Kematian memisahkan jasad tetapi menemukan yang hakikat..
1 Mei 2010...semua berkumpul di Bukit Mertajam..kesedihan jelas menyelubungi suasana apabila antara ahli keluarga yang masih muda usianya meninggalkan kami terlalu awal di kehidupannya. Pada usia 22 tahun, Amir telah menutup lembaran kisah hidupnya dengan pemergian yang begitu tragis buat semua yang menyayanginya.Bualan arwah tentang kerjayanya di Perodua Rawang sering mengingatkan aku kepada keterujaannya dengan keluaran terbaru Perodua, Alza dan keinginannya untuk membuka perniagaan. Kami semua sangat rapat kerana membesar bersama-sama dan banyak kisah keluarga yang sentiasa dikongsi bersama, namun dia lebih disayangiNYA. Al-fatihah buat arwah...
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment