa cıum pıpı aku. Sempat la amık gambar (nantı aku download). Tak sampaı hatı nak tınggalkan dıa. Rasa nak bawak balık ke Msıa jer....Tapı nak buat camner kan...kena la say goodbye kat kucıng tu dan aku terus ke Basılıca Cıstern- underground church yang dah berusıa 500 tahun. Lepas tu aku vısıt Byzantıne Hıppodrome (hadıah darı fıraun Mesır kepada Sultan empıre Uthmanıah) dan Constantıne Column yang dıbına pada kurun ke 10. Kat sını cepat betul gelap....before 5pm dah gelap. Tapı yg pelıknya harı nı temp boleh lompat ke 23 degrees....Panas sangat aku rasa. Oleh kerana attractıons semua dah tutup, so aku jalan2 kat area Sultanahmet nı tenguk souvenır yg cantık2 tapı mahal harganya. Esok aku mestı kena cover Aya Sofıya dan Topkapı Palace sebab jam 2pm dah nak board bas balık ke Tehran (40 hours). Imann, tak sempat la nak pergı Pıerre Lottı Hıll. Laın kalı la kot.Walaupun masa utk aku kat Istanbul nı sıngkat (lagı lama travellıng tıme to and fro darı Tehran) tapı aku rasa puas sebab dapat cover semua tempat yg aku plan nak vısıt.So pada sapa2 yg nak ke Istanbul, you better do ıt ASAP sebab lagı lambat tunggu lagı mahal harganya. Sekarang nı pun almost semua attractıon feesnya 20 Lıra (RM46), so aku berdua dgn anak aku, satu attractıon terbang RM92 {cry}{cry}. Toılet pun mahal wooo....1 Lıra sekalı masuk (RM2.30). Tak pernah aku bayar toılet semahal nı seumur hıdup aku. Bayangkan kalau seharı aku dgn anak aku masuk toılet berbayar 2X....maknanya RM9.20 dah spend utk toılet jer{sick}.Iran pun better gı cepat sebelum semakın mahal dan selagı penduduknya masıh mesra melayan tourıst {wink}. Terıngat aku masa kat Iran, jarang sangat bayar tambang bıla naık ıntercıty bas....memanjang jer free {happy} Ada sekalı tu, drıver bas kat Esfahan sanggup berhentıkan bas dıa kat tepı jalan & turun utk guıdekan kıtaorg sımpang arah ke Masjed Jamek (50 meter darı bas tu) {happy}{happy}.So 28hb baru aku boleh hantar berıta terkını lagı.....29hb aku nak skı kat eıther Dızın or Tochal...tenguk mana yg dah cukup snownyer.

From Iran 20 Nov (Entry 5)

Sangkut dgn mamat Iran ? Ohhh tidak....tak nak aku !!!Malam ni aku dah nak ke Istanbul. So for these 3 days tak der la mail dari aku ehh....dalam train camner nak hantar mail.

Salam dari Istanbul 25 Nov (Entry 6)

Salam darı Istanbul utk semua...

Sorry kalau korang baca emaıl nı ejaannya berserabut sebab keyboard komputer kat sını laın macam sıkıt. Suka melompat2 tak tentu pasal. Dah la semua abjadnya tunggang terbalık...penıng kepala aku.Kıtaorg sampaı Istanbul 2am. Traın delay selama 10 jam, menjadıkan keseluruhan perjalanan darıpada 69 jam ke 79 jam. Walaupun mengambıl masa lebıh 3 harı 3 malam, tapı memang berbaloı sebab vıew sepanjang perjalanan teramat cantık. Sukar untuk dıgambarkan dengan kata2. Waktu merentası Iran (Tehran ke Razi), vıewnya berbukıt2 pasır atau batu-batan. Tapı bıla masuk saja Turkı, landscape berubah kepada gunung-ganang, ada yg warna hıjau dgn snow cap mountaın, ada yg coklat dgn sungaı mengalır...teramat cantık macam dlm pıcture postcard. Plg cantık sewaktu perjalanan darı Mus ke Elazıg dı mana sepanjang2 rail keretapı, kamı menyusurı Sg Murat (Murat Nehrı) yg ada ketıkanya frozen. Cantık sungguh pokok2 sepanjang sungaı ını, ada yg warna kunıng, oren dan merah. Rasa mcm nak campıng je kat sıtu. Kalau buat BBQ mestı best. Kemudıan darı Elazıg ke Malatya pula, kamı melaluı Sg Euphyrates. Terıngat masa sekolah rendah dulu belajar Sejarah (dulu Tarawıkh), kat sungaı nı la Tamaddun Mesopotamıa bermula. Overall....walaupun perjalanan Trans Asıa nıı panjang, tapı amat berbaloı sebab mcm2 benda yg kamı nampak, termasuk kehıdupan serta kemıskınan petanı2 serta penternak bırı2 kat sını. Cuma rasa rugı sıkıtı sebab waktu transfer darı traın Iran ke ferı merentası Lake Van, harı dah malam. Tak nampak apa pun. Aku pun dah stone 2 bıjıı pıl tıdur. Anak aku melayan mamat Jepun maın gıtar lagu2 reggae Bob Marley{happy}. Bıla sampaı ke seberang (4am) punya la sejuk dgn angın kencangnya....menggıgıl2 aku...traın Turkı pulak tak smpaı lagı...kena tunggu 15 mınıt...rasa mcm nak matıı dah...kesejukan...Nak cerıta sıkııt....sepanjang travel nı, 2X kamı melaluı thrıllıng experıence yg boleh buat jantung berhentı berdegup kejap. Fırst tıme masa dı Yazd. Waktu tu aku nak call Kuwaııt Aırways utk reconfırm return seat (dgn Kuwaıt Aırways reconfırmıng ıs a MUST). Tıba2 offıcer tu tanya, kıtaorg nak stay kat mana waktu transıt selama 9 jam dı Kuwaıt before connectıng flıght ke KL ? So aku ckp by rıte Kuwaıt Aırways la yg patut kena sedıakan accomodatıon sebab ıt's not our fault that transıt tıme ıs more than 9 hours. Tetıba dıa kata Kuwaıt Aırways tak sedıakan accomodatıon sebab kıtaorg belı flıght tıcket tu waktu MATTA Faır, promotıonal aırfare. So, kıtaorg cakap tak per la...kııtaorg boleh stay kat aırport jer la. Tapı dıa kata tak boleh. Kuwaıt Aırways punya rule tak membenarkan passenger transıt lebıh 8 jam utk berada dı aırport...mestı dıtransfer ke hotel...dan dısebabkan kıtaorg tak elıgble utk dapat free accomodatıon, dıa kata kıtaorg mestı bayar utk hotel (5 star) yg harganya USD200. What ???? USD200 utk stay kat hotel tu for only 6 hours (selepas dıtolak passport control dan mestı ada dı aırport 2 jam before depaprture semula) ? Dıa kata kıtaorg kena bayar juga or else kıtaorg tak dıbenarkan langsung utk board flıght darı Tehran ke Kuwaıt. Rasa mcm nak menangıs masa tu. Then offıcer tu kata, ppa2 hal dııa suruh kıtaorg pergı offıce dıa dı Tehran the nx day. Nasıb baık la memang mlm tu kıtaorg dah nak ke Tehran pun. Itu pun terkejar2 sebab ofıs dıa half day....nak mencarı bukan senang sebab Tehran bukan kecık mcm KL (ewahhhh...). Masa tu kitaorg dah rasa mcm tak der mood nak sambung ke Istanbul. Tapı tup2, kawan offıcer tu baru terperasan yg Malaysian passport holder boleh dapat vısa on arrival setıba dı Kuwaıt aırport (padahal aku dah bgtau kat offıcer tu semalam tapı dıa tak nak dengar). Lepas dıa confırm balık.....then baru settle prblm ıaııtu kıtaorg boleh apply VOA dan tak payah bayar bılık hotel yg USD200 tu. Lega nya tuhan jer la yg tau....Second thrıllıng experıence masa kat border Turkı - Iran (Kapıkoy). Tıba2 kıtaorg bertıga dıpanggıl masuk oleh ımıgresen offıcer yg muka punya la garang & tak retı nak senyum. Dıa kata ada prblm. Dıa kata antara kamıı bertıga...aku sorang jer yg boleh masuk Turkı. Anak aku & kawan aku, Grace tak boleh. Sebabnya ? Passpport dıaorg ıssue tahun 2005 and mıne tahun 2007 (ada hologram peta Malaysia, dıaorg punya tak der). Kıtaorg punya la explaın tapı dıa tak nak dengar. Atau dıa memang tak paham pun sebab dıa tak boleh berbahasa Inggerıs. Nasıb baık la kebetulan ada sorang kawan Iranıan yg duduk kat cabın sebelah & dıa pun boleh berbahasa Turkı, dıa merayu pada offıcer tu suruh check balık kalau2 dalam rekod dı komputer offıcerr tu ada contoh passport Malaysıa yg lama2. Mula2 tu offıcer tu tak nak,, tapıı lepas tu dıa check. Dapat pulak contoh passport Msıa tahun 1990 an yg masııh guna fıngerpprınt. Dıa argue kenapa passport anak aku & Grace tak der fıngerprınt....so kıtaorg cakap la...yg ıtu dah lama, tahun 1990an. Nasıb baık la kawan offıcer tu carı2 lagı & jumpa dlm sımpanan dıa ada cth passport Msıa yg ııssue tahun 2003 dan mempunyaı cıırı2 keselamatann yg serupa dgn passsport Ica & Grace. Baru la offıcer tu kası lepas. Kıranya 1 jam juga la kıtaorg berpeluh & berasap dlm bılık dıa padahal temp kat luar punya la sejuk. Lepas tu kıtaorg belanja memberr tu makan dlm traın -- nası dgn ayam bakar (tak der kuah tak der sayur USD5 per person). Kalau dıa ta derr memmang kıtaorg akan dıhantar balık ke Iran. Itu la antara experıence yg pertama kalı kıtaorg rasa selama bertahun2 travel ke merata dunıa. Dan aku rasa ımıgresen tak sepatutnya kerap sangat mmengubah2 cırı2 keselamatan dlm passport sebab akan menımbulkan masalah sepertı yg kıtaorg alamıı nı.Aku arı nı boleh emaıl panjang sebab ınternet kat hotel nı free...kalau tak 3 lıra 1 jam (RM7). Darı hotel nı boleh nampak Blue Mosque - 50meters away. Aya Sofıya pun dekat jer...80meter. Esok baru aku pergı vısııt. Arı nıı aku sebuk belı tıket bas utk balık ke Tehran & vısıt Grand Bazar, Egytıan Bazar, ronda2 kat Emınonu....cross Galata Brıdge. Imann....aku jumpa semua tpt shoppıng yg ko mentıon. Ada gak aku belı sıkıt baju sejuk. Memang murah...lagı pun sekarang Lıra dah drop (1 Lıra = RM2.30).. Esok nak naık cruııse ka Bosphorus dan jalan2 kat Taksım & Galata Tower. Aku dah terasa gak nak balık....sebab sejuk la...badan aku habıs naık rashes && kulıt menggelupas.....Tapı yg sebenar2nya....aku rındu kat kucıng aku (melebıhı rındu kat lakı aku)){cry}{cry} Sampaı terrmımpı2....

From Iran 19 Nov (Entry 4)

Aku mail ko ni dari rumah Hamid, kawan Iran aku kat Yazd . jangan jeles.....Sementara mak dia tgh prepare dinner, aku bukak email kejap.Yazd ni the city of brick mud. Petang tadi Hamid, kawan2 dia & adik dan bapak dia bawak kitaorang view sunset kat desert. It was soooo amazing.....Kitaorg panjat bukit kat desert ni dan kebetulan ada orang main para gliding lagi. Best sangat2. Nanti ko tenguk la dlm gambar & movie kat kamera ko nih....Malam esok kitaorg naik train balik ke Tehran and after that naik Trans Asia ke Istanbul pulak. Aku memang teramat2 penat & lack of sleep, bnut enjoying every minute kat Iran ni. Ok dinner is ready. Aku nak makan nasi dgn kebab dgn gurmet sabzi....aku makan kan utk ko ekkk...

From Iran 17 Nov (Entry 3)

Kitaorg baru balik dari Persepolis & Pasargadae, world heritage site. Very nice.Iran is very beautiful. I fall in love with this country.Ok laaa....aku nak cepat ni. Babye.

From Iran 16 Nov (Entry 2)

Salam,Lagi sejam setengah aku nak naik bas ke Shiraz, so melepak jap kat internet cafe nih.Hari nih round2 Imam Square, square terbesar di dunia selepas Tiananmen, Beijing. Sejuk giler time malam mcm nih. Angin kuat. Temp kat sini makin turun. Rasanya 1 degree kot. Bibir aku pun dah pecah2. Pedih. Kulit kering & menggelupas. Rashes dah naik. Gatal sangat2. Ni yg aku benci bila travel tempat sejuk. Lagi, aku tenguk masjid2 kat sini. memang fascinating ukiran & grafik yang dilukis pada tiles. Dari lantai sampai ke dinding hingga ke kubah, semuanya tiles & mirror. Cantik tak terkata2.
Hari ni dah 2X Iranian invite ke rumah diaorg tapi sebab tak cukup time, tak dapat nak pergi rumah diaorg. Pelik aku.....baru jumpa, sembang tak sampai 5 minit, diaorg dah ajak ke rumah.

From Iran 15 Nov (Entry 1)

Salam dari bumi Iran....Aku kat Esfahan sekarang, the most beautiful city in Iran. Naik train malam semalam, 8 jam. Train is comfortable. Malam esok ke Shiraz pulak, naik bas 7 jam perjalanan. So far everything has been very good. Iranians are great. They go out of their way to help me finding my way and so on. Sepanjang aku travel, aku tak pernah jumpa bangsa yg very kind hearted spt org Iran ni. Baik sungguh mereka. Semalam aku jalan2 sendiri kat Tehran, tak der guide dah. (1st day ari tu, ada awek Iran yg aku buat member since last 2 months bawak jalan2. Final night kat sini nanti nak gi dinner kat rumah dia pulak - Iranian style....jgn jeles beb). It's quite challenging, esp time nak lintas jalan. Kat sini tak der system langsung, traffic light buat perhiasan jer. It's suicide to cross the road. Kena berani. Klu tak, memang tak lepas. Bukan semua tempat ada underground tunnel. Semua jenis transportation aku dah naik - private taxi, shared taxi, metro, bas, train. Yg aku tak naik motorbike jer, sebab bukan public transportation {happy}. Sign boards mostly in farsi. Nasib baik la reti jawi, so boleh la kenal nama2 jalan {wink}
Memang hensem2 giler mamat kat sini. Yg pompuan pulak cun abis. Dah tu very trendy & fashionable. Walaupun diaorg pakai mostly hitam jer semua, tapi mcm2 style. Agaknya kalau tak kerana government diaorg tak galakkkan other colours selain black & grey, terus-terang aku rasa Paris pun kalah dgn Iran ni when it comes to fashion.
Aku kat sini rasa mcm artist pulak. Iranians suka betul datang tanya aku mcm2 soalan. Bila aku jalan ke mana2, mesti ada yg approach. Ajak bergambar laa....offer nak tunjuk jalan laa...ajak join their picnic laa (Iranians suka picnic kat taman sampai tengah2 malam)....Best betul. Sememangnya kat Iran ni kurang sgt tourist. Sebab tu diaorg mcm heran jer bila nampak tourist.
20 Nov nanti aku naik Trans Asia Express. Tiket tak amik lagi nih.
Ok, aku nak tidur daa....ngantuk dah ni (1.15am Msian time, tapi baru 8.45pm Iranian time).
From Yusof Anita to me

Allahyarham Datuk Razali bin Ismail


Baru semalam dia meninggal dunia
Masih dalam kesedihan keluarganya
Masih terlalu panas bahang pemergiannya
Masih belum percaya pada sesetengah kita akan ketiadaannya.

Tiba-tiba di sini dengan keghairahan sebahagian kita
Menyebut tentang pilihan raya kecil
dan calon mana yang layak menggantikannya
Lebih-lebih lagi yang mempolitikkannya
Tak tahu membezakan masa
Bila perlu berduka dan masa bila perlu bersuka
Tak berubah-ubah juga perangai lama
Semoga Tuhan tidak memalingkan wajah-Nya
dari muka kita.

Al-Fatihah
Buat Roh Allahyarham Datuk Razali bin Ismail
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
dan takziah warga pendidik dari seluruh negara
ke atas keluarga peribadi yang berjasa
daripada
GuruBashid seisi keluarga
Abd Bashid Harun


Apa aku rasa?

Buat kali keduanya aku terasa kehilangan dalam dunia pendidikan. Sekali lagi kita kehilangan seorang educationist terbilang. Terdahulu merupakan Mantan Menteri Pelajaran Datuk Musa yang tidak lagi kedengaran suaranya dalam meja keputusan...
Kita memerlukan lebih ramai wakil guru berkaliber dalam pucuk pimpinan di Kementerian Pelajaran kerana pendidikan bukan untuk diperkotak-katikkan tetapi digunakan sebagai instrumen membina manusia menjadi insan. Sampai bila kita membiarkan pendidikan diperkudakan sebagai suara politik?

Kadang-kadang aku pun pening yang mana lebih penting, politik diatas pendidikan atau pendidikan diatas politik...ibarat ayam dengan telur, mana datang dulu?


Friday, November 28, 2008

Layan



Layan kereta.
Setakat ni aku dah overhaul enjin, tukar waterpump, arm dan tulang (macam tulang anjing je) tayar belakang, kompressor, cd player, carpet, steering, exaust pipe, tayar, sport rim...apa lagi ek...? ohhh...aku tukar seat standard wira kepada seat proton perdana...(kaki panjang!) Tinggal nak tukar absorber je..tapi belum eekk...ookkk..biarla kut dulu nooo....Itu belum kira ntah berapa kali alignment dan balancing tayar...heheheh..! Rasanya for the next few years, boleh la aku relax!


Hmmm dah dua minggu aku asyik melayan kereta aku nih! Yelah kereta murah (tapi semangat patriotik~ kena sokong buatan Malaysia), banyak yang kena dibaiki. Sejak bulan 6 sehingga sekarang banyak juga yang aku belajar pasal kereta ni. Kiranya aku boleh le tulis kamus pasal kereta...hahahah! Orang selalu kata pompuan dan kereta ni musuh ketat tapi aku rasa hal ni berlaku pasal kereta selalunya dikaitkan sebagai boy's toy! Dan ia juga sebab mengenali kereta memang memerlukan kesabaran untuk terus ingin tahu dan benar-benar menghabiskan masa mengenali bahagian selain stering semata-semata. Aku bukanlah pro tetapi aku harap ilmu yang aku ada ni berbaloi dengan wang yang aku laburkan!




Layan Adlin..

Masalah gigi kalau tidak dijaga dari awal memang akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Semalam bila aku ke klinik dentist aku, ramai makcik-makcik tua yang buat pemeriksaan gigi. Suka aku tengok barisan gigi original mereka yang tersusun cantik...


Jadi gigi dan aku adalah hal yang cukup aku lali! Sebabnya gigi ni memang satu yang perlukan layanan dan keprihatinan yang sangat tinggi. Dua dari empat anak aku bermasalah gigi yang tidak sekata. Hari ni gigi geraham kecil Adlin dicabut sebab dah beberapa hari mengadu giginya longgar. Akhirnya pepagi lagi ke klinik. Nasihat yang diberikan adalah menetapkan appointment sehingga semua gigi susunya tanggal untuk mulakan treatment.


Habis melayan Adlin, aku layan pula si Sufi yang sudah pandai mengadu sakit. So selesai Adlin di tingkat atas, ke bawah pula ke klinik pesakit luar. Sejak petang semalam dia muntah dan mengadu sakit perut. Agaknya hari ni hari kaunter aduan dibuka (sarcasticnya aku!!!)sebab anehnya, Dr Rizawati sempat mengadu kepadaku pasal ubat yang dicatu. Katanya sepatutnya Sufi diberikan syrup hyrocine tapi farmasi membuat catuan dan ubat yang diberikan adalah bekalan basic sahaja...Katanya masalah budjet...Aik?


Layan 5 kepala...

Memberi ruang untuk anak-anak berehat sebenarnya satu tindakan yang amat-amat memerlukan kesabaran! Akhirnya akibat aku tak tahan dengan kerenah anak-anak dalam rumah aku, bodyguard aku buat special delivery ke rumah aku beberapa malam yang lepas. 2 rotan berlainan saiz! Hahahaha...Sekurang-kurang sekarang suara aku tak berbunyi...hehehe...tunjuk rotan je! (Boleh gitu ke??)

Hahahaha....dua minggu ni memang aku biarkan anak-anak bercuti sepuas hati mereka. Cuma petang tadi kelas menggaji dah mula. Pada mulanya merenggek semuanya sebab kelas bermula dari pukul 3 sehingga 6 petang tapi bila balik sibuk pulak seronoknya kelas sebab ustazahnya baik dan kelasnya ada ramai kawan...hehehee!


Dalam aku sibuk melayan laptop tua ni, asyik mereka berempat bertanya bila nak ke kolam air panas(Jawapan standard aku~ tanya sekali lagi...takyah pegi langsung!) Malam semalam dah layan tapi sebabkan macam nak hujan aku hanya layan sampai pukul 11pm. Rasanya malam ni aku nak biarkan mereka mandi sepuas-puasnya sampai kolam tu tutup....

Esok ada trip ke Kampar untuk mereka bermalam di sana...Layan jee...

Tapi...aku ni sapa nak layan??

Tuesday, November 25, 2008

Hak

Hak yang ada ditangan kita biasanya akan terselit hak orang lain. Bagaimana kita menjaga hak yang dikatakan "hak kita" banyak bergantung kepada bagaimana kita menjaga hak orang lain juga.
Selalunya kita terlupa pada hak orang lain dan hanya meletakkan fokus kepada "hak kita" semata-mata. Ini agaknya keadaan yang dikatakan 'mementingkan diri sendiri". Kenapa berlaku begitu?
Banyak contoh di sekeliling kita. Ambil yang mudah. Katakan kita memiliki sebuah kereta dan kita menjaga kereta itu sebaik mungkin kerana itu "hak kita" sedangkan kita menggunakan kereta itu untuk membawa anak isteri kita ke mana-mana. Jadi kita membeli kereta itu bukan untuk diri kita tetapi demi kesejahteraan orang lain juga. Itu yang dikatakan hak yang ada di tangan kita biasanya terselit hak orang lain.
Kenapa hari ini aku menulis tentang hak?
Semalam aku menghantar kereta aku untuk di touch-up! Kes sagat pagar rumah...habis dua pintu di sebelah kanan....Dulu tanya harga dengan tokey cat Ah Siong kat kedai makan mak aku, dia minta RM280. Baru-baru ni ada sebuah kedai cat budak melayu bukak kat jalan shortcut dari Simpang ke Aulong. Aku ajak bodyguard aku riki harga. Budak tu offer RM120. Canteeekkk....So hari ni aku patah kaki lagi.
Dalam kami berbual petang semalam, terselitlah kisah kehidupannya yang menyayat hati. Rupa-rupanya budak tu ialah bapak kepada dua budak yang kini tinggal dengan bekas isteri. Perpisahan yang baru sangat. Aku hanya menitik beratkan hak anak-anaknya itu kerana walaupun kedua ibu bapa mereka berhak untuk berpisah tetapi dalam hak mereka itu terselit hak dua anak kecil yang masih perlu dijaga dengan sebaik mungkin.
Aku masih memikirkan bagaimana kita masih mampu menekan tentang "hak kita" sedangkan dalam "hak kita" itu masih terselit hak orang lain...
Wallahuallam...

Avant-garde

Cara kita berbeza...Satu pendekatan yang pastinya menghasilkan penglihatan dan pemahaman yang tidak akan serupa dengan orang lain. Lalu kita belajar untuk mencari persamaan dalam perbezaan itu agar kita dapat diterima masuk dalam kumpulan yang kita ingin bersama!

Namun begitu, ada masanya kita perlu kekal dengan perbezaan yang ada apda diri kita agar kita menimbulkan keunikan tentang identiti dan entiti sendiri. Kelainan itu pasti akan menjadikan kita lebih mudah mempunyai "niche" untuk dikenali dan didekati..

Mungkin cara kita yang berbeza itu dianggap radikal dan sesuatu yang baru sehingga menimbulkan rasa skeptikal terhadap diri kita. Tetapi itu adalah pendekatan penerimaan yang perlu kita bersedia untuk menerima dan menempuh. Bila kita sabar dan sanggup dengan apa jua keadaan yang dihadapi, pasti akhirnya kesungguhan itu membuahkan hasil yang lumayan.

Teringat aku pada kisah Datuk Tom Saufi dengan corak batik yang menjadikan dia terkenal seantero Asia. Corak batik bulat-bulat yang dipopularkan oleh Camelia yang akhirnya diciplak oleh ramai pengeluar kain yang lain...Itulah Avant-garde!

Sunday, November 23, 2008

A Treat



Been busy lately! Bukan dengan kerja tapi anak-anak. Percutian sangat perlu buat anak-anak aku kerana itu satu cara mereka meredakan perasaan mereka dan menghilang stress (yang stress waktu percutian ni biasanya aku...hehehehe!). Aku awal-awal lagi dah bercuti supaya aku tak sakit kepala melayan karenah 5 anak (anak aku sentiasa bertambah~ kali ni Qeemal ikut sekali dan disambung bercuti di rumah aku!)


Kebetulan ianya lebih sebagai hadiah kepada Anisa sempena hari jadinya pada 22 November dan untuk Adlin yang berjaya mendapat tempat pertama dalam kelasnya di SRJKC Chung Hwa. Tambah ada yang sponsor tempat bermalam dan tiket all park dibeli dengan harga staff (jangan jeles!). Maka tahun ni percutian mereka ditetapkan ke Genting Highlands...yang rasanya macam dah jadi yearly event!




Sebenarnya Taiping juga adalah destinasi percutian yang tidak kurang hebat. Apa yang pasti ialah aku tidak pernah jemu ke Night Safari di Taiping Zoo (kebiasaannya boleh masuk percuma). Begitu juga ke Bukit Larut yang pastinya bakal menjanjikan ketenangan minda. Paling tidak pun berendam di Kolam Air Panas di Trong pada waktu malam juga memberi keselesaan fizikal yang menyenyakkan lena...





Aku juga sempat ke Langkawi untuk menyelesaikan urusan yang akhirnya melegakan minda aku sepanjang cuti ini. Apapun cuti sekolah kali ini penuh berisi aktiviti dari hari pertama hingga ke hari terakhir!


Selamat bercuti untuk semua...

Saturday, November 22, 2008

I'm Getting Cold Feet!


She is eleven and I still can remember the day she was born!


Panduan Keibubapaan Setelah Anak-anak Menginjak Alam Remaja

~Semasa remaja, mereka mula mengambil tindakan yang berisiko dan bereksperimen. Ini adalah titik permulaan bagi remaja untuk beralih dari alam yang berpusat kepada keluarga (family-centered) kepada komuniti yang jauh lebih luas di mana mereka mula tercari-cari identiti diri sendiri. Remaja mungkin akan memilih kawan-kawan yang tidak disenangi oleh ibu bapa atau mencuba merokok, menghisap dadah dan minum minuman beralkohol. Mereka turut bergaya dengan fesyen semasa, membanding-bandingkan gaya hidup keluarga mereka dengan keluarga yang lain serta melanggar peraturan rumah atau norma masyarakat.

~Remaja berbuat demikian untuk menguji sejauh manakah kemampuan dan keterbatasan mereka dalam melakukan sesuatu tindakan. Mereka ingin percaya bahawa mereka boleh meneruskan hidup tanpa panduan atau kawalan ibu bapa. Remaja juga mungkin cuba memindahkan keseimbangan kuasa dan otoriti ke pihak mereka. Maka dengan itu, ramai ibu bapa yang bimbang dan dihantui dengan sikap anak remaja mereka yang seolah-olah ingin berkonfrontasi dengan mereka. Ibu bapa juga bimbang dengan tindakan berisiko tinggi yang diambil oleh anak remaja mereka.

~Sebenarnya tiada jalan pintas dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran keibubapaan dari semasa ke semasa supaya berlaku aliran komunikasi yang licin di antara ibu bapa dan remaja. Ibu bapa perlu memahami keperluan emosi, fizikal dan mental remaja bagi membangunkan sahsiah mereka sepenuhnya.

Panduan berikut boleh digunakan oleh ibu bapa dan orang dewasa yang ingin menangani remaja keseluruhannya:

*Didik diri anda dengan perkembangan anak-anak sebaik memasuki alam remaja. Pelajari kelakuan dan tindak-tanduk yang biasa bagi remaja, perubahan fizikal, biologi, emosi dan mental yang berlaku serta kesannya dan cara membantu anak remaja anda menangani perubahan tersebut.

*Kenangi semula zaman remaja anda; perasaan yang berubah-ubah (mood swing), kemarahan terhadap pihak yang memegang kuasa (seperti ibu bapa, guru-guru dan sebagainya), kebimbangan dan harapan anda. Lihat pula tingkah-laku anak remaja anda dari sudut memori tersebut supaya anda dapat memahami perspektif mereka.

*Daftarlah untuk kursus kemahiran keibubapaan yang berkesan. Keibubapaan adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan ia tidak datang sendiri. Belajarlah juga daripada ibu bapa lain yang berpengalaman dalam mendidik remaja yang berjaya.

*Dengarlah dan kurangkan bercakap. Anak remaja anda telah menghabiskan sebahagian besar masa kanak-kanak mereka sebagai pendengar dalam kebanyakan situasi. Ketika remaja inilah mereka mahu dan perlukan peluang untuk didengar dan berkongsi perasaan dan pendapat mereka. Mereka mula menyemak semula pegangan keluarga, adat tradisi dan agama yang sesuai dengan kehendak identiti mereka.

*Didiklah anak remaja anda tentang asam garam kehidupan, dan kemanisan dan kepahitan menyelesaikan masalah agar mereka tahu menikmati kegembiraan dan menangani perkara yang buruk. Sedarkan remaja bahawa hidup ini tidak seindah mimpi. Jangan dibuai remaja dengan harapan semuanya mudah dan indah kerana ini akan menyebabkan remaja kecewa dengan realiti kehidupan. Jangan sempitkan ruang lingkup pilihan yang ada. Misalnya, meminta anak belajar dengan rajin sekiranya ingin menjadi seorang doktor. Realitinya ramai juga remaja yang pintar yang tidak mendapat kursus pilihan masing-masing kerana persaingan yang sengit.
Gunakan kaedah ‘peneguhan positif’ (positive reinforcement) untuk tingkah-laku yang positif sekiranya munasabah; ia jauh lebih berkesan daripada kritikan (atau kutukan) dan hukuman terhadap tingkah-laku yang negatif. Peneguhan positif diberi dalam bentuk pujian, penghargaan, hadiah istimewa atau pergi melancong misalnya. Perkataan yang memperkecilkan keupayaan dan kebolehan mereka boleh menyebabkan kecederaan kepada penghargaan kendiri (self-esteem) remaja. Perkakas yang paling berguna dalam mendidik remaja ialah kasih sayang, belas ihsan, kepekaan, sanjungan, memahami dan komunikasi yang telus dan tulus.

*Didik anak remaja anda bahawa hak-hak dan tanggungjawab berjalan seiringan. Berikan tanggungjawab sedikit demi sedikit kepada anak remaja anda dengan tujuan melatihnya seperti tanggungjawab menjaga keselamatan dirinya dan ahli keluarga yang lain. Beri peluang kepada remaja untuk membantu kerja-kerja di rumah dan terlibat dengan proses perbincangan bagi mencapai sesuatu keputusan dalam keluarga.

*Dapatkan pandangan remaja dan bantu mereka agar memahami proses bagaimana sesuatu keputusan dicapai. Berikan situasi di mana remaja diuji dengan kemahiran membuat keputusan dengan sokongan orang dewasa di sekelilingnya. Jangan kritik remaja sekiranya keputusan yang diambilnya tidak tepat atau tidak seperti yang diingini. Sebaliknya tunjukkan bahawa anda memahami dan berikan bantuan yang diperlukan. Dengan ini, remaja akan belajar membuat keputusan-keputusan yang penting dalam hidup mereka seperti keputusan samada hendak merokok atau tidak, hendak belajar atau tidak dan sebagainya.

*Bantu remaja agar tidak terlalu bergantung kepada orang di sekitarnya seperti ibu bapa atau abang dan kakaknya. Keperluan remaja untuk memanifestasikan ‘kebebasan’ dan kematangan mereka mungkin berlaku pada masa yang berbeza dan melalui wadah yang berbeza. Kadangkala sukar bagi ibu bapa untuk membiarkan remaja melakukan keputusan bersendirian kerana risaukan keselamatan mereka. Walau bagaimanapun, keupayaan remaja menangani tanggungjawab yang semakin bertambah akan meningkat sekiranya ibu bapa mampu memberikan sokongan kepada pilihan yang mereka buat dan menjadikan remaja bersedia menghadapi cabaran yang menanti.

*Berikan peluang kepada anak-anak untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Golongan muda sebenarnya sedang mencari-cari ruang untuk diri mereka di dalam dunia ini. Melibatkan remaja dalam aktiviti komuniti dan masalah masyarakat akan mengalihkan perhatian mereka terhadap diri sendiri dan menolong mereka membangunkan kemahiran sosial mereka dengan perasaan ‘dipunyai’ (belonging) di samping memperkasakan remaja dalam menyelesaikan masalah masyarakat. Bantu anak remaja yang bersekolah asrama untuk menyertai kelab-kelab remaja seperti Kelab Remaja JIM (KRJ) atau program dakwah yang lain ketika cuti sekolah. Adakan program ziarah kampung, memberi bantuan kepada fakir miskin dan sebagainya yang boleh mengajar remaja tentang realiti kehidupan selain mengelakkan remaja terlibat dalam gejala sosial.

*Luangkan masa dari segi kualiti dan kuantiti terhadap anak remaja anda. Tidak ada istilah ‘masa berkualiti’. Untuk mendapatkan kualiti dalam perhubungan, kuantiti masa juga adalah kritikal. Zaman remaja inilah biasanya anak remaja anda semakin jauh daripada keluarga dengan meluangkan lebih banyak masa di sekolah, dengan rakan sebaya ataupun sudah bekerja. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa meluangkan masa dengan anak remaja mereka kerana inilah kunci kepada kesejahteraan perkembangan emosi dan sosial remaja.

*Ambil peluang ketika remaja berada di rumah, sewaktu makan malam, solat berjemaah di rumah atau surau serta menonton televisyen bersama untuk mengukuhkan hubungan anda dengan remaja. Ambil tahu apakah minatnya dan hobinya serta terlibat dengan minat tersebut. Ini boleh membantu mengukuhkan sokongan anda terhadapnya serta memberi gambaran kepada anda tentang alam remajanya.

*Ada ketikanya ibu bapa merasa kecewa, marah, sedih atau putus asa terhadap anak remaja mereka. Terimalah perasaan anda itu. Menjadi ibu bapa yang baik tidak semestinya mesti segalanya sempurna. Tunjukkan bahawa anda mampu meminta maaf kepada remaja sekiranya anda telah terkasar dengan mereka. Ini akan menjadi contoh kepada remaja bahawa manusia juga melakukan kesilapan dan bermaaf-maafan adalah suatu cara dalam memulihkan semula perhubungan yang retak oleh tekanan dan ketidaksefahaman.

*Dapatkan bantuan dan panduan untuk diri anda dalam menangani perubahan pada diri anak remaja anda. Lihat tanda-tanda berlakunya krisis dan berbincanglah dengan ibu bapa lain atau dapatkan bantuan pakar. Dengan ini, ibu bapa boleh memahami apakah yang normal atau tidak normal pada seseorang remaja.

*Kebanyakan remaja mempunyai masalah pada suatu masa tertentu. Ini ditunjukkan dengan tingkah-laku memberontak secara tiba-tiba dan adalah normal kepada remaja. Janganlah ibu bapa pula merasa malu di atas sikap remaja. Jangan pula anggap bahawa setiap tingkah-laku anak-anak mencerminkan kualiti keibubapaan anda. Anda sudah lakukan yang terbaik dan berusahalah agar tingkah-laku negatif remaja tidak berpanjangan dan dibaiki segera.

*Jangan paksa remaja menyelesaikan masalah mereka dengan drastik. Remaja juga perlukan masa dan sokongan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Misalnya, berikan masa kepada remaja untuk membuang tabiat merokok dengan mendedahkan semua maklumat yang perlu dan memberi bantuan profesional kepadanya. Tunjukkan sokongan anda dan tidak berputus asa dengan mereka.

*Sediakan peluang untuk mereka membesar dan mengharungi zaman remaja dengan tindakan dan maklum balas yang positif. Berkongsi dengan anak remaja tentang harapan anda terhadapnya, pelajarannya dan masa hadapannya. Muhasabah tentang peranan mereka dan minta mereka muhasabah diri anda sebagai ibu bapa. Sediakan peluang untuk mereka mengasah bakat dan minat mereka serta mempertajamkan kemahiran mereka di samping memperkembangkan jati diri dan daya saing.

Posted by rohahassan

apa kataku:

Terus terang aku katakan, aku sendiri risau dan takut untuk menerima hakikat bahawa anak kecilku yang ku gedong bertahun-tahun sudah menginjak remaja dan semakin banyak karenahnya!

Kadang-kadang aku sendiri hilang sabar dan ada masanya ketidaksabaran aku mampu menguris hatinya. Apa yang pastinya ialah aku sendiri sedang menempuh apa yang ibu aku tempuhi dan apa yang nenek aku tempuhi...Cuma seperti selalu kita akan mengatakan zaman kita tidak sama dengan zaman anak-anak sekarang! Iya ke?

Yang penting ialah aku sedang melakukan yang terbaik, walaupun itu belum lagi cukup baik!!





Monday, November 17, 2008

Moga Takdir Masih Ada Untuk Kita

Jauh di sudut kata, jodoh bukan milik kita
Jauh di sudut rasa, moga takdir masih ada untuk kita
Moga bersua pandang semula sepertimana
Saat-saat indah pertemuanitu mengubah kisah
Kali pertama berttentang mata lantas bertemu
Kekal bertamu di sudut hatiku
dan biarlah ianya di situ sampai bila-bila
Kerana tiada siapa tahu apa yang bakal berlaku

Sesungguhnya angin kenangan masih menderu
Membawa dedaun ingatan berguguran
Membisik gemersik lagu asyik nada rindu
Lantas bertaburan diperdu kasihku
yang setia menanti hadirmu

Setelus Impian ~ Zulaila Zakaria


Suddenly old memories came barging to my mind....

Sunday, November 16, 2008

X Generation

Membaca latar belakang Barrack Obama membuat aku terfikir bagaimana kita sebagai ibu bapa memainkan peranan membentuk keperibadian anak-anak agar mampu menjiwai dan memahami kehadiran mereka di muka bumi ini. Secara peribadi, aku berpendapat bahawa anak-anak memang perlu diberikan persediaan yang secukupnya agar jiwa mereka kuat untuk menempuh dugaan secara fizikal dan emosi. Sesungguhnya bukan mudah untuk mereka meneroka kehidupan mereka jika mereka tidak mempunyai persediaan yang jitu.
Kita sekarang adalah X Generation yang mengharapkan arus perubahan dari pelbagai sudut. Ekonomi yang tergugat malahan tidak stabil membuatkan kita lebih berhati-hati dan bersedia dengan segala macam kemelut.
Persediaan kita bukan lagi untuk mempersoalkan siapa yang akan menjaga kepentingan kita atau menjaga kebajikan kita tetapi memikirkan cara yang sesuai untuk memastikan diri kita sentiasa terjaga.

Destinasi Percutianku..


Kali ini aku berjalan lagi. Cuma dalam Asia sebabkan kekangan masa dan kerja! Bagi aku yang penting ialah aku masih mampu mempelajari dan menghargai kehidupan yang berbeza. Dalam perbezaan itu akan aku carikan persamaan yang mengikat satu budaya dengan budaya lain.


Tempat yang aku tuju kali ini memang menarik, banyak membuat aku menginsafi dan mensyukuri segala kelebihan yang aku miliki.


Ada diantara teman rapatku yang tak minat berjalan, merantau dan memerhati tempat baru (for sure kalau disponsor, ikut jugak!). Bagi mereka berjalan adalah aktiviti membuang masa dan duit. Kata mereka betul mengikut perkiraan mereka. Pasti mereka ada cara membelanjakan wang mereka! Untuk aku, berjalan memang "passion" aku dari dulu kerana itulah cara aku dibesarkan..(Rasanya apa yang aku buat, semua jadi "passion"!!!)


Nanti aku masukkan gambar-gambar!



Thursday, November 13, 2008

Selesai Untuk Tahun ni...

Brunch at Restoren Samy Chemor (boss belanja ~ Mr. Foong is the first guy from the right)
Favourite aku: Teh tarik susu lembu...


Under oath....nothing much can be said.
Tahun ni menarik sebab aku dapat boss baru!

Mr Foong is a very cool guy and very efficient. Aku rasa aku yang tak perform. Mungkin kerana aku banyak main-main... dan aku jenis playful (seriously very playful) cuma siap kerja seminggu awal dari orang lain. Heheheheh!


Tapi kerja tetap kerja dan yang paling penting aku sentiasa enjoy myself to the maximum. Paling best aku still dapat tengok Daniel Craig beraksi di celah-celah 4 hari penuh kesibukan. Dan disambung pulak di sekolah sampai 6.40pm (kerja hujung tahun memang urghhhh....)

Mungkin minggu depan masih di sekolah untuk bereskan kerja-kerja yang masih terbengkalai. Lepas tu 5 weeks in heaven!

Wednesday, November 12, 2008

Anugerah


Seorang lelaki dan wanita berdiri di tebing bukit mengadap permandangan yang berlatarkan persisiran pantai yang bertaut dengan bukit-bukau yang sangat indah. Kelihatan matahari petang mula terbenam di ufuk menghasilkan suatu keindahan yang benar-benar menakjubkan.



Dan mereka mula mempertikai, yang mana lebih indah di antara pantai yang memutih atau langit yang bergenang dengan keindahan petang. Lalu mereka beralih melihat bukit bukau yang menghijau dibandingkan dengan matahari yang kian menghilang.



Perbandingan demi perbandingan, pertelingkahan demi pertelingkahan tercetus kerana ingin menentukan yang mana lebih cantik, pantai atau langit, bukit-bukau atau matahari.



Pertengkaran mereka menarik minat seorang lelaki yang agak berumur yang sedang leka mengambil gambar-gambar di tebing itu. Akhirnya lelaki itu berkata...



"Kamu berdua bertelingkah tentang perkara yang salah... Dalam hal pantai dan langit, tidak ada yang lebih indah dan tidak . Atau siapa yang betul atau salah..."

Pasangan itu terus terdiam dan mula mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh si lelaki tersebut.

"Dari terus bertelingkah tentang mana yang cantik dan mana yang tidak, kenapa tidak melihat pada keindahan yang terbentang dan kelebihan yang ada. Putuskan persetujuan tentang perbezaan setiap permandangan yang kamu lihat dan itu yang bakal menentukan apa yang terindah.."


Apa kataku...:

Persepsi seringkali memainkan peranan yang penting dalam membentuk sangkaan kita. Satu yang pastinya ialah dalam banyak keadaan yang kita tempuh, ego akan menentukan apa yang betul dan apa yang salah atau apa yang ya dan apa yang tidak. Akhirnya kita terperangkap dalam satu situasi yang memerlukan kita menentukan siapa yang patut menang dan siapa kalah!

Namun fokus kita sebenarnya tertumpu pada apa tindakan yang terbaik yang bersesuaian dengan keadaan yang sedang kita tempuhi. Lihatlah situasi yang ada dari pelbagai sudut yang berbeza dengan bersedia membuat keputusan yang pelbagai.

Antara langit petang atau pantai memutih, kedua-duanya indah dan saling melengkapi. Maka penyesuaian yang perlu ialah melihat pada keadaan-keadaan yang menyebabkan kedua-duanya kelihatan begitu memukau dan bagaimana keindahan itu membentuk suatu pemandangan yang menakjubkan.









Sunday, November 9, 2008

Berbaik Sangka

Aku sendiri selalu kalah...kenapa kita sukar untuk berbaik sangka? Terutama apabila kita terasa keadaan kita terancam. Dengan mudah kita akan membuat prasangka sedangkan sebenarnya kita tahu apa yang diprasangka itu belum tentu betul. Ramai antara kita takut nak buat postsangka dengan melalui keadaan yang dikatakan mengancam itu terlebih dahulu!
Peringatan buat diri aku sendiri.
Fikirkan yang baik-baik dulu sebelum aku membuat apa-apa keputusan.
Elakkan mencari aib seseorang! Lebih baik melihat aib sendiri.

Saturday, November 8, 2008

B aca jika anda ada masa untuk ALLAH . Bacalah sehingga habis. Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung. ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.
Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.
Kitacuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat ... ... Mungkin malam JUMAAT? Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA? Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.... Dan sudah pasti waktu ada kematian... Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada NYA. Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka...... Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)
Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!
Ya aku CINTA ALLAH ...
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.


Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali? .
Dan Solat adalah yang terbaik....
Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata " AKU BERIMAN PADA ALLAH " TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).

Friday, November 7, 2008

Mencapai Gapaian..

Hari ini hari Jumaat...Aku berjalan di Pasar Arpo. Dalam "tri", aku terfikir (dan aku memang selalu berfikir)...
Kehidupan.
:: Kita akan sentiasa cuba mencapai sesuatu dalam hidup kita.
Tahap pertama kita akan mencuba melepasi tahap pendidikan. Kita akan berusaha untuk mencapai tahap yang tinggi dalam nilai sebuah pendidikan. Ramai juga yang sangkut di tahap ini dan menggunakan nilai pengalaman pula untuk meneruskan pejuangan dalam kehidupan.
Tahap kedua, menggunakan nilai pendidikan yang ada, kita akan berusaha mendapatkan kestabilan kewangan. Bagi yang tidak, mereka akan menggunakan apa jua kaedah demi keselesaan "RM". Bagi yang berjaya mereka akan meneruskan lagi langkah mereka. Bagi yang tidak, mereka akan terus berusaha untuk mendapatkan sesuap nasi demi sebuah kehidupan.
Tahap ketiga, menggunakan wang yang ada, kita akan merancang apa yang kita inginkan dalam kehidupan. Selalunya di sini ramai yang menilai kejayaan mereka dari segi material yang mereka ada. Ada yang gagal dan terbelenggu dalam kesilapan percaturan sehingga menyebabkan mereka terikat dengan hutang keliling pinggang walaupun mempunyai wang yang banyak! Mereka yang berjaya bergerak lagi. Mencari peluang untuk mengembangkan kehidupan mereka untuk orang di sekeliling.
Tahap keempat, Kehidupan yang stabil dan berjaya dikatakan berkait rapat dengan kestabilan emosi dan sosial. Ramai yang mengimpikan sebegini. Namun ramai yang kecundang...
Apa kataku:
Kesilapan yang berlaku itu bukan satu kesalahan tetapi semuanya berbalik kepada kekuatan kita mengawal kehendak dan keperluan.
Di mana aku berada sekarang adalah memenuhi kehendakku. Keputusan aku adalah untuk diri aku. Berkemungkinan aku mementingkan diri aku sendiri! So?
~Never ask what others have done for you, but ask what you can do for others. (After you have done what you need to do for yourself)!

Tuesday, November 4, 2008

Banyak Yang Dapat Kau Banggakan!

Kau punya begitu banyak hal yang dapat kau banggakan :
tentangan-tentangan yang membuatmu
menjadi lebih kuat,
tekadmu yang selalu teguh,
dan kemahuanmu untuk
tetap berada di jalanmu
dan memberikan yang terbaik darimu.
Kau bertahan dengan mimpi-mimpimu;
Kau bekerja keras;
kau tak pernah menyerah.
Sekarang kita semua tahu
tak ada satu pun yang
tak dapat kau lakukan !
Impian benar-benar punya cara
untuk menjadi kenyataan,
dan kau telah membuktikannya.
Inilah momen yang telah kau perjuangkan-nikmatilah!
Kemudian ikutilah kata hatimu
dan semua peluang emas itu
masih ada di depanmu.

- Linda E. Knight

Monday, November 3, 2008

Daun Terakhir yang Tak Pernah Gugur


Di sebuah kawasan di Washington DC. tinggalah sekelompok pelukis. Tetapi mayoritas diantara pelukis terssebut miskin. Diantara mereka juga tinggal seorang wanita yang mengidap penyakit kanker paru-paru.


Dokter menganjurkan wanita tersebut menumbuhkan semangat hidup dari dalam dirinya sendiri supaya dapat segera pulih kesehatannya. Tetapi wanita itu tidak mengikuti anjuran dokter. Ia justru terus menerus memikirkan sakit yang ia derita, sehingga selalu merasa letih, lesu dan sakit. Ia mengatakan akan segera menjemput ajal bila daun-daun di pohon depan rumahnya semuanya gugur.


Sedangkan salah seorang dari para pelukis miskin tersebut bertekad untuk memberikan hadiah istimewa untuk wanita sakit itu. Ditengah keterbatasan dana pelukis itu tak pernah menyerah mencari ide untuk berkarya. Ia yakin berhasil menemukan ide cemerlang untuk sebuah karya yang luar biasa di sepanjang hidupnya.


Beberapa hari kemudian, wilayah tersebut didera angin yang sangat kencang. Semua pohon tak ada yang luput dari terjangan angin. Hampir seluruh pohon seketika daunnya berguguran. Kejadian angin kencang beberapa bulan yang lalu ternyata benear-benar menjadi inspirasi bagi pelukis tersebut untuk menciptakan karya paling luar biasa di sepanjang hidupnya.


Diam-diam pelukis itu berusaha melukis fenomena alam itu pada sebuah sisi tembok yang berhadapan dengan salah satu jendela rumah wanita yang sedang sakit itu. Lukisannya benar-benar indah bahkan hampir menyerupai wujud asli sebuah pohon yang semua daunnya berguguran karena sedang didera angin dan hanya menyisahkan setangkai daun. Ketika membuka jendela, wanita itu terperanjat dan mengira apa yang terlukis di tembok sama dengan fenomena yang sesungguhnya.


Lukisan tersebut ternyata mampu menggugah wanita itu untuk berjuang melawan penyakitnya. Ia begitu bersemangat dan berusaha mencari berbagai bentuk pengobatan agar dapat hidup lebih lama. Lambat laun kondisi kesehatannya membaik, sampai suatu ketika ia dinyatakan sembuh total.

Renungan :
Pada kenyataaannya seringkali kita sendiri mencoba menggambarkan sebuah keinginan, impian, dan harapan di benak kita, tetapi pada saat yang bersamaan muncul perasaan takut dan keraguan apakah mungkin dapat mewujudkannya? Seringkali kita menginginkan sesuatu, tetapi kita sendiri takut untuk mendapatkannya. Kita menginginkan kehidupan yang berbeda, tetapi di sisi lain kita takut untuk berubah.Ironis sekali jika kita sama sekali tidak pernah menyadari bahwa sesungguhnya ketakutan dan keraguan itu bersembunyi di dalam pikiran kita.