Brgambar bersama Director MSD Washington, Cik Siti, Atache Di MSD Encik Zainal Abbidn.
Penat sepenatnya.hari ni awal pagi dah set nak ke Chicago. Niat tu nak ke Magnificent Mile di Michigan Avenue....banyak perkara yang telah berlaku yang menyebabkan aku berfikir panjang dalam perjalanan pulang.
Pertama aku dapat melihat cara aku dan Ooi menangani masalah yang sama.. setiap kali kami sesat jalan, aku tak kisah bergerak ke depan sedikit dan meninjau keadaan di hadapan..hati muda katakan...
Ooi pula lebih bersifat mesti sampai ke destinasi walau apa pun caranya. Dan kalau boleh jangan asyik tersasar ke kiri dan ke kanan. Beberapa kali dia berkata kalau aku isterinya ..entah berpa kali aku diceraikannya!!..Nak buat macamana dah tak ada chemistry..
Aku pula melihat kesilapan sebagai ruang di mana pembelajaran berlaku. Di sini lah ruang yang paling kritikal untuk menjadikan seseorang lebih confident atau terus ke belakang dalam kehidupannya.
Sepanjang perjalanan dan ketika makan lunch, puas Ooi lecture aku pasal leadership. Dia banyak menegur aku kerana sering bermain-main dan tidak serius. Adakah aku sudah mula hilang fokus?
Aku ada peluang 3 minggu untuk mengembalikan fokus aku yang sudah mula tersasar dari landasan asalnya. Sentakan dari Ooi memang macam sengat yang berbisa. Setiap apa yang di luahkan nya menyebabkan aku mula menetapkan misi, matlamat, apa, kenapa dan bagaimana tentang kehidupan aku.
Aku mula memikirkan apa yang aku cari sebenarnya. Adakah cinta sejati yang menjadi matlamat atau adakah kejayaan dalam kerjaya aku atau dalam keluarga aku?
Apa yang aku inginkan ialah kejayaan dalam kehidupan yang sangat bergantung kepada kejayaan dalam keluarga dan kerjaya. Salah kah jika aku ingin mengapai awan dan menggenggam pelangi?
Sepanjang perjalanan itu aku banyak senyap dan mula berfikir apakah pendekatan e-portfolio yang bakal dibentang pada 7 Jun dan 14 Jun. Aku berkira-kira untuk menyiap dan membentangnya pada 7 Jun. Senang sebab lepas tu aku ada seminggu untuk mula memikirkan perjalanan aku yang seterusnya.
Rasanya keputusan aku kini semakin hampir dibuat dan matlamat mula nampak tapi apa yang aku nampak belum tentu sama dengan apa yang orang lain nampak.
Apa...
Kenapa...
Bagaimana...
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment