"Sherry (panggilan manja dari para pentadbir!).."
"Ya, Ustaz Azmi (nih, PK HEM)...ada dapat surat utk ke SMK Kruit ari ni jam 2.30 petang?"
"Tak dak le Ustaz, internet di makmal down pasal ada wayar terbakar (aik?..pandai le aku xplain benda yg aku pun blur-blur glaucoma!)"Dah tu, sapa handle?"
TNB leeee....jawab aku!Elok pula nak melangkah masuk ke kereta nak ke kantin,
berdering lagi hp aku nih...
"Salam, cikgu, saya Firdaus dari PPD, tolong faxkan data SISMAKAN, hari ni juga!"
Ayoyo...menggaru lagi aku....hmmm...hilang soon dah aku nak breakfast!
Mendail pula aku mencari orang penting....
"Nan...ko kat mana?"
"Aku di Bilik PIBG.."
Heheheh...menghayun pulak aku dengan keroncong di perut ke kantin..
"Nan, file SISMAKAN ko kat mana?"
"Atas meja aku...sorry la Pah, aku bukan nak nyusahkan ko..tapi paham-pahamla bila tarikh makin dekat nih!"Elok je aku nak melangkah ke kantin yang tidak tidak beberapa langkah, berbunyi lagi hp aku...adussshhhh...lapor woi!
"Pah, dah dapat surat dari Bahagian Pendidikan Islam, di KPM kena emelkan Kajian Tindakan tahun lepas yang bentang kat Negeri untuk dibentangkan di Mesyuarat Pengetua SMKA Kebangsaan bulan April nih?"
"Walamak, kak long, surat mende nih?"
"Kak Long ada di makmal belakang (belakang tu maksudnya bangunan baru jauh nun belakang padang sana nun!)..meh sini le, senang akak explain!"
Akhirnya merempit le aku ke sana pulak...
Setelah bercerita dan bercerita dan bercerita...akhirnya aku pun telefon 03-8884xxx dengan niat nak bersembang dengan Ustaz Jalil...hmm....mamat ni outstation ke Filipina 2 minggu pulak! Nak emel atau tidak...tapi belum ada SMKA dari mana-mana negeri yang dah emel pun...keputusan aku...isi perut dulu!!!
Baru le ke kantin...makan dengan PK 1 (Ustazah Ummi) yang juga sedang bergegas nak ke JPN Perak untuk mesyuarat ABM. Tapi lauk tak mengizinkan aku membelasah...yelerrr....gigi besi yang lembut!!! heheheh!
Dalam masa yang sama pulak...
"Cher...Sir Aznan kasi senarai nih, untuk sijil penghargaan PIBG..."
Aik, jumpa pulak budak-budak nih cari aku....hilang terus selera makan....huhuhuhuhu..
"Pah, ada mesyuarat pukul satu nanti, ko ingat tak?"
"Mesyuarat apa pulaknyerr?"..kepala aku dah pening-pening gajah dah...!
"Mesyuarat Hari Anugerah!, Kak Ummi tak de, ke JPN.."
Aku melanggu lagi....nak ke mesyuarat atau nak abiskan nasi yang dah terasa kelu di lidah atau chow balik antar barang2 yang bersepah dalam kereta..(tak dak apa pun!...laptop, buku dan buku dan buku..baju kurung yang siap tempah untuk Anisa..)
Balik laaaa.....
Pastu ke SMK Sg Kruit!
Moral of today's event: Cikgu-cikgu seantero Malaya boleh start mohon tukar dalam e GTukar mulai 1 April-25 April 2010...
Penatnya!!!!
air pulak takdak kat umah!!! Adoi....
1 comment:
Cikgu...
Saya suka akan tulisan ini.
Sungguh terpana saya dibuatnya.
Post a Comment