Sekolah adalah satu tempat ilmu disebarkan dan guru-gurunya adalah mudir yang menentukan arah tuju pendidikan dan pembentukan anak-anak...sayangnya apabila dalam kalangan guru wujudnya pasukan-pasukan yang merasakan mereka hebat dalam mewarna-corak rentak dan pergerakan sekolah sehingga sanggup menjatuhkan rakan sejawat sendiri. Di mana kredibiliti seorang guru apabila dia sanggup menjaja kehebatan dirinya untuk mendapat sedikit penghargaan yang tidak bermakna. Apa pula yang bakal terjadi dengan nilai ilmu yang dicurahkan apabila ilmu itu djadikan kayu ukur untuk kejayaan peribadinya dalam usaha menjatuhkan yang lain demi sepatah dua kata-kata pujian?
Sekolah merupakan tong sampah untuk segala macama sampah sarap yang tidak dapat dicerna oleh institusi lain dalam usaha membangunkan masyarakat dan dalam masa yang sama sebagai guru, kuasa untuk menentukan nilai dan arah pendidikan semakin mengecil dan guru terus terkapai-kapai dalam usaha membentuk identitinya tersendiri. Bagaimana mampu seorang guru terus membakar dirinya semata-mata untuk memastikan kepuasan sekeliling?
Banggakah aku sebagai seorang guru?
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
1 comment:
Saya memahami apa yg diperkatakan kerana saya pernah berada di situasi yang sama. Kerana saya tidak berkata apa2, maka saya dianggap salah.
Post a Comment