Koleksi master copy bahan-bahan yang sukar ditemui di Malaya...tetapi terselit gak buku-buku yang aku nak...hehehehe! Rezeki...
Jangan sia-siakan masa...hehehehe. Hari ni aku ke merayap lagi dengan rakan seperjuangan yang sabar melayan karenah aku yang tengah gila baban sikit dua tiga hari ni!...mencari buku-buku yang memang sukar ditemui di pasaran. Akhirnya kaki aku merayau dari Jalan TAR ke UPM dan ke beberapa kedai photostat sehinggalah ke kedai yang "khas" untuk buku-buku yang sukar diperoleh dalam pasaran di seantero Malaya...Antara pengalaman menarik ialah bagaimana "rayapan" aku yang bermula sejak Jumaat lepas menemukan aku dengan seseorang yang cukup hebat...sehingga aku tertanya-tanya, kawan ke aku atau sekadar kenalan memandangkan beliau duduk di tingkat 11 di Kementerian Kewangan dalam opis yang 4 kali ganda bilik tidur aku...heheheeh!
Maka hari ni bertimpuh dan bersimpuhlah aku bersama habuk berterbangan hanya untuk mendapatkan beberapa buah buku yang sememangnya berharga untuk sepanjang pengajian aku. Apatahlagi setelah penat aku merayap dari sebuah ke sebuah kedai buku sehingga ke UPM...
hehehehe....kalau tak terjah, main langgar dan pecahkan ruyung...mana nak dapat beb! Memang berbaloi-baloi...
No comments:
Post a Comment