Kedatangan aku di daerah yang sepi pada 11 Disember 2008, rupa-rupanya adalah kedatangan yang penuh erti. Pemergiaan aku pula ke daerah baru tanggal 31 Disember 2010 bakal menduga nilai diri dan kematangan aku.
Dulu kedatangan aku ke daerah sepi ini ditemani dengan kata-kata perangsang yang membangkitkan semangat juang. Kini aku melangkah pergi setelah perjuangan aku sampai ke penghujungnya. Kedatangan yang begitu memberangsangkan dan pemergian yang penuh dengan kesyahduan.
Kaki tetap melangkah dan kehidupan tetap diteruskan. Hati yang walang bukan penyekat untuk terus berbakti dan menabur budi. Dalam aku diam, aku belajar erti kemanusiaan dan kehidupan, semakin memahami nilai kasih sayang dan kemanusiaan, semakin menerima erti kehilangan dan permulaan sesuatu yang tidak pasti dihadapan. Jelas sekali aku belajar mengenali siapa aku dan menilai diriku dari kacamataku sendiri.
Kehidupan yang ditempuhi menjadikan aku lebih diam dan memerhati untuk memahami perbezaan dan persamaan antara manusia. Sifat dan sikap yang memberi nilai yang berbeza pada erti seorang insan. Ada yang kita sayang, kasih, hormat dan ada pula yang diketepikan dan dibenci. Namun aku belajar memahami bahawa perbezaan bukan pengukur kesalahan tetapi keunikan dan itulah nilai yang kita berikan pada seseorang. Manakala persamaan yang dilihat bukan pengukur kebenaran yang dibawa tetapi kelebihan yang mengikat kita untuk terus mengenali siapa dia di sebalik diri yang dipamerkan.
Segalanya itu aku peroleh di daerah yang sepi ini, bakal ku bawa ke daerah baru yang pasti mendamaikan hatiku.
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago