Tuesday, December 22, 2009

Antara Dua...

kadang-kadang dalam hidup kita ini, kita di datangkan dengan dua pilihan. Seorang yang serba serbi nampak gah di mata semua orang tetapi tidak dari pandangan kita. Dan seorang yang cukup kita selesa dengan kehadirannya, yang dapat menghiburkan hati kita saat kita sedih, sanggup bersabar dengan kerenah kita dan kehadirannya cukup membuatkan kita terusik...

si A dalam perjalanan

Si A sedang dalam perjalanan. Lama dah perjalanan dia. Dari satu destinasi ke destinasi dia mula kenal tentang kehidupan. Masih dalam ingatannya lagi bila dalam satu destinasi, dia mula kenal huruf ABC, nombor 123, mula kenal kawan dan mula kenal alam remaja. Ah, dia merasakan kehidupannya sangat bermakna bila dapat mengenali semuanya ini dalam perjalanannya.

Si A masih dalam perjalanan. Dia berjalan sambil memerhatikan ragam manusia di sisi nya, di hadapannya, di tepinya dan di belakangnya. Dia masih memerhatikan. Masih mentafsir setiap apa yang berlaku di sekelilingnya. Benarlah kata-kata seorang ulama', manusia yang bijak adalah manusia yang membetulkan kekurangan diri melalui kesalahan orang lain.

Si A teruskan perjalanannya. Tidak puas memerhati, ada kala, dia turut terhenti dan bertanya kepada si pelaku. "Kenapa engkau buat macam tu?" Setelah lama masa mendengar masalah si pelaku, lalu jiwanya gundah merasakan setiap yang diceritakan itu benar. Dia turut menyalahkan si pesalah. Namun, dia bertuah kerana perjalanan yang jauh itu menjadikan dia banyak berfikir. "Aku tidak boleh mengikut kata sebelah pihak sahaja, aku kene tanya pada pesalah itu juga, mungkin ada yang aku tak tahu. ". Untuk tindakan bijak, si A mesti bertanya agar dia tidak turut bergelumang dalam dosa berburuk sangka. Lalu benarlah apa yang dia sangka, rupanya ada cerita lain di sebalik itu. "Ah, mujur pengalaman sudah mengajar aku untuk bertindak mengikut rasional"

Si A tidak jemu dengan perjalanannya. Dia merasakan perjalanannya sangat mengujakan. Lalu dia tidak sabar untuk memulakan langkahnya semula setelah berhenti seketika memikirkan masalah yang dihadapi. Dia masih memerhatikan manusia berpusu-pusu berlari, tapi terhenti lama di satu tempat. Setelah lama manusia itu terhenti, barulah dia meneruskan perjalanan. Teringat satu pesanan sahabatnya, dalam perjuangan, jangan cepat-cepat marak apinya, takut nanti bila sudah habis minyak tanahnya, apinya akan malap sebelum tiba masanya. Berbeza dengan api yang sederhana, tapi terang dan cahayanya masih bertahan lama. Lauk pun tak cepat hangus, malah lebih sedap pulak dari api yang marak tadi yang hanya masak di luar tapi mentah di dalam. Ah, bahagianya ada pengalaman ini.

Si A tidak pernah mengalah, dia tetap bersemangat dengan perjalanannya. Masih teriang-iang di hati dan di kepalanya untuk menyerahkan kayu api yang dia cari ini untuk TUANnya. Dia rasa bahagia dalam mencari kayu apinya itu kerana dengan kayu apinya itulah dia dapat berjasa pada TUANnya. Dapat masakkan untuk TUANnya, malah dapat menggembirakan TUANnya. Tapi, dia melihat seorang manusia itu, mengutip kayu api yang basah untuk TUANnya. "Ish, sebagai seorang hamba, adakah wajar dia melakukan sedemikian. Kan seolah-olah tidak ikhlas nampaknya. Semoga kayu api aku semuanya dalam keadaan yang baik". Gurrrrrr. Bunyi guruh menandakan hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja. Belum pun sempat si A hendak mencari tempat berteduh, kayu api nya telah basah kerana hujan turun. "Astagfirullah, macam mana dengan kayu aku ini" Lalu dia terfikir apa yang dia telah sangka-sangkakan pada seorang hamba tadi. Lalu dia beristigfar. Tidak sepatutnya dia menyangka bukan kerana sebuah hadis qudsi telah menyatakan bahawa ikhlas itu adalah rahsiaKU. Astagfirullah. Namun dia masih meneruskan perjalanan, tanpa disedari, cahaya matahari yang menyinar terang telah mengeringkan kayu apinya. "Mudah-mudahan kayu api ku ini akan terus dalam keadaan terpelihara sehingga aku sampai bertemu dengan TUANku.

Si A menerima pelajaran dari apa yang berlaku tadi. Lalu, dia semakin berhati-hati. Tiba-tiba dia terjumpa dengan seorang lelaki tua yang dalam keadaan dhaif, yang tidak punya apa-apa. Lalu dia menghulurkan bantuan. Dia terhenti sebentar dan mendengar kisah lelaki tua itu. Dia kata, dia sesat, dia ingin mencari jalan pulangnya tapi tidak bertemu. Lalu si A merasakan simpati. "Apa kata pakcik ikut sama dalam perjalanan saya, mana tahu, pakcik akan ingat sambil mengikut saya nanti" Lelaki tua itu berasa gembira sekali lalu dia mengikut si A dalam perjalanannya. Dalam perjalanan dia mengajarkan tentang kegunaan kayu api, dan apa yang boleh dibuat kayu api. Dia juga memberi sedikit kayu api untuk menghangatkan badan pakcik itu. Lelaki itu berasa bersyukur sangat lalu dia sangat berhajat untuk memberikan satu kunci rumah kepada si A. Pada mulanya si A keberatan tetapi setelah dipujuk-pujuk lalu dia menerima. "Engkau akan bertemu dengan sebuah rumah dalam perjalanan engkau nanti. Masuklah dan segala isi di dalamnya adalah milik engkau" Begitulah pakcik itu berkata. Di suatu hentian, pakcik itu berkata, "Pakcik dah ingat tempat ini, pakcik minta diri dahululah ye, satu hari nanti kita pasti akan bertemu semula. Semoga selamat dalam perjalanan" Lalu si A melambai-lambai tangan kepada pakcik itu tanda perpisahan.



Si A masih meneruskan perjalanan. Sambil dia tercari-cari alamat rumah yang dia katakan. Apakah isi di dalamnya?. Tiba-tiba, dia terhenti pada sebuah rumah agam yang besar. "Betul ini alamatnya. Tak ku sangka pakcik tadi kaya rupanya." Lalu si A mengetuk pintu, dan keluarlah seorang wanita yang cantik bak bidadari. "Siapakah tuan hamba ini dan atas urusan apakah tuan hamba bertandang ke rumah ayah hamba?". Lalu si A menyatakan peristiwa yang menimpanya. Wanita itu mendengar dengan khusyuk sambil ditemani dayang-dayangnya. Dan wanita itu tersenyum lalu si A terpaku dan melopong dengan keayuan bidadari dunia itu. "Benarlah cerita yang tuan hamba nyatakan dan hamba bersedia untuk memenuhi keperluan separuh tuan hamba. Lelaki yang tuan hamba bertemu itu telah mewasiatkan bahawa akan ada satu lelaki datang memegang kunci itu yang dia katakan bahawa lelaki itulah pembimbing hamba. Hamba harap tuan hamba sudi menerima hamba sebagai isteri tuan." Lalu terkejut mendengar perkataan wanita itu, dia meminta izin pada wanita itu untuk mengutus surat pada TUANnya agar mengizinkan dia untuk beristeri. "Harap tuan puteri dapat menerima permintaan hamba ini kerana hamba ini milik TUANku, dan hamba perlu menunggu surat balasan dariNYA". Lalu si A berutuslah surat pada TUANnya. Selang beberapa lama, dia mendapat surat balasan yang menyatakan bahwa dia dibenarkan untuk beristeri. Lalu, berlakulah ijab dan qobul. Si A bertambah gembira kerana ada pembantu di sampingnya dan isterinya juga telah mencukupkan keperluannya untuk memenuhi permintaan TUANnya di dalam surat itu agar membawa kayu api yang lebih banyak.

"Sayangku, aku ingin meneruskan perjalananku. Lalu aku ingin membawa adinda turut serta dalam perjalanan bertemu TUANku. Sudi kiranya bidadari ku hadir bersama bertemu dengan TUANku?". Lalu, satu senyuman yang sangat indah terukir di wajah isterinya, "Bukankah kedudukan isteri di sisi suaminya sentiasa? Dan aku akan sentiasa menurut kata kekanda" Lalu, bermulalah perjalanan sepasang suami isteri menuju ke tempat yang ingin dituju oleh suaminya. Dalam perjalanan, banyak suka duka yang mereka lalui. Sambil berjalan, mereka melihat pasangan-pasangan lain. Ada isterinya membentak-bentak mengheret suaminya ke jalan yang salah, lalu tersesat di dalam hutan, ada juga suaminya yang mabuk, lalu terhuyung hayang mengarahkan isterinya ke arah yang salah, dan ada juga kelihatan sepasang suami isteri yang kehadirannya menggamit masalahnya kepada pasangan yang lain. "Itulah kehidupan berumah tangga wahai isteriku. Dan aku ingin membawa engkau selamat sehingga bertemu TUAN kita di hujung jalan nanti. Aku harap agar engkau tidaklah mengikut contoh-contoh yang telah engkau lihat tadi." Si A berpesan pada isterinya lalu disambut oleh isterinya dengan jawapan, "Sesungguhnya kehidupanku dan perjalananku adalah untuk berbakti padamu, wahai suamiku" Lalu, mereka berpegangan tangan dan berjalan seiring bersama-sama.

"Aku luka, wahai isteriku. Pergilah bertemu dengan TUAN kita dan sampaikan pesananku yang aku akan sampai lewat" Dalam perjalanan, si A telah tercedera kerana tercucuk duri tajam yang berbisa dan dia terpaksa berhenti. "Tidak, aku tidak mahu meninggalkanmu, aku akan sentiasa di sisi engkau dan aku akan berusaha untuk mencari penawarnya" Lalu, menitis air mata si A kerana sesungguhnya dia memiliki isteri bukan sahaja bidadari dunia malah mempunyai keluhuran budi. Si A menyentuh wajah isterinya lalu dia tersenyum. Sepanjang si A dalam kesakitan, isterinya lah yang bertungkus lumus mencari penawarnya. Tidak sesekali pun terniat di hati si isteri untuk meninggalkan suaminya. Maka, segala usahanya telah membuahkan hasil, lalu, si A sembuh dan berupaya untuk meneruskan perjalanan. "Terima kasih isteriku"

"Makanan kita hampir habis. Takpalah, kita berteduh di sini dahulu dan kita bercucuk tanam. Boleh kiranya hasil tanaman kita nanti kita persembahkan pada TUAN kita nanti. Wah, banyaknya yang ingin kita persembahkan, kayu api, makanan, malah hasil tanaman. " Mereka berdua membina rumah, dan bercucuk tanam. Mereka melakukannya dengan penuh kasih sayang walaupun ada tanamannya itu mempunyai duri namun mereka masih memberikan kasih sayang kepada setiap tanaman tanpa mengurangkan sedikit pun. Namun setiap tanamannya mempunyai sukatan yang berbeza-beza dalam menggunakan air dan baja, lalu dengan kesesuaian tanaman itu, dia meletakkan secukupnya bagi setiap tanaman. Akhirnya menjadilah tanaman mereka. " Wah, bekalan kita sudah mencukupi, rasanya, elok kita memulakn perjalanan kita." Lalu, bermulalah perjalanan mereka semula sambil membawa hasil tanaman mereka dan kayu api. Tetapi perjalanan mereka tidak hanya dengan berjalan kaki sahaja. Mereka sudah mula membawa kenderaan bagi mengangkat semua hasil tanaman, kayu api dan semua bekalannya.

"Ah, isteriku, kita sudah hampir ke rumah TUAN kita. Aku harap agar TUAN kita akan gembira menerima apa yang kita bawa, dan semoga atas rahmatNYA, DIA sudi membenarkan kita berada di taman terindahNYA. " Dan mereka teruskan perjalanan dan tetap meneruskan perjalanan. Dan sesungguhnya penilaian TUANnya itu hanya mereka sahaja yang ketahui. Setelah apa yang mereka tempuh, semoga setiap surat-surat yang diutuskan dalam perjalanan mereka, TUAN mereka dapat menilainya dengan sebaiknya.

THE END

************ ********* ******
Begitulah yang ingin aku gambarkan perjalana kehidupan kita. Seperti pesan Rasulullah, kita umpama musafir, bila kita berhenti berehat, maka itulah dunia. Dan setelah penat hilang, kita akan teruskan perjalanan kita sehingga bertemu dengan Pemilik hati-hati, Allah swt.

Aku gambarkan si A itu adalah seorang manusia yang berusaha mencari amal ibadat (Kayu api). Dalam pencariannya, dia menemukan berbagai dan bermacam perangai manusia. Lalu dengan kebijaksanaan dia, dia bermuhasabah agar dia menjadi semakin baik. Dia berada dalam sangkaan manusia, dia berada dalam masalah manusia, dia juga diuji dengan keihklasan ibadat manusia. Lalu dipaparkan mengenai hadis qudsi bahawa ikhlas itu rahsia Allah. Biarlah kayu apinya basah sekalipun, namun atas bantuan cahaya matahari, kayu apinya tetap akan berguna buat dia. Tidak usahlah kita pertikaikan apa yang sekeliling kita lakukan kerana penilaian DIA adalah di luar sangkaan kita.

Kita selalu sahaja memikirkan tentang manusia-manusia sehingga di dalam pemikiran mereka bahawa diri sendirilah yang terbaik. Aku selalu mendengar kisah-kisah manusia yang sering kali mengandai-andaikan dan menimbang-nimbang amal ibadat sedangkan mereka tidak teringat khabar berita mengenai keikhlasan itu adalah rahsiaNYA dan hanya DIA sahaja yang berhak menilai dan memberi ganjaran sesuai dengan tingkatan iman masing-masing. Kita harus yakin, kayu api kita akan kering dan berguna untuk kita, maka, beramallah seikhlasnya dan berusahalah mencari keikhlasan itu.Moga Allah mendengar rintihan kita setiap hari.

Sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki tua dan membantu lelaki tersebut mencari jalan. Dialah amal jariah si A. Dan tidak tersangka-sangka dia menerima hadiah yang sangat istimewa, seorang peneman yang setia di sisinya lantaran dari amal jariahnya yang ikhlas membantu manusia. Dia tidak pernah mengimpikan tetapi perjalanan hidupnya lah yang telah menemukan mereka lalu pertemuan itu mendapat berkah dari TUAN (ALLAH) apabila dia berutus surat (Istikharah) . Lelaki itu tidak berani berbuat sebarang tindakan tanpa pengetahuan dan pandangan dari TUANnya. Ah, indah sungguh perjalanan ini jika aturannya mengikut acuan yang telah ditentukan oleh Allah.

Kita sering lupa, destinasi hidup kita. Kita juga sering sahaja terkeliru tujuan hidup kita. Benar, ku selalu mendengar kisah-kisah manusia yang matlamatnya" aku ingin berkahwin dengan si polan bin si polan", "aku ingin meminang si pulanah binti si pulan". Malahan, ada juga yang menjadikan perkahwinan itulah satu tujuan hidupnya. Sebenarnya, jodoh itu adalah satu pemberian Allah dalam pencarian kita. Dia akan hadir, sama ada cepat atau lambat, bergantunglah pada Allah. Apa yang menjadi matlamat kita adalah menyembah Allah sesuai dengan firman Allah dalam surah al- an'am yang bermaksud "Dan Aku  tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku ". Beramallah, dan buatlah amal jariah, dan DIA akan mudahkan pertemuan kita dengan jodoh kita. Matlamat kita adalah bertemu dengan Allah swt beserta membawa amal kita untuk membantu kita. Berusahalah. Berusahalah...

Juga, dalam perjalanan itulah, dia telah bercucuk tanam menghasilkan tanaman yang bagus sekali. Itulah anak-anak mereka yang mengiringi mereka untuk bertemu Tuhan sekalian alam. Dan sesungguhnya, anak yang soleh akan memberikan kegembiraan pada kita di akhirat nanti. Pengalaman yang banyak menjadikan ianya tukaran kepada kita sebagai kenderaan yang memudahkan kita untuk bertemu dengan TUAN kita. Yalah, bila pengalaman telah pun banyak, mana mungkin kita akan tertipu dengan tipuan duniawi. Moga kita menerima kenderaan itu secepatnya agar mudahkan kita meniti perjalanan yang sangat berliku ini.

Ya, wahai sahabatku, kita dalam perjalanan dan sampai satu saat nanti, kita akan bertemu di sana, bertemu TUAN kita, dan sedarlah kita semua adalah dalam pangkat hamba-hambaNYA sahaja. Tidak perlulah bermegah-megah sehingga lupa, kita ini hanya taraf hamba yang tidak memilik apa-apa pun. Dan semuanya adalah pinjaman yang DIA berikan untuk mencari kayu api kita. DIA hadirkan segala-gala yang di sekeliling kita adalah untuk kita memahami hakikat kehidupan kita, hakikat kita di dunia ini sebagai hamba yang mencari-cari. Buatlah salah sebanyak manapun, tetapi akhirnya kita tetap akan pulang ke pangkuan Ilahi. Bertaubatlah sebelum kita dipanggil, sesungguhnya ku nukilkan falsafah kehidupan ini untuk aku serta mengajak sahabat-sahabat merenung kembali, untuk apa kita berada di dunia ini...

Berusahalah dalam perjalanan kita ini. Mudah-mudahan TUAN kita akan menerima kayu api, makanan dan hasil tanaman kita. Dan janganlah berputus asa, sesungguhnya DIA sentiasa berada dalam sangkaan kita.


Thursday, December 17, 2009

Gila Kerja atau Kerja Gila??

Cuti sekolah...tapi tak sehari pun aku cuti sekolah....hehehehe....aku dah masuk zon gila kerja kerja gila kut!

Memang best!

Malam ni tengah practice teknik trading yang baru! Menyambil pula mencari idea untuk grant proposal baru. Hidup mesti ada matlamat ek?!

Prof Omar mencetuskan satu pemikiran baru untuk aku. Rupa-rupa setiap grant yang diterima mempunyai nilai dalam agenda profesionalisme dan akademik. So, sementara peluang ada...meh kita rebut dan berkongsi!

Tuesday, December 15, 2009

Congrates Preema Yin Ranee...

Check it out guys....Tarcisian made it....


Aku baru dapat tengok music video Preema Yin! Akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya...Kalau korang ingat, ini adalah top student SPM 2005 okay!! (9A1)...One of my many favourite hockey players yang bagi kita menang 2nd place peringkat daerah (for first time)!Sir Chris mesti bangga punya!!!

Tahniah untuk Tarcisian Angels!!

Saturday, December 12, 2009

Penyokong biasa....









Pagi ni ada program pendaftaran pelajar siswazah baru bagi sesi semester 2 2009/2010. Kebetulan rakan baik aku, guru dari SMK Main Convent Ipoh, Cikgu Yang meneruskan perjuangannya dalam bidang Sarjana Biologi turut bergelar mahasistua di UPSI. Aku pun mengambil kesempatan ini untuk bersua muka selepas 2 tahun sepi tanpa berita. Sempatlah kami berborak sambil aku menjadi penyokong kepada rakan gaduh yang menjadi MC dalam penuh kesyahduan apabila asyik berderai airmatanya akibat serangan virus sore eyes!



Seusai majlis lewat jam tiga, aku menerima panggilan dari adinda mengingatkan aku mereka sudah dalam perjalanan dan menghampiri destinasi. Aku pun bergegas pulang dan terus memecut ke Simpang Pulai. Dan kami sekeluarga seperti biasa melakukan perkara-perkara ADHOC jeee...dan aku seperti biasa akan tetap menyokong sekiranya masa mengizinkan...Maka hari ini kami sekeluarga menghabiskan sepetang di Cameron Highlands...hehehehe! Malam minggu di Cameron Highlands memang menyeronokkan tambahan pula dengan kehadiran pasar malamnya yang penuh dengan pelbagai juadah yang sememangnya menjadi kegemaran kami sekeluarga..rasanya hanya di sini kami dapat menikmati udang goreng, ketam goreng, cendawan goreng dan pelbagai jenis sayuran yang digoreng...heheheheh! Mak seperti biasa tak akan lupa mendapatkan stoknya, teh yang pelbagai aroma!

 
 
Kali ni turn aku melayan anak-anak sedara...heheheh....paling cun ialah kasut Crocs yang sedondon warnanya! Ghega...boleh beli 10 pasang jika dibandingkan dengan harga originalnya..berbaloi-baloi..! Tapi bayar sendiri leeee....

Dan aku sampai di Tanjung Malim tepat tengah malam...ehhhh...pintu pagar kali ni telah ditutup...ada yang memerhati la tu...! Terima Kasih....

Thursday, December 10, 2009

Jeling-menjeling...!

Orang kata sekeping gambar menceritakan seribu kisah...

Tapi gambar nan sekeping ni hanya menceritakan satu kisah je! Sekadar untuk aku menjeling memerhatikan ke mana arah dan sejauh mana kemaraan mengejar masa dan wang.



Monitor LCD Flatron LG 20" W2043S dibeli hanya dengan harga RM15 je walaupun harga sebenarnya ialah RM435 yang ditawar dari harga sebenarnya RM460. Itulah hasil keringat aku selama dua hari untuk mencapai keuntungan sebanyak USD120! Lepas ni, boleh kumpul lagi, mana tau ada rezeki untuk mencari sebuah cpu pulak..

Itu agaknya yang dikatakan sambil menyelam..minum air, sambil bekerja..bermain-main!

Monday, December 7, 2009

To be Followed!

Dalam dunia pengurusan, ada dua aspek kepemimpinan yang menjadi teras dalam urustadbir sesebuah organisasi iaitu..."code of a follower" dan "code of a leader".

Kalau nak jadi follower aka pengikut kenalah pandai mengikut apa yang dilakukan oleh leader aka boss...barulah kita mengikut "code of a follower"

Dan kalau nak jadi leader aka bos, kena lah berani untuk pengikutnya mengikut setiap ragam dan rentaknya. Ini ada aspek yang sukar kerana leader sentiasa memilih siapa yang layak menjadi pengikutnya kerana pengikutnya ada penyokong yang bakal memastikan kejayaannya.

Bagaimana pula ada leader yang diikuti tetapi bukan kerana untuk menjadi penyokongnya tetapi sekadar membuatkan leader itu terasa "to be followed!"...mesti penat melayan...apatah lagi nak dibuang, mungkinkah dia ni seorang pengikut yang mungkin menyokong kejayaan leader atau dia hanya seorang pengikut yang sekadar mengikut untuk memerhati apa yang leader ini lakukan dan dimimik kan semula? Mesti menjengkelkan....tetapi sanggupkan leader menerima keadaan ini?

Sebab itu terdapat pula satu lagi konsep dalam kepemimpinan yang dipanggil "work with people". Konsep ini menekankan tiada bos dan pengikut tetapi lebih kepada berkongsi idea dan cara bekerja. Ada masanya bos menjadi pengikut dan ada masanya pengikut menjadi bos. Keadaan ini memang memerlukan kedua pihak mengenepikan ego dan bermula dari zero. Sanggupkan leader menerima keadaan ini pula?

so...fikir-fikirkan lah sebab kita semua pemimpin dengan latar belakang yang berbeza. Kalau kita asyik hanya dengan cara kita, ego kita, rasanya apa yang akan jadi? Berapa ramai di antara kita yang sanggup sebu muka dipanggil bodoh oleh bos kita? Dan berapa ramai pula yang sanggup menerajui situasi yang memerlukan kita lebih dari bos?

Pandangan?

Tuesday, December 1, 2009

Perbincangan yang menarik...

Adakah kita memerlukan perubahan? Cuma lihat sekeliling sebelum menjawab pertanyaan tersebut.

Siapa pula yang menggalas amanah sebagai tukang "check and balance" dalam kehidupan kita hari ini?

Bagaimana pula kemampuan kita untuk mengekalkan "the goodness within ourself"?

Sesungguhnya berhijrah bukan bermakna kita berubah dan tidak semestinya kita berubah ke arah kebaikan. Ada masanya kita perlu kekal dengan apa yang ada tetapi bergerak seiring dengan penghijrahan yang perlu dilakukan.

Ini satu perkara yang aku belajar memahami bila aku mengambil keputusan untuk bertukar ke Tanjung Malim. Memang aku melalui suasana yang berbeza dan baru, namun begitu banyak perkara yang aku cuba kekalkan agar aku kekal sebagai "AKU"...

Proses untuk berubah belum tentu untuk kebaikan kerana banyak perkara yang baik yang berlaku sebelum ini masih perlu diperbaiki. Aku tidak mahu mencari kelemahan tetapi sesungguh aku sedang belajar meningkatkan diri tanpa mengubah apa-apa sebab aku tidak mampu mengubah diri aku dan pastinya aku tidak punya kekuatan memohon hati yang baru kerana aku sangat sayang dengan apa yang aku ada sekarang!

Boleh ke gitu???

Teringat aku pada satu perbincangan menarik dengan seseorang pada bulan Mac 2007, dia bercerita tentang mencari cebisan puzzle yang terakhir untuk melengkapkan kehidupan. Banyak perkara yang dibincangkan untuk menentukan cebisan puzzle itu.

Akhirnya, aku terfikir bahawa mungkin cebisan puzzle itu sudah ada di celah-celah puzzle yang ada dan hanya perlu disusun dan diolah semula untuk melihat hasil terakhir!