Friday, January 18, 2013

"Warkah Perjuangan Buat Insan Bergelar Pendidik"

"Warkah Perjuangan Buat Insan Bergelar Pendidik"
perjalanan yang panjang dan jauh itu penuh dgn liku-liku & rintangan.
kekadang, sepenuh harapan dicurahkan kpd sesebuah generasi itu,
tetapi, kekadang, kita takkan dapat semuanya mutiara,
ada kalanya mendapat emas,
dan ada kalanya mendapat sampah.
walaupun terguris tak terkata dek lidah dan tangan itu,
tapi, itulah hakikat seorang pejuang.
Perjuangan itu manis ,
tetapi penuh dgn liku-liku keperitan & kepayahan.
Generasi demi generasi datang dan pergi silih berganti,
tetapi perjuangan tetap perlu diteruskan,
walauapapun sejarah telah tertulis di dalam diari kehidupan.
Setiap langkah dlm perjuangan ini perlu dimulai dgn kalimah mulia
dan disertakan dgn niat dan hati yang luas terbentang
serta keikhlasan dalam menegmudi bahtera perjuangan ini.
dari Facebook Khairol Najib Hashim

Wednesday, January 16, 2013

Ini benar-benar luahan perasaan...

Aduhai, aku mengajar di sekolah menengah agama yang hanya mempunyai 25 org guru termasuk pentakbir dan hanya mempunyai 111 orang pelajar. Bebanan guru memanglah berkali ganda jika dibandingkan dengan guru di sekolah besar. Purata seorang guru akan memegang 3 jawatan penting di sekolah, tidak terkecuali apa-apa pun. Pada cuti sekolah yang lalu, aku dan suami telah menjayakan projek ketiga untuk pelajar-pelajar ini dan projek inilah yang paling best! Program Wataniah: Al amin




Aku cuba, sedaya upaya untuk melaksanakan setiap tanggungjawab. Aku rasa kebanyakan guru di situ juga begitu. Janganlah komplen...kita kerja kerana agama, bangsa dan negara. Pastinya ada ganjaran kita, tak banyak, sikit. Yang penting kita happy dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah. Pastinya best bila dilakukan berjemaah.

I love you, Stupid

Bacaan Minda...!

Biasalah di hujung minggu selalunya aku akan berkeliaran di sekitar popular, tambah-tambah musim persekolahan sudah bermula. Novel ini adalah best seller bagi bulan Januari di Popular, apalagi...rembatlah! Bermula tatapan pertama pada 3 Januari, aku berjaya menamatkan leisure marathon aku di KKIK Kubang Semang pada 14 Januari. Well, ada insiden (more of an accident that nearly cost 2 lives) yang menyebabkan aku terpaksa bermalam di hospital 5 bintang di Kepala Batas. Ada hikmahnya sebab selepas itu boss memenuhi permintaan aku dengan kadar superjet segera!

Berbalik pada ILUS...satu pembacaan yang sememangnya menekankan mata hati dan mata akal. Dan aku seperti biasa pasti terpana dengan olahan cerita yang santai tetapi benar-benar membuka minda. Kisah kehidupan yang digarap dengan gaya yang menyentuh hati dengan halus dan jiwa disentap bersama kesedaran betapa kerdilnya kita menumpang di dunia ini. Tak rugi jika dibuatkan koleksi...

Thursday, October 11, 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Tugas sebagai Penyelaras PBS di SMA DMW2 memang menarik. Ini kerana sebagai penyelaras aku mendapat autonomi untuk menentukan pergerakan dan pemantauan guru juga pelajar. Memandangkan ini adalah tahun pertama PBS dilaksanakan, banyaklah ups and downs! Antaranya, masa yang sesuai untuk memasukkan markah PBS bagi Pulau Pinang ialah setiap hari Isnin. Hari-hari lain tu bergantung pada kekuatan server. Kadang-kadang laju...kadang-kadang boleh sampai tertidur!
Bagi guru-guru yang melakukan pentaksiran ini, kebanyakannya masih dengan mindset lama iaitu exam lebih mudah diselenggarakan berbanding PBS. Sebenarnya PBS ini lebih bersifat serampang dua mata. Dalam guru menilai pelajar, guru pula dinilai oleh pihak atasan...hehehe...tugas penyelaras lah!
Petang semalam, Bilik Operasi PBS SMA DMW2 sudah 70% siap siaga untuk digunakan. Cadangannya nak masukkan aircon, komputer berinternet dan guru-guru dapat melakukan tugasan PBS dengan lebih lancar dan teratur!
Apa yang cukup bagus bagi perjalanan masa hadapan ialah pelajar tidak lagi terikat dengan skema peperiksaan.  2014 akan menyaksikan ketiadaan PMR dan kita akan melihat sejauh mana keberkesanan PBS untuk menilai kemampuan pelajar kita bersaing bagi mendapat pengiktirafan dalam pencapaian akademik mereka. Persoalannya, mampukah guru-guru kita mengolah minda untuk melihat pelajar dari pelbagai sudut sebagai persediaan ke arah penilaian holistik ini?

Tuesday, July 3, 2012

Hukum Karma


Assalamualaikum wbt.. alhamdulillah segala pujian bagi ALLAH SWT..
selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda yang tercinta..
Rasulullah saw. bersabda:
“Tiga do’a yang dikabulkan, yaitu do’a orang yang berpuasa, do’a orang yang bepergian, dan do’a orang yang teraniaya.” (HR. Uqaili, dari Abu Hurairah)
”Ada tiga doa yang tak akan ditolak oleh Allah SWT, yakni doa orang tua kepada anaknya, doa orang yang teraniaya, dan doa seorang musafir.” (HR. Abu Hurairah)
Dari Mu’adz bin Jabal Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Artinya : Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniyaya, sebab tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)”.
(Shahih Muslim, kitab Iman 1/37-38)
Orang teraniaya atau orang yang dizhalimi yaitu orang yang diperlakukan secara tidak benar oleh orang lain. 

===========================
Hukum karma memperlihatkan kepada kita apa tuai adalah apa yang kita semai. Apabila kita menganiaya orang lain, hukum karma akan memastikan kita akan dianiaya juga. 

Tapi manusia selalu lupa pada hukum Allah dan Hukum Karma! Kita selalu lupa bahawa dalam kita membalas dendam kerana merasakan kita dianiaya rupa-rupanya kita juga menganiaya orang lain. 

Sabar, redha dan pasrah adalah pengubat terbaik dalam menghadapi cabaran dalam meniti kehidupan di dunia dan sentiasa berharap kehidupan di alam kedua akan memberikan hasil yang kita idamkan. Wallahuallam...

Thursday, June 14, 2012

Kembali Menapak...

Membina hidup baru bukan mudah. Peralihan dalam kehidupan aku bermula dari tahun 2007 bila aku memilih untuk keluar dari kepompong keselesaan hidup yang semakin membunuh semangat aku. Dari tahun 2007 hingga kini aku membina tapak demi tapak sehingga aku berjumpa tapak yang benar-benar sesuai dengan diri aku.

2012...banyak kisah yang aku tempuh dalam masa 5 tahun yang bukan sahaja mendewasakan diri aku tetapi juga anak-anak aku. Tahun ini adalah tahun yang terbaik untuk aku bangun dengan berbagai kejayaan kecil yang aku harap dapat menjadi pelampung untuk aku terus bergerak ke hadapan.

Pulau Pinang...setiap insan di dunia ini tidak akan bangun selagi tidak gagal. Banyak aku kutip sepanjang kesilapan aku selama ini. Rupa-rupanya setiap kesilapan itu adalah kunci kepada pintu-pintu kesedaran yang membantu aku memahami dan mengenal diri sendiri.

Alhamdulillah...peluang yang kini terbentang di hadapan aku.


di hadapan bilik kuliah di Drexel University 2007

Aku di sini adalah sebagai peringatan buat sendiri dalam memahami nilai dan erti kehadiranku di dunia ini untuk mencari jalan ke syurga. Semoga  aku mendapat berkat dari semua. Terima kasih kepada yang aku kenal dan yang mengenaliku. Syukur kerana aku masih mendapat peluang kedua!

Wednesday, June 13, 2012

A Teacher...


I never dreamed to be a teacher, let alone to be an excellent teacher. I was not the best students in my class during my school days. I was timid and too introvert to react to my surrounding, most of the time; I will shy away from any limelight that will project of my achievement. But there was a teacher in my class who always drummed the idea that all her students will be able to succeed in their life. Her consistency and enthusiasm were the elements that made me a teacher, believing that I can bring the same belief into my own classroom.
I have been thrown many curve balls in life and especially after 19 years in the teaching profession, having a positive attitude has helped me to cope with juggling the balls with my students. They are used of my high expectations to hail the flag in their achievement, not only in academics but also as a person. This is achieved by creating a positive learning environment as my students need to know what is expected from them every day. A positive learning environment is essential but to have this, I have learned to be flexible because everything is in a constant state of change as very few days are 'typical' and interruptions and disruptions are the norm. Therefore, I realised a flexible attitude is important for my students who expect their teacher to be in charge and take control of any situation.
Looking back at my old days as a student has taught me valuable lessons as a teacher. I remembered having to deal with a teacher who has treated the last class students as unreachable, lazy and a failure in their life but at the same time, there was another teacher who without any hesitation or a second thought led most of my classmates and me to a better road when we have lost our ways.
So, all in all, my students’ success is what drives me to continue because once I enter my class each day and begins teaching; I was really the one who decides what is going to happen next. I want to keep on being that teacher.
I hold to a principle that a teacher actually not only teach but also a trendsetter because we affect eternity. We can never tell where our influence stop as we transform young, impressionable lives with our knowledge and skills making us exemplary disposition as ambassadors of Education Policies. As we are the key factor in promoting knowledge acquisition and I believe as a trendsetter, I hope to be able to maximise the students’ potential by combining my past experiences as a student, as a teacher, as a trendsetter and as myself!
Being a teacher is like being a chef concocting a special menu fit for a king. We use the best ingredients with flair of clairvoyant because the mixture comes from our heart and soul with a pinch of fun of what we are producing. We give our very best which come from our honesty as a person who wants only the very best to be serve on the table. That is why to be a teacher; we have to have a heart of a mother, a touch of love and a sword of a knight. All these are the recipe to build a nation which will be the global player on the world stage.
Based on the stringent stages in choosing a teacher, MOE have to be sure that any individuals chosen are selected among the best. So, even after having the best candidates, these teachers still have to continuously attend long-term and short-term courses, seminars and workshops to upgrade and update themselves with the latest knowledge, techniques and strategies to understand the ever changing needs of students. As the implementer of policies, teachers do face a lot of constraints in executing duties and they are a part of interdependent stakeholders in schools. I think as a teacher who understand her role inside and outside of the classroom will be able to carry this duty gloriously because once her students excel in their life, it is a living prove the she is an excellent teacher herself.
In conclusion, I have a vision that an excellent teacher portrays a teacher who understands her role and her duty to her students. Not only that, she is able to mix all the best elements in her classroom to give her students a sense of pride in their achievements in academic and in their life. As a guide and a trendsetter, she sets an example of true meaning of a wholesome human being who believes in herself and God.

Thursday, May 24, 2012

Esok Sambutan Hari Guru di DMW2....

Tapi hari ni...

RESPON Orang yang TAK PUAS HATI :
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.
HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI GEMBAR GEMBURKAN!!
 gaji guru naik 2012
Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE.. buat garisan padang… buat persiapan padang… buat kertas kerja… jadi PBSM tengah padang… bila murid kalah, cikgu x pandai ajar…. kalau menang.. budak tu pandai main…
Time budak nak bertanding apa2 acara… cikgu jd JURULATIH, kalau KALAH, cikgu kene kritik… cikgu x pandai ajar…
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. Cikgu jadi PENUKANG.. Cikgu jadi Wayar-men.. budak tersalah ketuk… Cikgu kene marah… cikgu x pandai jaga…
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN.. kalau tak cukup… cikgu dulukan duit.. bila cikgu minta dari parent… Mak bapa cakap, cikgu ni asyik minta duit….
Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan utk murid).. cikgu jd PELAYAN.. kalau murid tak dapat RMT…. kata cikgu pilih kasih tak bagi murid tu makan….
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR.. bila da tolong, kata cikgu punca anak murid sakit…
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. cikgu kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena jaga makan minum murid… bukan sorg murid jer…
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI.. cikgu cat kelas… suruh murid? habis kene baju murid… esok dapat teguran dari parent… ape cikgu ajar ni???
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER.. kalau sumbang, kata cikgu tak pandai buat persembahan…
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU.. yang rosakkan kerusi anak siapa??
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI.. bagi tau ibu bapa.. jawapan.. anak saya mmg macam tu….
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF.. nak hukum budak.. esok dapat saman dari parent.. bila bagi tau parent… parent cakap tak per… budak2…
Time budak wat persembahan… cikgu jd PHOTOGRAPHER… yg ajar budak persembahan.. cikgu juga… kalau terbaik… kata budak berbakat… kalau tak elok.. kata cikgu x reti ajar… cikgu lagi…
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA.. cikgu jadi pak guard siang dan malam… untuk pastikan anak murid sedap tidur… cikgu mata cengkung.. orang cakap.. mmg kerja cikgu…
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM… bila naik kan harga sikit.. kata cikgu nak kaut untung atas angin.. tp sebenarnya nak kumpul dana sekolah…
Time hari Guru… cikgu jd PENYANYI.. Sambut hari guru sendiri… jadi badut depan murid… murid hanya gelak pada hari guru…. sapa yg d sambut sebenarnya??
Time gotong royong sekolah… cikgu jd TUKANG KEBUN… nak pastikan sekolah dalam keadaan baik agar murid – murid selesa… tapi bila murid kene gigit nyamuk sikit.. orang datang cakap cikgu tak jaga kebersihan…
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM.. bila anak tak solat.. tanya murid.. kenapa tak sembahyang… parent sendiri tak sembahyang…tapi bila tanya orang, org cakap, cikgu tak ajar di sekolah…
Time parent amek lambat… cikgu jd BABY SITTER… bila tinggal, org salahkan cikgu tak bertanggungjawab.. tapi bila tunggu, dan tanya kenapa lambat… banyak urusan di pejabat….
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH.. bila hukum sikit… esok dapat surat saman dari parent… sbb jentik anak dia…
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS.. kereta siapa?? kereta cikgu… minyak duit siapa?? duit cikgu….
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK.. berpanas semata – mata nak bagi murid merasa aktiviti…
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK.. cikgu jadi badut… bila salah sikit… esok masuk muka hadapan berita… kata cikgu tak pandai jaga murid… tak nampak cikgu yang jadi pelawak tadi…
Baru 24 kerja jer.. NAK senaraikan lagi ke???? bukan baca pown… apa kerja korang???? cuba bagi tau skit??? Selain jaga anak???
* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya !! I Love My Teacher icon smile Saya tetap sayang cikgu saya…. siapa kamu kalau bukan jasa cikgu kamu dan keredhaan ilahi…
Di atas tu bukan saya yang tulis. Cuma saya suka membacanya, lalu teringin pula kongsikannya dengan anda. Post ini diambil daripada salah satu komuniti page di Facebook yakni Komuniti Tumpang Lalu pada asalnya dan saya terbitkan semula di sini tanpa sebarang suntingan. Terlebih awal, saya ucapkan Selamat Hari Guru 2012 kepada semua insan bergelar guru yang pernah mendidik saya daripada sekolah rendah, menengah, IPT dan IPTS. Jasamu dikenang. Terima kasih.


Sumber Asal: Gaji Guru Naik 2012: Ada Yang Pertikai.. - Julmazli Dot Com

Wednesday, March 14, 2012

2 Wanita Yang Diheret ke Neraka

As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:
“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.
Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami
Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah
Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.
Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.
Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.
Fadhilat beristighfar:
a. Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
b .Sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”
c. Istighfar juga memurahkan rezeki.
Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
d. Tuturkata/percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.
http://tokuban78.wordpress.com/2011/03/23/2-tabiat-perempuan-bawa-ke-neraka/

Thursday, February 23, 2012

Suratan Atau Kebetulan



Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan

Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

 

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini

Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

Wednesday, January 18, 2012

Not a moment to loose

A friend of mine opened his wife's underwear drawer and picked up a silk paper wrapped package:
'This, - he said - isn't any ordinary package.'
He unwrapped the box and stared at both the silk paper and the box.
'She got this the first time we went to New York , 8 or 9 years ago. She has never put it on , was saving it for a special occasion.
Well, I guess this is it.

He got near the bed and placed the gift box next to the other clothing he was taking to the funeral house, his wife had just died.
He turned to me and said:

'Never save something for a special occasion.

Every day in your life is a special occasion'.


I still think those words changed my life.

Now I read more and clean less.

I sit on the settee without worrying about anything and just relax.

I spend more time with my family & friends and less at work.

Money is to be spent not saved.
I understood that life should be a source of experience to be lived up to, not survived through.
I no longer keep anything.
I use crystal glasses every day.
I'll wear new clothes to go to the supermarket, if I feel like it.
I don't save my special perfume for special occasions, I use it whenever I want to.
I go out with my friends whenever I want to rather than thinking I don't have the spare money or time.
The words 'Someday...' and ' One Day....' are fading away from my dictionary. ;
If it's worth seeing, listening or doing, I want to see, listen or do it now...
I don't know what my friend's wife would have done if she knew she wouldn't be there the next morning, this nobody can tell.

I think she might have called her relatives and closest friends.
She might call old friends to make peace over past quarrels.
She might have told everyone how much she loved them.
I'd like to think she would go out for Chinese, her favourite food.

It's these small things that I would regret not doing, if I knew my time had come..


Each day, each hour, each minute, is special.
Live for today, for tomorrow is promised to no-one.

Thursday, December 1, 2011

Awal Muharram hadir tanpa kita sedari, tiada sambutan besar-besaran dengan bunyi laungan selamat tahun baru atau dentuman meriam. Sejak akhir-akhir ini, aku semakin bijak menilai erti diri untuk aku sendiri. Aku belajar memahami agar mendahului diri dengan tidak mementingkan diri juga tidak memberi ruang untuk orang lain mengatur langkah kehidupan aku.
Usia yang semakin meningkat dengan kekuatan diri yang semakin lemah begitu menyedarkan! Aku kini bergantung pada ketekalan akal dan ketajaman minda dalam menyelesai masalah dan menguasai kehidupan bukan lagi pada kekuatan nafsu dan tenaga kudrat yg diberi Ilahi. Selamat Tahun Baru..




Wednesday, October 19, 2011

Aku sudah 39

Betapa mudahnya insan di sekeliling kita mengungkapkan kata-kata ucap selamat sedang kita masih lagi mengulit mimpi indah melata di dunia yang tidak selamanya berada di hujung kaki kita. Aku kini menginjak usia lewat 30 dan memasuki alam 40an. Bermula di titik ini sewajarnya sudah berada di tahap kematangan dan kebijaksanaan akal yang tinggi. Satu usia di mana tahap kecemerlangan diri terukir dan tergilap. Selamat datang ke alam 'TUA'!

Thursday, October 13, 2011

Wadah

Suatu hari seorang tua bijak didatangi seorang pemuda yang sedang dirundung masalah. Tanpa membuang waktu pemuda itu langsung menceritakan semua masalahnya.  Pak tua bijak hanya mendengarkan dgn seksama, lalu ia mengambil segenggam serbuk pahit dan meminta anak muda itu untuk mengambil segelas air. Ditaburkannya serbuk pahit itu ke dalam gelas, lalu diaduknya perlahan.  “Coba minum ini dan katakan bagaimana rasanya”, ujar pak tua.  “Pahit, pahit sekali”, jawab pemuda itu sambil meludah ke samping. Pak tua itu tersenyum, lalu mengajak tamunya ini untuk berjalan ke tepi telaga belakang rumahnya. Kedua orang itu berjalan berdampingan dan akhirnya sampai ke tepi telaga yg tenang itu. Sesampai di sana, Pak tua itu kembali menaburkan serbuk pahit ke telaga itu, dan dengan sepotong kayu ia mengaduknya.  “Coba ambil air dari telaga ini dan minumlah.” Saat si pemuda mereguk air itu, Pak tua kembali bertanya lagi kepadanya,”Bagaimana rasanya ?”  “Segar”, sahut si pemuda.  “Apakah kamu merasakan pahit di dalam air itu ?” tanya pak tua.  “Tidak,” sahut pemuda itu.  Pak tua tertawa terbahak-bahak sambil berkata:”Anak muda, dengarkan baik-baik. Pahitnya kehidupan, adalah layaknya segenggam serbuk pahit ini, tak lebih tak kurang. Jumlah dan rasa pahitnyapun sama dan memang akan tetap sama. Tetapi kepahitan yg kita rasakan sangat tergantung dari wadah yang kita miliki?  Kepahitan itu akan didasarkan dari perasaan tempat kita meletakkannya. Jadi saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu yg kamu dapat lakukan; lapangkanlah dadamu menerima semuanya itu, luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu.”  Pak tua itu lalu kembali menasehatkan: “Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu adalah tempat kamu menampung segalanya.? Jadi jangan jadikan hatimu menjadi sempit sebesar gelas, buatlah laksana telaga yg mampu menampung setiap kepahitan itu, dan merubahnya menjadi kesegaran dan kedamaian.”Suatu hari seorang tua bijak didatangi seorang pemuda yang sedang dirundung masalah. Tanpa membuang waktu pemuda itu langsung menceritakan semua masalahnya.  Pak tua bijak hanya mendengarkan dgn seksama, lalu ia mengambil segenggam serbuk pahit dan meminta anak muda itu untuk mengambil segelas air. Ditaburkannya serbuk pahit itu ke dalam gelas, lalu diaduknya perlahan.  “Coba minum ini dan katakan bagaimana rasanya”, ujar pak tua.  “Pahit, pahit sekali”, jawab pemuda itu sambil meludah ke samping. Pak tua itu tersenyum, lalu mengajak tamunya ini untuk berjalan ke tepi telaga belakang rumahnya. Kedua orang itu berjalan berdampingan dan akhirnya sampai ke tepi telaga yg tenang itu. Sesampai di sana, Pak tua itu kembali menaburkan serbuk pahit ke telaga itu, dan dengan sepotong kayu ia mengaduknya.  “Coba ambil air dari telaga ini dan minumlah.” Saat si pemuda mereguk air itu, Pak tua kembali bertanya lagi kepadanya,”Bagaimana rasanya ?”  “Segar”, sahut si pemuda.  “Apakah kamu merasakan pahit di dalam air itu ?” tanya pak tua.  “Tidak,” sahut pemuda itu.  Pak tua tertawa terbahak-bahak sambil berkata:”Anak muda, dengarkan baik-baik. Pahitnya kehidupan, adalah layaknya segenggam serbuk pahit ini, tak lebih tak kurang. Jumlah dan rasa pahitnyapun sama dan memang akan tetap sama. Tetapi kepahitan yg kita rasakan sangat tergantung dari wadah yang kita miliki?  Kepahitan itu akan didasarkan dari perasaan tempat kita meletakkannya. Jadi saat kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu yg kamu dapat lakukan; lapangkanlah dadamu menerima semuanya itu, luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu.”  Pak tua itu lalu kembali menasehatkan: “Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu adalah tempat kamu menampung segalanya.? Jadi jangan jadikan hatimu menjadi sempit sebesar gelas, buatlah laksana telaga yg mampu menampung setiap kepahitan itu, dan merubahnya menjadi kesegaran dan kedamaian.”

Saturday, September 24, 2011

Sandal Kulit Raja

Seorang Maharaja akan berkeliling negeri untuk melihat keadaan rakyatnya. Ia memutuskan untuk berjalan kaki saja. Baru beberapa meter berjalan di luar istana kakinya terluka kerana tersepak batu. Ia berfikir, “Ternyata jalan-jalan di negeriku ini jelek sekali. Aku harus memperbaikinya.”
Maharaja lalu memanggil seluruh menteri istana. Ia memerintahkan untuk melapisi seluruh jalan-jalan di negerinya dengan kulit sapi yang terbaik. Segera saja para menteri istana melakukan persiapan-persiapan. Mereka mengumpulkan sapi-sapi dari seluruh negeri.
Di tengah-tengah kesibukan yang luar biasa itu, datanglah seorang pertapa menghadap Maharaja. Ia berkata pada Maharaja, “Wahai Paduka, mengapa Paduka hendak membuat sekian banyak kulit sapi untuk melapisi jalan-jalan di negeri ini, padahal sesungguhnya yang Paduka perlukan hanyalah dua potong kulit sapi untuk melapisi telapak kaki Paduka saja.” Konon sejak itulah dunia menemukan kulit pelapis telapak kaki yang kita sebut “Sandal“.
Renungan:
Ada pelajaran yang berharga dari cerita itu. Untuk membuat dunia menjadi tempat yang aman untuk hidup, kadangkala, kita harus mengubah cara pandang kita, hati kita, dan diri kita sendiri,bukan dengan jalan mengubah dunia itu atau bahkan malah menyesali takdir yg telah terjadi dalam kehidupannya.
Kerana kita seringkali keliru dalam menafsirkan dunia. Dunia, dalam fikiran kita, kadang hanyalah suatu bentuk personal. Dunia, kita ertikan sebagai milik kita sendiri, yang pemainnya adalah kita sendiri. Tak ada orang lain yang terlibat di sana, sebab, seringkali dalam pandangan kita, dunia, adalah bayangan diri kita sendiri.
Ya, memang, jalan kehidupan yang kita tempuh masih tajam dan berbatu. Manakah yang kita pilih, melapisi setiap jalan itu dengan permadani berbulu agar kita tak pernah merasakan sakit, atau, melapisi hati kita dengan kulit pelapis, agar kita dapat bertahan melalui jalan-jalan itu?

Gelap

Jadilah pihak yang selalu optimis dan berusaha untuk melihat kesempatan di setiap kegagalan. Jangan bersikap pesimis yang hanya melihat kegagalan di setiap kesempatan. Orang optimis melihat donat, sedangkan orang pesimis melihat lubangnya saja.
Anda dapat mengembangkan keberhasilan dari setiap kegagalan. Putus asadan kegagalan adalah dua batu loncatan menuju keberhasilan. Tidak ada elemen lain yang begitu berharga bagi Anda jika saja Anda mahu mempelajari dan mengusahakannya.
Pandanglah setiap masalah sebagai kesempatan. Hanya bila cuaca cukup gelaplah Anda melihat bintang.

Kisah Perangkap Tikus

Seekor tikus mengintip di balik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya, saat membuka sebuah bungkusan. Berbagai kisah bermain dalam fikiran si Tikus. Tapi dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus. Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan, “Awas ada perangkap tikus di dalam rumah, hati-hati ada perangkap tikus di dalam rumah!”
Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil tetap menggaruki tanah, mengangkat kepalanya dan berkata. ‘Ya, maafkan aku Pak Tikus. Aku tahu memang ini masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tidak ada masalah. Jadi jangan buat aku sakit kepala lah.”

Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing. Katanya, “Ada perangkap tikus di dalam rumah, sebuah perangkap tikus di dalam rumah!”

‘Wah aku menyesal dengan kabar ini.” Si kambing menghibur dengan penuh simpati. “Tetapi tidak ada sesuatu pun yang bisa kulakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu senantiasa ada dalam doa-doaku!”
Tikus kemudian berbelok menuju si lembu.
‘Oh! Sebuah perangkap tikus?” jadi saya dalam bahaya besar ya?” kata lembu sambil ketawa, berteleran air liur.
Jadi tikus itu kembalilah ke rumah dengan kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian. Ia merasa sungguh-sungguh sendiri.
Malam tiba, dan terdengar suara bergema di seluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menagkap mangsa. Isteri petani berlari melihat apa saja yang terperangkap. Di dalam kegelapan itu dia tak dapat melihat bahawa yang terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu. Petani itu bergegas membawanya ke rumah sakit.
Si isteri kembali ke rumah dengan tubuh mungil, demam. Dan sudah menjadi kebiasaan, setiap orang sakit demam, ubat pertama adalah memberikan sup ayam segar yang hangat. Petani itu pun mengasah pisaunya, dan pergi ke kandang, ,mencari ayam untuk bahan supnya.
Tapi, bisa itu sungguh jahat, si isteri tak kunjung sembuh. Banyak tetangga yang datang mengunjung dan tamu pun tumpah ruah ke rumahnya. Iapun harus menyiapkan makanan, dan terpaksa kambing di kandang itu dijadikan gulai. Tapi itu tidak cukup, bisa itu tak dapat disembuhkan juga . Si isteri mati, dan berpuluh orang datang untuk mengurus pemakaman, juga doa selamat. Tak ada cara lain, lembu di kandang itupun dijadikan jamuan untuk kenduri dan doa selamat,

Moralnya, apabila kamu mendengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kamu fikir itu masalah itu tidak ada kaitannya dengan kamu, ingatlah bahawa apabila ada “perangkap tikus” di dalam rumah, seluruh “ladang pertanian” ikut menanggung risikonya. Sikap mementingkan diri sendiri lebih banyak keburukan daripada kebaikanya.

Melawan Diri Sendiri

Kemenangan sejati bukanlah kemenangan atas orang lain. Namun, kemenangan atas diri sendiri. Berpacu di jalur keberhasilan diri adalah pertandingan untuk mengalahkan rasa ketakutan, keengganan, keangkuhan, dan semua beban yang menambat diri di langkah permulaan.

Jerih payah untuk mengalahkan orang lain sama sekali tak berguna. Motivasi tak semestinya lahir dari rasa iri, dengki atau dendam. Keberhasilan sejati memberikan kebahagiaan yang sejati, yang tak mungkin diraih lewat niat yang ternoda.

Pelari yang berlari untuk mengalahkan pelari yang lain, akan tertinggal kerana sibuk mengintip laju lawan-lawannya. Pelari yang berlari untuk memecahkan recordnya sendiri tak peduli apakah pelari lain akan menyusulnya atau tidak. Tak peduli dimana dan siapa lawan-lawannya. Ia mencurahkan seluruh perhatian demi perbaikan catatannya sendiri.

Ia bertanding dengan dirinya sendiri, bukan melawan orang lain. Kerana itu, dia tak perlu bermain curang. Keinginan untuk mengalahkan orang lain adalah awal dari kekalahan diri sendiri.

Tuesday, September 13, 2011

Anak lembu?

Tha Sophat, a 20-month-old boy, suckles from a cow in Koak Roka village, Siem Reap province, Cambodia, Friday, Sept. 9, 2011.

Friday, September 9, 2011

Antara RM 50, RM 1 dan RM 0.20

Duit RM1 telah bertemu dengan RM50 dan syiling 20 sen dan bertanya: " Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?" RM50 menjawab, " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2 cam tuh lah.

Eh, ko camner lak?" RM1 menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... " Syiling 20 sen menyampuk.. kira ok lagi tu.. aku ni..balik balik tandas awam.. tandas awam ..tandas awam..

:: di mana nilai kita?::