Thursday, June 14, 2012

Kembali Menapak...

Membina hidup baru bukan mudah. Peralihan dalam kehidupan aku bermula dari tahun 2007 bila aku memilih untuk keluar dari kepompong keselesaan hidup yang semakin membunuh semangat aku. Dari tahun 2007 hingga kini aku membina tapak demi tapak sehingga aku berjumpa tapak yang benar-benar sesuai dengan diri aku.

2012...banyak kisah yang aku tempuh dalam masa 5 tahun yang bukan sahaja mendewasakan diri aku tetapi juga anak-anak aku. Tahun ini adalah tahun yang terbaik untuk aku bangun dengan berbagai kejayaan kecil yang aku harap dapat menjadi pelampung untuk aku terus bergerak ke hadapan.

Pulau Pinang...setiap insan di dunia ini tidak akan bangun selagi tidak gagal. Banyak aku kutip sepanjang kesilapan aku selama ini. Rupa-rupanya setiap kesilapan itu adalah kunci kepada pintu-pintu kesedaran yang membantu aku memahami dan mengenal diri sendiri.

Alhamdulillah...peluang yang kini terbentang di hadapan aku.


di hadapan bilik kuliah di Drexel University 2007

Aku di sini adalah sebagai peringatan buat sendiri dalam memahami nilai dan erti kehadiranku di dunia ini untuk mencari jalan ke syurga. Semoga  aku mendapat berkat dari semua. Terima kasih kepada yang aku kenal dan yang mengenaliku. Syukur kerana aku masih mendapat peluang kedua!

No comments: