Saturday, August 25, 2007

Maka Tamatlah Mengelilingi Semenanjung



Bermula pada hari Isnin 20 August aku bersama anak-anak memulakan perjalanan menuju ke Kuala Lumpur. Hajat di hati ingin bermalam di Kuala Selangor menyaksikan kelip-kelip malangnya, anak kepada tuan punya homestay masuk hospital. Maka perjalanan diteruskan ke Melaka kerana walaupun pernah ke sana bersama Anisa, Aisyah dan Adlin tetapi rasanya pada tahun 2000 tetapi tak berpeluang untuk ronda-ronda. Ketika itu usia Adlin baru 3 bulan. Terlalu kecil untuk memahami.Kali ini perjalanan bersama ahli baru yang sudah berusia hampir 2 tahun. Walaupun begitu rasanya berjalan dengan kanak-kanak berusia 2 tahun lebih mudah dari berjalan dengan anak-anak yang sudah mengerti nilai wang!! Oleh kerana perjalanan ini lebih kepada memberi pengalaman kepada 3 dara ku maka perjalanan dirancang secara "backpack". Maka setiap seorang diberikan RM10 untuk dibelanjakan selama 3 hari. Mereka juga berpeluang menggunakan bas awam (tak ada aircond). Yang paling menarik bila diujarkan soalan tentang sembahyang jamak dan qasar, masing-masing menggelengkan kepala tidak mengetahui dan tidak memahami konsep memendek dan menyatukan sembahyang, dan jawapan yang diberi ialah..."tak boleh pendekkan sembahyang, ustazah marah..nanti dosa" (tutur Aisyah dengan lancarnya) Akhirnya aku mengalah dan hanya menyuruh mereka mengikut apa yang aku lakukan sahaja!
Satu perkara yang jelas yang dapat aku perhatikan ialah mereka tidak merungut tentang ketidakselesaan tetapi lebih fokus kepada menghabiskan wang belanja mereka!! So bermain-main lah soalan dalam kepala aku..wajarkah mereka diberi wang saku jika mereka masih berjalan bersama-samaku?!!
Selepas 24 jam berada di Melaka kami menuju ke Putrajaya dan terus ke PICC( Putrajaya International Conference Center) untuk mendapatkan maklumat tentang Pertandingan Bunga Api. Malangnya pertandingan hanya diadakan keesokkan harinya. Usai solat Maghrib dan Isyak, kami mula round Putrajaya..memang indah permandangan pusat bandar Putrajaya di waktu malam..lebih indah dari Washington DC atau Philadelphia City.
Selepas itu kami menuju ke Tasik Titiwangsa untuk melihat"Eye of Malaysia". Permandangan yang menarik tetapi dicacatkan bila si Adlin sekali lagi merajuk dan membawa diri kerana nak sangat menaiki Eye of Malaysia. Bukan tak nak naik tapi panjang sangat queue sehinggakan terpaksa menunggu lama. Bab menunggu lama memang aku kalah. Dah satu hal pula aku nak memujuknya. Tapi aku lebih kepada reverse psikologi sebab dengan Adlin, agak payah untuk menjelaskan satu-satu perkara, lebih mudah jika aku buat muka kering jer. Perlahan-lahan rupa-rupanya dia meninggalkan aku dan meuju ke pagar untuk melihat dengan lebih dekat Eye of Malaysia. Dah, jenuh pula mata aku meliar mecari kanak-kanak yang memakai baju kuning..akhirnya aku ternampak belakangnya yang begitu asyik menyaksikan pusingan Eye of Malaysia. Akhirnya aku menyuruhnya untuk bertanya tentang tiket dan diberitahu bahawa tiket dah habis dan kaunter sudah ditutup.Barulah diaberpuas hati dan mula mengunyah burger yang dibeli sambil bertanya bila pula boleh menaiki roda tersebut. Pada pendapat aku, nak naik tu tak lah berapa teringin sangat tetapi lebih kepada nak menyaksikan kehebatannya! Well..okaylah!
Disebabkan Paklang mereka bermain badminton malam itu, maka aku saja menghabiskan masa sekitar Tasik Titiwangsa. Hampir pukul 11 malam barulah aku bertolak ke Shah Alam.Ketika itu barulah nampak mereka keletihan kecuali Sufi yang masih bernyanyi! Apa tidaknya..sepanjang perjalanan dari Melaka ke Putrajaya, dia "selamat"!
Sampai ke Shah Alam, budak-budak dah jelas kepenatan dan nasib baiklah Maklangnya dah siapkan tempat tidur. Selamat beradu walaupun aku hanya berjaya melelapkan mata jam 2 pagi kerana menidurkan si Sufi yang semakin aktif berjaga di waktu malam sejak akhir-akhir ni.( Macam malam ni, dia tidur dari jam 4.40 petang dan bangun pukul 2.30 pagi. Jenuhlah aku berjaga dan melayannya repair printer,membetulkan telefon yang memang dah betul, mengecat dinding dengan berus basah ! dan menjadi doktor untuk kakak-kakaknya..sibuk sapukan ubat ke kaki mereka!)

No comments: