Congkak atau congakAku mengambil alih stering kereta tepat jam 4.09 pm, itu pun disebabkan hujan lebat dan dia rabun. Kalau tak sepanjang perjalananlah dia memandu…Tak la risau tapi sebab semalam ada dia mengadu sakit pinggang.
Dan dalam 5 jam memandu barulah Nampak bayang Chicago..bertambah lah bersemangat untuk sampai lebih cepat kerana dah tak larat sesungguhnya.
Dalam tercangak-cangak mencari ke mana arahnya Universiti yang dicari baru lah si Apek tersedar yang dia tidak teringat nama university..yang diingat hanyalah De Kalb…Mula nak marah tapi tak jadi sebab fikir-fikirkan aku pun tak pasti…hehehehhe
Bila jam tepat pukul 9 malam barulah tersedar bahawa hari masih lagi cerah dan waktu di Chicago lebih cepat satu jam…so kami dapat sejam extra..tapi mata dah tak larat nak angkat!!
Rupa-rupanya kami dah tersesat..tak lah jauh tapi disebabkan tak biasa akhirnya kami bertanya kepada local lady..baik hatinya dia..dia terus lead keretanya sampai ke depan University. Sampai dah!! Sempat juga melihat matahari tenggelam jam 9.21 malam..terkenang matahari yang jauh….
Bila dah sampai Encik Razali (MSD Officer) suruh kami cari bangunan yang paling tinggi dalam university…Cari-punya cari …jumpa!! Nak seribu daya!!!! Tak lah tinggi sangat..Tinggi lagi Kota Tinggi…
Bila dah sampai…terasa betapa “muda”nya kami berdua..hahahaha..sibuk la mendaftar..Si Ooi dapat tahu bahawa congkak hanya terbuka kepada pelajar perempuan sahaja…
Pada aku ketika itu ialah setup network ..terasa putus nya wa bila terputus SKYPE!! Jenuh la si Piko dan Firdaus membantu tetapi memang bukan rezeki kerana sampai ke saat ini masih belum dapat connection …
Selepas hampir 2 jam mengadap laptop..dah jelas hanya satu usaha sia-sia..beransurlah kami berdua ke Grants Tower….Bila sampai terasa sengalnya badan..menanti saat untuk melabuhkan kepala dan melupakan dunia buat seketika.
La …..bilik itu tak disediakan bantal ataupun cadar atau pun selimut..Mak Datuk …Mati kesejukan lah aku!! Nasib baik ada long sleeve, socks and thick towel…Menyumpah tak terkata…ada ke tak disediakan keperluan asas…Peti ais dan Microwave ada..belum koyak plastic lagi…hmmmm..Sabor jerr la..
Aku masih lagi mencuba untuk mendapat connection..akhirnya aku give up sambil terlelap….
Alarm phone berdering tepat jam 6.30 pagi…terkenang kat Malaysia dah 7.30 petang….Terasa dingin nya pagi dan aku masih lagi keseorangan kerana roommate tak ada.
Aku dan Ooi terus ke Anderson Center untuk main congkak..kerana Ooi tak main, dia jadi jurukamera tak bertauliah..aku pula kira nak kalah jerr sebab nak berjalan…Tapi si Apek masih lagi kalut kerana lagu penyamun nya masih lagi belum sampai..Aku nak buat camna…connection masih lagi gagal…Error 800 …
Selesai sahaja game , aku terus angkat kaki..plan nak berjalan tapi si Apek masih berat hati nak kemana-mana kerana belum selesai mengajar aku dan mereka rentak untuk tariannya..Aku buat dek jerr..Akhirnya kami mengambil keputusan untuk kembali ke Grants Tower dan berlatih menari…
Sesuatu yang sangat IRONI berlaku…Aku perempuan keras macam lelaki ….dan aku melihat sekumpulan lelaki menari dengan begitu lembut sekali…Akhirnya terpacul dari mulut aku…Ooi ajarla I lembut macam perempuan…..Kartun betul…A woman is always a woman kan?? Sebenarnya ego aku yang terpukul apabila melihat sekumpulan lelaki yang begitu pandai mengatur rentak..Itu tak tengok lagi si Apek menari…
Setelah puas dimarahi dan ditegur secara keras dan lembut akhirnya…barulah ada step yang mudah untuk aku iikuti dan dapatlah juga kami menari secara pasangan, satu pasangan yang kekok pada mulanya dan akhirnya berjaya mengikis segala ketidak serasian dan cuba membentuk momentum untuk bergerak sebagai satu pasukan…
selesai sahaja berlatih, aku terus mengadap komputer google kemana nak pergi esok hari..Perut sudah mula berkeroncong kerana breakfast cereal jerr..so kami pun drive keluar cari Restaurant..dapat la restaurant Cina..ini jer yang paling selamat sebab ada vegetarian dan seafood. teringat juga nak mencari bantal dan selimut kerana ada dua malam lagi..tak sanggup aku kesejukan..Tanya-tanya dengan cashier dan dapatla maklumat yang dicari...Ooi suruh tanya kat man Thrift store..aku cari Walmart je..rupa-rupanya Thrift Storenya punya la besar..dan tersangatla murah..Aku dapat kasut baru $2.80 jer!! jumpa la blanket dan bantal hanya dengan $2.90.Lega satu hal..
teringat si Anita suruh cari winter coat nya..warna kelabu dan berbulu..memang rezeki dia..dan untuk abah..jumpa jugalah jacket kulit yang dia nak..
Dan akhirnya lagu yang ditunggu tiba pada jam 7 petang..Tuhan sahaja yang tahu leganya si Apek.. Terus terasa bibit selera.
Moral: Persistency is the key to reach the star..Never give up….
No comments:
Post a Comment