Cahaya matahari pagi Ramadhan hari ini begitu terang bercahaya walaupun diselindung dengan jerebu. Begitu juga di antara kita dengan harapan yang digalang sepanjang Ramadhan yang hadir. Ada di antara kita sedang berperang dengan kelaparan, berharap sesuap nasi di penghujung hari. Ada pula di antara kita kedahagaan jiwa yang hauskan pengisian rohani, tercunggap-cunggap kekosongan. Ada juga di antara kita yang bertelegu mengharapkan kemaafan dari mereka yang disayangi.
Pre Sahur Sufi...terlentuk lena sambil makan...
Aku sekeluarga berhadapan dengan ujian yang menguji keinsafan dan keredhaan Ilahi di pagi Ramadhan ini. Anisa..masih lagi belajar untuk membawa diri dalam mengatur kehidupan, Sufi masih lagi merangkak mencari erti Puasa. Aku, masih lagi kegelapan dalam cahaya yang terang.Semoga Ramadhan ini memberi erti tersendiri pada setiap insan yang menempuhnya dalam usaha mencari Lailatul Qadar...
Buat Suamiku, anak-anak, mak, abah, adik-adik, ibu mentua dan adik-adik ipar...Ramadhan yang menggamit memberi makna baru dalam sirna kebahagiaan kita menuju yang Satu. Ampunkan segala kesilapan dan kekhilafanku. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
**Kata Kalam**
No comments:
Post a Comment