Wednesday, January 16, 2013

I love you, Stupid

Bacaan Minda...!

Biasalah di hujung minggu selalunya aku akan berkeliaran di sekitar popular, tambah-tambah musim persekolahan sudah bermula. Novel ini adalah best seller bagi bulan Januari di Popular, apalagi...rembatlah! Bermula tatapan pertama pada 3 Januari, aku berjaya menamatkan leisure marathon aku di KKIK Kubang Semang pada 14 Januari. Well, ada insiden (more of an accident that nearly cost 2 lives) yang menyebabkan aku terpaksa bermalam di hospital 5 bintang di Kepala Batas. Ada hikmahnya sebab selepas itu boss memenuhi permintaan aku dengan kadar superjet segera!

Berbalik pada ILUS...satu pembacaan yang sememangnya menekankan mata hati dan mata akal. Dan aku seperti biasa pasti terpana dengan olahan cerita yang santai tetapi benar-benar membuka minda. Kisah kehidupan yang digarap dengan gaya yang menyentuh hati dengan halus dan jiwa disentap bersama kesedaran betapa kerdilnya kita menumpang di dunia ini. Tak rugi jika dibuatkan koleksi...

No comments: