Pegawai kerap bertukar jejaskan pendidikan
SAYA ingin menyatakan pandangan mengenai pencapaian pendidikan di Daerah Batang Padang tercorot berbanding daerah lain di Perak. Sejak 2004 pegawai Pejabat Pelajaran Daerah sering bertukar, malah pernah tiga kali tiada pegawai.
Sejak 2004 tiada pegawai memegang jawatan lebih dua tahun dan paling singkat dua bulan itu Razali Ismail (16 Januari -16 Mac 2008).
Tidak hairanlah, pendidikan di daerah Batang Padang tidak berkembang. Kewujudan Pejabat Pelajaran Daerah bertujuan meningkat dan mengupayakan sekolah.
Jika pegawai sering bertukar bagaimanakah dia hendak merealisasikan dasar pendidikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah, pengurusan dan kepemimpinan seperti yang tercatat dalam misi Pejabat Pelajaran Daerah.
Maka terjerit penolong pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang menjaga segala hal akademik. Kadangkala mereka menyalahkan guru besar yang kononnya tidak komited atau enggan berubah.
Jangan terus menuding jari kepada kepemimpinan sekolah jika pegawai Pejabat Pelajaran Daerah tidak pernah teguh dan mantap.
Amat penting pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang juga mampu berkomunikasi sebaiknya dengan guru besar dan pengetua. Mereka harus menunjukkan keterampilan diri yang baik dan berilmu untuk dicontohi. Kepintaran emosi (EQ) juga perlu diberi perhatian.
Saya meminta Kementerian Pelajaran memantau keterampilan, ilmu dan etika pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah dan ketuanya diberi peluang merancang dan membangunkan pendidikan dengan lebih mantap.
ADUKA
Batang Padang,
Perak.
pada hari Isnin aku menerima sms dari GB SKTM (Cikgu Kadir) supaya membaca komennya di Berita Harian...terlupa pula sehinggalah aku melawat blog PakNgah yang sentiasa peka dengan Perkembangan di Perak...Terima kasih walaupun pemantauan secara online je!!
Sememangnya isu pentadbiran dalam institusi pendidikan masih lagi tidak ada perubahan..banyak perkara yang berbolak balik bertindan balas sehinggakan ramai guru yang bosan beralih arah ke KPT atau Kementerian lain yang mampu memberi peluang yang lebih baik dalam perjalanan karier mereka.
Adakah ini disebabkan guru tidak mampu menjadi pemimpin dan pentadbir? atau kerana mereka tidak diberikan kepercayaan untuk mentadbir mengikut acuan mereka sendiri? atau mereka menjadi ibarat kisah si bapa dengan keldainya?
Mungkin kerana itu, aku memang fanatik sikit bab mengubah dunia, walaupun dunia ku sendiri! Jangan lama-lama dok dalam comfort zone..nanti lemau dan lunyai jadinya!!!
Projek aku, dengan rakan-rakan seperjuangan sudah membuahkan hasil apabila mendapat feedback yang sangat mantap dari pihak IREX. So sekarang bagaimana kami mampu mengerakkan pihak-pihak yang terlibat untuk menjayakan program kami yang pasti kecil tetapi bermakna buat pihak pentadbiran...sehingga banyak nama besar di sebut-sebut!
Berani kah kami untuk bertahan dengan segala macam cabaran yang mungkin melemahkan semangat untuk membangunkan Batang Padang dan Perak semestinya?
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment