Tuesday, August 28, 2007

Bayangkan dan Perhatikan

(klik pada tajuk)

Yang dikata guru dan pendidik.

Saturday, August 25, 2007

PESDC

PESDC: Perak Entrepeneur Skills development Center.
Semasa dalam perjalanan pulang dari Universiti Petronas, aku sempat melihat signboard PESDC sepanjang perjalanan, dan biasalah curiosity aku selalu mengatasi kewajaran dan kewarasan aku!! Apa tidaknya En Latif, kontraktor yang nak pasang wireless router di rumah akan samapi pada 3.45 ptg dan ketika itu akau membelok ke simpang meuju ke PESDC. Apa yang menarik tentang tempat ini? HMMM....peluang kepada lepasan SPM, graduan mengganggur dan pekerja industri yang ingin memajukan diri. Paling best sekali ialah jika lepasan SPM dan graduan mengganggur hanya perlu membayar yuran pendaftaran dan perbelanjaan yang lain ditanggung oleh kerajaan. Program yang diberi sangat menarik dan in demand dalam pasaran. Aku tertarik dengan Computer Hardware & Maintainance. Surih dan mengayat (siap tukar resepi lagi) barulah keramahan Kak Fadhilah dan Husna terserlah! Ke aku ni pakai minyak pengasih!! Kuang..Kuang..Kuang.. Menurut mereka, asalkan ada syarikat yang mengendalikan perniagaan komputer, pekerja yang dihantar oleh syarikat akan dibiayai oleh SMIDEC dan syarikat hanya membayar 20% dari yuran pengajian (RM1500)Disebabkan aku ialah kakitangan kerajaan, aku tak digalakkan untuk menggunakan saluran itu tetapi biasalah..nak seribu daya!! Aku terus membayangkan En Latif, kontraktor wireless yang pastinya berada di rumah ketika ini..ada can minta tolong dia.
Bila sampai di rumah memang dia dah ada, kepala aku dah ligat menyusun ayat...atau aku memang terror mengayat?? Akhirnya dia bersetuju untuk menghantar aku mengikuti kursus pendek itu (bayar sendirilah). Alhamdulillah...Hahaha..dan aku tahu dari soalan yang diujarnya jelas sekali dia hairan kenapa aku berminat nak megikuti kursus itu.
Bila difikirkan teringat aku kepada satu pepatah" Hidup ini sekali, jangan lakukan perkara yang sama berulang kali"..

Maka Tamatlah Mengelilingi Semenanjung



Bermula pada hari Isnin 20 August aku bersama anak-anak memulakan perjalanan menuju ke Kuala Lumpur. Hajat di hati ingin bermalam di Kuala Selangor menyaksikan kelip-kelip malangnya, anak kepada tuan punya homestay masuk hospital. Maka perjalanan diteruskan ke Melaka kerana walaupun pernah ke sana bersama Anisa, Aisyah dan Adlin tetapi rasanya pada tahun 2000 tetapi tak berpeluang untuk ronda-ronda. Ketika itu usia Adlin baru 3 bulan. Terlalu kecil untuk memahami.Kali ini perjalanan bersama ahli baru yang sudah berusia hampir 2 tahun. Walaupun begitu rasanya berjalan dengan kanak-kanak berusia 2 tahun lebih mudah dari berjalan dengan anak-anak yang sudah mengerti nilai wang!! Oleh kerana perjalanan ini lebih kepada memberi pengalaman kepada 3 dara ku maka perjalanan dirancang secara "backpack". Maka setiap seorang diberikan RM10 untuk dibelanjakan selama 3 hari. Mereka juga berpeluang menggunakan bas awam (tak ada aircond). Yang paling menarik bila diujarkan soalan tentang sembahyang jamak dan qasar, masing-masing menggelengkan kepala tidak mengetahui dan tidak memahami konsep memendek dan menyatukan sembahyang, dan jawapan yang diberi ialah..."tak boleh pendekkan sembahyang, ustazah marah..nanti dosa" (tutur Aisyah dengan lancarnya) Akhirnya aku mengalah dan hanya menyuruh mereka mengikut apa yang aku lakukan sahaja!
Satu perkara yang jelas yang dapat aku perhatikan ialah mereka tidak merungut tentang ketidakselesaan tetapi lebih fokus kepada menghabiskan wang belanja mereka!! So bermain-main lah soalan dalam kepala aku..wajarkah mereka diberi wang saku jika mereka masih berjalan bersama-samaku?!!
Selepas 24 jam berada di Melaka kami menuju ke Putrajaya dan terus ke PICC( Putrajaya International Conference Center) untuk mendapatkan maklumat tentang Pertandingan Bunga Api. Malangnya pertandingan hanya diadakan keesokkan harinya. Usai solat Maghrib dan Isyak, kami mula round Putrajaya..memang indah permandangan pusat bandar Putrajaya di waktu malam..lebih indah dari Washington DC atau Philadelphia City.
Selepas itu kami menuju ke Tasik Titiwangsa untuk melihat"Eye of Malaysia". Permandangan yang menarik tetapi dicacatkan bila si Adlin sekali lagi merajuk dan membawa diri kerana nak sangat menaiki Eye of Malaysia. Bukan tak nak naik tapi panjang sangat queue sehinggakan terpaksa menunggu lama. Bab menunggu lama memang aku kalah. Dah satu hal pula aku nak memujuknya. Tapi aku lebih kepada reverse psikologi sebab dengan Adlin, agak payah untuk menjelaskan satu-satu perkara, lebih mudah jika aku buat muka kering jer. Perlahan-lahan rupa-rupanya dia meninggalkan aku dan meuju ke pagar untuk melihat dengan lebih dekat Eye of Malaysia. Dah, jenuh pula mata aku meliar mecari kanak-kanak yang memakai baju kuning..akhirnya aku ternampak belakangnya yang begitu asyik menyaksikan pusingan Eye of Malaysia. Akhirnya aku menyuruhnya untuk bertanya tentang tiket dan diberitahu bahawa tiket dah habis dan kaunter sudah ditutup.Barulah diaberpuas hati dan mula mengunyah burger yang dibeli sambil bertanya bila pula boleh menaiki roda tersebut. Pada pendapat aku, nak naik tu tak lah berapa teringin sangat tetapi lebih kepada nak menyaksikan kehebatannya! Well..okaylah!
Disebabkan Paklang mereka bermain badminton malam itu, maka aku saja menghabiskan masa sekitar Tasik Titiwangsa. Hampir pukul 11 malam barulah aku bertolak ke Shah Alam.Ketika itu barulah nampak mereka keletihan kecuali Sufi yang masih bernyanyi! Apa tidaknya..sepanjang perjalanan dari Melaka ke Putrajaya, dia "selamat"!
Sampai ke Shah Alam, budak-budak dah jelas kepenatan dan nasib baiklah Maklangnya dah siapkan tempat tidur. Selamat beradu walaupun aku hanya berjaya melelapkan mata jam 2 pagi kerana menidurkan si Sufi yang semakin aktif berjaga di waktu malam sejak akhir-akhir ni.( Macam malam ni, dia tidur dari jam 4.40 petang dan bangun pukul 2.30 pagi. Jenuhlah aku berjaga dan melayannya repair printer,membetulkan telefon yang memang dah betul, mengecat dinding dengan berus basah ! dan menjadi doktor untuk kakak-kakaknya..sibuk sapukan ubat ke kaki mereka!)

Friday, August 24, 2007

Perjalanan Baru, Pengalaman Baru


Setelah kembali dari US, belum ada masa untuk berehat...asyik terkejar sana dan sini maka cuti seminggulah masa nak berehat.
Tapi terkenangkan anak-anak maka bermulalah pengalaman baru untuk mereka.

Tuesday, August 14, 2007

Tru Calling

Teringat aku pengalaman berada di US selama 6 bulan dan sekembalinya aku ke Malaysia. Dan aku kembali bersemangat berhadapn dengan para pelajar yang jelas dahagakan segala macam pendedahan terbaru.
Aku juga banyak mengenal diri dan apa itu yang dikatakan ilmu mengenal diri!!
Kalau dulu hanya mampu berkata-kata tapi kini banyak yang mula dipraktikkan. Rasanya balik jadi guru yang baru keluar maktab.
Kini aku kembali beraksi dalam kelas dan cuba menarik minat ke duni abaru pendidikan. Seperti kata Timbalan PM " Etos" perlu dalam pendidikan zaman sekarang untuk menjana pemikiran para pelajar untuk lebih bersedia menyahut cabaran globalisasi.
Persoalannya: bilakah para guru mampu menukar pola pemikiran mereka dan bersedia untuk berubah sejajar dengan perubahan dunia kini?