Beliau bekerja mencari rebung, ditemani bapanya, Ahmad Salleh, 52, hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis di Bangunan Persekutuan di sini, memohon mendapatkan Mykad baru, sejak jam 8 pagi.
Dia kini hidup tanpa sebarang dokumen pengenalan diri akibat kehilangan Mykad untuk kali pertama kerana ketiadaan wang membayar denda dan terpaksa menanggung risiko jika ditahan pihak berkuasa.
Katanya, JPN memberi kelonggaran mengurangkan jumlah denda sebanyak RM60 berbanding RM100 yang ditetapkan bagi mengeluarkan Mykad baru tetapi jumlah itu besar dan tidak mampu dijelaskan akibat kemiskinan.
“Denda dikurangkan selepas saya dan bapa mendapat bantuan daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis (SUK) dan salah seorang penghulu di situ mengeluarkan surat kepada JPN supaya dikecualikan bayaran denda.
“Bagi kami, RM60 adalah besar dan saya bersama bapa hanya mempunyai wang untuk tambang bas dan minum untuk hadir berurusan kali kedua dengan JPN,” katanya yang menetap di Batu 18, Jalan Kangar-Padang Besar, berhampiran Sungai Chuchoh, dekat sini.
JPN menetapkan peraturan denda RM100 bagi kes kehilangan Mykad kali pertama, manakala bagi kehilangan kali kedua (RM200) dan untuk kali ketiga dan seterusnya, denda dikenakan ialah RM300.
Pengecualian denda kehilangan MyKad akan diberikan kepada sesiapa yang kehilangan dokumen itu akibat dirompak, diragut atau menjadi mangsa kejadian bencana alam dengan mengemukakan laporan polis.
Maknanya: Kalau tak nak kena denda, pegi la balai polis buat report dengan alasan yang diterima oleh pihak JPN...
“Saya dan bapa sudah membelanjakan RM20 untuk membayar tambang bas dan makan ketika hadir berurusan di JPN. Wang yang tinggal hanya cukup untuk tambang bas pulang ke rumah,” katanya.
Katanya, beliau sebelum ini diminta menjelaskan RM100 sebagai denda untuk menggantikan MyKad yang hilang ketika hadir bersama bapa di pejabat JPN, Jumaat lalu.
“Hari ini (semalam), saya ingat tidak dikenakan denda kerana mempunyai surat sokongan daripada SUK tetapi anggapan saya meleset dan tetap diminta menjelaskan denda walaupun jumlahnya dikurangkan kepada RM60 berbanding RM100 pada Jumaat lalu,” katanya.
Sementara itu, salah seorang pegawai JPN Perlis ketika ditemui selepas urusan Mohd Ridzuan berkata, pengecualian denda hanya kepada kes tertentu termasuk bencana alam dan yang lain dikenakan denda berdasarkan kekerapan kehilangan dokumen berkenaan.
No comments:
Post a Comment