Tuesday, September 28, 2010

Sabar

Aiyoooohhh...sejak minggu lepas, kesabaran aku memang diuji sehingga ke tahan gaban...bermula dengan aplikasi talian untuk pengurusan data sehinggalah ke pengurusan hal peribadi. Memang sesuai dengan major course aku di universiti..hehehehe..management!

Pagi ni, buah hati aku buat hal...aduhai.. pepagi lagi Cik Mat Asus mengamuk..sebenarnya sejak semalam lagi aku cuba memujuk agar dia balik asal tapi takmau jugak..aku tension so dia pun tension jugak kut...akhirnya terpaksalah aku bubuh batu nesan untuk perisian2 sebelum ini dan menapak balik laaa...adussshhh...maka tersadailah Cik Mat Asus aku di BHL sehingga petang ni..

Moral yang aku pelajari ialah kalau aku marah, baik aku diam dan jangan tunjuk kan apa-apa..muka sadin je. Sebab bila aku marah, akan terkesan lah sekeliling aku..aduhai.....akibatnya Cik Mat Asus aku pun udah tension dan merajuk...huhhuhuu!

Wednesday, September 15, 2010

Langkah demi Langkah

Hari ini 15 September 2010. Pada tahun 2008, ketika ini, aku sedang sibuk mengisi permohonan ke UPSI untuk menyambung pengajian..dan hari ini selepas dua tahun, aku sedang berkira-kira untuk mengisi borang pertukaran untuk meninggalkan Tanjung Malim.

Selama dua tahun aku meneroka dunia baru di Tanjung Malim, pelbagai pengalaman menarik yang aku timba dan menjadi sebahagian pengalaman berharga dalam lipatan sejarah kehidupanku. Pelbagai rencam dan kerenah manusia yang aku temui, memberi aku ruang untuk ketawa, senyum dan juga menangis. Semuanya sangat berharga, tak dapat aku letakkan nilainya.

Pengalaman aku sebagai 'teacher' di Sekolah Agama membuatkan aku semakin menghargai nilai seorang guru, seorang insan yang mampu mengubah seorang manusia menjadi yang lebih baik dari semalam! Pengalaman aku sebagai seorang ibu kepada seorang anak gadis yang meningkat remaja, mengajar aku nilai keibuaan yang perlu bersedia dengan pelbagai perubahan tiba-tiba dalam diri seorang anak yang semakin membesar...

Aku sendiri semakin mengenal nilai hidup dan semakin bijak menilai kehidupan, banyak perkara yang aku hargai, nilai kasih sayang yang semakin aku sayangi, aku belajar menghargai dan mengkehendaki penghargaan dalam kehidupan aku sendiri. Dan yang paling pasti ialah aku semakin merasa bahagia dengan apa yang aku temui di dalam kehidupan ku.

Semoga percaturan ku seterusnya akan membawa aku ke arah sebuah kehidupan yang lebih baik...