Thursday, October 11, 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Tugas sebagai Penyelaras PBS di SMA DMW2 memang menarik. Ini kerana sebagai penyelaras aku mendapat autonomi untuk menentukan pergerakan dan pemantauan guru juga pelajar. Memandangkan ini adalah tahun pertama PBS dilaksanakan, banyaklah ups and downs! Antaranya, masa yang sesuai untuk memasukkan markah PBS bagi Pulau Pinang ialah setiap hari Isnin. Hari-hari lain tu bergantung pada kekuatan server. Kadang-kadang laju...kadang-kadang boleh sampai tertidur!
Bagi guru-guru yang melakukan pentaksiran ini, kebanyakannya masih dengan mindset lama iaitu exam lebih mudah diselenggarakan berbanding PBS. Sebenarnya PBS ini lebih bersifat serampang dua mata. Dalam guru menilai pelajar, guru pula dinilai oleh pihak atasan...hehehe...tugas penyelaras lah!
Petang semalam, Bilik Operasi PBS SMA DMW2 sudah 70% siap siaga untuk digunakan. Cadangannya nak masukkan aircon, komputer berinternet dan guru-guru dapat melakukan tugasan PBS dengan lebih lancar dan teratur!
Apa yang cukup bagus bagi perjalanan masa hadapan ialah pelajar tidak lagi terikat dengan skema peperiksaan.  2014 akan menyaksikan ketiadaan PMR dan kita akan melihat sejauh mana keberkesanan PBS untuk menilai kemampuan pelajar kita bersaing bagi mendapat pengiktirafan dalam pencapaian akademik mereka. Persoalannya, mampukah guru-guru kita mengolah minda untuk melihat pelajar dari pelbagai sudut sebagai persediaan ke arah penilaian holistik ini?

1 comment:

Cikgu Arivai said...

Nak kongsi Borang transit yg diperlukan oleh guru subjek untuk mengumpul data pentaksiran PBS sebelum key-in data dalam SPPBS:
http://eformrpm-pbs.blogspot.com/2013/02/pengenalan.html