PESDC: Perak Entrepeneur Skills development Center.
Semasa dalam perjalanan pulang dari Universiti Petronas, aku sempat melihat signboard PESDC sepanjang perjalanan, dan biasalah curiosity aku selalu mengatasi kewajaran dan kewarasan aku!! Apa tidaknya En Latif, kontraktor yang nak pasang wireless router di rumah akan samapi pada 3.45 ptg dan ketika itu akau membelok ke simpang meuju ke PESDC. Apa yang menarik tentang tempat ini? HMMM....peluang kepada lepasan SPM, graduan mengganggur dan pekerja industri yang ingin memajukan diri. Paling best sekali ialah jika lepasan SPM dan graduan mengganggur hanya perlu membayar yuran pendaftaran dan perbelanjaan yang lain ditanggung oleh kerajaan. Program yang diberi sangat menarik dan in demand dalam pasaran. Aku tertarik dengan Computer Hardware & Maintainance. Surih dan mengayat (siap tukar resepi lagi) barulah keramahan Kak Fadhilah dan Husna terserlah! Ke aku ni pakai minyak pengasih!! Kuang..Kuang..Kuang.. Menurut mereka, asalkan ada syarikat yang mengendalikan perniagaan komputer, pekerja yang dihantar oleh syarikat akan dibiayai oleh SMIDEC dan syarikat hanya membayar 20% dari yuran pengajian (RM1500)Disebabkan aku ialah kakitangan kerajaan, aku tak digalakkan untuk menggunakan saluran itu tetapi biasalah..nak seribu daya!! Aku terus membayangkan En Latif, kontraktor wireless yang pastinya berada di rumah ketika ini..ada can minta tolong dia.
Bila sampai di rumah memang dia dah ada, kepala aku dah ligat menyusun ayat...atau aku memang terror mengayat?? Akhirnya dia bersetuju untuk menghantar aku mengikuti kursus pendek itu (bayar sendirilah). Alhamdulillah...Hahaha..dan aku tahu dari soalan yang diujarnya jelas sekali dia hairan kenapa aku berminat nak megikuti kursus itu.
Bila difikirkan teringat aku kepada satu pepatah" Hidup ini sekali, jangan lakukan perkara yang sama berulang kali"..
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment