Wednesday, August 10, 2011

Kalam Ramadhan Rabu 10

Antara Menyalahkan, Menerima Kesalahan atau Mencari Penyelesaian Masalah?

Aduh, mengendalikan 236 pelajar je tapi rasa sangat kata-kata org dulu-dulu..bela kerbau sekandang lebih senang dari bela anak sorang....heheheh...ni kalau bela 236 anak..apa cerita?

Hari-hari isu yang sama dengan pelajar putera, lewat ke perhimpunan, pakaian tak mengikut specs, buku tertinggal, tidur dalam kelas, lewat prep! Terkini, ada trend order makanan dari luar untuk bersahur.

Cabaran yang mencabar kesabaran.

Hasil perbincangan dengan orang kuat, akhirnya kami bersetuju untuk mencari jalan penyelesaian! Mungkin buat Time Management Program, Learning How To Learn and Stress Management.

Difikirkan dari marah-marah sebab pelajar bermasalah, mungkin memang mereka ada masalah yang perlu dicari jalan penyelesaiannya!

Thursday, August 4, 2011

Sejenak di SMKA Azlan Shah, Bota

Program Gerak Gempur Bahasa Inggeris SPM "Directed Writing"

Pada Jumaat 29/7/2011, aku berpeluang memberi pendedahan tentang Teknik Menjawab Bahasa Inggeris kepada 97 pelajar SPM SMKA Azlan Shah. Lagak laku mereka memang tidak banyak berubah dari pelajar SMKA Slim River, membawa personaliti yang proaktif, berketrampilan positif!




 Sempat juga beramah mesra dengan ex-students dari SMKA Slim River, termasuk Solihin, Syakirin...heheh...sorang lagi TERlupa namanya!..Mereka di aliran Tingkatan 6.


Wednesday, August 3, 2011

Kalam Ramadhan Khamis

Pandanglah...lihatlah..


Kita selalu lebih suka memandang pada diri sendiri bila berkata-kata dan TERlupa pada orang yang mendengar kata-kata kita. Adakah kerana kita ni jenis yang suka berkata-kata atau banyak yang ingin diperkatakan?

ATAU? Kita malas memandang kiri kanan kerana hanya memikirkan diri sendiri dahulu. Maka...dah tergaduh baru tergadah....

Kalam Ramadhan Rabu

Diam...

Bulan puasa ni, banyak yang bercakap tentang kesuciannya dan al fitri. Semua bercerita dan mempromosi keagungan Ramadhan Al- Mubarak. Malah ramai di antara kita yang bercuti untuk merai kehadiran Ramadhan.
Diam juga sehebat riuh rendah gegak gempita berbahasa. Ada di antara kita yang memilih untuk diam berkata-kata namun riuh perbuatannya.


Puasa...ertinya luas...bergantung pada persepsi tersendiri dan bagaimana kita memilih untuk menjalaninya.


Kalam Tinta Buta:: Diam ubi berisi...diam tin berkarat...diam manusia?

Tuesday, August 2, 2011

Kalam Ramadhan Selasa

Enggang di Kg Gajah!

Burung yang bertebaran di langit Kg Gajah yang benar-benar menangkap pandanganku selama ini ialah sekawan burung Enggang yang begitu riak berkicauan hampir setiap pagi di pohon machang berhampiran bilik guru atau di pepohon durian berhampiran kuarters yang aku diami.

Apa yang signifikannya si burung enggang ini padaku? Burung yang begitu sinonim dengan penduduk Sarawak yang mengangkat burung ini sebagai lambang kekuatan mereka. Bagaimana pula kisah burung Enggang di Kg Gajah? Terpinggir di luar kawasan mereka, menciak riuh untuk memberitahu akan kehadiran mereka yang dipandang sepi.

Aku tersentak dengan ciakan mereka yang begitu nyaring tapi terus senyap hilang ditelan pandangan sepi. Mengapa begitu? Mengapa ada di antara kita juga nyaring bersuara, gegak gempita mengayakan diri tapi akhirnya kaku dan sepi dipandang...?

~Kalam Tinta Buta~:  Kehebatan kita tidak diukur dengan ilmu di dada tapi amalan ilmu yang ada...

Monday, August 1, 2011

Kalam Ramadhan Isnin

Harapan...

Cahaya matahari pagi Ramadhan hari ini begitu terang bercahaya walaupun diselindung dengan jerebu. Begitu juga di antara kita dengan harapan yang digalang sepanjang Ramadhan yang hadir. Ada di antara kita sedang berperang dengan kelaparan, berharap sesuap nasi di penghujung hari. Ada pula di antara kita kedahagaan jiwa yang hauskan pengisian rohani, tercunggap-cunggap kekosongan. Ada juga di antara kita yang bertelegu mengharapkan kemaafan dari mereka yang disayangi.

Pre Sahur Sufi...terlentuk lena sambil makan...
Aku sekeluarga berhadapan dengan ujian yang menguji keinsafan dan keredhaan Ilahi di pagi Ramadhan ini. Anisa..masih lagi belajar untuk membawa diri dalam mengatur kehidupan, Sufi masih lagi merangkak mencari erti Puasa. Aku, masih lagi kegelapan dalam cahaya yang terang.


Semoga Ramadhan ini memberi erti tersendiri pada setiap insan yang menempuhnya dalam usaha mencari Lailatul Qadar...

Buat Suamiku, anak-anak, mak, abah, adik-adik, ibu mentua dan adik-adik ipar...Ramadhan yang menggamit memberi makna baru dalam sirna kebahagiaan kita menuju yang Satu. Ampunkan segala kesilapan dan kekhilafanku. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

 **Kata Kalam**

Jangan kau salahkan, orang merindu dengan kerinduannya, sehingga kau mampu menyelami jiwanya…