Take nothing…except pictures..Leave nothing …except footprints…
Perjalanan pulang walaupun dicadangkan pada jam 5 am akhirnya terlewat juga. We only managed to hit the road at 7.30 am….Nak buat camna Apek yang bangun lambat …Aku pun lambat gak…aku turun jam 5.15am dengan bersedia untuk disembur kerana terlewat…Tapi kali ni the table is being turned to the other side…Aku sebenarnya malas nak tunggu orang …lebih suka orang menunggu aku (tabiat BURUK tu…!!) Disebabkan adanya network kat lounge tu , tak lah aku kisah sangat menunggu..tapi setelah hampir 2 jam menungguu aku pun terus ke kaunter minta mereka panggil Apek….
Hanya kedengaran lagu –lagu mix n match dari radio kerana Apek dan aku hanya melayan perasaan masing-masing dan jari –jemari aku asyik menari mengikut rentak minda ku.
Banyak perkara yang terlintas di fikiran ..yang terbuku dan yang tidak mampu terucap.. Begitu cepat masa berlalu..Begitu banyak pengalaman dikutip dan banyak pengajaran yang menjadi guru kepadaku.
Adakah perjalanan hidup ku selepas ini akan menjadi lurus dan lapang seperti lurus dan lapangnya jalan yang sedang aku lalui ketika ini?
Adakah destinasi aku yang ku tuju sama seperti destinasi kami pada pagi ini? Philadelphia hanyalah persinggahan untuk ku melepaskan lelah sementara menuju ke destinasi ku yang lebih jauh…
Adalah akan ada persinggahan-persinggahan lain selepas ini? Persinggahan yang bakal membawa ku lebih dekat kepada destinasiku?
Sepanjang perjalanan aku di sini, entah berapa kali aku tersesat tapi aku tidak merasa kecewa atau gagal atau terpukul malahan adrenalin aku menjadi lebih kencang kerana berhadapan dengan cabaran untuk menuju jalan yang betul supaya tidak tersasar dari destinasi..
Tapi kenapa orang di sekeliling aku lebih menitik beratkan tentang destinasi..is always about the destination..the end product..Aku masih tidak dapat memahami keadaan sehingga menyebabkan aku sering diertikan sebagai tidak focus…Erhmm…
Semua orang menyedari bahawa kehidupan ini satu perjalanan menuju destinasi…Untuk sampai ke destinasi akhir banyak persinggahan..salah kah jika menyinggah dan sekali sekala menyimpang dari perjalanan hanya untuk melayan rasa ingin tahu?
Salah kah jika melalui persinggahan itu, aku menjadi lebih matang dan lebih memahami?
No comments:
Post a Comment