Buat projek memang ghalit dan mengasyikkan...kadang-kadang tu sampai lupa masa dan makan! Itulah yang berlaku pada aku beberapa hari ni..
Projek musim cuti ni banyak. Walaupun aku terkedu diawal cuti dek kehilangan beberapa barang-barang yang sangat berharga tetapi rasanya ada balasan untuk pencurinya! apa yang penting ialah life goes on!
Projek yang pertama ialah belajar buat blaus untuk Anisa. Akhirnya siap la dua helai dengan bantuan rakan sejiran dan seperjuangan, Datin Sri Rozita Paiman.
Dari dia, aku belajar buat kelim baju! Juga untuk betulkan jahitan leher yang sememangnya satu masalah besar untuk aku.
Untuk anak-anak pula mereka sibuk menyiapkan scrap book
Ini adalah usaha aku untuk mengisi masa mereka di masa cuti, juga untuk merapatkan hubungan mereka. Antara cabaran yang aku hadapi ialah mencari titik pertemuan diantara anak-anak ini agar dapat bersatu dan bekerjasama ala-ala WonderPets!
Dari pagi, kami sekeluarga menghabiskan masa di Makmal Journal UPSI. Abis aku peghosahkan mereka mengadap komputer mencari maklumat tambahan untuk scrap book mereka. Tak habis-habis komplen sebab tak nak baca dalam Bahasa Inggeris dan menyalin semula (kadang-kadang letih juga melayan...) tambah setiap sorang ada niche tersendiri! Aduhai..sabar jelah!
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
3 comments:
ammmvooi...cikgu saripah itu...da pandai jait baju...
bagus...ke arah melengkapkan diri dgn kemahiran hidup gitu.
tahniah atau kejayaan projek tuh..nnt blh tempah baju... :)
:: salam... tak berkesempatan merasa milo O gelas besar ketika bercuti baru2 ni...
Salam kembali..
Masa tidak mengizinkan..keadaan tidak sesuai...kata orang rezeki terletak pada 3 perkara: orang, tempat dan masa!!
Kita buat appointment baru!!
Post a Comment