Saturday, May 28, 2011

Dalam kita mendidik

Ada satu kejadian yang menarik yang menimpa aku pada hari akhir sekolah. ketika itu aku sedang tenggelam dengan menyelesaikan kertas soalan, dalam perjalanan ke Kuala Kangsar dan kekecewaanku terhadap pelajar-pelajar yang menjadi ayam tambatan ku.

Wira kesayangan ku dikemekkan akibat melepas kegeraman apabila permintaan tidak dipernuhi. Alangkah bodohnya manusia yang begitu mudah menunding jari dan meletakkan kesalahan dan kelemahan diri sendiri pada orang lain. Aku sangat bersetuju dengan kata-kata Johan Khalid dalam bukunya "Orang Lain"..mereka yang suka menyalahkan orang lain ialah mereka yang tidak ingin berbuat sesuatu. Maksudnya mereka adalah manusia yang hanya bijak menunding jari tetapi masih di dalam lubuk kebodohan diri sendiri. Kekemekan kereta aku tidak  mencalar kesabaran tetapi menyentakkan aku bahawa manusia ini adalah golongan yang alpa, mungkin kerana sentiasa memikirkan diri mereka lebih sempurna.

Pengajaran yang aku dapat ialah kebodohan orang lain adalah hak milik orang lain bukan untuk aku! Tidak perlu kebodohan itu dikongsi dan tidak perlu aku menerima nasib yang sama.

Harapan aku, insan itu bangun dari kealpaan dan kebodohannya agar tidak lagi hanya menyatakan ketidakpuasan dengan menunding jari ke arah orang lain sehingga hilangnya hormat dan maruah diri hanya untuk membuktikan dirinya bodoh di mataku...

2 comments:

Pak Ngah: said...

:: kepelbagaian dan kerencaman...

Sharifah Hassan said...

Salam Pak Ngah...

Hmm...pengetua cadangkan panggil parents and slow talk. Mungkin ada perkara yang kita tidak tahu tentang pelajar ini.

Ni la nasib kita jadi guru! Suatu hari anak didik kita mungkin melambai dengan Merc berkilat..kita, masih dengan kereta buruk yang dibeli masa awal bekerja...