Friday, April 1, 2011

Di hari ini...

Tanggal 1 April 2011..tanpa disedari telah 3 bulan SMKA Slim River tinggal dalam kenangan. Kehadiran mesej dari Hanis menyentakkan aku untuk tidak lagi leka dengan kenangan lalu. Langkah harus diteruskan, perjalanan harus diterokai untuk mencari penamat yang terbaik.

SABK MEDI...memang menarik. Aku belajar untuk kembali pada asalNYA, kembali mengatur langakh perlahan-lahan. Paling meariknya ialah aku belajar untuk menjadi semakin sabar dengan cabaran yang kuterima. Memang pemerintahan SABK dan SMKA jauh beza ibarat langit dan bumi. Masing-masing punya kekuatan dan kelemahan tersendiri. Namun aku menganggap semua ini adalah untuk membawa aku ke arah yang lebih baik dari sebelum ini.

Dari aspek tugasan, SMKA memberi aku kepuasan untuk mencipta letupan-letupan kejayaan dengan cara yang tersendiri tanpa terikat dengan arus perdana kerana tugas aku lebih kepada aspek penyelengaraan dan pengurusan pertengahan. Di sini, aku berada di arus perdana yang memerlukan aku kembali ke asalNYA! Aku harus membuka ilmu-ilmu yang ku asah kembali untuk memastikan kejayaan akademik anak-anak kita. Itu adalah cabaran yang amat mengujakan walaupun terasa lelahnya namun, kepuasan jelas terasa kerana aku melakukan demi anak-anak jati Islam. Demi agama dan bangsa...

Bergerak bersama barisan pentadbir yang masih lagi merangkak untuk mencipta kejayaan menyedarkan aku betapa beruntungnya aku dipilih untuk berada di sini. Ini kerana mereka memberi komitmen yang padu untuk memastikan kejayaan anak-anak yang dididik. Dengan majoriti 13 ustazah menguasai bilik guru dan hanya 4 ustaz benar-benar menguji kekuatan hati dan emosi aku untuk bersama-sama bekerja, bangun  senang dan susah bersama air mata duka dan suka.

Aku berharap aku mampu sekuat mereka yang berada di sini untuk terus melangkah memberikan yang terbaik demi kejayaan anak-anak. Aku memohon pada semua rakan sahabat handai yang punya kekuatan hebat untuk tampil membantu anak-anak kita di sini yang sangat memerlukan kita.

2 comments:

Anak Desa said...

ka pah mengajar di SABK mana? pada saya SABK adalah tempat utk mendptkn ilmu, kalau di sekolah menengah harian biasa lg kuat cabaran... ada pelajar y x paham apa y kita ckp. Bahasa Melayu x paham langsung... mn2 tempat ada cabaran tersendiri

Sharifah Hassan said...

Akak di SABK Maahad Ehyak Diniah Islamiah, Kg Gajah, mengajar Ting 3, 4, 5.