Wednesday, August 19, 2009

Sepi Yang Terusik


3 kali cubaan untuk memasukkan jarum! Bukan mudah menguruskan kanak-kanak...

Pada mulanya sepi bercuti macam best je! Tapi bosannya duduk di rumah memang terasa. Bila Sufi pula menerima tempias aku, kelam kabut jugak aku dibuatnya. Kadang-kadang soal kesihatan tak boleh dipandang remeh, dimudahkan , okay namun begitu bergantung kepada situasi yang ditempuh.

Alkisahnya dah 3 hari Sufi demam dan keadaannya memang menjadikan aku sentiasa berwaspada. Dari demam, melarat kepada lelah dan cirit-birit juga muntah-muntah. Lalu malam semalam, aku mengambil keputusan ke wad kecemasan di Hospital Slim River. Terlalu ramai orang...Rimas dan risau aku dibuatnya!

Keputusan awal memang wajar Sufi dimasukkan ke dalam wad kerana seharian cirit-birit dan muntah-muntah. Namun tindakan memasukkan air membantu mengurangkan dehydration yang dialami. Akhirnya selepas lebih 4 jam kami berselimut di wad kecemasan barulah dibenarkan pulang! Leganya...

Hari ni seharian di rumah sekadar monitor Sufi. Alhamdulillah, semakin lincah menandakan dah semakin sihat!

2 comments:

chekdenoor said...

Mudah-mudahan sufi cepat semboh.

Chekdee ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seisi keluarga. Mudah-mudahan puasa kita tahun ini, adalah lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Sharifah Hassan said...

salam,

Alhamdulillah...semakin sihat! Mamat tu tengah bercuti dengan neneknya di Langkawi..melepas rindu!!