Saturday, January 1, 2011

Sabar

Dalam kehidupan kita sering menempuh pelbagai rencam dugaan. Ada kalanya kita dapat mengutip sedikit rezeki buat bekal perjalanan seterusnya.

Baik rencam dugaan ataupun sekelumit rezeki yang diberi dan diterima, kita belajar untuk pasrah dan menerima agar kita diberi kekuatan untuk terus melangkah. Sejauh mana pun kita bergerak, kita akan sentiasa dibekalkan dengan macam-macam ujian dan balasan sebagai tanda kita semakin jauh meninggalkan titik permulaan langkah pertama.

Adakalanya kita tersadung dan rebah, ada masanya kita bangun dan terus ke hadapan.

Permulaan 2011 diharapkan sebaik permulaan 1432H (6 Disember 2010). Langkah baru dengan azam baru untuk satu kehidupan baru. Segala rawan dan bahagia 2010 pasti menjadi kenangan dalam lipatan sejarah pengalaman kita.

Sabar adalah pengubat segala rasa di hati manakala di hati terletaknya segala rasa. Bagaimana kita membuai hati untuk terus sabar bergantung pula bagaimana kita memahami erti sabar yang sebenarnya. Ironi nya nilai sebuah sabar kerana selagi kita mencari erti kesabaran, selagi itulah kita terus diasak dengan pelbagai dugaan, ibarat kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Buat semua rakan taulan, sahabat handai, Selamat Tahun Baru 2011. Semoga langkah mendatang menjanjikan rezeki yang lebih baik dan kehidupan yang lebih membahagiakan! Kun fayakun...

1 comment:

Unknown said...

saya sendiri...
2010 sudah berlalu..
azam baru cerita baru..