As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan
suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari
kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda
SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan
menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita
berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke
sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.
Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah
Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak
kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas
ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata
menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang
pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka
punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini
bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini
bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang
suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan
suami’.
Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri,
jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan
awak”(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan
dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang
saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak
ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke
dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan
ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua,
amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita
beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih
dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah
kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari
sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang
sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”
c. Istighfar juga memurahkan rezeki.
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta
benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan
anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah
juga termasuk:
d. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak
menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.
Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang
pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun.
Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah,
sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan
perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada
Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.
Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril,
“Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur
katanya”.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah
bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga
suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah,
Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi peringatan oleh
Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita.
Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke
dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari
sekarang.
http://tokuban78.wordpress.com/2011/03/23/2-tabiat-perempuan-bawa-ke-neraka/