ILUSI...satu bayangan kehidupan yang sempurna, tanpa kecacatan. Itulah hakikat sebuah ilusi yang sering kita bina dalam minda kita dengan harapan ia boleh direalisasikan di alam nyata. Ramai dalam kalangan kita yang terperangkap dalam ilusi yang menuntut kesempurnaan, dengan memasang angan-angan agar segala keinginan kita dipenuhi dan terus dipenuhi. Tapi oleh siapa?
Selalunya, mereka yang terperangkap dalam ilusi kesempurnaan adalah mereka yang mempunyai nilai diri yang rendah kerana mereka takut untuk berdiri dengan kekuatan diri sendiri. Manusia sebegini biasanya gagal menemui kelemahan diri sendiri tetapi cepat menunding ke arah kesalahan manusia lain kerana mereka takut mereka akan kehilangan kesempurnaan yang telah mereka cipta dengan bersandarkan ilusi semata-mata.
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment