Kehidupan penuh dengan pelbagai rencam kehidupan dan karenah sekeliling yang mampu melonjakkan perasaan dan mematikan apa yang dirasa!
Itulah permainan emosi, hanya kebijaksaan mampu menanganinya dan memastikan emosi berada dalam kawalan.
Tetapi ada masanya kita mengalah dengan permainan emosi untuk mengetahui di mana kita berada walaupun pasti ada pihak lain yang berpendapat bahawa kita perlu berusaha sentiasa menguasai keadaan dalam permainan emosi.
Rencam dan ragam kehidupan selalu meletakkan kita dalam kesempitan untuk bergerak, namun begitu, aku yakin kebijaksaan kita membentuk ruang tersendiri dalam kesempitan itu akan membuka lebih banyak peluang-peluang yang menarik untuk diterokai!
Kenapa perlu kita menampilkan personaliti yang hebat dan cool sepanjang masa tatkala kita sememangnya berada dalam satu permainan emosi yang memerlukan kita lemah dan kelam kabut. Sesungguhnya andaian kita lemah memberi peluang kita melihat situasi dalam permainan dari sudut lawan kita pula...
Masih banyak yang perlu dipelajari oleh kaum wanita untuk menghilangkan sindrom siling kaca dalam kehidupan mereka. Mereka seringkali kalah dalam permainan emosi kerana terlalu inginkan perhatian dan penjagaan....hehehhehe...! Tetapi tidak salah juga menggunakan kelemahan ini untuk memastikan mereka memiliki apa yang mereka iniginkan dalam kehidupan!
Kesimpulan aku mudah sahaja, kaum wanita perlu bangun dan mempertahankan diri mereka...Walk your walk, and never expect people to walk for you..it will never happen!
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment