Antara tugasan yang amat mngujakan aku bagi tahun ini ialah selepas diberikan kepercayaan oleh Tuan Haji Mohd Yassin bin Mahamod, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Inggeris, JPN Perak untuk memberi ceramah kepada 30 orang guru cemerlang dan jurulatih utama tentang teknik berkesan dalam p&p Bahasa Inggeris semasa cuti sekolah baru-baru ini. Bengkel yang menemukan aku dengan guru-guru yang begitu hebat dalam bidang mereka membuatkan aku terasa begitu kerdil.
Bertitik tolak dari situ, sekali lagi aku menerima surat arahan Mesyuarat Jawatankuasa Pemanduan Guru Cemerlang 2011. Pengalaman berada bersama-sama sekumpulan guru cemerlang dan pegawai-pegawai JPN, menjadi Think-thanker untuk sama-sama melahirkan idea dan saranan untuk meningkatkan pencapaian PMR Negeri Perak adalah satu penghormatan untuk aku.
Menarik sekali kerana ini adalah kali pertama aku berpeluang bekerjasama dengan JPN Perak, sedangkan sebelum ini aku lebih banyak bekerja dengan JPN Selangor! Mungkin sudah sampai masanya menabur budi di laman sendiri dari meumpang lalu di laman orang!
Kini aku sedang cuba membina link dengan British Council untuk memberi peluang kepada anak-anak murid aku menerima pendedahan kelas pertama agar mereka dapat bangun dan duduk sama tinggi dengan pelajar lain yang sama hebat dengan SABK MEDI! Moga-moga ada keberhasilan yang positif...
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment