Pernah tak kita terfikir bahawa kadang-kadang kita perlu menyediakan diri kita seperti sebiji bola. Kenapa sebegitu? Kuatkah kita untuk menjadi sebiji bola? Untuk ditendang, disepak dan baling di tengah-tengah padang? Tak cukup dengan itu, bergelumang pulak dengan lumpur sehingga hilang seri dan cantiknya sebiji bola...
Namun kalau kita pandang pula dari sudut kekuatan sebiji bola untuk menerima tendangan dan sepakan bertalu-talu, maka di situ terletaknya "kualiti" sebiji bola itu. Selalu kita meletakkan fokus pada kesakitan, betul! Mana mungkin kita sanggup disakiti demi kepuasan orang lain. Walaupun sebenarnya apa yang berlaku ialah kesakitan itu membina kekuatan dan menghasilkan kualiti yang lebih baik. Sanggup?
Ramai di antara kira (termasuk aku) yang tersungkur kesakitan apabila disepak dan ditendang seperti sebiji bola...ramai yang give-up! (aku juga)...
Kenapa jadi macam tu?
Ada banyak faktor. Mungkin kerana ego! Pastinya kita semua mementingkan kehebatan diri. Kalau sebiji bola yang hebat, rasanya gelumang lumpur akan tidak akan menghilangkan kekuatannya kerana kualiti diukur melalui kekentalan dan ketahanan binaan bola itu bukan apa yang berlaku pada bola itu!
Faktor lain adalah kerana takut menerima rasa sakit. Selalunya kita akan menghilangkan diri dan pergi jauh dari sumber kesakitan (aku juga....untuk apa)...
Persoalan "untuk apa" dan "kenapa" selalu menakutkan kita kerana kita tidak mampu menyebut kelemahan diri. Selalunya kita selesa untuk cover line dengan sikap sinis dan sarcastic sehingga orang sekeliling hanya menelan air liur kerana takut berdepan dengan sikap kita. Akhirnya kita akan kehilangan banyak peluang dalam kehidupan walaupun ia datang hanya bila kita ditendang dan diterajang..
Apa yang pastinya, aku sendiri tak sanggup untuk menjadi sebiji bola...Untuk apa???
Ramai juga diantara kita lebih rela menjadi referee kerana kita yang dapat menentu dan menguasai pemain dan permainan. Kena pulak referee yang akan memilih pemain favourite sehingga menimbulkan ketidak-adilan dalam permainan...Bola juga yang akan menjadi mangsa untuk disepak dan dibawa keliling pada...Paling menarik, akhirnya kalau referee tak salah, bola juga yang akan disalahkan..
Kalau menjadi referee, menariknya ialah dia sentiasa merasakan maklumat dia betul, sedangkan banyak faktor lain yang menentukan keseronokkan sebuah permainan. Betul ke?
Pendapat aku?
Cuba-cubalah nikmati keadaan menjadi pemain, menjadi bola dan menjadi referee...Pasti kita akan lebih memahami siapa diri kita tanpa terus meletak keputusan dan membuat keputusan asalkan diri kita terselamat..Jangan terlepas pandang perkara-perkara yang kecil dan yang membantu apabila kita berdepan dengan masalah! Benda-benda sebegitu selalunya memegang kunci pada penyelesaian masalah.
Marah, sakit hati, bengang, sinis, sarcastic adalah manusia. Kalau kita tak ada semua tu, bukan manusia la tu...
Dan aku?...nak jadi manusia yang tau marah, sakit hati, bengang, sinis, sarcastic agar aku terus menikmati kehidupan...Yang penting "HAPPY!"